Perbincangan Muzik » Sumbangsih » Sudirman Hj Arshad
http://hamlau.proboards.com/index.cgi?board=sumbangsih&action=display&thread=109

Sudirman Hj Arshad
Post by jazzdjoe on Apr 15, 2006, 10:37am

Sekelian para peminat Hamlau.com dan Almarhum Sudirman Hj Arshad,

Saksikanlah rakaman rancangan TREK SELEBRITI Sudirman Dalam Memori dibawah ini.

Segala kisah hidup Almarhum akan dapat kita ketahui, lebih2 lagi untuk para peminat di Singapura kerana rancangan ini diterbitkan di Astro Ria.

TREK SELEBRITI: SUDIRMAN DALAM MEMORI

Terharu bila melihatnya. Begitulah hidup anak seni yang disanjung masyarakat dan difitnah segolongan manusia yang berhati syaitan.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by aliph on Oct 10, 2006, 9:14am

Maaf saya ‘ketinggalan keretapi’….heh heh!!

Saya turut menonton rancangan ini dulu. Dan sesuatu yang menarik adalah dengan kemunculan saudara Zulzamrin yang memegang watak Din dalam filem KAMI. Dah besar panjang dan bapak budak rupanya saudara Din kita ni ;D
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Oct 11, 2006, 2:03am

Allahyarham memang tiada pengganti.. heheh patutle lambat... en aliph beralih lah kepada lrt atau komuter.. pasti lebih awal hehehhe :)

[image]
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Oct 11, 2006, 12:30pm

Aliph & Chip ...

Agaknya bas yang dinaiki Sudirman untuk album Lagu Anak Desa tu pun dah masuk kedai potong! Teringat saya pada bentuk bas mini yang saya biasa naik. Bas mini no. 14 dari Taman Greenwood, Gombak ke PJ Old Town. Dahulu bentuknya lebih kurang seupa dengan bas yang Sudirman naik tu.

Kalau kalian tonton filem Melayu lama yang ada adegan dalam bas - kalian akan perhatikan bas-bas itu yang mana company-nya dah tak wujud lagi.

Filem Kami (1982) lakonan Sudirman tu dibuat penggambarannya di sekitar Gombak - adegan pasar malam tempat si Tookoo beli kaset tu pun letaknya di Gombak Setia.

Kalau kalian tonton filem Melayu lama yang ada adegan dalam bas - kalian akan perhatikan bas-bas itu yang mana company-nya dah tak wujud lagi. Contohnya:

1. Bas 'Katong-Bedok' - dalam filem Mat 3/4 (1968) lakonan Mat Sentol - adegan bas itu
mengejar Mat Sentol yang berlari sambil pikul tiang bus-stop!

2. Bas 'Paya Lebar' - dalam filem Jiran Sekampung (1966) - dinaiki oleh Roseyatimah

3. Bas 'Union' - yang dinaiki beramai-ramai oleh para pelakon filem Tunang Pak Dukun (196?)
sambil menyanyi lagu Pulang Marantau - sekarang dah tukar nama kepada 'United Bus'.

4. Bas 'Changi' - dinaiki oleh Kuswadinata dalam filem Aku Mahu Hidup (1970)

5. Bas 'Len Seng' - dinaiki oleh P. Ramlee, ketika membantai penyeluk saku (Shariff Baboo)
yang mencuri dompet Sharifah Hanim dalam filem Masam Masam Manis (1965) - sekarang
masih ada tapi jarang nampak.

Ghaz, KL
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by aliph on Oct 11, 2006, 1:04pm

wahahahahaha!!! Memang tergelak sorang saya kat office ni bila baca posting awak Ghaz. Masakan saya boleh lupa akan bas mini yang cukup besar jasanya pada warga Kuala Lumpur suatu masa dulu. Saya cuma sempat merasai zaman kegemilangan bas mini sewaktu awal 90'an. Lepas tu bas mini dah jadi sejarah.

Ini antara beberapa gambar bas mini yang saya capture dari filem² melayu. Kebetulan pulan kedua²nya nombor 14 seperti yang Ghaz ceritakan

[image]
dipetik dari filem Kembara Seniman Jalanan

[image]
dipetik dari filem Sikit Punya Gila. Rasanya yang ini adalah antara generasi terawal bas mini.

**maaf, dah lari tajuk saya bila mengenangkan nostalgia ini.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Oct 11, 2006, 1:20pm

Model bas mini dalam filem Kembara Seniman Jalanan tu dah banyak improve. Model dalam filem Sikit Punya Gila tu nasib baik awak tak naik, Aliph! Sendat wooo ... penumpang terpaksa tundukkan kepala bila berdiri atau nak keluar dari bas tu. Masa tu saya kecil sangat lagi .. jadi leher dan kepala saya tak terjejas - tapi ayah dan ibu saya sakitlah .... terutamanya bila ibu saya sarat mengandung atau mendukung adik yang masih bayi.

Ghaz, KL
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Oct 11, 2006, 4:13pm

ghaz : rumah yg tookoo duk ngan din tu masih ada lagi tak agak2nya...

hahaha opsss jgn lupa pastikan juga duit malaysia.. bukan duit rupiah... kang tak pasal2 menapak jalan kaki balik hehehhe

bas tong fong pun dah tak de dah.. memang nostalgia semua tu
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Oct 11, 2006, 4:39pm

Tak tahulah sama ada banglo tinggal tu masih wujud lagi.

Memang saya tak boleh lupa adegan dalam Sikit Punya Gila tu - Hamid Gurkha bayar tambang bas mini dengan wang siling 500 rupiah!

Mujurlah bas Toong Fong tu dah tak wujud lagi, kalau tidak ia akan mengingatkan saya pada seorang gadis .... di mana bas Toong Fong itu melalui kawasan rumahnya. (Ini cerita zaman kampus ya - di usia akhir remaja ... biarlah ia menjadi nostalgia!)

Ghaz, KL
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Oct 11, 2006, 10:52pm

uhhh klu gitu saya ada satu lagu utk ghaz.. http://www.geocities.com/julieramie/bas_no_1.ram
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by shambulat on Oct 12, 2006, 1:09am


Quote:
Maaf saya ‘ketinggalan keretapi?.heh heh!!

Saya turut menonton rancangan ini dulu. Dan sesuatu yang menarik adalah dengan kemunculan saudara Zulzamrin yang memegang watak Din dalam filem KAMI. Dah besar panjang dan bapak budak rupanya saudara Din kita ni ;D


Si Zulzamrin yang berlakon watak "DIN" sekarang ni Engineer kat sebuah kilang kat Shah Alam .
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Oct 12, 2006, 8:32am

;D wahh seorang yg berkerjaya juga dia ye... masa dia berlakon sebagai din pun dia begitu hebat memegang watak tersebut.. memang dia seorang yg berbakat besar.. mahupun sebgai engineer atau perlakon.. dari seorang anak yg di dera.. mengutip botol dan akhirnya kena langgar.. namun dia telah berjaya :)
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by aliph on Oct 12, 2006, 9:34am

Thanks Sham! Awak biasa jumpa saudara 'Din' kita ni ye?? Ajak la dia join MN ni sama......heh heh!!

OK, macam biasa saya nak tanya sikit.

1. Lagu rancak yang Tookoo nyanyi kat pasar malam tu dalam album Sudirman yang mana satu ye?? Lebih kurang liriknya macam ni:

ada seorang budak perempuan baru tiba dikampungku
rambutnya panjang hingga mencecah bahu
oooo yeaa....ooo yeaa

**DVD filem ni ada saya beli tapi lupa pulak nak salin lirik betulnya

2. Balai polis tempat Tookoo ditahan tu balai polis kat mana? Nampak macam area Chow Kit pun ada


Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Oct 12, 2006, 11:32pm

Aliph : Dulu masa saya berumur 13 tahun saya terjumpa sebuah kaset yg ibarat telur di hujung tanduk... tapi alhamdulilah tali tapenya masih sempurna.. kemudian saya tukar kan kepada badan yg baru... rupanya ia adalah kaset sudirman Album tersebut.. di dalamnya yg masih saya ingat antara lagunya adalah

1. bila wajah mu ku bayangkan
2. ku pandu laju ( bersalah )
3. budak baru ( lagu rancak yg tookoo nyanyikan )
4. Pelangi petang
5. Melati

hanya itu yg dpt sy ingat.. Tajuk Album nya pun saya tak tahu..

Semasa saya berumur 16 tahun dan masuk ke asrama.. dan pulang semula kerumah..
kaset tu dah jadi mangsa dirakam lagu 60an oleh ayah saya.. :(
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by aliph on Oct 13, 2006, 9:07am


Quote:
Aliph : Dulu masa saya berumur 13 tahun saya terjumpa sebuah kaset yg ibarat telur di hujung tanduk... tapi alhamdulilah tali tapenya masih sempurna.. kemudian saya tukar kan kepada badan yg baru... rupanya ia adalah kaset sudirman Album tersebut.. di dalamnya yg masih saya ingat antara lagunya adalah

1. bila wajah mu ku bayangkan
2. ku pandu laju ( bersalah )
3. budak baru ( lagu rancak yg tookoo nyanyikan )
4. Pelangi petang
5. Melati

hanya itu yg dpt sy ingat.. Tajuk Album nya pun saya tak tahu..

Semasa saya berumur 16 tahun dan masuk ke asrama.. dan pulang semula kerumah..
kaset tu dah jadi mangsa dirakam lagu 60an oleh ayah saya.. :(


wahahahahaha!!! saya tau bagaimana perasaan awak masa tu, mesti frust menonggeng punya. Keset rare yang semacam tu menjadi mangsa keterujaan ayah awak dengan 60'an. ;D

Saya rasa nak dapatkan dalam bentuk VCD atau keset album ni mungkin mustahil. Barangkali LPnya masih boleh lagi dicari. Insyaallah saya akan ke Amcorp Mall lagi minggu ini, saya nak cari album tu.

Lagu² yang bertanda merah tu ada dalam filem KAMI manakala lagu bertanda biru tu kalau tak salah saya pernah dibawa oleh Anita Sarawak dalam satu rancangan TV RTM (rancangan khas raya)

Aku baru lulus memandu kereta
tapi aku berlagak konon dah bijak


(itupun kalau betullah lagu ini yang dimaksudkan)

Oppss.... satu lagi! dah bertahun² saya tak dengar lagu ini :

Dingga ding galee Minah nak Pak Mat Kolee
mahu bikin tunang tapi banyak yang menghalang.....


lagu yang ini pun saya tak tau dalam album yang mana satu

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by aliph on Oct 13, 2006, 2:10pm

Ni tak ada apa² yang kena mengena dengan tajuk la, just saya nak kongsi nostalgia dengan Ghaz atau sesiapa yang seusia dengan kami.

Ingat lagi tak buku teks Ilmu Kesihatan Darjah 1 ni (tahun 1980):

[image]

[image]

[image]

[image]

hahahaha!! skema sungguh ayat² buku teks masa tu kan??
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Oct 13, 2006, 11:43pm

Aliph : hehehe wah nostalgik sungguh ni.. tak kisah even lari tajuk.. janji ianya retrospective... buku tersebut bukan pd zaman saya.. pd Zaman saya buku-buku teks terutamanya yg bahasa malaysia.. banyak mengandungi nama Ali dan Ahmad je... mmg glamour nama tu pada zaman saya... 1985 - darjah 1.

sy pernah ke memori lane utk mencari buku2 mcm tu.. sesekali dpt baca balik pasti tersenyum sendirian.. namun hanya buku2 sekitar penguhujung 80 dan awal 90 sahaja yg banyak,, itu pun tah buku apa-apa tah...

klu saudara aliph ada lagi banyak bahan camtu bleh lah kongsi bersama
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by aliph on Oct 14, 2006, 1:46am

heh heh!! Saya tak banyak bahan² nostalgia macam ni Chip. Kalau ada bahan² macam ni, memang saya tak lepaskan peluang untuk ambil gambar sebagai kenangan. Buku tu pun saya dapat dari kawan saya dan saya pinjam untuk scan gambar² menarik.

Oh, awak selalu ke Memory Lanes ya? saya pun dah lama tak kesana. Kalau awak perasan kat situ awak akan berjumpa seorang pelakon era 70'an & 80'an iaitu saudara Sidek Hussin yang turut berniaga barang² antik disitu.

Tahun 1985 saya dah masuk sekolah menengah, tingkatan satu. Kalau begitu umur awak tak jauh beza sangat dengan saya.

Nama² seperti Ali, Ah Kau, Zurina, Ramasami memang popular dalam buku² teks sekolah masa tu ;D

Ini ada satu bahan dari saya untuk semua. boleh kategori sebagai nostalgia juga kan??

[image]

kasut ni saya dapat di Kuala Kangsar dengan harga RM15.00. Dek kerana terlampau berkenan saya pernah pakai sekali ke rumah kenduri kahwin dan ke office. Nampak lain macam aje bila banyak mata asyik memandang kasut tu, saya tak pakai terus sampai sekarang.....hahahaha!!


Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Oct 14, 2006, 8:27am

ohh sidek husin aka bachok... :) masa sy kecil sy cukup menonton filem toyol tu..
hehehe diorg teruja rasanya tu tgk kasut tu.. tu yg banyak mata-mata yg memandang.. ada baiknya pun en aliph xyah pakai.. memandangkan ianya dah menjadi bahan nostalgia...bukan pe takut nnt rosak.. benda cam ni kena jaga elok2.. bukan senang nak dpt
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Oct 14, 2006, 1:33pm

Saya minat betul gambar radio dalam buku teks tu - sekarang hanya terdapat di kedai antik. Cikgu sekolah zaman dulu suka benar simpan sideburn, agaknya terpengaruh oleh Elvis Presley. Set ruang tamu tu pun keluarga saya pernah ada - khususnya meja cerminnya yang terpaksa dijaga supaya tak pecah. Buku teks Ilmu Kesihatan tu juga saya pernah gunakan di sekolah - maknanya saya satu batch dengan Aliph.

Ghaz, KL
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by tunasharapan on Dec 10, 2006, 1:40pm

Ini tunas pastekan artikel mengenai Allahyarham Sudirman khasnya buat peminat-peminat Penghibur No. 1 Asia ini.

[image]

Nama Sudirman Hj Arshad adalah satu nama besar dalam industri musik tanahair. Allahyarham (25 Mei 1955-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, bahkan diktiraf sebagai penghibur nombor 1 Asia sebelum Siti Nurhaliza, Sudirman - penyanyi pertama rakyat Malaysia yang memenangi Anugerah Penyanyi Terbaik Asia pada 19 Mac 1989 di Royal Albert Hall, London. Dalam Pertandingan Anugerah Muzik Popular Asia pertama itu, Sudirman telah mengalahkan lapan orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Filipina, China dan Singapura. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan 2 buah lagu Inggeris ‘A Thousand Million Smiles’ dan ‘Send In The Clown’ dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya. Beliau telah diberi jolokan sebagai Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.
Kejayaan beliau telah diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan turut mendapat liputan meluas dari berbagai media di negara ini.

Kejayaannya dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa seharusnya diberi sanjungan yang berterusan meskipun pada saat ini beliau telah tiada lagi untuk terus mewarnai dunia seni suara tanah air dengan pencapaian-pencapaian gemilangnya.
Petikan drp booklet Memori Hit Sudirman 1954-1992)

Sudirman dalam Kenangan
Sudirman dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang. Anak kepada Haji Arshad yang merupakan seorang bapa penoreh getah bersebelahan dengan rumahnya. Pada tahun 1980 Sudirman telah menerima ijazah doktor falsafah undang-undang dari Universiti Malaya (UM).
Nama Sudirman masih segar dalam ingatan walaupun telah 14 tahun meninggalkan kita. Penghibur ini berbakat besar, muzik dan pencapaiannya masih dikenang sehingga ke hari ini.

Beliau yang merupakan penghibur serba boleh telah membuat kejutan dari Sekolah Pay Fong, Melaka (1976) sehingga ke ruang berprestij di Royal Albert Hall London (1989).

Belum pernah sejak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia, Malaysia mempunyai seorang seniman yang luar biasa hebatnya, apatah lagi seorang seniman yang dapat merentasi sempadan bangsa. Sudirman Haji Arshad merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat.

Wajarlah beliau sering dikatakan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Penghibur Rakyat, A Genius With Microphone dan pelbagai lagi..

Beliau merupakan segala-galanya bagi kita kerana dialah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.

Sepanjang penglibatannya dalam bidang muzik, beliau telah menghasilkan 20 buah album dalam bahasa Melayu, termasuk dua buah dalam bahasa Inggeris "Twinkle-Twinkle Little Star" dan "Images"

Siapa dapat melupakan konsert mega percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 15 April 1986? Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100,000 penonton dengan kehebatannya.

Sudirman juga muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur dengan penampilannya yang berbeza, mengenakan baju bendera (Jalur Gemilang) sambil mengibarkan Jalur Gemilang (ketika itu Bendera Malaysia) yang besar.

Persembahan beliau dengan lagu One Thousand Million Smiles yang begitu mempersonakan dalam Salem Music Awards di Royal Albert Hall pada tahun 1989 sehingga berjaya dinobatkan sebagai Penghibur No. 1 Asia yang sesungguhnya amat membanggakan Malaysia.

Memang benar, ingatan terhadap Sudirman masih segar bersama kita walaupun selepas 14 tahun pemergian beliau ¨C perjuangannya masih belum selesai.
Lagu-lagu dendangan Sudirman berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia.

Temanya berkisar dari alam semulajadi Seperti Penyu Menangis, kepada perlaksanaan sistem Punch Card ke sub budaya Chow Kit Road, rentak keliru Penganggur, lagu patriotik Tanggal 31 dan kedinginan Salam Terakhir.

Lagu Balik Kampung merupakan suatu kemestian bagi perantau-perantau yang berpusu-pusu meninggalkan kota pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.

Bakat anak kepada ahli politik Temerloh yang dilahirkan 25 Mei 1954 ini telah diketengahkan apabila memenangi pertandingan Bintang RTM pada 11 Ogos 1976 dengan mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender.

Setelah bergelar penyanyi, beliau telah merangkul satu lagi anugerah utama iaitu Penghibur Terbaik di Juara Lagu 1987 dan dengan bakat yang dimiliki, beliau dilantik sebagai Malaysia Singing Ambassador oleh Kementerian Pelancongan dan Kesenian Malaysia pada 1985.

Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya di mana pada tahun 1980 beliau telah lulus peperiksaan undang-undang dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Beliau telah dipanggil untuk menjalani latihan mahkamah empat tahun kemudian.

Hari memperingati kekasih, Februari 1981 merupakan detik-detik manis beliau apabila menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil Kamarian Kay Jamaluddin. Walau bagaimanapun, jodoh mereka hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.

Berbekalkan bakat lakonan yang ada dalam dirinya, beliau telah memegang watak utama sebagai Tookoo dalam filem Kami dengan Zul Zamrin Huri yang diarahkan oleh Patrick Yeoh pada 1982. Filem ini telah memenangi Anugerah Festival Filem Malaysia ke-3.

Jasa yang dicurahkan beliau terbalas apabila dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara pada tahun 1988 dan menerima dua anugerah selepas kematiannya pada tahun 1992 iaitu Johan Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong dan Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang.

Kejayaannya dalam memasarkan minuman baru Sudi Cola telah mengangkat beliau sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda dan atas inisiatifnya juga, beliau telah membuka Sudi Shoppe di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan penampilan bintang popular.
Namun zaman kegemilangan beliau hanyalah sementara apabila pada ketika berusia 37 tahun beliau telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Tanggal 22 Februari 1992, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya di Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit pneumonia. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air. Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Temerloh.Jenazah beliau telah disemadikan di Kampung Cengal, Temerloh.

Selepas pemergiannya, beliau telah menerima beberapa lagi anugerah iaitu Penghibur No. 1 Malaysia yang diberikan oleh New Strait Times pada tahun 1993, Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993, dan Hadiah Pertama dalam Mobil-Mabopa (Malaysia Book Publishers Association) anugerah bagi novel sastera kanak-kanaknya iaitu Taming Si Budak Pintar pada tahun 1995.

Sudirman penghibur berbakat besar. Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan bersaiz kasut 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.

Demikianlah. Sudirman - Satu Lagenda Seni Tanahair. Al-Fatihah untuk beliau.
Album Teriring Doa merupakan album debut Sudir selepas beliau menang pertandingan Bintang RTM 1976. Album ni released pd tahun 1976, dibawah label Warnada Music iaitu sebelum Sudirman dilamar oleh EMI. AlbumTeriring Doa mengandungi 2 buah lagu di muka satu dan lagi dua buah lagu di muka dua.

Kini penghibur nombor 1 Asia yang juga anak jati Temerloh, Siti Nurhaliza telah mengadakan konsert Untukmu Sudir sebagai mengenang jasa buat Sudirman sebagai Seniman Rakyat.

Antara Lagu-lagu Popular Sudirman

31 Ogos 1957
Apa Khabar Orang Kampung
Adat Berkasih
Ayah dan Ibu
Antara Hujan dan Air mata
Air Mata Kasih
Anak Dagang
Aku Pengangur
Basikal Tua
Berpisah Akhirnya
Balik Kampung
Berdendang Anak Dara
Biarlah ku sengsara sendiri
Bila wajahmu kubayangkan
Bimbang Terluka lagi
Cinta
Chow Kit Road
Dilema Dunia Cinta
Dia Tiada Lagi
Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Di manakah nilai cintamu
Gadis Impian
Gerimis
Hujan Semalam
Hanya Nyanyian
Hati Rindu
Hilang Berganti
Jali-jali
Jauh di sudut Hati
Jangan Kau Curiga
Joget Kenangan Manis
Kasih
Ku Pandu Laju (Bersalah)
Ketenangan Jiwa
Kerana Mata
Kuala Deli
Kehadiranku
Kau akan Kembali
Kul It
Sebuah Cinta dan Harapan
Sengsara Sendiri
Mari Bergembira
Merisik Khabar
Mat Disko
Orang Muda
Patah Hati
Pujaan Hatiku
Pelita Hati
Pelangi Petang
Pesan Abang
Punch Card
Salam Terakhir (Lagu terakhir)
Sepetang di Pinggir Bukit
Selamat Malam Sayang
Sengsara Sendiri
Sri Sarawak
Terasing
Tetapkan Hatimu
Tak Perlu Diucapkan
Teratai Menjelma
Toyol
Warisan
Anak Gembala (1980)
Hidup Sederhana Basikal Tua (1980)
Dikau Kekasih (1984)
*Teriring Doa (1977)
Gerimis Di Lautan (1979)
Gugur Di Tangkai Madu (1978)
Hujan (1980)
Joget Kenangan Manis (1980)
Kau Akan Kembali (1980)
Mat Disko (1979)
Nilai Cintamu (1980)
Pelangi Petang (1982)
Senja Berulang Senja (1979)
*Seruling (1977)
*Ku Bersilat (1977)
*Surat Ku Yang Ini (1977)
Tak Perlu Diucapkan (1984)
Toyol (1979)
Warisan (1982)
Budak baru

[image]
[image]
[image]
[image]

Wassalam, Tunasharapan
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by tasek on Dec 11, 2006, 11:45am

Mengenai lagu-lagu Allahyarham dalam setiap album compilasi kenapa lagu Nama Seindah Wajah tak dimasukkan. Bagi saya lagu ini juga popular dan mempunyai irama yang menyegarkan dan rancak. Agak pelik pihak EMI boleh melupakan lagu ini. Setiap kali album kompilasi Allahyarham di keluarkan saya cuba mencari lagu ini tapi memang saya rasa tak pernah ada atau mungkin saya terlepas pandang .. lirik lagu tu lebih kurang macam ni:

Kalau ku dapat mendaki gunung
Akanku seru kulaungkan
Oh namamu, kuserukan oh namamu
Pasti nanti
Bergema namamu di pergunungan
Bergema namamu di seluruh maya

Indahnya namamu seindah wajahmu
Bagai bidadari di dalam mimpi
Indahnya namamu seindah wajahmu
Kaulah pilihan hati

Kalau ku dapat mengepul awam
Akan kupintal ku jadikan
Oh namamu ku tuliskan oh namamu
Pasti nanti
Tertulis namamu di kepulan awam
Kan jelas terlihat di seluruh maya

Indahnya namamu seindah wajahmu
Bagai bidadari di dalam mimpi
Indahnya namamu seindah wajahmu
Kaulah pilihan hati.

Saya amat minat lagu ni....jadi kalau sesiapa yang ada lagu ni dalam CD quality atau rip ke mp3 dapat PM ke saya...memang saya nak sangat lagu yang lain memang saya dah ada (CD Kompilasi)
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by venomie on Jan 4, 2007, 9:08am

assalammualaikum semua, saya adalah peminat sudirman dan melalui filem KAMI saya perhatikan ada lagu dalam filem tersebut tidak ada dalam listing "The Best of Sudirman". Lagu tersebut adalah 'MELATI'. Ada sesiapa yang menyimpan album tersebut dan boleh dikongsi bersama?
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Jan 15, 2007, 11:17pm

venomi. album tersebut saya kurang pasti tajuknya.. tapi lagu yg saudara maksudkan tu.. sebenarnya bertajuk "Kesepian" berikut adalah senarai lagu yg terdapat di dalam kandungan album tersebut

Side A.

1. Bila Wajahmu KuBayangkan
2. Cahaya Hidupku*
3. Malam Ini
4.Dinga ding Gale ( Kawin Lari )*
5. Pelangi petang

Side B

1.Oh Mengapa*
2. Tetapkan Hatimu
3. Kesepian*
4. Serba Sederhana*
5. Budak Baru*

* lagu yg belum pernah rasanya di relase kan dlm bentuk cd.

Album ni saya ada tapi masih didalam bentuk Kaset.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Jan 15, 2007, 11:20pm

Tasek : Lagu yg saudara maksudkan pun saya ada.. Tapi dlm bentuk Kaset juga. Nnt sesudah sy mendigitalkan lgu tersebut.. sy akan pm kamu ye
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by aliph on Jan 17, 2007, 8:16am


Quote:
venomi. album tersebut saya kurang pasti tajuknya.. tapi lagu yg saudara maksudkan tu.. sebenarnya bertajuk "Kesepian" berikut adalah senarai lagu yg terdapat di dalam kandungan album tersebut

Side A.

1. Bila Wajahmu KuBayangkan
2. Cahaya Hidupku*
3. Malam Ini
4.Dinga ding Gale ( Kawin Lari )*
5. Pelangi petang

Side B

1.Oh Mengapa*
2. Tetapkan Hatimu
3. Kesepian*
4. Serba Sederhana*
5. Budak Baru*

* lagu yg belum pernah rasanya di relase kan dlm bentuk cd.

Album ni saya ada tapi masih didalam bentuk Kaset.


Chip! awak boleh rujuk balik posting saya yang ni:


Quote:

Oppss.... satu lagi! dah bertahun² saya tak dengar lagu ini :

Dingga ding galee Minah nak Pak Mat Kolee
mahu bikin tunang tapi banyak yang menghalang.....


lagu yang ini pun saya tak tau dalam album yang mana satu


memang inlah album Sudirman yang saya cari². saya tak tau bagaimana rupa cover album tersebut. kalau awak masih simpan kesetnya alangkah bertuahnya awak dan saya amat mengharapkan pertolongan awak untuk mendapatkan album tu kalau dah digitize nanti. harap awak tak menghampakan saya Chip! ;D
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Jan 17, 2007, 3:33pm

sebenarnya bukan masih simpan.. sy baru sahaja dptkannya adalah 2-3 bulan yg lepas.. ketika saya pulang ke kampung. Saya singgah ke kedai Perniagaan Nanyang.. Ok no problem.. nnt bila sudah siap akan sy inform
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by cepuk on Jan 21, 2007, 7:06pm

Woo.. orang nak jugakkk.. share laa kat sinii.. :-[

Ada satu lagu Allahyarham yang citer pasal gadis kilang apa ke tajuk dia tah.. lirik dia ada 'awwa awwah..' tu. Kalau ada share le sesapa yang di luar tu yek..

Satu lagi lagu yang ada lirik lebih kurang 'kau cinta tanahairku.. kau sayang keluargamu, ....., hapuskan musuh yang melanda, atau peperangan saudara, bersatulah, bersamalah, agar hidupmu bahagia....' lagu patriotik tu.. :)

..err.. ni bukan ruangan request lagu ke.. :-/
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Jan 22, 2007, 10:05am

cepuk : lagu yg saudara maksudkan tentang gadis kilang tu tajuk dia adalah PUlang dari kilang..

berikut adalah lirik lagu tersebut..


Pulang Dari Kilang..

ba.. bam bam bam
auwa...auwa...auwa...auwa...

Lihat dia pulang dari kerja auwa...auwa...
bersama rakannya auwa...auwa...
sungguh ayu dan pemalu..
serba sederhana

lihat itu..
teratur langkahnya auwa...auwa...
lembutnya bicara auwa...auwa...
ingat rasanya dihatiku berkawan dengannya

c/o ku dapat tahu akan kisahnya..
datang dari desa
kerja membantu ibu dan ayah menyara adik kesekolah
aaauwa auwa uuuu uuu


ingin aku dekat kepadanya auwa..auwa..
tapi malu jumpa auwa...auwa... .
sudikah ia menerima ku sebagai kawannya..

auwaa auwaaa...oooooo
auwaa auwaaa...oooooo


Lagu pulang dari kilang ni saya rasa belum terdapat lg dr mana2 cd or kaset compilasi..


Satu lagi lagu yang ada lirik lebih kurang 'kau cinta tanahairku.. kau sayang keluargamu, ....., hapuskan musuh yang melanda, atau peperangan saudara, bersatulah, bersamalah, agar hidupmu bahagia....' lagu patriotik tu.. :) <--- untuk lagu ni sy rasa di dalam web hassny pun ada.. dan masih terdapat juga dalam album compilasi TimeLess Sudirman.. Tajuknya Anak Dunia..

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by cepuk on Jan 22, 2007, 10:45pm

Iye daa.. ada rupanya lagu Anak Dunia ni kat laman brader Hassny. Ni musti terqonfius dengan tajuk lagu Aku Dan Duniaku. Thanks saudara Malayarchipelago. Thanks jua atas lirik lagu tu..
Terima kasih daun mengkuap ade ke daun ni?, kalau ada file dia tolonglah up.. ;D

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Jan 23, 2007, 11:29pm

daun mengkuap tak tau lah plak ada ke tak.. tapi klu lagu tu memang ada.. tp kena amik masa sket utk dptkn radio kaset yg kualiti sket.. Almaklum lah zaman skang ni Radio Kaset Orang dah tak pandang.. walkman pun dah orang tak main dah skang ni... cepuk berasal dari kl kawasan mana.. sungai besi ke
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by levinz on Jan 24, 2007, 8:42am

Kenapa semua gambar-gambar tu saya tak nampak..? Yang ada cuma kertas undi aja..
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Jan 24, 2007, 8:50am

Kertas undi? Pilihanraya dah dekat kot ... He!He!He!

Ghaz, KL
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by aliph on Jan 28, 2007, 6:09pm


Quote:

memang inlah album Sudirman yang saya cari². saya tak tau bagaimana rupa cover album tersebut. kalau awak masih simpan kesetnya alangkah bertuahnya awak dan saya amat mengharapkan pertolongan awak untuk mendapatkan album tu kalau dah digitize nanti. harap awak tak menghampakan saya Chip! ;D


Chip! kat Amcorp mall tadi saya ada jumpa album yang saya cari² ni. Rupa²nya tajuk album ni Lagu Cinta

[image]

[image]

malang sungguh, saya gagal memilikinya dek kerana harganya yang tak mesra alam sungguh. hari ini Jason offer kat saya RM80.00 untuk LP tu. saya kata hari ni memang tak cukup duit nak beli, saya mintak dia simpankan dulu. harap² jangan la ada orang lain beli, kalau tak memang kempunan la saya


Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Jan 29, 2007, 12:47pm

huhhhh memang pacat betui diorg tu... xpe aliph... sabar je dulu.. IAllah dlm masa terdekat ni dpt lah saya convertkan semua lagu2 tersebut...
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by cepuk on Feb 4, 2007, 12:08am

Chip, aisey, sorry tak terjawab soalan tu lagi. Saya dari Ampang la Chip. Dekat la ngan KL kan. Atas dia tu Cheras Baru, depan sket dah Pandan Indah. Dalam dia KL lah. Ada dalam lagi tu.. :-/ ITU KUBO TEMPAT KO NAK... err.. sori sori.. masuk dialog lain la plak.. ;D

Tang lagu tu.. take your time la brader.. brader dah nak share tu pun dah kira baguss dah..! Tq la the very much..! 8-)
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by hifney on Feb 12, 2007, 10:11am

Hai semua..Saya orang baru kat sini...Saya dari brunei...Korang boleh panggil saya Hif..Umur saya 20, kalau korang nak tahu saya amat meminati Arwah Sudirman...Pada masa ini saya dah kumpul dalam 100 lebih lagu beliau ini termasuklah dari kaset dan cakera padat..Setiap kali lagu Sudirman yang baru saya dengar, saya akan cuba menghafalnya dan menulis lirik lagu tersebut kedalam buku khas lirik-lirik Sudirman...

Bila saya masuk chat room nie, saya benar2 tak sangka kerana masih ada lagi lagu-lagu sudirman yang belum saya perolehi..Harap korang dapat share lagu-lagu Sudirman tu kat saya...Ini adalah e-mail saya : hfny_1062@hotmail.com

Korang ada tak beli Album Koleksi Melayu Deli? Dalam album tu ada juga lagu Sudirman yang jarang didengar seperti Seri Tambak, Damak Sayang, Mak Inang Pulau Kampai dan Mak Inang Kampung...


Korang boleh cerita apa saja tentang Sudirman...
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by hifney on Feb 12, 2007, 10:15am

Hai...Saya ada terbaca tentang lagu Sudirman kat dalam kaset dapat didigitalkan...Kalau begitu dapatkah awak send lagu tu kat email saya...Seperti lagu kat album cinta tu...Plzzzz...Saya betul-betul berhrap ka awak...

Terima kasih banyak-banyak
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by sensa on Feb 13, 2007, 7:20am

baru-baru ni saya tengok trek celebrity - memory sudirman kat astro ria. terharu mendengar kakaknya cerita kisah hari hari terakhir allahyarham. beliau bukan kena aids seperti yg dihebohkan tapi mungkin buatan orang.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by aliph on Feb 13, 2007, 7:46am


Quote:


Si Zulzamrin yang berlakon watak "DIN" sekarang ni Engineer kat sebuah kilang kat Shah Alam .


[image]

Gambar Zulzamrin tahun lepas yang saya capture dari rancangan Trek Selebriti Sudirman Dalam Memori ;D
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Feb 13, 2007, 10:38am

huhhh dah hilang dah rambut kerinting dia.. :).. kan best klu dia pun joint forum di sini
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Feb 19, 2007, 4:13pm

Hari ini di Harian Metro ada artikel mengenai almarhum Sudirman.

Ghaz, KL

Sudirman wajar diiktiraf

HANYA 16 tahun mencurah bakti di bidang seni, namun jasa Sudirman Haji Arshad tidak ternilai buat kita semua. Kejayaan menewaskan penghibur terkenal Asia di Royal Albert Hall, London pada 1989 adalah detik yang menggemilangkan persada seni tanah air kita.

Semangat patriotik ditampilkan Allahyarham melalui lagu, konstum dan persembahannya tanpa disedari mengikat kita untuk mencurah kasih pada ibunda tercinta.

Sumbangan keringat dicurah Allahyarham ketika menjadi setiausaha Papita (Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik Tanahair) memperlihatkan Allahyarham bukan artis yang pentingkan diri. Baginya, artis akan menjadi kuat jika bersatu hati.

Pada ketika seorang demi seorang artis kita, malah yang lahir selepas kematian Sudir, dianugerah gelaran terpuji seperti ‘Datuk’, Sudir cuma diingati oleh peminatnya sebagai ‘abang Sudir’. Bagi saya, penghibur hebat seperti Sudirman Haji Arshad sudah lama dianugerahi gelaran terpuji sebagai menghargai sumbangannya di bidang seni tanah air.

Selepas kematiannya pada 1992, pelbagai pihak berjanji mahu mengabadikan nama Sudir pada prestijnya yang tersendiri, tetapi apa terjadi janji cuma mencurah air di daun keladi.

Dalam tempoh 15 tahun kematiannya, Sudir seharusnya diangkat dengan gelaran terpuji untuk meletakkannya sebagai ikon buat artis generasi baru melakar kegemilangan di bidang seni.

Al-Fatihah buatmu,

Sudirman Haji Arshad
(25 Mei 1954 — 22 Februari 1992).

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Feb 21, 2007, 1:49pm

Lagi artikel di Harian Metro tentang Sudirman hari ini.

Ghaz, KL

SUDIR PERAHSIA, SUKA PENDAM RASA

JIKA hayat Sudirman Hj Arshad (Sudir) masih ada, usianya kini menjangkau 53 tahun. Cubalah bayangkan wajah comel Sudir dengan tubuhnya yang kecil molek pada usia itu.

Terlalu pantas masa berlalu. Sudah 15 tahun dia pergi meninggalkan kita semua. Dengan peredaran masa juga, kita menyaksikan begitu banyak bakat seni muncul, namun sukar mengggugat keampuhan Sudir sebagai penghibur sejati yang disanjung sehingga ke saat ini.

Bermula sebagai peserta pertandingan Bintang RTM 1976, dia terus menggalas tugasnya sebagai anak seni tanpa keluh kesah.

Dia meniti setiap perjalanan seninya dengan tekun dan sabar sehinggalah dia berjaya diangkat sebagai Penghibur Nombor Satu Asia yang ketika itu terpaksa beradu nasib dengan penyanyi Asia lain di pentas Dewan Royal Albert, London, yang gah itu.

Kini dia sudah tiada lagi. Kembalinya Sudir ke alam baqa, meninggalkan kerinduan yang tidak bertepi terhadapnya.

Kehilangannya ditangisi dan ketiadaannya tiada pengganti. Sudirman seorang insan seni sejati, sanggup melakukan apa saja demi membahagiakan hati ribuan peminat.

Pada 22 Februari ini, genaplah 15 tahun kematiannya. Sempena ulang tahun kematiannya, Interaksi berkongsi rasa dan cerita dengan insan seni yang pernah mengenalinya iaitu penulis lirik terkenal, Habsah Hassan. Ikuti temubual wartawan Harian Metro, NOR AKMAR SAMUDIN dengan Habsah menerusi kolum ini.


SOALAN (S): Sudirman yang anda kenali, dari segi peribadi, tingkah laku dan apa saja yang istimewa mengenainya?

JAWAPAN (J): Saya mengenali Sudir selepas dia menyertai Bintang RTM 1976 iaitu ketika dia dalam proses menerbitkan album EP pertamanya yang mengandungi empat lagu. Salah satu daripada dua lagu itu, Jali Jali dia nyanyikan masa pertandingan itu. Sementara dua lagu baru, Teriring Doa dan Suratku ciptaan Ooi Eow Jin dan lirik saya buat.

Selain menulis lirik lagunya, Sudir juga minta saya tuliskan skrip untuknya membuat persembahan rancangan RTM dan juga majlis makan malam.

Bekerja dengannya mudah kerana kami serasi. Dia juga tidak cerewet. Saya cepat memahami kehendaknya dan dia juga tahu cara saya bekerja.

Sebenarnya Sudir terlalu komited dengan kerjanya. Bagi mendapatkan yang terbaik dia sanggup buat semua perkara sendiri, dari persediaan set, reka bentuk kostum dan konsep persembahan, semua ideanya sendiri. Untuk setiap persembahan dia akan buat bermati-matian demi kepuasan diri dan peminat.


S: Kalau begitu sikapnya (cerewet), sukarlah hendak menjalin kemesraan dengannya?

J: Tidak juga kerana dia suka bergurau dan mengusik. Dia juga tidak pernah ambil hati jikalau kita bergurau dengannya. Hanya bila tiba soal kerja dia serius.

S: Anda antara yang banyak menulis lirik untuk Sudir. Kebanyakannya cukup puitis dan menusuk kalbu. Ilham sendiri atau dari kisah hidup Allahyarham?

J: Boleh dikatakan hampir semua album dia, saya sumbangkan lirik untuknya. Sudir seorang perahsia, suka memendam rasa. Oleh itu pada peringkat awal saya tulis lirik berdasarkan pemerhatian saya terhadap sikapnya dan cuba selami perasaannya menerusi tingkahnya. Kebetulan setiap hasil nukilan saya itu ‘kena’ pula dengan pengalaman dan situasi hidupnya kala itu.

Apabila dia menghayati setiap bait lirik itu, dia ingatkan saya tahu kisah hidupnya. Selepas itu dia mula mempercayai saya dan kami akrab. Sejak itu tiada rahsia antara kami berdua.

Sudir selalu kesepian dan kecewa dengan apa yang pernah dilaluinya. Jadi sebagai pelarian dari mengingati perkara yang menyedihkan itu dia fokus 100 peratus pada kerja. Dia berkorban masa, tenaga dan wang demi mencari sebuah kepuasan.

Justeru menerusi rintihan hatinya pada saya, terciptalah lagu Gerimis Di Lautan, Merisik Khabar, Salam Terakhir, Jauh Di Sudut Hati dan Sepetang Di Pinggir Bukit.


S: Sudir pergi ketika namanya memuncak. Pernah anda terfikir suasana industri hiburan hari ini jika hayatnya masih ada?

J: Sudir bagaikan sudah mendapat ‘alamat’ yang dia akan pergi meninggalkan kita semua pada usia muda. Pada 1986 dia pernah membayangkan pada saya dia akan mati muda. Ini kerana ibunya pergi menyahut panggilan Ilahi pada usia 33 tahun dan dia waktu itu baru berumur lima tahun.

Saya ingatkan dia berkata begitu kerana mengikut desakan hatinya yang marah dan kecewa masa itu. Saya marah dia dan saya kata padanya itu cakap orang tidak beriman. Orang lelaki apa yang hendak dibimbangkan, petik jari sepuluh mari.

Namun memang Allah amat menyayanginya dan mengambil nyawanya ketika usianya masih muda. Disebabkan berasakan saat kematian hampir menjelma, dengan sedikit masa yang masih bersisa dia berusaha membuat pelbagai perkara untuk dijadikan kenangan kepada peminatnya. Biarpun dia hanya sempat menyumbang jasa selama 16 tahun dalam bidang seni, namun tinggallannya memberi kesan mendalam sehinggalah ke hari ini. Ia berjaya meninggalkan sesuatu kepada dunia seni kerana selepas 15 tahun pemergiannya, orang masih mengenangnya.

Sudir adalah lambang kekuatan anak seni sejati. Suaranya tidaklah sehebat mana, fizikalnya pun kecil saja namun semangat juangnya cukup tinggi. Dia berusaha menjadi yang terbaik tanpa langsung mengharapkan balasan.


S: Ada buat lagu tribute untuk Sudir?

J: Lagu Dir dendangan Rahim Maarof. Dalam lagu itulah saya sematkan kenangan indah saya terhadapnya. Orang melihat dia ketawa tetapi hatinya dibaluti kisah duka nestapa.

Masih jelas di ingatan, dia pernah telefon saya dari Kuching, Sarawak, jam 6 pagi. Dia menyatakan kegelisahan dan tidak dapat lelap sepanjang malam kerana teringatkan seseorang. Daripada luahan hatinya itu, saya cipta lirik untuk lagu Merisik Khabar. Pada saat kematiannya saya ilhamkan lirik Salam Terakhir.

Sesiapa yang pernah mendekatinya, pasti akan jatuh kasih kepadanya. Dia memiliki sifat pemurah, mudah percayakan orang dan kerana sikapnya itu dia dianiayai dan sering dipermainkan kawan-kawan.


S: Pada saat akhir hidupnya, dia mahu bersendirian. Adakah tindakan Sudir itu wajar sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi negatif mengenai penyakitnya?

J: Ketika dia sakit, dia dalam keadaan di luar sedar dan bukan dirinya yang dulu lagi. Dia bukan menghidap Aids sepertimana tuduhan banyak pihak. Dia kena penyakit ‘permainan’ orang yang hasad dengki dengannya. Saya amat kecewa bila dia dituduh mati kerana Aids.

Pada 22 Februari 1992, selepas solat Subuh saya dan suami bergegas menziarahi jenazahnya di rumah kakaknya di Bangsar sebaik terima panggilan mengatakan Sudir tiada lagi. Saya lihat wajahnya ketika itu comel, berseri dan tanpa sebarang cacat cela.

Suami saya sendiri bersama keluarga Allahyarham mengangkat jenazah masuk ke van untuk dikebumikan di kampung halamannya di Temerloh, Pahang. Kalau benar dia menghidap penyakit berbahaya itu sesiapa tidak dibenarkan menyentuh tubuhnya. Ini tidak. Malah tiada sebarang ubat pembunuh kuman dan sebagainya diletakkan pada jenazahnya. Kepada mereka yang memfitnahnya sampai begitu sekali, perbanyakkan bacaan Al-Fatihah kepadanya kerana untuk memohon maaf darinya, dia sudah tiada lagi.

Barangkali keluarganya tidak benarkan sesiapa berjumpa dengannya kerana Sudir sendiri tidak mahu orang tengok penderitaan yang ditanggungnya. Biarlah selamanya orang memandang dan mengingatinya sebagai penghibur terkenal. Segala kesusahan yang terpaksa ditempuhinya, dia dan keluarga rela menanggungnya sendiri.


S: Bentuk pengiktirafan paling sesuai untuk mengenang jasanya?

J: Ada satu ketika kita terlalu murah hati memberi anugerah kepada sesiapa yang disukai. Lebih terhina ada juga individu yang merengek minta anugerah atau menggunakan kesempatan baik dengan pilihan tertentu untuk mendapat anugerah.

Memang Sudir antara yang paling layak untuk mendapat anugerah sebagai penghargaan kepada jasanya. Tetapi Sudir ikhlas ‘memberi’ tanpa minta balasan atau sanjungan.

Sepatutnya lama dulu Sudir terima anugerah. Kini dia tiada lagi, takkanlah keluarganya pula beriya-iya berjuang mendapat anugerah untuknya. Mereka pun ada harga dan maruah diri. Saya rasa Sudir pun tidak mengharapkan sebarang anugerah atau gelaran kerana apa yang dilakukannya kerana suka. Orang bagi atau tidak gelaran itu padanya, dia tetap Sudirman yang akan terus bekerja sehingga kudratnya yang terakhir.


S: Kehadiran ramai artis baru membuatkan peminat seni melupakan Sudirman?

J: Sudir menjadi legenda kini. Dia setaraf seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Sehebat mana pun Mawi atau M Nasir, misalnya, masyarakat akan terus mengenang Sudirman dan P Ramlee.

Sudir seorang yang serba boleh. Tuhan anugerahkan dia dengan pelbagai bakat. Zaman sekolahnya dulu, dia ahli pidato dan ahli sukan.

Tidak dinafikan industri hiburan ramai artis baru tetapi sukar mencari yang setanding Sudir. Ini kerana dia bekerja dari hati yang tulus ikhlas. Keikhlasan itulah yang membuatkan dia diingati sehingga kini.


S: Beza artis sekarang dengan Sudir?

J: Ilmu. Walaupun ia bidang hiburan, mereka perlukan ilmu untuk menjadi yang terbaik. Bukan sekadar menyanyi dan buat lawak bodoh depan audien. Mesti kenal golongan sasaran, dewasa, kanak-kanak dan korporat. Mereka mempunyai penerimaan berbeza, tidak boleh main pukul rata saja. Apabila artis berilmu, percakapan dan penampilan mereka meyakinkan penonton. Untuk berjaya tidak boleh bergantung kepada nasib semata-mata.

S: Perjuangan artis kini dengan Sudir dulu?

J: Orang sekarang terlalu bernasib baik. Segalanya boleh dapat dengan mudah. Sekarang semuanya atas tiket populariti. Mereka yang sebenarnya berbakat seperti Adibah Noor, jarang dipandang kerana bentuk fizikalnya. Saya yakin suatu hari nanti Adibah Noor boleh pergi jauh dalam industri seni.

Sama juga dengan Sudir, dia mendaki puncak dari bawah. Sebab itu namanya bertahan walaupun jasadnya sudah tiada.

Walaupun ramai artis baru dalam bidang lakonan dan nyanyian namun kualiti tiada. Orang begini akan datang dan pergi seperti angin yang berlalu.


S: Pernahkah persatuan hiburan merancang sesuatu untuk menghargai jasanya seperti wujudkan anugerah mengambil sempena namanya?

J: Wajar sekali mewujudkan anugerah mengambil sempena namanya. Cukuplah untuk dijadikan kenangan bahawa insan seperti Sudirman pernah hadir dan mengharumkan dunia seni negara menerusi keringat yang dicurahkannya.

S: Andai kata Sudirman masih ada, bagaimanakah corak dunia hiburan negara sekarang?

J: Saya yakin Sudir akan mencorakkan dunia hiburan menjadi lebih baik dan terarah. Sudir sendiri kesal kerana penggiat seni luar negara seperti Indonesia bermaharajalela menjual produk mereka di negara ini. Hasil seni anak tempatan seakan diketepikan. Dengan situasi hari ini, kita terpaksa terima hakikat yang lagu negara seberang sudah menguasai industri kita.

Saya percaya jikalau Sudir masih ada, dia pasti akan melakukan sesuatu untuk mengangkat martabat seni negara supaya orang luar tidak memandang hina.

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Feb 22, 2007, 9:13am

Lagi artikel mengenai Sudirman di Berita Harian (Malaysia) hari ini.

Ghaz, KL

Memori Sudir: Kenangan pahit, manis

Oleh Zainuri Misfar

Sepanjang kerjaya sebagai penghibur Sudirman tidak sunyi kontroversi, spekulasi dan tanda tanya


SUDIRMAN Haji Arshad atau Sudir dianggap sebagai Pengibur Nombor Satu Tanah Air kerana persembahannya diterima ramai dan diminati pelbagai kaum. Namun, dalam pada itu ramai juga yang mencemuhnya dan sepanjang kariernya beliau beberapa kali berdepan situasi panas apabila segelintir pihak meluahkan rasa marah terhadapnya.

Siapa sangka, ada yang pernah membuat tuduhan kononnya penonton Islam yang hadir melihat konsertnya dianggap kafir. Ini berlaku apabila Sudir menjayakan Konsert Malam Anak Desa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Konsert anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi UKM dibantah keras oleh kumpulan pelajar yang menggelarkan diri Angkatan Mahasiswa Bersatu (Atma).

“Apabila ada segelintir manusia yang mengkafirkan pertunjukan saya, dengan hati tenang saya menghadapinya. Saya anggap ia seperti api kecil dan perlu dipadamkan sebelum ia merebak dan menjadi besar dan membahayakan,” kata Sudir dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM pada Mac 1985.

Beliau juga menghadapi bantahan daripada penuntut Universiti Malaya (UM) apabila hendak mengadakan Konsert Sudirman di Dewan Tuanku Canselor UM pada Ogos 1985. Konsert itu berjaya diadakan tanpa sebarang kekecohan. “Dalam kerjaya saya, pelbagai cabaran dihadapi tetapi saya lalui dengan tabah kerana ini adalah pilihan sendiri,” katanya.

Pada Ogos 1986, Sudir dilaporkan bengang apabila ada pihak mencampurkan aduk persembahannya dengan isu politik dan agama.

“Saya berpegang pada nasihat arwah ayah saya. Kalau saya mahu menjadi penghibur yang baik, saya harus jauhkan diri daripada empat perkara iaitu politik, seks, dadah dan isu agama,” tegas penyanyi ini.

Selepas tiga tahun menduda, persoalan beliau akan berkahwin lagi sentiasa menjadi bahan berita menarik. “Berkahwin memang senang. Tetapi susah mencari wanita yang sesuai dengan jiwa saya. Kalau setakat untuk mahu merasa makanan kegemaran saya, lebih baik saya gajikan seorang tukang masak,” jelasnya.

Apapun, beliau sangat serius apabila kehidupan peribadinya dikaitkan dengan dadah, suka berparti dan seks. “Apabila masyarakat tidak ada jawapan untuk menjelaskan sesuatu persoalan, mereka mula menimbulkan perkara bukan-bukan. Kalau kita tidak jelaskan, mereka pasti ia memang berlaku. Pada hal, kita memang tidak melakukan langsung apa yang mereka sangka itu,” katanya dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar Inggeris yang disiarkan pada Oktober 1989.

“Semasa mengadakan satu persembahan dalam disko, dua lelaki datang bertanya, adakah pengurus saya itu teman lelaki saya? Saya kata, tidak. Salah seorang dari mereka kemudian menawarkan diri menjadi teman lelaki. Saya katakan padanya, saya bukan gay! Dadah? Saya tidak menyentuhnya sama sekali. Saya bukan orang suka berparti. Saya tidak suka bersosial tidak tentu pasal. Saya selesa di rumah,” tegasnya dalam artikel bertajuk ‘Sudirman’s loneliness’ itu.

Daripada kritikan dan kontroversi itu, ada niat diluahkan Sudir tetapi seperti tidak kesampaian.

Pada 1987, Sudir menyatakan hasrat melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman dan teater di New York selama tiga tahun. Katanya, apabila pengajiannya tamat, filem pertama hendak diarahkan berunsur patriotik.

Bagaimanapun, niat mengarahkan filem memang sudah lama tersimpan di hatinya. Pada sidang media sempena pelancaran album Terasing pada 1986, beliau merancang mengarahkan filem komedi yang skripnya ditulis beliau sendiri. Sudir membayangkan barisan pelakonnya ialah Noorkumalasari, Khatijah Ibrahim, Yusni Jaafar, Raja Ema selain beliau sendiri.

Pada 1986, beliau pernah menyuarakan niat mengerjakan ibadah haji tetapi tidak kesampaian. “Tahun depan (1987) saya akan mengerjakan haji. Mulanya hendak tahun ini (1987) tapi banyak harus diuruskan. Pihak Tabung Haji suruh saya daftar dulu,” katanya.

Ketika itu beliau berumur 31 tahun. “Saya tidak mahu ke sana (Makkah) apabila sudah tua dan berjalan menggunakan tongkat. Menyusahkan orang saja,” jelas Sudir yang berasakan mengerjakan Rukun Islam kelima itu, sebaik-baiknya ketika masih sihat, muda dan berkemampuan.

Sebenarnya, walaupun sudah 15 tahun persada seni negara kehilangan beliau, terdapat banyak persoalan yang masih menjadi tanda tanya selepas pemergiannya. Ini termasuk ke mana hilangnya syarikat atau perniagaan yang pernah diasaskannya. Sudir semasa hayatnya pernah menubuhkan Syarikat Usaha Dagang Industri Sdn Bhd yang mengeluarkan minum ringan dengan jenama SUDI. Syarikat itu ditubuhkan dengan modal kira-kira RM3 juta dan produk keluarannya dikatakan mendapat sambutan menggalakkan.

Beliau juga turut menubuhkan Sudir Shoppe di Plaza Bukit Bintang. Ia adalah kedai dan butik yang menjual ‘merchadising’ keluaran dirinya.

Penyanyi dan penghibur itu dikatakan memiliki restoran yang dinamakan Restoran Selera Sudi terletak berhampiran pejabat urusannya, Sudirman Productions di Taman Sri Hartamas. Beliau bersama pengurusnya, Mike Bernie Chin menerusi syarikatnya Sudirman Productions juga mempunyai cita-cita menerbitkan video yang merakam aksinya ketika konsert. Bagaimanapun, rancangan itu seperti tidak kesampaian. Paling ‘misteri’ hingga sekarang ialah apa sudah jadi dengan anak angkat Sudir bernama Surej Kumar? Pada 1990, Sudir membuat kejutan sehingga menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya apabila bersetuju menjadikan Surej Kumar, bayi berketurunan India sebagai anak angkatnya. Kalau masih hidup, bagaimana Surej kini kerana sejak Sudir meninggal dunia, tiada lagi berita mengenai anak angkatnya itu.


Memori Sudir: Ibu tiri sebak terkenangkan Allahyarham

Oleh Nurashiqin Omar

Mariam tidak dapat lupakan Sudirman kerana pandai ambil hati


BIARPUN sudah 15 tahun Sudirman Haji Arshad pulang ke rahmatullah, namun telatah, gelak tawa serta segala kenangan ketika bersama Allahyarham masih tetap segar dalam ingatan ibu tirinya, Mariam Mohammad.

"Sudirman anak yang manja, tidak pernah menyusahkan orang dan sangat pandai mengambil hati saya. Hubungan kami sangat rapat dan saya menyayanginya seperti anak kandung sendiri. Sejak kecil, arwah dah pamerkan bakat sebagai penyanyi dan sering hasrat menjadi bintang hiburan disuarakan kepada saya. Namun, saya melarang kerana ketika itu Allahyarham masih di bangku sekolah," katanya sebak.

Namun, Mariam yang enggan jurugambar Hip merakam fotonya berkata, Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Sudir di kalangan peminatnya mula mengembangkan bakatnya ketika menuntut di Universiti Malaya dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Kemuncak kejayaannya apabila menang Juara Bintang RTM pada 11 Ogos 1976 dan selepas 16 tahun berjasa untuk dunia hiburan, akhirnya Sudir meninggal dunia pada 22 Februari 1992.

"Orang dah tak ada. Mak cik pun tidak buat apa-apa kerja. Mak cik sekarang pun tidak berapa sihat. Mak cik pernah terima kehadiran pegawai dari Muzium Tokoh Kuantan, meminta trofi yang pernah dimenangi arwah untuk dipamerkan di sana," ujar beliau.

Mengenai sumbangan daripada mana-mana persatuan artis dan pembayaran hasil royalti Allahyarham, beliau menjawab, semuanya diuruskan kakak Allahyarham yang berada di Kuala Lumpur.

Beliau kini sudah tidak lagi bergiat aktif dalam mana-mana pertubuhan wanita lebih selesa untuk menjalani kehidupan biasa bersama anaknya, Maslina Arshad, 38, di Kampung Tok Embun, Temerloh. Mariam adalah isteri kepada bapa Sudir yang dikahwininya selepas ibu kandung Sudir meninggal dunia.


Epilog: Jasa Sudirman semakin dilupai?

Oleh Akmal Abdullah


HARI ini genap 15 tahun penghibur negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggal dunia. Jenazahnya terus damai bersemadi di Tanah Perkuburan Chengal, Temerloh, Pahang.

Selama pemergiannya kita masih terasa kehilangan dan kerugian yang teramat sangat. Sudirman yang lebih dikenali panggilan Sudir bukan calang-calang penyanyi tetapi dia penghibur rakyat. Dia insan seni unik, jujur, berjiwa besar, berdaya kreatif tinggi, peka dengan kehidupan masyarakatnya dan manusia intelektual, malah arwah seorang berhati mulia, dermawan, penyayang dan berwawasan. Sudir meletakkan perjuangan seni budaya yang tinggi atas nama tanggungjawab sebagai insan seni yang dikurniakan bakat dan kreativiti.

Sudir tidak meraih populariti mudah seperti artis muda kini tetapi namanya menyerlah kerana dia tampil unik dan bijaksana sebagai penghibur menerusi setiap persembahannya yang boleh berkongsi rasa semua kaum - bukan saja Melayu. Jika industri muzik kita kini bersepah penyanyi baru dan lama yang memeriahkan suasana, namun semuanya itu belum layak dianggap penghibur. Sudir mencipta benchmark yang tidak boleh ditandingi penyanyi sekarang. Sudir dianggap ikon anak muda yang wajib dicontohi kerana arwah mempunyai ciri seorang insan bersemangat tinggi, berfikiran positif, pandai akademik, patriotik dan berhemah serta berbudi bahasa.

Tahun demi tahun berlalu, kita terus menghitung lamanya Sudir meninggalkan kita. Hakikatnya, nama Sudir seolah-olah makin dilupai banyak pihak. Sudir belum diiktiraf pada tempat sewajarnya. Jasanya makin dipinggirkan. Sudir dianggap kenangan silam bak angin berlalu. Usaha mengenang arwah kalau ada sekadar ibarat melepaskan batuk di tangga. Sudir masih tidak layak diberi pingat bergelar “Datuk” mahupun “Tan Sri” seperti mana Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee yang menerima gelaran Tan Sri selepas 17 tahun meninggal dunia. Kali terakhir jasa Sudir dikenang ialah cuma menerusi majlis Anugerah Kecapi 2006 anjuran Papita pada Disember lalu yang menganugerahkannya secara rasmi gelaran Penghibur Nasional. Tidak ada usaha meletakkan status mengenang Sudir sebagai tokoh seni suara yang wajar dikenang di peringkat negara. Tidak ada tindakan berkesan mengabadikan nama Sudir secara lebih terhormat selain ada satu jalan di Temerloh mengabadikan namanya dan diberi sedikit ruang pameran dalam Muzium Tokoh Pahang.

Stesen TV juga nampaknya tidak beri perhatian mengimbas Sudir. Seperti segmen memperingati pemergian Sudir tahun ini bersempena 22 Februari, apa diketahui, cuma Astro menerusi Trek Selebriti mengadakan nostalgia mengenai Sudir. RTM tidak berminat. Sepatutnya RTM mewujudkan segmen khas mengenang penghibur nasional ini kerana Sudir adalah anak seni kelahiran RTM sendiri apabila arwah muncul juara Bintang RTM 1976. Apa salahnya, paparan semula persembahan Sudir dulu disiarkan secara terhormat sebagai tanda kenangan. Kerajaan juga nampaknya belum bersedia mewujudkan muzium atau pustaka peringatan khas buat Sudir. Mungkin, jasa Sudir tidak seberapa. Al-Fatihah.

ISU royalti lagu Sudir nampaknya terus diperkatakan pihak tertentu sedangkan keluarga Sudir buat tidak kisah dan menyerah kepada pihak diamanahkan untuk menguruskannya. Apa diketahui, isu lama ini sebenarnya bukan misteri kerana semasa hayatnya, Sudir mewasiatkan semua harta miliknya untuk penama tertentu termasuk individu serta sumbangan amal yang diuruskan peguam.

Maka, sudah tentu syarikat rakaman EMI yang memperoleh hasil jualan album Sudir menyalurkannya kepada firman guaman bertanggungjawab. Tidak perlu kecoh mengenang Sudir dengan hanya melihat berapa royaltinya, siapa yang dapat dan siapa yang untung sedangkan kita terus berdiam diri untuk meletakkan nama Sudir pada tahap lebih disanjungi, dihormati dan dikenang sepanjang zaman.

Ada pihak pula mahu menumpang sekaki memperkata isu royalti Sudir tanpa usul periksa sedangkan ahli keluarga terdekat Sudir pun tidak ambil kisah hal ini kerana ada pihak sudah menguruskannya. Tidak perlu tumpang semangkuk perihal kehebatan nama Sudir. Kaji dulu prosedur royalti dikeluarkan dan agihan dibuat. Carilah ruang membantu mengangkat ketokohan dan jasa bakti Sudir. Isu royalti Sudir adalah isu peribadi dan sensitif membabitkan harta pusaka Allahyarham, orang lain tidak wajar campur tangan. Kalau ahli keluarga Sudir tidak berpuas hati, ia boleh dibawa ke mahkamah.

Kata orang, lebih baik mati terhimpun pahala daripada umur panjang dipenuhi dosa dan noda... - akmel@bharian.com.my

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Feb 23, 2007, 9:04am

Lagi artikel di Berita Harian (Malaysia) hari ini, tapi format penulisannya yang paling saya suka.

Ghaz, KL

Nostalgia: Sudirman terus segar dalam ingatan

Oleh Zainuri Misfar

‘The Singing Lawyer’ tetap meninggalkan memori indah kepada peminat hiburan tanah air


TEMPOH 16 tahun mungkin singkat. Walaupun pendek, tetapi Sudirman meninggalkan 15 kenangan indah yang sukar dilupakan peminatnya. Lagu nyanyiannya terus segar hingga hari ini. Ia sudah dianggap sebagai satu warisan, tak lekang dek hujan, tidak lapuk dek hujan.

Dari kemenangannya sebagai Bintang RTM pada 1976 hingga kematiannya pada Februari 1992, beliau meninggalkan pengaruh, jasa, kenangan dan sumbangan yang besar dalam dunia seni, khususnya nyanyian.

Sehingga kini, sebutlah nama Sudirman, hampir semua kaum di negara ini mengenalinya.

Dari seorang pemuda kampung yang pemalu, beliau menjadi penyanyi, peguam, penulis, kartunis, penghibur, pelakon dan usahawan.

Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 1955, memulakan karier dalam seni secara serius pada usia 21 tahun. Sudirman meninggal dunia pada 22 Februari 1992.

Lincah di pentas, semangat patriotik yang kuat dan bangga dengan imej budak kampung adalah ciri-ciri menarik dalam personalitinya. Ini berbeza dengan saiz tubuhnya yang kecil dan rendah iaitu 1.42 meter.

“Saya memang berasa rendah diri dengan ketinggian. Saya tahu, memang nampak teruk apabila berdiri di sebelah DJ Dave. Tapi saya bersyukur kepada Allah. Saya belajar dengan orang Jepun. Walaupun pendek, mereka boleh membawa diri dengan baik,” kata Sudir.

Sudir dikenali dan mudah diterima kerana lagu nyanyiannya mempunyai pelbagai tema. Ada lagu sentimental berkisar kepada alam percintaan hingga membawa kepada berunsur nasihat dan patriotik.

Antara persembahan yang diingati ialah ketika upacara penutup Sukan Sea di Kuala Lumpur pada tahun 1989, apabila beliau muncul dengan pakaian berlatar Jalur Gemilang. Sememangnya beliau selalu menyanyi lagu patriotik dengan penuh megah dan bangga.

Lagu seperti Seruling Gembala, Toyol dan Basikal Tua, walaupun seperti lucu tetapi kaya dengan makna tersendiri.

Begitu juga lagu seperti Penganggur, Punch Card, Pulang Dari Kerja, Chow Kit Road yang bukan saja menghiburkan dan sedap didengar tetapi juga mempunyai mesej.

Pada bulan kemerdekaan, stesen radio kerap memainkan lagu 31 Ogos atau Hormatilah Bendera Kita. Ketika menjelang Hari Raya Puasa, lagu Balik Kampung memeriahkan suasana.

Bagi yang tidak dapat balik kampung, beliau menyanyikan lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf.

Lagu lain yang tidak jemu didengar ialah Di Manakah Nilai Cintamu, Jauh Di Sudut Hati, Salam Terakhir, Kepulanganku, Merisik Khabar, Terasing, Bila Wajahmu Aku Bayangkan, Anak Dagang, Apa Khabar Orang Kampung, Hujan, Warisan dan banyak lagi.

Beliau juga mengabadikan puisi nukilan Allahyarham JM Aziz iaitu Penyu Menangis Siapa Tahu yang sebenarnya bertemakan alam sekitar.

Tidak ketinggalan juga beliau mencipta dan menyanyikan lagu yang ditujukan khusus kepada Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul Mama. “Mama (panggilannya kepada Saloma) tidak percaya bila saya membuka mulut meminta kebenaran untuk saya cipta lagu untuknya. Kata Mama, P Ramlee enggan cipta lagu untuknya kerana Saloma adalah miliknya, dan tidak perlu cipta lagu lagi,” kata Sudir pada April 1983.

Biarpun sibuk dan sudah dikenali, beliau masih meluangkan masa untuk belajar vokal dari penyanyi klasik terkenal bernama Florence Fong.

Sepanjang persembahannya, Sudir diiringi band pengiringnya iaitu The Glue, manakala The Girls ialah kumpulan penari yang mengiringinya dan The Giggles pula ialah penyanyi latarnya.

Sebenarnya, terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai Sudir. Beliau seorang yang menghargai persahabatan. Pada April 1985, semasa hendak membuat persembahan di Sarawak, Sudir mengambil kesempatan melawat Jamal Abdillah di Pusat Pemulihan Dadah Kuching.

Pada tahun 1986, menerusi idea ‘gila-gilanya’, beliau berjaya mengadakan konsert besar-besaran dihadiri 40,000 penonton di Chow Kit.

Apapun, agu nyanyian Sudir memang tidak lekang dek hujan, tidak lapuk dek hujan.

Sudir mula merakamkan suara sebaik saja menjadi juara Bintang RTM 1976 dengan menyanyikan lagu Seruling Bambu dan Cabaret Big Spender nyanyian Liza Minelli.

Walaupun ketika itu sibuk dengan kuliahnya di Universiti Malaya (UM), beliau sempat merakamkan dua lagu untuk dimuatkan dalam EP pertamanya. Lagu itu adalah Teriring Doa dan Suratku Yang Ini dan diterbitkan oleh Warnada Records.

Pada tahun 1977, EMI menawarkan kontrak kepada Sudirman. Album sulungnya dengan EMI berjudul Aku Penghiburmu. Sejak itulah, beliau menghasilkan 20 lagu, termasuk dua album berbahasa Inggeris.

Pada tahun itu juga, beliau dipilih sebagai Penghibur TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa. Pada tahun 1981, beliau bertunang dengan gadis pilihannya, Kamariah Jamaluddin. Mereka berkahwin pada 14 Februari 1981 tetapi bercerai tiga tahun kemudian iaitu 25 Mei 1984.

Sudir terbabit dengan lakonan pada 1982 apabila beliau bersetuju membintangi filem Kami arahan Patrick Yeoh.

Pada 1986, Tourism Malaysia melantiknya sebagai Duta Pelancongan. Sudirman kemudian mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysia semasa Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) di Kuala Lumpur.

Pada 1989, beliau diundi sebagai Penghibur Terbaik Asia dalam Anugerah Salem Asia yang diadakan di Royal Albert Hall, London. Sudirman menyanyikan lagu One Thousand Smile dan lagu rampaian Smiles dan Send In The Clown.

Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat merakamkan album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles.

Bagaimanapun, tidak semua yang dilalui Sudir indah belaka. Berita perceraiannya dengan Kamariah Jamaluddin atau Kay pada 25 Mei 1984 mengejutkan peminatnya.

Sahabat baik Allahyarham, Noorkumalasari pernah berkata, suasana malam di rumah Sudir sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka.

“Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudir dan Kay..

Penulis lirik yang juga sahabat baik Allahyarham, Habsah Hassan sendiri mengakui Sudirman yang dikenalinya ialah seorang berahsia dan suka memendam rasa.

Dalam temu ramah dengan sebuah akhbar pada 1989, Allahyarham Sudirman mengaku mempunyai hanya dua kekecewaan hidup - ketiadaan ibu bapa untuk berkongsi kejayaan dan kegagalan perkahwinannya.

Namun begitu, beliau pernah berkata, “Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan.”

Kata-katanya itu bagai dikotakan sehinggalah nadinya berhenti berdenyut di rumah kakaknya di Bangsar, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1992. Beliau meninggal dunia pada usia 37 tahun kerana radang paru-paru. Cuma, peminatnya masih meminati Sudir.

Dan, seolah-olah mengetahui dirinya akan pergi selama-lamanya, Sudir meninggalkan lagu Salam Terakhir yang memberi makna besar kepada peminatnya.

Profil Sudirman

Nama Penuh: Sudirman Haji Arshad

Lahir: 25 Mei 1955

Asal: Temerloh, Pahang

Adik-Beradik: Bongsu dari enam beradik

Pendidikan: Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Temerloh, Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar di Kuantan dan Sekolah Menengah Sri Bahagia di Temerloh dan Universiti Malaya (UM).

Akademi: Sarjana Muda Undang-Undang

Profesion: Penghibur, penyanyi, pelakon, usahawan

Album: Teriring Doa (EP) (1977), Aku Penghibur (1978), Perasaan (1979), Anak Muda/Lagu Anak Desa (1980), Lagu Dari Kota/Twinkle Twinkle Little Star (1981), Abadi/Lagu Cinta (1982), Images (1983), Lagu Dari Sebuah Bilik/Orang Baru (1984), Kul It (1986) dan One Thousand Million Smiles (1989).

Filem: Kami (1982)

Penganugerahan: Ahli Mahkota Pahang (AMN), Ahli Mangku Negara

Pencapaian: Juara Bintang RTM 1976; Penghibur Terbaik Anugerah Seri Angkasa (1977), Penyanyi Lelaki Popular 1989, Penghibur Terbaik Nombor Satu Asia (1989).

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Feb 26, 2007, 6:34am

Ada artikel mengenai lagu Salam Terakhir oleh Sudirman di Utusan Malaysia hari ini.

Ghaz, KL

Terkenang cerita di sebalik lagu Salam Terakhir

Oleh Zainuri Misfar


MENDENGAR dan mengamati seni kata lagu Salam Terakhir nukilan Habsah Hassan terasa seperti penyanyinya, Sudirman Haji Arshad seolah-olah mengetahui beliau tidak hidup lama.

Lagu ciptaan Manan Ngah itu memang cukup sayu dan syahdu, apatah lagi penyanyi ini menyampaikannya dengan sepenuh perasaan seolah-olah beliau memang hendak meninggalkan dunia yang fana ini.

Penghayatan yang tinggi itu juga dapat dijiwai sepenuhnya oleh Sudirman kerana pada waktu itu beliau baru saja bercerai. Ini bermakna kemungkinan Salam Terakhir merujuk kepada salam perpisahan beliau dengan isterinya atau memang berkaitan dirinya yang akan meninggal dunia.

“Tapi yang pasti, saya tulis seni kata lagu itu bukanlah kerana saya sudah tahu dia hendak meninggal dunia,” kata Habsah.

Sebaliknya, seni kata lagu itu juga ditulis berdasarkan gurauannya bahawa beliau mungkin akan mati pada usia muda. Ketika melafazkan ungkapan bahawa dirinya hidup tidak lama, Sudirman berumur kira-kira 30 tahun.

Habsah berkata, penyanyi itu mengunggapkan kata-kata itu di sebuah hotel selepas menyertai Pertandingan Lagu Kesatuan Penyiaran Asia (ABU) 1985 di Singapura.

Katanya, selain beliau sendiri, turut bersama Sudirman pada waktu itu ialah pengurusnya, Mike Bernie Chin dan bekas wartawan hiburan Berita Harian, Saodah Ismail.

“Waktu itu sebenarnya dia baru lepas bercerai. Tapi dia asyik bercakap mengenai bekas isterinya. Kami semua cakap dengan dia, bunga bukan sekuntum. Saya sendiri cakap pada dia, Sudir, orang macam engkau kalau petik jari sekali, 10 yang datang.

“Tapi Sudir cakap, ‘Saya kecil (merujuk pada saiz fizikal dirinya), duit pun tak banyak, muka ‘tak handsome’ tapi dia pilih saya dalam banyak orang yang ada.’ Maksudnya, Sudir percaya dia dianugerahkan cinta yang sangat suci,” kata Habsah yang ditemui selepas menghadiri majlis bacaan tahlil di rumah Dr Rodziah, kakak Sudirman di Bangsar, Khamis lalu.

Sudirman berkahwin dengan Kamariah Jamaluddin pada 14 Februari 1981, tetapi mereka kemudian berpisah pada 25 Mei 1984.

Kata Habsah lagi, daripada perbualan mengenai kekecewaan terhadap perceraiannya itu, Sudirman terus bercakap berkaitan dengan soal hidup dan mati dirinya.

“Antara kata-katanya kepada kami pada waktu itu ialah, ‘Saya fikir saya tak hidup lama. Saya rasa saya akan mati muda’. Dia cakap dengan serius. Ketika cakap, Sudir dalam keadaan sihat walafiat, segar-bugar.

“Kami menegurnya kerana soal ajal maut adalah urusan Tuhan,” jelasnya.

Bekas wartawan hiburan veteran, Bahyah Mahmod turut mengakui sekitar pertengahan tahun 80-an, Sudirman sering bercakap mengenai kematiannya.

“Ada satu ketika, semasa kami sama berbuka puasa, Sudir membayangkan dirinya akan mati pada usia muda. Dia pernah cakap ‘Saya kalau mati, nak mati di London’. Saya kata kepada dia ajal maut di tangan Tuhan.

“Sudir jawab, dia tahu itu semua urusan Tuhan, tetapi kalau boleh dia hendak ‘booked’ tempat di mana dia hendak mati,” kata Bahyah yang mencelah temu bual bersama Habsah.

Sementara itu, Habsah berkata, sekembalinya dari Singapura, barulah beliau mula menulis seni kata Salam Terakhir berdasarkan perbualan bersama Sudirman di negara seberang tambak itu.

Antara baris seni kata yang sangat bermakna ialah ‘Salam yang teristimewa, bersama-Nya ku memohon keampunan, melalui-Nya ku beri kemaafan, kepadamu’ yang ditujukan kepada peminatnya.

Lagu itu dimuatkan dalam album Kul It pada tahun 1986 tetapi ia tidak popular seperti sekarang.

“Lagu itu hanya popular apabila Sudir meninggal dunia,” kata Habsah.

Satu lagi lagu yang memberi makna besar kepada Sudirman ialah Teriring Doa ciptaan Datuk Ooi Eow Jin. Lagu itu diterbitkan dalam bentuk EP dan memuatkan dua lagu. Selain Teriring Doa turut memuatkan lagu Suratku Yang Ini, kedua-dua seni katanya ditulis oleh Habsah.

“Kulit EP pertama Sudir sangat menarik iaitu gambar beliau dengan berlatar belakang bekas isterinya. Waktu itu mereka sedang bercinta. Seni kata lagu Teriring Doa menceritakan mengenai impiannya menjadi penyanyi sudah tercapai, tetapi kerjayanya sebagai penghibur baru bermula,” katanya.

SALAM TERAKHIR

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergianku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepadamu
Kerana waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah kepada-Nya
Salam yang teristimewa
Bersama-Nya ku memohon keampunan
Melalui-Nya ku beri kemaafan...kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersamamu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salamku diingatan
...salamku yang terakhir

Lagu: Manan Ngah
Seni kata: Habsah Hassan

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by sifujangga on Mar 3, 2007, 6:52pm

Mengingatkan Sudirman, teringat saya akan lagu ini yg liriknya begini...

Kerana kau ku kemari, kerana kau ku datang lagi menyanyi,
Walaupun belum bersua namun hati kita
....ahhh lupa pulak

Korang tau tak apa tajuk lagi ini. Seingat aku tak pernah lagi disiarkan di radio. Dan apa yg saya tahu lagu ini dicedok dari lagu A-Ba-Ni-Bi nyanyian Izhar Cohen & Alphabeta. Tak silap saya penyanyinya berasal dari Israel, mungkin sebab tu lagi nie tak boleh disiarkan kot?
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by carmahl on Mar 4, 2007, 2:39pm

Sdr Sifujangga, sebahagian lirik yang anda paparkan tu adalah tajuk lagu Kerana Kau (Ku Kemari) yang terkandung dalam LP Sudirman 'Perasaan' (1979). Setahu aku lagu ini memang amat jarang diputarkan di radio Malaysia kerana ketika album ini diedarkan, RTM (pada tahun yang sama) telah mula melaksanakan undang-undang tidak membenarkan lagu-lagu saduran disiarkan. Tetapi di radio Singapura ketika itu, lagu ini memang kerap diputarkan.


Carmahl MS
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Mar 7, 2007, 10:03am

Khabarnya RTM nak siarkan semula rancangan mengenai Sudirman di salurannya. Di Berita Harian (Malaysia) hari ini ada ceritanya.

Ghaz, KL

RTM siar semula empat program Sudirman

Oleh Zainuri Misfar


RTM menyiarkan semula program yang pernah dihoskan oleh Sudirman Haji Arshad selama empat minggu berturut-turut menerusi slot Sepanjang Jalan Kenangan... Penghibur Legenda, bermula hari ini di RTM1, jam 8.45 malam.

Kemuncak selepas penyiaran keempat-empat program istimewa itu ialah Konsert Suara Hati Sudirman di Stadium Melawati, Shah Alam pada 1 April yang turut disiarkan secara langsung di RTM1.

Program pertama hari ini (Rabu) diambil ketika Sudirman menjadi hos untuk rancangan Puspawarna terbitan Jack Nadarajah pada tahun 1984.

Program ini membabitkan artis jemputan terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Datin Seri Mani Mala dan Sharon.

Antara lagu yang disampaikan adalah Aku Dan Perasaanku, Balik Kampung, Tanah Pusaka, Ding A Ding Gale, Anak Dagang dan Tidak Perlu Diucapkan.

Program kedua pula Mekar Sejambak - Sudirman Dan Atai akan disiarkan di RTM1 pada 14 Mac. Rancangan berkonsepkan muzikal ini membabitkan lakonan dan nyanyian.

Sudirman dan Atai memegang pelbagai watak di dalam rancangan yang menceritakan sebuah kelab malam amatur yang diuruskan oleh Sudirman.

Seniwati Yusni Jaafar pula dijemput sebagai penyanyi undangan. Antara lagu yang disampaikan adalah Milik Siapakah Gadis Ini dan Aku Penganggur.

Pada 21 Mac pula, RTM1 akan menyiarkan semula rancangan Istimewa Bersama Sudirman 1987 yang diterbitkan oleh Doreen Chia pada tahun 1987.

Istimewa Bersama adalah konsert bulanan yang diterbitkan setiap awal atau akhir bulan yang dikendalikan penyanyi popular dan berbakat saja.

Dalam Istimewa Bersama ini, Sudirman mendendangkan lagu popularnya seperti Aku Dan Duniaku, Di Manakah Nilai Cintamu, rangkaian lagu-lagu berbahasa Cina, Tamil, Radio Malaysia dan Milik Siapakah Gadis Ini.

RTM1 juga turut menyiarkan semula rancangan Istimewa Sudirman 1988 pada 28 Mac. Rancangan itu masih mengekalkan konsep sama pada tahun 1987 tetapi penerbitnya ialah Wan Ibrahim Wan Omar.

Banyak lagu menarik dinyanyikan oleh Sudirman dalam program ini. Antaranya, Orang Muda, Baru Dapat Kerja, Terasing, Merisik Khabar, Aku Penghiburmu, Hujan dan Di Dalam Sepi Itu.

Sementara itu, antara penyanyi yang menjayakan konsert Suara Hati Sudirman ialah Ramli Sarip, Rahim Maarof, Saleem, Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Misha Omar, Farawaheeda, Liza Hanim, Izwan Pilus, Jaclyn Victor dan Lotter.

Setiausaha Parlimen, Kementerian Penerangan, Noriah Kasnon berkata, Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Sudir adalah antara produk terbaik yang dilahirkan oleh RTM dan penyanyi itu disayangi oleh peminat dari pelbagai kaum.

“Disebabkan mendapat sokongan kuat peminat, Sudirman sering mengadakan konsert secara percuma sebagai tanda terima kasihnya.

“Bagi RTM pula, Sudir sering memberikan persembahan terbaik terhadap program yang pernah dihoskannya,” katanya di sidang media Sepanjang Jalan Kenangan...Penghibur Legenda di Wisma TV, Angkasapuri.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Penerangan, Datuk Azmi Ali, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, penulis skrip Konsert Suara Hati Sudirman, Habsah Hassan; Pengarah Penerbitan TV, Rokiah Norma Mohd Ramli dan penerbit, Ain Sabrina Omar.

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by tunasharapan on Mar 7, 2007, 12:12pm

Terima kasih Ghaz, Tunas pun dah baca artikel tu pagi tadi di akhbar Berita Harian, waktu rehat pukul 10 tadi tunas cuba masuk ke web site Berita Harian online untuk copy dan pastekan berita tu untuk khabarkan kepada peminat-peminat Sudirman di Laman MN ni, tapi tak dapat akses pula ke internet pagi tadi mungkin sebab berlaku gempa bumi di Indonesia pagi tadi agaknya. Oleh kerana Ghaz dah sertakan berita tu di sini, baguslah.

Yang menariknya, rancangan pertama pada malam ni (jam 8:45 malam, TV1) kita akan dapat menikmati lagu Ding Ding Gale yang sukar di dapati. Lagu tu adalah salah satu lagu dari dua lagu yang tunas sedang cari tapi payah nak dapat - yang satu lagi tu, lagu Tak Seindah Nama. Nanti malam ni bolehlah Tunas rakamkan ke VTR. Kepada peminat-peminat Allahyarham Sudirman, malam ni janganlah lepaskan peluang anda untuk menonton racangan tersebut, kalau terlepas nanti kempunan pulak.

Wassalam
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by shambulat on Mar 7, 2007, 7:39pm

Terimakasih RTM kerana menyiarkan rancangan hiburan yang pernah dihoskan Sudirman namun begitu saya rasa ada satu rancangan yang lebih menarik yang patut RTM siarkan untuk tontonan generasi baru iatu "Getaran Jiwa Sudirman Hj Arshad" . Rancangan ini diterbitkan pada tahun 1980.dihoskan oleh Dharma Harun Rashid.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Mar 7, 2007, 11:24pm

dpt juga hilang rindu pada persembahan Beliau
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by hifney on Mar 8, 2007, 2:04pm

Waa akhirnya impian saya untik menyaksikan rancangan dan persembahan pentas Allahyarham Sudirman tercapai.

Terima Kasih RTM

Daripada peminat setia Sudir dari Brunei

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Mar 9, 2007, 8:15am

Saya tak dapat menonton rancangan-rancangan lama Sudirman oleh RTM baru-baru ini kerana menghadiri kuliah di kampus. Tapi, saya juga berterima kasih kepada RTM kerana dapat menyiarkan semula videoclip lama artis-artis seperti ini. Saya cukup berbesar hati kalau rakaman-rakaman lama ini dijual kepada pihak umum, seperti yang RTM buat untuk persembahan pelancaran Klasik Nasional baru-baru ini. Sekurang-kurangnya dapat juga RTM menambah sumber kewangannya, dan penonton/pendengar pun dapat memilikinya.

Bila saya menonton videoclip hitam-putih artis-artis Barat di laman YouTube, saya amat teruja dan berharap lebih banyak persembahan dari artis-artis veteran Melayu/Indon versi seperti itu dapat dimuatkan di sana. Setakat ini, saya hanya sempat menonton sebahagian kecil darinya - seperti Saloma, P. Ramlee, Anneke Gronloh, Ahmad Jais, Sharifah Aini, A. Ramlie dan Anita Sarawak saja dalam laman itu.

Bagi mereka yang ada menyimpan videoclip semacam ini, saya serulah supaya dapat dimuatkan ke YouTube atau lain-lain laman audio/video sepertinya. Muzik bahasa kita pun ada khazanahnya sendiri.

Betul tak?

Ghaz, KL
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by 5band on Mar 12, 2007, 8:31am

Saya sudah uplod video clip Sudirman dlm rancangan Puspawarna (1984) ke youtube. Saya juga ada letak lirik semua lagu2 Melayu yang beliau nyanyikan.

1. Aku Dan Perasaanku
http://www.youtube.com/watch?v=Tg77tKfH3uY

2. Balik Kampung
http://www.youtube.com/watch?v=K45XOp8G6cY

3. Tanah Pusaka
http://www.youtube.com/watch?v=oQK0vIDBZ24

4. Ding Ding Gale
http://www.youtube.com/watch?v=5E2dnoJGlxo

5. Banana Boat Song
http://www.youtube.com/watch?v=p8ZV6o4S0V8

6. Hilang Berganti
http://www.youtube.com/watch?v=2bqkvo8qROQ

7. Anak Dagang
http://www.youtube.com/watch?v=CNnwfd1m0Es

8. Foxy Girl
http://www.youtube.com/watch?v=xAhGKxrPtno

9. Tak Perlu Diucapkan
http://www.youtube.com/watch?v=hVWJfaNWV3g
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by admin on Mar 12, 2007, 2:13pm

Syabas dan tahniah 5band!
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by nashairin on Mar 14, 2007, 3:58pm

kepada saudara/i
jgn lupa mlm ini di TV2 "sejambak kasih".. tontonilah persembahan sudirman
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayniumph on Mar 14, 2007, 6:46pm

Selain dari sebahagian dari lagu-lagu rakaman beliau, pada pendapat peribadi saya.. persembahannya biasa saja.. nothing outstanding seperti yang diagung-agungkan ramai. Saya tahu pasal masa 80's memang obit (off beat) tentang persembahan dan pakaian tapi mungkin pasal saya bias (or not) pasal saya bukan peminat setia Sudirman. Mungkin ramai yang akan marah pada saya tapi seperti ada kata orang di sini respect opinion of others. Suka tak suka saya berhak untuk memberikan pandangan peribadi dan bukan niat saya untuk insult atau disrespect Sudirman atau peminat setianya atau membuat kacau di sini. Just my 2 cents.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by 5band on Mar 15, 2007, 2:00am

Pada saya, keistimewaan Sudirman ialah beliau diterima semua kaum di Malaysia, dan tidak pada kelompok orang Melayu saja. Pada hari ni, satu2 penyanyi yang fikir tergolong dalam kelompok elit ini ialah Siti Nurhaliza. Ni pandangan saya kenapa Sudirman tergolong sebagai penyanyi negara.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayarchipelago on Mar 15, 2007, 8:59am

nasha irin : bukan tv2 lah.. rtm 1.. mekar sejambak.

malayniumph : Saya hormati pandangan anda.. Minat ini adalah subjectif sebenarnya... terpulang pada individu itu sendiri dr aspek mana yg dia minat.. ada yg minat sbb artist itu bujang.. muka ada aura yg nampak alim ... ada plak yg minat sebab keseksian dgn gelek gerudi... ada plak yg minat dari segi kelebihan goreng solo pada gitar... ada yg minat artist itu sebagai utk hiburan..

bagi saya.. saya meminati sudirman adalah dari aspek seni.. dan kretaria penghibur beliau.. beliau juga seorang yg berpendidikan tinggi serta pernah menjadi ushawan... apa yg beliau lakukan beliau akan lakukan dgn bersungguh2 kerana peminat.. dan bukan kerana bayaran.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by 5band on Mar 15, 2007, 10:31am

lari sat dari perbincangan hangat ttg 'nilai' sudirman...

nak tanya nih.... sape tahu senarai lagu dalam album Sahabat yang Sudirman terbitkan untuk Atai? Boleh tak list-kan di sini. Thanks!
Video clip Mekar Sejambak (1988)
Post by 5band on Mar 16, 2007, 1:15am

Video clip Mekar Sejambak - Sudirman & Atai (1988) yang disiarkan semula oleh RTM pada 14 Mac 2007. Link di youtube.

1. Sudir & Atai - Malam Ini
http://www.youtube.com/watch?v=BNacbE-qV1E

2. Atai - Lagu 1 (tajuk lagu tak diketahui)
http://www.youtube.com/watch?v=XgYKW4efJoA

3. Sudir - Lagu rock (tajuk lagu tak diketahui)
http://www.youtube.com/watch?v=JDFMYDQF2hQ

4. Sudir - Milik Siapakah Gadis Ini
http://www.youtube.com/watch?v=yj5mDgKC4eM

5. Atai - Lagu 2 (Tajuk lagu tak diketahui)
http://www.youtube.com/watch?v=mjDx52uU060

6. Sudir & Atai - Lagu medley (antaranya a'aow dan punch card)
http://www.youtube.com/watch?v=uWnv9f2xl3M

7. Sudir, Yusni & Atai - Pusing
http://www.youtube.com/watch?v=zkpWlPbXcUM


Re: Sudirman Hj Arshad
Post by admin on Mar 16, 2007, 1:47am

A for Effort 2 5band!
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by patihmaya on Mar 16, 2007, 6:29am


Quote:
Selain dari sebahagian dari lagu-lagu rakaman beliau, pada pendapat peribadi saya.. persembahannya biasa saja.. nothing outstanding seperti yang diagung-agungkan ramai. Saya tahu pasal masa 80's memang obit (off beat) tentang persembahan dan pakaian tapi mungkin pasal saya bias (or not) pasal saya bukan peminat setia Sudirman. Mungkin ramai yang akan marah pada saya tapi seperti ada kata orang di sini respect opinion of others. Suka tak suka saya berhak untuk memberikan pandangan peribadi dan bukan niat saya untuk insult atau disrespect Sudirman atau peminat setianya atau membuat kacau di sini. Just my 2 cents.

..pada members yang rasa malayniumph ni saja nak buat kacau.. ask them to fly kite.. hehe.. patih rasa malayniumph seharusnya lebih kerap membuat comment kat MN ni.. a bit of fresh air won't hurt.. very refreshing indeed.. at least for patih ler..

..peminat setia Sudirman macam terkedu aje.. discuss ler..

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by 5band on Mar 16, 2007, 7:22am

komen MN tu pada saya tak ler keras sangat...okay jer. saya lebih berminat utk mengumpul bahan mengenai sudirman, sbb bahan spt video2nya amat kurang sekali dalam tatapan umum. mengenai taste masing2, tu saya hormati, sbb tu hak masing2 nak suka atau tak suka.

kalau nak cari bende2 menarik mengenai sudirman, saya tertarik pada zaman beliau, iaitu zaman mahathir yang serba bergolak pada orang melayu... zaman menceburi bidang perniagaan, zaman dasar ekonomi baru... dan sudir... boleh dikatakan 'pejuang DEB' dalam bidang seni...contohnya bidang2 perniagaan yang diceburinya spt minuman sudi, cermin mata etc.


Re: Sudirman Hj Arshad
Post by malayniumph on Mar 16, 2007, 1:42pm

Saya fikir Broham tahu apa yang patut dan apa yang tak patut. His one of my oldest buddies and more flexible and open (not in a gay way.. heeeh) and forgiving than u think - walaupun dia selalu menegur saya kerana selalu go off-topic macam sekarang ni.. heeeh..

Tnks Patih for the congenial remarks. Saya tahu, seperti kamu, saya juga very selective tentang hawa di telinga (pasal muzik la tu). Sebabtu tak banyak komen.. nanti off-topic lagi.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Mar 16, 2007, 11:05pm

Kalian pernah baca tak sebuah buku kartun lukisan Sudirman sendiri tentang zaman kanak-kanaknya hinggalah di akhir persekolahannya? Kalau tak silap tajuknya Sejarah Awal Sudirman, berbentuk panjang (seperti buku kartun karya Dato' Lat) berkulit warna hijau. Saya pernah miliki buku tu, yang dibelikan khas buat ibu saya yang juga peminat 'hardcore' arwah. Sayangnya buku tu pun dah lama hilang, dan yang paling dikesalkan ialah tulisan berharga Sudirman ini tak juga dibuat sambungan ...!

Ghaz, KL
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by arrajuna on Mar 17, 2007, 8:56pm

saya ada buku tu, dah buruk simpan lam almari. baru baca balik beberapa muka, sedih je sejarah awal dia.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by puyupaya on Apr 21, 2007, 10:30pm

Assalamualaikum....
mungkin sepanjang ingatan +-15 tahun saya cari lagu sudirman yang tak habis dalam filem kami. bukan lagunya, tajuknya pun baru malam ni saya dapat tahu. mungkin saya bukan jenis kaki godek2 internet. tapi terima kasih pada semua2. menambahkan kerinduan saya pada lagu tersebut.

harapan saya... tolong upload secepat mungkin. dah tak tahan dah nak dengar lagu penuh. tolonglah.......
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by wanzuhal68 on May 19, 2007, 11:15pm

Saya mula meminati Sudirman pada tahun 1981. Puncanya lagu Hari Itu Dalam Kenangan begitu menikam kalbu saya walaupun tidak ada kaitan dengan saya, tapi melodi dan senikata yang dihasilkan oleh Syed Haron amat menyentuh jiwa saya. Bermula dari situ, saya mula mencari dan membeli album Sudirman dari yang pertama hingga yang terakhir. Di sini saya paparkan kulit album LAGU DARI KOTA yang diterbitkan oleh S.Atan pada tahun 1981. Banyak lagu merdu dalam album ni seperti Chow Kit Road, Pulang dari Kilang, Ayah dan Ibu, Hari Itu Dalam Kenangan, Cinta, Mari Berlari, Planet Gringgragong dan lain-lain. Sayangnya, album ini tidak pernah diterbitkan secara penuh oleh EMI.
Macamna nak attach fail cover album ni? Takde attach pun...


Re: Sudirman Hj Arshad
Post by venomie on May 22, 2007, 4:23pm

tengah mencari lagu kesepian..abang 5band boleh tak carikan lagu tu
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by wanzuhal68 on May 23, 2007, 9:16pm

Lagu KESEPIAN tu ciptaan Kassim Masdor dan lirik oleh Sudirman, dimuatkan dalam album LAGU CINTA (1982). Saya ada lagu tu, tapi dalam bentuk kaset. Tak tahu macamana nak copy kat sini.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by karumba on May 24, 2007, 9:39am


Satu kelebihan besar pada Sudirman yg tak der pada banyak penyanyi dewasa ini adalah pitch suara dia memang betul2 tinggi. Tak pecah. So banyak lagu dia yg org memang nak dgr time dia tarik suara. Contoh, lagu Milik Siapakah Gadis Ini & Merisik Khabar. Dua lagu ni kalau tak reti bawak, masa karaoke ke , tersalah tarik, boleh terkeluar buasir. har har. (no recorded case so far)

Ramai penyanyi sekarang ni, kalau ada part lagu yg tinggi biasanya kat chorus, awal2 lagi dah start slow, kalau tak pun masa tarik suara tinggi, keluar suara garau @ rock.

Kalau masa bawak lagu asli pulak, memang boleh tangkap leleh bila dgr Sudirman ni nyanyi. Contoh, lagu Sayang Sarawak, Patah Hati dan Ayah & Ibu.

So itulah aku rasa antara sebab Sudirman ni memang seorang penyanyi yg mantap, takder pengganti sampai hari ni. Alfatihah utk roh allahyarham.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by venomie on May 24, 2007, 1:35pm

semalam saya terjumpa buku kartun sudirman (cover warna kuning) dekat The Mines berhampiran panggung wayang. Kedai buku tu dekat ngan toilet. Harga RM15.00


Re: Sudirman Hj Arshad
Post by venomie on May 24, 2007, 1:36pm

Tolonglah..saya nak sangat dengar lagu Kesepian tu..asyik ulang-ulang kat VCD KAMI...
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by miraks on May 29, 2007, 7:26pm

SUDIRMAN memang hebat. Saya antara peminat Allahyarham. Semua koleksi albumbeliau rekod dan kaset masih dlm simpanan. Saya kini sedang menulis mengenai Sudirman dan boleh dibaca pada laman http://miraks.multiply.com/
Riwayat hidup, album, cerita rakan, video clip, gambar akan dipaparkan di sini.

album pertama SUDIRMAN - TERIRING DOA (1976)
<a href="http://imageshack.us"><img src="http://img248.imageshack.us/img248/2240/picture012smallk
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by miraks on May 29, 2007, 7:28pm

ttp://img248.imageshack.us/my.php?image=picture012smallkt3.jpg
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by miraks on May 29, 2007, 7:41pm

ALBUM SULUNG SUDIRMAN - TERIRING DOA (1976)
GAMBAR WANITA PADA KULIT ALBUM - KAY - BEKAS ISTERI SUDIRMAN
MUKA 1
1. TERIRING DOA (OOI EOW JIN/HABSAH HASSAH)
2. KU BERSILAT (JOHARI SALLEH)

MUKA 2
1. SURAT KU YANG INI (DIN OSMAN/HABSAH HASSAN)
2. SERULING BAMBU

URL=http://imageshack.us][image] [/URL]
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by sakeri on Jun 17, 2007, 11:12am

salam semua peminat sudirman...
saya dah lama cari lagu pulang dari kilang tu...dalam banyak2 cd atau kaset kompilasi memang takde lagu tu (atau mungkin siapa2 yg jumpa?) tapi dah 2-3 hari godek2 kat internet akhirnya jumpa juga hehehe...rindunya, dah lama x dgr.. dulu masa kecik2 bapa saya ada lagu tu tapi dalam catridge (bukan kaset)..hari2 saya dgr dlm player kereta..catridge tu pun dah hilang... (eh betul ke org panggil benda tu catridge pun? x pasti pulak hehehe. tapi bila dengar2 balik mcm pernah dgr lagu tu tapi dlm versi lain, lagu tu saduran ke? ada siapa2 tau? boleh tolong clarify?
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by miraks on Jun 19, 2007, 11:18pm

saya rasa ada pulang dr kilang dalam salah satu kompilasi sudirman - tapi tak ingat yg mana satu -
boleh rujuk www.miraks.multiply.com/ saya ada tulis banyak hal mengenai sudirman dan semua 15 album solo studionya dng kulit album

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Jul 26, 2007, 8:12am


Quote:
ALBUM SULUNG SUDIRMAN - TERIRING DOA (1976)
GAMBAR WANITA PADA KULIT ALBUM - KAY - BEKAS ISTERI SUDIRMAN
MUKA 1
1. TERIRING DOA (OOI EOW JIN/HABSAH HASSAH)
2. KU BERSILAT (JOHARI SALLEH)

MUKA 2
1. SURAT KU YANG INI (DIN OSMAN/HABSAH HASSAN)
2. SERULING BAMBU

URL=http://imageshack.us][image] [/URL]


Yang ini pulak ialah album pertama Sudirman bersama EMI.

Ghaz, KL

[image]

[image] [image]


Re: Sudirman Hj Arshad
Post by tunasharapan on Sept 30, 2007, 5:22am

Assalamulaikum buat semua peminat Allahyarham Sudirman. Selamat menjalani ibadah puasa dan beramal di bulan Ramadhan nan mulia ini.

Tak kiralah sesiapapun, ada satu lagu nyanyian Allahyarham Sudirman yang penuh syahdu; tajuknya ialah Hari Ini Dalam Kenangan. Bertahun lamanya tunas cari lagu tu namun tiada di pasaran.

Liriknya seperti berikut:-

Hari Ini Dalam Kenangan

Hari itu kita bersua
Tidak ku duga buat kali terakhir
Kita bercerita kisah lama
Seakan tak mungkin ada kesudahannya

Hari ini ku terima berita
Tidak ku duga tak sanggup ku percaya
Sungguh terharu di hati ini
Kini kau telah pergi

Kau telah pergi tak akan kembali lagi
Kau telah pergi sendiri
Diiring pilu diiring sedu diiring angin petang
Ku iring doa setulus hati ku
Sekadar restu hanya untuk mu

Hari esok kian menjelang
Kisah semalam tinggal dalam kenangan
Suka dan duka waktu bersama
Ku kenang abadi


Sesiapa yang ada lagu ni dalam simpanan bolehkah sama-sama kongsi di sini? Terima Kasih.

Wassalam
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by miraks on Sept 30, 2007, 10:18am

lagu ini dalam lagu lain dalam album ini LAGU DARI KOTA ada dalam salah seorang member di multiply - kalau rajin search mesti jumpa.
saya tak ingat member yang mana satu
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by yudhie on Oct 28, 2007, 11:32pm


Quote:
lari sat dari perbincangan hangat ttg 'nilai' sudirman...

nak tanya nih.... sape tahu senarai lagu dalam album Sahabat yang Sudirman terbitkan untuk Atai? Boleh tak list-kan di sini. Thanks!


[image]
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by yudhie on Oct 28, 2007, 11:37pm

[image]
[image]

Sudirman - Teriring Doa - Warnada WN 1376 (1976)


Re: Sudirman Hj Arshad
Post by aliph on Jan 18, 2008, 6:09pm

ahaaaa..... ada satu berita baik.

kalian pernah tengok konsert live Sudirman kat Primula Beach? dan konsert terakhir Sudirman di panggung RTM? dalam konsert tu ada special guest iaitu Sarimah (masih muda lagi) menyanyikan lagu duet filem Ali Baba Bujang Lapok bersama Sudirman. 1st time rasanya Sarimah menanyi didepan khalayak dalam konsert.

nak tengok??? cuba² la bodek bro Amat kita tu. heh heh!!!.....
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by klangs2007 on Jan 21, 2008, 2:39pm

Biasanya lagu popular Almarhum Sudirman macam terasing, merisik khabar, salam terakhir selalu di mainkan di radio tapi ada lagu yang memang liriknya boleh membuat kita menangis tapi jarang main di radio seperti lagu "Di Hari Persandinganmu itu"
ciptaan A.Ali/Sudirman dan "Di Dalam Sepi Itu" ciptaan Manan Ngah/Habsah Hassan dan "Antara Hujan dan Airmata" ciptaan M.Nasir/Sudirman.


Re: Sudirman Hj Arshad
Post by carmahl on Apr 4, 2008, 9:57pm

Untuk peminat setia Sudirman, anda semua pasti gembira kerana EMI akan mengedarkan album 'TERUNGGUL' yang mengandungi 4CD pada pertengahan April ini. Apa yang pasti setelah diteliti daripada jumlah 76 buah lagu yang dipilih hanya beberapa saja yang belum pernah di CD seperti Gerhana Dihatiku, Abadi Di Hati dan Let Us Ride. Yang menariknya album ini memuatkan 4 lagu (album debut Sudirman) bersama Warnada 'Teriring Doa'.

Carmahl MS
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by alphard96 on Apr 5, 2008, 12:02am


Quote:
Lagi artikel di Harian Metro tentang Sudirman hari ini.

Pada 22 Februari 1992, selepas solat Subuh saya dan suami bergegas menziarahi jenazahnya di rumah kakaknya di Bangsar sebaik terima panggilan mengatakan Sudir tiada lagi. Saya lihat wajahnya ketika itu comel, berseri dan tanpa sebarang cacat cela.

Suami saya sendiri bersama keluarga Allahyarham mengangkat jenazah masuk ke van untuk dikebumikan di kampung halamannya di Temerloh, Pahang. Kalau benar dia menghidap penyakit berbahaya itu sesiapa tidak dibenarkan menyentuh tubuhnya. Ini tidak. Malah tiada sebarang ubat pembunuh kuman dan sebagainya diletakkan pada jenazahnya. Kepada mereka yang memfitnahnya sampai begitu sekali, perbanyakkan bacaan Al-Fatihah kepadanya kerana untuk memohon maaf darinya, dia sudah tiada lagi.
[/i]


Syukur Alhamdulillah, memang meluas tentang fitnah tersebut, semoga berita yang benar disampaikan kepada semua. AlFatihah.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by alphard96 on Apr 5, 2008, 12:07am


Quote:
ada satu lagu nyanyian Allahyarham Sudirman yang penuh syahdu; tajuknya ialah Hari Ini Dalam Kenangan. Bertahun lamanya tunas cari lagu tu namun tiada di pasaran.


Betul tunas, saya juga pernah dengar lagu itu dicorong radio Warna beberapa kali..........setuju sedap betul liriknya, tak tahu pula ia tiada dicd kan.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Apr 21, 2008, 2:33pm

Sabtu lepas di Majalah 3 ada liputan mengenai arwah Sudirman dan konsert mega Chow Kit Road 1986 ditayangkan semula. Nampak jauh berbeza kawasan Chow Kit hari ini dan 22 tahun dulu!

Ghaz, KL
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by mazizi99 on May 10, 2008, 9:35pm


Oct 12, 2006, 11:32pm, malayarchipelago wrote:
Aliph : Dulu masa saya berumur 13 tahun saya terjumpa sebuah kaset yg ibarat telur di hujung tanduk... tapi alhamdulilah tali tapenya masih sempurna.. kemudian saya tukar kan kepada badan yg baru... rupanya ia adalah kaset sudirman Album tersebut.. di dalamnya yg masih saya ingat antara lagunya adalah

1. bila wajah mu ku bayangkan
2. ku pandu laju ( bersalah )
3. budak baru ( lagu rancak yg tookoo nyanyikan )
4. Pelangi petang
5. Melati

hanya itu yg dpt sy ingat.. Tajuk Album nya pun saya tak tahu..

Semasa saya berumur 16 tahun dan masuk ke asrama.. dan pulang semula kerumah..
kaset tu dah jadi mangsa dirakam lagu 60an oleh ayah saya.. :(


Assalamualaikum..dah lama tak masuk sini..kerana kerap berada di multiply..Tajul album tersebut adalah Lagu Cinta..dan album tersebut ada di dalam Multiply
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by chubbyghaz on Jun 18, 2008, 1:49pm

Khabarnya lagu raya oleh Sudirman ini dapat royalti terbanyak setakat ini. Dalam Berita Harian (Singapura) hari ini ada ceritanya.

Ghaz, KL

LAGU YANG TERIMA ROYALTI TERBANYAK
Oleh Kamali Hudi


LAGU Dari Jauh Kupohon Maaf baru-baru ini telah dianugerahkan buat kali kedua sebagai lagu yang menerima paling banyak royalti dan juga lagu Melayu tempatan yang paling top.

Anugerah itu yang disampaikan oleh Compass dalam sebuah majlis di Raffles City pada 26 Mei lalu, sekali gus membuktikan bahawa ia dapat mengatasi lagu-lagu lain termasuk ciptaan masa kini, walaupun ia dikategorikan sebagai irama malar segar.

Haron Abdulmajid, penulis mapan dan penulis seni kata lagu tersebut, semasa diminta mengulas berkata:

'Tidak semestinya lagu-lagu lama akan terpendam begitu sahaja dengan timbulnya banyak lagu-lagu baru dalam dunia hiburan kita.

'Buktinya anugerah daripada Compass ini. Ia melakukan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat tentang pasaran album-album yang diedarkan dari masa ke masa.'

Lagu hasil ciptaan pemuzik dan pencipta serta penerbit lagu S. Atan itu telah dirakamkan pada awal 1980-an dan didendangkan oleh artis popular, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Ia kemudian dirakamkan semula oleh dua artis popular iaitu Jamal Abdillah dan Kumpulan Rabbani pada awal 2000 dengan persembahan yang agak berbeza.

Beberapa tahun lalu, Haron telah turut menerima Anugerah Kecemerlangan Artistik Compass, antara lain kerana mutu irama dan seni kata lagu itu yang didapati mempunyai pengertian yang mendalam, sesuai dengan kisah masyarakat, khususnya para perantau.

Lagu Dari Jauh Kupohon Maaf mengisahkan suasana menjelang Hari Raya yang dialami perantau yang tidak berpeluang pulang ke kampung halaman mereka untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga. Sebagai ganti, mereka mereka mencurahkan perasaan dan menyampaikan ucapan melalui lagu sebagai pengganti diri.

Haron, yang telah banyak menghasilkan seni kata lagu untuk ramai artis popular sejak 1970-an hingga kini, turut memainkan peranan mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke persada seni hiburan.

Selain itu, beliau juga banyak menulis sajak-sajak yang sebahagiannya diterbitkan di akhbar Berita Harian, dan baru-baru ini telah menghasilkan sebuahnya novelnya yang pertama, Ombak Jadi Saksi, yang mendapat sambutan hangat di sini dan Malaysia.

Haron juga turut membantu dalam pengurusan syarikat Aliff Productions & Musicworks dengan melakukan penerbitan rakaman artis-artis di bawah naungan syarikat itu.

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by yusri on Jul 12, 2008, 11:30pm

Aku bengang betul dengan EMI ni..asyik keluarkan koleksi lagu yang sama je tiap kali koleksi sudir release.cuma 2 3 4 buah lagu yang tak pernah dikeluarkan je dimuatkan dalam koleksi terbaru sudir.Mana pergi lagu yang tak pernah dikoleksikan seperti Hanya Lagu,Hari Itu Dalam Kenangan,Bila Sendirian,Hanya Bagai Mimpi,Penyu Menangis,Cahaya hidupku dan banyak lagi kalau aku tulis kat sini gerenti tak tertulis. Tak salah kalau EMI keluarkan pulak koleksi lagu sudir yang tak pernah dikeluarkan,gerenti laris,sebab ramai peminatnya merindui sudir.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by carmahl on Jul 13, 2008, 4:31pm

Sdr Yusri

Bukan sdr sahaja, tetapi ramai lagi peminat industri hiburan (muzik) termasuk aku 'bengang' dengan EMI (kaya dengan khazanah lagu-lagu & penyanyi-penyanyi hebat). Hanya 2 kesimpulan yang kita boleh buat:

(1) strategy pemasaran (kalau dah keluar semua album, tentu orang dah tak berminat untuk membeli album yang seterusnya terutama kompilasi - kecuali peminat yang fanatik) atau

(2) orang yang dilantik/bertanggungjawab dalam urusan pemilihan lagu ni tak mengikuti 'sejarah' perkembangan lagu-lagu atau penyanyi yang hendak dikompilasikan, terutama lagu-lagu dari penyanyi era 70-an. Mungkin mereka ni terdiri daripaga generasi baru - jadi kerja main tangkap muat sahaja (andaian saja).


Re: Sudirman Hj Arshad
Post by yusriktn on Jun 1, 2009, 9:32pm

Harap Music Valley dengan kerjasama Warner Music dapat mengeluarkan Memori Hit Terunggul Sudirman pula. Tapi janganlah keluarkan koleksi lagu yang sama sahaja. Banyak lagi lagu Sudirman yang belum dikoleksi atau diCD kan seperti HARI ITU DALAM KENANGAN, CAHAYA HIDUPKU, HANYA LAGU, PLANET GRINGGRAGONG, MARI BERLARI dan lain-lain. Apa kata kita pakat serbu kat ofis Warner Music dan Music Valley dan paksa mereka release lagu-lagu tersebut. hehehehehe
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by classicguys on Aug 28, 2009, 9:08am

Ikon 1Malaysia
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

MAJLIS penyerahan DVD dan VCD 'Sudirman One Thousand Million Smiles' disaksikan Rosmah, Farid, Johan dan Hermond Cheng (kiri).

Penampilan Sudirman di pentas sentiasa diterima baik peminat pelbagai kaum

PEMERGIAN Penghibur No 1 tanah air, Sudirman Arshad, 17 tahun lalu masih belum ada galang gantinya. Bukan tiada yang cuba menjadi seperti Sudirman tetapi mereka ternyata gagal menandingi kehebatan penyanyi yang kembali ke Rahmatullah pada 22 Februari 1992 itu.

Semangat patriotik yang cukup menebal ditonjolkan dalam setiap persembahan ketika hayatnya membuatkan Allahyarham begitu istimewa pada pandangan mata peminat. Dia tidak mengamalkan sikap diskriminasi, setiap kaum dilayan sama rata. Semangat itu jarang dimiliki penyanyi generasi baru sekarang.

Cintanya pada negara begitu jelas sehingga Allahyarham menganjurkan konsert bertemakan patriotik yang juga konsert terakhir sebelum beliau pada 9 Mac 1991 di Melaka. Konsert berkenaan bagaimanapun tidak pernah disiarkan oleh mana-mana stesen TV.

Justeru, sempena Hari Kemerdekaan ke-52 yang disambut Isnin ini, TV3 mengambil peluang itu menyiarkan konsert Sudirman: One Thousand Million Smiles kepada penontonnya pada jam 10 pagi.

Idea menyiarkan konsert yang sudah berada dalam simpanan seorang sahabat baik Allahyarham sejak 18 tahun itu timbul apabila Pengerusi Eksekutif Media Prima Berhad (MPB), Datuk Johan Jaafar menyedari penjualan VCD konsert berkenaan di pasaran. Beliau berasakan konsert itu wajar dipertontonkan kepada umum kerana nilai 1Malaysia begitu menebal dalam konsert berkenaan, bersesuaian dengan konsep diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
GAMBAR kenangan Sudirman bersama Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Jaafar Onn pada 1982 (kiri). KERAP tampil dengan baju bercorak Jalur Gemilang

Menurutnya, rakaman konsert berkenaan dibuat untuk tujuan simpanan peribadi menyebabkan kualiti konsert selama lebih satu jam itu kurang baik, tetapi syarikat rakaman EMI sedaya upaya mencantikkan audio serta visual konsert itu supaya dapat ditonton peminat Allahyarham.

"Semua orang tahu Allahyarham Sudirman penyanyi berbakat. Pada 1991, beliau pernah mengadakan konsert sempena Kemerdekaan tetapi konsert itu belum pernah disiarkan di mana-mana. Sungguhpun produksi konsert berkenaan bukan dibuat untuk televisyen, justeru kualiti gambar dan audionya agak kurang memuaskan. Namun konsert itu perlu juga ditayangkan kerana mesej yang dibawakan Allahyarham amat sesuai bersempena dengan hari Kemerdekaan," katanya pada sidang media mengenai tayangan konsert berkenaan.

Majlis sidang media itu disaksikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan; Pengurus Besar, EMI Records Malaysia, Hermond Cheng dan kakak Allahyarham, Datin Rodziah Arshad.

Sementara itu, Rosmah pula berkata, semangat patriotik ditonjolkan penyanyi itu melayakkannya diangkat sebagai Ikon 1Malaysia dalam bidang nyanyian atau kesenian sekiranya Allahyarham masih hidup.

Beliau juga berkata, generasi muda wajar menghayati lagu-lagu dendangan Allahyarham yang sarat dengan mesej berguna supaya mereka lebih menghargai erti kemerdekaan.

"Kalau beliau masih ada, mungkin beliau adalah Ikon 1Malaysia. Namun sayangnya beliau pergi terlebih dulu sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan lagi, malah konsep itu sudah diterapkan beliau sejak lama dulu," kata Rosmah yang juga penaung program Bersamamu TV3.

VCD serta DVD konsert berkenaan yang kini diedarkan Warner Music Malaysia, berada di pasaran sejak Julai lalu. Hasil daripada penjualannya akan dimasukkan ke Tabung Bersamamu TV3.

Sementara itu, Pengurus Artis dan Repertoir Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad berkata, mereka tidak menyangka konsert Sudirman mengundang minat TV3 untuk menyiarkannya di kaca televisyen kerana ketika VCD serta DVD itu dicetak, mereka berasakan ia hanya akan bertahan di rak kedai saja.

Bagaimanapun dengan inisiatif TV3, beliau percaya sedikit sebanyak dapat membantu penjualan VCD serta DVD berkenaan yang sudah pun dicetak sebanyak 1,500 unit bagi cetakan pertama. Sekiranya permintaan memberangsangkan, mereka berhasrat untuk mengulang cetak konsert berkenaan.

"Konsert ini sebenarnya dirakam seorang sahabat Allahyarham untuk simpanan peribadi. Beliau merakamkannya menerusi VHS kerana sebelum ini beliau tidak berniat untuk menjual konsert itu kepada sesiapa. Tetapi apabila Perdana Menteri melaungkan konsep 1Malaysia, beliau tampil kepada kami kerana berasakan konsert itu wajar dipertontonkan kepada umum kerana nilai-nilai patriotisme yang cukup menebal.

"Kami berasakan ia satu idea baik yang boleh dijadikan khazanah negara, jadi kami mencari syarikat produksi yang masih mempunyai sistem VHS untuk membersihkan rakaman yang sudah berusia belasan tahun itu.

"Banyak juga proses pembersihan yang perlu dilakukan untuk mencantikkan lagi audio dan visual konsert itu. Secara purata hampir sebulan setengah proses pembersihan dilakukan. Walaupun kita mengedarkan VCD dan DVD konsert itu, tetapi hak miliknya masih lagi menjadi milik Saudara Usaha Dagang iaitu syarikat rakan baik Allahyarham," katanya.

Konsert One Thousand Million Smiles cukup istimewa kerana selain menyampaikan lagu patriotik, Allahyarhm turut menyanyikan lagu daripada pelbagai bahasa diiringi dengan persembahan gerak tari cukup menarik yang turut dijayakan peminat pelbagai bangsa ketika Allahyarham menyampaikan lagu Kantonis dan Tamil yang begitu kuat melambangkan konsep 1Malaysia.

Antara lagu yang didendangkan pada konsert berkenaan ialah Kenali Malaysia Cintai Malaysia, Tegakkan Bendera Kita, 31 Ogos, Bapak, Warisan, I'm A Singer (Kantonis), Puthiya Vaanam, Milik Siapakah Gadis Ini, One Thousand Million Smiles dan banyak lagi.
Re: Sudirman Hj Arshad
Post by azahar on Nov 2, 2009, 7:43pm


Oct 11, 2006, 1:04pm, aliph wrote:
wahahahahaha!!! Memang tergelak sorang saya kat office ni bila baca posting awak Ghaz. Masakan saya boleh lupa akan bas mini yang cukup besar jasanya pada warga Kuala Lumpur suatu masa dulu. Saya cuma sempat merasai zaman kegemilangan bas mini sewaktu awal 90'an. Lepas tu bas mini dah jadi sejarah.

Ini antara beberapa gambar bas mini yang saya capture dari filem² melayu. Kebetulan pulan kedua²nya nombor 14 seperti yang Ghaz ceritakan

[image]
dipetik dari filem Kembara Seniman Jalanan

[image]
dipetik dari filem Sikit Punya Gila. Rasanya yang ini adalah antara generasi terawal bas mini.

**maaf, dah lari tajuk saya bila mengenangkan nostalgia ini.

Re: Sudirman Hj Arshad
Post by azahar on Nov 2, 2009, 7:45pm


Oct 11, 2006, 1:04pm, aliph wrote:
wahahahahaha!!! Memang tergelak sorang saya kat office ni bila baca posting awak Ghaz. Masakan saya boleh lupa akan bas mini yang cukup besar jasanya pada warga Kuala Lumpur suatu masa dulu. Saya cuma sempat merasai zaman kegemilangan bas mini sewaktu awal 90'an. Lepas tu bas mini dah jadi sejarah.

Ini antara beberapa gambar bas mini yang saya capture dari filem² melayu. Kebetulan pulan kedua²nya nombor 14 seperti yang Ghaz ceritakan
bas yg [image]
dipetik dari filem Kembara Seniman Jalanan

[image]
dipetik dari filem Sikit Punya Gila. Rasanya yang ini adalah antara generasi terawal bas mini.

**maaf, dah lari tajuk saya bila mengenangkan nostalgia ini.