Perbincangan Muzik » Sumbangsih » LAGU-LAGU PATRIOTIK
http://hamlau.proboards.com/index.cgi?board=sumbangsih&action=display&thread=240

LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Dec 15, 2006, 2:22am

Assalamualaikum dan selamat sejahtera members semua.

Disini saya uploadkan http://filecargo.com/dw.php?id=1166122333&/bahtera_merdeka_aishah.mp3] MP3 BAHTERA MERDEKA [/URL] Nyanyian Aishah. Lagu ini merupakan lagu berunsur patriotik paling popular sejak ianya dicipta hinggalah sekarang. Dibawah pula saya paparkan liriknya. ;D

BAHTERA MERDEKA

Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang (2x)
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung (2x)
Permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Untuk menunaikan (2x)
Sumpah dan janji

Lagu ini adalah hasil ciptaan komposer popular dari Singapura Kassim Masdor, manakala liriknya ditulis oleh S. Sudarmaji. 8-)

Selain Bahtera Merdeka (Ahmad Jais), Tanggal 31 Ogos (Sudirman) dan Joget Malaysia nyanyian (P.Ramlee & Saloma) apakah lagu-lagu berunsur patriotik yang kena mengena dengan Malaysia yang korang tau?. ::)



Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Dec 15, 2006, 3:42pm

Banyak tu tak juga, tapi saya cuba senaraikan:

1. Titiwangsa - nyanyian Saloma (ada juga versi Broery Marantika)

2. Negaraku/Bunga Negara - nyanyian Salim I. & The Wisma

3. Nusajaya - nyanyian Ahmad Daud

4. Sunrise In Malaysia - The Sundowners (lagu Inggeris, rakaman EMI tahun 1964)

5. Oh Malaysia - nyanyian Anneke Gronloh (juga lagu Inggeris, tapi dalam rakaman disebut Oh Malaya, masa Philips edarkan rekod tu barulah Malaysia tertubuh)

6. Rembang Petang Di Malaysia - Suhaily Shamsuddin

7. Semalam Di Malaysia - D'Lloyd

8. Kucupan Azimat - Ahmad Jais

9. Zapin Malaysia - P. Ramlee & Saloma (tak ada dalam filem Masam-Masam Manis, ini rakaman piring hitam saja)

Tanggal 31 Ogos nyanyian Sudirman itu rakaman semula dari versi asal nyanyian Ahmad C.B. (C.B. = Chass Barra). Ahmad C.B. ini juga popular dengan lagu Cincin Belah Rotan dan duetnya dengan Saloma (Belo Belo).

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Dec 16, 2006, 12:53am


Ghaz:

Ini yang seronoknya, saya tak tahu lagu Tanggal 31 Ogos tu versi asalnya adalah dari nyanyian Ahmad CB kerana tak pernah mendengarnya sebelum Album Abadi - Sudirman.

Keroncong Kuala Lumpur, Mutiara Dari Pulau Pinang, Kuala Kangsar boleh gak kita senaraikan sebagai lagu patriotik kan?




Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Dec 18, 2006, 12:14pm

Atas permintaan saya yudhie telah mengirimkan satu salinan sebuah album/kaset berjodol Saiful Bahari - Semalam Di Malaya yang memuatkan 12 buah lagu beberapa bulan lalu. Saya kira ada 7 lagu yang ada unsur-unsur patriotik. Rasanya wajar dipaparkan disini untuk makluman anda semua. Lagu-lagu tersebut seperti berikut yang dinyanyikan oleh Tuty Dulay, Nina Kirana dan Sam Saimun : ;D

[image]

1. Semalam Di Malaya - Tuty Dulay
2. Pantai Melaka - Nina Kirana
3. Semalam Di Kuala Lumpur - Sam Saimun
4. Kuala Kangsar - Tutty Dulay
5. Mutiara Dari Pulau Pinang - Sam Saimun
6. Kuala Lumpur - Tutty Dulay
7. Akhir Malam di Sungai Petani - Sam Saimun & Nina Kirana

Cuba anda tolong beri pendapat terhadap soalan ini : Apa 'kriteria' lagu patriotik?. Adakah ianya mengenai perjuangan dan kemerdekaan semata? Adakah lagu-lagu seperti Keroncong Kuala Lumpur, Semalam Di Malaysia, Titiwangsa, Kuala Lumpur dll boleh dikategorikan sebagai lagu patriotik? >:(



Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Jan 4, 2007, 1:52am


yudhie:

Saya terdengar dari Klasik nasional lagu MELAKA nyanyian P.Ramlee yang mana rupanya lagu tersebut adalah lagu Joget Malaysia. Hanya susunan muzik dan senikatanya diubahsuai.

Ada lagu-lagu lain yang jadi macam tu tak? 8-)


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Jan 17, 2007, 11:06pm

Effendi, izinkan saya memberi jawapan mengenai kriteria lagu-lagu patriotik.

Kalau nak kategorikan lagu-lagu itu patriotik atau tidak, mesti rujuk pada senikata.

Jika diamati senikatanya, lagu-lagu seperti itu mesti melambangkan kesetiaan si pencipta/penyanyi terhadap tanah airnya. Contohnya lagu-lagu seperti Tanah Pusaka, Titiwangsa, Keroncong Kuala Lumpur dan seumpamanya.

Sebaliknya lagu-lagu Semalam Di Malaysia, Semalam Di Cianjur dan lain-lain - itu lebih menggambarkan kenangan si pencipta/penyanyi akan peristiwa peribadinya yang terjadi di tempat itu - selalunya kisah cinta diabadikan.

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Jan 19, 2007, 8:49am


Saya pun fikir begitu ghaz:

Banyak lagu-lagu yang dianggap patriotik kerana tajuknya, sedangkan ianya mengisahkan keindahan sesuatu tempat atau menceritakan 'peristiwa atau kenangan' sipenyanyi ditempat itu.

Lagu Perwira- Saloma, Selamat Pergi Pahlawanku - Yusni Hamid, Pahlawanku - Rafeah Buang baru dikatakan lagu-lagu patriotik, selain lagu Malaysia Berjaya dan sebagainya.

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Jan 22, 2007, 10:20am

Nampaknya album klasik ni ada banyak lagu-lagu patriotik.

THE CENTRAL BAND OF THE ROYAL MALAY REGIMENT (HMV)

[image]

Lagu-lagunya:

BERBUAT JASA, TA'AT DAN SETIA, BERSATU, LEMBING KEPALA,
LAGU PENGAWAL NEGRI, SERI MENANTI, THE FEDERATION ENGINEERS, SERVE TO LEAD

Ghaz, KL



Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by admin on Jan 22, 2007, 3:11pm

Siapa tahu,

siapa penyanyi perempuan dan apa nama lagu patriotik yang MESTI diputarkan oleh Klasik Nasional setiap lepas siaran berita?

Dengarnya macam rakaman awal 70'an.

Antara senikatanya:

Setitik jadikan laut sekapal jadikan gunung... baktikan kelak disebut namamu kekal di sanjung... sembahkan jasad serela jiwa untuk bangsa dan negara...
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Jan 22, 2007, 9:43pm

Bro hamlau, seingat saya penyanyinya bernama Masni Salleh dan lagunya kalau tak silap bertajuk Nyalakan Tekad di Unggun Cita. Rakaman memang diedarkan pada awal 70-an. EP-nya keluaran Sari Artis (syarikat milik pelakon Datuk Sarimah).
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by admin on Jan 22, 2007, 10:46pm

Terimakasih Yudhie - bukan saja untuk nama penyanyi dan lagu malah juga kerana berikan xtra info.. cayalah...
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Jan 23, 2007, 11:03am

Hamlau pernah dengar tak sebuah lagu patriotik instrumental ciptaan Ahmad Jaafar tajuknya "Tentera Singapura"? Saya pernah jumpa EP ini di Pasar Seni, KL. Ada gambar barisan tentera Singapura sedang bermain alat muzik sambil berkawad. EP ini terbitan RTS (Radio Televisyen Singapura).

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by admin on Jan 23, 2007, 11:26pm

Maaf Ghaz, belum ada peluang untuk mendengar atau melihatnya. Kedai yang mana dalam Pasar Seni?
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Jan 24, 2007, 7:28am

Alamak, lupa pula nama kedainya, Hamlau .... tapi masuk saja ke dalam bangunan Pasar Seni dari McDonalds tu dah boleh jumpa kedainya.

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Jan 25, 2007, 12:04am


Bila ghaz paparkan imej rekod Royal Malay Regiment tu teringat pula saya satu lagu. :o

Ada sesapa simpan lagu Polis Home Guard tak? Lagu tersebut kalau tak silap nyanyian Lena atau Asiah kot? Lirik awalnya saja saya ingat begini ...... ::)

Polis Home Guard Malaya regement.... lastnya ... tetap Malaya Merdeka....!

Saya hanya pernah sekali saja mendengar ianya diputarkan di radio, tapi tak ingat siaran radio mana tahun lepas?

yudhie boleh bantu ke? Kalau ada tolong paparkan liriknya sekali k? ;D



Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Jan 25, 2007, 12:36am


Kengkawan di MN sekelian.

Saya uploadkan lagu PAHLAWANKU nyanyian Rubiah Supari. Mungkin lagu ini adalah versi asal dari rakaman Rafeah Buang dengan tajuk yang sama rasa saya. ::)

Jika anda tak dapat acess ke eSnip.com tersebut sila beritahu ye 8-)




Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Jan 26, 2007, 10:02am

effendi, itu lagu Malaya Merdeka nyanyian Zahara Agus - mungkin ciptaan Ahmad Jaafar. Liriknya kena cari dulu, kalau jumpa nanti saya paparkan. Rekodnya Pathe PTH 189 juga ada lagu Pulau Aman. Juga ada dalam LP Empat Bintang - Pathe MPA 4 bersama lagu-lagu nyanyian S. Hamid, Jamaliah Shariff dan Kamsani.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Jan 28, 2007, 10:21am


Terima kasih yudhie kerana sangaup membantu. Dan terima kasih juga info mengenai lagu NYALAKAN TEKAD DI UNGGUN CINTA nyanyian Masni Salleh ini, kerana saya pun ingin tahu siapa penyanyi dan apa tajuk lagu tersebut. ;D

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by admin on Jan 28, 2007, 11:15pm

Effendi, Yudhie,

hamlau terjumpa lagu Malaya Merdeka dalam simpanan.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Jan 29, 2007, 1:26am


Terima kasih bebanyaklah hamlau kerana menaikkan lagu Malaya Merdeka tu kat sini, memang dah lama nak cari lagu tu. Bila mengingatkan lagu tersebut teringat pula pada arwah ayah saya yang sering main gitar sambil menyanyikan lagu tersebut masa kecik-kecik dulu. ::)

Anyway thanks again ;D


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Jan 29, 2007, 2:53am

Bro hamlau dan effendi,
Nampaknya saya ketinggalan kereta kuda. Tapi tak apalah, janji sampai. Dipaparkan lirik Malaya Merdeka nyanyian Zahara Agus. Pada rekodnya tak dinyatakan penciptanya, tetapi saya pernah terbaca dalam akhbar lagu Malaya Merdeka adalah ciptaan Ahmad Jaafar.

MALAYA MERDEKA

Wahai Melayu umat Malaya, mari kita bekerjasama
Untuk negara dan bangsa, agar Malaya merdeka
Wahai pemuda harapan bangsa, takkan Melayu meninggal baka
Tunjuk olehmu bukti dan jasa, Tanah Melayu negeri kita

Jangan takut dan ngeri, hidup memang lawan mati
Bina Malaya jangan ber'enti, agar Melayu kekal abadi

Police Home Guards Malay Regiment, pimpin bangsamu sekalian
Korbankan diri bentengkan dada, tetap Malaya merdeka.

effendi, ayahnya dulu pemain gitar ya? Keluarga effendi ni memang keluarga muziklah ya? Ada pemain gitar, pencipta lagu, penerbit album, penyanyi dan lain-lain. Syabas.

Tajuk lagu Masni Salleh ...... Di Unggun Cita bukan ..... Cinta.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by aliph on Feb 2, 2007, 10:53am

rasanya lagu ini juga sesuai sebagai lagu² patriotik

Rasanya ada yang tau dari filem mana lagu ini dipetik kan?? sapa boleh jawap dengan tepat, nanti boleh tuntut hadiah dengan saya....heh heh!!


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by tunasharapan on Feb 2, 2007, 3:11pm

Hai, rasanya semua forumers seniors lat Laman MN ni tahu lagu ni dari filem apa.
[image]

Tajuk lagu tunas tak pasti tapi, bagaimana yg tunas katakan, filemnya ialah Prebet Lapok (1979) lakonan A R Badul, R Ismail Tawil dll. Aziz Satar yang arahkan filem ni kalau tunas tak silap.

[image]

[image]

Sebut pasal Tawil, Tunas ingat, beliau juga pernah berlakon dalam beberapa siri Drama RTM di tahun 70-an . Apa ceritanya dengan pelakon tu sekarang ni, ada siapa-siapa yang tahu ?
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by aliph on Feb 2, 2007, 3:29pm

heh heh!!! Kalau dah otai tu tetap otai, takde masalah nak jawap. Oh ya, hadiah tu cuma untuk yang bukan otai saja.....ekekekeke!!

Tawil ni saya tak banyak maklumat pasal dia. cuma sejak akhir² ni saya selalu menonton lakonan beliau dalam drama² baru terbitan RTM. Dah jauh berubah fizikal Haji Tawil ni, dah beruban dan badan pun dah sekali ganda dari yang kita tengok dalam Prebet Lapok tu

oh ya, tajuk lagu tu Seruan Tentera nyanyian RSM Ismail, lirik oleh Yusnor Ef. Antara lagu² tentera yang saya suka selain Darah Satria (filem Darah Satria) dan Hoi Kawan² (Filem Prebet Lapok juga)
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Feb 4, 2007, 3:30am


Quote:

effendi, ayahnya dulu pemain gitar ya? Keluarga effendi ni memang keluarga muziklah ya? Ada pemain gitar, pencipta lagu, penerbit album, penyanyi dan lain-lain. Syabas.

Tajuk lagu Masni Salleh ...... Di Unggun Cita bukan ..... Cinta.



Hehe yudhie ni. Arwah ayah saya memang bekas penyanyi dan pemuzik amatur. Dia pandai bermain banyak alat muzik seperti gitar, accordian dan biola. Memang dari kecil saya terdedah dengan muzik. Malangnya ayah saya tidak menjadikan bakatnya sebagai kerjaya... hanya sebagai hobi sahaja. ::)

Ini satu kisah menarik yang pernah diceritakan pada saya. Arwah ayah saya berjaya memasuki peringkat akhir Bintang Radio - bahagian Asli tahun 1956 kalau tak silap tapi tak sempat menghadirkan diri di KL untuk pertandingan tersebut kerana ketiadaan kenderaan kerana dikenakan perintah berkurung di daerah kami. >:(

Oh ya terima kasih atas pembetulan tajuk lagu patriotik nyanyian Masni Salleh tersebut. 8-)




Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Feb 10, 2007, 2:06pm


yudhie:

Klasik Nasional sering memutarkan lagu patriotik nyanyian Broery ini selepas Berita jam 12 tengahari kalau tak silap saya. >:(

CUBA DENGAR LAGUNYA kalau Norlela keluar kat FileCargo tu masa download harap kecikkan mata sebelah k? ;)

Anda ada tak maklumat tentang lagu ni maksud saya tajuk lagu, pencipta dan penulis liriknya. Sebelum ini saya tak pernah pula mendengar lagu inirasanya. ::)





Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Feb 12, 2007, 12:58pm

Maaf effendi, tak ada maklumat tentang lagu itu. Sayapun tak pernah dengar lagu itu sebelum ini. Mungkin ada peminat Broery yang tahu.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Feb 15, 2007, 10:30am


Ok takpe yudhie:

Tapi peminat Broery yang lain senyap jer sukarlah nak dapat jawapannya kan? takpe mungkin ada yang terlepas pandang tajuk ni kot sebab banyak thread yang naik cepat kebelakangan ni. Syabas semua member MN. Semakin rancak laman MN ini ;D


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by shambulat on Feb 15, 2007, 12:14pm


Sebenarnya nama TAWIL yang sebenar adalah Haji Abu Bakar , pada awal 70an
Haji Abu Bakar telah berlakon dalam drama RTM bercorak komedi bertajuk "Anak Kerbau Mati Emak" hasil karya Mana Sikana , dalam drama tersebut beliau memegang watak pemuda lurus bendul bernama TAWIL. . watak TAWIL yang dilakonkan beliau begitu berjaya memikat hati penonton. . . sejak dari itu hilanglah nama Haji Abu bakar yang terus melekat hanyalah nama TAWIL ,
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by aliph on Feb 15, 2007, 8:41pm

thanks Sham! baru ni la saya tau kisah disebalik nama Tawil tu. saya pernah dengar tajuk drama tu sebelum ini, melalui majalah URTV rasanya.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on May 14, 2007, 12:25am


Imej dari filem Prebet Lapok. Kelihatan Tawil diapit oleh Ed. Osmera dan Badul. ;D

[image]

Ini pula lagu patriotik DUNIAKU YANG PERMAI nyanyian Samad Haroun yang kerap juga berkumandang di KNL. 8-)

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on May 14, 2007, 6:16am

Seingat saya, banyak lagu-lagu patriotik yang dimainkan di siaran radio dan TV RTM dicipta oleh Madzhi Johari. Namanya sering keluar pada tajuk lagu (untuk siaran TV).

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on May 20, 2007, 11:38pm


Korang ingat tak perajurit Malaysia dibawah naungan panji-panji PBB telah menghantar tentera kita ke Namibia pada tahun 1989. Sehubungan dengan itu ada satu album diterbitkan oleh Irama IMI berjodol Namibia Perwiraku. Malangnya cover keset album ini dah hilang dan sorrylah tak dapat nak dipaparkan kat sini. ::)

Dengarkan lagu NAMIBIA PERWIRAKU Nyanyian Nas Atea.
Penyanyi ini satu ketika dahulu popular dengan lagunya Masih Ada Yang Sayang. ;D


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by aliph on May 22, 2007, 7:16am

errr....terlanjur bebicara pasal lagu² patriotik ni, kalian ingat lagi tak dengan Nuri Angkasa? beliau selalunya muncul dikaca TV mendeklemasikan sajak² ketenteraan dan suara beliau juga sering digunakan untuk tujuan yang sama terutamanya bila Hari Pahlawan, Hari Merdeka dsb.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on May 22, 2007, 10:07pm


Aliph:

Kalau tak silap Nuri Angkasa ni memang seorang tentera. Dia banyak berlakon dalam drama TV, selalunya jadi orang baiklah tu. Kalau ada sesapa yang ada menyimpan gambar beliau sudi-sudikanlah paparkan kat sini, dah lama tak tengok wajah beliau. Dah arwah kan? ::)


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on May 29, 2007, 12:04pm


Ada satu lagu yang boleh dianggap 'patriotik' di Malaysia iaiatu lagu FIKIRKAN BOLEH Nyanyian Kumpulan Metropolitan.
Lagu ini menjadi sumber inspirasi dan pembakar semangat dalam apa jua aktiviti rakyat Malaysia terutamanya dalam sukan.
Ungkapan Malaysia Boleh memang sering berkumandang sama ada Boleh Menang atau Boleh Kalah hehe. ::)

Oh ya setahu saya ada penyanyi wanita dalam kumpulan Metropolitan ni dulu, mereka pushed lagu lain lagu Fikirkan Boleh
ini pula yang meletup. >:(

Sapa tahu nama penyanyi wanita tersebut. Jika ada gambar kumpulan ini harap boleh dipaparkan kat sini. ;D


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Jun 2, 2007, 1:20am


Musicland telah mengeluarkan CD dan VCD album Lagu-Lagu Patriotik Syahdu sempena 50 tahun Merdeka dan Tahun Melawat Malaysia 2007. ;D

[image]

Ada 14 lagu terdapat dalam album yang diterbitkan oleh penyanyi dan komposer Afzainizam Ismail ini. 8-)

1. Tiga Malam
2. Kucupan Azimat
3. Melati Di Tapal Batas
4. Bahtera Merdeka
5. Nusa Jaya
6. Malaysia Tanah Airku
7. Pahlawanku
8. Malaysia Baru
9. Sekapur Sireh Seulas Pinang
10. Perwira
11. Sejahtera Malaysia
12. Baju Hijau
13. Tanah Pusaka
14. Tari Silat Melayu

Kalau korang berhajat nak masuk Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik boleh dapatkan album tersebut di pasaran. ;D



Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Jun 27, 2007, 12:22am


[image]

Buku ini mengandungi lagu-lagu Rakyat seperti Anak Ikan, Enjit-Enjit Semut disamping lagu Patriotik seperti tanah Pusaka, Chendering, Putera Puteri dan sebagainya dalam bentuk Nota Muzik Lengkap bererta lirinya sekali. Buku ini diterbit oleh Istana Budaya dan diselanggara oleh Dato' Ahmad Merican, Ramlan Mohd. Imam dan Ibrahim Yahaya. ;D

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Aug 8, 2007, 2:26am


Sempena menyambut 50 tahun Merdeka ada pula yang meng'Rap'kan lagu Negaraku, memang haru betullah. ::)

[image]

Inilah video lagu Negarakuku yang telah dirap kan oleh Namawee. Rakyat Malaysia di Taiwan yang berasal dari Muar, Johor yang menjadi isu hangat di akhbar-akhbar harian hari ini. Polis dalam kenyataannya akan mengambil tindakan ke atas Namawee kerana menghina lagu Negaraku, polis, kerajaan dan Negara Malaysia.

Dari lirik yang telah di translatekan menampakkan Namawee menunjukkan rasa protes kerana dia tidak dapat belajar di IPTA, sijil beliau yang diambil di Institusi Swasta tidak diiktiraf oleh kerajaan dan terpaksa merantau ke Taiwan. >:(

http://www.youtube.com/watch?v=OsyJemOf0xg




Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by pechot on Aug 8, 2007, 12:23pm

Askum, mana nak cari lagu original patriotik - Malaysia Sudah Berjaya, saya tak sure la nyanyian siapa tapi Radio RTM selalu pasang dulu...saya tak suka versi moden punya. harap dpt tolong
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by saroja on Aug 8, 2007, 2:23pm

Assalamualaikum

saya rasa lagu ini....

http://www.mediafire.com/?bdiluygthzj
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by rozasakuan on Aug 8, 2007, 4:32pm

Memang bengonglah budak bernama NAMAWEE tu. Saya dah tengok video dia buat. Inilah generasi komunis yang hendak memusnahkan Malaysia. Tak dapat cara kasar dia buat macam ni pulak. Patut je budak ni kena ISA seumur hidup. pas tu seluruh kaum kerabatnya hantar balik kat negara asal. biar mereka rasa duduk kat tempat yang lebih teruk dari Malaysia.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Aug 9, 2007, 7:29am

Sebuah lagu patriotik yang saya tak boleh lupa (kerana klasiknya suara si penyanyi dan susunan muziknya) ialah Bahasa Jiwa Bangsa. Saya pernah lihat videoclip lama hitam putih lagu itu nyanyian arwah Datuk Zainal Alam.

Gunakan-lah bahasa kebangsa'an kita
mari-lah 'amal-kan ramai2
bahasa-lah menyatu-kan kita semua
yakin-lah bahasa jiwa bangsa

Mari-lah kita bersama2
bukti-kan ta'at setia dengan satu bahasa
maju bangsa dan maju negara
tegak-kan bahasa kita
bahasa jiwa bangsa

Pernah sekali, ada komen terhadap RTM kerana menyiarkan versi antik lagu ini. Semenjak itu, versi baru yang lebih rancak dimainkan. Tapi saya tetap suka versi antik tu, kerana ada seninya tersendiri.

Ghaz, KL


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Aug 10, 2007, 10:24pm


Quote:
Assalamualaikum

saya rasa lagu ini....

http://www.mediafire.com/?bdiluygthzj


saroja;

Lagu tu betul, tapi versi asal lagu Malaysia Berjaya setahu saya penyanyinya adalah Jamaluddin Alias. ;D

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by miraks on Aug 11, 2007, 11:58am

[image]


LAGU BROERY TU - NEGARA TERCINTA - DIPETIK DRP ALBUM DI ATAS. MELODI DAN LIRIK DIBUAT ORANG MALAYSIA

EDARAN SEMULA
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Aug 15, 2007, 11:45am


Saya tertarik membaca artikel dibawah ini dari Isu Hangat lalu saya copy & paste kat sini buat renungan semua. Memang Merdeka hari ini disambut dengan pelbagai konsert jer. ::)

SAMBUTAN KEMERDEKAAN NEGARA KOSMETIK?

Oleh : MOHD. FIRDAUS MOHAMED KHAIRI,
Kuala Lumpur.


ACAP kali, saban tahun sambutan kemerdekaan adalah stereotaip. Artis, hiburan, sambutan bunga api, konsert besar-besaran sehingga lewat malam, upacara menanti detik 12 malam, pergaulan bebas dan pergaulan ambil kesempatan pasti akan berlaku pada malam ambang kemerdekaan.

Saban tahun kita merayakan sambutan kemerdekaan negara yang tercinta ini seperti kita tidak mencintai negara kita. Entah sampai bila kita harus meraikan dengan cara yang demikian rupa.

Sambutan kemerdekaan juga acap kali berbentuk kosmetik. Para pemimpin negara juga setiap tahun pasti akan menyatakan kekesalan kerana bendera Jalur Gemilang amat jarang dikibarkan di kalangan lapisan masyarakat.

Malah amat menyedihkan sekiranya kerajaan terpaksa menjalankan kempen mengibarkan Jalur Gemilang.

Tahun ini, sempena 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, sambutan diadakan dengan pelbagai cara yang lebih hebat.

Hiburan dan sukan menjadi agenda utama pada tahun ini. Sebelum ini kita mahu membawa pasukan bola sepak negara yang pernah menjajah kita untuk beraksi di tanah air kita, juga bersempena sambutan ke-50 tahun kemerdekaan.

Artis-artis Barat juga begitu banyak diimport untuk meraikan sambutan itu nanti.

Mungkin juga budaya tempatan seperti budaya etnik Sarawak malu untuk kita persembahkan - menyebabkan generasi muda semakin tidak mengenali budaya kita sendiri.

Malah bahasa ibunda kita sendiri dipinggirkan dewasa ini. Entah di mana kemerdekaan sedangkan kita malu dengan budaya kita sendiri.

Jadi, tidakkah kita terfikir bahawa kita menyambut kemerdekaan negara yang tercinta ini secara kosmetik?

Juga cinta kita kepada tanah air juga bersifat kosmetik. Setiap tahun pasti ada surat pembaca yang menyatakan bahawa sambutan kemerdekaan perlu lebih berisi dan terarah.

Namun setiap tahun sambutan kemerdekaan tetap disambut dalam keadaan ‘parah’ dan boleh merosakkan pemuda-pemudi harapan negara.

Sambutan kemerdekaan perlu dijadikan medan terbaik untuk mendidik rakyat. Rakyat yang dididik dengan pengisian dan ilmu akan menjadi rakyat yang berkualiti.

Rakyat yang sentiasa disumbatkan dengan hiburan dan kelalaian akan menjadi rakyat yang paling tidak boleh diharap untuk mempertahankan negara.

Terimbau seketika ketika sambutan tahun baru 2005 selepas bencana tsunami. Kita meraikannya dengan penuh keinsafan. Tahniah dan permulaan yang baik ini harus diteruskan. Namun keinsafan kita tidak berpanjangan.

Tahun berikutnya, kemerdekaan dan tahun baru disambut dengan cara lama semula.

Untuk melahirkan kecintaan kepada tanah air. Rakyat perlu dididik. Apabila sudah tiba makna cinta kepada negara dalam setiap jiwa rakyat, rakyat pasti akan mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangganya tanpa perlu disuruh-suruh.

Persoalannya ialah pengisian pasca-kemerdekaan. Bagaimana kita mahu rakyat kita dilahirkan dan soal ini perlu difikir secara serius dan tuntas.

Tumpuan pengisian perlu diberi pada generasi muda. Kami ini adalah golongan yang jauh daripada merasa keperitan penjajahan. Kami ini adalah golongan yang perlu dibimbing dan dididik. Bukannya disumbatkan dengan hiburan yang menyuburkan budaya hedonisme yang melampau.

Kita berharap semoga sambutan kemerdekaan negara menjelang usia ke-50 tahun ini menjadi medan muhasabah kita.

Sejauh manakah kita telah berusaha untuk menjana generasi terbaik dan berkualiti demi tamadun masa depan yang terbaik? Hidup biarlah berjasa.

Korang dah pasang bendera kat rumah memasing ke belum? ;D

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Aug 30, 2007, 1:28am


Esok Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke 50. Banyak lagu dicipta untuk menaikkan semangat kebangsaan tapi dalam Bahasa Melayu. Ada tak lagu patriotik Malaysia dicipta dan dirakam dalam Bahasa lain seperti Cina dan India... atau orang Melayu jer yang beria-ia bercakap tentang kemerdekaan? ::)

[image]

Ghaz: Saya orang pertama mengibarkan Jalur Gemilang di Taman Perumahan kami, dua mingu lepas. Sekarang ni boleh dikatakan ramai yang turut mengibarkannya hehe. ;D


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Aug 30, 2007, 8:53am

Pansapuri kami juga yang paling awal mengibarkan bendera - berbanding premis kedai dan rumah teres di kawasan kami.

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Aug 30, 2007, 10:45am

Lagu berkaitan Malaysia - Oh Malaysia dari kacamata penyanyi Belanda, Anneke Gronloh diiringi orkes di bawah pimpinan Ger van Leeuwen.

OH MALAYSIA

*
on the shore beyond the tropical sea / you will stand to welcome me
on the shore beneath the sky so blue / all my dreams at last will come true

oh Malaysia land of glory / where I found my heart true love
in the night so warm and tender /with the moon and stars above

ke *

on the shore .....

when we parted life was sadness / and the sun refused to shine
soon we'll meet in dear Malaysia / you will be forever mine

ke * 2x


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50.

Malaysiaku Gemilang
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by admin on Aug 30, 2007, 9:52pm

Ya Hamlau juga ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50 kepada semua sahabat-sahabat di Forum MN ini tidak kira ahli atau tidak..

Semoga maju jaya..
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Aug 31, 2007, 1:01am


Selamat Menyambut hari Kemerdekaan ke 50 warganegara Malaysia. Ramai yang menonton di TV dan tak kurang bersesak-sesak di Bangunan Sultan Abdul Samad untuk sama-sama melaungkan Merdeka tepat jam 12 tengah malam tadi. ;D

Anehnya jam kat decorder Astro menunjukkan pukul 12.04 pula. Saya checked kat handset dan jam rumah memang menunjukkan 12.04 juga. Saya yang silap atau jam kat menara tu yang salah? ::)

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Aug 31, 2007, 7:35pm


Quote:
DIRGHAYU MALAYSIA.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMEDEKAAN YANG KE 50.

p.s. Sdr effendi - jam di puter saya pun menunjukkan 12.04. so no silapmata only silapwaktu dimenara !


Selamat Hari Merdeka pada kalian semua.

Rasanya, jam menara tu tepat - jam Astro tu seperti kata rakan sekampus saya "jam wawasan" - sentiasa terlebih awal ... He!He!He!

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by saroja on Sept 1, 2007, 9:04am

Assalamualaikum

Saya Upload kan lagu berkenaan untuk semua..semoga terhibur dan puas hati

http://www.mediafire.com/?9im1nxhnnv1

cuba brother install Software Relaplayers v10...

wassalam


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Sept 1, 2007, 1:15pm

Sudirman juga ada merakam lagu "Midnight In Malaya" ini dalam bahasa Melayu dengan tajuk "Indahnya Alam", berentak keroncong. Kalau kalian ada album kompilasi EMI tajuknya "Keroncong Emas" ada lagu arwah ini.

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by sepatulapar on Sept 1, 2007, 9:09pm

Wa'alaikumsalam bro Ghaz,

tks for your trouble. very much appreciated.

Tentang lagu "indahnya alam" saya pernah mendengar lagu ini dinyanyikan oleh seorang penyanyi wanita. tak tahu asal usul artis ini. yang saya ingat dia telah lebih dahulu mendendangkan lagu ini sebelum di "ubahsuai" oleh arwah Sudirman. Sekiranya bro Ghaz ada info tentang penyanyi "misteri" ini, please post me. shukran.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Sept 4, 2007, 8:24pm

Penyanyi asal lagu Indahnya Alam ialah Djuwita dari Indonesia. Lagu ciptaan R. Maroeti.
Lagu Sunrise in Malaysia adalah saduran daripada lagu keroncong Terkenang-kenang. Macam mana dua lagu itu boleh dikaitkan dengan Malaya/Malaysia tidak diketahui.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by mjang on Sept 9, 2007, 8:23pm

apa khabar semua?

Terima kasih kerana memberikan info yang lebih mengenai lagu-lagu patriotik disini. Nak mintak tolong sikit kalau boleh... boleh tak include nama pencipta/penulis lirik nya sekali kalau ada pada tajuk-tajuk lagu sebab saya rasa mereka lah orang-orang yang patut diberi penghargaan kerana menghasilkan karya yang agung
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Sept 9, 2007, 10:25pm


Salam berkenalan mjang. ;D

Biasanya member disini akan memaparkan nama pencipta dan penulis lirik sesebuah lagu itu jika diminta atau diketahui. Jangan risau tanya apa saja Insya Allah ramai yang sudi membantu. 8-)


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Sept 10, 2007, 9:25am

Malaysiaku Gemilang Popularkan Roy
oleh Mohd Sidek Mohd Salleh

Sumber: Utusan Melayu Mingguan bilangan 233 tahun 5 - Isnin 10 September 2007 halaman 17

Setiap hari lagu patriotik Malaysiaku Gemilang berkumandang di corong-corong radio, kaca televisyen dan majlis perhimpunan.

Ini menyebabkan penyanyinya, Rauzan Alwi atau Roy semakin dikenali ramai.

"Ini semua takdir, tetapi saya bersyukur dan bangga kerana kabinet bersetuju saya menyanyikan lagu
Malaysiaku Gemilang pada sambutan jubli emas negara dan ini suatu rahmat yang tidak termimpi oleh saya," kata Roy ketika ditemui baru-baru ini.

Sambil berseloroh, Roy, 43, dan mempunyai tiga orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua orang lelaki berkata, "Walaupun umur saya sudah meningkat, tetapi masih ada yang sayang."

Roy telah menyanyikan lagu tersebut pada perayaan raksasa Merdeka ke-50 di Stadium Merdeka baru-baru ini dan bersama Mawi dalam lagu
Bersyukur sempena perayaan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka.

Roy yang dilahirkan di Muar, Johor juga pernah terpilih menyanyikan lagu tema Sukan Komanwel pada tahun 1998.

Mengenai suaranya yang garau dan serak-serak basah, Roy yang kini menetap di Banting memberitahu, petuanya ialah jangan merokok, mesti cukup tidur dan minum air suam.

Semasa menyanyikan lagu patriotik, Roy yang berbaju Melayu telah dikelilingi anak-anak muda yang sama-sama mendendangkan
Malaysiaku Gemilang di Stadium Merdeka.

"Saya begitu bersemangat bila menyanyikan lagu ini dan timbul keinsafan betapa kita perlu mempertahankan negara ini ke titisan darah yang terakhir hasil perjuangan orang-orang lama kita," jelas Roy.

Roy yang juga pernah ditawarkan menyanyi lagu-lagu untuk iklan tidak berhasrat untuk menerbitkan album patriotik kerana ia bermusim.

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Sept 10, 2007, 8:58pm


Quote:

Quote:
DIRGHAYU MALAYSIA.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMEDEKAAN YANG KE 50.

p.s. Sdr effendi - jam di puter saya pun menunjukkan 12.04. so no silapmata only silapwaktu dimenara !


Selamat Hari Merdeka pada kalian semua.

Rasanya, jam menara tu tepat - jam Astro tu seperti kata rakan sekampus saya "jam wawasan" - sentiasa terlebih awal ... He!He!He!

Ghaz, KL


Ghaz:

Saya mendapat maklumat dari anak sedara saya yang bertugas di Asto. Dia kata jam Asto memang tepat bukan dipercepat sepertimana didakwa. Jika tidak mana mungkin mereka boleh memaparkan setiap saat bagi memulakan sesuatu siaran/progrem mereka. ::)

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by patihmaya on Sept 29, 2007, 9:44am

..puas patih cari.. ke mana perginya komen serta link Midnight in Malaya dari Tuan Doctor Tunasharapan?.. ralat sebab tidak sempat "menyalinnya".. kalau dapat dibuat link yang serupa buat Midnight in Moscow ini pun bagus juga....
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Nov 1, 2007, 10:59pm


Sapa tau tajuk lagu ni yang sering berkumandang selepas berita di Klasik Nasional? Maklum para dj klasik ni memang payah benar nak bagitau nama lagu, pencipta mahupun siapa penyanyinya jika lagu tu merupakan lagu patriotik walaupun Malaysia dan 50 tahun Merdeka. ::)

UNKNOWN TITLE Kathy Ibrahim. >:(


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Dec 2, 2007, 8:21am


Saya naikkan lagu TANAH PUSAKA nyanyian Jamal Mohd atau terkenal dengan jolokan Jamal Kerdil. ;D


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by patihmaya on Dec 3, 2007, 5:35am

..trima kasih banyak banyak effendi.. lagu Tanah Pusaka tu memang klasik ler.. Allahyarham Jamal Mohammad memang popular dikalangan kanak kanak zaman 70'an..
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by mikeramlie on Feb 11, 2008, 7:35am

Untuk pengetahuan semua, Allahyarham A.Ramlie pun pernah merakamkan lagu berunsur Patriotik juga. Tajuknya saya kurang ingat tapi lagunya berbunyi begini. 'Wahai pemuda harapan bangsa begitu juga dara jelita...Marilah kita berganding bahu untuk negara kita berpadu...
Lagu nie best giler!
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by klangs2007 on Feb 16, 2008, 8:25am

Salam,

Antara lagu patriotik yang saya minat ialah Melati Di Tepal Batas, lagu ini di popularkan oleh J Mizan dan di nyanyikan semula oleh beberapa penyanyi antaranya Azhar Shariff, Kumpulan Lestari dan Roy bersama Orkestra RTM, lagu ini selalu di mainkan beberapa tahun dahulu di radio oleh Roy.

Lagu Bendera Malaysia(sekarang Jalur Gemilang) pernah jadi lagu tema Berita RTM pada 70an dan 80an.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Mar 12, 2008, 12:35pm


Quote:
Untuk pengetahuan semua, Allahyarham A.Ramlie pun pernah merakamkan lagu berunsur Patriotik juga. Tajuknya saya kurang ingat tapi lagunya berbunyi begini. 'Wahai pemuda harapan bangsa begitu juga dara jelita...Marilah kita berganding bahu untuk negara kita berpadu...
Lagu nie best giler!

Jasad Jadi Kenangan - A. Ramlie
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by puanseri on Mar 13, 2008, 9:00am

Malam ni..kalau berkesempatan..Seri akan Upload kan lagu Bunga Negara tapi nyanyian L Ramlie ka sapa ka..Seri...terjumpa CD lama ni masa berkemas semalam...lain sangat senikatanya jika di bandingkan dengan nyanyian Puan Seri Saloma "Bunga Negara" ...namun patriotik gak..
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by puanseri on Mar 13, 2008, 9:06am

ni masa Puan Seri tengan mabuk mabuk kepayang dengan lagu lagu patriotik..

boleh download terus...kalau kepingin --

http://rmecc.mmu.edu.my/502AW/wataniah/audio_video.html
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Mar 13, 2008, 1:51pm


Quote:
Malam ni..kalau berkesempatan..Seri akan Upload kan lagu Bunga Negara tapi nyanyian L Ramlie ka sapa ka..Seri...terjumpa CD lama ni masa berkemas semalam...lain sangat senikatanya jika di bandingkan dengan nyanyian Puan Seri Saloma "Bunga Negara" ...namun patriotik gak..


Bunga Negara yang Puan Seri maksudkan tu nyanyian Salim I & The Wisma. Beliau juga ada merakam lagu patriotik tajuknya Negaraku - tapi bukan lagu kebangsaan Negaraku yang kita biasa nyanyi di majlis rasmi tu - lain senikatanya.

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by puanseri on Mar 13, 2008, 8:36pm


Quote:
Malam ni..kalau berkesempatan..Seri akan Upload kan lagu Bunga Negara tapi nyanyian L Ramlie ka sapa ka..Seri...terjumpa CD lama ni masa berkemas semalam...lain sangat senikatanya jika di bandingkan dengan nyanyian Puan Seri Saloma "Bunga Negara" ...namun patriotik gak..


seperti di janji

http://www.4shared.com/file/40673576/395ed75/bunga_negara_-_salim_i.html


tak tau jadi ka daak..
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Apr 3, 2008, 10:25pm

Dari Negara Aceh Darussalam dia bertandang ....... di Kuala Lumpur bakatnya berkembang ...... dengan suaranya yang khas dia berdendang ..... walaupun telah lama pergi lagunya terus berkumandang.

Allahyarham Bob Rezal dengan lagu Cintailah Malaysia. (Lagu dari laman Rohizad).
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Aug 20, 2008, 10:53am


Bulan lagu-lagu patriotik berkumandang disana-sini, terutamanya bila habis berita radio dan tv. Ada lagi tak lagu-lagu patriotik yang belum kita bincangkan kat sini. Disekitar Pahang setiap kali bulan Ogos dan September saban tahun akan diadakan Pertandingan Karaoke Menyambut Kemerdekaan. Bagaimana di tempat anda. ::)

p/s: Jangan lupa pasang Jalur Gemilang dikediaman anda walaupun berlainan fahaman politik. Kat kebun derian pun saya pasang Jalur Gemilang walaupun tempoh derian dah semakin habis gugur. Semangat weh! ;D

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Aug 20, 2008, 11:28am


Aug 20, 2008, 10:53am, effendimiharja wrote:


p/s: Jangan lupa pasang Jalur Gemilang dikediaman anda walaupun berlainan fahaman politik. Kat kebun derian pun saya pasang Jalur Gemilang walaupun tempoh derian dah semakin habis gugur. Semangat weh! ;D


Saya rasa orang Malaysia kurang minat nak menyambut hari merdeka tahun ini kerana memberi laluan untuk membuat persiapan sempena bulan Ramadhan keesokannya.

Rasanya kurang dua minggu lagi Geylang Serai bakal bermandi cahaya lampu Ramadhan/Syawal, tak gitu Hamlau?

Effendi, simpanlah sikit stok durian anda untuk berbuka puasa dan sahur nanti ... buat bubur kacang untuk jamuan moreh lepas solat tarawih bagus juga .... He!He!He!

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by shawndhunter on Aug 20, 2008, 11:44am

Ada lagi satu lagu patriotik yang selalu berkumandang di Klasik Nasional ( Sekarang sudah tidak kedengaran lagi ) 'Teraju Negara ' nyanyian Latif Ibrahim.. sedap jugak lagu nie. Btw siapa penyanyi asal lagu "Inilah Barisan Kita".....

shawn
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by mrcupan on Aug 21, 2008, 1:10pm

Salam... ;D
Apakah tajuk/penyanyi lagu yg biasa diputar selepas berita?

'Sebagai hadiah dah diberikan,
menanti saat idaman rakyat,
desas desus ramai orang mendoa,
sama2 menanti saat bahagia...'

kedengaran seperti suara Momo Latif
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by mozasazali on Aug 21, 2008, 9:38pm

mrcupan, nama lagu di atas ialah Saat Bahagia nyanyian Momok Latif
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by pojee on Aug 21, 2008, 9:54pm

Assalamualaikum kengkawan, anda semua memang hebat bila memperkatakan tentang apa saje lagu-lagu lama.. malah juga lagu-lagu lama patriotik.. terasa kecilnye hamba ini.. maaf saya hanya terpaksa menjeling saje diruangan ini, tapi tak dapat nak join maklumat.. maklumlah pengetahuan tak sebanyak mane.

Syabas saudara semua, dan saya paling tabik kat Sdr Hamlau.. saya pasti anda anak S'pura tapi jiwa anda JIWA NUSANTARA.. tanpa ada batasan sempadan.

Soalan cepumas untuk Sdr Hamlau, anda anak Pulau Bukom ke? bukan ape, bila lihat wajah anda yang sekerat tu, teringat zaman kanak-kanak dulu di Pulau Bukom.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by shamsul on Aug 23, 2008, 9:28am

Hai Pojee!!!

Saya juga orang Singapura dan amat menggemari dengan lagu-lagu malar segar. Kita harus berterima kasih kepada saudara Hamlau kita ini yang bekerja-keras mereka lelaman Muzik Nusantara ini.

Selamat maju jaya kepada saudara Hamlau dalam segenap lapangan yang diceburi . Wasallam. :D
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by pojee on Aug 23, 2008, 9:47pm

Betul tu shamsul, doakan agar sdr hamlau selalu diberkati Allah semoga dia dapat mempertahankan lelaman ni selama mungkin.

Kepada kengkawan semua, terutama yang mempunyai lebihan rezeki, bantulah sdr hamlau dengan seikhlas hati melalui `paypal` di bawah ini.

shamsul, anda spura kat mane?
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by admin on Aug 27, 2008, 7:10pm

Terimakasih bros Pojee dan Shamsul... insyaAllah akan tetap berusaha selagi ada daya, masa dan ehem...

Orang Pulau Bukom ni ada "standard features" ke? Tak lah hamlau bukan keturunan Pulau Bukom... keturunan hamlau asalnya dari.....
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Aug 28, 2008, 9:43am

.... Pulau Kazambo, di mana ada Bukit Siwa tempat harta karun disorokkan .... ikutilah pengembaraan Zulkifli dan kawan-kawannya dalam filem PANGGILAN PULAU .... hanya di TV9, dekaaat di hatiii....

Ayo ayo ayo .... ayo Kazambo .... mari menari .... ayo ayo ayo .... ayo Kazambo .... yeah!

Jangan mare bang Hamlau ... lawak je ... He!He!He!

Ghaz, KL

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by zakariaserkam on Aug 28, 2008, 4:14pm

Dulu ada nama Pulau Merlimau, Pulau Belakang Mati. ......ntah ade lagi ke tidak?

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by admin on Aug 29, 2008, 4:36pm

Off-topic...

Kazambo? ni pulau betul ke rekaan Ghaz?

Bro Zakaria, Pulau Merlimau dah jadi sebahagian dari "Jurong Island". Lain2 pulau yang ditambak menjadikan satu pulau besar "Jurong Island" adalah seperti Pulau Ayer Chawan, Pulau Ayer Merbau, Pulau Pesek, Pulau Pesek Kecil, Pulau Sakra dan Pulau Seraya.

Pulau Blakang Mati tu dah lama jadi pulau peranginan "Sentosa Island".

Singapura sendiri nama terawalnya adalah "Pulau Ujong" (Ujung Malaya) dan kemudiannya "Temasek".

Lain2 pulau disekitar Singapura selain Pulau Bukom adalah Pulau Brani, Pulau Busing, Pulau Biola, Pulau Damar Laut, Pulau Hantu, Pulau Jong, Pulau Khatib Bongsu, Pulau Pawai, Pulau Sakijang Bendera (St. John's Island), Pulau Sakijang Pelepah (Lazarus Island), Pulau Seletar, Pulau Sarimbun, Pulau Semakau, Pulau Senang, Pulau Sekudu, Pulau Selugu, Pulau Satumu, Pulau Serangoon (Coney Island), Pulau Subar Darat/Subar Laut (Sisters' Islands), Pulau Seraya, Pulau Sudong, Pulau Tekong, Pulau Tekukur, Pulau Tembakul (Kusu Island), Pulau Ubin, dll..

Banyak sejarah dan dongengan tentang kebanyakkan nama2 disabalik pulau2 ni yang pernah diceritakan oleh orang doelu2... :)

K.. itu sahaja kelas Sejarah Kajibumi buat hari ini...

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by mrcupan on Aug 29, 2008, 7:53pm

salam...
tq mozasazali atas info...bro Hamlau pun dah 'up' lagu tu... tq

Shawn... lagu 'Inilah Barisan Kita' judulnya yang sebenar ialah 'Perajurit Tanah Air'... mungkin hasil ciptaan ATM sendiri... ???
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Aug 30, 2008, 2:04am


Anak saya bagitau lagu Barisan Kita itu jodolnya seperti yg dipaparkan oleh mrcupan diatas. Lagu tersebut rasanya nyanyian Jamaludin Alias kut, dah lamat tak dengar versi asal. Jika ada sesapa memiliki lagu tu tolong naikkan! Boleh kita buat kepastian. ::)

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Aug 30, 2008, 2:09am


Aug 20, 2008, 11:28am, chubbyghaz wrote:

Aug 20, 2008, 10:53am, effendimiharja wrote:


p/s: Jangan lupa pasang Jalur Gemilang dikediaman anda walaupun berlainan fahaman politik. Kat kebun derian pun saya pasang Jalur Gemilang walaupun tempoh derian dah semakin habis gugur. Semangat weh! ;D


Saya rasa orang Malaysia kurang minat nak menyambut hari merdeka tahun ini kerana memberi laluan untuk membuat persiapan sempena bulan Ramadhan keesokannya.

Rasanya kurang dua minggu lagi Geylang Serai bakal bermandi cahaya lampu Ramadhan/Syawal, tak gitu Hamlau?

Effendi, simpanlah sikit stok durian anda untuk berbuka puasa dan sahur nanti ... buat bubur kacang untuk jamuan moreh lepas solat tarawih bagus juga .... He!He!He!

Ghaz, KL


Mungkin sempat kut sebab derian saya masih belum habis gugur lagi sehingga harini. Sedangkan derian jiran-jiran dah habis semua. ;D

[image]

Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan kepada rakan MN rakyat Malaysia semua selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Merdeka. ;) Merdeka. :D Merdeka. ;D ;D

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by mrcupan on Aug 30, 2008, 9:07am

yang ni ke bro? ;D

Perajurit Tanah Air

Samudera Raya TLDM

adakah penyanyi yang sama?
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Aug 30, 2008, 11:15pm


Aug 29, 2008, 4:36pm, admin wrote:
Off-topic...

Kazambo? ni pulau betul ke rekaan Ghaz?



Mestilah rekaan, Hamlau .... itu hanya sedutan dari filem Panggilan Pulau lakonan P. Ramlee saja, konon empunya cerita anak-anak kapal karam tu terdampar di Pulau Kazambo lalu mereka berebutkan harta karun yang tersorok di pulau itu.

Tapi saya yakin bila melihatkan 'wajah separuh' Hamlau yang hensem tu, adalah iras-iras hero drama TV bersiri kelahiran Pulau Honshu, Pulau Shikoku, Pulau Kyushu atau Pulau Hokkaido - yakni sekarang digelar negeri Jepun jua adanya ..... setuju semua?

Senarai pulau-pulau kecil Singapura dari Hamlau kena tambah satu lagi yang terkini - iaitu Pulau Batu Putih (Pedra Branca) .... He!He!He!

Paling seronok ialah tempat saya lahir/membesar/menetap di KL ada nama yang sama di Singapura - Gombak (Bukit Gombak), Taman Greenwood (Greenwood Avenue?) dan Sungai Buloh (Sungei Buloh Forest Reserve).

Demikian jua adanya ... wallahu a'lam.

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by shambulat on Aug 31, 2008, 9:00pm


Aug 29, 2008, 7:53pm, mrcupan wrote:
salam...
tq mozasazali atas info...bro Hamlau pun dah 'up' lagu tu... tq

Shawn... lagu 'Inilah Barisan Kita' judulnya yang sebenar ialah 'Perajurit Tanah Air'... mungkin hasil ciptaan ATM sendiri... ???


Rasanya lagu tersebut dicipta oleh Allahyarham Saiful Bahari .
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Sept 1, 2008, 3:31pm

Lagu Perajurit Tanah Air memang hasil karya Saiful Bahri yang menggunakan nama samaran Surya Buana. Dalam B*Pop/Berita Minggu semalam (31 Ogos 2008) halaman 18 ada disiarkan lirik dan nama penciptanya. Juga dicatatkan bahawa penyanyi asal lagu ini ialah Normadiah. Saya belum pernah mendengar versi Normadiah itu. Yang selalu disiarkan di radio sejak tahun 60-an ialah versi Jamaluddin Alias.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by mrcupan on Sept 1, 2008, 10:34pm

;Dtq bro Yudhie atas info tersebut...saya pun baru baca...

ini ada info tentang Jamaludin Alias dalam NST online tahun 2007

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/S....icle/index_html
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Sept 3, 2008, 7:40am


Sept 1, 2008, 10:34pm, mrcupan wrote:
;Dtq bro Yudhie atas info tersebut...saya pun baru baca...

ini ada info tentang Jamaludin Alias dalam NST online tahun 2007

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/S....icle/index_html


Bagi membantu Mrcupan atau mereka yang sukar mengakses ke laman di atas, saya copy semula artikel dari akhbar New Straits Times itu 'untok bacha'an semua'.

Ghaz, KL

Call him Encik Negara Ku
P. SELVARANI




Jamaludin Alias, the voice behind many patriotic songs

His was the voice generations of Malaysians heard over radio and television, advocating feelings of patriotism.

P. SELVARANI discovers something significantly more about the man with the deep booming voice

Jamaludin Alias, the voice behind many patriotic songs

"SINGING wasn’t my profession. It was my hobby."

This was the passionate declaration of the bubbly 70-year-old Jamaludin Alias.

Telecoms Department technician, sports writer, sports commentator, news announcer, radio deejay, founding member of and singer with a keroncong band and "government" singer.

Jamaludin was all this and more: He was the first to sing the Negara Ku.

And this was way back in 1957, more than a month before independence in August.

"Tunku (Abdul Rahman Putra Al Haj) wanted a national anthem for Merdeka," Jamaludin remembers clearly during this interview at his home in Kelana Jaya where he lives with his wife, Kalsom Othman.

"He chose the Perak anthem but changed the lyrics.

"I was then instructed to teach the people to sing the national anthem over radio, under the guidance of (Tan Sri) Dol Ramli with Alphonso Soliano on the piano.

"Every day during that one month before Merdeka, I would slowly sing the song, line by line, for 15 minutes over radio, to help the people learn to sing Negara Ku."

A recording of the national anthem sung by the Radio Malaya choir — Jamaludin was a member of this choir — continued to fill the airwaves in the years after Merdeka.

As Jamaludin says, there was "no turning back" after that.

He quit his job as a Telecoms Department technician and after a six-month stint at the bilek gerakan (operations room) of the Prime Minister’s Department, he joined Radio Malaya as a part-time announcer, deejay and later as a news announcer and sports commentator.

By this time, Jamaludin, who has a passion for keroncong songs, teamed up with Radio Malaya composer Johar Bahar to form the keroncong band, "Orkes Rindu Malam", which performed over radio. (The band is still around with a new set of members.)

Jamaludin got into singing young, thanks to his eldest sister, Halimah, a teacher who loved singing.

The 8-year-old Jamaludin, who lived with Halimah in Kampung Baru, Kuala Lumpur, would sing along and it wasn’t long before he started participating in school talent time competitions with his school mate, the late Zain Azman.

By the time he was 17, Jamaludin was already a guest artiste over Radio Malaya, singing keroncong songs.

His break came in 1957 when he was roped into Radio Malaya’s Merdeka Choir under the stewardship of the late Tony Fonseka.

The 20-odd member choir was assembled in preparation for the Merdeka celebrations to sing the many patriotic songs penned by, among others, Johar, Jimmy Boyle and (Datuk) Ahmad Merican.

"For that whole month, we practised every day from 9am to noon.

"There was never a prouder moment than when all of us — Malays, Chinese and Indians — stood in our various (ethnic) costumes at the Selangor Club Padang on the eve of Merdeka.

"We sang Malaya Tanah Airku as we watched the Union Jack being lowered and the Malayan flag raised."

Earlier that evening, Jamaludin had joined the great P. Ramlee and Saloma and other popular artistes to perform at a pre-Merdeka banquet hosted by Tunku at the Residency.

"And on Merdeka evening, we performed at the floating stage of the Lake Gardens for the public."

The Information Ministry wasted no time in putting Jamaludin’s voice to good use to inspire a sense of patriotism among the citizens of a new nation through songs such as Putera Puteri.

And at the height of the Confrontation with Indonesia, Jamaludin’s voice boomed over the airwaves to fuel the fire of nationalism with songs such as Malaysia Berjaya, Samudera Raya, Gagah Perkasa and the ever-popular Perajurit Tanah Air, accompanied by the Royal Malaysian Police band.

"(Tun) Ghazali Shafie, who was the information minister, had commissioned the late Saiful Bahari to compose the songs.

"I did the recording for these songs from 7pm to 1am at the Film Unit (later called Filem Negara), which was located at the site of the present New Straits Times building in Bangsar.

"It was hard work but I enjoyed it."

Jamaludin was paid a "princely" sum of RM50 for the effort.

After each recording, the song would be played before Tunku Abdul Rahman and members of his cabinet for approval before it was broadcast.

Perajurit Tanah Air is Jamaludin’s favourite because of its touching lyrics. It is one song many of us identify with, especially the opening line "Inilah barisan kita...".

And he was soon singing other campaign songs for the government such as Bahasa Jiwa Bangsa (to promote the national language), Keselamatan Jalan Raya (road safety) and Mari Mengundi (for the general election).

His popularity as a singer of patriotic songs earned Jamaludin the nickname penyanyi kerajaan (government singer).

"I did not mind it (being called the government singer) at all.

"I viewed it as my contribution to the country," says the grandfather of four.

"I am happy that Malaysians still remember these songs and today’s children are still singing them.

"Some of my songs are still played over (Radio) Klasik Nasional.

"I have done my part and I am proud of it."

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Sept 3, 2008, 11:56pm


Ghaz naikkan artikel jer, saya tolong paparkan imej Jamaluddin Alias bagi mereka yang tak sempat tengok kat surat khabar. Setahu saya Jamaluddin Alias ni sekapal dengan member MN kita sdr. bagindo. ;D

[image]

Ada seorang lagi penyanyi lagu-lagu sariosa sebelum Jamaluddin Alias sapa tau? ::)



Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Sept 4, 2008, 12:00am


Aug 30, 2008, 9:07am, mrcupan wrote:
yang ni ke bro? ;D

Perajurit Tanah Air

Samudera Raya TLDM

adakah penyanyi yang sama?


Tima kasih bebanyak bro mrcupan kerana menaikkan dua lagu tersebut. Dari pengamatan saya ianya bukan macam suara Jamaludin Alias, rasanya ada penyanyi sariosa sebelum beliau dah lupa lak namanya. Yudhie boleh komfomkan kut? ::)


Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by zakariaserkam on Sept 4, 2008, 5:08pm

terima kasih hamlau atas matapelajaran sejarah dan geografi yang telah diajar tu...
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by pojee on Sept 5, 2008, 10:11pm

Sdr Hamlau tkasih laporan pulau-pulau negara anda tu, tapi jangan lupe ade satu pulau anda tertinggal iaitu Pulau Seking sebelah Pulau Semakau. Dulu sehingga hujung tahun 80an orang-orang Semakau dan Seking ni bila nak ke tanah besar Spura mereka terlebih dulu mendarat kat Pulau Bukom dengan menaiki bot kecil kemudian menaiki feri dari Pulau Bukom ke tanah besar Spura. Sekarang dengar khabar Semakau dan Seking tu dah jadi `tong sampah` moden dan tiada penduduk lagi.. betul ke Hamlau? Pulau Bukom sendiri pun dah takde penghuni lagi.. cuma yang ade para pekerja Shell sahaja. Suasana Pulau Bukom pada masa dulu-dulu memang meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa saya. Alamak lari dari tajuk pulak Sdr Hamlau.. sorilah. Walaubagaimana pun tkasih info anda tu. SELAMAT BERPUASA KEPADA SDR HAMLAU DAN KEKANGKAWAN SEMUA.. SEMOGA ANDA SENTIASA DIBERKATI ALLAH.. AMIN.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by admin on Sept 6, 2008, 3:43am

Bro Pojee, Pulau Seking sudah dicantumkan dengan Pulau Semakau dan sekarang masih digunakan sebagai landfill atau like u said "tong sampah" moden.. Orang2 kampung sana semua kena resettled tahun 1987 ke mainland kawasan Bt Merah dan Tk Blangah.. ada satu orang tua degil tak nak pindah.. tapi terpaksa berundur pada 1991 kerana keadaan yang terdesak (jeti nak roboh).. lepas tu puluhan kucing2 peliharaannya semua dipungut oleh SPCA.. mungkin untuk dimatikan..
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Sept 7, 2008, 10:25am

Kalau ikut dari peta lama, Pulau Seking adalah pulau paling hujung dalam sempadan Singapura, kan Hamlau?

Saya pernah lihat di salah sebuah buku sejarah Singapura, gambar Menteri di sana Othman Wok melawat orang kampung di pulau itu, bertarikh 1967.

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by admin on Sept 7, 2008, 12:26pm

Kurang pasti Ghaz, tapi kalau lihat dari peta ni, Pulau Senang, Pulau Biola lagi jauh dari Singapura..

[image]
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by zakariaserkam on Sept 8, 2008, 2:09pm

clifford pier tu ada lagi tak hamlau... tu tempat nak lihat orang-orang melayu/indonesia yang ramai di Singapura 1 pada masa tu, jalan kaki saja dari Denmark House ( depan bangunan Hong Leong) tempat lain tak tahu nak pergi...
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by admin on Sept 8, 2008, 5:00pm

Clifford Pier sudah digantikan dengan Marina South Pier sejak 2006. Tapi ia tidak dirobohkan dan telah dikenal-pasti sebagai tapak yang dipelihara di Singapura - sekarang sudah jadi shopping arcade.. macam tak cukup shopping centre di Singapura ni.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by pojee on Sept 14, 2008, 9:31pm

SDR HAMLAU..
T/kasih atas info anda tu, jadi dalam peta Spura skrag Pulau Seking dah wujud ek? Sdr Hamlau, masa saya kecik2 dulu saya pernah dengar dan pegi kot satu tempat namanya disebut masa kanak2 dulu sebagai Cincali.. tmpat kelasi2 kapal diseluruh dunia berkumpul dan mereka memngambil kesempatan menjual barang2 dari negara mereka. Setelah saya dewasa sikit baru saya tau nama yg disebut sebagai Cincali tu sebenarnya `Change Alley` betul ke Sdr Hamlau? Wujud tak lagi kawasan tersebut dan masih bergiat ke lagi aktiviti tersebut?

SDR GHAZ,
Anda juga ade kenangan2 semasa kecik dulu kat Spura ke? Ya Sdr Ghaz dan Sdr Hamlau, walaupun negara kita dipisahkan secara politik tapi dengan adenye ruangan MN ini saya rasa perhubungan kita semua tiada batas sempadan. HIDUP MUZIK NUSANTARA... HIDUP SDR HAMLAU...
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by admin on Sept 15, 2008, 6:40am

Hehe terimakasih bro Pojee.. hamlau wujudkan laman dan forum ini untuk rakyat Internet sejagat - yang berminat dengan kandungannya - tiada batasan negara dan politik

Secara fisikal masih wujud lagi lah.. tapi dah disatukan dengan P. Semakau dengan tanah tambak.. dan secara keseluruhannya dinamakan P. Semakau saja.

Change Alley atau "Cincali" sekarang tiada lagi pelelong yang tak berlesen.. sekarang sebahagiannya dikhaskan untuk "push carts" yang menjual barangan dari custom jeweleries ke makanan ringan..



Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Sept 17, 2008, 2:01pm


Sept 14, 2008, 9:31pm, pojee wrote:


SDR GHAZ,
Anda juga ade kenangan2 semasa kecik dulu kat Spura ke?


Ya Pojee ... banyak kenangan masa kecil saya dulu di Singapura - tapi bukan sebagai penduduk, sebaliknya sebagai pengunjung tetap - kerana datuk nenek dari belah kedua ibubapa saya menetap di sana.

Tapi kenangan tu taklah semenarik seperti zaman kalian, sebab tatkala saya lahir (zaman tengah 70an) Singapura dah jadi kota metropolitan yang sangat moden melangkaui masa, tak macam suasana yang kita biasa tonton dari filem-filem Melayu klasik.

Ghaz, KL
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by md0u on Sept 18, 2008, 9:12pm

Siapa ada lagu merdeka nyanyian Ahmad CB?
Klasik Nasional tak pernah memainkan lagu tu dengan sepenuhnya?

salam
Post by shevdee on Nov 27, 2008, 10:55pm

salam, ader tak sesiapa yang tahu lagu "sendi nusantara"nyanyian hamzah dolmat.lagu ni selalu kuar mase lepas berita pukul sebelasdalamruangan malar segar masa zaman rima dulu.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Nov 28, 2008, 9:29am


Nov 27, 2008, 10:55pm, shevdee wrote:
salam, ader tak sesiapa yang tahu lagu "sendi nusantara"nyanyian hamzah dolmat.lagu ni selalu kuar mase lepas berita pukul sebelasdalamruangan malar segar masa zaman rima dulu.


salam shevde;

Bila saudara menyentuh perkara tersebut baru pula saya teringat mengenai lagu tu, malangnya tiada dalam simpanan saya. Mungkin saroja atau yudhie ada merakamkannya kut? ::)

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Nov 28, 2008, 9:52pm

Effendi dan Shevdee, saya ada lagu Sendi Nusantara, tapi dalam bentuk kaset. Tak tahu cara nak pindahkan ke format mp3.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Dec 4, 2008, 12:50am


Nov 28, 2008, 9:52pm, yudhie wrote:
Effendi dan Shevdee, saya ada lagu Sendi Nusantara, tapi dalam bentuk kaset. Tak tahu cara nak pindahkan ke format mp3.


yudhie;

Sila lihat cara-cara untuk merakamkan lagu dari kaset dan radio ke komputer di ruangan teknikal. ;D

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by shevdee on Dec 4, 2008, 8:52am

yudhie & effendi, kalau dapat senikata pon kira o.k lah. tp kalau ader lagu nya lagi best. lagu ni bagi saya mcm satu nostalgia yg sangat mendalam. bila dengar lagu ni sifat patriotik saya akan memuncak. inilah kelebihan lagu patriotik dulu2

satu lagi yg wat hati saya bersemangat bila dengar lagi zaharah agus- malaya merdeka.-rentak dia best beb.... :D
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Dec 31, 2008, 5:46pm

Salam Shevdee,

Sila nikmati lagu yang sdr minati - Sendi Nusantara nyanyian Hamzah Dolmat.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by yudhie on Jul 25, 2009, 11:40pm

[image]

Tanah Melayu - Kamsani - LP Bunga Rampai Malaya - His Master's Voice EDLP 301

LP Bunga Rampai Malaya merupakan album kompilasi lagu-lagu yang pernah dirakamkan ke rekod 78 rpm oleh para penyanyi dari label berlainan - Columbia, His Master's Voice, Parlophone dan Pathe.

Rekod asal lagu Tanah Melayu - Pathe PTH 188 diedarkan pada 1957.
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by aliph on Aug 20, 2009, 5:42pm


May 22, 2007, 10:07pm, effendimiharja wrote:

Aliph:

Kalau tak silap Nuri Angkasa ni memang seorang tentera. Dia banyak berlakon dalam drama TV, selalunya jadi orang baiklah tu. Kalau ada sesapa yang ada menyimpan gambar beliau sudi-sudikanlah paparkan kat sini, dah lama tak tengok wajah beliau. Dah arwah kan? ::)



dah lebih 2 tahun posting bro fendi nih, baru kini saya dapat nak reply & tunaikan hajatnya...hehe!!

tatapilah sepuas hatimu wajah dramatis Nuri Angkasa wahai bro fendi ;D

[image]
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by aliph on Aug 20, 2009, 5:45pm

saya jugak nak mengambil kesempatan untuk bertanyakan kepada sesiapa yang tahu akan lagu patriotik ini:

majulah kampungku
malaysia oh tanah airku
walau dekat walaupun beribu batu
hanyalah engkau kampungku

lagu ini dulu kerap dimainkan oleh RTM teutama sebelum siaran berita

ada sesiapa yang boleh berikan butiran lanjut mengenai lagu ini? atau kalau ada sesiapa yang simpan, sudi²kanlah berkongsi disini






Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by effendimiharja on Aug 27, 2009, 11:02pm


Aug 20, 2009, 5:42pm, aliph wrote:
[quote author=effendimiharja board=sumbangsih thread=240 post=5961 time=1179846432]
Aliph:

Kalau tak silap Nuri Angkasa ni memang seorang tentera. Dia banyak berlakon dalam drama TV, selalunya jadi orang baiklah tu. Kalau ada sesapa yang ada menyimpan gambar beliau sudi-sudikanlah paparkan kat sini, dah lama tak tengok wajah beliau. Dah arwah kan? ::)



dah lebih 2 tahun posting bro fendi nih, baru kini saya dapat nak reply & tunaikan hajatnya...hehe!!

tatapilah sepuas hatimu wajah dramatis Nuri Angkasa wahai bro fendi ;D


Terima kasih bebanyak bro Aliph, walaupun lama tapi masih sempat juga reply thread saya tu. ;D

Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by izatt on Oct 29, 2009, 1:26am

salam semua
saya org baru di sini...selamat berkenalan..saya dah lama nak tanya soalan ttg lagu patriotik ni...rasanya dah jumpa tempat yg sesuai...ade tak sesiapa yg tahu info ttg lagu yg liriknya lebih kurang begini...
Apa saja yg susah
Akan menjadi mudah
Sekiranya semua bersatu berusaha
kualiti teras kejayaan
Bertambah Keuntungan
Kerja seikhlas hati
Sambutlah .....luper
kalau tak silap saya suaranya macam salamiah hassan....kdg2 saya rasa lagu ni macam dlm kategori jingle atau tema aje kot...bukan patriotik?

lagi satu lagunya berkisarkan sungai
Sungai warisan pusaka
Menjadi hubungan mesra
luperr dah...suara macam yusni hamid

dan yg lagi satu lagu berkisar ttg senyum
Senyum seindah suria
Yg membawa cahaya
Senyum la dari hati
Dunia mu berseri....siapa penyanyi nya?

terima kasih kawan2 kerana sanggup melayan soalan ala2 karangan cuti sekolah ni :)..terima kasih
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by saroja on Oct 29, 2009, 8:19am

Izat

lagu pertama ialah Teras Qualiti.. tak perasan sapa nyanyi.(tertinggal catatan) yg saya ada versi duet

Lirik:
Apa saja yang susah
Akan menjadi mudah
Sekiranya semua
Bersatu berusaha

Kualiti teras kejayaan
Bertambah keunggulan
Kerja seikhlas hati
Sempurna pekerjaan

Kita bantu-membantu
Bertukar-tukar fikiran
Bersatu kita maju
Ke arah kemakmuran

Kita tegur-menegur
Kerana kebaikan
Bekerja dengan jujur
Mencapai kejayaan

http://www.mediafire.com/?sharekey=282b7....04e75f6e8ebb871
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by izatt on Oct 29, 2009, 11:01pm

terima kasih saroja untuk lagu dan info yg sangat2 membantu...ya...mmg itulah lagunya...cuma saya terlupa adakah versi ini yg saya selalu dgr dulu2 masa selalu berkumandang...tapi lagu ini agak rare utk dpt ...jadi saya sgt2 bertuah dpt juga mendengar lagu ini tak kira la versi yg mana pon...dan informasi dari saroja sgt2 berguna..terima kasih sekali lagi. :)
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by zakariaserkam on Oct 30, 2009, 5:16pm

Salamiah hasan ?
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by izatt on Nov 2, 2009, 4:49pm

ye ke abg zakaria...saya rasa pon camtu jugak...jadi pasti la ni ek...:) terima kasih abg zakaria
Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by terangbulan on Nov 22, 2009, 9:59am

Lagu2 Berikutnya boleh juga di katergorikan lagu Patriotik

Nama Lagu : Bersatu Bangsaku
Nyanyian : Hang Mothar


http://www.4shared.com/file/156984657/972d1f07/Bersatu_Bangsaku.html

Nama Lagu : Mari Dengar Ini Cerita
Nyanyian : Hang Mokthar


http://www.4shared.com/file/156986808/da721352/Mari_Dengar_Ini_Cerita.html




Re: LAGU-LAGU PATRIOTIK
Post by chubbyghaz on Nov 22, 2009, 7:09pm

Dalam rekod rakaman oleh pancaragam Askar Melayu Diraja (The Royal Malay Regiment) ini pun banyak lagu-lagu patriotik.

[image]

THE CENTRAL BAND OF THE ROYAL MALAY REGIMENT (HMV)

Berbuat Jasa/Taat Dan Setia/Bersatu/Lembing Kepala
/Lagu Pengawal Negeri/Seri Menanti
/The Federation Engineers/Serve To Lead

Ghaz, KL