Perbincangan Muzik » Sumbangsih » P.Ramlee
http://hamlau.proboards.com/index.cgi?board=sumbangsih&action=display&thread=104

P.Ramlee
Post by jazzdjoe on Jan 25, 2006, 3:57am

Sesiapa punya lagu-lagu P.Ramlee yang tidak didalam CD bolehlah berkongsi bersama kita disini. Lebih-lebih lagi lagu-lagu yang pernah Biduan ini rakamkan pada tahun-tahun akhir 40an dan awal 50an.

Disini jazz sertakan lagu:

Ketipang Payong(P.Ramlee/S.Sudarmaji)


Back up singers pada rakaman ini adalah Rahmah Rahmat dan Normadiah.
Re: P.Ramlee
Post by admin on Jan 30, 2006, 3:09am

Terimakasih Djoe for endless supply of music.. keep it coming.. but suggestion... mungkin lebih baik jika disimpan dalam geocities ke.. savefile akan memadamkan usaha kamu jika tiada siapa yang download dalam beberapa hari.. just a thought..
Re: P.Ramlee
Post by jazzdjoe on Feb 20, 2006, 6:00pm

Dear Hamlau and P.Ramlee Fans,

Di bawah adalah naskah koleksi Jazz.

Majalah Bulanan Gelanggang Filem
Terbitan: 1961
Pimpinan: P.Ramlee


[image]

Bacalah.
Re: P.Ramlee
Post by jazzdjoe on Mar 19, 2006, 11:04pm

Semuanya,

Siapa yang mempunyai lagu GETARAN JIWA P.Ramlee harap boleh share ngan jazz ya.

Thanks
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Mar 20, 2006, 9:13pm

Hi Jazz!

Saya rasa lagu Getaran Jiwa nyanyian asal P. Ramlee sudah ada dalam mana-mana CD arwah keluaran EMI.
Apa kata kalau di forum ini disiarkan lagu-lagu arwah yang tak pernah dikeluarkan dalam format CD.

Contohnya:

1. Berpedati (dari filem Bumiputra, 1965)

2. Mengapa Tak Berkawan (duet dengan Saloma)
(dari filem Si Tora Harimau Jadian, 1964)

3. Qadzaan Tuhan
(dari filem Sesudah Subuh, 1967)

4. Rela Hamba Rela
(dari filem Enam Jahanam, 1969)

5. Membisu
(dari filem Putus Sudah Kasih Sayang, 1971)

6. Intan Menjadi Kaca
(dari filem Ahmad Albab, 1968)

7. Kisah Mahjong (dari filem Dajal Suci, 1965)

8. Ku Rindu Padamu
(dari filem Masam Masam Manis, 1965)

Oh ya! Untuk makluman kalian, saya ada juga simpan dalam bentuk CD beberapa buah lagu yang arwah cipta tapi hanya dirakam oleh beberapa artis 70an just before and after his death in 1973 seperti berikut:

1. Bawah Rumpun Bambu - Mimi Loma (1973)
(P. Ramlee/Salleh Ghani)

[P. Ramlee hanya sempat mendengar ciptaan terakhir
beliau sebelum lagu ini disalin ke piring hitam, yang
dilancarkan pada 4 Jun 1973, lima hari selepas
kematian beliau!]

2. Surat Cinta - Suhaili Shamsuddin (1972)
(P. Ramlee/Kamaruzzaman)

3. Hidupku Bebas - Erna Montez (1974)
(P. Ramlee/Ramli Ismail)

4. Rembang Petang - Suhaili Shamsuddin (1972)
(P. Ramlee/Kamaruzzaman)

Penerbit asal lagu-lagu ini ialah GUO (Great Union Organisation), Kuala Lumpur.

Ghaz
Kuala Lumpur
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Aug 10, 2006, 12:46am

Bro Hamlau, kalau ada EP P. Ramlee yang ada lagu "Dendang Perantau" (versi kedua) mohon diberikan detailnya. Kalau tak salah, itu rakaman P. Ramlee yang terakhir.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Aug 10, 2006, 2:12am


yudhie,

Saya ingin menceritakan sedikit pengalaman bertemu P.Ramlee. Band saya pernah mengiringi P.Ramlee menyanyi di Fun Fair, Maran, Pahang pada tahun 1973. Ketika itu saiz badannya 2x Bob Lokman sekarang. Dengan sebelah tangan saja dia boleh mengangkat arwah A.K. Jailani ketika berlawak atas pentas. Ibrahim Din turut serta malam tersebut. Beliau cukup marah kerana microphone asyik rosak dan berdesing ketika membuat pertunjukan. Dia perli tauke Fun Fair supaya membeli yang baru. Jika tak cukup duit boleh tolak sebahagian bayarannya malam itu agar penonton selesa mendengar nyanyian dan lawak jenakanya.

Allahyarham P.Ramlee memberitahu dia akan ke Singapura keesokan harinya menghadiri Pesta Filem Asian. Selepas pulang dari Singapura beliau jatuh sakit dan kembali ke rahmatullah. Itulah kali pertama dan terakhir saya berjumpa dengan P.Ramlee.

Satu perkara yang takkan saya lupakan apabila beliau memuji kugiran kami bagus dan bertanya mengapa tak cari peluang untuk buat rakaman? Kembang rasanya tengkuk dipuji sebegitu oleh seorang insan yang bergelar Seniman Agung.

Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Aug 10, 2006, 2:26pm

Menurut bacaan saya dalam sebuah dokumentari, rakaman P. Ramlee yang terakhir dengan EMI ialah pada tahun 1968, bila kontraknya ditamatkan akibat jualan rekodnya merosot.

Nampaknya ikhtiar arwah untuk merakam lagu ala kugiran pop-yeh-yeh pada masa itu tak berapa menjadi. Antara lagu-lagu yang terakhir dirakam dengan susunan muzik sebegini ialah:

1. Senjakala
2. Lanang Tunang Tak Jadi
3. Mengapa Derita - filem:Keluarga 69
4. Keluarga 69 - filem:Keluarga 69
5. Entah Di Mana - filem:Keluarga 69
6. Sepanjang Riwayatku - filem:Sesudah
Suboh

7. Ting Tara Tilala
8. Terbang Burung Terbang - filem:Anak Bapak
9. Dendang Perantau

Jika kalian ada terdengar lagu duetnya bersama Saloma bertajuk Assalamualaikum dari filem Putus Sudah Kaseh Sayang (1971) dalam mana-mana CD arwah keluaran EMI, versi itu dirakam terus dari soundtrack filem itu yang mana EP-nya dikeluarkan bersama oleh Studio Merdeka.

Juga dalam koleksi EMI, ada dua buah lagu duet P. Ramlee & Saloma yang dirakam terus dari rancangan radio. Salah satu yang saya ingat ialah Uda Dan Dara yang ditulis bersama oleh P. Ramlee dan Usman Awang. Kedua-dua lagu ini juga ada dalam LP Airmata Di Kuala Lumpur - 29 Mei 1973 keluaran EMI/Regal.

Baru-baru ini, saya ada terdengar lagu Rantau Selamat nyanyian P. Ramlee diputarkan di Klasik FM. Saya rasa ini koleksi RTM sendiri, kerana P. Ramlee berlakon dan mengarah siri drama TV itu dengan tajuk yang sama, pada tahun 1972.

Ada juga sebuah LP kompilasi terbitan EMI yang memuatkan lagu-lagu popular sekitar awal 70an. Di antara sebuah lagu dan sebuah lagu lain, ada suara P. Ramlee berdialog, seolah-olah mengacarakan sebuah rancangan radio. Saya pernah lihat LP ini di Amcorp Mall.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Aug 11, 2006, 1:00am

Effendi, apakah nama kugiran yg sdr anggotai yg mengiringi P. Ramlee itu? Apakah ada bekas anggotanya yg kemudiannya menjadi pemain muzik terkenal? Efendi main alat muzik apa?
Re: P.Ramlee
Post by jazzdjoe on Aug 16, 2006, 12:53am

Wah, banyak betul maklumat tentang p.ramlee yang you ada. Sukacita jazz ingin berkongsi lagu


ASSALAMUALAIKUM


Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Aug 17, 2006, 11:01pm

Lagu "Selamat Berbahagia Wahai Kekasih" nyanyian dan ciptaan P. Ramlee yang dirakamkan sekitar tahun 1957, khabarnya ditujukan khas kepada Saloma yang berkahwin dengan suami kedua.

SELAMAT BERBAHAGIA WAHAI KEKASIH (P.Ramlee-Mustafa)

P. Ramlee dengan A. Jaafar Orchestra
Irama: Zapin
Rekod: Parlophone DPE 8049

s'lamat berbah'gia wahai kekasih, cantik rupawan
s'lamat menempuh wahai kekasih, gerbang perkahwinan
aku berdoa wahai kekasih, kepada tuhan
semoga aman wahai kekasih, dan berkekalan

berpisah kita hanyalah untuk di dunia saja
aku berjanji akan menanti di gerbang syurga

rela kuhidup wahai kekasih, dalam derita
asalkan dikau wahai kekasih, hidup berbah'gia.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Aug 19, 2006, 12:15pm

Lagu "Aci, Aci Buka Pintu" dari filem "Nasib Si Labu Labi" (1963) sebelumnya pernah muncul dalam filem "Ali Baba Bujang Lapok" (1960), tapi dalam versi instrumental mengiringi adegan para penyamun bersuka ria di dalam gua.

Lagu "Rukun Islam" yang dirakamkan oleh P. Ramlee dan Saloma pada 1963 berasal dari lagu "Melaka" yang jadi lagu pembukaan filem "Hang Tuah" (1956). Lirik "Rukun Islam" disusun oleh S. Sudarmaji manakala lirik "Melaka" oleh Jamil Sulong.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Aug 20, 2006, 10:27pm

Beberapa penyanyi Indonesia pernah merakamkan semula lagu2 P. Ramlee. Antara mereka ialah Syaugi (1950-an), Deddy Damhudi (1970-an) dan Latif M. (1970-an).

Syaugi, penyanyi dari Orkes Melayu Irama Agung dbp S. Effendi, pernah mendapat gelaran "P. Ramlee Indonesia" kerana begitu meminati lagu2 P. Ramlee. Antara lagu2 P. Ramlee yang pernah dirakamkan semula ialah "Hujan di Tengah Hari" (petikan filem "Perjodohan") dan "Kata Dari Kalbu" (filem "Merana"). Untuk lagu "Kata Dari Kalbu" Syaugi menggunakan judul "Juwita Pujaanku". Yang menariknya P. Ramlee tidak pernah merakamkan lagu "Kata Dari Kalbu" ke piring hitam. Ini bermakna Syaugi mendapat lagu tersebut dari filem "Merana" yang memang diedarkan di Indonesia. Untuk mendapat seni kata dan melodinya, tentu seseorang itu perlu menonton filem itu beberapa kali.

Deddy Damhudi merakamkan semula beberapa lagu P. Ramlee sekitar tahun 1974. Lagu2nya ialah "Kau Laksana Bulan" (tajuk asal "Engkau Laksana Bulan"), "Anakku Sazali", "Cik, Cik Bum" ("Timang-timang Anak"), "Berkorban Apa Saja", "Pungguk Rindukan Bulan" ("Rindu Hatiku Tidak Terkira"), "Sepasang Merpati" ("Hidup Berdua") dan "Terang Bulan" ("Sang Rambulan"). P. Ramlee tidak pernah merakamkan lagu "Sang Rambulan" ke piring hitam, tetapi hanya menyanyikannya di dalam filem "Racun Dunia". Ini bermakna Deddy Damhudi, sebagaimana Syaugi, mendapat lagu itu dengan menonton filem.

Latif M merakamkan banyak lagu P. Ramlee mulai akhir tahun 70-an. Salah satunya ialah lagu "Azizah". Dia menyanyikannya bukan dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Arab dengan iringan Orkes Gambus Al Fata.

Selain itu Elly Kasim, Marini, Asmidar Darwis, Zul Darwis dan Tiar Ramon juga pernah merakamkan semula lagu2 P. Ramlee.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Aug 20, 2006, 11:03pm

Sementara itu, di Malaysia & Singapura pada sekitar 1960an & awal 1970an, banyak juga artis (selain Saloma) merakam semula lagu-lagu P. Ramlee, di antaranya:

1. Hamidah - oleh Hussein Ismail (1968) dan S. Rossley (1972)
2. Getaran Jiwa - oleh Ismail Haron (1974)
3. Hanya Dikau - oleh Sanisah Huri (1972)
4. Senandung Malam, Baidah & Aduh Sayang - oleh J. Mizan (1974)
5. Rindu Hatiku Tidak Terkira - oleh M. Sani (1974)
6. Ibu & Tiada Kata Secantik Bahasa - oleh Rafeah Buang (1971)
7. Ayah Merasa Bangga (asal: Timang-timang Anak) - A. Ramlie (1972)
8. Juwita - A. Ramlie (1972)
9. Itulah Sayang - A. Ramlie & Maria Bachok (1971)
10. Suara Takbir - A. Ramlie (1975) dan DJ Dave (1977)

Ghaz, KL

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Aug 24, 2006, 9:14pm

http://youtube.com/watch?v=fGs4Ic42qDI
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Aug 29, 2006, 10:01am

Artikel dari Wikipedia - http://ms.wikipedia.org/wiki/P._Ramlee
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Aug 30, 2006, 12:59am

yudhie:

Kugiran saya yang mengiringi Allahyarham P.Ramlee itu ialah Mega. Pemain gitar utama kami pernah menjadi pengarah Muzik Sekolah-sekolah Pahang. Malangnya dia telah meninggal dunia 5 tahun lalu.

Pemain bass pula pernah menjawat jawatan Penyelaras Sekolah Muzik Petronas Trengganu. Pemain drum kami tidak aktif sebagai pemuzik dan bekerja dalam jabatan kerajaan hingga kini.

Ketika itu saya adalah pemain gitar irama dan penyanyi eh wah. Dan saya tidak dikenali ramai dalam industri muzik ini walaupun sedikit sebanyak terlibat dengannya.

[image]

Gambar ini diambil pada tahun 1982 ketika merakamkan muzik untuk album sulung Nas Atea - Masih Ada yang Sayang di Studio Gaya Cheras. Yang bermain keyboard dibelakang adalah Khairool Idlan, penyanyi yang popular dengan lagunya Aku yang Kau Panggil Sayang. Lagu tersebut telah menjuarai Juara Carta Sinar FM selama 13 minggu dan masih dalam carta hingga kini.


Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Aug 30, 2006, 8:46pm

effendi, kalau ada gambar effendi bersama p. ramlee elok juga dipaparkan di sini.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Aug 30, 2006, 11:47pm

Lagu-lagu tentang Malaysia yang dinyanyikan oleh P. Ramlee ialah Joget Malaysia, Twist Malaysia dan Zapin Malaysia. Joget Malaysia dan Zapin Malaysia dinyanyikan bersama Saloma.

Lagu Kuala Lumpur ciptaan P. Ramlee dinyanyikan oleh Saloma dalam filem Ragam P. Ramlee, manakala P. Ramlee sendiri menyanyikan lagu Keroncong Kuala Lumpur dalam filem Anak Bapak. Lagu Kuala Lumpur pernah dirakamkan ke piring hitam oleh Saloma pada tahun 1965. Lagu Keroncong Kuala Lumpur tidak pernah dirakamkan ke piring hitam oleh P. Ramlee tetapi Saloma merakamkannya selepas kematian P. Ramlee, tapi dengan tajuk dan lirik berlainan susunan S. Sudarmaji (1975).
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Aug 31, 2006, 11:10pm


yudhie,

Saya tak berkesempatan bergambar bersama Allahyarham P.Ramlee semasa pertemuan pertama dan terakhir dulu. Maklum masa tu nak beli camera pun tak mampu, kecuali mereka yang benar-benar minat dan cari makan dengan camera.

Saya memang sedang mencari lagu Keroncong Kuala Lumpur, patutlah tak jumpa-jumpa juga dalam kaset-kaset pirate P.Ramlee. Terpaksalah beli VCD anak Bapak dan merakamkannya nanti. Anyway tq atas maklumat tersebut.

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Sept 1, 2006, 4:02pm

Banyak lagu yang P. Ramlee nyanyikan dalam filem tidak pernah dirakamkannya ke piring hitam, tetapi dirakamkan oleh penyanyi2 lain. Misalnya lagu Juwita (filem Juwita) oleh A. Ramlie, Tidurku Di Rumput Basah (Siapa Salah) - Kamariah Noor, Tunggu Sekejap (Sarjan Hassan) - Rafeah Buang, Berdendang Ria (Anjuran Nasib) - Jasni, Sang Rambulan (Racun Dunia) - Rubiah, Duka dan Gembira (Miskin) - Aziz Jaafar dan Ingin Tahu (Hujan Panas) - Abdullah Chik & Asiah.

Namun demikian, ada beberapa lagu yang menggunakan suara penyanyi lain di dalam filem dirakamkan ke piring hitam oleh P. Ramlee. Lagu Aku Dan Dia dalam filem Berdosa dinyanyikan oleh penyanyi wanita (mungkin Momo atau Rubiah) tetapi dirakamkan oleh P. Ramlee. Demikian juga lagu Irama Lagu dari filem yang sama. Lagu Inikah Suratan Hidup dan Betapa Riangnya dalam filem Puteri Gunung Banang dinyanyikan oleh Aziz Jaafar, tetapi dirakamkan ke piring hitam oleh P. Ramlee dan lagu Gunung Payung dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup dinyanyikan oleh Normadiah dan suara ramai tetapi dalam versi piring hitam dinyanyikan oleh P. Ramlee dan Saloma.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Sept 1, 2006, 8:05pm

Effendi boleh juga dapatkan lagu-lagu P. Ramlee yang tak pernah dikeluarkan semula oleh EMI menerusi kaset-kaset keluaran Warna (ada sekitar tujuh siri) atau Pancha Alpha (kadangkala dimasukkan juga lagu-lagu Saloma).

Kalau Effendi sempat buat semakan, Effendi akan perasan yang urusan keluaran semula lagu-lagu P. Ramlee di bawah label Warna adalah atas usaha anaknya Nasir.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Sept 1, 2006, 10:13pm


Ia Ghaz,

Saya tahu kaset-kaset tersebut diuruskan oleh Nasir P.Ramlee kerana lagu-lagu tersebut tiada copyright. Secara tak langsung Nasir yang punya copyright terhadap lagu-lagu tersebut. tambahan pula mungkin dia saja yang ada piring hitam koleksi lagu-lagu tersebut warisan peninggalan Allahyarham P.Ramlee.

Setahu saya royalti lagu-lagu P.Ramlee lebih dari RM 1 juta belum dituntut oleh anak-anaknya kerana mereka tak mahu berpakat menubuhkan satu syarikat sebagai satu cara untuk mendapatkan wang tersebut. Bagi Nasir dia adalah satu-satunya anak P.Ramlee, yang lain semua anak angkat ayahnya, bukan pewaris. Rugi kan.. satu sen pun masing-masing tak merasa.

Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Sept 1, 2006, 10:20pm


Wah yudhie maklumat-maklumat anda memang mengkagumkan saya. Kalau ada saudara mara atau kengkawan anda Web Designer alangkah baiknya jika anda membuka satu web dan memaparkan maklumat-maklumat ini secara teratur. Banyak faedahnya. Setahu saya selain anda tak ada lagi orang yang mempunyai maklumat sebegitu terperinci.

Re: P.Ramlee
Post by admin on Sept 2, 2006, 12:56am

Ataupun masukkan saja dalam http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama - "ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua".

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Sept 11, 2006, 12:08am

Antara lagu-lagu awal rakaman P. Ramlee ialah Tangkap Ikan (filem Nasib) dan Oh Bulan (duet Nona Asiah) - Pathe PTH 14, dan lagu-lagu dari filem Bakti - Hidup Melarat dan Hidup Berdua (duet Nona Asiah) - Pathe PTH 22.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Sept 11, 2006, 2:07am


yudhie:

Saya pernah diberitahu oleh seorang hamba Allah yang mengakui kenalan rapat P.Ramlee yang mengaku ada memiliki dua buah lagu yang dicipta oleh Allahyarham dan dirakam dalam tape recorder pada tahun 1968 kalau tak silap. Mengikutnya P.Ramlee dengan mudah saja mencipta melodi dan liriknya sekali apabila disuruh berbuat sedemikian. Cukup dengan sebuah gitar untuk menyiapkan lagu tersebut ketika singgah bermalam di rumahnya.

Saya telah sarankan agar lagu-lagu tersebut diserahkan kepada Arkib Negara atau Pustaka P.Ramlee. Entah apa yang terjadi pada lagu tersebut saya tidak dapat mengesannya selepas itu. Puas saya mengingati nama lelaki tersebut masih tak ingat juga.

Saya yakin dakwaan lelaki itu benar kerana Nasir P.Ramlee sendiri pernah memberitahu saya perkara sebegitu sering dilakukan oleh arwah bapanya apabila saya ajukan perkara tersebut. Nasir juga mengakui banyak lagu-lagu ciptaan arwah yang tidak sempat dirakamkan sebelum meninggal dunia dan ianya lenyap begitu saja.


Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Sept 12, 2006, 1:00pm

Menurut bacaan saya, di antara sebab lagu-lagu itu hilang ialah kerana P. Ramlee menjualnya kepada beberapa buah syarikat rakaman cetak rompak bagi melangsaikan hutang bank bekas sahabatnya di mana arwah menjadi penjamin. Kesian ... hidupnya menjadi sempit akibat perangai hamba Allah tu - sudahlah tak bayar hutang, akibatnya P. Ramlee sendiri terpaksa turun naik mahkamah akibat jaminan itu.

Bukan itu saja, hasrat P. Ramlee untuk menerbitkan filem warnanya yang pertama iaitu "Airmata Di Kuala Lumpur" juga tak kesampaian. Itulah kekecewaannya yang paling besar, hingga dia taubat tak mahu buat filem lagi, dan kembali semula ke bidang asalnya iaitu seni muzik.

Lagu paling akhir ciptaan arwah ialah "Bawah Rumpun Bambu" nyanyian Mimi Loma keluaran GUO (Great Union Organization) Records pada 1973, di mana EPnya diedar lima hari selepas kematian P. Ramlee.

Dato' L. Krishnan pernah memberi komen terhadap kehidupan P. Ramlee di saat-saat akhirnya: "It was sad to see that the last image that I saw of him was a sad face!"

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Sept 14, 2006, 12:37am

Salam Bahagia Semua. Saya adalah ahli baru forum ini yang amat meminati Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Saya amat kagum dengan pengetahuan rakan-rakan di sini terutamanya efendimiharja tentang sejarah hidup P.Ramlee yang tidak pernah saya terbaca di lain-lain sumber.

Saya ada menyimpan beberapa koleksi lagu-lagu P.Ramlee & Saloma dalam bentuk kaset, malangnya banyak dari kaset tersebut telah hilang dan rosak. Sekarang ini saya sedang mengumpulkan semula hasil karya Allahyarham dan sedang merancang untuk membina laman web khusus tentang seniman Agung ini.

Buat semua peminat P.Ramlee, jika saya ada masa nanti saya akan sumbangkan beberapa lagu melalui Brother Hamlau (soon). Buat masa ini saya sedang mencari Lagu Nyanyian P.Ramlee tahun 50-an yang saya tak pasti tajuknya. Dulu saya ada lagu ni tapi dah hilang semasa berpindah rumah. Saya juga tidak pasti samada lagu ini nyanyian dari filem atau telah dirakamkan oleh P.Ramlee tetapi seingat saya ianya telah dinyanyikan semula oleh Uji Rashid sekitar tahun 70-an ( malangnya saya juga puas mencari lagu Uji ini baik di internet atau di kedai-kedai kaset/cd - tak jumpa juga). Antara senikatanya seperti berikut:-

Dari kecil sehingga dewasa
ibu jaga dengan kaseh mesra
....?
...?

Ku berjanji ku akan berbakti
pesan ibu kan ku junjung tinggi
jiwa raga ku serahkan
kerna itu tanda pengorbanan

Pada ibu tempat kasih sayang
jangan ibu merasai bimbang
walau apa yang akan terjadi
beta sanggup untuk menghadapi..
Re: P.Ramlee
Post by hayatz on Sept 14, 2006, 9:51pm

i tink i got the uji rashid version....
tajuknya ialah :- Kasih Ibu

let me c if i can upload it

http://www.4shared.com/file/3714038/90f17014/kasih_ibu.html
Lagu P.Ramlee Kasih Ibu (Nyanyian Uji)
Post by tunasharapan on Sept 14, 2006, 10:05pm

Terima kasih banyak-banyak Sdr Hayatz atas pertolongan saudara :D Dah lama sungguh saya cari lagu ni sekarang baru dapat. Harap sesiapa yang ada versi asal nyanyian P.Ramlee (duet Nona A ?) bermurah hatilah untuk kongsi.
Good Luck!
Re: P.Ramlee
Post by hayatz on Sept 14, 2006, 10:34pm

its okie.......
kalo ada takda masalah untuk kongsi bersama
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Sept 15, 2006, 2:19am


Saya paparkan gambar Panca Sitara untuk tatapan peminat semua.

[image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Sept 15, 2006, 9:08am

Salam sejahtera sdr Tunasharapan,

Lagu "Kasih Ibu" juga pernah dirakamkan oleh R. Azmi, tapi dengan tajuk "Mesra Ibu". Mengikut piring hitamnya Columbia GEM 121, lagu itu dipetik dari filem "Sedarah" (1952). Kalau tak silap pada album Uji Rashid nama Othman Ahmad dicatatkan sebagai penggubah lagu itu, tetapi mengikut laman web tentang filem Melayu lagu-lagu dari filem "Sedarah" digubah oleh Ahmad Jaafar dengan lirik susunan S. Sudarmaji - www.filemkita.com/filem/s/sedarah_01.html

Buku "P. Ramlee-Erti Yang Sakti" pada muka surat 266 memperkatakan tentang lagu-lagu yang dinyanyikan oleh P. Ramlee dalam filem, tetapi dirakamkan ke piring hitam oleh penyanyi lain seperti R. Azmi, Jasni dan Aziz Jaafar. Dari filem "Sedarah" selain lagu "Mesra Ibu" R. Azmi merakamkan juga lagu "Kelasi".

Kalau tak silap, lagu "Mesra Ibu" membolehkan R. Azmi memenangi tempat kedua dalam pemilihan Bintang Radio pada pertengahan tahun 1953, manakala P. Ramlee menduduki tempat pertama dengan lagu "Pantai Gurauan" dan S.M. Salim mendapat tempat ketiga dengan lagu "Wahai Cinta".

P. Ramlee tidak pernah merakamkan lagu "Mesra Ibu" ke piring hitam.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Sept 16, 2006, 2:16am

P.Ramlee (pertama dari kiri) bersama anggota pancaragam Terona Sekampung 1945.

[image]
Re: P.Ramlee
Post by admin on Sept 16, 2006, 2:34am

Yang posing kat belakang tu A.R. Tompel ke? (gigi dia kasi clue) hehe..
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Sept 18, 2006, 8:56am

Bukan, jauh beza antara wajah AR Tompel dengan rakan P. Ramlee dalam band Teruna Sekampung tu!

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Sept 19, 2006, 10:51pm


Rasa saya pun bukan Tompel dalam gambar tu hamlau. Hanya specis yang sama kot haha. Oh ya Tompel boleh main alat muzik ke? Setahu saya tidak pulak? Jika boleh ianya memang diluar pengetahuan saya.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Sept 22, 2006, 3:03pm

Setahu saya, AR Tompel lebih dikenali sebagai penulis senikata lagu - khususnya untuk lagu-lagu P. Ramlee yang dirakam untuk filem-filem keluaran Studio Merdeka. Seorang lagi penulis senikata ialah Ainol Jamal.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Sept 24, 2006, 9:07pm

Untuk Semua Peminat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dengarkanlah lagu Twist Malaysia (remix).

http://www.geocities.com/lagupopular/twist_malaysia.wma
(KLIK UNTUK DENGAR, Right KLIK & Save Target As - Untuk Download)

Lagu ini bagi tunasharapan berciri patriotik dan patut selalu diperdengarkan. Namu sedih juga - sejak dari tunasharapan masih budak-budak berhingus hingga sekarang dan dapat 3 orang anak, RTM - radio mahupun TV malaysia, apa lagi lain-lain siaran TV swasta tak pernah tunasharapan dengar mereka memutarkan lagu ni lebih-labih lagi pada sambutan Kemerdekaan. MENGAPA?

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Sept 26, 2006, 12:16pm

Sebuah lagi lagu patriotik nyanyian P. Ramlee & Saloma ialah "Joget Malaysia" dari filem "Ragam P. Ramlee" (1965). Lagu ini lebih biasa saya dengar di Klasik FM, terutamanya pada musim Hari Kebangsaan. Kalau Tunas lihat filem ini, pasangan itu dan para penarinya buat persembahan berlatarbelakangkan peta lama Malaysia di mana pulau Singapura dimasukkan. Saya fikir filem ini dibuat ketika Singapura masih di dalam Malaysia.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Sept 26, 2006, 11:20pm

Salam chubbyghaz.

Ya, ghaz! Filem Ragam P.Ramlee di terbitkan di Studio Merdeka Ulu Kelang pada tahun 1965. Setelah P.Ramlee berhijrah dari Shaw Brothers Singapura pada tahun 1964, beliau telah mengusahakan filem-filemnya di Studio Merdeka tulah dimana FIlem "Si Tora Harimau Jadian" adalah filem pertama arahan dan lakonanya setelah berpindah. Studio Jalan Ampas telah ditutup pada 16 September 1967. Lepas tu ramailah kawan-kawan seniman & seniwati yang masih lagi berada di Singapura turut berpindah ke Merdeka Film Studio Kuala Lumpur. Singapura telah berpisah dengan Malaysia tahun 1963.

Ketika Di Kuala Lumpur samada kita sedar atau tidak, P.Ramlee banyak meyelitkan unsur-unsur perpaduan bangsa dalam filem-filemnya seperti Sesudah Subuh dan Gerimis (1968).

Salah satu lagu dari Filem GERIMIS - Nyanyian P.Ramlee dan saloma "Pujaanku" adalah satu nyanyian dwi bahawa Melayu & India. P.Ramlee menyanyi dengan lirik bahasa Melayu dan Saloma dalam lirik bahasa India.

Dalam Filem ini, P.Ramlee memegang watak utama bernama Kamal berkahwin dengan perempuan India (lakonan Chandra Shamugun) bernama LELA.

Lagu ini adalah petikan terus dari Filem. Saya tak pasti adakah P.Ramlee sempat merakamkan lagu ini ke piring hitam atau tidak kerana saya belum pernah lagi mendengar versi rakaman.

STREAMING/KLIK UNTUK DENGAR "PUJAANKU"
http://www.geocities.com/lagupopular/pujaanku.wmv

Wassalam.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Sept 27, 2006, 1:49am

tunasharapan:
Ada lagu Keroncong Kuala Lumpur tak? Boleh upload kat sini.

[image]

Imej Cikgu Yusnor Ef, salah seorang rakan rapat P.Ramlee yang banyak menghasilkan lirik untuk lagu-lagu ciptaan P.Ramlee. Beliau juga menulis buku P.Ramlee Yang Saya Kenal (2000).

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Sept 27, 2006, 12:06pm

Ya saudara effendi, Saya ada memiliki Buku Karangan Yusnor Ef ni.

Tentang lagu "Keroncong Kuala Lumpur" buat masa ni tak ada dalam simpanan cd dan kaset tunasharapan. Tunasharapan rasa P.Ramlee tidak merakamkan lagu tu dalam piring hitam. Tapi walaubagaimanapun, nanti sedikit masa lagi tunasharapan akan usahakan untuk encodkan lagu tu dari Filem "Anak Bapak".


Salam hormat.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Sept 27, 2006, 12:19pm

Oh Ya, Ghaz ada minta ada "Rela Hamba Rela" dari filem Enam Jahanam, saya kongsikan link streamingnya di sini. Selamat Mendengar.

http://www.geocities.com/lagupopular/hamba_rela.wmv


Wassalam. :D
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Sept 29, 2006, 12:18pm

Sebuah lagi lagu dari filem Enam Jahanam yang saya minat ialah Malam Ini Kita Berpisah persembahan Habibah Yaakob, yang kemudiannya dirakam ke piring hitam oleh EMI. (Ramai yang sangka lagu ini nyanyian Saloma!) Lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti dari filem Ibu Mertuaku juga dinyanyikan semula dalam filem ini.

Kata ayah saya, kerjaya P. Ramlee dalam seni filem turut jahanam berikutan filem ini, kerana banyak idea-ideanya dikatakan tidak masuk akal. Saya pernah lihat komen para pembaca dalam Majallah Filem tahun itu yang terperanjat dengan persembahan arwah yang merosot. Tapi P. Ramlee hanya membalas komen mereka dengan dua perkataan - "Terima kasih".

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by jazzdjoe on Sept 29, 2006, 3:07pm

Begitulah dunia seni, ada jatuh bangunnya... Setiap yang diatas akan turun ke bawah, cuma bagaimana ia turun...itu tergantung pada keadaan. Arwah pergi dalam keadaan dia tidak begitu dipedulikan...bila sudah tiada, baru karya nya disanjung orang.

Waktu Jazz berbual2 dengan Cikgu Yusnor Ef sedikit masa dulu , beliau menceritakan pabila Arwah mengunjunginya di singapura pada awal tahun 70an, sebelum meninggal dunia. Walaupun populariti arwah tidaklah sebesar dulu, ada jugak beberapa hamba Allah peminatnya yang memekik-memekik namanya di bawah kolong blok rumah pangsa Cikgu Yusnor. "Orang-orng kat bawah blok sebok pekik nama dia...saya pun kata 'Abang Ramlee...keluar sekejaplah lambai diorang tu"..dia pun keluar lambai.." itulah kata -kata cikgu yusnor yang jazz ingat ketika itu.

Jazz


Re: P.Ramlee
Post by jazzdjoe on Sept 29, 2006, 3:09pm

Lagu Keroncong Kuala Lumpur sama dengan lagu Keroncong ' Kenangan Abadi yang pernah dirakam semula oleh Saloma pada 1975
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Sept 30, 2006, 12:16am


Tq jazz, tq tunasharapan atas maklumat anda.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka.
5 Versi Lagu DiMana Kan KUCari Ganti
Post by tunasharapan on Sept 30, 2006, 12:35am

Buat semua member forum, selamat bersolat terawih dan lain-lain amalan di bulan mulia ini.

Hari ni tunasharapan nak kongsi lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti ( 5 versi)
sila pergi ke url
http://www.geocities.com/lagupopular/index.htm

Salam hormat.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Oct 1, 2006, 5:39am

Ha, Tunas .... ada lagi info nak dikongsi.

Pada credit title filem Gerimis (1968), disebutkan: Gurindam Melayu oleh P. Ramlee, Gurindam Tamil oleh R. E. Shanmugam (mungkin ahli keluarga Chandra Shanmugam, kot?)

Saya ada terlihat wajah terkini Chandra Shanmugam dalam salah sebuah rancangan Tamil di RTM berbentuk majalah. Rupa-rupanya Chandra pernah berkhidmat sebagai juruhebah di Radio Malaysia untuk rangkaian bahasa Tamil. Tapi rupanya nampak memang dah tua benar, rasanya umurnya dah lebih setengah abad!

Sayangnya, rancangan tu tak highlight pun lakonan beliau dengan P. Ramlee .....

Ghaz, KL
Keroncong Kuala Lumpur
Post by tunasharapan on Oct 1, 2006, 9:50pm

Salam buat semua.

Effendi ada request Lagu "Keroncong Kuala Lumpur" yang dipetik dari Filem Anak Bapak ( 1968 ).

Lirik:
Kuala Lumpur / ibu negara Malaysia / aman sera makmur / setelah merdeka / Tanah subur / hasilnya kaya raya / jadi kebanggaan / kejayaan bangsa / Rakyat sehati sejiwa / satu bahasa satu bangsa / tanda kegagahan negara / Malaysia merdeka / Waktu malam / cahaya menjulang tinggi / Parlimen tersergam / lambang demokrasi /

KLIK http://www.geocities.com/senimanagung/keroncong_kl.wmv Untuk DENGAR

Wassalam & Selamat Malam.
Tunasharapan. Kota Bharu, Kelantan.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Oct 2, 2006, 12:18am


Terima kasih tunasharapan kerana membantu saya mendapatkan lagu tersebut. Saya memang tahu P.Ramlee menyanyikan lagu tersebut dalam filem tapi tak ingat apa tajuk filem tersebut.
Re: P.Ramlee
Post by aliph on Oct 2, 2006, 11:58am


Quote:

Saya paparkan gambar Panca Sitara untuk tatapan peminat semua.

[image]


dari kiri : Saloma, Ahmad Daud, P. Ramlee, Ahmad C & Kassim Masdor

Rasanya yang masih tinggal cuma Kassim Masdor dan Ahmad C (barangkali). Berita˛ mengenai mereka yang masih ada ini terlalu kurang didada˛ akhbar. Sesiapa ada info, amatlah dialu˛kan

Maaf kalau saya bertanya, Pancha Sitara yang terdapat dalam gambar ini adalah generasi yang keberapa?? Sebab setahu saya Pancha Sitara ada 2 generasi dimasa itu yang turut melibatkan Aziz Jaafar dan isterinya Normadiah.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 2, 2006, 11:26pm

Kumpulan Pancha Sitara dalam gambar itu adalah yang kedua, selepas Aziz Jaafar dan Normadiah keluar dan digantikan oleh Ahmad Daud dan Saloma. Ketika masih berada dalam Pancha Sitara yang pertama Aziz Jaafar dan Normadiah belum menjadi suami isteri.

Khabarnya Ahmad C (Muhammad Hamid) sekarang menetap di Johor.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Oct 3, 2006, 10:09am

Ahmad C kini menyara hidupnya sebagai nelayan di Kota Tinggi, menurut rancangan TV3 'Bersamamu'.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by sirchulan on Oct 10, 2006, 11:05pm

Selepas seluruh negara terkejut dan bersedih atas kematian beliau pada tahun 1973...berbagai-bagai biographi ditulis berkenaan allahyarham..saya masih ingat Aimi Jarr ada menulis dalam Utusan Melayu versi Jawi tentang perjalanan hidup P.Ramlee di Singapura....boleh dikatakan tiap-tiap hari selama sebulan ada saja cerita P.Ramlee di akhbar tersebut...the articles were very interesting..ada tak sesiapa menyimpan keratan tersebut...arwah ibu saya selalu membaca sambil saya mendengar disebabkan pembacaan Jawi saya ketika itu masih merangkak rangkak.. masih di sekolah rendah
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Oct 11, 2006, 12:48pm

Ketika berita di TV menyiarkan kematian P. Ramlee, keluarga ibubapa saya sedang membuat persiapan kenduri kahwin masing-masing. Seluruh isi rumah terkejut besar dengan berita itu -maklumlah usia 44 tahun ketika itu terlalu muda. Tapi tak mustahil juga, sebab P. Ramlee ini gemar merokok. Khabarnya pembaca warta berita itu pun menangis depan kamera ketika berita tu dibacakan, betul ke Sirchulan?

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 13, 2006, 2:35am

tunasharapan ada membaca artikel di beberapa akhbar dulu, ketika berita P.Ramlee meninggal ramai yang terkejut dan tak percaya. Tapi itulah hakikatnya setiap yang hidup akan pergi.

..meminjam kata-kata dari dialog perbualan Bang Ali (M.Zain) dengan Kasim Selamat (P.Ramlee)..dari Filem Ibu Mertuaku

"Encik Kasim, Bang Ali mai ni nak minta duit sewa bilik ni, Bang Ali tengok dah dua minggu Cik Kassim ni asyik dok menangis...sudahlah.. tiap yang hidup tu mesti mati.. tu semua kehendak Allah.. tak usah dok menangis sangat-sangat, akibat bahaya diri... Cik Kassim...tak pa lah sementara belum ada orang mai sewa bilik ni ...Cik Kassim doklah..doklah sampai bila-bila.."


Tunasharapan tak banyak tahu tentang kisah duka P.Ramlee, sekarang ni dok tengah cari buku-buku lama dan artikel-artikel di perpustakaan awam untuk buat rujukan membina laman web tentang seniman agung tu. Kalau ada sesiapa nak contribute bahan-bahan sangat sukalah tunasharapan

salam buat semua member forum yang minat P.Ramlee, terimalah dua buah lagu P.Ramlee yang baru tunasharapan uploadkan
SELAMAT BERBAHAGIA WAHAI KEKASIH
http://www.geocities.com/kenangansaloma/selamat_bahagia.wmv
BUDI DIBAWA MATI
http://www.geocities.com/kenangansaloma/budi_dbawa.wmv

Salam dari tunasharpan
Re: P.Ramlee
Post by jazzdjoe on Oct 13, 2006, 6:52am

Orang yang tahu tentang kisah duka seniman ini disaat saat akhir adalah Cikgu Yusnor Ef, kerana Almarhum pernah mengadu dengan beliau akan nasibnya...
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Oct 16, 2006, 12:35am


jazz, gambar dibawah ini rasanya menunjukkan saat bahgia P.Ramlee ketika masih hidup, maklum baru kahwin kata orang setelah beberapa lama diberitakan cuba memikat Saloma walaupun ketika itu Salmah Ismail ini berstatus janda.

[image]

Nasir P.Ramlee pernah memberitahu saya akan kepahitan hidup ayahandanya beberapa tahun menjelang kematiannya. Yang paling menyedihkan kata Nassir ada teman rapatnya sanggup mengkhianiatinya tetang projek filem. Justeru itu mengapa projek filem berwarnanya gagal diterbitkan.

Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Oct 16, 2006, 1:45pm

Nama filem yang dicadangkan itu ialah Airmata Di Kuala Lumpur. Hanya lagunya nyanyian Saloma yang sempat disiapkan. Sebuah lagi filem yang dirancang tapi gagal ialah Kasih Tak Sampai. Kedua-dua tajuk ini seolah-olah membayangkan perasaan P. Ramlee yang sangat kecewa akibat cita-citanya yang tak kesampaian.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Oct 18, 2006, 4:56pm

..Djoe.. patih rasa kalau djoe ada lagu P Ramlee ni mesti djoe tak keberatan untuk berkongsi dengan members kat sini.. hehe.. dulu ada dalam collections patih tapi dah terpadam ler..

..rindu hati ku rindu
rindu dendam senantiasa..


..itu aje antara senikata yang patih ingat..
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Oct 18, 2006, 5:04pm

Nama lagu tu Rindu Hatiku Rindu - selalunya rangkap yang disebut oleh Patih tu saja dimainkan oleh Klasik Nasional FM tatkala stesen itu mempromosikan rancangan-rancangannya. Rasanya lagu tu hanya untuk rakaman piring hitam saja, bukan?

Sebuah lagi lagu khusus untuk rakaman piring hitam ialah Dengarkanlah Rayuanku - memang tak pernah saya dengar dari mana-mana filem P. Ramlee ataupun filem-filem lain oleh Studio MFP.

Ghaz, KL


Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Oct 18, 2006, 5:19pm

..power ler ke2 2 lagu tu Ghaz.. P Ramlee exaggerate hampir tahap "mengada ngada" semasa menyanyikan lagu lagu tu tapi patih finds it very interesting..

..tambahan plak lagi ada solo saxophone dari Yusuf B.. patih rasa ler.. hehe

..kalau sesiapa yang ada harap dapat share dengan members di sini..

..thanks ghaz..

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 19, 2006, 9:56pm

Salam Patih, tunasharapan ada lagu tu, satu lagu Allahyarham lagi yang tunas rasa termasuk dalam gengre musik sedemikian ialah lagu BILA, juga tunas sertakan link di sini tapi versi yang tunas ada adalah remik karoake sebab versi asal dalam simpanan tunas dalam bentuk kaset sudah rosak pada bahagian tengahnya.


Salam dari tunas

RINDU HATIKU RINDU = http://www.geocities.com/senimanagung/dengar_rindu.htm
DENGARLAH RAYUANKU = http://www.geocities.com/senimanagung/dengar_dengarlah.htm
BILA = http://www.geocities.com/senimanagung/dengar_bila.htm
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Oct 20, 2006, 7:17am

..trima kasih ler bebanyak pada
Tunasharapan.. ini kira hadiah
aidil fitri buat patih.. hehe..

..guitar solo dalam lagu Dengarlah
Rayuanku tu patih rasa mesti
Kassim Masdor punya body of
work.. patih bleh imagine
wajah P Ramlee semasa
menyanyikan lagu ni..
mesti tersenyum aje..


[image]
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Oct 21, 2006, 12:40pm

Tahu tak Patih, gambar yang sama juga digunakan oleh P. Ramlee ketika membuat pasportnya yang terakhir? Pasport itu ada dipamerkan di Pustaka Peringatan P. Ramlee di KL. Tarikh luput pasport itu ialah pada bulan November 1973 - tapi P. Ramlee menghadap Illahi enam bulan lebih awal!

Ghaz KL
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 21, 2006, 5:57pm

Salam hormat.
Menurut bacaan tunasharapan, semasa di Malay Film Production, Singapure, P.Ramlee banyak mendapat peluang ke luar negara terutama Barat dan Eropah setelah ditawarkan oleh Shaw Brothers tetapi P.Ramlee 'diketahui' berminat ke negara-negara seperti Jepun dan Hong Kong. Tunasharapan tidak pernah melihat gambar-gambar foto Allahyarham bergambar di negara Barat.
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Oct 21, 2006, 9:51pm

..Tunasharapan ni patih rasa kan.. adalah peminat No 1 P Ramlee kat laman ni.. banyak buku buku yang telah diterbitkan mengenai muzik & filem P Ramlee.. tentu ada banyak gambar P Ramlee di dalamnya.. rasa patih ler..

..setahu patih Tun Dr Taib Mahmud ketua menteri Sarawak & Tan Sri Ahmad Sarji bekas ketua setiausaha kerajaan Malaysia juga antara peminat setia Allahyarham..

..ghaz.. ada 1 lagi lagu yang slalu dimainkan di klasik fm.. versi instrumental lagu ni juga menjadi background music dalam beberapa adegan filem Anak Bapak.. thanks to Tn Hj Hassny for Kau Ilham Ku..


..patih baru jumpa lagu Rindu Hati Ku Rindu di laman Tn Hj Hassny.. patih kena very thorough ler dengan laman Tn Hj.. tak mahu missed lagi.. hehe..
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 22, 2006, 6:30am

Dalam wawancara dengan Melly Goeslaw
- www.mualaf.com/modules.php?name=News&file=article&sid=105 dinyatakan bahawa Melly Goeslaw sangat menyukai karya-karya Ferani, ayah kepada Sazali - yang ada muzium di Malaysia. Siapa Ferani? Apakah P. Ramlee?
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 22, 2006, 6:42am

Salam Patih dan Ghaz,
Waktu kecil dulu tunasharapan terlalu minat dengan lagu-lagu Allahyarham Sudirman. Abang tunasharapan selalu mainkan lagu-lagu P.Ramlee waktu tu, sejak dari itu, tunasharapan mula mengkaji dan meneliti keunikan lagu-lagu dan filem-filem Allahyarham P.Ramlee.

Dalam Koleksi tunasharapan tajuk lagu tu ialah 'DEWI ILHAMKU'. Lagu ini sering dimainkan sekerat dalam promosi/iklan lagu-lagu klasik di Klasik FM hampir setiap hari. Tunasharapan ingat ada beberapa lagu lagi gengre muziknya sama dengan Lagu Dewi Ilhamku ni seperti Lagu Dendang Perantau (versi 60-an), Bulan Mengambang, Mengapa Derita dan lagu Entah Dimana dari Filem Keluarga 69. Lirik/Senikata lagu Dewi Ilhamku ditulis oleh S.Sudarmaji manakala senikata lagu Entah Di Mana ditulis oleh A.R.Tompel

Ada sedikit 'small cut-out' tunasharapan rasa (mungkin 2 saat) pada intro lagu Dewi Ilhamku dari website tuan Haji Hassny, jadi tunasharapan uploadkan semula di sini lagu tu bersama satu lagu lagi (ENTAH DI MANA). Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.

DEWI ILHAMKU = http://www.geocities.com/senimanagung/dengar_dewiilhamku.htm
ENTAH DIMANA = http://www.geocities.com/senimanagung/dengar_entahdimana.htm

Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Oct 22, 2006, 8:21am

..patih almost in tears bila membaca tulisan Tunasharpan pasal P Ramlee tu.. 2 seconds yang terpotong dari laman Tn Hj memang really makes a big difference pada lagu Dewi Ilhamku..

..patih rasa pun memang judul lagu tu Dewi Ilham Ku..

..thanks Tunasharapan.. not only you're a No 1 fan of P Ramlee but you're a perfectionist as well..

..patih rasa punca terpotongnya 2 seconds of the opening lagu tu disebabkan juruhebah di rtm.. kadang kadang mereka ni kurang professional.. sehinggakan tiada rasa "hormat" pada lagu.. ada yang masih nak membebel walaupun lagu sudah dikeudarakan.. tapi tak semua ler..

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 22, 2006, 8:45am

Antara lagu yang menarik minat tunasharapan ketika itu tentang karya Allahyarham P.Ramlee ialah lagu RINDU HATIKU TIDAK TERKIRA dan lagu ZURAIDAH. Lagu asal Rindu Hatiku Tidak Terkira dipetik dari Filem Juwita yang mula ditayangkan di pawagam di Singapura pada 21 Ogos 1951. Filem Juwita di lakonkan oleh P.Ramlee dan Kasma Booty. Kalau kita mengkaji, selepas filem Juwita tahun 1951 ni, P.Ramlee dalam filem-filem lakonannya selepas itu tidak lagi berlakon bersama Kasma Booty. Khabarnya ada krisis antara pelakon wanita itu dengan pihak Shaw Brothers dan Kasma Booty telah, sesudah tamat kontraknya dengan Malay Filem Production, berpindah Ke Cathy Keris Filem - kita perhatikanlah filem-filem keluaran Cathy Keris - banyak filem-filem keluarannya dilakonkan oleh Kasma Booty sebagai heroin bergandingan dengan Nordin Ahmad, dan M.Amin.

Filem 'DAMAQ' dalam Filem Ragam P.Ramlee yang dikeluarkan di Studio Merdeka Ulu Kelang pada 3 hb Februari 1965, sebenarnya - jalan cerita, skrip dan lakonlayar - telahpun disiapkan P.Ramlee semasa berada di Studio Jalan Ampas lagi, cuma pada ketika itu (di Malay Film Production-Singapura) P.Ramlee berpendapat watak Kenanga hanya dapat dibawa dengan berkesan oleh Kasma Booty. Apabila P.Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur pada 16 April 1964 dan mula menandatangani kontraknya dengan Ho Ah Loke di Studio Merdeka pada 20 April tahun yang sama, P.Ramlee telah memasukkan slot cerita DAMAQ dalam Filemnya RAGAM P.RAMLEE yang diarahkannya pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Filem DAMAQ yang diarahkannya di Kuala Lumpur telah memberi peluang kepada P.Ramlee untuk memberi penghormatan kepada Kasma Booty dengan 'menyerahkan' watak Kenanga kepada Kasma Booty untuk menghidupkan watak itu.

Dalam temubual dengan wartawan mengenai hal ini, P.Ramlee berkata:

"'Damaq' memang satu daripada tiga jenis hidangan yang akan menghiasi 'Ragam' saya. Saya tidak mengarah lebih awal kerana beberapa sebab walaupun lakon layarnya sudah disiapkan dalam tahun 1963. Sebab pertama, skrip yang saya cipta itu mementingkan watak yang mengikut tilikan saya hanya tepat dan sesuai untuk Kasma Booty. Tapi Kasma tidak dapat dibawa ke Singapura kerana sibuk dalam filem keluaran Studio Merdeka. Sebab kedua, 'Damaq' mementingkan latar belakang yang susah didapatkan kalau penggambaran di sekitar Singapura. Dan sebab ketiga, 'Damaq' adalah satu kisah drama lama yang lahir dari ilham Allahyarham H M Rohaizad. Banyak kali dipentaskan di radio, sandiwara dan televisyen. Dan untuk menghasilkan keistimewaan yang luar biasa ini memerlukan masa yang panjang."

Manakala tentang lagu ZURAIDAH pula - lagu ini bukan petikan dari filem tetapi adalah mengenai pengalaman P.Ramlee tentang Kisah Cinta H.M Rohaizad atau nama sebenarnya Mohammed Hameed dengan seorang gadis Indonesia. Lagu ZURAIDAH ini adalah antara beberapa lagu P.Ramlee yang tidak diketengahkan dan liriknya telah ditulis sendiri oleh H M Rohaizad

Zuraidah
Dengarlah seruan kanda
Yang lama nian menempuh derita
Kepada sang nirwana ku berkata
Perpisahan puncanya angkara
Zuraidah
Dengarlah bisikan suci
Bayangkanlah di dalam hati
Memadu asmara di pohon turi
Bulan bintang sering menyaksi


Semasa bersekolah dulu tunasharapan mempunyai kaset yang mengandunyi lagu Zuraidah ni, seorang kawan tunasharapan telah meminjamnya dan tak pulangkan balik. Tunasharapan dah puas berusaha mencari semula lagu ni di pasaran tapi setakat ni belum jumpa lagi. Tunggu di Klasik FMpun belum pernah dengar berkumandang lagi. Mungkin kena buat permintaan dalam slot HATI KE HATI agaknya. Kalau ghaz, patih, effendi, yudhie atau lain-lain member forum yang ada lagu ZURAIDAH ni boleh tak kongsi di sini, tunasharapan ucapkan berbanyak terima kasih. Sehingga itu dengarkanlah tunasharapan uploadkan di sini lagu RINDU HATIKU TIDAK TERKIRA versi Rakaman dan versi Filem (Juwita-1951).

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin dari tunasharapan.
Semoga Bergembira Di Aidilfitri.

RINDU HATIKU TIDAK TERKIRA = http://www.geocities.com/senimanagung/dengar_rindu_hatiku.htm

DENDANG PERANTAU
Post by jazzdjoe on Oct 22, 2006, 10:16am

Salam buat semua,

Jazz disini ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI untuk semua para pengunjung lelaman Hamlau ini seperti Aliph, Ghaz, Yudhie, Tuans, Patih, Mr Kip, Effendi dan semuanya yang tidak disebut...panjang sangat nanti...juga kepada Mr Hamlau kita yang telah banyak berkorban masa mengongsi lagu-lagu klasik yang begitu tinggi nilainya demi persada seni kita.

Agar tali silaturrahim kekal terjalin,
Jazz pohon maaf lahir dan batin...

Terimalah Hadiah Hari Raya dari Jazz untuk semua:


DENDANG PERANTAU


Semoga terhibur hendaknya,

Ikhlas dari,

Jazzdjoe
Jurong,
Singapura
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 22, 2006, 12:14pm

Terima kasih Jazz untuk lagu DENDANG PERANTAU dan Selamat Hari Raya juga dari saya untuk Jazz

Salam bahagia
tunasharapan
-Pasir Mas, Kelantan
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 22, 2006, 9:16pm

Terima kasih. Salam Aidilfitri juga untuk Jazz, dan maaf zahir batin.

Apakah Dendang Perantau versi Jazz ini terdapat dalam bentuk CD dan diedarkan dalam pasaran?




Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 27, 2006, 4:27pm

Salam Aidilfitri Terutamanya Buat Brother Hamlau, perintis Laman MN ni dan member-member pengunjung setia yang lain termasuklah Ghaz, Patih, effendi, Jazzdjoe, yudhie dengan ucapan Selamat Bergembira Dalam Menyambut Raya Tahun ini.
Selamat Kembali Ke Forum ini setelah bercuti Hari Raya.
Terimalah Sebuah Lagu dari tunasharapan khas buat semua terutamanya peminat Tan Sri P.Ramlee. Lagu ini tunas telah masukkan kesan Animasi Lirik khusus buat anda sekelian.

Untuk Play - Sila Right Klik dan Save As ke dalam PC anda dan double klik untuk dengar, lagu akan dimainkan dalam FULL SCREEN
ATAU
Klik Link di bawah dan OPEN file, Lagu akan dimainkan melalui Browser anda (Not in full screen) - UNTUK FULL SCREEN Sila Klik View/Browse dan Pilih FULL SCREEN pada Menu Bar Browser Anda.

Selamat Mendengar
http://www.geocities.com/senimanagung/rantau_selamat2.pps
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 28, 2006, 2:38pm

Salam Aidilfitri juga buat tunasharapan. Paparan lagu Rantau Selamat dengan lirik dan kesan animasi sungguh menarik bagi saya.

Saya pernah beli kaset nyanyian Omar Aziz yang juga mengandungi lagu Rantau Selamat nyanyian P. Ramlee (seperti yang tunas paparkan itu) dan sebuah lagi lagu nyanyiannya yang tidak pernah dirakamkan ke piring hitam (tajuknya tak ingat). Lagu-lagu lain adalah lagu-lagu P. Ramlee yang dirakamkan semula oleh Omar Aziz.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Oct 29, 2006, 1:20am


TQ jazz kerana bagi kami hadiah dengar lagu Dendang Perantau sempena bulan Raya ni. Dan juga tunasharapan yang paparkan lagu dan klip Rantau Selamat. Memang kreatif dan rajin korang ni.

Baru-baru ni saya cari gak kaset Omar Aziz tu tapi tak der juallah yudhie.

Selamat hari lebaran untuk semua members MN.

Re: P.Ramlee
Post by jazzdjoe on Oct 29, 2006, 1:45am


Quote:
Salam Aidilfitri Terutamanya Buat Brother Hamlau, perintis Laman MN ni dan member-member pengunjung setia yang lain termasuklah Ghaz, Patih, effendi, Jazzdjoe, yudhie dengan ucapan Selamat Bergembira Dalam Menyambut Raya Tahun ini.
Selamat Kembali Ke Forum ini setelah bercuti Hari Raya.
Terimalah Sebuah Lagu dari tunasharapan khas buat semua terutamanya peminat Tan Sri P.Ramlee. Lagu ini tunas telah masukkan kesan Animasi Lirik khusus buat anda sekelian.

Untuk Play - Sila Right Klik dan Save As ke dalam PC anda dan double klik untuk dengar, lagu akan dimainkan dalam FULL SCREEN
ATAU
Klik Link di bawah dan OPEN file, Lagu akan dimainkan melalui Browser anda (Not in full screen) - UNTUK FULL SCREEN Sila Klik View/Browse dan Pilih FULL SCREEN pada Menu Bar Browser Anda.

Selamat Mendengar
http://www.geocities.com/senimanagung/rantau_selamat2.pps



Tunas,

Jazz tak dapat dengar pun lagu tu dalam full screen..boleh tak email pada jazz jadi boleh jazz masukkan dalam Youtube...

jazzdjoe@yahoo.com.sg

thanks


Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 29, 2006, 12:23pm

Salam Jazz,

Tunasharapan dah emailkan fail pps Lagu Rantau Selamat ke yahoo mail box Jazz, sila check mail box Jazz.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Oct 30, 2006, 11:39am

Nak tanya sikitlah Tunas.

Kebetulan Tunas berasal dari Kelantan, di mana kita boleh dapatkan piring hitam lama jika kita ke sana?

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 30, 2006, 5:38pm

Salam Ghaz!

Sejak tunas bersekolah dulu hinggalah sekarang tunas belum jumpa lagi kedai-kedai muzik yang menjual rekod piring hitam samada di sekitar bandar kota bharu, rantau panjang dan lain-lain bandar di Kelantan ni. Yang banyak dijual hanyalah album lagu dalam bentuk kaset dan CD. Tunas selalu cari album-album lama dalam bentuk CD atau kaset di KB Mall di Bandar Kota Baru. KB Mall ni agak besar juga la, ada banayk kedia muzik di sana - kira lebih besar dari The Mall Yohan dekat Hentian Putra di KL tu tunas rasa.

Di situ pun ada cawangan Music Valley , yang tunas selalu shopping VCD cerita-cerita terbitan MFP dan Cathay-Keris. Cuma tunas kecewa sikit sebab beberapa kali tunas ke situ, tunas ada terbaca iklan yang dipaparkan mengenai semua VCD cerita-cerita Malay Film Production yang dikeluarkan oleh Music Valley - ada dinyatakan di jual Filem "Gelora" dan "Sitora Harimau Jadian" (Arahan P.Ramlee)- tapi bila dicari dan ditanya - katanya dah tak dikeluarkan lagi (tak dapat kebenaran).

Tunas rasa elok ghaz ke Amcorp Mall KL, di sini banyak di jual piring hitam lama agaknya. Tunaspun ingat jika dapat cuti nak pergi juga ke sana.

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 31, 2006, 10:01pm

KOMPILASI LAGU-LAGU P.RAMLEE & SALOMA DLL - STREAMING

Di Sini Tunasharapan kumpulkan semua link streaming lagu-lagu yang telah tunas postkan di forum ini terutamanya di dalam segment P.Ramlee & Saloma juga dalam ruangan Hashimah Yon buat rujukan dan bagi memudahkan semua yang meminati untuk mendengar.

[image]

BERHUTANG JIWA DIBAYAR JIWA - SALOMA(DR.RUSHDI)
BILA-P.RAMLEE (REMIX)
BILA LARUT MALAM-CD
BILA LARUT MALAM-LABU-LABI
BUDI DI BAWA MATI-P.RAMLEE
DI MANA KAN KU CARI GANTI-CD
DI MANA KAN KU CARI GANTI-ENAM JAHANAM
DI MANA KAN KU CARI GANTI-IBU MERTUAKU
DI MANA KAN KU CARI GANTI-REMIX
DI MANA KAN KU CARI GANTI-SALOMA
DENGARLAH RAYUANKU-P.RAMLEE
DEWI ILHAMKU-P.RAMLEE
ENTAH DI MANA-P.RAMLEE
GURINDAM IBU-HASHIMAH YON & AZIZ JAAFAR
HAMBA LINDUNGI ANDA-ENAM JAHANAM
KALAU TIDAK-RAHMAH RAHMAT (BATU DERHAKA)
KAPARINYO-SALOMA, RAHMAH ALI,ABDULLAH CHIK -TUNANG PA' DUKUN
KASIH CINTA-SALOMA & AZIZ JAAFAR (SINGAPURA DILANGGAR TODAK)
KERONCONG KUALA LUMPUR-P.RAMLEE (ANAK BAPAK)
KU JEJAK BEKAS KAKIMU-P.RAMLEE (GERIMIS)
MENGAPAKAH HATI PILU-SALOMA (NASIB LABU-LABI)
MENGAPA TAK BERKAWAN-SITORA HARIMAU JADIAN (1964)
PUJAANKU PUJAANKU-PRAMLEE & SALOMA (GERIMIS)
PUTERI BERSIRAM-P.RAMLEE & SALOMA (BATU BELAH BATU BERTANGKUP)
RANTAU SELAMAT-DRAMA RANTAU SELAMAT
RINDU HATIKU RINDU
RINDU HATIKU TIDAK TERKIRA-CD
RINDU HATIKU TIDAK TERKIRA-JUWITA
SELAMAT BERBAHAGIA WAHAI KEKASIH
SUASANA CINTA-SALOMA
SURIA BILA TIBA-P.RAMLEE & SUARA RAMAI (AHMAD ALBAB)
TWIST MALAYSIA-P.RAMLEE

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - SELAMAT HARI RAYA ENAM
MAAF ZAHIR BATIN
tunasharapan - 1 November 2006

Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Nov 3, 2006, 11:36pm

..trima kasih Tunasharapan..patih dah copy kesemua links lagu lagu P Ramlee tu supaya senang streaming.. ada 1 album P Ramlee di mana gambar covernya Allahyarham memakai jacket dan tersemat security/id pass kalau tak silap pesta filem asia.. antara lagu dalam album itu ialah Selamat Berbahgia..

..jika Tunasharapan ada harap dapat paparkan di sini..

..gambar P Ramlee yang telah beruban itu amat symbolic.. kalau diamati nampak seperti Allahyarham tersenyum dalam tangisan.. airmatanya bergenang..

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 4, 2006, 12:37am

Ada beberapa lagu nyanyian P. Ramlee yang namanya tidak dicatatkan pada rekodnya. Antaranya ialah lagu Sikit Kasi Banyak Minta yang dipetik daripada filem Arjuna (tapi dicatatkan filem Istana Impian). Rekodnya Pathe PTH 165 hanya mencatatkan nama Asiah sebagai penyanyi lagu itu. P. Ramlee hanya menyanyikan versi piring hitam manakala versi filem dinyanyikan oleh D. Harris (untuk dirinya sendiri) dan Asiah (untuk Zainon Fiji).
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 4, 2006, 12:48am

Ada beberapa lagu duet nyanyian P. Ramlee yang tidak dicatatkan nama penyanyi yang menjadi pasangannya. Misalnya lagu Kalau Kaca Menjadi Intan daripada filem Nujum Pak Belalang. Pada rekodnya hanya nama P. Ramlee yang dicatatkan. Demikian juga pada lagu Jangan Angan-angan daripada filem Musang Berjanggut. Ada yang kata dua lagu itu dinyanyikan oleh Rahmah Rahmat.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 4, 2006, 1:00am

Salah sebuah orkes yang banyak mengiringi lagu2 P. Ramlee ialah Pancha Irama Orchestra di bawah pimpinan seorang ahli muzik yang berasal dari Filipina - Jose (sebutannya Hozey) Daroya. Antara lagu yang diiringi oleh orkestra itu ialah Gara Asmara, Zuraidah, Merak Kayangan, Dengar Ini Cerita, Apabila Kau Tersenyum, Engkau Laksana Bulan, Suara Takbir, Dendang Perantau (versi asal) dan Hujan di Tengah Hari.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Nov 4, 2006, 1:09am

..terima kasih kembali dan sama-sama terima kasih juga kepada patih yang banyak memberi info dan kongsi lagu. Tunas tak pasti tentang album yang Patih maksudkan tu samada dalam bentuk kaset atau CD, tapi tunas ada kaset lagu-lagu P.Ramlee yang di dalamnya terkandung lagu SELAMAT BERBAHAGIA WAHAI KEKASIH tu. Lagu-lagu lain ialah:-
1. Nasi Goreng (Kipas Hikmat)
2. Nasib Si Miskin
3. Dengarlah Rayuanku
4. Apabila Kau Tersenyum
5. Semenjak Mata Bertentang (Keluarga 69)
6. Uda dan Dara
7. Ai Ai Twist (Masam-Masam Manis)
8. Hoi Ya Hoi (Alibaba Bujang Lapok)
9. Rintihan Jiwaku (Batu Belah Batu Bertangkup)
10. Rindu Hatiku Rindu
11. Dari Masa Hingga Masa (Pancha Delima)
12. Ya Habibi Ali Baba (Ya Habibi Ali Baba)
13. Berpedati (Bumiputra)

Tunas juga tak perasan tentang simbolik gambar Allahyarham P.Ramlee yang Patih katakan tu. Pakcik Yusnor Ef banyak bercerita tentang kisah duka Allahyarham dalam Bukunya P.Ramlee Yang Saya Kenal selepas Allahyarham berpindah ke Kuala Lumpur. Dalam buku tu juga Pakcik Yusnor ada menceritakan mengenai minat dan kegemaran P.Ramlee semasa lapang.

Pakcik Yusnor bercerita - biasanya pada hari Ahad beliau kerap turun ke Kuala Lumpur untuk ke rumah Allahyarham kerana belajar menulis skrip filem. Pada hari minggu, menurut Pakcik Yusnor, Allahyarham P.Ramlee suka masak mee goreng kegemarannya sendiri dan menonton filem kartun untuk mencari idea. Selain dari itu Allahyarham juga sangat meminati filem-filem Hindustan dan salah satu filem yang sangat digemarinya ialah filem Ganga Jamuda keluaran tahun 1961 yang dilakonkan oleh Dilip Kumar, Vijayantimala, Helen, Nasir Khan, Nazir Hussain dan Anwar.
[image]

Menurut Yusnor, lagu-lagu nyanyian Mohamad Rafi dan Lata Mangeshkar menjadi kegemaran Allahyarham. Tunasharapan ada poskan link streaming beberapa lagu hit Mohamad Rafi dan Lata Mangeshkar serta beberapa lagu nyanyian dari filem-filem hindi lama di halaman Perbincangan Lain-Lain Muzik di bawah tajuk New Thread Lagu Evergreen Hindi 40an-80-an

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 4, 2006, 1:22am

A. Jaafar Orchestra juga banyak mengiringi rakaman P. Ramlee. Antara lagunya ialah Sungguh Malangnya Nasibku, Ibu, Anakku Sazali, Tiada Kata Secantik Bahasa, Berkorban Apa Saja, Joget Tari Lenggang, Aneka Ragam, Kwek Mambo, Rindu Hatiku Tidak Terkira, Selamat Berbahagia Wahai Kekasih, Tak Seindah Bunga dan Dari Masa Hingga Masa.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 4, 2006, 1:36am

Sekitar tahun 1958 P. Ramlee mula membuat rakaman dengan iringan orkesnya sendiri, P. Ramlee Orchestra. Antara lagu yang diiringi oleh orkes ini ialah Bulan dan Juga Angin, Dengarlah Gemala Hati, Mengapakah Pilu Saja, Pok Pok Bujang Lapok, Tidurlah Permaisuri, Maafkan Kami, Bila Mama Pakai Celana, Hanya Dikau, Manusia, Puteri Bersiram, Rintihan Jiwaku, Malam Bulan Dipagar Bintang, Nujum Pak Belalang, Inikah Suratan Hidup, Betapa Riangnya, Ketipang Payung, Getaran Jiwa, Kalau Kaca Menjadi Intan, Jeritan Batinku, Di Mana 'kan Kucari Ganti, Malam Kubermimpi, Di Mana Suara Burung Kenari dan Rukun Islam.

Mulai tahun 1962 pula, rakaman P. Ramlee diiringi oleh orkestra pimpinan P. Ramlee AMN. Antara lagunya: Yang Mana Satu Idaman Kalbu, Burung Pungguk, Barang Yang Lepas JanganDikenang, Aci Aci Buka Pintu, Dengarlah Rayuanku, Putus Sudah Kasih Sayang, Madu Tiga, Kisah Rumah Tangga, Bila, Rindu Hatiku Rindu, Pukul Tiga Pagi dan Gambus Jodoh.

Lagu Jangan Tinggal Daku (1962) diiringi oleh P. Ramlee Combo.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Nov 4, 2006, 1:51am

Terima kasih yudhie atas info yang berguna tu, wah banyak sungguh maklumat tentang rakaman dan orkestra mengenai Allahyarham P.Ramlee yang yudhie tahu. Kebanyakan lagu-lagu tu ada dalam simpanan tunas cuma lagu Inikah Suratan Hidup dan Betapa Riangnya, tunas belum pernah dengar lagi. Kalau Yudhie ada lagu-lagu tu boleh kongsi tak ? Tunas amat berbesar hati jika Yudhie dapat poskan atau uploadkan di sini. Terima Kasih

Salam
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 4, 2006, 4:14am

Tunas, sebetulnya saya tidak ada menyimpan lagu Inikah Suratan Hidup dan Betapa Riangnya. Saya mendapat maklumat tentang lagu2 itu dan orkes pengiringnya daripada rekod yang dipinjam daripada seorang kawan lama dahulu.

Lagu2 itu dipetik daripada filem Puteri Gunung Banang. Versi filem dinyanyikan oleh Aziz Jaafar (untuk Ahmad Mahmud). Saya kurang pasti sama ada VCD filem PGB yang terdapat dalam pasaran ada mengandungi lagu2 itu atau tidak kerana kadang2 lagu2 yang terdapat pada sesebuah filem asal tidak ada dalam VCD (mungkin sudah dipotong). Kedua2 lagu itu adalah hasil ciptaan Osman Ahmad dan lirik oleh S. Sudarmaji.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Nov 4, 2006, 11:17am

Terima Kasih Yudhie atas maklumat. VCD Puteri Gunung Banang memang ada dikeluarkan dan diedarkan oleh Music Valley tapi tunas belum beli vcd tu. Seingat tunas filem tu ada ditayangkan di RTM beberapa kali sebelum ini.
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Nov 4, 2006, 4:22pm

..Tunasharapan..bukan cassette tape atau pun cd tapi cover album vinyl record ler.. P Ramlee berjacket dengan kemeja merah yang collar bajunya kalau tercucuk mata tentu jadi Kassim Slamat.. patih rasa antara album terakhir Allahyarham..

..mungkin juga immaculate collection beliau..

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 4, 2006, 10:47pm

Majalah bertulisan jawi ARENA FILEM keluaran akhir 1960 pernah menyiarkan tulisan bertajuk "Pancha Sitara Terima Undangan Dari Kuala Lumpur dan Sarawak". Di sini disiarkan semula dalam tulisan rumi.

PANCHA SITARA TERIMA UNDANGAN DARI KUALA LUMPUR DAN SARAWAK

Pada malam 22 Ogos 1960 yang lalu para pendengar yang mengikuti Radio Singapura dapat mendengar satu rancangan baru yang diterbitkan oleh Mohd Zain Haji Hamzah dengan bintang2 filem terkemuka mengambil bahagian.

Rancangan baru ini dinamakan "Pancha Sitara" dan isinya dipenuhi dengan lagu2 yang dinyanyikan secara Platters. Kepada kita diterangkan oleh saudara Mohd Zain bahawa rancangan baru ini dijangka sangat menarik hati para peminat seni muzik angkatan baru.
Selanjutnya kita diberitahu oleh P. Ramlee bahawa kumpulan Pancha Sitaranya ini telahpun mendapat undangan dari Kuala Lumpur dan Sarawak. Tetapi undangan2 dan sambutan yang diberitahu oleh para penggemarnya ini masih dalam pertimbangannya lagi, kerana para bintang filemnya sedang sibuk dengan urusan2 penggambaran filem yang sedang diselenggarakan itu.

Penyanyi2 lima suaranya ini ialah P. Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Mohd Hamid dan Kassim Masdor. Manakala barisan muziknya pula ialah Mohd Kassim bermain piano, Osman Ahmad - double bass, Yusoff B - tenor dan A. Rahim - drum. Siaran dibawakan oleh S. Sudarmaji.

Sebanyak lima lagu ciptaan baru telah dibawakan oleh Pancha Sitara ini. Lagu2 tersebut ialah: 1. Aku Bermimpi, 2. Tidurlah Wahai Sayang, 3. Apabila Malam Tiba, 4. Aku Menangis, 5. Resahan Sukma.

Sementara "Mawarku" adalah lagu dari Indonesia. Kelima2 lagu tersebut ciptaan P. Ramlee dan seni kata digubah oleh S. Sudarmaji.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Nov 6, 2006, 11:09pm


yudhie:

Akhirnya saya jumpa juga imej Panca Sitara Asal dan terus saya paparkan disini kerana sebelum ini hanya imej Panca Sitara 2 yang saya paparkan.

[image]

Kelihatan P. Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Mohd Hamid dan Kassim Masdor. Pemuziknya Mohd Kassim, Osman Ahmad, Yusoff B dan A. Rahim. Betul ke yudhie?


Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Nov 7, 2006, 9:42am

Kata DJ Klasik Nasional semalam, lagu Mawarku yang mana Aziz Jaafar menjadi suara utama untuk Pancha Si-Tara ada dalam album (mungkin LP) bertajuk "P. Ramlee Quartet".

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 7, 2006, 10:03am

Ghaz, catatan pada rekod single Mawarku (Parlophone DPE 8136) ialah: "Pancha Sitara dengan P. Ramlee Quartet". Demikian juga pada rekod lagu2 Aku Bermimpi/Tidurlah Wahai Sayang (DPE 8134) dan Pabila Malam Tiba/Aku Menangis (DPE 8135). Saya pernah lihat LP lagu2 Pancha Sitara tetapi bukan terbitan Parlophone/EMI (mungkin cetak rompak) tapi tak ingat apakah tajuknya "P. Ramlee Quartet" atau tidak.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Nov 10, 2006, 1:34am


yudhie:

Saya terjumpa gambar ini dalam internet dan menarik minat saya.

[image]

Apakah Arfan ni anak kandung P.Ramlee kerana wajahnya ada mirip P.Ramlee dan Nassir. Setahu saya Nasir seorang jer anak kandung P.Ramlee. yang lain semua anak angkat seperti Dian dan Sazli kan?.

Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Nov 10, 2006, 11:58am

Yes, tapi P. Ramlee dan Junaidah Harris bercerai masa si Arfan ini masih dalam kandungan. (Kalau diikutkan hukum, masa isteri mengandung mana boleh suami menceraikan ya? Heran sungguh!)

Arfan ini akhirnya dibawa oleh Junaidah pulang ke Indonesia dan terus menetap di sana, khasnya bila Junaidah berkahwin lain. Kedua-dua anak-beranak ini dikebumikan sebelah-menyebelah pada 1998 di Jakarta.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Nov 10, 2006, 8:59pm

Hai Kawan-kawan!

Kali ni Tunas nak buat permintaan, nak minta tolong pada kawan-kawan yang boleh menolong, Abang Hamlau ke, patih, ghaz, jazz, yudhie, effendi, cepok dan lain-lain, kalau kawan-kawan ada lagu DARAH MUDA versi Nyanyian Saloma, diharap sudilah kiranya berkongsi upload di sini atau ke savefile ke etc.,etc. Satu lagi lagu yang tunas cari ialah Lagu nyanyian paduan suara P. Ramlee dan Saloma yang jarang di ketengahkan iaitu Patah Tumbuh Hilang Berganti, antara liriknya:-

Duhai Dinda Muda Jelita
Kau Penghibur Hati Duka Lara
Jasad Terlantar Jiwa Merana
Berikan Berita

Ku Berjanji Bulan dan Bintang
Menyaksikan Kita Berdua
Bersamalah kita Berbakti
Dirikan Mahligai Bahagia

Patah Tumbuh Hilang Berganti
Janji Diikat Kata Dipadu
Hidup Berdua Mati Bersama
Andainya Setia

Kalau ada kawan-kawan yang ada lagu ni, harap sama-sama dapat dikongsikan di sini.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Nov 12, 2006, 12:39am


tunas:

Kedua lagu tersebut memang saya minati tapi tiada dalam simpanan saya. Elok benar anda bangkitkan perkara ini semoga ada member yang sudi poskan mp3 kat sini.

Anyway akan saya cuba cari dalam koleksi kaset pirate saya.

Camner ghaz ada tak lagu tu di piratekan oleh Purnama atau Intan?

Re: P.Ramlee
Post by cepuk on Nov 12, 2006, 11:14pm


Quote:
Hai Kawan-kawan!
Kali ni Tunas nak buat permintaan, nak minta tolong pada kawan-kawan yang boleh menolong, Abang Hamlau ke, patih, ghaz, jazz, yudhie, effendi, cepok dan lain-lain, kalau kawan-kawan ada lagu DARAH MUDA versi Nyanyian Saloma, diharap sudilah kiranya berkongsi upload di sini atau ke savefile ke etc.,etc.


Tokey pernah up dulu lagu ni tapi saya tak ingat ruangan mana. Takpe laa.. saya up semula version brader Hamlau

Saloma - Darah Muda

lagu satu lagi tu tadak dlm simpanan hamba..

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Nov 13, 2006, 12:03am

Hai Cepok, ribu-ribu terima kasih kerana telah uploadkan LAGU DARAH MUDA - SALOMA tu, ni kira hadiah la ni. TQ
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Nov 13, 2006, 12:27am

Hai kawan-kawan dan Abang Abang semua.

Dalam siaran Klasik Nasional, tunas selalu dengar lagu Ingin Tahu yang kerap kali juga diminta oleh pendengar menerusi rancangan Hati Ke Hati, dinyanyikan oleh Abdullah Chik dan Momo. Sementara itu dalam iklan lagu yang disiarkan hampir setip hari, Lagu INGIN TAHU yang diperdengarkan adalah dinyanyikan oleh beberapa orang penyanyi lain juga. Tunas tak sempat semak samada lagu tu ada dalam laman Tn Hj Hassny atau Ilham Pujangga Abang Hamlau, tapi yang pastinya versi PRamlee memang tak ada. Dalam pembacaan tunas lagu tu dicipta oleh PRamlee dan liriknya oleh Jamil Sulong di petik dari Filem Hujan Panas (1953)

Jadik tunas naikkan lagu tu ke sg.geocities - versi Nyanyian Dari Filem - PRamlee & Nona Asiah. Sebenarnya Tunas create satu web page percubaan dengan meletakkan Media Player ke dalam Browser. Berkemungkinan untuk lagu-lagu yang tunas akan kongsi selepas ini akan dinaikkan dalam bentuk sedemikian jika tidak ada masalah bagi semua kawan-kawan di sini.

INI DIA LAGUNYA - INGIN TAHU - PRAMLEE& NONA ASIAH- HUJAN PANAS
INDEK FILE DI SINI (UPDATED)

Salam , Tunasharapan

Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Nov 13, 2006, 1:48am

Terima kasih daun keladi cepuk kerana upload lagu Darah Muda dan terima kasih juga buat tunas yang upload lagu Ingin Tahu P.Ramlee & Momo. :o

Diruang ini memang kita membicarakan kehebatan Allahyarham TS P.Ramlee, rasanya wajar juga saya pamerkan wajah ayahanda kepada Seniman Agung kita ini iaitu Teuku Nyak Putih. 8-)

[image]

Ada rupa P.Ramlee masa muda tak? ;D

Ingin Tahu - P Ramlee & Nona Asiah (Hujan Panas -
Post by tunasharapan on Nov 13, 2006, 9:38pm

Opps, Sorry effendi, tunas buat sedikit kesilapan, sebenarnya Lagu Ingin Tahu tu Nyanyian PRamlee & Nona Asiah bukan Momo Latif. Maaf Yea! Tunas dan perbetulkan dalam web page tu.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Nov 14, 2006, 10:13am


tunas:

Takpe memang manusia ni selalu buat silap kan. Saya pun selalu gitu.
Saya pun tak perasan suara wanita tu momo Latiff atau Nona Asiah ke maklum dengar lagu tengah malam hehe.

Lagu Patah Tumbuh Hilang Berganti dah jumpa ke?

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 17, 2006, 9:09pm

Dalam ruangan "Sabtu Gembira", Radio Australia Seksi Indonesia pada hari Sabtu, 23 Oktober 1993, selepas menyiarkan sebuah lagu nyanyian Dean Martin, Nuim Khaiyath mengumumkan: "Dean Martin dengan lagu "Come Back to Sorrento". Hah sedap 'kali, kalau nyanyi ni macam tak ada perkara sama dia, tak dipaksa2nya. Kalau Frank Sinatra 'kan kelihatan urat2 lehernya menyembul keluar, menyembul kata orang. Kalau Dean Martin sambil 'megang rokok 'kan di celah jarinya, diapun sedap saja ...dia santai. Jadi kalau dibandingkan jaman dahulu, P. Ramlee itu kira2 macam Dean Martin. P. Ramlee itu 'kan tenang aja kalau nyanyi ... kau laksana bulan .... jauh di atas awan ...... Kalau Effendy 'kan pake macam Frank Sinatra, ditekannya, digenjotnya, pokoknya dipaksanya dirinya sampai menyembul urat2 lehernya."
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Nov 17, 2006, 10:58pm

Wah yudhie, anda boleh ingat peristiwa pada 1993 itu memang hebat. Apakah anda merakamkan rancangan tersebut atau memang membuat catatan mengenainya. ::)

Dibawah saya paparkan imej P.Ramlee bersama taukenya Run Run Shaw. Kelihatannya seakan baru turun dari kapalterbang. Ada sesiapa ada maklumat bila dan dimana gambar ini diambil tak? ;D

[image]

Gambar ini saya scan dari buku P.Ramlee Seniman Agung oleh ABI. ;D

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 18, 2006, 10:41pm

Effendi, saya memang ada merakamkan rancangan itu.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Nov 21, 2006, 8:33am

Hari ini di Berita Harian (Singapura) ada komen mengenai filem Do Re Mi (1966) lakonan/arahan P. Ramlee.

Ghaz, KL

APA RAHSIA KELUCUAN DO-RE-MI?

Oleh Noridah Kamari

KESEDIHAN merupakan pengalaman peribadi tetapi kelucuan adalah pengalaman bersama.

Suatu adegan menjadi kelakar apabila ia tidak menuruti norma-norma yang telah dirumuskan oleh masyarakat.

Filem komedi boleh dilihat sebagai tingkap budaya sesuatu masyarakat.

Filem-filem lakonan dan arahan P. Ramlee yang bersifat komedi sering mempunyai sindiran yang tajam dan penyorotan mendalam terhadap masyarakat.

Filem Do-Re-Mi misalnya, yang dihasilkan pada 1966, mengisahkan perjalanan hidup tiga orang sahabat.

Rencana ini bertujuan membongkar unsur-unsur lucu dalam filem tersebut yang memanipulasikan pengetahuan sosiolinguistik.

Pengetahuan sosiolinguistik dimanfaat dan dimanipulasikan sepenuhnya oleh P. Ramlee dalam filem ini.

Selain itu, salah faham di antara watak disengajakan untuk memberi peluang menyindir watak-watak yang lain.

Cuba perhatikan dialog dalam satu adegan filem Do-Re-Mi ini.

Do: Kau ni pun satu bodoh, nak ambil tahu apa? Semuanya dah cukup. Ada rumah, tangga, dapur, belanga, kuali...

Aminah: Dapur kita dah lama tak berasap.

Do: Kau ni teruklah, Minah. Baru dua hari lepas aku beli dua bungkus besar punya mancis. Itu pun tak cukup?

Aminah: Makan hatilah macam ini!

Do: Itu pun tak syukur. Nasib baik engkau kahwin dengan aku dapat makan hati. Kau tahu orang lain nak makan daging seminggu sekali pun tak dapat, orang sebelah makan tulang aje.


Permainan salah faham dari segi makna frasa-frasa tertentu dalam suatu konteks itu dilakukan dengan berkesan.

Sememangnya Do memahami apa yang diperkatakan Aminah, cuma beliau sengaja ingin menceriakan keadaan kerana mungkin berasa malas dan letih untuk memikirkankan tanggungjawabnya sebagai suami.

Namun, cara beliau mengelak daripada kelihatan memahami maksud isterinya dengan menerima kata-kata isterinya bulat-bulat tanpa mempedulikan konteks perbualan mereka adalah sesuatu yang bijak dan melucukan.

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Nov 21, 2006, 12:25pm

Dalam ruangan Forum:Sumbangsih:Jamal Abdillah, sdr.phaeez ada minta dikongsi lagu Mengapa Pilu Saja Versi Nyanyian P Ramlee. Buat peminat Allahyarham P Ramlee, tunas poskan link streaming dan download mps lagu tu ke geocities.

WebPage : Mengapakah Pilu Saja - P Ramlee
Download (mp3) : Mengapakah Pilu Saja- P Ramlee
(Right Click And Save Target As).

Wassalam, tunasharapan
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Nov 22, 2006, 2:40am


Ini adalah imej dari cover LP/Album Panca Sitara 3 keluaran Warnada 1983. Anggotanya hanya Dian saja anak P.Ramlee. Anggota lain adalah rakan-rakan Ahmad Fauzee ketika bertugas dengan MAS dulu.

[image]

Selepas album ini baru muncul pula Nassir menggantikan ayahnya. Selain Nassir P.Ramlee, anggota lama Panca Sitara Ori seperti Normadiah dan Aziz Jaafar serta Aziz Sattar bergabung pula menjayakan album atas nama Panca Sitara juga. Saya tak pasti pula ada Ahmad Daud terlibat atau tidak, mintak tolong semak yudhie!


Re: P.Ramlee
Post by cepuk on Dec 4, 2006, 11:30pm


Quote:
Satu lagi lagu yang tunas cari ialah Lagu nyanyian paduan suara P. Ramlee dan Saloma yang jarang di ketengahkan iaitu Patah Tumbuh Hilang Berganti, antara liriknya:-

Duhai Dinda Muda Jelita
Kau Penghibur Hati Duka Lara
Jasad Terlantar Jiwa Merana
Berikan Berita

Ku Berjanji Bulan dan Bintang
Menyaksikan Kita Berdua
Bersamalah kita Berbakti
Dirikan Mahligai Bahagia

Patah Tumbuh Hilang Berganti
Janji Diikat Kata Dipadu
Hidup Berdua Mati Bersama
Andainya Setia

Kalau ada kawan-kawan yang ada lagu ni, harap sama-sama dapat dikongsikan di sini.
Wassalam


Tn Hj Hassny ada up lagu ni tapi version A Ramlie & Maria Bachok. Daripada iramanya mesti best kalau dapat dengar lagu ver P Ramlee kan.

Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Dec 5, 2006, 12:09am


Cepuk :

Lagu Patah Tumbuh Hilang Berganti versi asal memang amat menarik dan syahdu sekali. Sayang tak ada lagi member yang upload kat sini.

[image]

Diatas adalah gambar Allahayrham TS P.Ramlee mengiringi Allahyarham PS Saloma disatu pertunjukan pentas. Apa yang menariknya P.Ramlee mengenakan tali penyangkut (belt) gitar tersebut dileher ke depan tidak seperti kebiasaan pemain gitar hanya disebelah bahu kiri atau kanan. Memang unik dan kelakar.

Gitar tu jenama Hofner warna hijau tua kan hayatz?


Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 5, 2006, 10:18pm


Quote:

Tn Hj Hassny ada up lagu ni tapi version A Ramlie & Maria Bachok. Daripada iramanya mesti best kalau dapat dengar lagu ver P Ramlee kan.


Terima kasih sdr. cepuk atas maklumat ini, tunas tak perasan lagu tu (versi nyanyian A Ramle & Maria Bachok) ada di laman Tuan Hj Hassny, sekurang-kurangnya dapat mengingatkan Tunas akan senikata penuh lagu dengan susunan yang betul.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 5, 2006, 10:33pm

Beberapa hari yang lepas, dalam segmen Malar Segar ( jam 10:00 - 12:00 tgh malam) Klasik Nasional ada menyiarkan lagu Nyanyian P Ramlee - Sesudah Subuh dengan iringan Muzik Orkestra RTM. Selama ini Tunas ingatkan Allahyarham P Ramlee tidak pernah ( tidak sempat ?) merakamkan lagu dari Filem Sesudah Subuh tu ke piring hitam.

Berkemungkinan besar lagu rakaman tu hanya ada dalam simpanan (secara ekslusif) di RTM sahaja kerana ia dinyanyikan oleh Allahyarham dengan iringan Muzik Orkestra RTM. Bagaimana pula dengan lagu Qadhaan Tuhan dari filem yang sama?

Pada petang hari yang sama, kalau tunas tak silap, juruhebah dalam rancangan Nostalgia ( jam 11:15 pagi - 12:00 tgh) juga ada menyiarkan lagu Alunan Biola versi rakaman ( bukan versi filem) - ini pun Tunas tak tahu, selama ini Tunas sangka lagu tu tak di rakamkan ke piring hitam. Tapi bila dengar lagu Alunan Biola yang dikeudarakan pada hari itu , ianya memang versi rakaman sebab gengre musik dan tekann suara nyanyian Allahyarham P Ramlee yang Tunas dengar tu memang berbeza dengan yang kita dengar dalam Filem Antara Dua Darjat. Kalau begitu tentu lagu Selamat Panjang Umur dari filem yang sama juga berkemungkinan besar telah dirakamkam ke piring hitam - agaknya?

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 6, 2006, 1:20pm

Hari ni, tunas dengar satu lagi lagu Tan Sri P Ramlee dari siaran Klasik Nasional ( Rancangan Nostalgia Jam 11:00 pagi) yang bunyi musiknya lain dari yang biasa di dengar ( mungkin iringan muzik orkestra ).

Lagu tu ialah Gunung Payung yang asalnya dicipta oleh Allahyarham untuk Filem Batu Belah Batu Bertangkup arahan Jamil Sulong dinyanyikan oleh Seniwati Normadiah untuk filem.

Gunung Payung - Versi Filem ( Normadiah )
Gunung Payung - P Ramlee & Saloma ( Rakaman (cd))
Gunung Payung - P Ramlee & Saloma ( Yang Ni Le Tunas Baru Dengar Hari Ini)
Apa sahabat-sahabat lain fikir? Mungkin lagu tu iringan musik orkestra ?
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 7, 2006, 9:57pm

Dialog sebelum lagu Gambus Jodoh dalam filem Madu Tiga antara Pak Ali (Babjan) dan Rafee (M. Rafee).

Pak Ali: Cik Rafee, Cik Jamil tu dah kawin ke belum?
Rafee: Bujang, bujang teruna Pak Ali.
Pak Ali: Bujang teruna?
Rafee: Ya.
Pak Ali: Kesian, dah tua masih bujang.
Rafee: Bujang alif ba ta katakan.
Pak Ali: Alif ba ta tu apa?
Rafee: Angkatan Bujang Tua.
Pak Ali & Rafee: Hahaha....hahahahahahah.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 9, 2006, 12:08am

Buat peminat-peminat Tan Sri P Ramlee, Tunas ada browse di YouTube, ada spoof Scene dari Filem Anakku Sazali oleh unsweeth20. Sekali tengaok macam nak rosakkan filem P Ramlee, sekali tengok- fikir-fikir kreatif juga diaorang tu... tengoklah sendiri

Modifikasi Dari Scene Filem Anakku Sazali
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 9, 2006, 12:10am

Ini pun ada satu lagi modifikasi scene dari filem Anakku sazali yang 'dikartunkan' di YouTube oleh Wanmuz

Scene Dari Filem Anakku Sazali
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 9, 2006, 12:28am

Melihat kepada modifikasi Sazali yang 'dikartunkan' dalam klip video oleh Wanmuz di YouTube ni , tahulah kita bahawa kewujudan Sazali dalam scene ini dalam shoot sebenar Filem Anakku Sazali tidaklah betul-betul wujud tetapi telah dimanipulasikan oleh teknik penggambaran pada ketika itu. Kita semua tahu bahawa dalam scene ini ada dua P Ramlee iaitu Hassan ( Bapa Sazali ) dan P Ramlee sebagai Sazali. Yang benar-benar ada dalam gambar itu adalah P.Ramlee sebagai Hassan. Imej P Ramlee sebagai Sazali telah di embeded kan ke dalam scene itu. Lakonan dan aksi P Ramlee sebagai Sazali mungkin telah dilakonkan di tempat lain dan setelah editting, ia kemudiannya dimasukkan ke scene sebenar di mana P Ramlee sebagai Hassan beraksi. Imej P Ramlee sebagai Sazali yang boleh dipadamkan dari scene ini menjadi bukti bahawa ianya tidak wujud di situ.
Elok juga kalau Wanmuz berada di sini untuk menerangkan bagaimana imej P Ramlee sebagai Sazali boleh dipadamkan sepenuhnya dari scene itu. Ini satu ilmu yang wajar dipelajari bagi mereka yang terlibat dalam movie creation effects.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 9, 2006, 8:45am

Pada laman YouTube ada lagu dari filem Do Re Mi yang dicatatkan sebagai lagu atas kereta lembu. Tajuk sebenarnya ialah Rantai Terlepas ciptaan P. Ramlee dan lirik susunan Ainul Jamal.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Dec 9, 2006, 10:50am


tunas:

Mungkin juga mereka menggunakan teknik 'super inpose' (tak pasti ejaannya) dengan menggunakan blue atau green screen sebagai latar belakang ketika shooting watak Sazali yang mana kemudiannya dapat kita lihat dalam satu frame dengan ayahnya itu setelah ditampal dan di edit. Manakala watak single Sazali yang lain hanyalah penggambaran biasa yang diedit.

Teknik ini saya pernah tonton dalam rancangan 'Making Of' yang disiarkan di TV. Ianya sering digunakan untuk videoklip dengan menggunakan software 'Digital Video Editing Tools' seperti Adobe Premier Pro dan sebagainya.

Jika ada orang yang ariff tentang perkara ini harap dikongsi bersama.


Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 10, 2006, 3:32pm

Betul tu Abang Effendi, Teknik tu dinamakan sebagai "SUPERIMPOSED" ertinya penindihan imej. Maksudnya gambar lain dimasukkan sebagai tambahan dalam bentuk tindihan untuk menjadikan beberapa shoots atau scene tu menjadi satu dengan latarbelakang yang sama.

Teknik asas dalam penggunaan kesan pengimejan ini boleh dipelajarai melalui Program Adobe Photoshop

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 10, 2006, 3:50pm

Untuk Peminat-Peminat Tan Sri P Ramlee.

Buku P RAMLEE DI CAKERA NUSANTARA
[image]

Dalam Buku Ini di Bab 13: Antara Dua Darjat Antara Dua Zaman, Saudara Shaharuddin Maaruf ada membincangkan mengenai filem-filem Tan Sri P Ramlee sebelum beliau menjadi pengarah iaitu (tahun 1948-1954).

Salah satu perbincangan yang menarik perhatian Tunas ialah Filem Miskin (1952) iaitu watak Kamil yang dipegang oleh P Ramlee sebagai pemuda miskin yang kemudiannya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan akhirnya menjadi seorang doktor yang berbakti kepada orang yang telah cuba untuk membinasakan dirinya bersama ibunya yang hidup melarat suatu ketika dulu.

Tunas belum menonton filem ini kerana tidak pernah disiarkan di TV, tetapi dalam perbincangan itu diselitkan senikata lagu Kejamnya Manusia nyanyian P Ramlee yang telah disiarkan oleh Klasik Nasional 2 hari yang lalu melalui ruangan nostalgia jam 11:00 pagi. Bunyi audionya agak kurang memuaskan maklumlah lagu lama.

Kejamnya Manusia - P Ramlee ( Senikata )

Alangkah kejam manusia
tiada bertimbang rasa
pandang hina pada simiskin
bagai tak berharga

sungguh sedih di hatiku
mengenang nasib diri
tak seorang yang tahu
hidup dagang piatu

kebanyakan manusia, mata memandang harta

orang kaya jadi pujaan
yang miskin dipandang hina, hai dipandang hina
tapi biarlah manusia
dunia tiada kekalnya
papa miskin mulia kaya
tergantung pada yang esa
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Dec 11, 2006, 1:56am


tunas:

Terima kasih atas pembetulan ejaan tersebut. Kalau menggunakan Adobe PhotoShop untuk menggelap serta menerangkan gambar serta mengecil atau membesarkan imej tau jugalah sikit-sikit. Kegunaan yang lain tak tau apa pun hehe.

Buku P.Ramlee di cakera Nusantara tu berapa harganya ah? Beli kat mana?


Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 11, 2006, 11:01am

Abang Effendi, Buku P RAMLEE DI CAKERA NUSANTARA tu adalah terbitan Unimas ( Universiti Malaysia Sarawak ) tahun 2005. Ia adalah merupakan Himpunan 22 Kertas Kerja Tokoh-Tokoh Terkemuka termasuk penganalisis luar negara tentang kajian atas hasil karya Alahyarham Tan Sri P Ramlee.

Tunas tak pasti samada buku tu ada dijual di pasaran atau tidak, berkemungkinan ada di Kedai Buku yang besar (Book MegaStore). Walaubagaimanapun Abang Effendi boleh pesan buku tu secara on-lines di laman web ujana_ilmu dengan harga RM50.00. Abang Affendi kenalah DAFTAR dulu menjadi ahli laman web UjanaIlmu tu, kemudian pilihlah Kategori Essei, Buku tu ada terkandung di dalam Kategori Essei tu lah. Abang Effendi Boleh buat bayaran melalui cek atau wang pos, cetaklah borang pesanan dan hantar ke UjanaIlmu, buku tu InsyaAllah akan dikirimkan kepada Abang Effendi dalam masa 2-3 hari lepas tu ( kalau menggunakan pos laju)

Maklumat Lanjut Boleh Di Dapati DI SINI

22 Kandungan Buku tu adalah seperti berikut:-
[image]
1. P. Ramlee Seniman Ulung Negara - Ahmad Sarji Bin Abd Hamid
2. P. Ramlee dan Saya - Jamil Sulong
3. Perwatakan P. Ramlee: Perspektif Agama, Intelektual dan Moral - Abdullah Hussain
4. Mencari Batin Nasional P. Ramlee - Mahadi J. Murat
5. P. Ramlee Seniman Sepanjang Zaman - Jins Shamsuddin
6. P. Ramlee dalam Konteks Minda dan Psyche Orang Melayu -Johan Jaaffar
7. Dua Tokoh, Dua Naratif: Satu Ekspresi Kemiskinan - Awang Azman Awang Pawi dan Khor Chooi Lian
8. P. Ramlee di Kaca Mata Etnik India: Suatu Perbandingan - Uthaya Sangkar
9. P. Ramlee: Kenangan yang Tidak Mungkin Padam - Rahani Jamil
10. Analisis Kaedah Komedi Visual dalam Filem Arahan P. Ramlee - Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman dan Nur Afifah Vanitha Abdullah
11. Dr. Rusdi dan Jangan Tinggal Daku: Dekadensi Kesenimanan P. Ramlee - Abdul Wahab Hamzah
12. Layar Perak P. Ramlee: Menyuluh Kosmos Melayu Menyilau Atmos Global - Mohamed Zefri Ariff Mohammed Zain Ariff
13. Antara Dua Darjat Antara Dua Zaman - Shaharuddin Maaruf
14. Poster Filem P. Ramlee: Perbandingan Analisis Visual - Musdi Bin Haji Shanat
15. "Not Just a Movie" : The Historical Context of P. Ramlee and His Films - Timothy P. Bamard
16. Japan Meets Hollywood in the Films of P. Ramlee - Timothy R. White
17. The Trishaw Puller And The Neorealist Legacy - Jan Uhde
18. Transtextuality and Transmigration in Ibu Mertua-ku - Bill Van Der Heide
19. P. Ramlee dan Leonid Utesov: Parallels of Creativity - Polina Pogadaeva & Victor Pogadaev
20. Kepelbagaian Dalam Muzik P. Ramlee - Yusnor EF
21. Pemikiran Tradisi Melayu Dalam Lagu Ciptaan P. Ramlee - Ariff Ahmad
22. Getaran Jiwa: Analisis Melodi - Mohd Hafiz Askiak

Harap Abang Effendi Maklum, Wassalam.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Dec 11, 2006, 11:34am


Terima kasih tunas atas maklumat tersebut kerana saya memang bercadang untuk mendapatkan buku tersebut.

Sebagai membalas budi baik anda saya paparkan MP3 Sabarudin Tukang Kasut nyanyian arwah Kahar Hamid yang memang meminati P.Ramlee sejak kecil. Beliau bukan saja berusaha meniru lagak gaya dan suara P.Ramlee, malah saiz badan pun ikut P.Ramlee juga hehe. ;D

Nikmatilah Lagu SABARUDIN TUKANG KASUT Versi Kahar Hamid.


Semoga terhibur. 8-)



Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 11, 2006, 7:52pm

Terima kasih banyak Abang Effendi atas sumbangan lagu Sabaruddin Tukang Kasut nyanyian Allahyarham Kahar Hamid itu, suara nyanyian Allahyarham Kahar menyanyi lagu tu memang saling tak tumpah macam suara arwah P Ramlee.

Tunas naikkan ke geocities lagu asal Allahyarham P Ramlee - Sabaruddin Tukang Kasut untuk peminat-peminat Tan Sri P Ramlee

Wassalam.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Dec 14, 2006, 2:00am

Terima kasih kembali tunas kerana uploadedkan MP3 Sabaruddin Tukang Kasut versi ori nyanyian TS P.Ramlee tu. ;D

[image]

Saya suka lakonan Wan Chik Daud dalam filem Do Re Mi ini kerana mimiknya sama dengan Saloma dalam Seniman Bujang Lapok hehe. 8-)

Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Dec 17, 2006, 1:53am


yudhie:

[image]

Saya ingin minta bantuan anda untuk mengenalpasti adakah wanita dalam gambar ini Junaidah bekas isteri pertama TS P.Ramlee iaitu ibu kepada Nassir?

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 20, 2006, 8:01am

Effendi, menurut sebuah laman tentang filem Melayu klasik, itu memang gambar Junaidah yang diambil daripada sebuah majalah keluaran tahun 1956.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 20, 2006, 10:10pm


Quote:
Salam Bahagia Semua. Saya adalah ahli baru forum ini yang amat meminati Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Saya amat kagum dengan pengetahuan rakan-rakan di sini terutamanya efendimiharja tentang sejarah hidup P.Ramlee yang tidak pernah saya terbaca di lain-lain sumber.

Saya ada menyimpan beberapa koleksi lagu-lagu P.Ramlee & Saloma dalam bentuk kaset, malangnya banyak dari kaset tersebut telah hilang dan rosak. Sekarang ini saya sedang mengumpulkan semula hasil karya Allahyarham dan sedang merancang untuk membina laman web khusus tentang seniman Agung ini.

Buat semua peminat P.Ramlee, jika saya ada masa nanti saya akan sumbangkan beberapa lagu melalui Brother Hamlau (soon). Buat masa ini saya sedang mencari Lagu Nyanyian P.Ramlee tahun 50-an yang saya tak pasti tajuknya. Dulu saya ada lagu ni tapi dah hilang semasa berpindah rumah. Saya juga tidak pasti samada lagu ini nyanyian dari filem atau telah dirakamkan oleh P.Ramlee tetapi seingat saya ianya telah dinyanyikan semula oleh Uji Rashid sekitar tahun 70-an ( malangnya saya juga puas mencari lagu Uji ini baik di internet atau di kedai-kedai kaset/cd - tak jumpa juga). Antara senikatanya seperti berikut:-

Dari kecil sehingga dewasa
Dengan susah ibulah menjaga
Jangan ibu merasai sangsi
Beta tetap sematkan di hati

Ku berjanji akan berbakti
Pesan ibu kan ku junjung tinggi
Jiwa raga ku serahkan
Kerna itu tanda pengorbanan

Pada ibu tempat kasih sayang
Jangan ibu merasai bimbang
Biar apa yang akan terjadi
Beta sanggup untuk menghadapi..


Tunas dah dapat lagu itu, nyanyian P Ramlee dari filem Sedarah (1952)

P Ramlee - Mesra Ibu

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 28, 2006, 4:30pm

Salam buat semua peminat Tan Sri P Ramlee!

Assalamualaikum Abang Effendi, Ghaz, Patih, Yudhie, Jazz dan lain-lain member, hari ini tunas ada contact pengedar Music Valley, bertanyakan kalau-kalau vcd-vcd berikut ada dalam stok mereka untuk jualan sepertimana tersenarai dalam senarai penuh yang diiklankan.

1. Arjuna
2. Bakti
3. Gelora
4. Kipas Hikmat
5. Miskin
6. Nilam
7. Pembalasan
8. Perjodohan
9. Putera Bertopeng
10. Putera Sangkar Maut
11. Sesudah Subuh
12. Sitora Harimau Jadian
13. Tunang Pa' Dukun


Mengikut pengesahan dari pihak music valley vcd-vcd tersebut memang ada di jual lebih dari setahun dulu tetapi buat masa ini ia tidak lagi dijual kerana tidak diluluskan untuk jualan. Tunas ingin bertanya kepada teman-teman di sini jika ada sesiapa yang sempat membeli vcd-vcd tersebut semasa ianya dikeluarkan lebih setahun dulu, bolehkan tunas membeli salinannya ( COPY CD) dari teman-teman di sini. Tunas sudi membayarnya mengikut harga yang ditetapkan oleh teman-teman dan cara bayaran boleh dirundingkan samada melalui akuan bank atau wang pos ect.

Harap dapat maklumbalas dari teman-teman.
Wassalam


Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Dec 30, 2006, 12:53am


tunas:

Semasa saya di KL minggu lalu saya sempat menjengah di kedai Muzik di Giant Batu Caves, dan kebetulan sempat membelek beberapa VCD Filem lama termasuk Putera Bertopeng dan Sesudah Subuh kat kedai muzik tu. Tajuk yang lain saya tak pasti. Ini bermakna ianya masih ada di kedai-kedai muzik berhampiran anda.

Saya kira Muzik Valley sengaja tak beritahu anda VCD-VCD tersebut masih ada dipasaran kerana sebab tertentu sepertimana anda jelaskan diatas. Mungkin mereka takut anda dari syarikat berkenaan yang menyamar kot.

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 7, 2007, 8:08pm

Salam mesra dan selamat tahun baru tunas ucapkan kepada forumers MN khususnya peminat-peminat Tan Sri P Ramlee.

Dah lebih seminggu tiada posting di segmen ini, jadi hari ni tunas poskan satu link streaming lagu 'rare' Allahyarham P Ramlee nyanyian duet dengan Seniwati Normadiah, tajuk lagu BERSAMA petikan dari Filem Kipas Hikmat

Dengan Streaming (BERSAMA - P RAMLEE & NORMADIAH)

Jika anda menggunakan khidmat internet sambungan biasa (dial-up), bufering streaming mungkin terlalu perlahan ( Tunas gunakan laluan streamyx - itupun agak 'slow; juga, kena sabarle hingga talian internet pulih seminggu dua lagi)

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 7, 2007, 8:11pm

Ini satu lagi lagu 'rare' Allahyarham P Ramlee, juga berduet dengan Normadiah, tajuk lagu SIMPULAN KASIH petikan terus dari Filem Panggilan Pulau.

P Ramlee & Normadiah - Simpulan Kasih

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Jan 8, 2007, 8:25am


terima sekali lagi kasih tunas kerana uploaded MP3 Simpulan kasih - P.Ramlee & Normadiah dan lagu duet Bersama kerana saya sudah lama tak mendengar lagu-lagu tersebut.

Macam mana dengan VCD Putera Bertopeng dan lain-lain VCD yang anda cari tu dah jumpa ke? Kalau belum saya tolong carikan ditempat saya nanti Insya Allah. 8-)


Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 9, 2007, 6:43pm

Ini ada satu lagi lagu 'rare' tapi evergreen hit P Ramlee berduet dengan Sabariah Haron.

Chinta Abadi

P: Gembira rasa hati
Ketika berpegangan jari
Dengan pujaan hati
pilihanku sendiri

L:Hatiku juga ria
Berdampingan dengan jelita
Impianku selama
Nan menjelma di jiwa

P: Ooo Ooo Ooo
Sungguhku merasa bahagia

L: Ooo Ooo Ooo
Jiwaku turut berdendang ria

P: Semoga kekallah hendaknya....... Emm
Cinta abadi nan tercipta........ Emm
Yang lama kita memendamnya........ Emm
Dengan rasa gelora

L: Mungkin abadi cinta kita....... Emm
Andai kita pandai menjaga...... Emm
Berian Tuhan pada kita..... Emm
Yang hidup di dunia

L & P: Kanda/Dinda marilah kita
Menuju halaman nirwana
Yang penuh bahagia
Bagi kita berdua

Dengar streaming lagunya DI SINI

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by saroja on Jan 15, 2007, 9:47am

Assalamualaikum

Minta tolong kepada Sdra ku sekalian...Apa nama filem...P.Ramlee sebagai Hero dan Heroin nya.... (lupa nama ?).....kiranya P.Ramlee berkahwin dengan gadis kudong kedua belah tangan.... P.Ramlee masih muda sangat masa tu... kurus ja.....

Sekian, wassalam
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 15, 2007, 10:43am

Hai, jumpa lagi Seroja.
Filem yang Seroja maksudkan tu ialah Filem Takdir Ilahi tahun 1950. Rasa tunas filem itu ialah filem lakonan pertama Neng Yatimah setelah berjaya menjalani ujian screen test di MFP. TAKDIR ILAHI diarahkan oleh L Krishnan dan A R Tompel adalah penolong pengarah. P Ramlee berlakon sebagai Arshad dan Neng Yatimah memegang watak heroin sebagai Fatimah. Lain-lain bintang yang berlakon dalam filem tu ialah A R Tompel sendiri, Daeng Haris, Siti Tanjung Perak dan Daeng Idris.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by saroja on Jan 15, 2007, 11:58am

Assalamualaikum

Terima kasih banyak2 sdra ku Tunas. wah...baru screen test dah jadi heroin, patut lah dapat gelaran pelakun air mata.. dan sesuai juga pengarah L.Krishnan kata, "tak cantik tak apa, asalkan manis ada;..namun manis dalam tangisan.. ..Itu lah pelakon veteran...

Terima kasih sekali lagi..wassalam
Re: P.Ramlee
Post by aliph on Jan 19, 2007, 9:17am

[image]

[image]

Salah sebuah LP P Ramlee yang terdapat dalam simpanan Abang Rahim dah dah pun diaudioCDkan


Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Jan 21, 2007, 3:06pm

Wah ... LP seperti ini jarang dapat diperolehi.

Sebenarnya LP tersebut adalah kumpulan lagu-lagu dari beberapa rekod 78 rpm yang dudah dipindahkan ke bentuk LP 33 rpm.

Di antara lagu dalam LP yang Aliph tunjukkan ialah Ibu dan Sungguh Malangnya Nasibku, yang mana rekod asalnya ialah yang ini:

[image]

[image]

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Feb 10, 2007, 6:35pm

Ghaz, Effendi & Peminat P Ramlee.

Ini dia Lagu JuwitaKu Sayang nyanyian P Ramlee & Lena dari Filem Pembalasan (1950). Lagu asal adalah petikan terus dari filem, ada disiarkan beberapa kali dalam slot permintaan Hati Ke Hati sebulan yang lalu. Tapi yang tunas naikkan ni adalah lagu yang tunas edit terus dari siaran vcd filem Pembalasan dan menggunakan FlexiMusic Wave Editor dengan memasukkan kesan Rakaman Studio. Lagu yang disiarkan di Klasik Nasional tu banyak sangat bunyi hisshnya.

STREAMING - JUWITAKU SAYANG (P RAMLEE & LENA)
DOWNLOAD - JUWITAKU SAYANG (P RAMLEE& LENA)

Dapatkan juga versi nyanyian Uji Rashid & HAil Amir di savefile.com

DOWNLOAD - JUWITAKU SAYANG - UJI & HAIL

Bandingkanlah, apa pun Tunas lebih suka versi asal nyanyian P Ramlee & Lena.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Feb 12, 2007, 4:17pm

Lagu P. Ramlee - Getaran Jiwa dirakamkan secara instrumental oleh Kitaro (Jepun) pada 1985 dengan judul Dawn in Malaysia. Pada tahun 1995 pula, lagu itu dirakamkan semula oleh Lobo (Amerika) dengan tajuk Whispers in the Wind dengan lirik susunan Billy Aerts.
http://www.lyricscafe.com/l/lobo/whispers_in_the_wind.html
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Feb 12, 2007, 4:28pm

Bro Yudhie,

Beberapa tahun lalu, semasa browse di internet, Tunas terjumpa statement' di dalam carian Google berbunyi, ' Lagu Getaran Jiwa sebenarnya bukan ciptaan P Ramlee' tapi bila tunas klik pada pautan yang dipaparkan tak ada pulak bukti-bukti yang didakwa.

Sebaliknya tunas dibawa ke satu web promosi jualan dan iklan perniagaan.

Apa pandangan Bro Yudhie dalam hal ini ?
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Feb 12, 2007, 4:46pm

Tunas, saya juga ada baca tulisan itu. Tapi ada yang kata dakwaan itu tak betul.
http://portalilmu.kempen.gov.my/index.php?ch=12&pg=301&ac=9794
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Feb 12, 2007, 9:28pm

Terima kasih Bro Yudhie kerana sertakan link penjelasan penciptaan lagu Getaran Jiwa dari portalilmu tu. Mengikut Yusnor Ef yang kenal rapat dengan P Ramlee, lagu tu memang ciptaan asal P Ramlee, cuma secara kebetulan sahaja music intro nya menyamai lagu Chopin In E Flate. Pihak yang menyebarkan punca berita ni sekitar tahun 2005 mendakwa ada bukti bahawa idea asal lagi itu dicipta oleh Ahmad Kassim. Sebab kata mereka semasa P Ramlee menyanyikan lagu itu untuk Filem Antara Dua Darjat, Ahmad Kassim yang memetik piano. Kalau betullah begitu, adakah bukti ini dapat menjelaskan bahawa beliau (Ahmad Kassim) yang mencipta lagu tu. Yang hairannya mengapa dah lebih 33 tahun P Ramlee meninggalkan kita perkara begini baru nak dibangkitkan.

Tunas rasa kalau setakat ujud persamaan intro pada sesuatu lagu tu perkara biasa sebab not muzik kan cuma ada A B C D E F dan G sahaja.

Baru-baru ini tunas ada menonton filem Ibulah Syorga Lakonan Aziz Jaafar, Saadiah dan Omar Suwita. (Info: Tidak ada maklumat tepat bilakah filem ini dikeluarkan, tapi kalau mengikut turutan masa, Studio Jalan Ampas telah ditutup pada 16 September 1967. Filem Ibulah Syorga ini diarahkan oleh S.Sudarmaji dan hampir kesemua pelakon-pelakon yang membintangi filem ini adalah bekas bintang-bintang filem Studio Jalan Ampas. Mereka telah berganding dan berkongsi modal menubuhkan Syarikat GAFICO yang menerbitkan filem ini. Dan inilah satu-satunya filem tunggal yang dikeluarkan oleh Gafico. Kita kemudiannya menyaksikan pelakon-pelakon Studio Jalan Ampas ini pada tahun 1970 sebahagiannya berpindah ke Studio Merdeka Ulu Kelang dan sebahagiannya lagi meneruskan kerjaya lakonan di Cathay Keris. Misalnya kita dapat saksikan Ahmad Nisfu, Aziz Jaafar, Dayang Sofia, Jah Haji Mahadi, S Shamsuddin dan S Rosley ada berlakon di bawah Arahan M Amin di Cathay Keris dalam Filem Puaka pada tahun 1970. Ini bererti Filem Ibulah Syorga berkemungkinan besar diterbitkan disekitar tahun 1968 atau 1969. Begitulah mengikut yang tunas faham. Bro Yudhie tolong betulkan kalau Tunas silap)

Ada muzik latar dalam filem tu tu benar-benar menyamai lagu Kumpulan Pelangi ' Kau Jambatan Hidupku'. Namun tunas tak fikir Kumpulan Pelangi menciplak lagu tu, besar kemungkinan secara kebetulan sahaja lagu tu mempunyai tempo yang agak sama.

Wallahua'lam.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Feb 13, 2007, 4:40am

Tunas,

Filem terakhir Studio Jalan Ampas ialah Terlibat (1967) lakonan S. Rossley, Shirley Koh dan Salleh Kamil. Saya belum pernah tonton filem itu tapi pernah lihat iklannya dalam akhbar Berita Harian (Malaysia) tahun itu. Saya cukup suka pada promo filem itu yang berbunyi:

"Dia memburu untok di-buru, dia mengejar untok di-kejar, dia membunoh untok di-bunoh ..."

Filem Ibulah Shorga memang diterbitkan pada 1968 oleh Gafico Film, selepas penutupan Studio Jalan Ampas. Jika tak silap saya jalan ceritanya serta adegan pergaduhan itu diusahakan oleh Salleh Kamil. Tak pasti siapa pula arahannya.

Pelakonnya yang saya sempat ingat:

Aziz Jaafar (hero - asalnya berwatak seorang perompak tapi dah bertaubat selepas jadi buta) , Saadiah (heroine) , Omar Suwita (guru agama), Saamah (ibu guru itu), Aziz Sattar, Rahmah Rahmat, Salleh Kamil (ketua perompak), Shariff Dol (penghulu) dan Normadiah (isteri penghulu).

Ada dua buah lagu dalam filem Ibulah Shorga:

1. Mengapa nyanyian Rafeah Buang
2. Satu lagu joget nyanyian Rahmah Rahmat dan Aziz Sattar

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Feb 16, 2007, 9:31pm


Quote:
Hi Jazz!

Apa kata kalau di forum ini disiarkan lagu-lagu arwah yang tak pernah dikeluarkan dalam format CD.

Contohnya:

1. Berpedati (dari filem Bumiputra, 1965)

2. Mengapa Tak Berkawan (duet dengan Saloma)
(dari filem Si Tora Harimau Jadian, 1964)

3. Qadzaan Tuhan
(dari filem Sesudah Subuh, 1967)

4. Rela Hamba Rela
(dari filem Enam Jahanam, 1969)

5. Membisu
(dari filem Putus Sudah Kasih Sayang, 1971)

6. Intan Menjadi Kaca
(dari filem Ahmad Albab, 1968)

7. Kisah Mahjong (dari filem Dajal Suci, 1965)

8. Ku Rindu Padamu
(dari filem Masam Masam Manis, 1965)


Ghaz
Kuala Lumpur


Ghaz, Effendi, Aliph, Patih, & Peminat-peminat P Ramlee
Tunas dah cari lagu Qadhaan Tuhan kalau-kalau ada dirakamkan dalam piring hitam tapi tak pernah jumpa. Baru-baru ini dalam ruangan Malar Segar ada disiarkan lagu Sesudah Subuh versi rakaman piring hitam nyanyian P Ramlee diiringi oleh orkestra RTM. Tunas rasa lagu Qadhaan Tuhan juga mesti ada versi iringan orkestra sebab dua lagu tu adalah dari filem yang sama.

Tunas naikkan pautan streaming lagu Qadhaan Tuhan di sini, lagu nyanyian terus dari filem yang tunas telah edit dengan Wave Editor Software.

P.Ramlee - QADZAAN TUHAN - SESUDAH SUBUH (1967)

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Feb 23, 2007, 11:14pm

Lagu-lagu P. Ramlee antara lain Nasi Goreng Bubur Kacang, Dengar Ini Cerita dan Anakku Sazali.

Berkorban Apa Saja dan lain-lain.

Beginilah Nasib dan lain-lain.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Mar 2, 2007, 10:11am

"P. Ramlee Tidak Serius?" - demikian pertanyaan penulis Nik Abdul Aziz Haji Nik Hassan dalam artikelnya yang menggunakan tajuk yang sama di dalam majalah "Al Islam" keluaran Mac 2007/Rabiulawal 1428H pada halaman 14 hingga 17. Peminat P. Ramlee boleh membacanya kerana majalah itu sudah ada dalam pasaran.

Juga ada tulisan bertajuk "Bila Siti Nurhaliza Bertudung" dan "Tony Blair Akui Al-Quran Kitab Progresif".
Re: P.Ramlee
Post by aliph on Mar 2, 2007, 11:26am

saya dah lama nak bertanya kat sini tapi seringkali terlupa. dalam filem IBU sewaktu Raimi (P Ramlee semasa kecil) sedang mengintai Haji Mahadi & bandnya sedang jamming, ada seorang perempuan sedang menyanyikan sebuah lagu. apa nama lagu itu dan siapakah penyanyinya? ada sesiapa yang boleh naikkannya disini? Budi & jasamu kukenang....heh heh!!
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Mar 2, 2007, 6:06pm

Aliph, kalau tak silap lagu itu bertajuk Penyakit Cinta. Versi piring hitam dinyanyikan oleh Lena.
Pelakon yang menyanyikannya dalam filem saya tak pasti.

Untuk peminat P. Ramlee - dalam laman ebay ada dijual buku lagu P. Ramlee, GELORA - Lagu-lagu Filem 1961-1972 yang mengandungi lirik, nota muzik dan gambar terbitan Malaysian Harvard pada 1995, setebal 232 halaman. Harganya US$49.90.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Mar 2, 2007, 9:03pm

Untuk Brother Yudhie dan peminat-peminat P Ramlee, Tunas sertakan di sini pautan streaming untuk dengar lagu Kata Dari Kalbu nyanyian P Ramlee versi Filem MERANA dan Versi Rakaman beserta lirik bagi kedua-dua versi.

Klik Di SINI - Kata Dari Kalbu - P Ramlee ( Filem Merana - 1954)

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by saroja on Mar 3, 2007, 2:50am

Assalamualaikum

Terima kasih banyak2 brother Tunas...gembira sekali dengar lagu2 tu, siap dengan lirik 2 versi.... dah lama sangat tak dengar lagu tu.. Sumbangan brother Tunas sangat2 beharga kepada kami semua...

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Mar 6, 2007, 7:54am

Artikel di Berita Harian (Malaysia) hari ini berkenaan lagu-lagu P. Ramlee.

Ghaz, KL

‘P Ramlee ibarat Bapa Muzik Melayu Moden’

Oleh Zainuri Misfar


ALLAHYARHAM Tan Sri P Ramlee boleh dianggap sebagai ‘Bapa Muzik Melayu Moden’ kerana karya muzik yang dihasilkannya dapat mengubah corak muzik Melayu sejak 1940-an. Gelaran itu juga berdasarkan lagu ciptaannya mempunyai pelbagai rentak dan corak serta tema.

Sumbangan P Ramlee dalam arena muzik ialah sebagai penyanyi piring hitam, dalam filem (penyanyi latar), pencipta lagu dan penggubah di piring hitam dan mencipta dan gubahan lagu untuk filem.

Puluhan, mungkin ratusan lagu ciptaannya ditinggalkan oleh P Ramlee dengan ada antaranya dinyanyikan oleh penyanyi luar. Lagu Getaran Jiwa dinyanyikan semula oleh Lobo, manakala penyanyi Jepun, Yoko Shimada menyanyikan lagu Jeritan Batin.

Satu simfoni orkestra dari Russia menyusun muzik lagu-lagu P Ramlee dalam bentuk simfoni orkestra.

Penulis lirik, skrip dan penerbit muzik veteran, Yusnor Ef berkata, jika diamati dengan teliti, muzik yang dihasilkan oleh P Ramlee mempunyai pelbagai pengaruh luar pada rentak dan temanya tetapi diadun dengan cara yang mudah, menarik dan menghiburkan.

“Rentaknya dibahagikan kepada dua iaitu rentak Melayu dan luar. Rentak unsur Melayu yang agak ketara ialah joget, inang dan asli. Pengaruh unsur luar pula biasanya dari Barat, Arab, Hindustan, China dan Jepun (lagu-lagunya yang boleh didengar dalam filem Madu Tiga, Ali Baba Bujang Lapok dan Laksamana Do Re Mi)

“Beliau berjaya mengubah budaya dari Barat yang menyanyikan lagu Happy Birthday kepada lagu Allah Selamatkan Kamu yang dimuatkan dalam filem Tiga Abdul,” katanya dalam siri syarahan P Ramlee Aswara 2007 “P Ramlee - Melodi Lagenda” anjuran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, di Panggung Eksperimen, baru-baru ini.

Yusnor atau nama sebenarnya Mohd Noor Mohd Yusof, adalah antara individu yang akrab dengan P Ramlee. Beliau juga antara orang yang sering diminta oleh Seniman Agung itu untuk menulis lirik lagu-lagu nyanyiannya.

Biarpun dianggap karyawan seni yang hebat, Yusnor mendakwa, P Ramlee tetap merendah diri dan tidak pernah memperlekehkan kewibawaan tokoh yang terdahulu.

“Pernah suatu ketika ada pihak yang membandingkan kehebatannya dengan tokoh muzik handalan, Pak Zubir Said. Tapi P Ramlee menegaskan bahawa Pak Zubir adalah ahli muzik berkeperibadian Melayu, sedangkan dirinya pemuzik ‘entah apa-apa’.

“Setahu saya, P Ramlee juga amat menghormati mereka yang mahir dalam sesuatu alat muzik. Dalam filem Ibu Mertuaku dia meminta Yusof B meniup tenor saksofon bagi lagu Jeritan Batinku, manakala Ahmad Kassim bermain piano untuk memainkan lagu Getaran Jiwa dalam filem Antara Dua Darjat.

“P Ramlee mengaku beliau hanya ‘action’ saja semasa bermain kedua-dua alat muzik itu,” kata Yusnor.

Katanya, P Ramlee memang boleh membaca nota muzik yang dipelajarinya dari guru muzik yang dikenali sebagai Kamaruddin di Pulau Pinang.

“P Ramlee boleh tulis nota muzik walaupun tidaklah secara formal. Dia tulis, selepsa itu disalin semula oleh Kassim Masdor. Selepas diperbaiki oleh Kassim, barulah lagunya dimainkan oleh pemuzik profesional,” jelasnya lagi.

Dalam menghasilkan sesuatu lagu, P Ramlee akan meluahkan perasaannya sepenuh hati seperti yang terdapat pada lagu Hujan Di Tengah Hari. Lagu itu luahan ikhlas daripadanya kerana ketika itu beliau ada masalah rumah tangga dengan Junaidah yang meninggalkannya dengan balik ke Indonesia.

Namun, yang pasti lagu nyanyian dan ciptaan P Ramlee memang ada banyak tema seperti patriotik, cinta, seni dan budaya, agama, komedi dan kritikan sosial. Lagu yang mempunyai jiwa nasionalisme dan perjuangan tanpa senjata terdapat pada lagu seperti Sekapur Siri (dalam filem Sumpah Orang Minyak).

Tema cinta memang menyentuh jiwanya dan muzik menjadi saluran luahan hatinya. Tema cinta empat gadis dalam lagunya masih menjadi tanda tanya hingga sekarang iaitu lagu Azizah, Baidah, Zuraidah dan Hamidah.

“Lagu Azizah itu sendiri ada dua versi. Versi asal, rentaknya lebih laju tetapi versi kedua agak perlahan dan seni katanya diubah suai sikit oleh Jamil Sulong (Datuk). Ia kemudian dimasukkan dalam filem pertama arahannya Penarik Beca,” jelas Yusnor.

P Ramlee juga prihatin dengan soal seni dan budaya. Antara lagu yang bertemakan seni dan budaya ialah Silat Melayu, Pukullah Taboh dan Inang Baru.

Yusnor turut menjelaskan betapa P Ramlee mempunyai lagu yang ada tema agama seperti lagu Rukun Islam, Sabar dan Tolong Kami.

“P Ramlee juga kreatif dalam mempelbagaikan gubahan lagu. Ini terbukti menerusi penghasilan lagu ‘satu tema, dua irama’ seperti yang terdapat antara lagu Anakku Sazali dan Dajal Suci,” katanya.

Dalam syarahan ini, Yusnor tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata apabila memperkatakan lagu Air Mata Kuala Lumpur. Lagu ciptaan P Ramlee dan dinyanyikan Saloma dengan penuh sayu dimainkan sepenuhnya dalam syarahan itu, menyebabkan suasana Panggung Eksperimen hening seketika.

“Lirik lagu itu menceritakan perasaan P Ramlee kerana pada penghujung kerjayanya beliau seolah-olah tidak dipedulikan oleh masyarakat. Perkataan ‘ke utara atau selatan’ menceritakan betapa kacau jiwanya pada waktu itu, sama ada hendak ke selatan di Singapura atau balik ke Pulau Pinang di utara. Hatinya memang menderita kerana tidak sangka ada yang menghina dan melupakan sumbangannya dalam dunia seni,” katanya.

Re: P.Ramlee
Post by rozasakuan on Mar 6, 2007, 10:11am

Berdasarkan kata Yusnor ada yang sanggup menghina Allayarham pada masa tu, jahat sungguh orang tu. bianatang pun tak sejahat tu. Selalunya orang yang menghina Allayarham tu mesti orang yang dengki dengan pencapaian beliau selama ini.


Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Mar 6, 2007, 12:25pm



Filem Ali Baba Bujang Lapok ini adalah antara filem paling saya gemari. Lucu dan menghiburkan. Walaupun sebahagian kisahnya diciplak dari kisah Seribu Satu Malam ;D

[image]

Terdapat pula lagu-lagu yang menarik seperti Apek Dan Marjina, Beginilah Nasib dan Hoi Ya Hoi Penyamun. Malah serapah buka dan tutup pintu gua penyamun pun menjadi gurauan hingga kini. 8-)


Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Mar 6, 2007, 10:25pm


Quote:
Berdasarkan kata Yusnor ada yang sanggup menghina Allayarham pada masa tu, jahat sungguh orang tu. bianatang pun tak sejahat tu. Selalunya orang yang menghina Allayarham tu mesti orang yang dengki dengan pencapaian beliau selama ini.



Rozasakuan, bukan saja sumbangan P Ramlee tidak dihargai, malah sumbangan-sumbangan besar seniman-seniman lain yang sezaman dengan Allahyarham tidak pernah diberikan penghargaan yang sepatutnya. Lihat sajalah kepada bekas-bekas pelakon Studio Jalan Ampas (kalaupun tidak tidak mahu memberi pengiktirafan yang tinggi kepada pelakon-pelakon di Studio Merdeka Kuala Lumpur) yang masih hidup seperti Seniman Jamil Sulong dan isterinya Rosnani Jamil, Seniman S Shamsuddin, Kuswadinata, Hashimah Yon, Neng Yatimah dan berbelas-belas lagi seniman lain yang langsung kini tiada sekelibat berita merekapun yang disiarkan seperti Ibrahim Hassan ( Ibrahim Pendek). Generasi merekalah yang meletakkan warna gemilang pada corak filem melayu. Apa pula penghargaan yang pernah diberikan kepada komposer-komposer zaman silam yang menaikkan kegemilangan lagu-lagu melayu seperti Ahmad Jaafar, Yussoff B, Osman Ahmad, Zubir Said dan P Ramlee sendiri ?

Ramai yang tidak tahu, suatu ketika di penghujung tahun 60-an sebelum perginya Seniman Agung P Ramlee, beliau bersama Allahyarham A R Tompel pernah berusaha untuk berjumpa dengan seorang menteri kabinet untuk merayu agar pihak kerajaan mengambil langkah yang serius membela nasib karyawan filem dan artis-artis di zaman itu. Pada ketika itu P Ramlee adalah bendahari Persatuan Produser Filem Malaysia Bersatu (FPMB) manakala A R Tompel adalah AJK persatuan. Jangankan kata nak jemput mereka berdua setidak-tidaknya bertanyakan khabar, malah sehari suntuk P Ramlee dan Tompel menunggu menteri tu di luar, akhirnya mereka diminta pulang saja kerana kata pembantu menteri tu VIP tu sibuk kerana banyak urusan penting dan tak dapat berjumpa dengan mereka.

Di tahun 1983, Tunas ada baca berita HEADLINE di salah sebuah akhbar utama negara, 'LUPAKAN P RAMLEE DAN KARYA-KARYA BELIAU JIKA INGIN FILEM MELAYU MAJU". Kita tahu bahawa pada tahun 80-an filem-filem Melayu bagaikan 'hidup segan mati tak mahu'. Kata pengarang berita tu, punca utama kemerosotan filem-filem melayu adalah kerana rakyat Malaysia terlalu menghargai filem-filem P Ramlee dan melihat hasil seni yang ditinggalkan seniman itu sebagai kayu pengukur bagi menilai mutu filem melayu. Jadi, mengikut petua pengarang berita tu, untuk memulihkan kegemilangan filem-filem di Malaysia ini, maka langkah yang wajar dilakukan ialah 'menghapuskan filem-filem dan karya-karya P Ramlee' dari sejarah persada seni negara. Yang sedihnya ada ramai pulak yang menyokong idea tu.

Hairan sungguh, Tunas rasa pengarang berita tu macam manusia yang tak waras saja. Apa pulak kena-mengena mutu hasil karya P Ramlee di zamannya dengan kemerosotan filem-filem melayu di zaman yang beliau sudah 10 tahun pergi meninggalkan alam yang fana ini. Kalau kalian masih ingat, sejak hari kematian P Ramlee pada 29 Mei 1973 sehinggalah tahun 1982, filem-filem P Ramlee amat jarang sekali disiarkan di Televisyen Malaysia (RTM). Setelah 10 tahun kematiaan beliau barulah 'dok menyibuk' nak siarkan semula semua filem-filem dan hasil karya beliau sehinggakan Drama Intan tu pun diulang tayang beberapa kali. Mulalah sibuk nak mengkaji rahsia ketokohan seniman Agung tu. Barulah mula tunjuk baik kepada bekas-bekas seniman Studio Jalan Ampas, ajak buat temubual dan sidang media untuk bertanyakan kisah-kisah seniman Agung tu. Kenapa semasa Arwah masih hidup, usaha dan sumbangan beliau dipandang sepi. Selama lebih 30 tahun sejak kelahiran pertama filem Melayu Laila Majnun di Singapura hingga ke filem terakhir arahan dan lakonan P Ramlee, industri filem melayu ber'taukeh'kan orang asing. P Ramlee telah berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat filem melayu yang dimiliki orang rakyat Malaysia sendiri, tetapi usaha itu tidak pernah mendapat sokongan dan bantuan selayaknya.

Di zaman millenium ini, tidak ada satu laman wab rasmi kerajaan pun tentang P Ramlee dan seniman-seniman silam. Kalau di Bollywood, kita boleh temui beribu-ribu laman web yang mengumpulkan maklumat filem dan koleksi lagu-lagu filem dari tahun 1918 hingga lah ke zaman sekarang. Tunas pernah menerima email dari seorang pengkaji dari Britain yang menanyakan dimana beliau boleh mendapat maklumat yang lengkap (maksud beliau laman web rasmi) mengenai Tan Sri P Ramlee, mendengar semua lagu-lagu beliau dan menonton setidak-tidaknya sedutan dialog-dialog filem karya P Ramlee. Komen pengkaji tu lagi, ada beberapa laman web mini yang ditemui beliau mengenai P Ramlee tetapi katanya website yang dibina tu bagaikan tak lebih dari bagaikan melepaskan batuk ditangga saja, tidak bewrsungguh-sungguh dan tidak kemas.

Sebenarnya dari segi tarikan bidang pelancungan dan mempromosikan Malaysia, Laman Web Khas dan Rasmi tentang P Ramlee dan seniman-seniman silam amat dan terlalu wajar diwujudkan. Pihak kerajaan sepatutnya sudah lama menyedari hal ini, tetapi begitulah seadanya seperti yang kita lihat sekarang ni - TIADA. Nasib baik ada laman web seperti Brother Hamlau ni, dapat juga pos dan berkongsi info serta lagu-lagu zaman silam. Syabas dan kredit yang tinggi patut diberi kepada Bro Hamlau.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by admin on Mar 7, 2007, 3:14am

Fuyoh Tunas.. hebat kamu ni...

Yang boleh buat lelaman tu memang ramai Tunas, tapi hamlau rasa yang mereka tak sanggup tu adalah pada bahagian research kerana apa yang ada hanyalah maklumat dalam buku-buku dan akhbar/majalah lama dan tak ramai yang sanggup mengalihkan segala bahan-bahan tersebut dari media cetak dan lainnya ke media Internet. Lainlah kalau ada backing kerajaan atau funding dari syarikat besar.

Seketika dulu ingat tak ada lelaman Farahaqil tentang P. Ramlee yang boleh dikatakan lengkap dan bertaraf profesional? Tetapi tuanpunya lelaman sendiri telah give-up di atas sebab-sebab tertentu padahal begitu banyak mendapat media exposure dan diberi sokongan oleh Cikgu Yusnor Ef sendiri.

Lelaman dan forum MN jauh dari perkataan profesional dan lengkap. Ini hanya kerja amateur dan suka-suka saja.. untuk forum ini, hamlau cuma berikan rangka.. isinya terserah pada ahli-ahli untuk membentukkan dengan padat.
Re: P.Ramlee
Post by rozasakuan on Mar 7, 2007, 11:09am

Biasalah tunas...saya pernah baca tentang orang yang Pintar Cerdas tau, P.Ramlee adalah salah seorang daripada mereka. Selalunya orang yang pintar cerdas ni masa hayat mereka pasti ramai yang tak suka dengan mereka tapi apabila mereka dah tak ada kat dunia ni baru sibuk nak korek apa rahsia mereka. Korek semula kubur untuk tengok saiz otak pun mereka sanggup, nasib baik kat Malaysia tak macam tu sebab kita ada pegangan agama yang kukuh.

Tunas siapa pengarang tu, yang buat kenyataan tak guna otak sangat. Kalau kat Hollywood orang yang berbakat macam P.Ramlee yang dijadikan sebagai panduan untuk buat filem. mereka akan kaji apa yang istimewa dengan filem tersebut. Bagi saya orang yang buat kenyataan tersebut sebenarnya ada dendam kesumat dengan P.Ramlee sebab P.Ramlee adalah seorang yang terkenal.

Kalau nak 'LUPAKAN P RAMLEE DAN KARYA-KARYA BELIAU JIKA INGIN FILEM MELAYU MAJU" adalah salah. Bagi saya filem Melayu mundur dan tak maju sebabnya kuat sangat buat filem ikut selera sendiri dan kerajaan Malaysia pada masa tu tak pernah nak sekat kemasukkan filem luar seperti Indonesia sebab tu mundur.

Saya juga nak tanya siapa Menteri yang P.Ramlee nak jumpa masa tu. Ini mesti kes rasuah ni. Orang Melayu ni memang kalau nak maju untuk bangsa tak nak tolong tapi kalau nak menjahanamkan bangsa sendiri sanggup buat persatuan. Akai ada ke..???

Marah betullah dengan pengarang yang buat kenyataan tu. Rasa nak lempar je buku yang dia tulis tu kat muka dia. GErammmmm.....
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Mar 10, 2007, 1:38pm

Sabar, Sdr Rozasakuan, janganlah lekas naik geram macam tu. Biarlah mereka dengan pandangan mereka masing-masing. Dan biarlah mereka memukul gendang begitu, kita tak perlulah ikut menari.

Menteri tu pun sekarang ni dah tak berada dalam kabinet lagi dan ketua pengarang tu pun sekarang ni sudah berada di luar organisasi akhbar tu tapi sekali-sekala ada juga keluar kat TV menjadi pengerusi forum semasa. Dalam satu seminar membentangkan kertas kerja mengenai mutu filem melayu yang di adakan di Sarawak beberapa tahun dulu, bekas pengarang tu ada merumuskan perkara berikut dalam kertasnya:-

Ini masa yang baik untuk melangkah ke hadapan, mengakui bahawa sejarah filem bukan milik mana-mana individu. Kita harus memastikan bahawa P Ramlee dihargai sepertimana sepatutnya buka dijadikan idola yang tidak bertempat.

Kita harus menjadikan P.Ramlee sebagai titik tolak kita bergerak ke hadapan bukan sekadar melhat ke belakang dengan kekaguman dan pesona. Masa depan sinema Melayu tidak boleh diukur pada kehebatan P.Ramlee dan teman-temannya berkarya, tetapi pada masa depan yang penuh pancaroba. Sekiranya dengan menilai P.Ramlee secara kritis dan dengan mengakui kelemahan dan hambatan kreativiti serta mindanya, kita boleh melangkah yakin ke hadapan. Kita harus melakukannya. Masanya ialah sekarang. Bukan setelah kita berseminar lagi untuk memuja tokoh yang sudah cukup dipuja sedang industri filem kita berada di takuk lama. Malah tidak berganjakpun dari zaman yang melahirkan P.Ramlee.

Kita mahu sinema Melayu mewakili minda dan psyche bangsa yang yakin dan berjiwa besar, manusia Melayu yang bersedia membuka dirinya untuk menjadi pesaing dan mencipta kejayaan untuk masa depan. Inilah masa terbaik untuk meninggalkan P.Ramlee.


Mengenai watak Kassim Selamat dan Filem Ibu Mertuaku pula, penulis tersebut berpendapat seperti berikut:-

Pada pendapat saya, watak Kassim Selamat ialah watak yang paling pathetic (menagih simpati masyarakat) pernah muncul dalam sejarah filem melayu. Saya tidak tahu adakah kita harus berbangga dengan seniman seperti itu yang memenjarakan dirinya dalam kesedihan hingga matanya menjadi buta dan kemudiannya mencocok matanya dengan garfu apabila dia tahu Sabariah telah berkahwin dengan doktor yang merawatnya, Dr. Ismadi. Adegan dramatik P.Ramlee menikam matanya dipinjamkan oleh P.Ramlee daripada filem Hindi , Deedar (1951). Tapi itu satu isu yang lain. Impak filem ini pada masyarakat begitu besar. Filem ini telah menunjang kegemilangan sistem studio. Bagaimanapun saya berpendapat bahawa Ibu Mertuaku adalah satu malapetaka pada nilai dan budaya bangsa Melayu.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Mar 10, 2007, 2:18pm

..rasa patih character Dr Ismadi ler yang paling pathetic dalam filem Ibu Mertua Ku.. macam dah tak ada perempuan lain.. hehe..

[image]

..Ahmad Mahmud memang bijak melakunkan watak watak doctor.. especially dalam Seniman Bujang Lapok.. selepas Tuan Director Ahmad Nisfu jatuh pengsan dia kasi warning pada itu 3 ekor.. jangan masuk clinic/hospital dia lagi..

[image]

..kalau patih tak silap rtm censored dialogue masa scene tu.. pathetic sangat kot.. hehe..

Re: P.Ramlee
Post by jazzdjoe on Mar 11, 2007, 10:50am

Salam semua

Beginilah pandangan jazz,

Seniman P.Ramlee adalah seniman yang mempunyai keistimewaan dan keuniukannya tersendiri. Beliau merupakan pembikin filem telah memberi sentuhan baru yang 'out of the box' kepada industri filem zamannya, dari segi sosial, seni sinematografi, muzik dan lain-lain.

We all should respect that. But it's time to move on. And please... usahlah mengAGUNG-AGUNGkan seorang insan itu. Cukuplah dihormati dengan gelaran seniman/tokoh/biduan sahaja. KeAgungan itu hanya untuk Tuhan saja.

Thank you.
Re: P.Ramlee
Post by rozasakuan on Mar 11, 2007, 3:50pm

Pengarang tu kerja dia hanya mengarang dan tulis je. kalau hebat sangat dan tahu formula untuk memulihkan filem2 Malaysia kenapa dia tak buat filem aje.

Saya taklah marah sangat tapi kenyataan macam tu boleh menyebabkan salah satu daripada sejarah kat Malysia ni hilang. Apa yang hendak diceritakan oleh kita nanti tentang perkembangan industri perfileman negara kepada generasi akan datang. Tak kan nak cerita tentang perkembangan industri perfileman bollywood atau hollywood kot.

komen dia tentang filem "Ibu mertuaku", hai apalah yang dia tak puas hati dengan arwah ye. kalau nak ikutkan konflik mertua dan menantu kat luar filem lagi meminta simpati masyarakat.
P.Ramlee kalau dia tidak wujud rasanya cerita yang banyak ditayangkan panggung adalah filem bercirikan India. Sedar2lah wahai manusia yang suka mengutuk tapi tak pernah nak buat apa yang dikatakan oleh mereka tu. cakap je lebih....
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Mar 16, 2007, 6:40am

..nak move on ke mana Djoe.. dari P Ramlee ke M Nasir?.. hehe..
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Mar 17, 2007, 4:20pm

Kisah P.Ramlee dari Kacamata Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain.

Kisah hidup P Ramlee mula-mula ditulis oleh Dato' Abdullah Hussain dalam majalah bintang di ruangan berjudul P. Ramlee Yang Saya Kenal dan kemudian diterbitkan dengan tulisan jawi yang dibukukan dengan tajuk Kisah Hidup P.Ramlee. Malangnya buku tersebut telah dicacatkan oleh penerbitnya apabila beliau membuang bab kisah perkahwinan P.Ramlee dengan Norizan, mantan permaisuri Tuanku Raja Yusof, Sultan Perak Darul Ridzuan. Sesudah P.Ramlee membaca buku tersebut, beliau bertanya, " Dari mana Che Lah mendapat bahan-bahan ini semua".

Menurut Saterawan Negara ini, beliau menulis kisah P.Ramlee daripada cerrita-cerita yang disampaikan sendiri oleh P.Ramlee yang diperolehinya ketika berada bersama-sama seniman agung itu. Setelah membaca buku yang ditulis Abdullah Hussain, P.Ramlee tidak membuat apa-apa komen, tetapi telah menulis seni kata lagu "Gagak Di Rimba" dengan tandatangannya yang rasmi untuk dimuatkan dalam edisi baru buku tersebut yang berjudul "Gagak Di Rimba".

Pada pandangan Abdullah, P.Ramlee adalah sebuah nama besar dalam dunia hiburan, khususnya dalam bidang filem dan nyanyian di tanah air Malaysia ini dan juga di Nusantara. Tarikh kelahiran P.Ramlee telah menimbulkan tanda tanya dan perselisihan antara Abdullah Hussain dengan beberapa penulis lain termasuklah Tan Sri Ahmad Sarji. Hari kelahirannya yang pasti ialah 1 Syawal dalam Bulan Mac, ketika khatib sedang membaca khutbah di Masjid Counter Hall ( kini Jalan P.Ramlee)

P.Ramlee bertuah kerana dilahirkan pada saat umat Islam tanpa mengira miskin atau kaya di seluruh dunia bergembira dengan pakaian baru merayakan aidil fitri yang mubarak, menyambut kedatangan 1 Syawal, sesudah selamat menjalankan ibadah puasa. Bersempena dengan hari baik bulan baik itu, Allah Subhanahu Wa Taala telah menganugerahkan beberapa kelebihan kepadanya. Dalam buku P.Ramlee: Kisah Hidup Seniman Agung (1973), Abdullah Hussain mencatatkan 21 Mac 1928 sebagai tarikh lahir P.Ramlee. Tetapi menurut Allahyarham Saloma, berdasarkan surat beranak P. Ramlee, tarikh kelahiran P. Ramlee ialah 22 Mac 1929. Di Arkib Negara/Pustaka Peringatan P.Ramlee ada tersimpan rakaman penerangan oleh Abang P.Ramlee yang mengatakan bahawa P.Ramlee dilahirkan pada hari Rabu, awal pagi hari raya aidilfitri, ketika khatib sedang membaca khutbah di masjid.

Misteri Umur P.Ramlee

Hingga ke hari ini, tarikh sebenar lahirnya P.Ramlee dan umur sebenar beliau menjadi satu misteri buat pengkaji-pengkaji dan peminat-peminat setianya. Menurut Seniman Jamil Sulong di halaman 17 bukunya : ``Ramlee juga pernah mengatakan kepada saya dia sengaja mengubah tahun pada umurnya sewaktu meninggalkan Pulau Pinang supaya tidak disangka terlalu muda.

``Ini memang perkara biasa dibuat oleh orang yang merantau atau mencari kerja yang kadang-kadang mengubah tarikh lahir malah mengubah nama.

``Menurut surat beranaknya (cabutan Pendaftar Beranak Pulau Pinang bilangan 633113), P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1919.

Dalam satu dialog filem Pendekar Bujang Lapok, P.Ramlee ada mengatakan kepada Aziz dan Sudin, antara mereka bertiga dialah (P.Ramlee) yang paling tua dan mereka (Aziz & Sudin) mesti memberi peluang kepadanya untuk berjumpa dengan Roseyatimah. Tidak dapat dipastikan apakah dialog tersebut hanya untuk filem sahaja atau benar-benar antara P.Ramlee, Aziz Satar dan S Shamsuddin itu, P.Ramlee adalah yang paling tua. Seniman Aziz Sattar dilahirkan pada bulan Ogos 1925, jika benar P.Ramlee lebih tua bermakna beliau dilahirkan sebelum tahun 1925.

``Sekiranya menurut kiraan hari, 21 Mac 1928 tidak boleh jatuh pada hari Rabu, kerana 22 Mac 1929 (yang dianggap sebagai tarikh lahir P. Ramlee itu) ialah hari Jumaat.

Jika kita membuat kajian ke atas kiraan tarikh masihi dan tahun hijriah, 21 Mac 1928 tidak jatuh pada hari raya tetapi jatuh di bulan puasa iaitu Hari Rabu, 28 Ramadhan 1346 Hijriah. 22 Mac 1929 juga tidak jatuh pada 1 Syawal tetapi tarikh ini bersamaan dengan hari Jumaat, 10 Syawal 1347 Hijriah. Tarikh tepat yang jatuh pada hari raya aidilfitri ialah 13 Mac 1929 Masihi yang bersamaan dengan Rabu, 1 Syawal 1347 Hijrah. Namun banyak persoalan lain pula yang timbul, kerana pada waktu ini tiada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan di Televisyen ( kerana pada waktu itu pula masih tiada TV di Tanah Melayu) akan nampak atau tidaknya anak bulan Syawal. Berkemungkinan juga umat Islam pada tahun itu menyambut 1 syawal sehari lebih awal iaitu pada 28 Ramadhan 1346 Hijriah. Jika ini benar maka tarikh 28 Mac 1928 adalah tarikh lahir sebenar P.Ramlee.

P Ramlee - Sepanjang Riwayatku (cd)
P Ramlee - Sepanjang Riwayatku (Filem)

.........bersambung...

Wassalam.


Re: P.Ramlee
Post by rozasakuan on Mar 19, 2007, 9:51am

Ini bermakna umur P.Ramlee mungkin lebih tua daripada biasa ya.. hem... hanya Allah je yang tahu berapa usia dia.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Mar 19, 2007, 10:59am

Harus juga begitu, sebab dalam salah satu pameran rekod dan filem Melayu lama di PWTC, KL yang saya kunjungi beberapa tahun lepas, ada dipamerkan gambar warna P. Ramlee yang diambil dua minggu sebelum arwah meninggal dunia. Macam tak percaya pula wajahnya kelihatan terlalu tua untuk umur 44 tahun, kan?

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Mar 19, 2007, 6:13pm

..Tunas.. teruskan coretan serta articles anda mengenai Allahyarham P Ramlee di thread ni.. patih senantiasa akan membaca & mengikutinya..
Re: P.Ramlee
Post by 5band on Mar 20, 2007, 8:55pm

Video Istana Cinta nyanyian P Ramlee drpd bahan2 saya ambil di forum Muzik Nusantara...

http://www.youtube.com/watch?v=0JNqasmyxVs
Re: P.Ramlee
Post by saroja on Mar 20, 2007, 9:06pm

Assalamualaikum

Terima kasih 5band kerana uploadkan video Istana Cinta....... maaf..suara nya semacam ja.....
oh ya... saloma pon ada juga rakam tersebut
Re: P.Ramlee
Post by admin on Mar 20, 2007, 11:06pm

Tidak begitu ketara perbezaannya daripada yang telah disumbangkan oleh Zulqassem pada pos sebelumnya, tapi ini versi yang telah hamlau bersihkan sedikit.

P. Ramlee - Istana Cinta
Re: P.Ramlee
Post by rozasakuan on Mar 23, 2007, 10:52am

Tak pernah saya dengar nyanyian lagu Istana Cinta dari P. ramlee tapi sekarang dah dengar. Best juga suara dia. Muzik pun lebih rancak. Thanks 5band.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Mar 24, 2007, 8:10pm

…. Sambungan dari posting lalu:-

Kenapa P.Ramlee dikenali dengan nama P.Ramlee tidak dengan nama Teuku Zakaria? Dari mana asalnya nama P.Ramlee?

Semasa masih kecil, ibu Teuku Zakaria dan ayahandanya mendapati anak mereka ini mempunyai sedikit masalah. Mengikut kepercayaan orang-orang tua di zaman dulu jika bayi yang masih kecil sering saja demam dan sakit, dan jika berubat masih juga dihidapi masalah kesihatan sedemikian, maka bayi tersebut mesti diserahkan kepada orang lain dan ditukarkan namanya. Sesetengah kepercayaan orang Melayu pula berpendapat untuk menghindarkan seorang bayi yang selalu saja ditimpa sakit, maka ia hendaklah diberikan nama yang lain kerana kononnya nama yang telah diberikan kepada bayi itu semasa lahir tidak sesuai untuknya. Demikianlah halnya dengan Teuku Zakaria. Ibubapanya secara simbolik telah menyerahkan Teuku Zakaria kepada sebuah keluarga lain untuk dijadikan anak angkat. Oleh kerana teramat sayangkan Teuku Zakaria, maka bayi ini telah diberikan kepada sebuah keluarga di sebelah ibunya. Nama Tueku Zakaria telah ditukarkan dan diberi nama Ramlee, Ramlee bin Puteh. Telah menjadi ketentuan Allah S.W.T bahawa bayi ini akan termasyhur dan terkenal namanya dengan nama P.Ramlee. Ini telah menjadi satu kebenaran apabila Ramlee meningkat remaja, beliau mula berjinak dengan muzik dan bidang nyanyian dan namanya diringkaskan menjadi P.Ramlee. Huruf “P” di pangkalnya itu adalah ringkasan daripada Puteh nama bapanya. Nama “Ramlee” bukanlah satu nama yang glamour, tetapi nama yang terlalu biasa dalam masyarakat Melayu dan Islam. Namun nama itu sesuai dengan diri dan tabiatnya dan telah membawa tuah sampai ke akhir hayat. Nama tersebut telah menjadi sebutan berjuta-juta manusia zaman berzaman, terutama teruna dan dara di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara. Baik pada masa hayatnya bahkan sesudah hampir 34 tahun beliau meninggalkan kita, nama itu terus hidup sebagai satu legenda yang ‘berpuaka’.

Di hari pengkebumian P.Ramlee, apabila Iman Masjid Kampung Baru menyebut nama Teuku Zakaria sewaktu membaca talqin di atas pusaranya di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, orang ramai yang beribu-ribu jumlahnya yang ikut bersama menghantar jenazahnya itu terpinga-pinga kehairanan bila mendengar nama yang ganjil itu. Rupa-rupanya sehingga ke saat kematian P.Ramlee pun, ramai orang tidak tahu bahawa nama P.Ramlee ialah Teuku Zakaria. Kad pengenalan yang diserahkan kepada pihak polis pun tercatat nama Ramlee bin Puteh.

...bersambung

Streaming Lagu Sesudah Subuh - P Ramlee ( Versi Filem)

DOWNLOAD LAGU SESUDAH DI SINI

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Mar 25, 2007, 11:25am

..masa kanak kanak dulu filem Sesudah Subuh buat patih stress & upset dengan P Ramlee.. for falling in love with Alice..

..bertambah upset bila Alice & Allan "mempermainkan" P Ramlee di akhir cerita.. ada sedikit unsur unsur filem 3 Abdul cuma theme nya lebih serious..


[image]



Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Mar 25, 2007, 2:04pm


Ini cover VCD Filem Merana lakonan P.Ramlee dan latifah Omar yang masih terdapat di pasaran ;D

[image]


Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Apr 1, 2007, 10:18am

Salam Hormat buat semua Peminat P.Ramlee
Ada satu artikel petikan daripada mStar tentang P.Ramlee.

Ketiadaannya terasa kehilangannya, kehilangannya terasa kehadirannya….Itulah seniman agung kita Tan Sri P.Ramlee yang semasa hayatnya disifatkan sebagai seniman sejati kerana keperibadiannya yang luhur dan pengabdiannya pada seni tanpa mengira wang ringgit dan penat jerih.

Seniman agung yang mendahului ramai pelakon yang seangkatannya adalah seorang insan seni yang cukup luar biasa. Walaupun dia dipinjamkan 44 tahun sahaja untuk menabur bakti untuk insan seni, jasa yang ditinggalkan bukan kepalang.

Allahyarham dilahirkan pada 22 Mac 1929 di 40A, Counter Hall, Penang, Malaya hasil perkongsian hidup seorang kelasi kapal dari Lho' Seumawe, Aceh Indonesia Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein dari Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang.

[image]
Selama hampir tiga dekad ini jugalah, kegemilangan dan kehebatan Seniman Agung ini tiada pengganti (Fail foto: The Star)


P.Ramlee telah meninggalkan kita pada dini hari pada 29hb Mei, tahun 1973. Dan hari ini adalah ulang tahun kelahiran P Ramlee. Jika ditakdirkan Allahyarham P Ramlee terus hidup hingga ke hari ini, usianya sudah tentu menjangkau 77 tahun.

Selama hampir tiga dekad itu jugalah, kegemilangan dan kehebatan Seniman Agung itu tiada pengganti. Karya yang dihasilkannya sama ada filem dan muzik terus menjadi bahan tontonan dan santapan jiwa. Mungkin benar kata orang, filem P.Ramlee akan terus ditonton buat selama-lamanya dan tetap relevan sampai bila-bila.

Apa sahaja karya yang dihasilkannya sama ada filem dan muzik terus menjadi bahan tontontan dan santapan jiwa.
Filem komedinya seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Labu Labi tidak pernah dijemu ditonton. Filem P. Ramlee dalam serba kekurangan tetap dikagumi dan akan terus ditonton buat selama-lamanya.

Kehilangan P Ramlee semakin terasa setiap tahun kerana belum ada lagi warga seni yang dapat menandingi kehebatannya. Sumbangan bakti dan pengorbanan yang dicurahkan insan ini bukan sedikit.

Ianya tetap mekar di hati peminatnya yang akan tetap mengkagumi dan merinduinya. Karya filem dan muziknya melangkaui sempadan perkauman, usia dan status.
Rakyat Malaysia yang berbeza latar belakang, pendidikan dan budaya semuanya kagum dan mengakui keunggulan seniman agung ini kerana setiap sentuhan dari karya lagu, filem, nyanyian atau lawak semuanya istimewa. Bakat dan anugerah serta kelebihan yang diberi kepada P. Ramlee bukan sedikit. Bintang serba boleh ini akan terus menjadi idola dan inspirasi kepada generasi baru.

Ketokohan P.Ramlee telah mendapat pengiktirafan sebagai seniman kebanggaan masyarakat rantau Nusantara. Kita sering tertanya di manakah letaknya kehebatan insan yang bernama P.Ramlee ini? Mungkinkah kerana karya seninya melangkaui pemikiran ataupun keikhlasannya berkarya? Ataupun kerja kreatifnya yang bermutu tinggi cukup luar biasa.
Menurut pengarah filem veteran Datuk L.Krishnan, P.Ramlee adalah manusia yang cukup kreatif dan "simple."
"Walaupun dalam usia 20an, ketika industri perfileman Melayu didominasi pengarah dari India, P Ramlee membuktikan anak Melayu boleh menyaingi pengarah-pengarah dari India," kata Datuk Krishnan yang pernah tinggal serumah dengan P.Ramlee ketika seniman agung itu bercerai dengan seniwati Norizan.
Kata Datuk Krishnan lagi, P.Ramlee telah diberi kepercayaan mengarah filem Penarik Beca pada tahun 1955 dengan skrip yang ditulisnya sendiri. Dia mendapat keyakinan pemilik Malay Film Productions (Shaw Brothers) yang mengambilnya sebagai pengarah sejurus selepas itu.
Yang paling menarik tentang filem P.Ramlee adalah skripnya yang ringan, mudah dan bermakna bukannya seperti kebanyakkan skrip kita yang panjang dan berjela-jela seperti memberi khutbah.


[image]
Aziz Satar adalah antara teman seperjuangan yang paling rapat dengan Allahyarham (Fail foto: The Star)

Dia jujur dalam memberi pengajaran seperti kata sahabatnya seniman Aziz Sattar.
"P.Ramlee tidak suka menggunakan bahasa yang sukar dan berbelit-belit. Susun katanya sedap didengar, mudah difaham dan tidak seperti filem sekarang," kata Aziz Sattar yang menyifatkan P.Ramlee sebagai sahabat yang baik hati.
Menurut Aziz lagi, filem komedi arahan P.Ramlee bermutu tinggi seperti Tiga Abdul, Madu Tiga, Musang Berjanggut, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok. Kekuatan filem komedi P Ramlee kerana isi dan persembahannya yang bersahaja dan tidak dibuat-buat. Dalam lucu dan hilai tawa, semua filemnya mengajak penonton berfikir.
Sindiran sinis disulam dengan jenaka tetapi sarat dengan teguran merenung kehidupan. Bukannya syok sendiri macam sesetengah filem sekarang.
Sepanjang hayatnya, P. Ramlee mengarah dan berlakon dalam 64 filem dan menghasilkan lebih 200 lagu. Kehebatan dan pemikiran P. Ramlee terus menjadi bahan tulisan dan perbincangan menerusi majlis diskusi dan seminar, hinggalah membawa kepada penerbitan beberapa naskah buku yang ditulis oleh "peminat-peminatnya" seperti Tan Sri Ahmad Sarji, Datuk Abdullah Hussain, Yusnor Ef dan Aimi Jarr.
Namanya juga turut diabadikan di Jalan P. Ramlee, Pawagam Mini P Ramlee, Auditorium P Ramlee dan penerbitan setem khas kenang-kenangan P. Ramlee oleh Pos Malaysia. Tetapi apapun majlis yang diadakan saban tahun baik tahlil atau pertandingan menyanyi lagu P Ramlee ataupun penerbitan semula lagunya dalam bentuk cakera padat (CD) serta pengedaran filemnya dalam format cakera padat video (VCD), semuanya masih tidak mencukupi.
Ini kerana cerita dan kisah hidup insan yang bernama P.Ramlee harus diabadikan didalam filem atau dokumentari tetapi sehingga kini satupun tidak dapat diusahakan dengan sempurna.
KATA-KATA AZIMAT DARI P.RAMLEE
Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan. Oleh itu, buatlah sungguh-sungguh dengan penuh kejujuran.
Membuat filem haruslah dari 'idea' dan 'feeling'.
Dialog yang akan disampaikan oleh pelakon tidak perlu berjela-jela, harus tepat dan mudah.
Muzik adalah nadi untuk sesebuah filem


Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Apr 1, 2007, 10:27am

Petikan Dari Utusan Malaysia, 1 Mac 2007

Rahsia Keunggulan P.Ramlee
Utusan Malaysia, 1 Mac 2007 M/S : 10

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bakal terus terpahat sebagai legenda seni ulung tanah air. Bakat seniman kelahiran Pulau Pinang itu bersama visi dan komitmen terhadap seni dan ma­syarakat sangat jelas jika ditelusuri hasil karya karyanya.

Bait-bait bahasa dalam lirik lagu ciptaannya, lakonan watak serius, kelakar dan bersemangat kebangsaan membuktikan nama P.Ramlee sebagai tokoh tersohor di pentas seni.

Sumbangan P .Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh sangat terkesan. Sehingga hari ini, masyarakat pelbagai kaum masih meminati lagu-Iagu nyanyian atau cip­taannya. Hatta generasi baru yang lahir pada akhir abad ke-20 tetap mengingati watak-watak lakonannya.

Ratusan kajian tentang seniman istimewa ini dilakukan bagi mengangkat kemasyhuran dan kebijaksanaan sebagai artis malahan seorang pemikir tentang budaya dan rakyat sekelilingnya . Lalu, langkah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) memperkenalkan siri Syarahan P.Ramlee Aswara 2007 dilihat sebagai langkah tepat meletakkan nama P .Ramlee sebagai seniman genius, berbakat, berdisiplin semasa berkarya, kreatif serta memahami akar budaya dan tradisi bangsanya.

Siri pertama daripada empat syarahan khusus untuk P.Ramlee itu berlangsung di Panggung Eksperimen, Aswara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Aktivis seni dan penggubah muzik dari Singapura, Yusnor EF diberi penghargaan memperkatakan tentang seniman agung itu. Yusnor EF atau nama sebenarnya Mohd. Nor Mohd. Yusofe, 70, dipilih berdasarkan hubungan rapatnya dengan P .Ramlee selain merupakan anak murid seniman itu.

Bapa muzik Melayu moden

Dalam nada ceria yang sesekali bercampur emosi, Yusnor menyifatkan P.Ramlee sebagai Bapa Muzik Melayu Moden kerana baginya muzik seniman itu mengubah corak muzik Melayu tahun40-an.

Ulas Yusnor, lagu-Iagu ciptaan P.Ramlee mempunyai pelbagai rentak dan tema yang menggambarkan kejujurannya ketika berkarya.

Pesan P.Ramlee kepada Yusnor, "Karya seni adalah satu daripada anugerah Tuhan. Oleh itu, buatlah bersungguh dengan penuh kejujuran."

Membongkar rahsia kejayaan P.Ramlee itu, Yusnor melihat legenda seni itu sebagai seorang insan seni yang komited, tidak gemar menggesa orang lain selain mempunyai sifat kualiti kepimpinan yang tinggi.

"P.Ramlee juga menghormati seseorang yang pakar pada sesuatu perkara dan sentiasa menghargai idea orang lain.

"Pada masa sama, beliau juga tidak bersikap angkuh dan mempunyai sifat favouritisme, " katanya pada majlis yang santai itu.

Mengakhiri syarahannya, Yusnor menggesa generasi baru seni hari ini mencontohi kejayaan karya P.Ramlee yang sesuai sepanjang zaman.
Namun kata-kata seniman agung yang diingati Yusnor hingga hari ini ialah melakukan kerja yang dianggap betul oleh diri sendiri dan jangan mempedulikan percakapan orang lain kerana Tuhan Maha Mengetahui.


[image]
Salah satu babak yang dilakonkan oleh Allahyarham P.Ramlee bersama Dayang Sofia, Sarimah dan Ahmad Nifsu dalam filem Tiga Abdul

Jadual Siri Syarahan ASWARA 2007
(Bermula pukul 3 petang di Panggung Eksperimen, ASWARA)
* 23 Mac (P.Ramlee : Mutiara Kata Kalong Bahasa)
* 20 April (Busana Dalam Aspek Kebudayaan dan Kesenian Melayu)
* 22 Jun (P.Ramlee : Seniman Anugerah Alam)
* 20 Julai (P.Ramlee : Citra Bangsa Layar Lebar)
* 24 Ogos (Sudirman : Antara Lagu dan Patriotisme)
* 26 Oktober (Teater Malaysia : Cermin Nilai Seni Budaya dan Warisan)
* 23 November (Muzik Malaysia dan Masa Depan)
* 21 Disember (Filem Malaysia : Membudayakan Filem Kita)


Wassalam



Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Apr 1, 2007, 10:43am

Buat Peminat-peminat Tan Sri P.Ramlee; Tontonilah Dokumentari P.Ramlee Seniman Agung di Saluran WebTV8. Dokumentari ini disiarkan on-line kira-kira 25 minit. Baik cepat tengok sebelum klip ini dipadamkan dari WebTV8.

Seniman Agung P.Ramlee - Dokumentari (WebTV8)
[image]

Selamat Menonton, Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Apr 1, 2007, 2:43pm

..Tunas.. mana dapat Gunung Payung ni.. rasa patih Klasik FM pun tak ada lagu ni.. hehe.. macam pernah dengar another version or memang hanya yang 1 ni aje?..
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Apr 2, 2007, 5:47pm

Patih, tunas sememangnya merakam lagu Gunung Payung (versi Orkestra) tu dari Klasik Nasional. Ada bebrapa lagu nyanyian P.Ramlee lagi yg ekslusif pernah disiarkan seperti Alunan Biola, Sesudah Subuh dan Istana Impian ( versi Orkestra).

Tunas rasa tentu ada beberapa lagu P.Ramlee lagi yg dirakamkan secara ekslusif dengan iringan orkestra RTM. Rasanya jika nak mendapatkan atau mendengar lagu-lagu lain tu, mungkin kena cari jalan 'berbaik-baik' dengan DJ Klasik Nasional yang minat P.Ramlee seperti Adibah Effendi. Member-member Forum MN ni tak de ke yg kenal rapat dengan Adibah Effendi, he..he..

wassalam.


Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Apr 3, 2007, 7:12am

Bila Tunas ke KL, cuba-cubalah singgah di gerai Nasi Lemak Tanjung Puteri di Sri Hartamas - sebab pemilik gerai itulah yang sering membekalkan lagu-lagu malar segar ke Klasik Nasional FM. Dia banyak kroni di stesen itu.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by aliph on Apr 3, 2007, 8:27am

hari Sabtu minggu lepas saya kepekan Tanjung Malim beli barang˛ dapur. saya singgah disebuah kedai buku untuk membeli alat tulis anak˛, tiba˛ ternampak pulak buku ini...

[image]

sebuah buku mengenai kisah P Ramlee bertajuk MANUSIA P RAMLEE yang ditulis oleh Wan Hamzah Awang. agak menarik juga isikandungannya. saya masih belum berkesempatan membacanya. tertinggal pulak dirumah saya di Tanjung Malim sana masa saya sedang bersiap˛ nak ke Shah Alam petang semalam.

rasanya Ghaz & peminat˛ P Ramlee yang lain juga pernah baca buku ini. ada banyak juga gambar˛ rare P Ramlee yang saya masih belum tengok sebelum ini
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Apr 3, 2007, 8:31am

Buku Manusia P. Ramlee tu saya belum miliki lagi. Banyak tak gambar-gambarnya?

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by aliph on Apr 3, 2007, 8:49am

banyak juga Ghaz, 3 page gambar˛ koleksi P Ramlee. antaranya :

1. gambar P Ramlee & Saloma sedang memancing
2. gambar P Ramlee & krew˛ filem Do Re Mi sedang berkelah
3. gambar P Ramlee sedang menyampaikan hadiah dalam perlawanan sepaktakraw di Jalan Ampas
4. gambar P Ramlee sedang mengubat pesakit (dikhabarkan P Ramlee juga berkebolehan sebagai bomoh, mewarisi ayahnya)
5. gambar Pawagam P Ramlee di Kuala Lumpur (saya tak pernah tengok lagi)

....dan banyak lagi lain˛ gambar. Insyaallah kalau balik ke Tanjung Malim nanti saya akan cuba scan gambar˛ tersebut untuk tatapan kalian disini
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 3, 2007, 5:00pm


Quote:
Bila Tunas ke KL, cuba-cubalah singgah di gerai Nasi Lemak Tanjung Puteri di Sri Hartamas - sebab pemilik gerai itulah yang sering membekalkan lagu-lagu malar segar ke Klasik Nasional FM. Dia banyak kroni di stesen itu. Ghaz, KL

Alangkah baiknya kalau Klasik Nasional (atau jabatan berkaitan) dapat membeli rekod2 lama tahun 20-an, 30-an, 40-an dan seterusnya - keluaran HMV, Odeon, Pagoda, Pathe dan lain2 -yang selalu ditawarkan dalam laman Ebay, supaya dapat disiarkan dalam rancangan2nya.
Re: P.Ramlee
Post by str8edgy on Apr 3, 2007, 5:37pm

Mungkin mereka tak mampu beli sendiri dah hanya harapkan sumbangan orang awam
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Apr 3, 2007, 9:29pm

SLOT TIKAM NOMBOR EKOR Dalam Filem "Ragam P.Ramlee" Di YouTube.


Buat semua peminat-peminat P.Ramlee, terutamanya yang belum pernah berkesempatan menonton slot "Tikam Nombor Ekor" dalam Filem P.Ramlee yg tak dibenarkan disiar di TV, sekarang ini boleh ditonton di YouTube.

Bahagian 1 - Tikam Nombor Ekor 9.55 minit
Bahagian 2 - Tikam Nombor Ekor 9.55 minit
Bahagian 3 - Tikam Nombor Ekor 9.55 minit

Ada beberapa klip video filem P.Ramlee yg dinaikkan di YouTube diberi amaran kepada penaiknya agar mendeletekan file-file tersebut. Jadi sebelum klip-klip ni dibuang dari YouTube baik cepat dapatkannya. Gunakan ilmu yg telah diajar di ruangan Cara Cemara Teknikal untuk memuatturun klip-klip video ini.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Apr 4, 2007, 12:11am

..memang pecah perut ketawa dibuatnya.. Hussein Hamzah memang brilliant sebagai Tok Bomoh.. hehe.. dalam cerita Anak Bapak pun beliau memberikan yang terbaik walaupun adengannya sedikit saja..

..scene Siput Sarawak mencari P Ramlee di Ipoh..jumpa Hussein Hamzah tengah minum.. "this morning he gave me 10 dollars".. sampai sekarang pun tadak siapa yang boleh rival..





Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Apr 4, 2007, 4:19am

..Hashim Hamzah ler.. hehe.. tersilap..

..dan as for Sophia Ibrahim..
..siapa yang tak tergoda?..
..even as kanak kanak..


[image]




Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Apr 4, 2007, 4:03pm

..apa filem & lagu P Ramlee yang Tunas paling suka?..

.."this morning he gave me 10 dollars".. bukan filem Anak Bapak ler.. Keluarga 69.. close up 1 scene Siput Sarawak tersenyum dan kemudian tertawa tu P Ramlee punya idea ke or somebody else's..

[image] [image]




Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Apr 7, 2007, 6:58am

[image]

..Gunung Payung versi inang
..betul ke rentak inang?..
Datuk tahu kot rentak ni..







Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Apr 8, 2007, 6:27pm


Quote:

Dibawah saya paparkan imej P.Ramlee bersama taukenya Run Run Shaw. Kelihatannya seakan baru turun dari kapalterbang. Ada sesiapa ada maklumat bila dan dimana gambar ini diambil tak? ;D

[image]

Gambar ini saya scan dari buku P.Ramlee Seniman Agung oleh ABI. ;D

Bro effendi, mengikut maklumat dari Arkib Negara, Gambar P.Ramlee bersama Run Run Shaw ini diambil pada bulan Ogos 1958, sewaktu turun dari kapal terbang di Lapangan Terbang Sungai Besi Kuala Lumpur untuk menghadiri Tayangan Perdana Filem Sargeant Hassan. Lihat dalam gambar tu, P.Ramlee ada membawa sebuah beg. Tunas tahu dalam beg tu ada sepasang pakaian persalinan yang dibawa bersamanya.

Wassalam.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Apr 8, 2007, 8:31pm


Quote:
..apa filem & lagu P Ramlee yang Tunas paling suka?..



Patih, kalau nak cakap Filem P.Ramlee yang mana Tunas paling suka, susah nak cakap sebab kalau filem-filem P.Ramlee disiarkan di RTM (TV2) atau ntv7 atau tv9, tunas tentu menontonnya walaupun hampir kesemua vcd P.Ramlee tunas dah ada ( kecuali Nor Asmara, Bakti, Takdir Ilahi, Perjodohan, Penghidupan, Si Tora Harimau Jadian, Gelora dan Melanchong Ke Tokyo).

Bagi Tunas Filem P.Ramlee perlu dibahagikan kepada 3 peringkat, (1) Sebelum P.Ramlee menjadi pengarah, (2) Filem sesudah P.Ramlee menjadi pengarah dan (3) Filem P.Ramlee yg dihasilkan sesudah berhijrah ke Studio Merdeka Kuala Lumpur.

Untuk filem-filem sebelum P.Ramlee menjadi pengarah, setakat ni yang paling berkesan pada tunas ialah filem Hang Tuah dan Panggilan Pulau waluapun filem-filem tu masih wujud unsur-unsur & pengaruh hindi, namun ada pengajaran yang boleh diambil daripadanya. Tak boleh nak kata 'paling suka' juga sebab filem Bakti, Perjodohan, Penghidupan dan Nor Asmara tunas belum pernah tonton lagi.
Bagi filem setelah P.Ramlee menjadi pengarah, Filem Musang Berjanggut bagi filem komidi dan filem Ibu Mertuaku bagi filem berat.
Bagi filem setelah P.Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur pula filem seperti Nasib Do Re Mi memang tunas paling suka terutama sekali bab A.R Tompel jadi bomoh temberang, memang kena dengan sinis masyarakat melayu.

Lagu yang paling syahdu nyanyian P.Ramlee buat tunas ialah BAHAGIA berduet dengan Saloma.

(p/s: tunas baru tahu bahawa lagu Sejakku Bertemu Padamu nyanyian Saloma dan Lagu Patah Tumbuh Hilang Berganti nyanyian duet P.Ramlee & Saloma dipetik dari Filem EMPAT ISTERI. P.Ramlee tidak berlakon dalam filem tu tetapi beliau mengubah lagu-lagu untuk filem tersebut dan barangkali untuk filem itu, suaranya digunakan, tunas telah hantar email ke Mrs. Fran di Shaws Organisation, Singapore kalau-kalau filem tersebut ada dalam simpanan mereka.

Wassalam


Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Apr 9, 2007, 9:12am


tunas:

Saya sering juga membelek mencari VCD-VCD Nor Asmara, Bakti, Takdir Ilahi, Perjodohan, Penghidupan, Si Tora Harimau Jadian, Gelora dan Melanchong Ke Tokyo, malangnya tiada dirak-rak kedai muzik yang saya kunjungi. Mungkin benar VCD-VCD tersebut tidak dipasarkan lagi atau ada sebab lain kot? ::)

[image]

Dinaikkan cover VCD Nasib Do Re Mi untuk tatapan peminat P.Ramlee yang tak memilikinya. Memang filem ini mencuit hati bila menontonnya. Antara filem terbaik arahan beliau di Merdeka Studio. ;D

ps: Terima kasih atas maklumat P.Ramlee dan Run Run Shaw di Sg. Besi Airport tersebut 8-)


Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Apr 12, 2007, 7:44am



..tak tahu pulak mengapa patih berubah rasa.. masa kecil dulu sangat minat dengan filem filem P Ramlee keluaran studio Jalan Ampas tapi sekarang ni lebih sukakan yang dari studio merdeka..

..dalam Kanchan Tirana.. watak P Ramlee "moody".. macam ada sesuatu yang tak kena mungkin ada cerita di sebaliknya..

[image]



Re: P.Ramlee
Post by admin on Apr 12, 2007, 11:30pm

Siapakah penyanyi wanita yang berduet dengan P. Ramlee pada lagu Semenjak Berpisah" yang disiarkan oleh KN dalam rancangan MS malam tadi? Macam suara Momo - betul tak? Lagu ini pernah dinyanyikan semula oleh Sanisah Huri.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 13, 2007, 1:20am

Mengikut senarai yang disiarkan di akhbar Mega/Utusan Malaysia, lagunya bertajuk Bayangan Wajahmu nyanyian P. Ramlee dan Rubiah, dari filem Pulau Mutiara keluaran 1951.

Saya tak sempat mengikuti siaran MS kerana sesuatu hal. Adakah lagu M. Bakri disiarkan?
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Apr 13, 2007, 7:51pm




..patih dengar lagu M Bakri tu di Klasik FM Tuan Yudhie.. rasanya macam buat kali pertama.. harap Sdr Tunas ada merakamkannya.. hehe..

..kalau Tunas tak rakam segment malar segar semalam amat rugi ler kita semua di MN ni.. terutamanya peminat Allahyarhamah Puan Sri Saloma sebab telah disiarkan sebuah lagu klasik Saloma dari filem Azimat 1958..

[image]

..siapa itu yang sering
memandang pada ku..


..dj Munirah kata Sanisah Huri juga ada menyanyikan lagu yang sama.. puas patih cari di ruangan Ilham Pujangga tapi tak jumpa ler.. patih tak tahu tajuk lagu tu...

..Mr Hamlau.. for your info Indah Sepanjang Perjalanan tak boleh stream ler..




Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Apr 13, 2007, 10:19pm


Quote:


..patih dengar lagu M Bakri tu di Klasik FM Tuan Yudhie.. rasanya macam buat kali pertama.. harap Sdr Tunas ada merakamkannya.. hehe..

..kalau Tunas tak rakam segment malar segar semalam amat rugi ler kita semua di MN ni.. terutamanya peminat Allahyarhamah Puan Sri Saloma sebab telah disiarkan sebuah lagu klasik Saloma dari filem Azimat 1958..

..siapa itu yang sering
memandang pada ku..




Patih, Bro Yudhie, lagu M Bakri, Harapan Hanya Bayangan, sila lihat thread di segment KOLEKSI M BAKRI.

Patih, Lagu Saloma, Jelingan Matamu, sila lihat thread di segment Saloma.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by admin on Apr 14, 2007, 12:27am

Yudhie, terimakasih kerana informasi tersebut.

Patih, thx for the notice.. dah repair.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Apr 15, 2007, 2:31am


Ramai cendiakawan dan pengkritik filem menyifatkan Filem 6 Jahanam dan Laxsmana Do Re Mi dikatakan adalah dua karya terburuk P.Ramlee. Mereka juga menyifatkan P.Ramlee sudah ketandusan idea ketika itu. Betul ke? ::)

[image]

Diatas adalah cover VCD 6 Jahanam yang masih dijual dipasaran sebagai rujukan peminat P.Ramlee yang belum memiliki VCDnya. ;D



Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Apr 15, 2007, 4:56pm


Quote:
Yudhie, terimakasih kerana informasi tersebut.

Patih, thx for the notice.. dah repair.



..patut ler tak boleh stream hari tu.. judul lagunya salah.. hehe..




Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Apr 20, 2007, 9:04pm

Dari segmen KASSIM MASDOR

Quote:
Terima kasih Tunas kerana memuat-naikkan rakaman rancangan Melodi Emas Kassim Masdor.

Dalam temu ramahnya Kassim Masdor antara lain berkata: "Dia punya senikatapun .... Sudarmaji, Jamil Sulong, HM Rohaizad, Omar Rojik, Nordin Arshad, Zulkifli Ahmad. Tidak ada lain orang yang mencipta lirik untuk filem-filem Jalan Ampas. Kalau ada orang yang mengaku menulis lagu, orang luar menulis lagu, ataupun menulis senikata itu adalah orang yang tidak benar."

Kenyataan itu kurang tepat, kerana ada beberapa orang lagi penulis lirik untuk lagu filem keluaran Studio Jalan Ampas. Nama mereka ada tercatat sebagai penulis lirik pada credit title filem-filem keluaran tahun 50-an dan 60-an. Antara mereka ialah A. R. Tompel, S. Kadarisman, Shariff Rahman dan Kemat Hassan.

Tunas amat bersetuju dengan kata-kata Bro yudhie, S Kadrisman adalah salah seorang dari seniman yang ada menyumbangkan gurindam ataupun menulis senikata lagu terutamanya dalam filem-filem keluaran Shaw Brothers sekitar tahun awal 50-an.

Ada satu lagu yang tidak termasuk dan tidak disenaraikan dalam mana-mana hasil kajian tentang P.Ramlee, mungkin pihak yang mengkaji 'terlepas pandang' atau tidak menonton salah satu filem keluaran Shaw Brothers tahun 1954 iaitu Kechewa lakonan utama Yusoff Latif & Mariam. Filem Kechewa adalah salah satu dari beberapa filem MFP yang mana P.Ramlee tidak berlakon tetapi suaranya digunakan dan fakta ini juga tertinggal dari dimasukkan dalam hasil kajian mengenai P.Ramlee oleh banyak pihak termasuk Arkib Negara, Perpustakaan P.Ramlee mahupun FINAS.

Dalam Filem Kechewa, ada satu lagu khas yang digubah oleh P.Ramlee, di dalam credit title, dicatatkan tajuk lagu sebagai LAGU KOMIK digubah oleh P.Ramlee dengan iringan Orkestra MPF dan senikata (gurindam) lagu ditulis oleh S Kadarisman. Dalam filem, yang menyanyi adalah S Kadarisman menggunakan suara P.Ramlee manakala Aziz Sattar menggunakan suara S Kadarisman sendiri. Yang menarik dalam lagu ini ialah suara S Kadarisman berteriak suara TARZAN sampai terbatuk-batuk. Cuba dengan lagu ini baik-baik

Di zaman awal lakonan P.Ramlee, kita dapati beliau juga melakonkan watak komidi bersama bapa mertuanya D Haris. Tunas berpendapat lakonan D Haris juga amat berkesan dan bersahaja lakonannya seperti dalam filem Chinta, Anjuran Nasib dan Rayuan Sukma.

[image]
Foto P.Ramlee bersama D Haris, kelihatan dalam gambar juga ialah Yusof Banjar.
Re: P.Ramlee
Post by scintillating on Apr 23, 2007, 3:15pm

tunasharapan:
takder iras Yusof Banjar pun? are you sure?? kadang2 kita tak boleh rely 100% dengan captions kat dalam buku, kerana adakalanya captions tu tersilap kerana takder orang nak betulkan fakta.
Re: P.Ramlee
Post by saroja on Apr 23, 2007, 4:37pm

Assalamualaikom

Kalau tak salah, Yusof Banjar pernah belakon sebagai Penghulu Abdullah dalam filem Takdir Ilahi 1950. Agar tidak keliru, dalam filem tersebut seorang lagi Penghulu juga,, ia itu Penghulu Ismail lakonan Daeng Idris :)...

wassalam
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 27, 2007, 8:08pm

Selain dirakamkan semula oleh para penyanyi Malaysia dan Singapura, lagu-lagu P. Ramlee juga banyak dirakamkan semula oleh penyanyi-penyanyi Indonesia. Antaranya ialah Apabila Kau Tersenyum (P. Ramlee/HM Rohaizad) oleh Reen dan Azizah (versi filem Penarek Becha) (P. Ramlee/Jamil Sulong) oleh Eddy Silitonga.

Apabila Kau Tersenyum - Reen iringan Orkes Irama Special dbp Nick Mamahit (Nick Mamahit - piano, Bard Risakotta - drums dan Jim Espehana - bass).

Azizah - Eddy Silitonga

Sjaugi adalah seorang lagi penyanyi Indonesia yang pernah merakamkan lagu P. Ramlee. Selain Hujan di Tengah Hari, Sjaugi juga merakamkan semula lagu Kata Dari Kalbu (P. Ramlee/HM Rohaizad) (filem Merana) tapi dengan tajuk Juwita Pujaanku.

Juwita Pujaanku - Sjaugi iringan Orkes Melayu Irama Agung dbp S. Effendy
(dengan ihsan Tunasharapan)

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Apr 27, 2007, 10:57pm

Assalamualaikum, apa khabar semua, maaf sebab lama tak post lagu.

Antara lagu-lagu yang tunas link kan streaming di bawah adalah lagu-lagu yang dah 4 atau 5 kali tunas request dari Klasik Nasional tetapi tak disiarkan.

Seminggu lalu tunas ada terima sumbangan lagu-lagu dalam bentuk kaset. Kerana kesuntukan masa, satu atau dua dari lagu-lagu yang disumbangkan telah diconvertkan dalam format real media. Dan setelah sekian lama barulah pagi tadi satu dari permintaan tunas telah disiarkan dalam segmen Nostalgia, nyanyian P Ramlee - Zuraidah, satu lagu yang liriknya ditulis oleh Allahyarham H M Rohaizad yang kandungannya mengisahkan tentang kisah cinta penulis liriknya sendiri dengan seorang gadis Indonesia.

P.Ramlee - Asmara Datang Bersama Sang Bulan ( Duet Lena , Filem Istana Impian)

P.Ramlee - Hanya Angan-Angan ( Mutu Audio Kurang Memuaskan - Salah satu lagu yang dimuatkan dalam Album Airmata Di Kuala Lumpur)

P Ramlee - Patah Tumbuh Hilang Berganti ( Duet Saloma, Lagu Petikan Filem Empat Isteri - 1955)

P.Ramlee - Zuraidah

Gambar Foto Dibawah, kelihatan P.Ramlee memangku anaknya Nasir bersama Isteri pertama Junaidah dan Bapa Mertua, Daeng Haris bergambar bersama-sama rakan-rakan dan peminat di awal tahun 50-an
[image]

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Apr 28, 2007, 3:38am


Terima kasih yudhie dan tunas kerana menaikkan lagu-lagu tersebut. Terutamanya lagu Patah Tumbuh Hilang Berganti tu dah lama saya cari. 8-)

[image]

Diatas adalah imej tiga wanita popular yang pernah menjadi isteri P.Ramlee, iaitu Junaidah, Norizan dan Saloma. Nasib baik mereka tak jadi Madu Tiga macam dalam filem kan? ;D

Re: P.Ramlee
Post by bigboss on Apr 29, 2007, 5:09pm

terima kasih tunasharapan kerana uploadkan 4 buah lagu P.Ramlee di laman ni. saya ingin tau sama ada lagu2 nyanyian P.Ramlee seperti: Baidah, Gara Asmara dan Pantai Gurauan ada dalam simpanan anda tk? jika ada, harap anda boleh upload di sini. terima kasih.....
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Apr 29, 2007, 10:37pm

Sdr.Bigboss

Lagu Baidah dan Gara Asmara tunas ada dalam bentuk kaset (tidak original). Mungkin akan dinaikkan sedikit masa lagi. Manakala lagu Pantai Gurauan, versi asal nyanyian P.Ramlee tunas tak ada, dan memang mencarinya juga sejak dulu lagi. Tunas ada lagu Pantai Gurauan tu versi nyanyian Omar Aziz dalam bentuk CD kompilasi.

Sesiapa yang punyai atau ada menyimpan versi nyanyian P Ramlee lagu Pantai Gurauan harap dapat sumbangkan.
Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on May 2, 2007, 12:20pm

BUKU-BUKU & MAJALAH MENGENAI P.RAMLEE

Tunas senaraikan di sini semua buku serta majalah yang pernah dikeluarkan oleh pelbagai syarikat penerbitan sejak tahun 50-an hingga sekarang mengenai Seniman Agung P.Ramlee. Sesiapa yang ada menyimpan bahan-bahan yang tersenarai terutamanya buku atau majalah yang lama yang tidak lagi boleh didapati di pasaran harap dapat maklumkan bolehkan kita buat salinan dan edarkan kepada sesiapa yang mahu untuk tujuan kajian dsb.


Senandung Warisan
(Arkib Negara Malaysia. 2004)

[image]
Kandungan: 'Senandung Warisan' mengandungi 220 senikata lagu yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu lagu-lagu ciptaan P Ramlee, lagu-lagu ciptaan P Ramlee yang didendangkan oleh penyanyi lain dan lagu-lagu ciptaan orang lain tetapi dinyanyikan oleh P Ramlee. Buku ini juga memuatkan nota muzik untuk 94 lagu. Terdapat biografi sepuluh orang penggubah muzik dan pencipta lagu yang telah memberi sumbangan mereka kepada lagu-lagu P Ramlee iaitu Ahmad Jaafar, Ahmad Nawab, H M Rohaizad, Jamil Sulong, Kassim Masdor, Osman Ahmad, S Sudarmadji, Yusnor Ef, Yusuf B dan Zubir Said. Diharap penerbitan buku ini akan menjadi rujukan kepada para pelajar, peminat dan pencinta seni tanah air.

P.Ramlee Di Cakera Nusantara
(Terbitan Unimas 2004)

[image]
Kandungan:
1. P. Ramlee Seniman Ulung Negara - Ahmad Sarji Bin Abd Hamid
2. P. Ramlee dan Saya - Jamil Sulong
3. Perwatakan P. Ramlee: Perspektif Agama, Intelektual dan Moral - Abdullah Hussain
4. Mencari Batin Nasional P. Ramlee - Mahadi J. Murat
5. P. Ramlee Seniman Sepanjang Zaman - Jins Shamsuddin
6. P. Ramlee dalam Konteks Minda dan Psyche Orang Melayu -Johan Jaaffar
7. Dua Tokoh, Dua Naratif: Satu Ekspresi Kemiskinan - Awang Azman Awang Pawi dan Khor Chooi Lian
8. P. Ramlee di Kaca Mata Etnik India: Suatu Perbandingan - Uthaya Sangkar
9. P. Ramlee: Kenangan yang Tidak Mungkin Padam - Rahani Jamil
10. Analisis Kaedah Komedi Visual dalam Filem Arahan P. Ramlee - Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman dan Nur Afifah Vanitha Abdullah
11. Dr. Rusdi dan Jangan Tinggal Daku: Dekadensi Kesenimanan P. Ramlee - Abdul Wahab Hamzah
12. Layar Perak P. Ramlee: Menyuluh Kosmos Melayu Menyilau Atmos Global - Mohamed Zefri Ariff Mohammed Zain Ariff
13. Antara Dua Darjat Antara Dua Zaman - Shaharuddin Maaruf
14. Poster Filem P. Ramlee: Perbandingan Analisis Visual - Musdi Bin Haji Shanat
15. "Not Just a Movie" : The Historical Context of P. Ramlee and His Films - Timothy P. Bamard
16. Japan Meets Hollywood in the Films of P. Ramlee - Timothy R. White
17. The Trishaw Puller And The Neorealist Legacy - Jan Uhde
18. Transtextuality and Transmigration in Ibu Mertua-ku - Bill Van Der Heide
19. P. Ramlee dan Leonid Utesov: Parallels of Creativity - Polina Pogadaeva & Victor Pogadaev
20. Kepelbagaian Dalam Muzik P. Ramlee - Yusnor EF
21. Pemikiran Tradisi Melayu Dalam Lagu Ciptaan P. Ramlee - Ariff Ahmad
22. Getaran Jiwa: Analisis Melodi - Mohd Hafiz Askiak

P Ramlee - Seniman Agung Dunia Melayu
(Arkib Negara Malaysia. 2003)

[image]
Kandungan:Buku 'P Ramlee - Seniman Agung Dunia Melayu' merupakan himpunan 31 kertas kerja yang telah dibentangkan di dalam Simposium Karya Seni Seniman Agung P Ramlee pada 11 - 13 Jun 2002 bertempat di Hotel Place Of The Golden Horses, Kuala Lumpur. Ia terbahagi dalam empat bab: 1) Satu perjalanan hidup. 2) Satu penelitian. 3) Dari perspektif seorang kenalan, dan 4) Satu tinjauan serumpun.

Juga dimuatkan kertas kerja P Ramlee di Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 bertajuk 'Cara-cara Meninggikan Mutu Dan Memperkayakan Muzik Jenis Asli Dan Tradisional Malaysia Demi Kepentingan Negara'.

Diharap buku ini akan menjadi sumber rujukan yang bermanfaat kepada penyelidik dan orang awam yang ingin mengetahui secara mendalam tentang P Ramlee.

P Ramlee - The Bright Star
James Harding & Ahmad Sarji (Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. 2003)

[image]
Contents:
P Ramlee was the quintessential Malay entertainer par excellence, the Malay Noel Coward, it you like - actor, composer, singer, film-maker.

In his own lifetime, P Ramlee created a myth of what a boy unschooled in music and in the performing arts could attain. For the world, he became a symbol of the eternal genius of music, acting and directing.

Despite the heights and brilliance he had attained on the screen and in the music world, he remained a humble person. He has a luminous quality - a combination of brilliant acting, melodious singing, radiance - to set him apart, and yet make everyone wish to be like him.

Why another P Ramlee? One might just as well ask why there are so many volumes dedicated to Shakespeare or indeed, any pre-eminent figure in any given field. Despite the large number of accounts, there is always something new to be said about Chaplin or Shakespeare. The same is true for P Ramlee. This is an essential biography offering a wealth of information about P Ramlee, the man and his work. He is, after all, one of the glories of a cultural heritage which deserves to be far better known in Europe, and, indeed, throughout the whole world.

P Ramlee Yang Saya Kenal
Yusnor Ef (Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. 2000)

[image]
Kandungan:Seniman lagenda P Ramlee merupakan insan seni sejati yang banyak mencurahkan keringatnya melahirkan khazanah seni negara yang tidak terbilang nilainya. Keajaiban sentuhan seninya memartabatkan dia seorang tokoh seni serba boleh - penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarah terbilang yang tidak mungkin dicari-ganti. Namun P Ramlee juga manusia biasa seperti kita, bak kata Jins Shamsudin, "P Ramlee adalah manusia biasa yang luar biasa". Layar hidupnya turut bersauhkan semangat jati dan keimanan menongkah arus kehidupan yang ada masanya tenang dan kadangkala bergelora.

Buku ini menyorot kisah dan pengalaman peribadi Yusnor Ef sebagai seorang murid didikan seniman P Ramlee. Setiap kisah menjiwai keinsanan manusia bernama P Ramlee yang turut merasai tangis tawa, sedih hiba dan perasaan yang sama dirasai setiap insan. Ia membawa kita melihat P Ramlee yang ada dalam setiap diri kita.

Buku ini karya pengamatan peribadi buat bacaan segenap lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi penuntut institusi pengajian tinggi, khususnya dalam bidang muzik dan perfileman. Ia juga bahan kajian dan rujukan kisah hidup P Ramlee yang menceritakan "Siapakah P Ramlee itu sebenarnya, bukan dari sudut muzik dan filem, tetapi P Ramlee yang dikenali sebagai guru, sahabat, teman dan penghibur".

'P Ramlee Yang Saya Kenal' memuatkan cerita-cerita iktibar dan tauladan yang berunsur lucu, serius dan dakwah; di samping menyentuh cara pembentukan peribadi insan yang sabar, sensitif, tegas dan penyayang serta pembimbing dan pembantu

P Ramlee - Erti Yang Sakti
Ahmad Sarji Abdul Hamid (Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. 1999)

[image]
Kandungan: Sebuah ensiklopedia P Ramlee. Buku ini mengandungi fakta penglibatan P Ramlee dalam dunia seni dan latar belakang hidupnya sebelum berjaya mencipta nama sebagai seniman. Terdapat rujukan kepada lagu-lagu dan filem-filem yang telah dihasilkan. Juga menyentuh barisan penyanyi, pelakon, pengarah dan orang lain yang turut menyumbangkan bakat mereka kepada hasil karya P Ramlee.

P Ramlee - Legenda Yang Terus Hidup
Aimi Jarr (Variapop Group. 1999)

[image]
Buku ini diberi judul 'P Ramlee Legenda Yang Terus Hidup' kerana biarpun jasadnya tiada, tetapi dia masih terus dikenang.

Buku yang berbentuk majalah ini mempunyai isi dan teknik penerbitan untuk merangsangkan minat orang-orang membaca peristiwa atau kejadian-kejadian yang pernah dilalui oleh Seniman Agung kita. Sentuhan P Ramlee menerusi karya-karya seninya, seperti lagu-lagu dan filem-filem telah memperkayakan khazanah budaya bangsa.

Sebelum ini Aimi Jarr yang kenal rapat dengan P Ramlee telah menghasilkan buku 'P Ramlee Dari Kacamata Aimi Jarr' dalam tahun 1984 kerana terkumpulnya banyak bahan hasil daripada pergaulannya dengan P Ramlee yang belum diketahui ramai.

P Ramlee - Sepanjang Riwayatku
(Arkib Negara Malaysia. 1998)

[image]
Kandungan: Sempena 25 tahun pemergian P Ramlee maka Arkib Negara Malaysia ingin memaparkan sejarah hidup peribadinya menerusi buku bergambar 'Sepanjang Riwayatku'. Nama buku ini diambil dari judul sebuah lagu ciptaan dan nyanyiannya. Buku bergambar ini menampilkan gaya P Ramlee dalam kehidupan peribadinya seperti bersama keluarga, rakan, peminat, di dalam aktiviti-aktivi seni, hobi, peristiwa penerimaan anugerah, penulisan dan penerbitan serta detik kematiannya. Kandungan buku ini dibahagikan kepada lapan 'warna' (tajuk-tajuk) kehidupannya dan warna-warna kehidupan itu adalah dipilih dari judul filem-filem arahan dan lagu-lagu ciptaan serta nyanyiannya. Misalnya di bawah tajuk 'Simpulan Kaseh', sebuah lagu dalam 'Panggilan Pulau' (1954), mengandungi gambar-gambar peribadi P Ramlee bersama keluarga dan saudaranya


Kenangan Abadi P Ramlee
Ramli Ismail (Adhicipta Sdn Bhd. 1998)



Getaran - A P Ramlee Tribute. Songs from his movies
(Panggung Negara. 1998)

[image]
This book was issued on the occasion of the 'Konsert Getaran', a performance of P Ramlee songs by the National Symphony Orchestra and National Choir on 29 & 30 May 1998 at the Experiment Theatre in Kuala Lumpur.

The concert was organized by Panggung Negara (National Theatre) under the Ministry of Cultural, Arts and Tourism of Malaysia.

Contents of book include music sheet for piano arranged by Yazeed Djamin:
1. 'Getaran Jiwa'
2. 'Bila Mama Pakai Celana'
3. 'Bunga Melor'
4. 'Bujang Lapok'
5. 'Do Re Mi'
6. 'Engkau Laksana Bulan'
7. 'Jeritan Batinku'


Air Mata Di Kuala Lumpur. Lagu-lagu P Ramlee
Ahmad Sarji Abdul Hamid & Johari Salleh (Harvard Club Of Malaysia. 1996)


Gelora - Lagu-lagu Filem P Ramlee 1961 - 1972
Ahmad Sarji Abdul Hamid & Johari Salleh (Harvard Club Of Malaysia. 1995)

Kandungan: Buku ini dinamakan 'Gelora' iaitu mengambil sempena lagu yang dinyanyikan oleh P Ramlee dan Saloma dalam 'Seniman Bujang Lapok' (1961). Lagu itu amat diminati dari dahulu hingga sekarang. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam buku ini adalah yang dinyanyikan oleh P Ramlee dalam filem-filem Melayu antara tahun 1961 hingga 1972.

Nota muzik dan senikata lagu dalam buku ini disediakan oleh Johari Salleh

Seniman Agong P Ramlee
Ahmad Sarji Abdul Hamid (Harvard Club Of Malaysia. 1995)

[image]
Kandungan: Buku ini mengandungi bermacam gambar poster filem-filem lakonan P Ramlee, dan juga beberapa gambar yang menunjukkan beraneka aksi beliau, samada sedang berlakon, menyanyi mahupun sedang bergaya.

Tujuan Kelab Harvard di Malaysia menerbitkan koleksi gambar-gambar ini adalah untuk menyampaikan kehebatan P Ramlee sebagai seniman agung bagi mengabadikan ingatan untuk generasi akan datang.

Senandung Seniman Agung
Zakiah Hanum (Editor) (Berita Publishing Sdn Bhd. 1984, 1990)

[image]
Kandungan: 'Senandung Seniman Agung' mengandungi koleksi 208 lagu gubahan P Ramlee dari tahun 1946 hingga 1973. Lagu-lagu ini telah dikumpulkan oleh Arkib Negara Malaysia daripada pelbagai majalah, piring hitam dan juga buku-buku lagu keluaran P Ramlee sendiri. Tujuan penerbitan buku ini selain untuk mendapatkan derma bagi Tabung Pustaka Peringatan P Ramlee adalah juga untuk mengingati kembali lagu-lagu yang pada suatu masa dahulu begitu popular. Lagu-lagu ini juga dikumpul dan dibukukan istimewa untuk tatapan pencinta seni tanah air seluruhnya

Irama Lagu P Ramlee. Lagu-lagu Filem 1948 - 1960
Ahmad Sarji Abdul Hamid & Johari Salleh (Harvard Club Of Malaysia. 1994)

[image]
Kandungan: Buku 'lrama Lagu P Ramlee' mengandungi lagu-lagu yang dinyanyikan oleh P Ramlee dalam filem-filem Melayu antara tahun 1948 hingga 1960. Nota muzik dan senikata lagu dalam buku ini disediakan oleh Johari Salleh. Dengan terbitnya buku ini, Kelab Harvard di Malaysia berharap khazanah Seniman Agung P Ramlee akan kekal abadi untuk dihayati oleh generasi sekarang dan akan datang.

Manusia P Ramlee
Wan Hamzah Awang (Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd. 1993)

[image]
Kandungan(Ihsan Aliph): sebuah buku mengenai kisah P Ramlee bertajuk MANUSIA P RAMLEE yang ditulis oleh Wan Hamzah Awang.
3 page gambar˛ koleksi P Ramlee. antaranya :

1. gambar P Ramlee & Saloma sedang memancing
2. gambar P Ramlee & krew˛ filem Do Re Mi sedang berkelah
3. gambar P Ramlee sedang menyampaikan hadiah dalam perlawanan sepaktakraw di Jalan Ampas
4. gambar P Ramlee sedang mengubat pesakit (dikhabarkan P Ramlee juga berkebolehan sebagai bomoh, mewarisi ayahnya)
5. gambar Pawagam P Ramlee di Kuala Lumpur (saya tak pernah tengok lagi)

....dan banyak lagi lain˛ gambar.


P Ramlee Seniman Agung
Ahmad Idris (ABI) (Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 1986)


P Ramlee - Kisah Hidup Seniman Agong
Abdullah Hussain (Penerbitan Pena Sdn Bhd. Revised 1984)


P Ramlee Dari Kacamata Aimi Jarr
Aimi Jarr (Pustaka Romjarr. 1984)


P Ramlee AMN - Pujaan Nusantara
Kalam Hamidy (Percetakan Bendahara. 1973)

Gagak Di Rimba
Abdullah Hussain (1966)

Album P Ramlee
Mustafa Ton (circa 1960s)


Kisah Hidup P Ramlee
Abdullah Hussain (circa 1950s)


Majalah Seni 1970
[image]

Mustika Filem 1967
[image]

Mustika Filem 1966
[image]

Kalau Kacha Menjadi Intan 1960
[image]

Irama P.Ramlee (Penerbitan P.Ramlee)
[image]

Lagu-Lagu P.Ramlee 1960
[image]

Ada lagikah yang tertinggal ?.....

Wassalam


Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on May 4, 2007, 1:55am

Dalam Filem Dajal Suci, P Ramlee diundang oleh pengarah Dhiresh Ghosh; tampil menyanyikn lagu Kisah Mahjung. Lagu-lagu dalam filem ini digubah oleh P.Ramlee.

Mengikut Pak Yusnor Ef, P.Ramlee mulanya berhasrat untuk mengarah filem ini dengan Tajuk "Syaitan Ke Syurga". Ketika menyiapkan skrip filem ini dengan dibantu oleh Yusnor Ef, Dhiresh Ghosh yang ketika itu baru berpindah dari MFP ke Studio Merdeka setelah diambil alih (dibeli) oleh Shaw Brothers, berminat untuk mengarahkan filem itu dan ditukar tajuknya kepada "Dajal Suci"

[image]

[image]
P Ramlee dalam Filem Dajal Suci sebagai pelakon undangan menyanyikan lagu Kisah Mahjung.

Tunas naikkan di sini lagu Kisah Mahjung versi rakaman Piring Hitam (cd).

P.Ramlee - Kisah Mahjung ( Dajal Suci)

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on May 4, 2007, 10:18am

Kalau kalian amati kembali gambar P. Ramlee sedang menyanyi lagu Kisah Mahjong tu, setting kelab malam tu sama dengan filem Masam Masam Manis, tempat Sharifah Hanim (menggunakan suara Saloma) menyanyi lagu-lagu Perwira, Apa Guna Berjanji dan Hilang Terang Timbul Gelap. Filem Dajal Suci dan Masam Masam Manis kedua-duanya terbitan 1965 dari Studio Merdeka. Agaknya studio tu nak jimatkan kos barangkali?

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on May 4, 2007, 3:41pm

Ghaz, rumah Nyonya Mansor dalam Ibu Mertua-ku juga digunakan untuk penggambaran beberapa filem lain. Dalam filem Madu Tiga rumah itu menjadi rumah Hasnah, isteri kedua Jamil. Dalam filem Neracha rumah itu menjadi rumah Murni Sarawak (kalau tak silap) dan dalam filem Masharakat Pinchang rumah yang terletak di tepi laut itu menjadi lokasi Junainah menyanyikan lagu Dendang Asmara. Dalam rancangan Gemilang Filem Melayu yang disiarkan beberapa tahun lalu, rumah itu dikatakan sudah dijadikan kindergarten.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on May 5, 2007, 12:22am

Terima kasih Bro Yudhie atas maklumat mengenai Rumah yang digunakan dalam filem Ibu Mertuaku.

Itu kisah pasal rumah yang digunakan untuk shooting dalam filem. Bagaimana pula dengan kereta Dodge Pioneer yang digunakan oleh Sabariah dalam filem Ibu Mertuaku. Tunas ada terbaca satu kisah - Dalam tahun 1962 ketika cerita Ibu Mertuaku masih lagi ditayangkan di pawagam-pawagam di Singapura dan Tanah Melayu ( ketika itu), UMNO Pulau Pinang ada menganjurkan satu pesta funfair di Negeri Pulau Mutiara itu. P.Ramlee bersama kumpulan musiknya telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam persembahan di funfair tersebut. Khabarnya P.Ramlee telah lewat tiba dan kebetulan beliau memandu sendiri kereta Dodge Pioneer itu dari Singapura ke Pulau Pinang.

Bila naik ke pentas persembahan P.Ramlee telah berkata, "Maafkan saya kerana terlambat, saya sepatutnya sampai lebih awal lagi tetapi saya terpaksa bergaduh dengan mak Sabariah, 'ibu mertua aku' kerana nak pinjam kereta dia. Kalau nak tengok kereta tu, pergi lah di luar". Kereta itu dipark oleh P.Ramlee di Lorong Kulit, berhampiran dengan tepat berlangsungnya funfair tersebut.

Kata-kata tersebut telah menyebabkan para penonton ketawa tak kering gusi.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on May 5, 2007, 12:35am

Kali pertama Tunas menonton cerita Alibaba Bujang Lapok ialah sewaktu berumur 15 tahun.

Sejak itu tunas selalu tertanya-tanya di dalam hati mengapa tajuk filem tu ada "Bujang Lapok" tidak Alibaba dan 40 Penyamun. Setelah mengkaji dan membaca beberapa bahan bacaan lama barulah tunas tahu bahawa versi asal filem tu di permulaan cerita mengisahkan 3 Bujang Lapok tu - iaitu P.Ramlee, Sudin dan Aziz Sattar bermimpi; Sudin dan Aziz bermimpi menjadi adik beradik Kassim Baba dan Ali Baba, P.Ramlee menjadi ketua penyamun. Namun scene asal ini tidak pernah kita lihat dalam filem Alibaba Bujang Lapok sejak dari dulu lagi. Mungkin versi asal yang tidak dibuang boleh diperolehi dari Shaw Organisation.

P.Ramlee sebagai Chief/Ketua Penyamun dalam Alibaba Bujang Lapuk.
[image]

[image]

Salah satu lagu dalam filem Alibaba Bujang Lapok yang menggamit nostalgia Tunas ialah Hoi Ya Hoi. Lagu ni telah digunakan oleh teman-teman tunas untuk menyerang OC-OC ( pelajar-pelajar senior ) sewaktu kami kena ragging di kampus ITM pertengahan tahun 80-an dulu.

P.Ramlee dan suara ramai - Hoi Ya Hoi.


Wassalam.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on May 5, 2007, 8:07am

Tajuk penuh lagu yang Tunas naikkan tu ialah Hoi Hoi Ya Hoi (Lagu Penyamun). Kalau Tunas beli kaset bersiri lagu-lagu P. Ramlee keluaran Mutiara/Warna terbitan anaknya Nasir, Tunas boleh jumpa lagu ini. Bagus juga kalau Tunas dapat miliki kaset ini, sebab banyak lagu dalam siri tu tak pernah dikeluarkan semula oleh EMI.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on May 6, 2007, 2:39am


Ghaz, tunas... kebetulan cerita pasal lagu Hoi Ya Hoi (Lagu Penyamun) tu, saya uploadkan poster filem Ali Baba Bujang Lapok tu kat sini untuk peminat P.Ramlee semua ;D

[image]

Lagu tersebut sering berkumandang kat KNL selepas Berita, tapi liriknya berunsur patriotik.
Kelakar pulak bila mendengar lagu Penyamun jadi lagu patriotik. ::)

Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on May 7, 2007, 7:57am

Antara album kompilasi P. Ramlee yang terakhir, dengan gambar arwah yang diambil oleh Majalah URTV sempena Pesta Filem Asia 1973 di Singapura, sekitar dua minggu sebelum arwah meninggal dunia.

Kalau diamati wajahnya dalam gambar tu, matanya berkaca-kaca, seolah-olah arwah menangis dalam hati, tapi masih mampu mengukir senyuman terakhir buat peminatnya ........

[image]

P. RAMLEE - AZIZAH (EMI/Regal, 1973)

Azizah (P. Ramlee)
Satay (P. Ramlee)
*Joget Malaysia (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
Bulan Mengambang (Ahmad C.B.)
*Enjit Enjit Semut (Tradisional/Ainol Jamal)
*Di Mana Suara Burung Kenari (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
*Zapin Malaysia (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
**Ketipang Payung (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
Pura Cendana (P. Ramlee)
* Burung Punggok (Yusof B./S. Sudarmaji)
Entah Di Mana (P. Ramlee/A.R. Tompel)
Gambus Jodoh (P. Ramlee/S. Sudarmaji)

* Duet dengan Saloma
** Duet dengan Noormadiah

PENGHORMATAN PADA P. RAMLEE A.M.N. - INSTRUMENTAL
(CBS, 1983)

[image]

Azizah/Getaran Jiwa/Ibu/Tiada Kata Secantik Bahasa
/Anakku Sazali/Hamidah/Joget Pahang
/Menceceh Bujang Lapok/Gelora/Bujang Idaman

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on May 8, 2007, 10:00am

[image]

Filem Ahmad Albab merupakan sebuah filem menarik dan dikategorikan sebagai hasil/karya P.Ramlee yang berjaya di Merdeka Studio saya kira. Lagu-lagu dalam filem ini juga menarik. 8-)

Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on May 12, 2007, 10:44pm


Quote:
Kalau diamati wajahnya dalam gambar tu, matanya berkaca-kaca, seolah-olah arwah menangis dalam hati, tapi masih mampu mengukir senyuman terakhir buat peminatnya ........

[image]

P. RAMLEE - AZIZAH (EMI/Regal, 1973)

Azizah (P. Ramlee)
Satay (P. Ramlee)
*Joget Malaysia (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
Bulan Mengambang (Ahmad C.B.)
*Enjit Enjit Semut (Tradisional/Ainol Jamal)
*Di Mana Suara Burung Kenari (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
*Zapin Malaysia (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
**Ketipang Payung (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
Pura Cendana (P. Ramlee)
* Burung Punggok (Yusof B./S. Sudarmaji)
Entah Di Mana (P. Ramlee/A.R. Tompel)
Gambus Jodoh (P. Ramlee/S. Sudarmaji)

* Duet dengan Saloma
** Duet dengan Noormadiah

..ini ler album cover P Ramlee yang patih tercari cari sekian lama.. memang Allahyarham kelihatan senyum dalam tangisan.. bergenang airmatanya..

..Ghaz lupa nak paparkan gambar belakang album tu ke?.. kalau tak silap gambar hitam putih Allahyarham semasa muda..

Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on May 13, 2007, 12:18am


Poster Madu Tiga buat peminat P.Ramlee semua ;D

[image]
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on May 14, 2007, 6:30am

Patih,

Saya dah lihat gambar belakang sampul LP P. Ramlee tu, memang sama macam di depannya. Mungkin LP yang Patih maksudkan tu tajuknya Airmata Di Kuala Lumpur rakaman Saloma - yang ini banyak gambar-gambar flashback masa arwah muda, sekali dengan keratan akhbar pada hari kematiannya.

Effendi,

EP soundtrack filem Madu Tiga turut memaparkan gambar yang sama dalam poster tu, tapi dalam versi warna.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by khys on May 15, 2007, 11:07pm

inilah gambar cover vcd yg tersalah cetak. filem Menyerah bukan lakonan P. Ramlee, manakala filem Nasib lakonan P. Ramlee pula tidak diletakkan namanya, jadi mungkin pengumpul vcd P. Ramlee tidak tahu atau tidak sedar filem Nasib tu adalah lakonan P. Ramlee (walaupun watak kecil saja)

[image]

[image]
Re: P.Ramlee
Post by khys on May 15, 2007, 11:35pm

filem-filem baru selepas ketiadaan P. Ramlee juga turut menampilkan karya beliau, sama ada sebagai penyanyi atau pencipta lagu. setakat ini 'penglibatan' P. Ramlee dalam filem-filem baru belum dikumpulkan secara lengkap. antara yang sempat saya catatkan ialah:

- Tuah (1989) - ciptaan P. Ramlee lagu Berkorban Apa Saja nyanyian Jamal Abdillah
- Cikgu Romantik (1993) - nyanyian P. Ramlee lagu Azizah
- Imigran (1993) - nyanyian P. Ramlee lagu Menceceh Bujang Lapok & Getaran Jiwa
- Panggilan Pulau (1994) - banyak lagu-lagu ciptaan P. Ramlee
- Anaknya Sazali (2000) - ciptaan P. Ramlee lagu Anakku Sazali
- Spinning Gasing (2001) - ciptaan P. Ramlee lagu Kisah Rumahtangga
- Diari Romeo (2003) - terdapat sedutan lakonan P. Ramlee daripada filem Antara Dua Darjat
- Rabun (2003) - nyanyian P. Ramlee lagu Getaran Jiwa, dan ciptaan P. Ramlee lagu Nak Dara Rindu nyanyian M. Rajoli
- Tak Ori, Tapi OK (2005) - ciptaan P. Ramlee lagu Nak Dara Rindu, dan terdapat sedutan lakonan P. Ramlee daripada filem Ibu Mertuaku
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on May 15, 2007, 11:45pm

Ada lagi Khys - drama bersiri Bong di TV3 ada lagu Chik Chik Boom nyanyian Saloma ciptaan P. Ramlee - asalnya dari filem Saudagar Minyak Urat (1959).

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on May 19, 2007, 10:32am


Quote:
Selain dirakamkan semula oleh para penyanyi Malaysia dan Singapura, lagu-lagu P. Ramlee juga banyak dirakamkan semula oleh penyanyi-penyanyi Indonesia. Antaranya ialah Apabila Kau Tersenyum (P. Ramlee/HM Rohaizad) oleh Reen dan Azizah (versi filem Penarek Becha) (P. Ramlee/Jamil Sulong) oleh Eddy Silitonga.

Apabila Kau Tersenyum - Reen iringan Orkes Irama Special dbp Nick Mamahit (Nick Mamahit - piano, Bard Risakotta - drums dan Jim Espehana - bass).

Rekod Apabila Kau Tersenjum - Reen & Irama Special dbp Nick Mamahit
[image]

Nama P. Ramlee sebagai pencipta lagu dan HM Rohaizad sebagai penulis lirik tidak dicatat. Yang ada hanyalah N.N. yang bermakna Nomen Nescio atau No Name.
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on May 23, 2007, 12:00am


Quote:
Antara album kompilasi P. Ramlee yang terakhir, dengan gambar arwah yang diambil oleh Majalah URTV sempena Pesta Filem Asia 1973 di Singapura, sekitar dua minggu sebelum arwah meninggal dunia.

Kalau diamati wajahnya dalam gambar tu, matanya berkaca-kaca, seolah-olah arwah menangis dalam hati, tapi masih mampu mengukir senyuman terakhir buat peminatnya ........

Ghaz, KL


Ghaz:

Pada sampul buku Dendang P.Ramlee, Ekslusif 100 Lagu-Lagu Pilehan ini juga adalah gambar dari klik kamera pada hari yang sama sepertimana di cover LP yang anda naikkan tu kut. 8-)

[image]

Buku yang hanya mengandungi lirik lagu-lagu Allahyarham ini adalah susunan Helmy Halim dan diterbitkan oleh Penerbitan Knight, KL. Harganya RM 1.00 jer masa tu. Tapi ditulis $1.00 kelakar kan? Ramai benar orang buat duit dengan nama arwah Seniman Agung ni. >:(


Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on May 25, 2007, 8:11am

Rekod di bawah ini adalah rakaman suara P. Ramlee untuk filem Aloha (1950) - tak pasti sama ada untuk dirinya sendiri ataupun untuk pelakon Osman Gumanti.

[image]

Penawar Hati/Gadis Dan Teruna

(kedua-duanya ciptaan Osman Ahmad)

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on May 25, 2007, 11:54pm


Ini imej LP Airmata Di Kuala Lumpur yang dikeluarkan oleh EMI setelah Allahyarham P.Ramlee meninggal dunia. Saya kena scan dua kali dan cantumkan gambar tersebut kerana scanner saya tak muat untuk scan sekaligus LP ni. ::)

[image]

Muka Satu : Airmata Di Kuala Lumpur, Anakku Sazali, Jeritan batinku, jangan Tinggal Daku dan Dimana kan Kucari Ganti.
Muka Dua : Duet P.Ramlee & Saloma: Uda Dan Dara, Hanya Angan-Angan, Ku Kehilangan Kanda, Nasibnya Manusia dan Gelora.

Di belakang sampul album dipaparkan keratan akhbar mengenai kematian beliau. :'(

[image]

Terdapat juga gambar-gambar Allahyarham dan Saloma dan semasa jenazahnya di sembahyang dan diusung untuk pengkebumikan. Sampul album ini dibuat istimewa kerana bahagian dalam boleh dibuka untuk melihat paparan imej-imej tersebut. 8-)


Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on May 26, 2007, 9:44am

Kalau dalam versi kaset gambar keratan akhbar tu tak ada langsung, sebaliknya sekadar disenaraikan lagu-lagu di dalamnya.

Nampaknya muka P. Ramlee dalam keratan akhbar tu sedikit sembab - mungkin arwah sendiri tak sedar yang dia ada penyakit berat. Wajahnya diselaputi keletihan setelah pulang dari Pesta Filem di Singapura tahun itu.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by bigboss on May 27, 2007, 10:50am

pagi tadi di klasik nasional, ada menyiarkan lagu Ku Rindu Padamu (Versi Piring Hitam) dari filem Masam2 Manis dalam segmen Nostalgia. tapi saya dapat mendengar separuh dari lagu tersebut.

Jika ada sesiapa ada merakamkan lagu tersebut, bolehkah upload di laman web ini? TERIMA KASIH........... :)
Re: P.Ramlee
Post by scintillating on May 31, 2007, 12:47pm

baru tadi saya membeli buku terbaru mengenai P. Ramlee iaitu yang ditulis oleh anaknya sendiri Nasir. buku tu bertajuk "Bapaku P. Ramlee" diterbitkan oleh MPH Publishing dan berharga RM 24.90 senaskhah. saya rasa tidak ada masalah mendapatkan buku ni boleh kerana boleh didapati di toko2 buku yang terkemuka sekitar KL. setahu saya segala impression Nasir mengenai bapanya tidak pernah dibukukan secara sistematik, jadi buku ini menjadi suatu addition yang berharga kepada existing literature ataupun tulisan yang sedia ada mengenai seniman ini. tapi oleh kerana ianya ditulis oleh seorang yang rapat dengan seniman ini, maka kita tidak dapat lari dari elemen bias dan kita mungkin tidak mendapat suatu gambaran yang objektif mengenai seniman agung ini. saya harap bacalah sendiri dan buatlah pendapat masing2.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jun 1, 2007, 12:35am

T/Kasih scintillating.

Semalam dan hari ini memang ada artikel di Berita Harian dan Harian Metro mengenai pelancaran buku tersebut.

Oleh kerana anda telah memiliki buku tersebut, boleh tak sdr, scintillating berikan alamat MPH Publishing ( alamat dan contact number), tunas nak tanya nama-nama kedai atau agen di Kota Bharu di mana buku tu boleh dibeli. Mungkin buku tu belum lagi diedarkan ke negeri-negeri pantai timur.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by scintillating on Jun 1, 2007, 8:44am

tunasharapan,
berbanyak maaf tapi buku tu takder dgn i hari nie, jadi tak bolehlah nak kasi alamat MPH. mungkin u boleh buat search kat google ke. tapi i dah habis baca buku tu semalam. nipis sahaja dalam 100+ mukasurat dan oleh sebab kebanyakan isinya berunsur cerita dan banyak benda yang kita dah tahu, senang dibaca,dalam sejam boleh habis buku tu.
saya rasa kedai2 buku yang agak tersohor sikit di KB mungkin akan memesan buku tersebut sebab buku berkenaan P. Ramlee boleh laris dijual,tambahan pula harganya tidaklah mahal sangat.
cubalah u tanyakan kedai2 buku yang besar sikit kat KB...:)
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jun 7, 2007, 12:40am

P. Ramlee dengan Pancha Irama Orchestra dbp Jose Daroya - Parlophone DPE 8001 (1955)

1. Zoraidah (dengan ihsan tunasharapan)
2. Gara Asmara

Piring hitam ini memulakan siri DPE yang diteruskan sehingga awal tahun 70-an. Antara penyanyi yang membuat rakaman di bawah siri DPE (Parlophone) selain P. Ramlee ialah Salmah Ismail (Saloma), Abdullah Chik, Zainab Majid, Razak Majid, Maria Menado, Zainal Alam, Ahmad CB, M. Bakri, Fazidah Joned, Fatimah Huri, Alina Rahman, MY Maznah, Ahmad Daud, R. Ismail dan Ahmad Jais.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Jun 7, 2007, 7:09am

Bila wujudnya rekod single (SP) yang memuatkan dua lagu, EMI masih terus menggunakan siri DPE untuk label Parlophone naungannya.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Jun 11, 2007, 8:59am

Dua hari lepas dalam slot MKI di Klasik nasional FM ada permintaan untuk versi piring hitam lagu Ku Rindu Padamu (asalnya dari filem Masam Masam Manis) nyanyian P. Ramlee.
Selain itu, ada juga sedutan lagu tema filem Tiga Abdul, juga versi piring hitam nyanyian Saloma.

Ada tak di kalangan kalian yang merakamkannya? Sebelum ini, saya hanya sempat dengar versi filem saja untuk lagu-lagu ini.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by aliph on Jun 16, 2007, 10:06am

Sebetulnya saya tak tau nak post persoalan ni kat topik mana. tapi memandangkan ianya ada kene mengena dengan filem P Ramlee, maka saya tanya kat sini aje la ye.

Sapa˛ tau sapa nama pelakon ni??

[image]
yang memegang watak sebagai posmen (tukan posto) tu. adakah orangnya sama dengan yang memegang watak orang mabuk dalam Keluarga 69 ni

[image]

dan adakah orang yang sama dalam filem Ragam P Ramlee (segmen Mintak Nombor Ekor) sebagai Tok Bomoh ni
[image]

harap ada yang sudi menjawapnya. sekadar ingin tahu....heh heh!!

Re: P.Ramlee
Post by aliph on Jun 16, 2007, 10:13am

ini ada lagi.....

[image]

siapa nama pelakon ni? saya capture dalam filem Anak Bapak. watak orang tua pekerja diladang Datok Mahfiz yang juga merupakan datok kepada Cik Halimah (Roseyatimah). Dalam filem˛ P Ramlee diStudio Merdeka Hulu Klang beliau memang kerapkali muncul. Antara yang saya ingat filem Nasib Do Re Mi yang membawakan watak Datok Jin Hercules.

dan satu lagi.......

[image]
juga saya capture dalam filem Anak Bapak. siapa yang pegang watak sebagai office boy ni? sekali tengok pelakon ni macam Aimi Jarr pun ada
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Jun 17, 2007, 1:44am


Aliph imej office boy tu bukan Aimi Jarr tapi wajah Nassir P.Ramlee. Anda boleh bandingkan wajah tersebut dengan imej yang telah saya naikkan di thread NASSIR P.RAMLEE Reply #8 imej dari filem Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh baru-baru ini. ;D


Re: P.Ramlee
Post by scintillating on Jun 18, 2007, 12:41pm

aliph,
yang jadi tok bomoh makyong tu Hashim Hamzah, memang org yg sama seperti yg anda sangkakan tu.
yang jadi Hercules tu saya ingat Noor Jin kot. saya tak tau dgn pasti tapi cuba lihat komen saya dalam thread Maria Menado mengenai pelakon2 extra yang kurang dikenali. dalam filem Keluarga 69 pun dia ada,jadi Kadhi. tapi yang pasti bukan Ahmad Dadida atau Shariff Baboo. dari cara percakapannya, saya rasa orang Utara,either Kedah atau Pulau Pinang. kalau diperhatikan, orang Utara ni,lebih menonjol bakat lawak dia. itu pasal dlm filem2 P. Ramlee, yang jadi pelawak semua orang Utara belaka eg. M. Zain, Ahmad Nesfu, Ahmad Dadida, Idris Hashim, Shariff Baboo. except for Ahmad Dadida, yang lain tu semuanya orang Penang.


Re: P.Ramlee
Post by scintillating on Jun 18, 2007, 12:43pm

maaf, maksud saya, except for Ahmad Dadida, yang lain tu semuanya saya pasti orang Penang. Ahmad Dadida asal dari mana,saya tak pasti pulak. mungkin orang Penang jugak.
Re: P.Ramlee
Post by md0u on Jun 20, 2007, 12:32am

1, Tahun berapakah lagu "Dendang Perantau" versi 50an dirakamkan? Tolong beri tahu nombor rekodnya serta lagu di sebelahnya.
Terimakasih.

Re: P.Ramlee
Post by uswah89 on Jun 21, 2007, 11:15pm

Gugurnya Sebutir Bintang

Ketika di pagi
Syawal menjelma
Lahirlah seorang
Insan yang biasa
Akhirnya
Jadi seniman dipuja

Bertahun usaha
Menempah nama
Semarak seninya
Serata negara
Bintang diberi
Tandanya berjasa

MUSIC
Semua peminat
Seni budaya
Hilanglah kini
Seniman bangsa

Ketika jasadmu
Dikebumikan
Bertitis air mata
Yang ditinggalkan
Kembali sudah
Engkau kepadaNya.

Lagu: Ahmad Daud (Dato')
Lirik: Yusnor Ef

Apabila mendengar lagu ini, saya sangat berasa sedih dan terharu. Terkenangkan balik segala jasa2 dan sumbangan P. Ramlee yang tak ternilai. Macam mana insan biasa sebegini boleh menjadi luar biasa? Memang tiada lagi insan seperti P. Ramlee sekarang ini. Memang tempat P. Ramlee tiada yang dapat menggantikannya.

Lagu ini saya dengar melalui vcd Kisah Hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. Vcd ini asalnya dari dokumentari tentang kisah hidup P. Ramlee yang pernah disiarkan ASTRO pada suatu ketika dulu. Kalau tak silap saya tahun 1999.


Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Jun 22, 2007, 7:32am

Lagu Gugurnya Sebutir Bintang itu dicipta oleh Ahmad Daud sendiri dalam pesawat ketika arwah pulang semula ke Singapura sejurus selepas menghadiri pengkebumian P. Ramlee. Senikatanya ditulis oleh Yusnor Ef, yang sama-sama pulang bersama arwah dalam pesawat yang sama.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Jun 25, 2007, 3:08pm

Masa saya mendengar rancangan MKI dengan temuramah bersama Wan Chik Daud petang tadi, beliau mengatakan tahun lakonan filem Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi seperti yang ditulis dalam buku-buku dan akhbar sebenarnya silap - bukan tahun 1966.

Menurut Wan Chik Daud yang turut berlakon dalam kedua-dua filem ini, filem Do Re Mi terbitan 1961, manakala Nasib Do Re Mi terbitan 1962. Katanya lagi, P. Ramlee berhijrah ke Studio Merdeka pada 1960, bukannya 1964. Wan Chik Daud mengingat tarikh-tarikh ini berdasarkan jumlah anak yang dilahirkannya pada tahun-tahun itu.

Kalau ada di kalangan kalian yang mendengar temuramah ini, mungkin boleh pastikan semula fakta di atas.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by scintillating on Jun 25, 2007, 4:18pm

obviously mistaken. kalau tgk Nasib Do Re Mi, ada scene malam pesta muda-mudi yang ditonjolkan beberapa kugiran. rasa saya fenomena kugiran dan lagu berentak pop yeh yeh ini muncul selepas 1965 dan selepas Beatles telah meninggalkan suatu kesan mendalam dalam sejarah muzik moden. oleh itu,tahun 1966 lebih logik untuk Nasib Do Re Mi berbanding 1962.
mungkin kalau kita baca Bapaku P. Ramlee yang ditulis oleh Nasir anak beliau sendiri kita dapatkan pastikan yang tarikh P. Ramlee berhijrah ialah 1964 dan bukannya 1960. ini kerana Nasir sendiri turut terlibat dalam perpindahan ini.





Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jun 25, 2007, 8:06pm

Laman web Shaw Online mencatatkan bahawa P. Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur selepas mengarahkan filem Tiga Abdul. Antara lain dicatatkan: "In 1963, Singapore became part of Malaysia. That same year, P. Ramlee made his last film at Jalan Ampas - Tiga Abdul ....... and then he went to Merdeka Studios in Kuala Lumpur."

Majallah Filem bilangan 22 Tahun Kedua - Januari 1962 pada halaman 6 dan 7 menyenaraikan filem-filem yang diterbitkan oleh Studio Malay Film Productions, Singapura dan Studio Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1961. Mengikut majalah itu pada tahun 1961 P. Ramlee masih mengarahkan filem di MFP Singapura. Dua filem arahannya pada tahun itu ialah Ali Baba Bujang Lapok yang mula diedarkan pada Februari 1961 dan Seniman Bujang Lapok (mula diedarkan pada Mei 1961). Studio Merdeka pula hanya mengeluarkan dua filem pada tahun 1961 - Tun Tijah (mula diedarkan pada Jun 1961) dan Abu Nawas (September 1961).

Buku "Kaca Permata - Memoir Seorang Pengarah" tulisan Jamil Sulong KMN, AMN (DBP 1990) juga mencatatkan bahawa P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1964 (muka surat 244).
Pada muka surat 244 dan 245 disenaraikan tajuk 18 buah filem arahan P. Ramlee ketika bertugas di studio Merdeka. Filem kelima - Do Re Mi dan filem keenam - Nasib Do Re Mi kedua-duanya diterbitkan pada 1966.

Buku "Suria Kencana - Biografi Jins Shamsudin" tulisan Mohd Zamberi A. Malek (Penerbit UKM - 1998) pada muka surat 70 juga menyatakan bahawa P. Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur pada 1964.
Re: P.Ramlee
Post by tangkalhitam on Jul 8, 2007, 10:23pm

Saya pernah terbaca artikel mengenai ketidak puasan hati Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terhadap Syarikat Rakaman EMI pada saat-saat akhir hayat Allahyarham. Pada masa itu, Allahyarham beralih angin ke GUO (Great Union Organisations) dan mula berkarya di syarikat tersebut pula. kalau tak silap, orang yang bertanggungjawab mengenai perpindahan tersebut ialah Saudara Ramli Ismail (bekas suami Norlia Ramli/ bapa Rusdi Ramli) yang juga merupakan adik angkat Allahyarham. Pada masa itulah lahirnya lagu-lagu seperti "Bawah Rumpun Bambu" dsbnya.
Re: P.Ramlee
Post by menantimalamtiba on Jul 9, 2007, 1:18pm


Quote:
Saya pernah terbaca artikel mengenai ketidak puasan hati Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terhadap Syarikat Rakaman EMI pada saat-saat akhir hayat Allahyarham. Pada masa itu, Allahyarham beralih angin ke GUO (Great Union Organisations) dan mula berkarya di syarikat tersebut pula. kalau tak silap, orang yang bertanggungjawab mengenai perpindahan tersebut ialah Saudara Ramli Ismail (bekas suami Norlia Ramli/ bapa Rusdi Ramli) yang juga merupakan adik angkat Allahyarham. Pada masa itulah lahirnya lagu-lagu seperti "Bawah Rumpun Bambu" dsbnya.


Pertama sekali, maaf di atas campuran bahasa yang akan digunakan di bawah. Menurut sumber dalaman, instead of letting him compose new songs for the company (EMI), EMI recycled his old materials; that's why we heard the early 70s versions of his songs released in the market. Antaranya:
Dari Masa Hingga Masa dan Kasih Ibu (Sharifah Aini)
Tunggu Sekejap dan Tiada Kata Secantik Bahasa (Rafeah Buang)
Tari Tualang Tiga (Sanisah Huri)
Azizah (Ahmad Jais)
Rindu Hatiku Tak Terkira (M. Sani)
.........dan beberapa bintang-bintang EMI pd masa itu....rasanya ramai yg dah obscure. Cuma Anita Sarawak dan Sarena Hashim saja yg tak pernah recycle lagu2 P. Ramlee (tolong betulkan klu saya dpt salah fakta). Mengikut kontrak EMI pd masa itu, yg diketuai oleh some Mr McDonald, klu recycle, P. Ramlee takkan dpt rolayti penuh, just maybe 20-30% aje. Sapa yg tak bengang???????????????? Lagu2 baru ciptaan dia (pd masa tu) semua ditolak dgn alasan tak up-to-date! Masa tu kan zaman lagu2 saduran........dan lagu2 pop Melayu sentuhan Kassim Masdor.
Dia ada juga mengajak Saloma berpindah ke GUO, tapi Saloma keberatan kerana GUO co kecil and local, sedangkan EMI adalah satu nama gah internationally. Sbb tu BAWAH RUMPUN BAMBU tak jd dirakamkan oleh Saloma dan diberikan ke Mimi Loma. FYI, Saloma pun hanya merakamkan lagu2 recycle pd masa itu dan bukannya ciptaan baru; salah satunya ialah Aslirama, yg cover imagenya ada di dlm thread SALOMA......cr lah klu rajin. IMHO, EMI masa tu mmg cekik darah! Well, they are still (psl tak nak release the whole P. Ramlee and Saloma back catalogue............balik2 lagu itu jugak yg dimarket!....lagu2 Sarena Hashim yg banyak sedap dan popular tu pun nak bagi beku dlm storage).
Sesiapa yg ada info lain boleh contribute. Thanks.
P/S Surfing this forum is more fun than porn. Honest speaking!
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Sept 8, 2007, 1:29am

Lagu P. Ramlee dari filem Takdir Ilahi dan Kanchan Tirana- Direnjis-renjis Dipilis nyanyian dan permainan gitar oleh Raymond Crooke yang berasal dari Melbourne, Australia tetapi sekarang bertugas sebagai guru di Hong Kong. Sebuah lagi lagu P. Ramlee nyanyiannya di Youtube ialah Getaran Jiwa.

http://www.youtube.com/watch?v=84MfzWupQ10&mode=related&research=

Catatan Raymond Crooke tentang lagu Direnjis-renjis Dipilis pada "Raymond's Folk Song Page":
I first heard this song many years ago on a 78 record, and was intrigued by it, long before I knew anything about Malaysia. I tried to copy down the words from the record, but it was not until the coming of the Internet that I was able to get the actual Malay words.
Re: P.Ramlee
Post by jazzdjoe on Sept 8, 2007, 3:39pm

salam menantimalamtiba,

Anita Sarawak pernah merakamkan lagu P.Ramlee 'Jeritan batinku' pada tahun 70an.

Kalau nama kompeni besar mestilah besar cekik darahnya...hehehe. Apakah mungkin sebab kecekikan darah mereka Kassim masdor sendiri cabut dan ke Senada? Begitu juga dengan sanisah dan rafeah buang yanga begitu tersohor ketika itu...hmm


Jazzdjoe
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Sept 8, 2007, 10:31pm


Ada korang terima email ini tak, jika tak der saja saya paparkan kat sini untuk suka-suka. ;D

utk pngetahuan kita suma..!!!!!!!!

Siapa tak kenal P Ramlee? Dia pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip, etc.

Dia Seniman Agung.

Semua orang tahu itu.

Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik beradik?

Tiga daripadanya adalah artis.

Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang
pakar sejarah.

Berikut adalah nama adik-beradiknya:

A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee, F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K
Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee, O Ramlee, P Ramlee , Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee,
V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z.Ramlee.

Yang sempat merakamkan album dan jadi artis adalah:
A Ramlee, L Ramlee, M Ramlee dan P Ramlee .

Beliau juga ada 3 saudara pupu. di mana dua dripada mereka bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip. Manakala seorang terlibat dalam bidang perniagaan..
iaitu Ramli Burger. ::)

Re: P.Ramlee
Post by rozasakuan on Sept 11, 2007, 9:40am

Wah dahsyat sungguh pakar sejarah tersebut kerana berjaya membongkar sejarah seni negara yang tidak diketahui oleh sesetengah pihak. Ha..Ha.. lawak-lawak...?

Ini kena ambil tahu ni...hi..hi..hi..
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Sept 11, 2007, 10:26am

Saya pun selalu juga dapat e-mail yang begitu - buat suspen aje ... He!He!He!

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Sept 16, 2007, 11:04pm

Rekod "Twist Malaysia" - P. Ramlee dengan P. Ramlee Orkestra - Parlophone DPE 8178 (awal 1965)
[image]

1. Twist Malaysia (P. Ramlee AMN-S. Sudarmaji)
2. Jangan Chemburu (P. Ramlee AMN-S. Sudarmaji)
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Sept 16, 2007, 11:41pm

EP P. Ramlee - Parlophone EGEP 628 (1967)
[image]
[image]
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Sept 17, 2007, 10:30am

Terima kasih Yudhie - saya ada nampak rekod P. Ramlee tu dalam iklan EMI di akhbar Berita Harian sekitar 1967.

Lagu Terbang Burung Terbang dalam rekod tu kemudian digunakan untuk filem Anak Bapak setahun kemudian - cuma muzik awalnya ada sedikit berbeza dengan versi rekod, tapi nyanyiannya sama.

Yang ini pula ialah sebuah LP kompilasi dari EMI di mana P. Ramlee seolah-seolah menjadi hos sebuah konsert.

[image]

KENANGAN MUZIKARAMA - PERTAMA KALI PERTUNJUKAN PENTAS
[EMI/Regal]

Chok Chok Kendong - Mike Ibrahim
Ingin Berkenalan/Teruna Jiran Tetangga - Sarena Hashim
Mengapa - S. Rossley
Malam Minggu - Sanisah Huri
Di Mana - Sugiman Jahuri
Love Story (Where Do I Begin) - Frankie Cheah & Sugiman Jahuri
Freedom - Straydogs
Hidup - Clique Fantastique
Hasrat Bertanya Hati Memuja - Sharifah Aini
Tahun Sedih Bagiku - Sanisah Huri
How To Get It Together - X'Periment
My Name Is The Wind - Frankie Cheah
Hatiku Kau Curi/Pesan Orang Tua - Rafeah Buang
Assalamualaikum - P. Ramlee & Saloma

Juruacara: P. Ramlee

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Sept 20, 2007, 9:25pm

Salah satu lagu nyanyian P Ramlee yang sedang tunas cari dan tak pernah kedengaran disiarkan di Klasik Nasional ialah Inikah Suratan Hidup yang mana versi asal (OST) adalah petikan filem Puteri Gunung Banang yang dinyanyikan oleh Aziz Jaafar meminjamkan suaranya kepada Ahmad Mahmud, pelakon utama filem tersebut.

Tunas naikkan di sini versi rakaman piring hitam nyanyian P Ramlee yang mana mutu audionya kurang baik sumbangan dari member forum ni juga. Besarlah harapan jika kiranya ada member-member lain di forum ini yang ada menyimpan lagu ini yang mutu audionya lebih baik

Inikah Suratan Hidup - P Ramlee

Cuba bandingan versi OST nyanyian Aziz Jaafar di segmen Aziz Jaafar.

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Sept 23, 2007, 5:30pm

Gambar rekod asal lagu Gunong Payong. Mengikut catatan pada rekod ini lagu Gunong Payong dicipta oleh O. Ahmad (Osman Ahmad) dan liriknya oleh Sudarmadji. Namun begitu banyak rakaman dan tulisan yang diterbitkan selepas P. Ramlee kembali ke rahmatullah mencatatkan lagu Gunong Payong sebagai ciptaan P. Ramlee.
[image]

Gambar rekod lagu Resam Rindu yang lebih sering disebut sebagai Resam Dunia.
[image]

Imej rekod lagu Sri Bunian
[image]

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Sept 24, 2007, 9:23pm

Terima kasih Bro Yudhie atas paparan gambar-gambar EP/LP tersebut.

Tunas ada terjumpa gambar rekod vnyl Jenaka Terakhir P.Ramlee bersama Jamali Shadat & Hamid Gurka. Tak pernah terdengar pulak siaran jenaka P.Ramlee bersama AK Jailani, Jamali Shadat dan Hamid Gurka. Tunas rasa rekod ni dijual di laman ebay dari Singapura. Adakah teman-teman dari MN yg pernah mendengar jenaka tersebut ?

[image]

[image]

[image]

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by imi on Sept 24, 2007, 9:57pm

Saya tak pernah mendengar siaran jenaka tersebut, saya pernah menonton sebuah rancangan bersiri RTM pada tahun 1975 yang berjudul SAJ singkatan nama Saloma, Ahmad Daud dan Jamali Shadat, rancangan bercorak muzikal dan sketsa jenaka.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Sept 25, 2007, 12:27am

Assalamualaikum , Selamat Pagi buat semua teman-teman di Forum MN.

Beberapa bulan lepas tunas sedang berusaha untuk membina satu web khusus mengenai info dan koleksi lagu-lagu p.ramlee. Kerana tersangat sibuk, laman tu kadang-kadang tergendala.

Buat sementara waktu ( dalam rancangan nak melanggan ruang berbayar dengan TM Malaysia ) tunas naikkan dulu laman tu di geocities.

[image]

Kemaskini Laman Web P.Ramlee

Wassalam.
Re: P.Ramlee
Post by jazzdjoe on Sept 27, 2007, 1:51pm


Quote:
Terima kasih Yudhie - saya ada nampak rekod P. Ramlee tu dalam iklan EMI di akhbar Berita Harian sekitar 1967.

Lagu Terbang Burung Terbang dalam rekod tu kemudian digunakan untuk filem Anak Bapak setahun kemudian - cuma muzik awalnya ada sedikit berbeza dengan versi rekod, tapi nyanyiannya sama.

Yang ini pula ialah sebuah LP kompilasi dari EMI di mana P. Ramlee seolah-seolah menjadi hos sebuah konsert.

[image]

KENANGAN MUZIKARAMA - PERTAMA KALI PERTUNJUKAN PENTAS
[EMI/Regal]

Chok Chok Kendong - Mike Ibrahim
Ingin Berkenalan/Teruna Jiran Tetangga - Sarena Hashim
Mengapa - S. Rossley
Malam Minggu - Sanisah Huri
Di Mana - Sugiman Jahuri
Love Story (Where Do I Begin) - Frankie Cheah & Sugiman Jahuri
Freedom - Straydogs
Hidup - Clique Fantastique
Hasrat Bertanya Hati Memuja - Sharifah Aini
Tahun Sedih Bagiku - Sanisah Huri
How To Get It Together - X'Periment
My Name Is The Wind - Frankie Cheah
Hatiku Kau Curi/Pesan Orang Tua - Rafeah Buang
Assalamualaikum - P. Ramlee & Saloma

Juruacara: P. Ramlee

Ghaz, KL


Interesting..apakah itu kepunyaan anda? Sharelah lagu-lagunya. nak juga dengar live recordingnya.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Sept 27, 2007, 2:46pm

Bukan saya punya, Jazz ... saya kebas-turun dari laman e-Bay ... He!He!He!

Kalau tak silap, salah seorang DJ Nasional FM (kini Klasik Nasional FM) pernah memutarkan sebahagian dari LP ini - ada suara P. Ramlee sebagai pengacara diikuti dengan lagu Malam Minggu persembahan Sanisah Huri.

Kata DJ itu, "Selalunya kita mendengar P. Ramlee menyanyi atau menonton lakonannya - kali ini kita dengarkan pula bagaimana beliau mengacara pula."

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by admin on Sept 27, 2007, 5:12pm

Dulu abang/kakak hamlau ada beli rekod ni selain dari puluhan yang lain.. tapi biasalah.. dulu kita tak tahu menilai rekod2 lama ni.. bila dah start revolusi kaset/cd maka semua rekod2 lama jual pada karung guni.. pasal sudah tiada playernya.
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Sept 29, 2007, 8:51am

..alahai.. sedehnya cerita hamlau.. apa boleh buat.. barang yang lepas jangan dikenang.. kelak nanti merana jiwa..

..macam lagu P Ramlee jugak ler.. kalau lah kaca menjadi intan.. kaya ler keling botol..

Re: P.Ramlee
Post by zulqassem on Sept 29, 2007, 10:29am

Petikan dari filem "Aloha"

[image]

Ada sesiapa boleh tolong? Siapa nama pelakon yang disebelah P Ramlee itu?
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Sept 29, 2007, 3:14pm

Zul, kalau tak silap pelakon itu bernama Roseminah.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Sept 29, 2007, 11:20pm


Quote:
Dulu abang/kakak hamlau ada beli rekod ni selain dari puluhan yang lain.. tapi biasalah.. dulu kita tak tahu menilai rekod2 lama ni.. bila dah start revolusi kaset/cd maka semua rekod2 lama jual pada karung guni.. pasal sudah tiada playernya.


Mat Karung Guni tu Mat Sentul ke, Hamlau? Nak kena kejar tu, jangan sampai terlepas .... He!He!He!

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by miraks on Oct 1, 2007, 10:08pm

album jamali shadat dengan p ramlee tu saya pun tak ada
saya pernah bertanya dengan anak jamali di taman johan setia, klang tapi dia kat bapak dia pun tak ada simpan
kalau tidak bolehlah pinjam
Re: P.Ramlee
Post by admin on Oct 2, 2007, 9:36am


Quote:

Quote:
Dulu abang/kakak hamlau ada beli rekod ni selain dari puluhan yang lain.. tapi biasalah.. dulu kita tak tahu menilai rekod2 lama ni.. bila dah start revolusi kaset/cd maka semua rekod2 lama jual pada karung guni.. pasal sudah tiada playernya.


Mat Karung Guni tu Mat Sentul ke, Hamlau? Nak kena kejar tu, jangan sampai terlepas .... He!He!He!

Ghaz, KL


Hehe Ghaz, agaknya apek Karang guni tu pun tak tiada lagi.. di mana agaknya rekod2 tu semua sekarang.. agaknya yang di atas tu asalnya dari simpanan kakak hamlau dulu.. hehe tapi nak kena banyak belanja kalau nak kejar balik semua rekod2 lama tu..
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Oct 4, 2007, 2:36pm

[image]

Lagu-lagu dari filem Masam-Masam Manis (1965) duet oleh P. Ramlee & Saloma:

Saat Yang Bahagia (P. Ramlee/Ainul Jamal)
Dalam Air Terbayang Wajah (P. Ramlee/Ainul Jamal)

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by md0u on Oct 4, 2007, 9:59pm

Lagu "Jenaka Bangsawan" nyanyian L Ramlee tu siapa penyanyi asalnya? P Ramleekah?

Re: P.Ramlee
Post by y10 on Oct 8, 2007, 3:01pm

Assamualaikum, dan salam sejahtera. Ini adalah posting pertam saya kesini. Kalau ada silap dan salah, tolong maafkan :)

Saya sudah baca hampir kesemua mesej dalam topik ini, dan saya tabik spring kepada mereka yang benar-benar rapat dan mengenali P. Ramlee ini. Saya mengenali P. Ramlee dari lagu dan muzik beliau, dan kagum dengan muzik dan cara beliau menyanyi, memang versatile.

Disini saya ingin kongsikan apa yang tahu mengenai P. Ramlee.
Seorang kenalan saya, yang pernah masuk tilawah AlQuran di Kelantan, pernah memberitahu saya yang rahsia nyanyian P. Ramlee berhubung kait dengan bacaan Al Quran. Dia buat demo dengan menyanyikan lagu-lagu dengan "dengung/ideram" yang sama semasa membaca AlQuran. Wah! betul, kalau anda dengar betul-betul lagu-lagu P.Ramlee, anda akan sedar betapa jelasnya sebutan setiap perkataan dan kesinambungan yang lancar dalam lagunya. Jadi saya ingin tahu adakah lirik-lirik lagu P.Ramlee ditulis dalam Jawi ataupun Rumi ? Sebab saya pernah terlihat lirik lagu beliau dalan Jawi, dari akhbar.

Akhir sekali, pada suatu ketika dahulu, saya pernah terdengar lagu "Itulah Sayang" dan "Bulan dan juga Angin" yang disiarkan di radio. Versi ini berbeza dari versi filem-filem. Saya meminta jasa baik saudara/saudari dapat kongsikan lagu-lagu tersebut. Dah lama saya mencari...
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Oct 8, 2007, 3:37pm

Wa'alaikumsalam y10. Salam perkenalan dari saya.

Terima kasih kerana berkongsi teknik yang dipakai P. Ramlee untuk nyanyiannya.

Satu lagi teknik nyanyian yang diambil dari cara membaca al-Quran oleh qari/qariah ialah dengan meletakkan sebelah jari telunjuk ke lubang telinga, manakala jari-jari lain memegang cuping telinga itu juga. Kata ayah saya (yang juga seorang qari), kumpulan Bee Gees (dari UK) banyak menggunakan cara ini, yang dikatakan boleh membantu memanjangkan nafas.

Seingat saya, lagu Bulan Dan Juga Angin sudah di-CD-kan oleh EMI. Anda boleh dapatkannya dalam album kompilasi arwah bertajuk Ali Baba Rock. Sampul CD ni dibuat seolah-olah berbentuk sampul surat, dan dihiasi dengan setem berwajahkan P. Ramlee memakai tarbus (macam dalam filem Tiga Abdul tu).

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Oct 8, 2007, 3:38pm


Quote:
Lagu "Jenaka Bangsawan" nyanyian L Ramlee tu siapa penyanyi asalnya? P Ramleekah?


Tak pasti pula md0u, tapi saya ada simpan versi A. Ramlie.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by effendimiharja on Oct 8, 2007, 10:07pm


Quote:
Assamualaikum, dan salam sejahtera. Ini adalah posting pertam saya kesini. Kalau ada silap dan salah, tolong maafkan :)

Saya sudah baca hampir kesemua mesej dalam topik ini, dan saya tabik spring kepada mereka yang benar-benar rapat dan mengenali P. Ramlee ini. Saya mengenali P. Ramlee dari lagu dan muzik beliau, dan kagum dengan muzik dan cara beliau menyanyi, memang versatile.

Disini saya ingin kongsikan apa yang tahu mengenai P. Ramlee.
Seorang kenalan saya, yang pernah masuk tilawah AlQuran di Kelantan, pernah memberitahu saya yang rahsia nyanyian P. Ramlee berhubung kait dengan bacaan Al Quran. Dia buat demo dengan menyanyikan lagu-lagu dengan "dengung/ideram" yang sama semasa membaca AlQuran. Wah! betul, kalau anda dengar betul-betul lagu-lagu P.Ramlee, anda akan sedar betapa jelasnya sebutan setiap perkataan dan kesinambungan yang lancar dalam lagunya. Jadi saya ingin tahu adakah lirik-lirik lagu P.Ramlee ditulis dalam Jawi ataupun Rumi ? Sebab saya pernah terlihat lirik lagu beliau dalan Jawi, dari akhbar.

Akhir sekali, pada suatu ketika dahulu, saya pernah terdengar lagu "Itulah Sayang" dan "Bulan dan juga Angin" yang disiarkan di radio. Versi ini berbeza dari versi filem-filem. Saya meminta jasa baik saudara/saudari dapat kongsikan lagu-lagu tersebut. Dah lama saya mencari...


Salam kenal y10. Kedua-dua lagu tersebut ada dalam Persembahan Ilham Pujangga Normadiah Bahagian 1. KLIK DISINI untuk mendengarnya. ;D

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 9, 2007, 9:19pm

Ada pengunjung yang meminta Lagu Kalau Jodoh Tak Ke Mana petikan dari filem Anak Bapak dalam bentuk mp3.

Supaya lain-lain pengunjung dapat sama-sama berkongsi lagu tersebut, bersama satu lagi lagu yang dipetik dari filem yang sama - Keroncong Kuala Lumpur; Tunas naikkan kedua-dua lagu tersebut dalam format mp3 ke mediafire untuk dimuat turun oleh yang meminta. Lagu Keroncong Kuala Lumpur pernah tunas naikkan streaming lagu ni dalam format .wma di masa lalu.

DOWNLOAD: P.Ramlee & Saloma - Kalau Jodoh Tak Ke Mana

DOWNLOAD: P. Ramlee - Keroncong Kuala Lumpur

Kedua-dua lagu di atas tidak dirakamkan oleh P.Ramlee ke piring hitam. Lagu Kalau Jodoh Tak Ke Mana dalam Filem Anak Bapak, P.Ramlee menggunakan suara sendiri manakala Saloma meminjamkan suaranya kepada Seniwati Roseyatimah.

Sementara lagu Keroncong Kuala Lumpur pula dirakamkan semula oleh Saloma ke piring hitam dengan tajuk Kenangan Abadi ( lirik S Sudarmaji). Tunas tak ada lagu tu dalam simpanan. Rasanya Jazz ada lagu tu, boleh tolong naikkan di sini tak Jazz?

Wassalam.
Re: P.Ramlee
Post by y10 on Oct 16, 2007, 2:30am

Terima kasih untuk link tempoh hari. Satu lagi yang saya ingin tahu. Dalam filem "Anakku Sazali", pada scene, nyayian P.Ramlee lagu "Tiada Kata Secantek Bahasa" dalam pada pring hitam, adakah rekod/pring hitam lagu tersebut benar-benar wujud? Saya lebih menyukai dendangan lagu tersebut dalam filem tersebut berbanding dengan dari dendangan dalam kaset-kaset yang ada.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Oct 24, 2007, 11:13pm

[image]
Di Zaman Remaja, P.Ramlee bersama dengan sahabatnya Ali Ahmad Sulaiman, bekas Pegawai Pertanian Kuala Kedah (kiri) dan Ibrahim Zain (kanan) bekas Guru Besar Sekolah Abdullah Munshi.

P.Ramlee - Di Renjis-Renjis Di Pilis
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 25, 2007, 8:42pm

[image]

Pelakon filem Ibu Mertuaku
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 7, 2007, 3:04pm

[image]


Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 7, 2007, 3:05pm

[image]
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Nov 7, 2007, 8:07pm

Antara lagu-lagu P.Ramlee & Saloma yang telah tunas convertkan ke format MP3 dan telah dinaikkan ke savefile.com. Sebahagian besarnya adalah dari format ram yang telah disimpanstreaming dalam web:-

www.geocities.com/lagenda_pramlee_saloma/

Tambahan kpd senarai yang tiada di laman tersebut ialah Lagu Sikit Kasi Banyak Minta dan Penawar Hati ( duet Lena)

http://www.savefile.com/projects/808469593

Wassalam.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 16, 2007, 12:49am

[image]

Dalam LP "Questing" kumpulan The Quests turut merakamkan lagu ciptaan P. Ramlee - Yang Mana Satu (Idaman Kalbu) secara instrumental (trek 4).
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 16, 2007, 9:06am

[image]

Tulisan bertajuk "Irama dan Suara P. Ramlee Mendorong Wanita Jelita Mengarong Samudera Dari Eropah ka-Singapura" yang disiarkan dalam Majallah Filem bilangan 10 - Januari 1961.

[image]

Antara lain dicatatkan: Hasrat yang terpendam dalam hati dua orang perawan Inggeris, Miss Judith Osborne dan Miss Ina Crawford, akhir-nya terlaksana, bila mereka mengikuti Tuan L. Crawford datang ka-Singapura.

Mereka, sejak beberapa tahun yang lalu telah berniat untok menemui 'in person' biduan yang pernah menyebabkan mereka mengelamun di-alam rindu, bila mendengarkan suara-nya di-dalam beberapa irama Melayu saperti 'Hamidah', 'Ibu', dan banyak lagi irama2 sentimental.

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 30, 2007, 2:31pm

[image]

CD "Rayuan Ramlee" - Album II - (daripada LP Parlophone PMDE 307) - dibeli di Amcorp Mall.
Re: P.Ramlee
Post by admin on Dec 1, 2007, 1:33am

A gem from Bro Yudhie:

P. Ramlee - Apabila kau Tersenyum

Lagu ciptaan P. Ramlee dan lirik oleh H.M. Rohaizad. Orkes pengiring - Pancha Irama Orchestra pimpinan Jose Daroya. Rakaman: 1955. Terimakasih Bro Yudhie for the song and the info.

Versi Rien dari Kenangan Abadi Indonesia Jilid 14

Versi Aw Siew Peng dari Pop 70'an Jilid 11

PS: Wah! nampaknya Yudhie baru pulang dari beli belah/makan angin ke KL eh? apa lagi yang Bro Yudhie borong di sana?
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 1, 2007, 8:21am

Bro Hamlau, terima kasih kerana menaikkan lagu Apabila Kau Tersenyum.

Di KL adalah beli beberapa CD dan di Melaka beli beberapa rekod di Jonker Walk dan CD di Mahkota Parade.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 4, 2007, 11:39pm


Quote:
Gambar rekod asal lagu Gunong Payong. Mengikut catatan pada rekod ini lagu Gunong Payong dicipta oleh O. Ahmad (Osman Ahmad) dan liriknya oleh Sudarmadji. Namun begitu banyak rakaman dan tulisan yang diterbitkan selepas P. Ramlee kembali ke rahmatullah mencatatkan lagu Gunong Payong sebagai ciptaan P. Ramlee.
[image]


Gunung Payung (Osman Ahmad/S. Sudarmaji) - P. Ramlee & Saloma - http://www.mediafire.com/?6mjpb2jb1dj
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Dec 5, 2007, 7:13am


Quote:
Bro Hamlau, terima kasih kerana menaikkan lagu Apabila Kau Tersenyum.

Di KL adalah beli beberapa CD dan di Melaka beli beberapa rekod di Jonker Walk dan CD di Mahkota Parade.


Di Mahkota Parade pun ada jual rekod lama, ke Yudhie?

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 5, 2007, 8:40am

Rekod tak ada Ghaz. Saya beli beberapa CD lagu lama saja. Di Jonker Walk masih ada beberapa kedai yang jual rekod. Di sebuah kedai tu EP lagu-lagu Melayu dijual RM50.00 sekeping, dan bila ditawar, harga yang terendah ialah RM35.00 sekeping. LP lagilah mahal. Tapi di kedai yang sebuah lagi tu harga LP lagu Melayu dari RM12.00 hingga RM50.00. Saya beli beberapa LP dengan harga RM10.00 satu.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 17, 2007, 8:46pm

Tak Seindah Bunga (P. Ramlee/S. Sudarmaji) - P. Ramlee & Saloma dgn A. Jaafar Orchestra - Parlophone DPE 8055 (1957) Filem: Pancha Delima (1957)

http://www.mediafire.com/?4blg9m3umpz
Re: P.Ramlee
Post by patihmaya on Dec 18, 2007, 10:47pm

..ribuan trima kasih buat Tuan Yudhie yang sangat bermurah hati untuk berkongsi akan satu lagi permata dari koleksi beliau..
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 19, 2007, 2:45pm

Patih, sebuah lagi lagu P. Ramlee - Berkorban Apa Saja (P. Ramlee/Jamil Sulong) - P. Ramlee dgn A. Jaafar Orchestra - Parlophone DPE 8035 Filem: Hang Tuah (1956)
http://www.mediafire.com/?3x2yeyt7imb

Menerusi filem Hang Tuah, P. Ramlee memenangi hadiah "Golden Harvest" kerana muzik latar belakang terbaik, dalam Pesta Filem Asia di Hong Kong pada Jun 1956.

Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Dec 24, 2007, 3:52pm

Album Mimi Loma yang mengandungi lagu terakhir ciptaan P. Ramlee iaitu Bawah Rumpun Bambu. Ia diedarkan kira-kira seminggu selepas arwah meninggal dunia.

[image]

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 27, 2007, 1:00pm

Streaming 21 Lagu Nyanyian P.Ramlee ( & Saloma) Bahagian 1.
Kualiti Bunyi memuaskan.

Azizah
Berkorban Apa Saja
Betapa Riangnya
Bila Mama Pakai Celana
Bulan Dan Juga Angin
Dengarlah Gemala Hati
Di Mana Suara Burung Kenari
Enjit-Enjit Semut
Entah Dimana
Gunung Payung
Kisah Rumah Tangga
Malam Bulan Dipagar Bintang
Manusia
Menceceh Bujang Lapok
Nak Dara Rindu
Rintihan Jiwaku
Senandung Malam
Tolong Kami
Tudung Periuk
Zapin Malaysia
Zuraidah

Klik Di Sini

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 28, 2007, 1:55am

[image]

Terang Bulan - Deddy Damhudi iringan Band 4 Nada pimpinan bersama (1974).

Sang Rambulan (Zubir Said) - P. Ramlee dalam filem Racun Dunia (awal 1950) (dengan ihsan Tunasharapan)
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 29, 2007, 12:17am

Brother Yudhie, terima kasih banyak atas sumbangan lagu Terang Bulan ( Deddy Damhudi) tu. :D
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 29, 2007, 12:22am

Koleksi Senandung Seniman Agung - Lagu-lagu Ciptaan P.Ramlee & Allahyarham Osman Ahmad, Nyanyian P.Ramlee, Lena, Saloma, Normadiah, Nona Asiah & Mmok Latif.

1. Aci Aci Buka Pintu
2. Alam
3. Apek Dan Marjina
4. Bersama
5. Bintang Sore
6. Selamat Berbahagia Wahai Kekasih
7. Makan Sireh Di Semerah Padi
8. Putus Kasih Di Semerah Padi
9. Jangan Adik Angan Angan
10. Joget Tari Melenggang
11. Joget Si Pinang Muda
12. Cik Cik Keboom
13. Itulah Sayang
14. Sungguh Malangnya Nasibku
15. Mengapakah Laguku
16. Mengapa Tak Berkawan
17. Penawar Hati
18. Mengapa Riang Ria
19. Terbuku Di Kalbu
20. Sejakku Bertemu Padamu
21. Baidah

BAHAGIAN 2 - KLIK DI SINI

Streaming berterusan dari lagu 1 hingga lagu 21. Link lagu individu dengan lirik seperti bahagian 1 belum disiapkan ( akan datang )

Wassalam.
Re: P.Ramlee
Post by aliph on Dec 31, 2007, 11:28am

heh heh!!! seakan˛ bermimpi saya Sabtu lepas bila dapat buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya selaku peminat seniman agung ini bilamana saya berpeluang menonton drama INTAN lakonan Allahyarham.

terimakasih teramat sangat dari saya buat bro Amat yang sudi mempertontonkannya kepada saya.

saya perturunkan disini sebahagian shot dari drama tersebut

[image]

[image]

[image]

[image]
watak kanak˛ yang ditengah tu dipegang oleh pelakon Ebby Saiful

[image]

[image]
watak polis yang dilakonkan oleh Allahyarham AR Tompel manakala watak taukeh kedai yang dilakonkan oleh Allahyarham Ahmad B

** gambar˛ ini diambil secara terus sewaktu tayangan, imejnya nampak kabur sedikit tetapi secara realitinya apa yang saya tengok kuality gambar masih berkeadaan baik dan suaranya juga jelas. memang bro Amat jaga sungguh semua koleksi˛ rare sebegini
Re: P.Ramlee
Post by aliph on Dec 31, 2007, 11:37am

ahaaa......... satu lagi koleksi rare species milik bro Amat.

[image]

[image]

[image]

[image]

siapa dikalangan kita disini pernah menonton interview secara eksklusif dengan Allahyarham P Ramlee & Saloma yang disiarkan oleh RTM sekitar tahun 1983 dulu? saya masih ingat dengan rancangan tersebut tetapi terlupa akan tajuknya (harap bro Amat dapat memberikan tajuknya)

selain P Ramlee & Saloma, ada beberapa individu lain yang turut ditemubual seperti Allahyarhamah Norizan, cikgu Yusnor Eff, Allahyarham Hamzah Hussein dan ramai lagi kenalan rapat P Ramlee.

saya percaya ramai lagi peminat˛ P Ramlee & Saloma yang menggeletek nak tengok dokumentari khas ini...heh heh!!



Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Dec 31, 2007, 11:23pm

Saya suka ungkapan keratan akhbar pada tajuk INTAN tu - "Diamond Is Not Man's Best Friend". Gambar pelakon wanita tu ialah Fazliyaton. Selepas drama Intan ni, P. Ramlee kembali ke Studio Merdeka untuk membuat filem Dr. Rushdi di tahun itu juga - 1970.

Nampaknya Saloma dah tembam sikit waktu itu. Agaknya gambar P. Ramlee tu diambil sekitar seminggu dua sebelum kematiannya, nampak wajahnya agak sembab. Spek hitam P. Ramlee tu yang saya suka, memang bentuknya popular di zaman 1970an.

Aliph ada tengok drama Rantau Selamat tak? P. Ramlee hanya muncul di siri pertama dan ketiga saja. Lepas siri drama ini, arwah membuat filem Laksamana Do Re Mi di tahun yang sama - 1972. Khabarnya drama ni ada banyak siri, tapi hanya tiga siri disiarkan dalam TV.

Saya ada terbaca yang P. Ramlee ada merungut pada sidang akhbar tentang lakonannya di TV. Katanya, "Apa murah sangat ke nilai kami orang filem sampai kena berlakon di TV saja?"

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by pechot on Jan 1, 2008, 7:19pm

Askum nak tanya...adakah lagu "Adat Lama Jangan Dilupakan" nyanyian Sharifah Aini & M Sani juga aslanya nyanyian P Ramlee & Saloma (atau Noormadiah??)?
Re: P.Ramlee
Post by miraks on Jan 1, 2008, 8:31pm

tapi ahmad nawab cipta lagu itu
pastinya utk m sni dan s aini
tak tahu ada versi asal
Re: P.Ramlee
Post by admin on Jan 2, 2008, 7:08am

Adat Lama Jangan Dilupa
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 2, 2008, 10:40pm

[image]

Saat Yang Bahagia
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 2, 2008, 10:47pm

[image]
Gambar poskad

[image]
Catatan di belakang poskad
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 5, 2008, 1:03am

Kepada Bro Yudhie, berbanyak trima kasih di atas sumbangan dan kemurahan hati berkongsi gambar-gambar bintang Studio Jalan Ampas termasuk P Ramlee, Sarimah, Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar, Saadiah dll - gambar poskad yang berkualiti... :D
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 5, 2008, 1:22am

Bro Yudhie, kalau ada gambar yg berwarna dan sharp macam tu, sudi-sudilah berkongsi lagi--- kalau boleh biarlah besar sikit saiznya.

Kepada yg meminati lagu-lagu P.Ramlee & Saloma, Panca Sitara I dan juga Normadiah, Asiah, Lena, Momok, Sutinah dan Rubiah yg berpadu suara dengan P Ramlee - sementara menantikan Bro Aliph menyiapkan tape-tape VHS yang dipesan, berhiburlah dulu dengan lagu-lagu P.Ramlee ( 147 lagu ) dalam bentuk streaming.

Untuk bahagian 1 dan bahagian 2, selain dari kemudahan untuk mendengar streaming berterusan, tunas dah asingkan setiap lagu secara individu yang boleh didengar bersama-sama dengar lirik sekali.

Untuk bahagian 3, bahagian 4, bahagian 5, bahagian 6 dan bahagian 7, cuma kemudahan mendengar streaming berterusan disediakan. Lagu individu dengan lirik belum disiapkan - nanti semua tu akan disiapkan seperti bahagian 1 dan bahagian 2 juga, InsyaAllah.

Setiap bahagian ada 21 lagu streaming. Lagu-lagu yang telah dinaikkan adalah seperti berikut:-

BAHAGIAN 1
Azizah
Berkorban Apa Saja
Betapa Riangnya
Bila Mama Pakai Celana
Bulan Dan Juga Angin
Dengarlah Gemala Hati
Di Mana Suara Burung Kenari
Enjit-Enjit Semut
Entah Dimana
Gunung Payung
Kisah Rumah Tangga
Malam Bulan Dipagar Bintang
Manusia
Menceceh Bujang Lapok
Nak Dara Rindu
Rintihan Jiwaku
Senandung Malam
Tolong Kami
Tudung Periuk
Zapin Malaysia
Zuraidah

BAHAGIAN 2
1. Aci Aci Buka Pintu
2. Alam
3. Apek Dan Marjina
4. Bersama
5. Bintang Sore
6. Selamat Berbahagia Wahai Kekasih
7. Makan Sireh Di Semerah Padi
8. Putus Kasih Di Semerah Padi
9. Jangan Adik Angan Angan
10. Joget Tari Melenggang
11. Joget Si Pinang Muda
12. Cik Cik Keboom
13. Itulah Sayang
14. Sungguh Malangnya Nasibku
15. Mengapakah Laguku
16. Mengapa Tak Berkawan
17. Penawar Hati
18. Mengapa Riang Ria
19. Terbuku Di Kalbu
20. Sejakku Bertemu Padamu
21. Baidah

BAHAGIAN 3
1. Di Mana Kan Ku Cari Ganti
2. Jangan Tinggal Daku
3. Jeritan Batinku
4. Yang Mana Satu Idaman Kalbu
5. Twist Malaysia
6. Tiada Kata Secantik Bahasa
7. Merak Kayangan
8. Tari Tualang Tiga
9. Taman Firdausi
10. Senandung Kasih
11. Sayu Pilu Kalbu Merana
12. Barang Yang Lepas Jangan Dikenang
13. Saat Yang Bahagia
14. Rindu Hatiku Rindu
15. Kuala Lumpur
16. Aduh Sayang
17. Intan
18. Rantau Selamat
19. Saputangan Tanda Kasih
20. Obat
21. Ilham Tiba

BAHAGIAN 4
1. Getaran Jiwa
2. Maafkan Kami
3. Pok-Pok Bujang Lapok
4. Ya Habibi Alibaba
5. Godaan ( Saloma, Filem Gadis Langkawi )
6. Semerah Padi
7. Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
8. Sabarudin Tukang Kasut
9. Sabar
10. Gelora
11. Rindu Hatiku Tidak Terkira
12. Rukun Islam
13. Seri Bulan
14. Bahagia
15. Di Pinggiran
16. Resam Rindu
17. Rantai Terlepas
18. Do Re Mi
19. Madahku ( Saloma, Filem Dajal Suci - Rakaman Pertama 1965)
20. Putus Sudah Kasih Sayang
21. Mabuk Kepayang

BAHAGIAN 5
1. Uda Dan Dara
2. Tidurlah Wahai Permaisuri
3. Tidurlah Wahai Sayang
4. Nasi Goreng
5. 1001 Malam
6. Gitar Berbunyi
7. Selamat Pengantin Baru
8. Puteri Bunian
9. Puteri Bersiram
10. Pukul Tiga Pagi
11. Merpati Dua Sejoli
12. Tiru Macam Saya
13. Mengapa Pilu Saja
14. Alangkah Indah Di Waktu Pagi
15. Alhamdulillah
16. Beginilah Nasib
17. Bunyi Gitar
18. Gadis Dan Teruna
19. Engkau Laksana Bulan
20. Dalam Air Terbayang Wajah
21. Hamidah

BAHAGIAN 6
1. Dendang Perantau
2. Sesudah Subuh
3. Sepanjang Riwayatku
4. Suara Takbir
5. Tak Seindah Bunga
6. Malam Ku Bermimpi
7. Tak Puas Mata Memandang
8. Sikit Kasi Banyak Minta
9. Burung Pungguk
10. Dewi Ilhamku
11. Dengarlah Rayuanku
12. Aneka Ragam
13. Sam Pek Eng Tai
14. Joget Pura Cendana
15. Dari Masa Hingga Masa
16. Mengapa Bintang Sembunyi
17. Kasih Ibu
18. Asmara Datang Bersama Sang Bulan
19. Alam Ditiup Bayu
20. Bayangan Wajahmu
21. Taman Puspawarna

BAHAGIAN 7
1. Bila
2. Senyap Dan Sunyi
3. Jangan Cemburu
4. Ting Tara Tilala
5. Senjakala
6. Bulan Mengambang
7. Semenjak Mata Bertentang
8. Sate
9. Pabila Malam Tiba
10. Nujum Pa' Belalang
11. Nasib Si Miskin
12. Mengapa Derita
13. Manusia Miskin Kaya
14. Madu Tiga
15. Aku Debuk
16. Aku Menangis
17. Dengar Ini Cerita
18. Bunga Melor
19. Berpedati
20. Kisah Mahjong
21. Budi Di Bawa Mati

Rangkaian koleksi lagu-lagu Senandung Seniman Agung ini adalah rantaian pautan dari LAMAN WEB INI yang telah dipindahkan dari laman geocities kerana di yahoo.geocities, limit bandwith terlalu kecil.

Sekian Wassalam




Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 5, 2008, 9:45pm

Tunas, kalau ada tak jadi masalah untuk berkongsi. Saiznya memang dikecilkan untuk menjimat ruang.


Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 5, 2008, 9:51pm

[image]

http://www.youtube.com/watch?v=d6lfKz70e3Q (Nusantaraku)
Ibu - Hetty Koes Endang
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 10, 2008, 12:50am

Salam sejahtera buat semua teman-teman di forum MN

Istimewa buat semua.

P.Ramlee - Qadhaan Tuhan Di YouTube

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 25, 2008, 10:10pm

[image]

Parlophone DPE 8167 (1964)

P. Ramlee dengan orkestra pim. P. Ramlee AMN - Madu Tiga (P. Ramlee-S. Sudarmaji) - Twist

Saloma dengan orkestra pim. P. Ramlee AMN - Selamat Pengantin Baru (P. Ramlee) - Twist
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 27, 2008, 8:07pm

Dua album P. Ramlee dalam koleksi kolektor kaset/rekod di Indonesia.
Re: P.Ramlee
Post by mikeramlie on Feb 11, 2008, 7:02am

Sekadar ingin tahu, pada sesiapa yg benar2 arif ttg Allahyarham P.Ramlee. Pernah atau tidak P.Ramlee bertemu muka dengan Allahyarham A.Ramlie ? Pernahkah mereka berkawan atau bernyanyi bersama ? Pernahkah P.Ramlee memberikan komen pada A.Ramlie ? Saya pernah mendengar perdebatan mengenai suara siapa yang lebih bagus, adakah P.Ramlee atau A.Ramlie ? Saya fikir pasti pernah dipersoalkan ttg suara siapa yang terbagus antara P.Ramlee dan A.Ramlie . Bolehkah sesiapa menjawabnya ? Terima kaseh.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Feb 12, 2008, 4:10pm

Tak pula diketahui sama ada P. Ramlee dan A. Ramlie pernah bertemu atau menyanyi bersama.

Tapi P. Ramlee pernah memberi komen umum yang muzik pop yeh yeh bukan muzik bermutu tinggi kerana tidak ditulis mengikut aturan not muzik yang sepatutnya, oleh itu lagu-lagu dari corak muzik sebegini rata-ratanya tak kekal lama di hati pendengar.

Namun begitu P. Ramlee terpaksa akur dengan kehendak peminat bila arwah merakamkan lagu-lagu rentak ini di penghujung kerjayanya dalam dunia seni suara.

Malah beliau ada menubuhkan kugiranya sendiri bernama The Veterans (pemain gitar utamanya ialah anak muridnya sendiri - komposer Kassim Masdor) untuk tujuan ini. Lagu raya Dendang Perantau (versi 60an) yang biasa kita dengar menjelang Aidilfitri dirakam dengan kugiran itu.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by shambulat on Feb 13, 2008, 8:03pm

P.Ramlee, A Ramlie dan L.Ramlee pernah mengadakan persembahan bersama .
Saya pernah melihat gambar mereka bertiga membuat persembahan di "Pameran Muzik Sepanjang Zaman" yang diadakan di Muzium Negara pada tahun 1984.
Mengikut cerita persembahan mereka diadakan di "Stadium Chin Woo" tetapi yang menyedihkan P.Ramlee telah di "boo" oleh penonton penonton yang hadir waktu itu.
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Feb 13, 2008, 11:02pm

Oh ya .... saya pun ada terbaca kisah ini juga dari salah satu laman tribute untuk P. Ramlee - sekarang dah tak ada lagi laman tu. Kalau tak silap Stadium Chin Woo terletak di Ipoh.

Kebetulan pula, ada sebuah syarikat rakaman (cetak rompak) ada menerbitkan album kompilasi bertajuk "Tiga Ramlee" mengandungi koleksi lagu-lagu dari ketiga-tiga penyanyi ini. Semuanya rentak 60an.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by shambulat on Feb 14, 2008, 10:41am

Stadium Chin Woo kat KL la bukan kat Ipoh , kat dengan Stadium Merdeka juga.
Untuk pengetahuan Sepatulapar pameran "Muzik Sepanjang Zaman" diadakan pada 1984
bukannya persembahan "Tiga Ramlee" diadakan pada 1984.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Feb 14, 2008, 10:20pm

Petikan imbas dari Majalah Filem Bilangan 35 Tahun 1963.

P.Ramlee & Saloma - Aci Aci Buka Pintu (Versi Rakaman)

[image]

[image]

[image]

Wassalam
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Mar 13, 2008, 5:34pm


Quote:
Selain dirakamkan semula oleh para penyanyi Malaysia dan Singapura, lagu-lagu P. Ramlee juga banyak dirakamkan semula oleh penyanyi-penyanyi Indonesia. Antaranya ialah Apabila Kau Tersenyum (P. Ramlee/HM Rohaizad) oleh Reen dan Azizah (versi filem Penarek Becha) (P. Ramlee/Jamil Sulong) oleh Eddy Silitonga.

Apabila Kau Tersenyum - Reen iringan Orkes Irama Special dbp Nick Mamahit (Nick Mamahit - piano, Bard Risakotta - drums dan Jim Espehana - bass).

Azizah - Eddy Silitonga

Sjaugi adalah seorang lagi penyanyi Indonesia yang pernah merakamkan lagu P. Ramlee. Selain Hujan di Tengah Hari, Sjaugi juga merakamkan semula lagu Kata Dari Kalbu (P. Ramlee/HM Rohaizad) (filem Merana) tapi dengan tajuk Juwita Pujaanku.

Juwita Pujaanku - Sjaugi iringan Orkes Melayu Irama Agung dbp S. Effendy
(dengan ihsan Tunasharapan)

[image] [image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Mar 13, 2008, 7:56pm

[image]

P. Ramlee, Liza Rose & Tony Kassim (1964)
Re: P.Ramlee
Post by mrizal4400 on Mar 14, 2008, 1:45am

Woa ... tengok lah rambut Liza Rose ... Kat mane dia sekarang? Lps Kubur Tak Bertanda ... ada lagi tak filem dia ?

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Mar 18, 2008, 4:50pm

[image]

P. Ramlee - 1964
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Mar 20, 2008, 8:57pm

[image] [image]

Rukun Islam - Lagu asalnya bertajuk "Melaka" ciptaan P. Ramlee dengan lirik susunan Jamil Sulong untuk filem "Hang Tuah". Untuk rakaman piring hitam liriknya diubah oleh S. Sudarmaji dan diberi tajuk "Rukun Islam". Walaupun Saloma turut menyumbangkan suara dalam lagu ini, tetapi hanya nama P. Ramlee dicatatkan pada rekodnya.

Jangan Tinggal Daku

(Lagu-lagu ihsan Tunasharapan)
Re: P.Ramlee
Post by classicguys on Mar 23, 2008, 10:35am

pic P Ramlee 1964 kt atas tu mesti dng saloma kn sbb dpt nampak rambutny masuk skali
bagi jelah gambar penuh ape salahny
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Mar 23, 2008, 8:31pm

[image] [image]

P. Ramlee dan Saloma dalam hidangan muzikal "P. Ramlee & Saloma" filem "Ragam P. Ramlee" (1965).
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 2, 2008, 8:43pm

Rachmat Kartolo yang popular antara lain dengan lagu "Patah Hati", "Pusara Cinta", "Kunanti Jawabmu" dan "Sengsara" dalam dunia muzik Indonesia pada awal tahun 60-an, tidak ketinggalan merakamkan semula lagu ciptaan P. Ramlee. Untuk album Indra AKL 116, keluaran pertengahan tahun 70-an yang diiringi Orkes Melayu Pancaran Muda pimpinan Zakarya, Rachmat Kartolo memilih lagu "Azizah", yang juga dipilih menjadi judul albumnya.

[image] [image]

Lagu "Azizah" juga menarik perhatian seorang lagi artis Indonesia, Latif M yang juga memimpin Orkes Melayu Rasela. Selain Azizah, dalam album "Lagu2 Joget - Pinang Muda", Latif M juga menyanyikan lagu dari filem "Hang Tuah" - "Tari Lenggang" (tajuk asal "Joget Tari Lenggang" yang kemudian menjadi "Joget Pahang").

Begitu tertariknya Latif M dengan lagu "Azizah" hinggakan dalam album lagu-lagu gambus iringan Orkes Gambus Alfata, beliau turut merakamkan semula lagu itu, bukan dalam bahasa Melayu/Indonesia tetapi dalam bahasa Arab.

[image] [image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 3, 2008, 10:13pm

Andriani penyanyi dari Semarang pernah menyemarakkan persada muzik Indonesia pada awal tahun 70-an. Antara lagunya yang mendapat perhatian ialah "Mengharap Kasih", "Berlayar", "Dilarang Pacaran" dan "Kejam Nian Padaku".

Selain mendendangkan lagu-lagu karya pencipta Indonesia sendiri, Andriani juga merakamkan semula beberapa lagu lama dari Malaysia. Lagu "Tanah Pusaka" ciptaan Ahmad Marican dirakamkan dalam album "Idaman Hatiku". Versi nyanyian Andriani telah diubah liriknya.

Dalam album "Djantung Hati" pula, dia merakamkan semula lagu P. Ramlee "Direnjis-renjis". Dalam rakaman keluaran Diamond Record DLL 037 yang diiringi Band D'Strangers pimpinan Eddy R itu, judulnya diubah menjadi "Rintjis Rintjis".

[image] [image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 27, 2008, 9:37am

[image]

Susi penyanyi dari ranah Minang menghasilkan CD "Tak Mungkin Kumiliki" keluaran Fadilla Record, Padang. Salah sebuah lagu yang terdapat dalam CD itu ialah cover version lagu ciptaan P. Ramlee - Di Mana Kan Kucari.
Re: P.Ramlee
Post by zulqassem on May 10, 2008, 10:29am

Teater P. Ramlee the Musical akan menemui penonton semula di Istana Budaya dari hujung bulan ni hingga 16 Jun. Tiket dari RM30 hingga RM250.
Re: P.Ramlee
Post by khys on May 14, 2008, 10:26am

buku yg saya cari sekarang. baru saja terbit.
kat mana ntah ada jual... kat Finas takde, sebab penerbit lain.
ada sesiapa dah beli?

dlm buku ni ada cerita tentang filem2 luarnegara yg menjadi rujukan P.Ramlee dlm membikin filem2 nya. baca ruangan 'siti jarum' paper mingguan malaysia ahad lalu. byk juga filem2 luar yg di'cedok' oleh P.Ramlee.

[image]

[image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on May 22, 2008, 9:37pm

Bahan tentang P. Ramlee dalam laman Jepun - drcinta.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on May 23, 2008, 9:27pm

[image] [image]

Buku "P. RAMLEE dari kacamata aimi jarr" yang sedang dijual di ebay pada harga US$9.00 - harga asal: $3.80.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jun 29, 2008, 4:19pm


Dec 1, 2007, 1:33am, admin wrote:

P. Ramlee - Apabila kau Tersenyum

Lagu ciptaan P. Ramlee dan lirik oleh H.M. Rohaizad. Orkes pengiring - Pancha Irama Orchestra pimpinan Jose Daroya. Rakaman: 1955.

Versi Rien dari Kenangan Abadi Indonesia Jilid 14

Versi Aw Siew Peng dari Pop 70'an Jilid 11

[image]

Apabila Kau Tersenyum - P. Ramlee
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jun 29, 2008, 4:23pm


Nov 4, 2006, 1:00am, yudhie wrote:
Salah sebuah orkes yang banyak mengiringi lagu2 P. Ramlee ialah Pancha Irama Orchestra di bawah pimpinan seorang ahli muzik yang berasal dari Filipina - Jose (sebutannya Hozey) Daroya. Antara lagu yang diiringi oleh orkestra itu ialah Gara Asmara, Zuraidah, Merak Kayangan, Dengar Ini Cerita, Apabila Kau Tersenyum, Engkau Laksana Bulan, Suara Takbir, Dendang Perantau (versi asal) dan Hujan di Tengah Hari.

[image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jun 29, 2008, 4:48pm

[image] [image]

P. RAMLEE DENGAN OSMAN AHMAD ORCHESTRA - filem "Semerah Padi" - Parlophone DPE 8022

PEI 1273 - Makan Sirih Di Semerah Padi (P. Ramlee & Jamil Sulong) - Pelahan
PEI 1274 - Semerah Padi (P. Ramlee & Jamil Sulong) - Zapin
Re: P.Ramlee
Post by shawndhunter on Jul 11, 2008, 6:56am

Malam tadi baru pertama kali saya mendengar lagu P.Ramlee, Intan pada pukul 11.55 dalam rancangan Malar Segar, Klasik Nasional. Lagu Intan ini boleh dikatakan menarik. BTW saya tidak pernah menonton drama Intan ini. Boleh tak sekiranya saudara2 memberi sedikit sebanyak info mengenai drama ini dan siapa yg berlakon drama ini.
Re: P.Ramlee
Post by abdaziz on Aug 18, 2008, 9:01am

P.Ramlee - Ibu

(Petikan filem Ibu (1953) arahan S.Ramanathan)

http://www.youtube.com/watch?v=uAKDGL1Go48
Re: P.Ramlee
Post by zulqassem on Aug 23, 2008, 8:51pm

Salam,

Jumaat lalu dalam ruangan "Hati Ke Hati" ada memainkan lagu "Pantai Gurauan" nyanyian P. Ramlee. Kepada sesiapa yang ada lagu tersebut harap dapat dikongsikan. Terima kasih.
Re: P.Ramlee
Post by classicguys on Sept 8, 2008, 3:44pm

Sebalik senjata tekpi P Ramlee
Oleh Adam Salleh
adam@hmetro.com.my

Rap
MELALUI filem 6 Jahanam, Allahyarham Tan Sri P Ramlee bersilat dengan menggunakan senjata. Sudah menjadi tradisi dalam filem Melayu, senjata sinonim kalangan pendekar Melayu adalah keris, namun berbeza dalam filem itu, P Ramlee memperkenalkan satu lagi jenis senjata yang dinamakan tekpi.

Dalam 6 Jahanam, P Ramlee memegang watak Tantari, seorang saudagar yang menuntut bela di atas kematian isterinya, Masmera (Nor Azizah) yang dibunuh dan dirogol satu kumpulan Enam Jahanam.

Musuh yang dicari ini ialah Mumbala (Shariff Baboo), Karambit (Ahmad Dadida), Jagindas (Ibrahim Sabtu), Katipang (Kamal Idris), Paragas (Osman Md.Amin) dan Sujamang (Yusof Ali).

Bagi menghapuskan keenam-enam penyangak ini, Tantari membawa senjata tekpi. Ia besi bercabang tiga yang juga dikenali ‘raja segala senjata’ kerana boleh mematikan segala senjata tajam.

Di sebalik kerancakan P Ramlee berpencak dengan tekpi dalam 6 Jahanam, ramai tidak menyedari Seniman Agung itu mendapat ilham memperkenalkan tekpi dalam filem melalui Abdul Sani Zainol.

Bagaikan harimau menyimpan kuku, barangkali ia sesuai dilabelkan pada Abdul Sani, bekas pegawai risik tentera ini, yang mesra disapa cikgu Sani atau Pak Sani di kalangan anak-anak muridnya.

Apakan tidak, berbanding perguruan seni silat lain, yang kian hari kian mencipta populariti, cikgu Sani lebih selesa dengan cara merendah diri tanpa mengeksploit pihak media untuk kepentingan peribadi. Sisa-sisa hidupnya kini lebih banyak dihabiskan di Kampung Siput, Jalan Weng, Baling, Kedah.

Ketika menemuinya di kampung halamannya tiga hari menjelang Ramadan, Cikgu Sani mengakui ramai tidak sedar permainan tekpi dipamerkan P Ramlee dalam filem 6 Jahanam adalah hasil tunjuk ajarnya.

“Saya berasa terhutang budi pada P Ramlee kerana memperkenalkan tekpi dalam filem. Ramai yang mengkritik Allahyarham ketika itu hingga ada yang mencemuh P Ramlee akan hanyut dengan 6 Jahanam.

“Di sebaliknya, ramai tidak tahu melalui 6 Jahanam P Ramlee menyedarkan orang Melayu betapa ada lagi pusaka bangsa yang harus dibangga dan digeruni musuh iaitu senjata tekpi,” katanya.



Tekpi adalah senjata utama Seni Silat Kuntau Tekpi (SSKT). Ia adalah ilmu mempertahankan diri yang wujud di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Shah iaitu Sultan negeri Kedah pada kurun ke-18.

Ia dipelopori seorang Panglima Istana bernama Panglima Taib bin Wan Hussin. Silat ini diajar hanya di kalangan panglima dan pengawal istana serta hulubalang bagi menentang serangan Siam dan musuh lain ketika itu. Panglima Taib mewariskan ilmu ini kepada anak kandungnya bernama Siti Aminah yang dikenali dengan gelaran ‘Srikandi Kedah’. Silat ini kemudiannya diwarisi oleh anaknya bernama Zainol Abidin Endut dan seterusnya diwarisi pula oleh anaknya iaitu cikgu Sani sendiri.

Perkenalan Cikgu Sani dengan P Ramlee terjalin di Singapura sekitar usianya 25 tahun. Ketika itu Cikgu Sani dihantar ke sana untuk menjalani Kursus Risikan Tentera di Port Canning selama setahun.

“Bila hari cuti, saya ambil peluang berjalan-jalan di Studio Jalan Ampas, maklum saja orang bujang. Di sinilah saya mula mengenali P Ramlee dan beliau tahu keturunan saya ahli dalam tekpi.

“Ini yang dikata takdir Allah, apabila P Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur bertugas di Merdeka Studio, Hulu Klang, saya pula bertugas di Mindef Bahagian Risikan. Kami kerap berjumpa di Setapak.

“Dalam berbual-bual kosong itulah, tiba-tiba P Ramlee berkata lazimnya dalam filem Melayu pendekarnya asyik main keris, pedang atau parang, lalu terlintas di fikiran beliau mengenai tekpi.

“Allahyarham yang saya panggil abang bertanya boleh atau tidak mengajarkannya bermain tekpi jika difilemkan? Ibarat kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan, saya jawab, mengapa tidak,” katanya.

Menurut cikgu Sani, keluhuran budi P Ramlee itu memudahkannya menerima ilmu yang diperturunkan. Cikgu Sani mengambil masa sebulan mengajar P Ramlee cara menangkis dengan menggunakan tekpi.

“Yang saya ingat P Ramlee kata, Sani ajar abang cara tangkis saja, lain kamera trick,” katanya.

Sekalipun cuma satu saja filem Melayu menampilkan tekpi, cikgu Sani bersyukur seni silat itu sempat diperkenalkan oleh Seniman Agung. Berbeza pula dengan seniman Allahyarham A Rahim, sekalipun hasrat beliau memfilemkan tekpi tidak kesampaian, tetapi beliau sempat berguru dengan cikgu Sani.

“Selepas P Ramlee tiada, A Rahim mula berguru dengan saya ketika di Ampang Jaya. Allahyarham mencapai tali pinggang merah bermakna boleh menjadi guru. Malah melalui majalah Pendekar (Mac 1991), A Rahim dicatat sebagai jurulatih veteran perguruan Seni Silat Kuntau Tekpi,” katanya.

Selaku Pengerusi Agung Pertubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia (PSSKTM), cikgu Sani kini menyandarkan perguruan itu pada tiga anaknya yang aktif, Khairunizar A Rani (39) selaku Ketua Jurulatih PSSKTM, Kharirul Fazli, 37, (Jurulatih Kanan PSSKTM) dan Amirul Mukminin, 20.

Selain tiga anaknya itu, hasil perkongsian hidup beliau dengan Latiffah Che Ya (kini Allahyarham), cikgu Sani dikurniakan anak Nooranifah (42) bekas pesilat negara ke Sukan SEA, Norziefahani (34), Khairul Azwadi (31), Noorazlita (28) dan Amira Natasha (14).

Bagi cikgu Sani, sekalipun PSSKTM seperti sepi publisiti namun prestijnya tetap ada berikutan kehadiran Yang Dipertua Pekima (Pertubuhan Kebajikan Islam SeMalaysia), Hassan Adam di majlis khas di Baling, Kedah. Lebih membanggakan cikgu Sani, majlis itu turut dihadiri cucu P Ramlee iaitu Najua (Nadia) Nasir P Ramlee bersama sepupunya Penerbit Nasreen Pictures Sdn Bhd, Nasreen Ngasri (Darling).
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 8, 2008, 4:50pm

[image]

P. RAMLEE - PARLOPHONE EGEP 563
Bulan Dan Juga Angin - bersama Normadiah
Dengarlah Gemala Hati

Lagu-lagu dari filem Panggilan Pulau ciptaan P. Ramlee/Jamil Sulong
Orkes pengiring - P. Ramlee Orchestra
Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Nov 24, 2008, 1:39pm

Sebuah lagi SP P. Ramlee keluaran EMI/Parlophone pada 1963:

[image]

[image]

Putus Sudah Kasih Sayang - Dengarlah Rayuanku

(Kedua-duanya ciptaan bersama P. Ramlee & S. Sudarmaji, iringan P. Ramlee Orchestra)

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by md0u on Dec 20, 2008, 3:05pm

Per: 4CDset P Ramlee keluaran EMI
1. Kebanyakan (atau mungkin kesemuanya?) lagu dalamnya pernah dikeluarkan dahulu.
2. Mutu bunyi lagu kesemuanya menyedihkan, yakni amat buruk. Ada yang seolah-seolah dirakam dari sebelah dinding - treblenya terlalu rendah mungkin untuk menutup hiss tetapi akibatnya adalah "inferior quality" sedangkan mutunya adalah jauh lebih baik sekiranya hiss itu dibiarkan sahaja. Lagu "Aduh Sayang" seolah-olah diberi artificial stereo.
3. Semua lagu tidak ada maklumat mengenai tahun dirakamkan, atau sumber (rekod 78 atau rekod 331/3 atau download dari Internet atau rakaman dari radio atau rakaman dari bilik sebelah). Lagu-lagu semuanya dicampur-aduk, dan tidak disusun 'chronologically'. Sepatutnya kalau membuat CD collection, himpunkanlah kesemua lagu penyanyi tu dari yang pertama hingga ke yang terakhir, dan keluarkanlah kesemua lagunya, bukannya sesetengah sahaja. Sia-sia sahaja.
4. Pendapat saya koleksi CD ini tidak 'worth buying' kecuali yang tiada menyimpan lagu beliau, atau yang beli nak untuk simpan sahaja.

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 4, 2009, 9:38pm


Aug 20, 2006, 10:27pm, yudhie wrote:
Beberapa penyanyi Indonesia pernah merakamkan semula lagu2 P. Ramlee. Antara mereka ialah Syaugi (1950-an), Deddy Damhudi (1970-an) dan Latif M. (1970-an).
...................................................
Deddy Damhudi merakamkan semula beberapa lagu P. Ramlee sekitar tahun 1974. Lagu2nya ialah "Kau Laksana Bulan" (tajuk asal "Engkau Laksana Bulan"), "Anakku Sazali", "Cik, Cik Bum" ("Timang-timang Anak"), "Berkorban Apa Saja", "Pungguk Rindukan Bulan" ("Rindu Hatiku Tidak Terkira"), "Sepasang Merpati" ("Hidup Berdua") dan "Terang Bulan" ("Sang Rambulan").
....................................................

Sepasang Merpati - Deddy Damhudi & Band 4 Nada
Hidup Berdua - P. Ramlee & Asiah - filem Bakti
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 8, 2009, 9:58pm

Baidah (P. Ramlee) - P. Ramlee dengan Pathe Orchestra (1951)
Re: P.Ramlee
Post by bigboss on Jan 10, 2009, 6:03pm

bro ada lagu gara asmara, aku terpesona & sindir oh sindir nyanyian p.ramlee tk?
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 10, 2009, 8:34pm

Lagu Gara Asmara ada, tapi belum jumpa. Ketika mencarinya saya jumpa lagu Pantai Gurauan. Lagu yang dua lagi itu tak ada.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 10, 2009, 9:20pm


Nov 17, 2006, 9:09pm, yudhie wrote:
Dalam ruangan "Sabtu Gembira", Radio Australia Seksi Indonesia pada hari Sabtu, 23 Oktober 1993, selepas menyiarkan sebuah lagu nyanyian Dean Martin, Nuim Khaiyath mengumumkan: "Dean Martin dengan lagu "Come Back to Sorrento". Hah sedap 'kali, kalau nyanyi ni macam tak ada perkara sama dia, tak dipaksa2nya. Kalau Frank Sinatra 'kan kelihatan urat2 lehernya menyembul keluar, menyembul kata orang. Kalau Dean Martin sambil 'megang rokok 'kan di celah jarinya, diapun sedap saja ...dia santai. Jadi kalau dibandingkan jaman dahulu, P. Ramlee itu kira2 macam Dean Martin. P. Ramlee itu 'kan tenang aja kalau nyanyi ... kau laksana bulan .... jauh di atas awan ...... Kalau Effendy 'kan pake macam Frank Sinatra, ditekannya, digenjotnya, pokoknya dipaksanya dirinya sampai menyembul urat2 lehernya."


Nuim Khaiyath
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 10, 2009, 10:06pm

Sedutan dari acara "Sabtu Gembira" asuhan Nuim Khaiyath dari Seksi Indonesia Radio Australia pada awal tahun 90-an berkenaan lagu "Azizah" ciptaan/nyanyian P. Ramlee.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 11, 2009, 8:23pm


Jan 10, 2009, 8:34pm, yudhie wrote:
Lagu Gara Asmara ada, tapi belum jumpa.


bigboss, seperti yang dijanjikan dinaikkan lagu yang diminta - Gara Asmara - P. Ramlee dengan Pancha Irama Orchestra pimpinan Jose Daroya (1955).
Re: P.Ramlee
Post by bigboss on Jan 18, 2009, 10:50pm

Salam semua,

saya nk tanya, sape ad lagu2 P.Ramlee dari filem-filem 50an seperti lagu Berhati Lara, Dayung Sampan & Tasik Madu (dari filem Aloha), Coraknya Dunia, Debaran Jiwa, Tinggal Impian & Kerana Budi (dari filem Bapa Saya) dan juga Cemburu (dari filem Cemburu) . Kalau ada, sudikan lah upload ke laman muzik nusantara ini utk didengar oleh smua ahli forum di sini. Terima Kasih....
Re: P.Ramlee
Post by zulqassem on Jan 31, 2009, 4:54pm

Salam,

P. Ramlee F. Lena - Dunia Hanya Pinjaman
Re: P.Ramlee
Post by shahibbul on Feb 4, 2009, 7:25am

Sekarang ni tengah ada torrent lagu2 p. ramlee yang mempunyai kualiti bunyi yang jauh lebih baik. Sesiapa yang berminat boleh klik link di bawah. perlukan software torrent. Fail seberat 3Gb

http://www.torrentz.com/b400208793f8e5347e04f3d5792acf469836cb94

Re: P.Ramlee
Post by admin on Feb 4, 2009, 11:46am

Salam Shahibbul,

Selamat datang ke MN dan terimakasih kerana pautan torrent tersebut.

Sudahkan Shahibbul sendiri berjaya dan selamat memuat-turunkan semua fail2 tersebut? Jika sudah, dapatkah Shahibbul mengesahkan mutu dan ketulinan torrent tersebut? Ini mustahak terutamanya memandangkan saiz fail yang begitu besar dan nampaknya tidak banyak komen tentang torrent tersebut melainkan dari uploadder itu sendiri..

Lagi satu.. dalam masa menelitinya, hanya ada 2 "seeders" saja.. ini jika dilihat dari dari saiz fail yang hampir 4GB (3.56GB) dan laju turun yang hanya mencecah 6kb/s - akan mengambil masa berminggu untuk selesai menurunkannya walaupun pada tahap sambungan Internet yang tinggi..

Bukan hamlau berhajat untuk mengecilkan sumbangan Shahibbul atau usaha baik si uploadder.. tapi hanya memberitahu maklumbalas.. kerana harus berjaga2 bila menggunakan torrent - bukan sahaja dari segi intipan "big brother" tapi juga kalau kita tidak pandai memilih, kebanyakkan torrent adalah "fakes" atau "scams" dan ada yang mengandungi bermacam2 virus, trojan, keylogger, spider dan sebagainya..

Ini bukan galakkan tapi - if you insist - Pastikan:
1) Telah pasang virus/malware checkers yang baik dan updated dan periksa semua downloads.
2) Gunakan perisian IP blocker seperti PeerGuardian2 - walaupun tidak 100% terselamat - tapi better than nothing.
3) Untuk torrent - gunakan "Private Tracker" jika ada.
4) Lihat komen pengguna yang lain pada benda yang hendak didownload (bukan hanya komen dari uploadder dan "kuncu2nya" sahaja.
5) Lihat berapa banyak "Seeds" dan download torrent yang paling populer sahaja..

Walaupun hamlau tiada "rules" dalam "Terms & Condition" tentang torrent/illegal downloading dalam forum ini, tapi diharapkan semua pengunjung membuat "educated decision" sebelum meneruskan hajat untuk menggunakan forum ini sebagai "gateway" pada perkara sebegini..

http://ask.metafilter.com/65568/How-safe-is-torrent-now


Berbalik pada P. Ramlee, ada nota yang interesting dari "Ang Mo" yang menaikkan torrent tersebut.
Re: P.Ramlee
Post by shahibbul on Feb 4, 2009, 3:58pm

Oh, maaf sekiranya reply saya menimbulkan masalah. Niat hati hanya ingin memberitahu rakan2 yang lain.

Saya sedar fail itu terlalu besar dan saya hanya berminat mengambil apa yang saya perlu sahaja.

Dalam 50-60 lagu yang ada di situ, saya hanya mengambil 2 lagu yang saya betul2 minati sahaja. Dan lagu tersebut memang mempunyai output yang lebih baik.

Sekian. harap dimaafkan.
Re: P.Ramlee
Post by admin on Feb 4, 2009, 11:03pm

Tiada apa yang hendak dimaafkan bro Shahibbul.. sekadar satu peringatan bagi kita semua.. termasuk diri hamlau sendiri...

Oh.. kalau extract satu atau dua lagu saja.. saiz fail yang besar tu tidak lagi menjadi soalan.. :)
Re: P.Ramlee
Post by admin on Feb 5, 2009, 8:31am

Maaf Shahibbul, hamlau pindahkan thread baru anda ke sini kerana sudah ada thread P. Ramlee.. Kalau nak, boleh re-postkan balik original message kat sini dan hamlau akan padamkan yang ini...

Originally posted by Shahibbul board=sumbangsih thread=830 post=13112 time=1233737648

Quote
-------------------------


P Ramlee: The Rise and Fall

2008

From: Zaedi Zolkafli
To: Fans of P Ramlee
Sent: 19 January, 2008
Subject: P Ramlee: A life of love, humor and tears

P Ramlee: A life of love, humor and tears
by Hassan Abd Muthalib

The first film was made in Malaya (which became Malaysia in 1963) in the year 1933. But more than seventy years later, only one filmmaker stands head and shoulders above all the rest. P Ramlee - publisher, director, writer, actor, singer and composer was truly an artiste extraordinaire. The first film he acted in was 'Chinta' (Love, 1948), appropriately signaling his lifelong love for the film medium. He showed a flair for humor, and is appropriately most remembered for his comedies. Towards the end of his short life, he penned a song 'Ayer Mata Di Kuala Lumpur' (Tears in Kuala Lumpur), that musically expressed his heartbreak and despondency at having been all but forgotten by a populace that had once adored him.

P Ramlee, the Enigma

P Ramlee was born Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh in Penang on 22 March 1929. During the Japanese Occupation from 1941 to 1945, he played with village bands. At an agricultural festival, he sang his own composition Azizah (one that was to become a hit many years later). B S Rajhans, an Indian director who was scouting for talent, was impressed enough to offer him a job as a playback singer with Shaw Brothers in Singapore. And on 8 August 1948, P Ramlee embarked on a journey that was to make him an enduring legend. In just 25 years, he acted in more than 60 films, directed 34, composed over 350 songs and won seven international awards, including appropriately, 'The Most Versatile Talent'. Ramlee's songs have also reached out internationally. In the United States, Lobo re-recorded his Getaran Jiwa in English into Whispers in the Wind. Koko Shimada of Japan re-recorded his 'Jeritan Batin Ku' in English entitled Indian Summer. The Bolshoi Ballet Theatre Symphony Orchestra of Tashkent has re-recorded a number of his songs. He has been likened to Noel Coward, Charlie Chaplin and to India's versatile Raj Kapoor. Unlettered in any art, he has left a legacy that has yet to be equaled.

The Shaping of P Ramlee and a New Kind of Social Realism in Film

The 1940s and 50s were difficult years. Due to British colonial policy, the ethnic Malays were outside the economic sphere - outsiders in their own country. Many had no education. The young were lured by cinema into a world that also permeated their private lives. The film actors, too, were naďve, coming from the ranks of the village poor, or having been car washers, sweepers in the studio, or taxi drivers. And the films of the times portrayed these people on the screen in a similarly simple and naďve manner.

Singapore was not spared the socialist revolution that was sweeping the world. P Ramlee's colleagues were either leftists, nationalists or religious fundamentalists. These influences began to show in his very first film 'Penarek Becha' (The Rickshaw Puller, 1955). 'Antara Dua Darjat' (Between Two Classes, 1960) and 'Ibu Mertua Ku' (My Mother-in-Law, 1962) were a damning criticism of the feudalist mentality. He leaned towards the ordinary man, and condemned the rich and powerful, leading to accusations of him of being a socialist and having Marxist tendencies. But P Ramlee was not interested in any ideology. He was simply saying that the individual was the problem and not the capitalist system itself.

Guidance and help for the fledgling actor and director came from his many colleagues. They helped P Ramlee to develop as did L Krishnan, the first director to recognize his talents and who cast P Ramlee in his first role in 'Bakti' (Dedication, 1950). Musicians like Zubir Said, Ahmad Jaafar, Osman Ahmad and Yusuf B also influenced him as a musician. When he was not acting, he would be clapper boy, doing continuity or helping the cameraman. Neither was he averse to mixing with the ordinary man, going to the ground to find out what they liked. These were the people who were inspirations for his characters and situations.

Toynbee suggests that civilization is the assimilation of all kinds of ideas, and a dialectic of thesis and anti-thesis. P Ramlee proved this to the hilt. He took from everywhere and came up with something that seemed original. 'Penarek Becha' was based on a Japanese film, Rickshaw-san; The Three Stooges became the characters in the 'Bujang Lapok' (Three Raggedy Bachelors) and 'Do Re Mi' series; 'Kancan Tirana' (1969) was an adaptation of Akira Kurosawa's Sanshiro Sugata; 'Damaq' in 'Ragam P Ramlee' (1965) was an adaptation of the Hollywood film, Love Me Tender; 'Madu Tiga' (Three Wives, 1964) was an adaptation of a Chinese film. In 'Penarek Becha' (1955) and 'Se Merah Padi' (Village of Se Merah Padi, 1956), can be seen the cinemato-graphic styles of Satyajit Ray and Kurosawa. [1]

The themes during P Ramlee's times were mainly unrequited love, forced marriage, and of stepchildren and evil stepmothers. P Ramlee's entry signaled a change. He refuted the backwardness of the Malays and extolled Malay culture and values. In 'Se Merah Padi' (The Village of Se Merah Padi, 1956), he showed respect for the old and love for the young, and politeness in speech and action. 'Tiga Abdul' (The Three Abduls, 1964) showed that the road to ruin and disruption lay in conflict over power, property and women. 'Musang Berjanggut' (Bearding the Fox, 1959) and 'Nujum Pa' Blalang' (Pa' Blalang, the Royal Diviner, 1959) spoke about maintaining one's integrity in the face of temptation. 'Pendekar Bujang Lapok' (The Raggedy Warrior Bachelors, 1959) was about breaking away from a negative milieu. P Ramlee spoke about finding love, family and education, cleverly portraying it in classic binary opposition. 'Sesudah Suboh' (After the Dawn, 1967) and 'Gerimis' (Light Rain, 1965) were about issues of multiculturalism, raising questions about the Malay race and its condition of being powerless, frustrated and being full of doubt about the future. [2]

The Fall From Grace

P Ramlee was not to know that his move to Kuala Lumpur in 1964 was to signal his fall from grace - and his early death. Budgets were miserly and the studio personnel did not have the teamwork and skills that he was used to - and this showed on the screen. Quality took a dive and coupled with competition from television, and Hollywood, Hindi and Indonesian movies, Malay films were no longer profitable. Shaw Brothers closed down the studio. [3]

P Ramlee went on to act in two TV dramas and started his own company which soon folded. He never received any support either from the private or government sector. P Ramlee died on 29 May 1973, alienated and distanced from the world of film that he loved. Ironically, his films are the ones most screened on television today. Discussions about the state of the industry invariably refer to his achievements. All this continues to contribute to his growing popularity with new audiences who continue to discover and appreciate the films of a genius of Malaysian cinema. [4]

(Written for Cinemaya, India, Nov 2005)

Zaedi adds comments:

[1] 'Damaq' was a Malay folklore written by H M Rohaizad. P Ramlee directed a stage play of the story in 1962 before adapted for his film later. 'Madu Tiga' was an original story by S Kadarisman. The subject of polygamy in the film is common amongst ethnic Malays who are mostly Moslem.

[2] On the contrary, 'Sesudah Suboh' and 'Gerimis' were the first truly Malaysian films post independent. It was a depiction of racial harmony in the country and got no reference to so-called "Malay dilemma" which was played up by politicians after 1969 racial riot.

[3] Shaw Brothers closed down the studios of Malay Film Productions at Jalan Ampas and Merdeka Film Productions in Ulu Kelang in 1967 and 1977, respectively.

[4] P Ramlee directed and acted in two TV dramas produced by Radio Televisyen Malaysia namely, 'Intan' (1970) and 'Rantau Selamat' (1972) both written by Abdullah Hussain. Sadly, none of these dramas were ever shown to the younger audience.

Other comments welcome.

-------------------------------------------------------------------

From: White, Timothy R
To: malaysian-cinema@yahoogroups.com
Sent: 20 March, 2003
Subject: P Ramli

All...

Please allow an ang mo (don't know the Malay equivalent; what is it?) to put in his 2 sens worth.

There is a good point being brought out here; I have noticed that too often Ramlee is simply deified. It is rare that anyone really puts forth an argument supporting his position as Malaysia's greatest film artist (and, I would argue, among the world's greatest film artists)...generally people just start blubbering about what a great man he was, and how much he means to Malays, with tears streaming down the face of the one doing the blubbering...

It's difficult to judge any filmmaker by the standards of any other filmmaker, or any national cinema by the standards of any other national cinema. Certainly Kurosawa was an outstanding director, but he was a quite different kind of director than was Ramlee. Kurosawa was essentially a Western filmmaker in the body of a Japanese director. This is not a good or bad thing...it was his thing.

If Kurosawa was brilliant at bringing a Western sensibility to Japanese cinema, Ramlee was truly a genius at synthesizing a large number of filmic and other cultural influences in his work. Some of these influences are common to other Malay films of the era: a purposeful "retro" look (not just because they were low budget, but because that was a look they wanted), the incorporation of bangsawan aesthetics, a love of the common man, a sense of humor, etc. Ramlee added to this his music (of course), Western jazz (especially that of Nat King Cole), Western theater, a knowledge of Hollywood films (primarily comedies, especially Bob Hope movies), Indian films (but not as much, I think, as most people believe), Egyptian films (very popular in Singapore in the 1950s) and Japanese films (we see the influence of Ozu and Mizoguchi in the cinematography, and Kurosawa in the mise-en-scene). If we add to this a deep understanding of what it meant to be a Malay living in cosmopolitan, primarily Chinese Singapore, and the ability to reach that feeling in his audience (but at the same time appeal to other ethnic groups), we have a filmmaker who truly can stand up to any other.

Hussein Haniff certainly did show great promise, and was a success in his own right; who knows what he could have accomplished if he had lived longer? But if we compare the two, it's not hard to see why Ramlee's reputation has outlived that of Hussein Haniff. Haniff was technically quite accomplished, and his films tend to be much more polished than those of Ramlee. But they lack the warmth and humanity of Ramlee's films, they don't seem as able to really reach the common man (of course, that may not have been his goal in the first place, which is fine). Comparing the two directors is much like comparing Chaplin to Keaton; Chaplin was warm, Keaton was cold, but both were extremely talented at what they did.

I guess what I'm saying is that is we judge Ramlee by what he was trying to do, as opposed to what other filmmakers were trying to do, he is indeed one of the greats of world cinema. But it's not some kind of contest. It's all strictly subjective anyway...we all have our opinions, but in the end there is no way to say objectively that one director is better than another. What I have put forth is an explanation of why Ramlee is important to me as a film historian.

Dr Timothy R White
Senior Lecturer, Film Studies
Department of English Language and Literature
Faculty of Arts & Social Sciences
National University of Singapore
Homepage: http://courses.nus.edu.sg/course/elltrw/trwhite.html


----------------------------------------------------

From: Zaedi Zolkafli
To: Kamariah Galanter
Sent: 25 February, 2008
Subject: The era of P Ramlee

Hi Kamariah,
There seem to be a consensus that P Ramlee's career begun to decline after he moved to Kuala Lumpur. One local scholar who presented a paper made a conclusion that even the best P Ramlee film made in Merdeka Studio cannot match his works in Jalan Ampas Studio -- which I totally disagree.

We must take note that P Ramlee films are categorized into three era. 1) Earlier films that featured P Ramlee, the actor, made by other film directors at Jalan Ampas Studio from 1948 to 1955. 2) Films that P Ramlee directed at Jalan Ampas Studio between 1955 to 1964. Lastly, 3) P Ramlee Films made at Merdeka Studio between 1964 to 1972.

In early films of Jalan Ampas Studio the young and pimpled P Ramlee was not a natural actor. There were many better Malay actors like S Roomai Noor and other former bangsawan (local opera) players. In fact, P Ramlee was originally recruited by director B S Rajhans as playback singer. But his musical skills compensated for his acting deficits. Those days when no music videos and TV stations, the Malays spent at cinema to watch their favorite artiste.

Indian film director Phani Majumdar was the one who able to harness P Ramlee's talents in 'Hang Tuah' / Legend Of Hang Tuah (1956) and 'Anak-ku Sazali' / My Son Sazali (1956) that won him music and acting awards, respectively, at the Asian Film Festivals. About same time, then 26 year old lad was given chance to direct his first film 'Penarek Becha' / Trishaw Man (1955). Thereafter P Ramlee matured into a brilliant film-maker churning out consecutive box offices in multi-genre.

At Merdeka Studio P Ramlee continued to make many memorable films notably comedies, 'Masam Masam Manis' / Sweet Sour (1965), 'Do Re Mi' (1966), 'Nasib Do Re Mi' / Do Re Mi 2 (1966), 'Keluarga 69' / Family 69 (1967), 'Anak Bapak' / Papa's Pet (1968) and 'Ahmad Albab' (1968). In spite of low budget, poor studio facilities and lesser production crew. His contemporary dramas were more complex than the melodrama theme of early Jalan Ampas Studio. Me think 'Dr Rushdi' (1970) was P Ramlee at his peak - physically fit, brilliant plot and honest acting. Ironically, it was this attempt to bring his work of arts to greater height that isolated the mainstream audience. Still, his songs soundtrack remained consistent throughout his career.

Other comments welcome.

Kamariah Galanter of Florida, USA wrote in Fans of P Ramlee::

>I felt so fortunate to stumble into your WebSite.
>I left Singapore year 1974 to live overseas. Although I've been away, I do miss the nostalgias especially P Ramlee (r.i.p) antics.
>To keep the record straight, I think P Ramlee was very much comfortable with the Singapore's film crew. You must admit, Singapore island was THE gateway for universal film industries with so many multi/ethnic culture to help make his films the way it was. Singapore made him feel free with his ideas w/o suppression of his 'religious' society/values. When you're an artist, you put your soul into it. Towards the end of P Ramlee's career, I noticed his other films made in Malaysia, lacked of depth and substance. Too many criticism can dampened ones talent.
>Recently I met a Malaysian student studies in Florida International University, USA, she told me when she visited a Museum/Studio in Los Angeles, there're column/section about P Ramlee!
>I think during P Ramlee's era, he was a whole lot famous than we anticipated. During those days, the media was not as organise or as moneymaking as now.
>As I recollected years ago, I saw him being interviewed on TV. The interviewer was impressed that P Ramlee was honored 'Anugerah' by the Sultan, his facial expression, was, un-impressed. Then I remember in one of films in a dialogue, "saya hanya lah manusia yang biasa (I am just ordinary human)".
>We should appreciate him as an artist. He brought out all the human aspects from many of us. We shall miss him for now we inherit that legacy.

>More power to P Ramlee's Fan Club.
>Kamariah Galanter, North Miami Beach, Florida, USA.

-------------------------
Unquote

Re: P.Ramlee
Post by admin on Feb 7, 2009, 11:09am

Nota: Walaupun bahagian forum Sumbangsih ini disesuaikan untuk lagu2 saja.. tapi kerana topik besar P. Ramlee sudah bertapak di sini jadi rasanya - untuk bahan filem berkaitan beliau - tidak payah kita tampilkan lagi topik P. Ramlee pada bahagian Filem Melayu Lama Dan Pelakon-Pelakon Veteran. Harap maklum..

Ini beberapa poster yang hamlau dapatkan dari peminat P. Ramlee Asean1984 (Thanks bro and keep up the good work):

http://muziknusantara.com/pixs/others/p.ramlee.1956.anakku.sazali.1.jpg

http://muziknusantara.com/pixs/others/p.ramlee.1956.anakku.sazali.2.jpg

http://muziknusantara.com/pixs/others/p.ramlee.1958.sarjan.hassan.jpg

http://muziknusantara.com/pixs/others/p.ramlee.1962.ibu.mertuaku.1.jpg

http://muziknusantara.com/pixs/others/p.ramlee.1962.ibu.mertuaku.2.jpg

http://muziknusantara.com/pixs/others/p.ramlee.1962.ibu.mertuaku.3.jpg



Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Feb 14, 2009, 9:29pm

Junaidah (isteri P. Ramlee) selain berlakon dalam beberapa buah filem, juga pernah membuat rakaman piring hitam. Antara lagunya ialah Remaja dengan iringan Pathe Orchestra.
Re: P.Ramlee
Post by classicguys on Mar 17, 2009, 10:13pm

WANITA PERKASA DALAM KOMEDI P.RAMLEE

(disesuaikan dari artikel saya yang tersiar di Intrend September 2005
dan latihan ilmiah di UM 2006)





Saadiah dan P.Ramlee dalam Musang Berjanggut.

p/s Saya suka watak Malik Sutan Muda sebagai Bentara Mangkubumi bila
dia menyanyikan lagu ''Ram-Ram Pisang...''



KOMEDI mengikut sofis Yunani ialah proses membaikpulih kerencatan
kosmos para murba. Sepanjang proses itulah terjadinya pelbagai hal tak
diingini, salah faham, kepelikan – pelik atau 'comic' yang mengakar
kata komedi tadi. Orang Yunani menggunakan komedi sebagai medium
kritikan paling efektif kerana sifatnya yang tidak rigid dan
membenarkan segala kepelikan berlaku. Jika sesiapa mahu mengangkat
wanita yang selama ini hanya dianggap sub-ordinate, gunakan medium
komedi.



Aristophanes dalam dramanya, Lysistrata telah menceritakan bagaimana
dua negara kota berperang tanpa tanda mahu reda (siapa lagi yang pergi
berperang kalau bukan lelaki?). Lalu para isteri tentera ini berkumpul
mencari solusi supaya perang berhenti dan suasana aman kembali.
Caranya? Apabila suami balik, mereka mogok layanan batin. Suami-suami
yang geram ini akhirnya mengalah kerana perang yang dilancarkan para
isteri lebih dahsyat. Tidak sampai beberapa hari, perang tamat. Medium
komedi membesarkan peranan wanita; merekalah yang menyelesaikan
masalah kaum lelaki dan lelaki yang menonton pun tidak terasa kerana
balutan elemen komedi tadi. Tradisi wanita lebih berotak dari
'berotot' ini dilanjutkan dalam komedi Seniman Canon P. Ramlee;
perhatikan filem-filem sebelum zaman jatuhnya.

Bukan sengaja P. Ramlee meletakkan adjektif 'lapok' untuk
bujang-bujangnya.Watak lelakinya terus lapok sedangkan watak wanitalah
yang merungkai segala kusut serabut untuk membolehkan lelaki tadi
bernafas. Cik Normah janda berhias, tauke rumah sewa menjadi perantara
harapan di kampung itu. Dia tidak segan silu memberi wang kepada
Ramlee, tidak juga malu menyatakan rasa hatinya. Perhatikan juga
bagaimana P. Ramlee banyak mengangkat watak janda / ibu tunggal dalam
komedinya dan mereka ini dipaparkan sebagai kuat tindak dan fikir.



Siti Tanjung Perak menghadapi hidupnya sebagai ibu tunggal dengan
meletak harapan tinggi supaya Zaiton kahwin dengan lelaki kaya bukan
dengan 'orang kebanyakan' yang kelabu asap. Semuanya untuk kesenangan
Zaiton sendiri. Dia tidak segan belajar 'speaking London' supaya
'orang jangan kononkan kita'. Pandangan Mak Zaiton ini dikongsi oleh
Mak Dara yang mahu Sabariah hidup bahagia kerana ketika itu, kerjaya
ahli muzik sangat rapuh. Tetapi kerana genre Ibu Mertuaku ialah
tragedi, wanitanya sangat lemah dari segi willpower. Lihat bagaimana
Sabariah yang gilakan Kasim Selamat akhirnya patah balik kepada
kehidupan mewahnya dan berfikiran sama seperti Mak Dara juga; dia
tidak mahu anaknya, Tajudin mengikut jejak Kasim Selamat.



Wanitalah sebenarnya pendekar. Bagi menyampaikan mesej Bapa
Pembangunan, P. Ramlee meletakkan guru-guru wanita (yang agak muda)
untuk mengajar di sekolah buta huruf di mana para pelajarnya
kebanyakan lelaki yang sudah tak bergigi. Betapa tingginya taraf Aini
Jasmin sebagai orang gaji yang boleh membaca rumi sedang 3 bujang tadi
tak mahu mengaku yang mereka buta huruf. Betapa lincah pencak silat
Wak Mustar dan berbuih-buih mentera 'Mambang Tanah…' dihafaz, ibu Ros
lakonan Momo Latif juga yang handal sekali. Tanpa syarahan 'psiko'
darinya, pastilah tiga bujang tadi terus lapok di bawah pokok tanpa
menyelamatkan Ros. Betapa ramai penyamun Ali Baba, Marjina lebih
pantas menyamun nyawa mereka sebagai tanda bakti kepada tuannya.
Puspawangi jugalah yang dapat mengasingkan rempah-ratus Tun Nila
dengan penuh sabar (kalau dia beli di kedai pun Tun Nila tak tahu!)
dan menyelamatkan rumahtangganya dari kegatalan para VVIP negeri,
termasuk bapa mertuanya sendiri.



Jangan lupa 'penyanyi kabaret', Norkiah Hanum yang sangat
professional. Dia menyanyi dan menari kerana itu kerjanya tetapi tidak
lupa menghantar wang kepada ibunya di kampung, mengorbankan waktu
dating kerana mahu membeli baju koboi untuk adiknya dan tidak lupa
taat setianya sebagai isteri Cikgu Shaari. Norkiah agak cool
menghadapi baran Shaari yang merajuk setelah mengetahui kerja sebenar
isterinya walhal dia juga bermain muzik di Copacabana sehingga
menjejaskan kerjaya perguruannya. Di sini P. Ramlee mengulang isu
Antara Dua Darjat; darjat itu bukanlah antara bangsawan dengan
'bangsatwan' tetapi antara lelaki dengan manifestasi tulang rusuk
kirinya. Lihat juga bagaimana sportingnya ibu Norkiah dalam soal
mencari pasangan; sesuatu yang masih pelik pada zaman negara
pasca-merdeka. Lihatlah bagaimana dia menunjukkan kekuatannya sebagai
wanita tua dari kampung; datang ke bandar besar tanpa suami dan mahu
pulang lekas 'tengok ayam, tengok kerbau' kerana suaminya 'tak boleh
diharap, selama dah menikah muda ni…''



Satu lagi filem P.Ramlee, Keluarga 69- watak Siti lakonan Siput
Sarawak terpesona melihat kemewahan hidup jiran-jiran wanitanya
sedangkan dia masih terkurung dalam kemisikinan yang pengap.
Jiran-jirannya bekerja sebagai pelayan-satu bidang kerjaya berkonotasi
negatif dalam nuansa masyarakat. Ada satu dialog sangat feminis
diucapkan salah seorang wanita pelayan itu -''Mula-mula saya nak kerja
pelayan, memang suami saya tak bagi. Tapi saya minta cerai. Buat apa
berlaki kalau hidup susah?'' Ops! Tulisan ini bukan menganjurkan anda
meruntuhkan masjid anda sendiri tetapi bacalah subteks dialog garapan
P.Ramlee itu.



Gaze theory P. Ramlee untuk beberapa komedinya harus diakui melangkau
era. Harapnya komedi tempatan kini tidak sekadar menuang elemen
slapstik untuk memaksa tawa plastik Belajarlah bagaimana P. Ramlee
menusuk jarum kritik sedang kita ketawa terkikik. Jangan marah ya,
lelaki…nanti kena jual!
Re: P.Ramlee
Post by abdaziz on Mar 19, 2009, 6:42pm

Sedutan lakonan Allahyarham P.Ramlee dalam Drama Intan yang ditayangkan sekitar 1970-an..


Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Mar 20, 2009, 8:51pm

Intan - P. Ramlee

Lagu ini terdapat dalam kaset 10 + 2 Lagu-lagu Filem P. Ramlee oleh Omar Aziz keluaran Panca Alpha Production. 10 + 2 bermaksud 10 lagu P. Ramlee dinyanyikan semula oleh Omar Aziz dan 2 lagu nyanyian asal P. Ramlee - Intan dan Rantau Selamat. Kaset ini saya beli di Syarikat Perniagaan Wilayah, Chow Kit pada 1996.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Mar 23, 2009, 11:46am

P. Ramlee bersama artis Hong Kong - Betty Loh Tih

[image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Mar 30, 2009, 8:40pm

[image]

P. Ramlee dan Saloma - 1964
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 3, 2009, 4:24pm

[image]

Bila (P. Ramlee/Sudarmaji) Rock "N" Blues - P. Ramlee dengan Orkestra pimpinan P. Ramlee AMN - Parlophone DPE 8168 (1964)
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 6, 2009, 9:42am


Mar 20, 2006, 9:13pm, chubbyghaz wrote:

..................................................

Oh ya! Untuk makluman kalian, saya ada juga simpan dalam bentuk CD beberapa buah lagu yang arwah cipta tapi hanya dirakam oleh beberapa artis 70an just before and after his death in 1973 seperti berikut:

1. Bawah Rumpun Bambu - Mimi Loma (1973)
(P. Ramlee/Salleh Ghani)

[P. Ramlee hanya sempat mendengar ciptaan terakhir
beliau sebelum lagu ini disalin ke piring hitam, yang
dilancarkan pada 4 Jun 1973, lima hari selepas
kematian beliau!]
............................................................................
Ghaz
Kuala Lumpur

[image] [image]

Mimiloma iringan P. Ramlee with Rhythm Makers - Mengapa Abang Merajuk - GUO/Gunung Tahan GT 1015 (1973)

Mengapa Abang Merajuk
Bawah Rumpun Bambu
Indahnya Sang Suria
Bulan Jatuh Ke Riba

Semua lagu dan lirik oleh P. Ramlee/Salleh Ghani
Penerbit: P. Ramlee AMN & GUO Publication
Re: P.Ramlee
Post by terangbulan on Apr 7, 2009, 12:05am

Semua lagu dalam bentuk Midi

Alhamdulillah

http://www.mediafire.com/?andbmbmbmgt

Bunga Tanjung

http://www.mediafire.com/?nm3m1xysjzn

Gambus Jodoh

http://www.mediafire.com/?zxcx3ymib0l

Getaran Jiwa

http://www.mediafire.com/?zhgvzzbzcxj

Gelora

http://www.mediafire.com/?hlczv23zows

Selamat mendengar
Re: P.Ramlee
Post by classicguys on Apr 7, 2009, 3:49pm

JANDE P RAMLEE
[image]

Kosmo
11november2007
Bekas pelakon, Allahyarkam Norizan membuka lembaran sejarah dunia artis tempatan yg tidak mungkin dilupakan.
semuanya berlaku kerana takdir, bukan dirancang apabila Norizan yang juga bekas isteri kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee ini menjadi selebriti terawal yang mengoyakkan sekeping hati diraja untuk memilikinya.
Lantas dek kerana terpesona dengan sosok pelakon ini beliau pernah menjadi permaisuri perak selama beberapa tahun apabila menikahi Almarhum sultan Perak Sultan Yusof pada tahun 50-an.-MALIAH SURIP


saye pernah terbace yg kononnye Norizan meletakkan RM50ribu-nilaian barang2 kemasnya dari istana kepade Tauke MFP sebagai cagaran utk membenarkan P Ramlee menduduki kerusi Pengarah setelah kepercayaan yg serupa yg diberi kpd anak tempatan sebelum itu -Haji Mahadi- gagal dipasaran. konon nye sume org seni , penulis ,cendikiawan melayu ,golongan yg ahli dlm agame ,pendek cerite sume golongan org melayu singapure yg ade disekeliling P Ramlee ketika itu memberikan sokongan&kerjasama sebaik2nya agar flm2 melayu berikutnya dpt diarah sendiri oleh anak melayu hasilnya flm tu -Penarik Beca- meletops dipasaran Saadiah menang anugerah pelakon wanita terbaik & seniwati pujaan Melaya melalui flm tu- selamatlh duit Norizan


saye x pasti fakta ini benar @ tidak sbb saye x hidup lg time tu & saye bace pun dari mastika je keluaran bile saye dah lupe tp kalau faktar ini benar kirenye Norizan berjase besar gak lah kepade industri kerane berjaye mendapatkan peluang utk P Ramlee & anak melayu am nye mencorak kegemilangan industri perfileman melayu ketika itu sebagaimane yg kite banggakan
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 17, 2009, 8:23am


Aug 20, 2006, 10:27pm, yudhie wrote:
Beberapa penyanyi Indonesia pernah merakamkan semula lagu2 P. Ramlee. Antara mereka ialah Syaugi (1950-an), Deddy Damhudi (1970-an) dan Latif M. (1970-an).
.......................................
Latif M merakamkan banyak lagu P. Ramlee mulai akhir tahun 70-an. Salah satunya ialah lagu "Azizah". Dia menyanyikannya bukan dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Arab dengan iringan Orkes Gambus Al Fata.
.........................................

Azizah versi bahasa Arab persembahan Latif M dengan iringan Orkes Gambus Al-Fata
Re: P.Ramlee
Post by zkeretapi on Apr 17, 2009, 9:27am

Salam Bro,
adakah lagu-lagu seperti itu dikomersialkan? Dan adakah peminat kepada lagu-lagu tersebut?
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 17, 2009, 9:58am

Salam bro zkeretapi,

Saya kurang faham soalan tentang lagu dikomersialkan, tapi kalau lagu Azizah versi Latif M itu, memang dijual dalam pasaran.

Tentang minat, itu terserah kepada selera/pilihan masing-masing. Ada orang hanya meminati lagu rentak tertentu atau penyanyi tertentu, tetapi ada juga yang meminati semua jenis lagu tanpa mengira siapa penyanyinya, rentaknya dan bahasa yang digunakan. Lagu instrumental (tanpa suara penyanyi dan lirik/bahasa) juga ada yang menggemari.

Bro minat yang bagaimana?
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 17, 2009, 10:29am

[image]

Tari Lenggang - Latif M - LAGU2 JOGET - PINANG MUDA - LATIF M - LIFE HM 1286 (1979)

Judul asal lagu Tari Lenggang ialah Joget Tari Lenggang. Lagu ciptaan P. Ramlee/Jamil Sulong untuk filem Hang Tuah yang mula ditayangkan pada awal 1956. Menerusi lagu Joget Tari Lenggang dan lagu-lagu lain serta muzik latar untuk filem arahan Phani Majumdar itu P. Ramlee memenangi anugerah Penggubah Lagu Terbaik Seluruh Asia dalam Pesta Filem Asia di Hong Kong pada 1956.

Di samping judul asalnya, ada juga penyanyi yang merakamkan semula lagu ini dengan tajuk Joget Pahang.

Di Indonesia, selain Latif M, Elly Kasim juga pernah merakamkan semula lagu ini tetapi dengan judul Joget Melayu.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 19, 2009, 8:28pm

Hujan Di Tengah Hari - Latif M dgn Orkes Melayu Roseta. Lagu ciptaan P. Ramlee/H.M. Rohaizad.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 23, 2009, 2:05pm

[image]

Rindu Hatiku Rindu (P. Ramlee/Sudarmaji) - P. Ramlee dgn Orkestra pimpinan P. Ramlee AMN - Parlophone 45-DPE 8169 (1964)
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 25, 2009, 9:45pm

[image]

Timang-Timang Anak (P. Ramlee/S. Sudarmaji) (1953)
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Apr 27, 2009, 11:24am


Apr 25, 2009, 9:45pm, yudhie wrote:

Timang-Timang Anak (P. Ramlee/S. Sudarmaji) (1953)

Cik Cik Bum - Deddy Damhudi dgn Band 4 Nada pimpinan bersama (1974)

[image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on May 3, 2009, 11:29am


Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on May 8, 2009, 7:50pm

[image]

P. Ramlee (EP cetak rompak - mungkin kompilasi)

Anak Ku Sazali/Selamat Berbahagia Wahai Kekasih
/Azizah/Hamidah

Ghaz, KL


Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on May 11, 2009, 4:01pm

P.Ramlee & Nostalgia Jalan Ampas
[image]
Re: P.Ramlee
Post by admin on May 14, 2009, 5:18am

Well done, Bro Tunasharapan.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on May 14, 2009, 7:37pm

Sketsa Bujang Lapok


Re: P.Ramlee
Post by uswah89 on May 30, 2009, 10:49pm

Sempena memperingati hari pemergian P. Ramlee pada 29 Mei 2009 lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

Air Mata Di Kuala Lumpur (Lagu Terakhir P. Ramlee)

http://www.youtube.com/watch?v=3mrRNYY3imA

Hancur musnah
Impian mulia
Istana ku bina
Menjadi pusara

Gelaplah pasti
Masa hadapan
Jiwaku merayau
Utara dan selatan

Hidup sudah
Tiada bererti
Zahirku hidup
Hai batinku mati

Remuk redam
Hatiku hancur
Airmata di
Kuala Lumpur

Lagu: P. Ramlee
Lirik: P. Ramlee

Lihat juga:
http://pemikir-pramlee.blogspot.com
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on May 31, 2009, 9:14pm

[image]

OST filem Juwita (1951) - Semarak Hati (Yusoff B/S. Sudarmaji) - P. Ramlee (untuk watak Ramlee lakonan P. Ramlee sendiri) dan Rubiah (untuk Kasma Booty yang berlakon sebagai Juwita)
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jul 4, 2009, 10:53pm


Mar 20, 2006, 9:13pm, chubbyghaz wrote:

Oh ya! Untuk makluman kalian, saya ada juga simpan dalam bentuk CD beberapa buah lagu yang arwah cipta tapi hanya dirakam oleh beberapa artis 70an just before and after his death in 1973 seperti berikut:

1. Bawah Rumpun Bambu - Mimi Loma (1973)
(P. Ramlee/Salleh Ghani)

[P. Ramlee hanya sempat mendengar ciptaan terakhir
beliau sebelum lagu ini disalin ke piring hitam, yang
dilancarkan pada 4 Jun 1973, lima hari selepas
kematian beliau!]

Ghaz
Kuala Lumpur


Bawah Rumpun Bambu (P. Ramlee/Salleh Ghani) - Mimiloma iringan P. Ramlee With Rhythm Makers - GUNUNG TAHAN - GT 1015 (1973)

[image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 12, 2009, 10:36am


Jan 10, 2009, 8:34pm, yudhie wrote:
Lagu Gara Asmara ada, tapi belum jumpa. Ketika mencarinya saya jumpa lagu Pantai Gurauan........


[image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 12, 2009, 11:21am

Nuim Khaiyath - merpati dua sejoli terbang dua sekawan di mana matahari di situ pula bulan

Merpati Sejoli (Osman Ahmad) - P. Ramlee & Momo - Filem: Bakti (1950) - His Master's Voice NAM 40
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 13, 2009, 7:28pm


Aug 17, 2006, 11:01pm, yudhie wrote:
Lagu "Selamat Berbahagia Wahai Kekasih" nyanyian dan ciptaan P. Ramlee yang dirakamkan sekitar tahun 1957, khabarnya ditujukan khas kepada Saloma yang berkahwin dengan suami kedua.

SELAMAT BERBAHAGIA WAHAI KEKASIH (P.Ramlee-Mustafa)

P. Ramlee dengan A. Jaafar Orchestra
Irama: Zapin
Rekod: Parlophone DPE 8049

s'lamat berbah'gia wahai kekasih, cantik rupawan
s'lamat menempuh wahai kekasih, gerbang perkahwinan
aku berdoa wahai kekasih, kepada tuhan
semoga aman wahai kekasih, dan berkekalan

berpisah kita hanyalah untuk di dunia saja
aku berjanji akan menanti di gerbang syurga

rela kuhidup wahai kekasih, dalam derita
asalkan dikau wahai kekasih, hidup berbah'gia.


Selamat Berbahagia Wahai Kekasih (P. Ramlee-Mustafa)

[image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 28, 2009, 7:58pm

[image]

Jikalau Ku Tahu (P. Ramlee) - P. Ramlee & Saloma dgn EMI Orkestra pimpinan P. Ramlee AMN - daripada filem "Si Tora Harimau Jadian" - Parlophone EGEP. 586 (1965)
Re: P.Ramlee
Post by tigerluke on Oct 29, 2009, 12:48am

wahai saudara yudhie, terima kasih kerana upload lagu jikalau ku tahu. kalau tak salah, ada lagi satu lagu dari filem sitora harimau jadian, tajuknya mengapa tak berkawan. anda ada tk lagu tu?
Re: P.Ramlee
Post by terangbulan on Oct 29, 2009, 7:52am

Nama Lagu : Mengapa Tak Berkawan
Nyanyian : Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma

http://www.4shared.com/file/144499807/c865354c/Mengapa_Tak_Berkawan.html

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 29, 2009, 10:45am

Terima kasih terangbulan kerana memuat-naikkan lagu Mengapa Tak Berkawan yang dipetik dari filem Sitora Harimau Jadian. Tentu tigerluke cukup puas hati kerana permintaannya sudah ditunaikan.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Oct 29, 2009, 4:12pm

[image]

Album kompilasi Irama Pujaan - P. Ramlee - Parlophone PMDE 302 (1958)

Senyap Dan Sunyi - P. Ramlee dgn Pancha Irama Orchestra - Filem: Siapa Salah - Parlophone DPE. 8024 (1956) Lagu ciptaan P. Ramlee/Jamil Sulong

Versi Hetty Koes Endang (1992)
Re: P.Ramlee
Post by tigerluke on Oct 30, 2009, 10:38pm

sungguh merdu lagu mengapa tak berkawan tu. terima kasih sdr terangbulan kerana upload lagu ni ke laman web ni. btw, ada lagi satu lagu yg cari, hanya angan angan. tu lah lagu terakhir nyanyian p.ramlee yang terdapat dalam album airmata di kuala lumpur.
Re: P.Ramlee
Post by rossman on Nov 7, 2009, 6:34pm

Saya ingin menyingkap kembali artikel dari Yudhie tentang penyanyi Syaugi yang mendapat jolokan " P.Ramlee Indonesia ". Kalau ada gambar, boleh tak tunjukkan kepada kita semua ?

Tentang lagu " KATA DARI KALBU ", mengikut Yudhie, Syaugie menyanyi dengan tajuk " JUWITA PUJAAN KU ". Pada pendapat Yudhie, tajuk mana yang dianggap betul? Setakat ini tidak ada bukti yang lagu itu berjodol " KATA DARI KALBU ". Syaugi telah menggunakan tajuk itu sejak tahun 50an lagi. Tiba-tiba di era zaman ini, muncul pula tajuk " KATA DARI KALBU ".

Adakah tajuk itu baru dicipta oleh seseorang yang kita tidak kenali, oleh kerana lagu itu tiba-tiba digemari oleh peminat P.Ramlee sejak kebelakangan ini ?

Adakah kemungkinan Syaugi sebagai pemegang gelaran " P.Ramlee Indonesia " telah berhubung dengan P.Ramlee di Singapura mengenai tajuk itu sebelum merakamkan lagu ?

Ini menjadi tanda tanya besar di kalangan rakan-rakan saya yang merupakan peminat setia P.Ramlee.



Re: P.Ramlee
Post by terangbulan on Nov 8, 2009, 12:20am

[image]

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Nov 15, 2009, 10:49pm

[image]

Direnjis-renjis - P. Ramlee dgn Osman Ahmad Orchestra - Filem: Takdir Ilahi - Pathe Chap Ayam PTH. 86 (1951) - Lagu ciptaan P. Ramlee
Re: P.Ramlee
Post by terangbulan on Nov 16, 2009, 7:19am

Lagu Direnjis Renjis ini juga dinyanyikan oleh Saloma.

[image]

http://www.4shared.com/file/152869637/b33e298b/Direnjis_Renjis.html

Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Nov 25, 2009, 11:07pm

[image]

LAGU-LAGU DARI FILEM "PUTUS SUDAH KASIH SAYANG"
EMI/Parlophone/Merdeka Film Production (1971)

Putus Sudah Kasih Sayang (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
nyanyian P. Ramlee

Assalamualaikum (P. Ramlee)
nyanyian P. Ramlee & Saloma

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by terangbulan on Nov 26, 2009, 9:48pm

[image]
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 1, 2009, 10:42pm


Nov 7, 2009, 6:34pm, rossman wrote:

Tentang lagu " KATA DARI KALBU ", mengikut Yudhie, Syaugie menyanyi dengan tajuk " JUWITA PUJAAN KU ". Pada pendapat Yudhie, tajuk mana yang dianggap betul? Setakat ini tidak ada bukti yang lagu itu berjodol " KATA DARI KALBU ". Syaugi telah menggunakan tajuk itu sejak tahun 50an lagi. Tiba-tiba di era zaman ini, muncul pula tajuk " KATA DARI KALBU ".

Adakah tajuk itu baru dicipta oleh seseorang yang kita tidak kenali, oleh kerana lagu itu tiba-tiba digemari oleh peminat P.Ramlee sejak kebelakangan ini ?

Adakah kemungkinan Syaugi sebagai pemegang gelaran " P.Ramlee Indonesia " telah berhubung dengan P.Ramlee di Singapura mengenai tajuk itu sebelum merakamkan lagu ?

Salam bro rossman,
Tentang tajuk lagu P. Ramlee yang dirakamkan semula oleh Syaugi itu, saya tak ada maklumat lanjut.

Berikut ini dinaikkan catatan di belakang LP Hasnah Tahar Volume II - Puspa Ragam Lagu Berirama Melaju tentang Sjaugi yang gaya nyanyiannya disamakan dengan P. Ramlee:

[image]

Biduan Sjaugie dikatakan orang mempunjai gaja njanji seperti bintang film P. Ramlee dari Malaya.
Re: P.Ramlee
Post by terangbulan on Dec 2, 2009, 8:08am

Gambar Istimewa Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma

[image]

[image]
Re: P.Ramlee
Post by classicguys on Dec 2, 2009, 4:45pm

sgt cantik&menarik
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 9, 2009, 8:49am

[image]

Tolonglah Kami (P. Ramlee AMN/S. Sudarmaji) - P. Ramlee dgn P. Ramlee Orkestra - filem "Tiga Abdul" - Parlophone DPE 8172 - 1964
Re: P.Ramlee
Post by terangbulan on Dec 17, 2009, 8:30am


Sept 1, 2006, 4:02pm, yudhie wrote:
Banyak lagu yang P. Ramlee nyanyikan dalam filem tidak pernah dirakamkannya ke piring hitam, tetapi dirakamkan oleh penyanyi2 lain. Misalnya lagu Juwita (filem Juwita) oleh A. Ramlie, Tidurku Di Rumput Basah (Siapa Salah) - Kamariah Noor, Tunggu Sekejap (Sarjan Hassan) - Rafeah Buang, Berdendang Ria (Anjuran Nasib) - Jasni, Sang Rambulan (Racun Dunia) - Rubiah, Duka dan Gembira (Miskin) - Aziz Jaafar dan Ingin Tahu (Hujan Panas) - Abdullah Chik & Asiah.

Namun demikian, ada beberapa lagu yang menggunakan suara penyanyi lain di dalam filem dirakamkan ke piring hitam oleh P. Ramlee. Lagu Aku Dan Dia dalam filem Berdosa dinyanyikan oleh penyanyi wanita (mungkin Momo atau Rubiah) tetapi dirakamkan oleh P. Ramlee. Demikian juga lagu Irama Lagu dari filem yang sama. Lagu Inikah Suratan Hidup dan Betapa Riangnya dalam filem Puteri Gunung Banang dinyanyikan oleh Aziz Jaafar, tetapi dirakamkan ke piring hitam oleh P. Ramlee dan lagu Gunung Payung dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup dinyanyikan oleh Normadiah dan suara ramai tetapi dalam versi piring hitam dinyanyikan oleh P. Ramlee dan Saloma.


Lagu Juwita versi Filem dari filem Juwita

[image]
Adingan P.Ramlee bersama Kasmah Booty sedang mendendangkan lagu Juwita.
Maaf gambar kurang memuaskan. Kurang pasti siapakah penyanyi wanita
yg berduet dengan P. Ramlee ini. Harap kekawan tolong bantu


1. mp3
http://www.4shared.com/file/174794687/f0533fde/Juwita_CD_1_CUT.html

2. Video Clip
http://www.4shared.com/file/174757755/7d740867/Juwita_CD_1_CUT.html


Re: P.Ramlee
Post by taruna on Dec 17, 2009, 1:44pm

bro terangbulan,

Itu adalah lagu " Semarak Hati " .
Dalam filem " Juwita ", Kasma Booty menggunakan suara RUBIAH. Tetapi dalam rekod, digantikan pula dengan MOMO.

Terimam kasih kerana masukkan lagu tu. Dah lama tak dengar !



Re: P.Ramlee
Post by terangbulan on Dec 18, 2009, 9:38am

Terima kasih banyak teruna diatas pembetulan tajuk lagu tersebut. Sebenornya saya baru jer menonton cerita Juwita itu. Jadi kat kepala masih terbanyang perkataan juwita tu.

Dibawah ini diturunkan lagu Semarak Hati rakaman Piring Hitam nyanyian Jasni dan Lena

http://www.4shared.com/file/175598619/6740bc97/Semarak_Hati.html
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Dec 27, 2009, 10:58pm

Piring Hitam dibawah ada diiklankan di ebay.

[image]

[image]

Pada muka 1 terdapat lagu PUTRI BERIRAMA. Setahu tunas, tidak ada lagu nyanyian P.Ramlee & Saloma samada solo atau berduet yg bertajuk Putri Berirama. Yang confirmed ada adalah lagu Puteri Bersiram yg dipetik dari lagu asal ciptaan Osman Ahmad dari filem Batu Belah Batu Bertangkup. Barangkali tersilap cetak di P-Hitam tu, atau tajuk asal lagu Puteri Bersiram adalah Putri Berirama? Brother Yudhie tolong confirmkan.

Re: P.Ramlee
Post by chubbyghaz on Dec 29, 2009, 8:58am

P. RAMLEE dengan P. RAMLEE ORCHESTRA
(EMI/Parlophone - 1964)

[image]

Twist Malaysia / Jangan Cemburu
(kedua-dua lagu ciptaan bersama P. Ramlee & S. Sudarmaji)

Gambar Saloma tu hanya hiasan di sampul rekod saja - arwah tidak merakam untuk album ini.

Ghaz, KL
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Dec 29, 2009, 11:04am


Dec 27, 2009, 10:58pm, tunasharapan wrote:

Pada muka 1 terdapat lagu PUTRI BERIRAMA. Setahu tunas, tidak ada lagu nyanyian P.Ramlee & Saloma samada solo atau berduet yg bertajuk Putri Berirama. Yang confirmed ada adalah lagu Puteri Bersiram yg dipetik dari lagu asal ciptaan Osman Ahmad dari filem Batu Belah Batu Bertangkup. Barangkali tersilap cetak di P-Hitam tu, atau tajuk asal lagu Puteri Bersiram adalah Putri Berirama? Brother Yudhie tolong confirmkan.


Salam tunas,

Pada rekod asalnya (78 rpm) tajuk yang digunakan ialah "Puteri Bersiram". Tak tahulah sama ada tajuk "Puteri Berirama" itu salah cetak atau sebaliknya.
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 9, 2010, 9:52am

[image]

Lagu Udara Nyaman dari filem Nasib keluaran 1949. Dalam lagu ini suara P. Ramlee digunakan oleh S. Roomai Noor manakala P. Ramlee menyanyi menggunakan suara orang lain. D. Harris pula menggunakan suara sendiri.
Re: P.Ramlee
Post by rossman on Jan 11, 2010, 12:40am

NAMAKAN PELAKON2 YANG TELAH MENGGUNAKAN SUARA LATAR P.RAMLEE DALAM FILEM
( tidak termasuk P.Ramlee sendiri )

Saya akan bermula dengan 5 orang pelakon ternama. Jika ada, tolong tambahkan lagi :-[br]
1. S.ROOMAI NOOR

2. YUSOFF LATIFF

3. AHMAD MAHMUD

4. JINS SHAMSUDDIN

5. GHAZALI SUMANTERI

Yang lain....lu fikirlah sendiri !!
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 11, 2010, 6:56am

Salam hormat,

Sdr Rossman dan rakan-rakan lain di MN. Dalam filem Arjuna S Shamsudin menggunakan suara latar P.Ramlee untuk lagu Kacang Goreng, dalam Filem Pembalasan suara latar P.Ramlee juga digunakan oleh seorang pelakon lelaki lain selain S Roomai Noor untuk lagu 'Tak Guna'. Dan untuk Filem Kecewa, tak silap tunas Aziz Sattar juga menggunakan suara latar P.Ramlee untuk Lagu Komidi KOMIK berduet dengan S Kadarisamn yang menggunakan suara sendiri. Dalam filem Dewi Murni, suara P.Ramlee juga digunakan oleh Pelakon Tambahan Lelaki yang muncul sebagai nelayan menyanyikan lagu IKAN BESAR.

wassalam.
Re: P.Ramlee
Post by rossman on Jan 11, 2010, 6:34pm


Ada ramai lagi pelakon.
Cuba lagi !!
Re: P.Ramlee
Post by tigerluke on Jan 11, 2010, 9:36pm


Jan 11, 2010, 6:56am, tunasharapan wrote:
Salam hormat,

Sdr Rossman dan rakan-rakan lain di MN. Dalam filem Arjuna S Shamsudin menggunakan suara latar P.Ramlee untuk lagu Kacang Goreng, dalam Filem Pembalasan suara latar P.Ramlee juga digunakan oleh seorang pelakon lelaki lain selain S Roomai Noor untuk lagu 'Tak Guna'. Dan untuk Filem Kecewa, tak silap tunas Aziz Sattar juga menggunakan suara latar P.Ramlee untuk Lagu Komidi KOMIK berduet dengan S Kadarisamn yang menggunakan suara sendiri. Dalam filem Dewi Murni, suara P.Ramlee juga digunakan oleh Pelakon Tambahan Lelaki yang muncul sebagai nelayan menyanyikan lagu IKAN BESAR.

wassalam.


salam buat semua.
seperti kata Rossman, ada lagi pelakon yg menggunakan suara latar P.Ramlee.. sebelum saya teruskan, saya nk perbetulkan sdr tunasharapan. Lagu Kacang Goreng nyanyian S.Shamsudin menggunakan suara P.Ramlee tu adalah dari filem Rayuan Sukma, bukan Arjuna.

Pelakon2 yg lain menggunakan suara nyanyian P.Ramlee adalah: S.Naning, S.Kadarisman, Daeng Idris, Nordin Ahmad, Salleh Kamil
dan juga seorang pelakon extra yang kita tk kenal.

S.Naning: untuk lagu Tak Guna dari filem Pembalasan.

S.Kadarisman: untuk lagu Tak Puas Mata Memandang dari filem Budi Mulia

Daeng Idris: untuk lagu Patah Tumbuh Hilang Berganti dari filem 4 Isteri.

Nordin Ahmad: untuk Aneka Ragam(Duhai Puspa Hati) dan Kwek Mambo dari filem Belantara

Salleh Kamil: untuk lagu Puja Pantai dari filem Ribut.

Pelakon yang kita tak kenali: untuk lagu Membisu dari filem Jangan Tinggal Daku.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 12, 2010, 11:30am

Terima kasih sdr tigerluke atas pembetulan tersebut, ya memang benar dan tepat kata tigerluke Lagu Kacang Goreng nyanyian S Shamsudin yg menggunakan suara latar P Ramlee adalah dalam filem Rayuan Sukma bukannya Arjuna. Maklumlah dah lama tak menonton filem Rayuan Sukma dan Arjuna serta Istana Impian kadang-kadang mudah terkeliru dan terlupa.

Sementara itu, untuk filem BUDI MULIA, BELANTARA dan EMPAT ISTERI saya belum pernah menonton filem-filem tersebut, adakah Sdr Tigerluke mempunyai ketiga-tiga filem itu dalam simpanan. Kalau ada bolehkah dikongsi ya.

Wassalam.
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 13, 2010, 11:29am

Gambar dari penggambaran filem Nasib Do Re Mi


[image]
Re: P.Ramlee
Post by rossman on Jan 16, 2010, 11:28pm

[image]



Re: P.Ramlee
Post by tigerluke on Jan 16, 2010, 11:51pm

Biar Saya Cuba Try

1. M.Zain untuk lagu Yang Mana Satu Idaman Kalbu dari filem Labu Labi.

2. Seorang pelakon extra ketika scene majlis perkahwinan Jamil dan Rohani mengiringi kumpulan kompang menyanyikan lagu Gambus Jodoh dari filem Madu Tiga

3. Udo Umar untuk lagu Tolong Kami dari filem 3 Abdul

4. S.Sudarmaji untuk lagu Ayo Kazambo dari filem Panggilan Pulau

5. Seorang lagi pelakon tambahan menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru dan Direnjis-Renjis dari filem Kanchan Tirana
Re: P.Ramlee
Post by rossman on Jan 20, 2010, 2:16pm

TIGERLUKE, TUNASHARAPAN,

KITA TUNGGU KEPUTUSAN SEPENUHNYA PADA BULAN DEPAN !

KALAU DAH BETUL2 PASTI, BARU SAYA UMUMKAN !! ( ini pun untuk kebaikan kita jugak ! )
Re: P.Ramlee
Post by misskiah on Jan 23, 2010, 1:32am

bro rossman....kiah rasa lah ada sorang lagi yang miming suara nyanyian p.ramlee....
SONY ABDULLAH dalam filem BUMIPUTRA...LAGU 'BERPEDATI' .
betul tak bro...??
Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Jan 23, 2010, 8:52pm

Tulisan berikut ini dipetik dari Majalah Bintang bilangan 40 - bertarikh 16 Disember 1956.

ULAR UNTUK "PANCHA DELIMA"

Sebagaimana yang telah kita ketahui bersama bahawa ular yang dimainkan di dalam filem "Belantara" arahan Tuan S. Ramanathan yang hingga menulis inipun masih belum selesai pembikinannya itu adalah dipimpin oleh Saudara Abdul Aziz Lazim, maka tentulah dengan segera kita bersama dapat mengagak bahawa ular-ular yang akan dimainkan di dalam filem "Pancha Delima" arahan Tuan P. Ramlee itu juga akan dipimpin oleh Saudara Abdul Aziz ini.

Keadaan yang sebenarnya berlaku sekarang ini tidaklah sebagaimana yang dijangka semula tadi. P. Ramlee menyatakan kepada kita bahawa untuk filemnya "Pancha Delima" itu dia telah memberikan keputusan tidak akan menggunakan ular besar seperti ular yang dipimpin berlakon di dalam filem "Belantara" itu. Dia hanya akan menggunakan ular-ular kecil yang selalu dimainkan oleh ahli-ahli silap mata India di tepi-tepi jalan itu sahaja.

Dengan keterangan Ramlee serupa ini ternyatalan sudah sekarang bahawa Saudara Abdul Aziz Lazim tidak lagi dikehendaki tenaganya untuk memimpin lakonan ular selain dari filem "Belantara" sahaja.

Menurut P. Ramlee lagi, sebab pun dia tidak mahu menggunakan ular besar serupa ular untuk filem "Belantara" itu ialah kerana setelah ia melihat sendiri betapa sulitnya kerja-kerja yang dilakukan oleh Saudara Abdul Aziz ketika memimpin lakonan ular yang hanya seekor sahaja di dalam filem "Belantara" itu. Melihat ini tentulah lebih sukar lagi kalau jumlah ularnya sampai lima ekor sebagaimana yang dikehendaki untuk lakonan filem "Pancha Delima".

Alasan lain yang diberikannya kepada kita ialah: ular-ular besar serupa itu tidak dapat disuruh buat sebagaimana yang dikehendakinya, umpamnya disuruh berlingkar dan menaikkan kepalanya hingga setinggi kira-kira dua atau tiga kaki ke atas.

Dengan demikian tetaplah sudah bahawa untuk filem "Pancha Delima" P. Ramlee akan menggunakan ular-ular yang dipunyai oleh ahli-ahli permainan silap mata sahaja.

Re: P.Ramlee
Post by terangbulan on Jan 23, 2010, 9:05pm

Lagu Getaran Jiwa nyanyian seniman agong P. Ramlee telah di Inggeriskan oleh lobo dengan tajuk whisper in the wind. Dengarkan

http://www.4shared.com/file/205052640/aa23597c/Whispers_In_The_Wind_-_Lobo.html




Re: P.Ramlee
Post by rossman on Jan 23, 2010, 11:32pm

Terima Kasih terangbulan.
Saya memang takde lagu itu. Nak cari kat kedai malas. Saya sertakan disini dengan gambar LOBO, mat salleh yang menyanyikan lagu GETARAN JIWA dalam bahasa Inggeris.

[image]
Re: P.Ramlee
Post by rossman on Jan 23, 2010, 11:35pm


Jan 23, 2010, 1:32am, misskiah wrote:
bro rossman....kiah rasa lah ada sorang lagi yang miming suara nyanyian p.ramlee....
SONY ABDULLAH dalam filem BUMIPUTRA...LAGU 'BERPEDATI' .
betul tak bro...??


pandai pun kiah !
Re: P.Ramlee
Post by rossman on Jan 23, 2010, 11:58pm


Jan 23, 2010, 8:52pm, yudhie wrote:
Tulisan berikut ini dipetik dari Majalah Bintang bilangan 40 - bertarikh 16 Disember 1956.

ULAR UNTUK "PANCHA DELIMA"

Sebagaimana yang telah kita ketahui bersama bahawa ular yang dimainkan di dalam filem "Belantara" arahan Tuan S. Ramanathan yang hingga menulis inipun masih belum selesai pembikinannya itu adalah dipimpin oleh Saudara Abdul Aziz Lazim, maka tentulah dengan segera kita bersama dapat mengagak bahawa ular-ular yang akan dimainkan di dalam filem "Pancha Delima" arahan Tuan P. Ramlee itu juga akan dipimpin oleh Saudara Abdul Aziz ini.

Keadaan yang sebenarnya berlaku sekarang ini tidaklah sebagaimana yang dijangka semula tadi. P. Ramlee menyatakan kepada kita bahawa untuk filemnya "Pancha Delima" itu dia telah memberikan keputusan tidak akan menggunakan ular besar seperti ular yang dipimpin berlakon di dalam filem "Belantara" itu. Dia hanya akan menggunakan ular-ular kecil yang selalu dimainkan oleh ahli-ahli silap mata India di tepi-tepi jalan itu sahaja.

Dengan keterangan Ramlee serupa ini ternyatalan sudah sekarang bahawa Saudara Abdul Aziz Lazim tidak lagi dikehendaki tenaganya untuk memimpin lakonan ular selain dari filem "Belantara" sahaja.

Menurut P. Ramlee lagi, sebab pun dia tidak mahu menggunakan ular besar serupa ular untuk filem "Belantara" itu ialah kerana setelah ia melihat sendiri betapa sulitnya kerja-kerja yang dilakukan oleh Saudara Abdul Aziz ketika memimpin lakonan ular yang hanya seekor sahaja di dalam filem "Belantara" itu. Melihat ini tentulah lebih sukar lagi kalau jumlah ularnya sampai lima ekor sebagaimana yang dikehendaki untuk lakonan filem "Pancha Delima".

Alasan lain yang diberikannya kepada kita ialah: ular-ular besar serupa itu tidak dapat disuruh buat sebagaimana yang dikehendakinya, umpamnya disuruh berlingkar dan menaikkan kepalanya hingga setinggi kira-kira dua atau tiga kaki ke atas.

Dengan demikian tetaplah sudah bahawa untuk filem "Pancha Delima" P. Ramlee akan menggunakan ular-ular yang dipunyai oleh ahli-ahli permainan silap mata sahaja.


Bro yudhie,

Selepas BELANTARA, Normadiah tak serik2 lagi. Saya rasa dia berlawan dengan ular yang sama dalam filem ini. Mungkin pada kali ini lebih senang sikit sebab ular tu dah tua - hilang gigi tinggal gusi !! hehehehe...
cuba teka filem apa ni ??

[image]

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 24, 2010, 12:46am

Bro Rossman, filem Lubalang Daik la tu...
Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 24, 2010, 12:57am

Untuk peminat P.Ramlee di Hari Minggu. Dari Filem CEMBURU

Lagu Cemburu
Rasanya P.Ramlee tak merakamkan lagu ini dalam piring hitam. R Ismail ada merekodkan suaranya untuk lagu ini.

cemburu.............
cemburu.............
cemburu selalunya jadilah
hati sentiasa bercuriga saja
cemburu
membunuh pekerti
hilang budi tinggi
dan menyiksa diri
cemburu tandanya hati tak suci
berbuat dosa tiada berhenti
cemburu
janganlah cemburu
kerana cemburu
merosak jiwamu
cemburu tandanya hati tak suci
berbuat dosa tiada henti
cemburu...
janganlah cemburu
kerana cemburu
merosak jiwamu....

KALAU TAK BOLEH PLAY DI BROWSER ANDA SILA KLINK SI SINI

Wassalam

Re: P.Ramlee
Post by tunasharapan on Jan 24, 2010, 4:58pm

Keratan-keratan wajah di bawah adalah muka pelakon-pelakon dalam sebuah filem komidi arahan dan lakonan P.Ramlee tahun 1961.

Bak kata Ahli Nujum Negara Masai (Udo Umar) " Jika tuan-puan bijak laksana, cuba teka nama filem dan juga nama-nama pelakon berikut:-"

[image]

A:..................................

B:..................................

C:..................................

D:..................................

E:..................................

F:..................................

G:..................................

H:..................................
Re: P.Ramlee
Post by filemklasik on Jan 24, 2010, 6:35pm

Biar saya teka,

A - Normadiah
B - M.Zain
C - Aziz Sattar
D - Sarimah
E - P.Ramlee
F - K.Fatimah
G - Leng Hussein
H - S.Shamsudin

Entahlah ye,saya cuba sebab saya agak2 filem ali baba.
Re: P.Ramlee
Post by misskiah on Jan 24, 2010, 9:29pm

Kiah rasa jawapan filemklasik tu betul lah....

cuma, kalau tak betul pun tajuk tu lah...bukan ali baba, tapi...... ALI BABA BUJANG LAPOK...hehehe ( jangan mare ya )

:) :) :)
Re: P.Ramlee
Post by filemklasik on Jan 25, 2010, 7:47pm

Haha buat lawak pula missKiah ni..ye tak ye pula,saya ni tulis tajuk pun tak lengkap :P
Re: P.Ramlee
Post by misskiah on Jan 26, 2010, 2:49am

haha...jangan marah....bila nak taruk gambar kat sebelah tu ya.?? :P
Re: P.Ramlee
Post by filemklasik on Jan 26, 2010, 6:13pm

Hehe,maklumlah masih bayi abu..saya masih tengah perah otak belajar cara nk letak gambar
Re: P.Ramlee
Post by misskiah on Jan 28, 2010, 2:49pm

haha...bayi abu dia kata....tapi kiah tengok, macam macam gambar pelik pelik yang filemklasik letak...maknanya bayi ni bukan sebarang bayi la....hehe ;D ;)

Re: P.Ramlee
Post by yudhie on Feb 3, 2010, 12:26pm

P. Ramlee ketika masih kurus

[image]
Re: P.Ramlee
Post by tigaabdul on Feb 3, 2010, 12:52pm

timekasih yudhie,
bertambahlah lagi koleksi aku !!
Re: P.Ramlee
Post by terangbulan on Feb 4, 2010, 1:24am

Original Sound Track lagu Kacang Goreng nyanyian P. Ramlee dalam filem Rayuan Sukma

Video Clip
http://www.4shared.com/file/214482982/ea18bdec/Kacang_Goreng_-_P_Ramlee_1.html


MP3
http://www.4shared.com/file/214472229/920f4de/Kacang_Goreng_-_P_Ramlee.html
Re: P.Ramlee
Post by triplex on Feb 7, 2010, 5:44pm

Salam,
Untuk dikongsi bersama, sharing is caring ... dikesempatan yang ada, saya abadikan irama merdu nyanyian P.Ramlee di Youtube ...