Re: Normadiah Serba Boleh « Result #3 Today at 3:20pm »
Salam Terangbulan,
Ada tak gambar Normadiah yang dia berlakun filem Lela Manja yang membuat sanggul dua ?
Kalau ada boleh tak naikkan di sini, sebab jarang nak nampak orang bersanggul dua. Ingat tak masa tu dia bertarung dengan orang yang nak menangkap beliau.
Bukankah thread yang sebegini sudah ada...sila "pembuka thread" pergi ke thread di bawah tajuk "Versi Ori vs. Versi Saduran"...di situ sudah lama diperbincangkan tentang lagu-lagu saduran...
Salam Adika,
Kak Seri udah bilang sama bapa Hamlau untuk anjakkan topik ini ke bawah topik Ori vs Saduran.
Kak Seri sudah tjoba cari, namun usaha tidak berhasil, maka di buka topik ini.
Kita tunggu ya sama bapa Hamlau pindahkan ke sana.
Re: Lagu Lagu Saduran « Result #8 Today at 5:23am »
Bukankah thread yang sebegini sudah ada...sila "pembuka thread" pergi ke thread di bawah tajuk "Versi Ori vs. Versi Saduran"...di situ sudah lama diperbincangkan tentang lagu-lagu saduran...
Re: RAHSIA FILEM YANG KITA TAK TAHU « Result #9 Today at 2:05am »
x tau lah tp nampaknyer Saadiah bukanlah org yg terlalu memilih rupe kalau kite tengok Ahmad Daud pun x lah kacak sgt
malah banyak mamber2 saye berseloroh yg OGY x secantik Saadiah behane baka dari Ahmad Daud hehehe yg penting depe bahagie sampai ke akhir hayat x lah mcm Artis yg digelar Primadona flm kini kawin besar2an dng dng jejake yg same cantik same padan same populer tp terbengkalai ditengah jalan(nk buat camne Jodoh X panjang) &Ahmad Daud sememangnye org yg sangat baik&bertanggung jawab
saye bangge bng copel lagenda kite seperti P Ramle&Saloma Saadiah&Ahmad Daud Normadiah&Aziz Jaffar Rosnani&Jamil Sulong
walau mereke masing2 merupekan lagenda seni bangse tp x membawe sebarang mslh pd alam rumah tangge mereke bahkan dng hunungan rumahtangge itu mereke berjaye menghadiahkan pule industri dng pelapis2 yg boleh dibanggekan & dpt pule menyambung legasi seni mereke mcm Ogy/ Azlina Aziz& lain2
Tentang lagu " KATA DARI KALBU ", mengikut Yudhie, Syaugie menyanyi dengan tajuk " JUWITA PUJAAN KU ". Pada pendapat Yudhie, tajuk mana yang dianggap betul? Setakat ini tidak ada bukti yang lagu itu berjodol " KATA DARI KALBU ". Syaugi telah menggunakan tajuk itu sejak tahun 50an lagi. Tiba-tiba di era zaman ini, muncul pula tajuk " KATA DARI KALBU ".
Adakah tajuk itu baru dicipta oleh seseorang yang kita tidak kenali, oleh kerana lagu itu tiba-tiba digemari oleh peminat P.Ramlee sejak kebelakangan ini ?
Adakah kemungkinan Syaugi sebagai pemegang gelaran " P.Ramlee Indonesia " telah berhubung dengan P.Ramlee di Singapura mengenai tajuk itu sebelum merakamkan lagu ?
Salam bro rossman, Tentang tajuk lagu P. Ramlee yang dirakamkan semula oleh Syaugi itu, saya tak ada maklumat lanjut.
Berikut ini dinaikkan catatan di belakang LP Hasnah Tahar Volume II - Puspa Ragam Lagu Berirama Melaju tentang Sjaugi yang gaya nyanyiannya disamakan dengan P. Ramlee:
Biduan Sjaugie dikatakan orang mempunjai gaja njanji seperti bintang film P. Ramlee dari Malaya.
Saya rasa ada dua kemungkinan disini br]1. Lagu ' SUKMA MURNI ' mungkin dirakamkan lebih awal tetapi tidak digunakan untuk ' shooting ' kerana didapati tidak sesuai dengan scene itu.
2. Mungkin lagu itu digantikan dengan lagu keroncong kerana watak yang didokong oleh Omar Rojik berasal dari Jakarta, dan dia sedang dihiburkan oleh sebuah band keroncong.
3. Atau pun terdapat kesilapan ' printing ' ketika rekod ini dicetak di India. Ini kerap kali berlaku kepada ejaan nama penyanyi mahupun tajuk lagu.
Salam bro rossman,
Saya rasa Azizah Zainul hanya menyanyikan lagu Sukma Murni versi piring hitam, manakala versi filem dinyanyikan oleh Lena.
Re: RAHSIA FILEM YANG KITA TAK TAHU « Result #15 Yesterday at 5:00pm »
Saya tak sangka classicguys mempunyai bakat sehebat ini ! Saya juga seorang peminat setia Saadiah yang saya nobatkan sebagai ' the all-time primadonna ' filem Melayu.
classicguys tahu tak ketika Saadiah sedang berlakon filem PENARIK BECA, dia baru saja berumahtangga dengan Atan Samad ? ( adakah mungkin pada ketika itu, berita ini dianggap sebagai RAHSIA supaya peminat Saadiah tidak keciwa ? )
Bagaimanakah Saadiah boleh terpikat dengan pemuda Atan Samad itu ? Apakah istimewa yang ada pada Atan Samad sehingga mampu menawan primadonna filem melayu ? Saya sendiri tak tahu. Jika sesiapa dapat berkongsi maklumat dengan saya tentang perkahwinan mereka, memang saya nanti-nantikan. ( kalau ada gambar lagi cun )
classicguys, boleh tak saya mintak izin untuk mengambil collage gambar SAADIAH yang bro cipta bagi menambahkan lagi bahan-bahan pengkajian saya mengenai filem tersebut? Apa pun saya akan paparkan nama classicguys sebagai pemilik.
Re: RAHSIA FILEM YANG KITA TAK TAHU « Result #16 Yesterday at 12:06pm »
filem ini memang memberi kesan yg besar kpd perkembanggan Industri flm dan boleh dikatekan antare anak tangge utame sebelum membine kegemilangan flm melayu yg kite banggakan sebawai warisan zaman saye ni budak sgt lagi mungkin fakta yg bakal saye nyatekan ni dah basi& bukan rahsie lg antare fakta2 menarik ttg flm ini yg saye tahu ielah oleh kerana kegagalan Haji Mahadi memainkan peranan nye sebagai pengarah dng baik dlm filem Permata Di Perlimbahan yg gagal di pawagam make peluang utk anak melayu memaikkan peranan penting itu(pengarah) semakin kelam pihak Show seakan hilang percaye & tidak sanggup mengambik risiko utk memberi peranan itu kpd anak melayu lagi
saye pernah terbace Norizan telah meletakkan barang2 kemasnyer dari Istana Perak yg bernilai lebih 25000-50000(saye x pasti angkenye secare tepat)sebagai cagaran kepade pihak show sekirenye filem itu gagal demi memberi peluang kpd P Ramlee & org Melayu Am nye utk mengarahkan filem ttg mereka di bumi mereka sendiri utk tatapan khalayak mereka sendiri
beberape tahun sudah sempat saye melihat dlm Gemilang Filem Melayu di Astro menurut kate seorang tokoh yg terlibat dngnye yg saye pun x pasti siape waktu itu boleh dikatekan semue tokoh2 melayu singapure memberi sebulat hati memberi kerje same utk menyokong kejayaan flm itu baik tokoh agame,politik,nasionalisma dan lain lain lebih2 lagi tokoh2 seni terutamenye yg bernaung dibawah bumbung Show Brother sendiri subjek utame flm ini pun ttg penarik beca@golongan Miskin(keadaan Mejoriti org melayu ketika itu) menghadapi diskriminasi&penindasan dari golongan berada mejoriti khalayak dpt merasakan filem ini mewakili keadaan mereka&secare x langsung mengangap hero flm ini juga hero mereka
Amran: Kenapa Azizah? barangkali kau jijik memandang keadaan rumah ku dan ibu ku, Aku tau kau menyesal datang kemari
Azizah:Tidak Amran aku tidak menyesal(sembil menagis) sebaliknya aku cukup kesihan melihat keadaan mu dan ibu mu
Amran: Apa boleh buat Azizah Kehendah tuhan keatas makhluknya
Azizah: tapi kau lupa Amran Manusia disuruhNya berusaha, Tuhan tidak memberi dengan begitu sahaja jika manusia tidak berusaha
Amran: Sudah cukup aku berusaha Azizah, Namun nasibku belum jugak berubah
Azizah:Amran mahu tak kau bersekolah malam guna buat menambah pelajaran mu
Amran:Aku tak mampu membayar wang sekolah Azizah
Azizah: Kalau kau sanggup belajar aku sanggup membayarnya
--------------------------------------------------------------------------------------------- Azizah:lebih baik aku mati dari menanggung siksa begini
Amran: jikalau kau ingin mati aku pun tak ingin hidup lagi Azizah tp lebih baik kita bersabar,Tuhan akan menolong kepada org yg bersabar
Azizah:Nampaknya tak guna kita bersabar lagi Amran aku cintakan kau, bawaklah aku lari Amran Amran: tak boleh Azizah -------------------------------------------------------------------------------------------------- Azizah :Apa bapak sudah setuju dengan soal ini Mak Cik?
Pembantu Rumah: Sudah Azizah
Azizah: Sudah!(sambil menangis diatas katil) tidak Mak Cik tidak Azizah tidak setuju Mengapa bapak tidak siasat terlebih dahulu, bapak pempercayai pagar padahal pagr itu lah yang akan merusakkan tanaman
Pembantu Rumah: Jangan lah putos asa Azizah, Jodoh pertemuan itu adalah ditangan tohan, sabarlah dan tawakal tenangkanlah hati mu Azizah --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -
dialo2&Lagu2 dlm flm ini pun penuh dng Dakwah,Akidah,Motivasi, Impian,persoalan yg kemanusiaan&kemasyarakatan
sungguh pun jodoh dipilih sendiri diangap baru dlm masyarakat yg mejoritinye masih ditentukan oleh org tue masing2 tp dlm flm ini ie menyaksikan pertembungan wakili gologan yg baik tp x bernasib baik(PRamlee) dng buaye darat yg juge buruan polis yg pandai belakon jd baik(saleh kamel) make ie x diangap salah&mengajar masyarakat utk mengutamekan kebenaran dari adat yg x semestinye reliven utk semue kaadaan
Lakonan Primadona Kesayangan Saye Saadiah pun menunjukkan kematangannye& kecermelangan yg lebih menyerlah dari filem2 beliau sebelum itu sehingga dinobatkan sebagai Seniwati pujaan &pelakon wanita terbaik
« Last Edit: Yesterday at 12:23pm by classicguys »
Re: Suara siapakah ini. « Result #18 Yesterday at 7:44am »
mana kau dapat lagu tu
ni baru dikatakan klasik !!@@@&&
Yang laki2 tu ahmad fauzee lagi ke? hai..kau ni ada banyak koleksi ahmad fauzee nampak? entah2 kau ni ada connection dengan dia tak? hehehe...Aku pun tak tahu bila dia buat ni semua. Lagu2 tu untuk album baru dia ke ?
Ramai student aku dah terpikat dengan melodi ' Kumbang dan Rama-Rama '. Diaorang suruh aku cari rekod lagu tu. Setahu aku, lagu tu memang takde rekod, betul tak ? Tapi kalau ada, bolehlah tumpang sekaki !
' Sang Rang Bulan ' pun budak2 aku boleh layan. Dia jauh beza dari P.Ramlee dan Rubiah. Versi rancak ala lagu pop yeh yeh.
Lagu rock P.Ramlee apa benda yang kau cakap ni classic ? Mintak2 jangan sampai rosak lagu seniman agung kita !
Re: RAHSIA FILEM YANG KITA TAK TAHU « Result #19 Yesterday at 2:14am »
Cuba kau teliti gambar ini. Amran ( P.Ramlee ) dalam mood sedih, baju yang dipakainya tidak pernah bertukar dari starting filem sampai ke ending filem ! Baju itu lah yang digunakan untuk mengayuh beca sehari suntuk bermandikan peluh keringat. Baju itu juga digunakan untuk berasmara dengan Azizah. Entah COLOGNE apa yang digunakan oleh Amran sehingga Azizah, anak Orang Kaya Marzuki sanggup menghidu ketika berpelukan dengan Amran. Hehehehe... ITU LAH RAHSIA FILEM YANG KITA TAK TAHU !!
Apa pun, takkan nak komen pasal jenama COLOGNE Amran, aku sanggup menampal gambar sebesar ini ? Bukan. Sebenarnya aku nak komen sikit pasal baju koyak Amran. Filem ini diterbitkan pada tahun 1955. Selepas habis shooting, apakah dibuatnya dengan baju koyak si Amran itu ? Kalau di zaman ini, sudah tentu baju itu dicampakkan ke dalam tong sampah selepas habis shooting. Tapi bukan dengan orang-orang yang menjaga wardrobe di Malay Film Productions.
Korang nak tahu rahsianya ? MINGGU DEPAN AKU AKAN BAGI TAHU RAHSIA, APA YANG DIBUATNYA DENGAN BAJU KOYAK AMRAN ITU !!!
Re: RAHSIA FILEM YANG KITA TAK TAHU « Result #20 Yesterday at 1:52am »
Cantiklah terangbulan !
Terima kasih kerana kau sanggup buat kerja-kerja macam tu. Aku mesti ikut sikit kerajinan yang ada pada kau.
Ini yang aku dapat tahu tentang lagu ' Dengarlah sang ombak berdesir ' . Maklumat ini aku kebas dari member aku. ( syyyy... )
Penyanyi Utama : Momo Latiff ( Saadiah ) dan P.Ramlee Penyanyi Latar : ( mak datuk ramainya !! ) Saloma, Normadiah, Rahmah Rahmat, Hashimah Yon, Ainon Rahmat, Ahmad C, Kassim Masdor.
Sayangnya, lagu ini tidak pernah dirakamkan ke piring hitam.
Re: Gambar artis2 & rekod2 lama poskan di sini « Result #22 Yesterday at 1:31am »
Terima kasih bro yudhie, akhirnya saya dapat juga mendengar melodi lagu ' SUKMA MURNI ' nyanyian Azizah Zainul. Melodi ini bukan menjawab kesangsian saya terhadap penyanyi Azizah Zainul yang dikatakan sebagai salah seorang penyanyi latar bagi filem ' ANJORAN NASIB ', malah ia mengeruhkan lagi peluang saya untuk mendapat jawapan tentang siapa sebenarnya AZIZAH ZAINUL.
Dalam filem ' ANJORAN NASIB ', tidak disenaraikan nama-nama penyanyi latar. Yang kita dapat pasti ialah P.Ramlee, Lena ( Mariam ) dan Momo Latiff ( Saadiah ). Terdapat 8 buah lagu dalam filem itu dan 7 buah lagu dilakonkan oleh P.Ramlee, Mariam dan Saadiah. Manakala sebuah lagi dinyanyikan oleh seorang penyanyi wanita bersama dengan band Keroncong. Lagunya juga berirama keroncong. Selama ini saya mengandaikan bahawa penyanyi wanita itu adalah Azizah Zainul kerana cara dia menghayati lagunya tak ubah seperti seorang penyanyi keroncong. Tidak berasa kekok mahupiun janggal. Tapi pabila saya mendengar lagu ' SUKMA MURNI ' yang dianjurkan oleh bro yudhie sebentar tadi, melodi dan senikata itu jauh berbeza dari yang terdapat dalam filem tersebut. Pening kepala dibuatnya !
Saya rasa ada dua kemungkinan disini br]1. Lagu ' SUKMA MURNI ' mungkin dirakamkan lebih awal tetapi tidak digunakan untuk ' shooting ' kerana didapati tidak sesuai dengan scene itu.
2. Mungkin lagu itu digantikan dengan lagu keroncong kerana watak yang didokong oleh Omar Rojik berasal dari Jakarta, dan dia sedang dihiburkan oleh sebuah band keroncong.
3. Atau pun terdapat kesilapan ' printing ' ketika rekod ini dicetak di India. Ini kerap kali berlaku kepada ejaan nama penyanyi mahupun tajuk lagu.
Saya berharap sangat bro yudhie dapat membantu saya mencari jawapan tentang perkara ini. Saya akan menaikkan gambar penyanyi yang melakonkan lagu keroncong dalam filem ' ANJORAN NASIB '. Mudah2an dia adalah AZIZAH ZAINUL yang kita cari.
LELAMAN MUZIK NUSANTARA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA!
Beri sumbangan ikhlas agar dapat saya meneruskan perjuangan ini dan jika anda fikir yang saya telah memberikan khidmat yang baik dan berharga. Boleh berikan wang dengan PayPal atau kirimkan Money Order (BUKAN Bank Draft) ke "Aris Aziz, c/o VBox 881392, Singapore Post Centre, Singapore 919191" Terimakasih.
Tiada akaun PayPal? Daftar sekarang!