|
Author | Topic: LAGU-LAGU PATRIOTIK (Read 13,051 times) |
saroja Bapak/Emak Abu
   member is offline
![[avatar]](http://s1.images.proboards.com/avatars/smiley.gif)
Joined: Oct 2006 Gender: Male  Posts: 228
| |
rozasakuan Anak Abu
 member is offline
Joined: Feb 2007 Posts: 58
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #41 on Aug 8, 2007, 4:32pm » | |
Memang bengonglah budak bernama NAMAWEE tu. Saya dah tengok video dia buat. Inilah generasi komunis yang hendak memusnahkan Malaysia. Tak dapat cara kasar dia buat macam ni pulak. Patut je budak ni kena ISA seumur hidup. pas tu seluruh kaum kerabatnya hantar balik kat negara asal. biar mereka rasa duduk kat tempat yang lebih teruk dari Malaysia.
| |
|
chubbyghaz Moyang Abu
     member is offline
Joined: Feb 2006 Gender: Male  Posts: 2,817
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #42 on Aug 9, 2007, 7:29am » | |
Sebuah lagu patriotik yang saya tak boleh lupa (kerana klasiknya suara si penyanyi dan susunan muziknya) ialah Bahasa Jiwa Bangsa. Saya pernah lihat videoclip lama hitam putih lagu itu nyanyian arwah Datuk Zainal Alam.
Gunakan-lah bahasa kebangsa'an kita mari-lah 'amal-kan ramai2 bahasa-lah menyatu-kan kita semua yakin-lah bahasa jiwa bangsa
Mari-lah kita bersama2 bukti-kan ta'at setia dengan satu bahasa maju bangsa dan maju negara tegak-kan bahasa kita bahasa jiwa bangsa
Pernah sekali, ada komen terhadap RTM kerana menyiarkan versi antik lagu ini. Semenjak itu, versi baru yang lebih rancak dimainkan. Tapi saya tetap suka versi antik tu, kerana ada seninya tersendiri.
Ghaz, KL
| |
|
effendimiharja Moyang Abu
     member is offline
![[avatar]](http://www.mediafire.com/imgbnc.php/ae26d8e5d365f9cbfd39b1de7d29c9565g.jpg)
Joined: May 2006 Gender: Male  Posts: 1,258 Location: Pahang
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #43 on Aug 10, 2007, 10:24pm » | |
Quote:
saroja;
Lagu tu betul, tapi versi asal lagu Malaysia Berjaya setahu saya penyanyinya adalah Jamaluddin Alias. 
| |
|
miraks Abang/Kakak Abu
  member is offline
Joined: Dec 2005 Posts: 172
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #44 on Aug 11, 2007, 11:58am » | |
![[image]](http://img292.imageshack.us/img292/240/cdimgmp0b1985bmbsntve4.jpg)
LAGU BROERY TU - NEGARA TERCINTA - DIPETIK DRP ALBUM DI ATAS. MELODI DAN LIRIK DIBUAT ORANG MALAYSIA
EDARAN SEMULA
| |
|
effendimiharja Moyang Abu
     member is offline
![[avatar]](http://www.mediafire.com/imgbnc.php/ae26d8e5d365f9cbfd39b1de7d29c9565g.jpg)
Joined: May 2006 Gender: Male  Posts: 1,258 Location: Pahang
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #45 on Aug 15, 2007, 11:45am » | |
Saya tertarik membaca artikel dibawah ini dari Isu Hangat lalu saya copy & paste kat sini buat renungan semua. Memang Merdeka hari ini disambut dengan pelbagai konsert jer. 
SAMBUTAN KEMERDEKAAN NEGARA KOSMETIK?
Oleh : MOHD. FIRDAUS MOHAMED KHAIRI, Kuala Lumpur.
ACAP kali, saban tahun sambutan kemerdekaan adalah stereotaip. Artis, hiburan, sambutan bunga api, konsert besar-besaran sehingga lewat malam, upacara menanti detik 12 malam, pergaulan bebas dan pergaulan ambil kesempatan pasti akan berlaku pada malam ambang kemerdekaan.
Saban tahun kita merayakan sambutan kemerdekaan negara yang tercinta ini seperti kita tidak mencintai negara kita. Entah sampai bila kita harus meraikan dengan cara yang demikian rupa.
Sambutan kemerdekaan juga acap kali berbentuk kosmetik. Para pemimpin negara juga setiap tahun pasti akan menyatakan kekesalan kerana bendera Jalur Gemilang amat jarang dikibarkan di kalangan lapisan masyarakat.
Malah amat menyedihkan sekiranya kerajaan terpaksa menjalankan kempen mengibarkan Jalur Gemilang.
Tahun ini, sempena 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, sambutan diadakan dengan pelbagai cara yang lebih hebat.
Hiburan dan sukan menjadi agenda utama pada tahun ini. Sebelum ini kita mahu membawa pasukan bola sepak negara yang pernah menjajah kita untuk beraksi di tanah air kita, juga bersempena sambutan ke-50 tahun kemerdekaan.
Artis-artis Barat juga begitu banyak diimport untuk meraikan sambutan itu nanti.
Mungkin juga budaya tempatan seperti budaya etnik Sarawak malu untuk kita persembahkan - menyebabkan generasi muda semakin tidak mengenali budaya kita sendiri.
Malah bahasa ibunda kita sendiri dipinggirkan dewasa ini. Entah di mana kemerdekaan sedangkan kita malu dengan budaya kita sendiri.
Jadi, tidakkah kita terfikir bahawa kita menyambut kemerdekaan negara yang tercinta ini secara kosmetik?
Juga cinta kita kepada tanah air juga bersifat kosmetik. Setiap tahun pasti ada surat pembaca yang menyatakan bahawa sambutan kemerdekaan perlu lebih berisi dan terarah.
Namun setiap tahun sambutan kemerdekaan tetap disambut dalam keadaan ‘parah’ dan boleh merosakkan pemuda-pemudi harapan negara.
Sambutan kemerdekaan perlu dijadikan medan terbaik untuk mendidik rakyat. Rakyat yang dididik dengan pengisian dan ilmu akan menjadi rakyat yang berkualiti.
Rakyat yang sentiasa disumbatkan dengan hiburan dan kelalaian akan menjadi rakyat yang paling tidak boleh diharap untuk mempertahankan negara.
Terimbau seketika ketika sambutan tahun baru 2005 selepas bencana tsunami. Kita meraikannya dengan penuh keinsafan. Tahniah dan permulaan yang baik ini harus diteruskan. Namun keinsafan kita tidak berpanjangan.
Tahun berikutnya, kemerdekaan dan tahun baru disambut dengan cara lama semula.
Untuk melahirkan kecintaan kepada tanah air. Rakyat perlu dididik. Apabila sudah tiba makna cinta kepada negara dalam setiap jiwa rakyat, rakyat pasti akan mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangganya tanpa perlu disuruh-suruh.
Persoalannya ialah pengisian pasca-kemerdekaan. Bagaimana kita mahu rakyat kita dilahirkan dan soal ini perlu difikir secara serius dan tuntas.
Tumpuan pengisian perlu diberi pada generasi muda. Kami ini adalah golongan yang jauh daripada merasa keperitan penjajahan. Kami ini adalah golongan yang perlu dibimbing dan dididik. Bukannya disumbatkan dengan hiburan yang menyuburkan budaya hedonisme yang melampau.
Kita berharap semoga sambutan kemerdekaan negara menjelang usia ke-50 tahun ini menjadi medan muhasabah kita.
Sejauh manakah kita telah berusaha untuk menjana generasi terbaik dan berkualiti demi tamadun masa depan yang terbaik? Hidup biarlah berjasa.
Korang dah pasang bendera kat rumah memasing ke belum? 
| |
|
effendimiharja Moyang Abu
     member is offline
![[avatar]](http://www.mediafire.com/imgbnc.php/ae26d8e5d365f9cbfd39b1de7d29c9565g.jpg)
Joined: May 2006 Gender: Male  Posts: 1,258 Location: Pahang
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #46 on Aug 30, 2007, 1:28am » | |
Esok Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke 50. Banyak lagu dicipta untuk menaikkan semangat kebangsaan tapi dalam Bahasa Melayu. Ada tak lagu patriotik Malaysia dicipta dan dirakam dalam Bahasa lain seperti Cina dan India... atau orang Melayu jer yang beria-ia bercakap tentang kemerdekaan? 
![[image]](http://www.geocities.com/mizan_arjuna/jalur_gemilang.jpg)
Ghaz: Saya orang pertama mengibarkan Jalur Gemilang di Taman Perumahan kami, dua mingu lepas. Sekarang ni boleh dikatakan ramai yang turut mengibarkannya hehe. 
| |
|
chubbyghaz Moyang Abu
     member is offline
Joined: Feb 2006 Gender: Male  Posts: 2,817
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #47 on Aug 30, 2007, 8:53am » | |
Pansapuri kami juga yang paling awal mengibarkan bendera - berbanding premis kedai dan rumah teres di kawasan kami.
Ghaz, KL
| |
|
yudhie Moyang Abu
     member is offline
Joined: Aug 2005 Gender: Male  Posts: 2,446
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #48 on Aug 30, 2007, 10:45am » | |
Lagu berkaitan Malaysia - Oh Malaysia dari kacamata penyanyi Belanda, Anneke Gronloh diiringi orkes di bawah pimpinan Ger van Leeuwen.
OH MALAYSIA
* on the shore beyond the tropical sea / you will stand to welcome me on the shore beneath the sky so blue / all my dreams at last will come true
oh Malaysia land of glory / where I found my heart true love in the night so warm and tender /with the moon and stars above
ke *
on the shore .....
when we parted life was sadness / and the sun refused to shine soon we'll meet in dear Malaysia / you will be forever mine
ke * 2x
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50.
Malaysiaku Gemilang
| |
|
Hamlau Administrator
     member is offline
![[avatar]](http://muziknusantara.com/images/isight_thermal_half.jpg)
Life is what happens to you, while you're busy making other plans
Joined: Jun 2005 Gender: Male  Posts: 1,527 Location: Singapore
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #49 on Aug 30, 2007, 9:52pm » | |
Ya Hamlau juga ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50 kepada semua sahabat-sahabat di Forum MN ini tidak kira ahli atau tidak..
Semoga maju jaya..
| Yo! berapa kali Abang Hamlau nak bilang, nak ulang, kalau nak tahu cerita mesti tahu tajuknya, kalau tak faham, bertanya. Jangan hentam keromo nanti takut-takut salah tarik; nak tarik ular lidi tertarik naga. Hitam campur putih memang kelabu lah....
Jiplak dari rap M.Nasir pada lagu "Bukalah Hatimu" |
|
effendimiharja Moyang Abu
     member is offline
![[avatar]](http://www.mediafire.com/imgbnc.php/ae26d8e5d365f9cbfd39b1de7d29c9565g.jpg)
Joined: May 2006 Gender: Male  Posts: 1,258 Location: Pahang
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #50 on Aug 31, 2007, 1:01am » | |
Selamat Menyambut hari Kemerdekaan ke 50 warganegara Malaysia. Ramai yang menonton di TV dan tak kurang bersesak-sesak di Bangunan Sultan Abdul Samad untuk sama-sama melaungkan Merdeka tepat jam 12 tengah malam tadi. 
Anehnya jam kat decorder Astro menunjukkan pukul 12.04 pula. Saya checked kat handset dan jam rumah memang menunjukkan 12.04 juga. Saya yang silap atau jam kat menara tu yang salah? 
| |
|
chubbyghaz Moyang Abu
     member is offline
Joined: Feb 2006 Gender: Male  Posts: 2,817
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #51 on Aug 31, 2007, 7:35pm » | |
Quote:DIRGHAYU MALAYSIA.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMEDEKAAN YANG KE 50.
p.s. Sdr effendi - jam di puter saya pun menunjukkan 12.04. so no silapmata only silapwaktu dimenara ! |
|
Selamat Hari Merdeka pada kalian semua.
Rasanya, jam menara tu tepat - jam Astro tu seperti kata rakan sekampus saya "jam wawasan" - sentiasa terlebih awal ... He!He!He!
Ghaz, KL
| |
|
saroja Bapak/Emak Abu
   member is offline
![[avatar]](http://s1.images.proboards.com/avatars/smiley.gif)
Joined: Oct 2006 Gender: Male  Posts: 228
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #52 on Sept 1, 2007, 9:04am » | |
Assalamualaikum
Saya Upload kan lagu berkenaan untuk semua..semoga terhibur dan puas hati
http://www.mediafire.com/?9im1nxhnnv1
cuba brother install Software Relaplayers v10...
wassalam
| |
|
chubbyghaz Moyang Abu
     member is offline
Joined: Feb 2006 Gender: Male  Posts: 2,817
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #53 on Sept 1, 2007, 1:15pm » | |
Sudirman juga ada merakam lagu "Midnight In Malaya" ini dalam bahasa Melayu dengan tajuk "Indahnya Alam", berentak keroncong. Kalau kalian ada album kompilasi EMI tajuknya "Keroncong Emas" ada lagu arwah ini.
Ghaz, KL
| |
|
sepatulapar Datuk Abu
    member is offline
![[avatar]](http://s1.images.proboards.com/avatars/angryboy.gif)
Joined: Feb 2006 Gender: Male  Posts: 337
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #54 on Sept 1, 2007, 9:09pm » | |
Wa'alaikumsalam bro Ghaz,
tks for your trouble. very much appreciated.
Tentang lagu "indahnya alam" saya pernah mendengar lagu ini dinyanyikan oleh seorang penyanyi wanita. tak tahu asal usul artis ini. yang saya ingat dia telah lebih dahulu mendendangkan lagu ini sebelum di "ubahsuai" oleh arwah Sudirman. Sekiranya bro Ghaz ada info tentang penyanyi "misteri" ini, please post me. shukran.
| |
|
yudhie Moyang Abu
     member is offline
Joined: Aug 2005 Gender: Male  Posts: 2,446
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #55 on Sept 4, 2007, 8:24pm » | |
Penyanyi asal lagu Indahnya Alam ialah Djuwita dari Indonesia. Lagu ciptaan R. Maroeti. Lagu Sunrise in Malaysia adalah saduran daripada lagu keroncong Terkenang-kenang. Macam mana dua lagu itu boleh dikaitkan dengan Malaya/Malaysia tidak diketahui.
| |
|
mjang Bayi Abu member is offline
Joined: Sept 2007 Posts: 3
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #56 on Sept 9, 2007, 8:23pm » | |
apa khabar semua?
Terima kasih kerana memberikan info yang lebih mengenai lagu-lagu patriotik disini. Nak mintak tolong sikit kalau boleh... boleh tak include nama pencipta/penulis lirik nya sekali kalau ada pada tajuk-tajuk lagu sebab saya rasa mereka lah orang-orang yang patut diberi penghargaan kerana menghasilkan karya yang agung
| |
|
effendimiharja Moyang Abu
     member is offline
![[avatar]](http://www.mediafire.com/imgbnc.php/ae26d8e5d365f9cbfd39b1de7d29c9565g.jpg)
Joined: May 2006 Gender: Male  Posts: 1,258 Location: Pahang
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #57 on Sept 9, 2007, 10:25pm » | |
Salam berkenalan mjang. 
Biasanya member disini akan memaparkan nama pencipta dan penulis lirik sesebuah lagu itu jika diminta atau diketahui. Jangan risau tanya apa saja Insya Allah ramai yang sudi membantu. 
| |
|
yudhie Moyang Abu
     member is offline
Joined: Aug 2005 Gender: Male  Posts: 2,446
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #58 on Sept 10, 2007, 9:25am » | |
Malaysiaku Gemilang Popularkan Roy oleh Mohd Sidek Mohd Salleh
Sumber: Utusan Melayu Mingguan bilangan 233 tahun 5 - Isnin 10 September 2007 halaman 17
Setiap hari lagu patriotik Malaysiaku Gemilang berkumandang di corong-corong radio, kaca televisyen dan majlis perhimpunan.
Ini menyebabkan penyanyinya, Rauzan Alwi atau Roy semakin dikenali ramai.
"Ini semua takdir, tetapi saya bersyukur dan bangga kerana kabinet bersetuju saya menyanyikan lagu Malaysiaku Gemilang pada sambutan jubli emas negara dan ini suatu rahmat yang tidak termimpi oleh saya," kata Roy ketika ditemui baru-baru ini.
Sambil berseloroh, Roy, 43, dan mempunyai tiga orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua orang lelaki berkata, "Walaupun umur saya sudah meningkat, tetapi masih ada yang sayang."
Roy telah menyanyikan lagu tersebut pada perayaan raksasa Merdeka ke-50 di Stadium Merdeka baru-baru ini dan bersama Mawi dalam lagu Bersyukur sempena perayaan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka.
Roy yang dilahirkan di Muar, Johor juga pernah terpilih menyanyikan lagu tema Sukan Komanwel pada tahun 1998.
Mengenai suaranya yang garau dan serak-serak basah, Roy yang kini menetap di Banting memberitahu, petuanya ialah jangan merokok, mesti cukup tidur dan minum air suam.
Semasa menyanyikan lagu patriotik, Roy yang berbaju Melayu telah dikelilingi anak-anak muda yang sama-sama mendendangkan Malaysiaku Gemilang di Stadium Merdeka.
"Saya begitu bersemangat bila menyanyikan lagu ini dan timbul keinsafan betapa kita perlu mempertahankan negara ini ke titisan darah yang terakhir hasil perjuangan orang-orang lama kita," jelas Roy.
Roy yang juga pernah ditawarkan menyanyi lagu-lagu untuk iklan tidak berhasrat untuk menerbitkan album patriotik kerana ia bermusim.
| |
|
effendimiharja Moyang Abu
     member is offline
![[avatar]](http://www.mediafire.com/imgbnc.php/ae26d8e5d365f9cbfd39b1de7d29c9565g.jpg)
Joined: May 2006 Gender: Male  Posts: 1,258 Location: Pahang
|  | Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK « Reply #59 on Sept 10, 2007, 8:58pm » | |
Quote: Quote:DIRGHAYU MALAYSIA.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMEDEKAAN YANG KE 50.
p.s. Sdr effendi - jam di puter saya pun menunjukkan 12.04. so no silapmata only silapwaktu dimenara ! |
|
Selamat Hari Merdeka pada kalian semua.
Rasanya, jam menara tu tepat - jam Astro tu seperti kata rakan sekampus saya "jam wawasan" - sentiasa terlebih awal ... He!He!He!
Ghaz, KL |
|
Ghaz:
Saya mendapat maklumat dari anak sedara saya yang bertugas di Asto. Dia kata jam Asto memang tepat bukan dipercepat sepertimana didakwa. Jika tidak mana mungkin mereka boleh memaparkan setiap saat bagi memulakan sesuatu siaran/progrem mereka. 
| |
|
|