Perbincangan Muzik » Sumbangsih » Saloma
http://hamlau.proboards.com/index.cgi?board=sumbangsih&action=display&thread=85

Saloma
Post by Rudy Djoe on Jul 13, 2005, 8:44pm

Saya sedang mencari lagu terakhir Saloma in early 80s. lagu 'ANAK RANTAU'. Dah lama tak dengar lagu tu...

Siapa ada silalah share.

Thanks
Re: Saloma
Post by admin on Jul 18, 2005, 7:25pm

Sumbangan dari Rudy aka jazzdjoe - video "Di Manakan Ku Cari Ganti" dari persembahan Saloma yang diambil dari laman farahaqil.com yang sudah lama lenyap - sorry Suhaimi...

Saloma - Di Manakan Ku Cari Ganti

P.S. Semua klip lagu dan video yang dipautkan di forum ini akan hanya berkekalan selagi ruangan hamlau.com masih mampu menanggungnya - in other words: temporary sahaja. Ia akan ditukar-gantikan dengan klip yang baru, jika ruang sudah sempit. Harap maklum.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Jul 19, 2005, 1:58am

..ada dua lagu saloma yg mmg patih cari dari zaman dulu lagi.. kedua2 lagu ini adalah dari filem kancan tirana..

..di mana jins shamsuddin "kena" bully/torture ngan p ramlee.. ada dua rakaman yg berbeza antara yg dalam filem & luar filem..

..rakaman yg di luar filem berentak jazz bebop.. klu peminat jazz dengar mesti lentok habis.. tak akan ada artists melayu yg bleh tandingi kehebatan saloma menyanyikan lagu2 jazz & bossa nova..

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Jul 19, 2005, 10:01am

Patih brudder,

Biduanita Saloma memang penyanyi hebat and walaupun buat masa ini belum ada penyanyi melayu wanita yang boleh menandingi be bop atau bossanova style nyanyian saloma...nak tau kenapa..sebab so far belum ada penyanyi melayu wanita yang banyak buat style jazz atau bossa. Sangat segelintir or close to none.

kalau ada pun sheila majid itupun tak as fantastic. Biasa biasa aje.

tetapi waktu tahun2 50an and 60a dulu especially the 1950s memang jazz merupakan pop music melayu. Contohnya Nona Asiah duet with Zainal alam lagu 'Oh Abang' its swing style.(betul mr hamlau??)

Same goes to Mak momo latiff they are into such music, even p.ramlee was inspired with george shearing that he came up with Panca Sitara. Correct me if i'm wrong.

Some old singers thats also good in jazz i think is Julie Sudiro and perhaps Kartina Dahari.

Another one is of course (tak tahu plak dia ni melayu ke atau campur) the legendary Biduanita Anneke Gronloh. Dia memang gua label as the High Priestess of Swing.

Saloma ni macam Julie London, suara relax aje tapi powerful. Kalau Ella Fitzgerald is America's First Lady of Songs, Saloma is our very own Malay First Lady of Songs...

Anyway, kalau sesiapa ada lagu 'Anak Rantau' from Saloma silalah mengsharengan saya ye. Share if you care...hehehe
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Jul 19, 2005, 12:40pm


Quote:
..ada dua lagu saloma yg mmg patih cari dari zaman dulu lagi.. kedua2 lagu ini adalah dari filem kancan tirana..

..di mana jins shamsuddin "kena" bully/torture ngan p ramlee.. ada dua rakaman yg berbeza antara yg dalam filem & luar filem..

..rakaman yg di luar filem berentak jazz bebop.. klu peminat jazz dengar mesti lentok habis.. tak akan ada artists melayu yg bleh tandingi kehebatan saloma menyanyikan lagu2 jazz & bossa nova..


Talking about saloma and bossanova, if patih mau, jazzdjoe ada lagu 'menari bossanova' by Saloma. remember this song was featured in the filem 'DO RE MI' where Saloma sang at Buloh Inn?

Jazzdjoe ada versi lainnya. I think its the earlier version.

Kalau mr patih mau boleh jazz emailkan mp3nya. tapi kalau patih dah ada lagu tu, then baguslah...
Re: Saloma
Post by patihmaya on Jul 19, 2005, 1:43pm

..terima kasih patih ucapkan pada cik jazzdjoe.. e-mail kan aje pada patihmaya@hotmail.com..

..ada lagu bintang mlm & bintang hati dlm filem yg sama pun sedap jugak.. zaharah agus punya version pun patih suka.. rasanya ahmad nawab yg responsible for those songs..

..tapi lagu pulau aman yg ada hamlau featured kan dlm ruangan gurindam jiwa tidak lama dulu masih menjadi siulan patih.. klu hamlau bisa stream kan kat sini.. patih akan kasi dia hadiah..

Re: Saloma
Post by admin on Jul 19, 2005, 7:04pm

@patih,

hadiah apa?
Re: Saloma
Post by admin on Jul 20, 2005, 9:35pm

@patih,

Zahara Agus - Pulau Aman

So, where's my present?
Re: Saloma
Post by admin on Aug 3, 2005, 10:34pm

Sumbangan asal dalam bentuk mp3 oleh Rudy Djoe (jazzdjoe)

Saloma - Besame Mucho

Tnx Rudy
Re: Saloma
Post by patihmaya on Aug 3, 2005, 11:12pm

..tak perasan ler.. dah lama ke lagu pulau aman u sumbangkan kat sini.. bebanyak trima kasih.. so clean/clear/crispy.. mmg sedap skali suara zahara Agus..

..patih akan hadiahkan 1 cd from my fav collection.. stan getz&jimmy rowles - the peacocks..

..suka dak?.. thanks juga pd rudy yg sudi share kan lagu saloma.. kalau ada lagu banjanran titiwangsa harap dpt rudy kongsikan kat sini..

..ngapa skarang dah tak bleh link mp3 secara terus kat laman ni?.. hang blocked ke hamlau..



Re: Saloma
Post by admin on Aug 4, 2005, 10:29am

@patih,

k jugak tu, but prefer kalau bleh kasi/copy lagu2 yang u beli kat bazaar rumah terbuka radio klasik tu.. hehe..

mp3 kalau cuma link tak jadi masalah.. tu yang cat.mp3 (cara buat jalinan) tu apa?

tapi kalau nak harapkan hamlau hostkan mp3 kat hamlau.com... jangan haraplah tuan!
First thing, saiz fail dia besar.. kedua.. nah.......
Re: Saloma
Post by patihmaya on Aug 4, 2005, 11:13am

..betul.. masih bisa letak link mp3.. dah buat posting kat sini baru realized that link still allowed/possible..

..4 cd kat bazzar klasik fm patih perolehi.. kalau itu yg u nak.. enteng skali bah..

..area kat sini gerimis lah pagi ni.. so tarik slimut lagi ler..

..cancelled appointment ngan doctor..

..komen skit mengenai lay-out/format posting.. bleh tak klu posting terbaru diletakkan dekat/di bawah post reply.. senang nak refer.. thanks..

Re: Saloma
Post by patihmaya on Aug 4, 2005, 12:06pm

..kerna bro hamlau tak sudi dihadiahkan ngan the peacocks ..patih kasi yg ini ler..
Re: Saloma
Post by admin on Aug 4, 2005, 9:28pm

@patih.

wierd jazz tune - bunyinya pun macam peacock..

... tak seorang pun ambil taoooo.....
... riwayat terrrr..tulis penuh dengan tetek..san airmata.... kah.. kah.. kah....

Hamlau lebih suka versi Eddie Lomato & Exodus (Indonesia)

I'm afraid new posting doesn't work that way.. or I'm not sure how to do it myself..

However it's preferred that you create a new thread for a new topic then link the reference posting by just copying and pasting the URL of the previous posting to the new posting, like so:

http://hamlau.proboards44.com/index.cgi?....read=1121262250

atau u boleh gunakan rangkaian teks seperti biasa instead of showing the whole URL strings.
Re: Saloma
Post by admin on Aug 10, 2005, 11:06pm

Dari Kip:

Bersama ini saya sertakan lirik lagu Tagalog "Dahil Saiyo" (ditulis juga sebagai "Dahil Sa Iyo") yang dikatakan lagu asal bagi "Kerana Kau Impianku" nyanyian Saloma.

http://jimwaltz0.tripod.com/pilita.html (lagu)
http://www.insanelyrics.com/lyrics/Pinay-Lyrics/Dahil-Sa-Iyo-Lyrics/124912 (lirik)

KERANA KAU IMPIANKU (lirik sahaja, mp3nya tak ada)

Inilah laguku, kuciptakan untukmu,
Sebagai kenanganku, pada kesan yang lalu,

Dengan lagu ini, semoga kau pun tahu,
bah'wa aku pasti, mengenang padamu,

Kerana kau kuserahkan jiwa,
Kerana kau biar tak apa,
Ker'na aku tau, nanti di satu waktu,
Engkau akan tau, cinta suciku,

Kerana kau impian hatiku,
Kerana kau ratapan sukmaku,
Oleh ker'na itu dengarlah laguku,
Laguku untukmu, kerana kau.

(Ulang):
Oleh ker'na itu dengarlah laguku,
Laguku untukmu kerana kau.

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Aug 11, 2005, 8:16am

Kool... senikata yang cukup indah.

Dengan sumbangan ini saya ingin kasi terima kasih sama sodara Kip dan kasi terima kasih sama Hamlau kerana mengpostkan dalam halaman ini.

Really appreciate it. Thanks a lot.
Re: Saloma
Post by admin on Aug 29, 2005, 9:39pm

Selamat Hari Merdeka buat Malaysia,

Sumbangan asal dalam bentuk mp3 oleh Rudy Djoe (jazzdjoe)

Saloma - From Malaysia With Love

Thanks Rudy.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 9, 2005, 2:11pm

Ham,

I think it's about time you make compilation of Saloma, meaning, the rare songs because the ones on CD mostly her 70s re-recordings of old songs and not much on the 50s and 60s tunes.

amaciam? Jadi?
Re: Saloma
Post by admin on Sept 10, 2005, 4:05pm

Jazz, tak cukup sumber atau sources.. few here and there that had been and will be compiled with Nostalgia Klasik.
LAGU MENGAPA MEMBISU - SALOMA
Post by jazzdjoe on Sept 28, 2005, 7:55pm

Berikut adalah sumbangan jazz:

1. MENGAPA MEMBISU (1971)-SALOMA

2. PUTUS SUDAH KASEH SAYANG (1971)-SALOMA

Note: This link directs to rapidshare.de. To download a file. Please scroll down to choose FREE.
Re: Saloma
Post by admin on Oct 22, 2005, 12:09am

Terimakasih jazzdjoe untuk sumbangan anda... keep it comin'
Re: Saloma
Post by patihmaya on Nov 7, 2005, 5:04pm

..trima kasih pada Tn Hj Hassny.. koleksi lagu2 50'an yang berderet2 tu sesungguhnya memeriahkan lagi suasana raya bagi patih yang jauh ni..

..sejak bertemu pada mu adalah nyanyian Saloma.. harap sdr kip bisa pastikan/verified..

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Nov 8, 2005, 12:22am

Wah, lagu sedap, versi Sanisah huri pon sedap juga.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Nov 8, 2005, 12:23am

Sejarah musik melayu menunjukkan bahawa lagu Hari Raya pertama dirakam oleh Biduanita Saloma. Sumber dari TV.
Re: Saloma
Post by hayatz on Nov 8, 2005, 10:35am

@ patik
is tt 'burung dlm sangkar' version yg u hadiahkan @ hamlau by Sakura Teng eh......
Re: Saloma
Post by hayatz on Nov 8, 2005, 10:38am

wahlau tt song 'FRM MALAYSIA with LOVE ' is so fantastic!!!
teringat crita James Bond ' Frm Russia with Love'

p.s: agak agak game PS2 frm russia with love dah kat market tak hehehe
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Nov 10, 2005, 6:01am

Selamat Lebaran.

DUA buah lagi lagu Biduanita Saloma rare. Semoga terhibur

SAYU PILU KALBU MERANA (1961)

DAMAK (1965)

Jazz
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Nov 10, 2005, 6:22am

Sebuah lagu hari raya dari Biduanita Saloma yang tidak lagi diputarkan radio di Singapura ini, entahlah kalau radio2 di Malaysia masih memutarkannya. Kita semua tahu lagu terkenal Selamat Hari Raya yang boleh dikatakan sebagai anthem hari raya.

Beliau pernah merakamkan sebuah lagu lagi pada 1975, tetapi adalah versi beliau pada lagu 60an suaminya Almarhum Biduan P.Ramlee.

Versi ni best. Sususan muzik orchestra oleh Seniman Ahmad Nawab.

DENDANG PERANTAU (1975)

Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 10, 2005, 10:39pm

Salam utk semua. Saya ingin tahu siapa sebenarnya yg berpasangan dgn Razak Majid menyanyikan lagu "Mengapa Bunga Dipuja" dari filem "Dandan Setia" - ada yg kata Saloma dan ada pula kata Rahmah Rahmat.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Nov 11, 2005, 5:17am

..djoe banyak jugak koleksi lagu2 Saloma yang u ada.. ngapa tak "share" ngan hamlau so that the quality can be "improved".. hamlau will surely appreciate & tentu akan ada hadiah untuk djoe.. hehehe..

..with all the happenings around the world.. we should take heed from Madah Ku ..we're all brothers..

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Nov 18, 2005, 11:56pm

lagu madahku ni baguskan...kala tak silap lagu ini adalah salah satu lagu filem Dajjal Suci lakonan Seniwati Sophia Ibrahim. Jazz ada versi 60annya, nanti jazz masukkan disini.

Anyway, Lagu Saloma Anak rantau yang jazz ngah cari tu was recorded in 1981 via Indra Records, the same company that terbitkan filem 'SETINGGAN' in 1981.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Nov 19, 2005, 1:01am

Ini sebuah rakaman yang paling istimewa dari pandangan jazz, rakaman 1975 ini memberi penghormatan kepada P.ramlee oleh Biduanita Saloma ketika itu dalam LP 'KELOHAN SALOMA' (EMI), 2 tahun setelah pemergian biduan tersebut.

Saloma berpuisi untuk suaminya sebelum bernyanyi. Kalau dengar syahdu sekali dan mengharukan jazz.
Lagu asal adalah 'Cemara Jingga' tahun 50an dalam filem Pancha Delima tapi diubah senikatanya. Lagu tersebut merupakan salah satu kesayangan P.Ramlee.

Jazz syorkan anda mendengarnya:

KELOHAN SALOMA

Puisinya begini:

Abang Ramlee,
Sejuk tanah Ampang diredup petang
Rimbun daun tembusu memayunyi pusaramu
gemersik bisikannya menyambutku
seakan terdengar suara abang
dalam syahdu disayap angin lalu

Abang,
Kusimpan sedu dilapis hati
kukeringkan ayermata kuala lumpur yang sepi
piano dan biolamu tetap seperti dulu
rumah kita dan alam senilah duniaku
tiap pagi Jumaat mengusapi rindu
membacakan fatehah di nisan pusaramu

Kenanganku
adalah juga kenangan masyarakat
seniman seniwati dan para sahabat
yang merasa terhutang budi
kerana asuhan pimpinan Abang Ramlee

Melalui sejuk tanah Ampang
melalui rimbun senyum tembusu
melalui wangi kuntum kemboja
berkat keramat selendang putehku
yang Abang belikan dulu

Bisikan kenangan
dari sebuah lagu kesayangan
ciptaan Abang Ramleeku
dalam rindu kasih suara isterimu

(Nyanyian)
Damai kekasihku dipusaramu
sejuk tanah Ampang diredup petang
angin lalu bisikkanlah oh rinduku
dalam lagu kesayangan oh Abangku

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Dec 1, 2005, 6:52am

@pATIH dan semua, ini lagu Madahku versi 1965 oleh Saloma.


MADAHKU (1965)

Enjoy
Re: Saloma
Post by patihmaya on Dec 1, 2005, 7:29am

..djoe.. a million thanks..
patih really enjoyed it..
sampai nitiskan airmata..
wish i can go back in time..


[image]
Re: Saloma
Post by patihmaya on Dec 1, 2005, 7:43am

[image] [image] [image]

Sophia Ibrahim
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Dec 4, 2005, 7:07am

Untuk semua hamlauans,

Berikut adalah lagu rakaman 1965 oleh Saloma:

ZAPIN BUDAYA

Versi 70an (kalau tak silap 1974) pula begini:

ZAPIN BUDAYA

Rakaman 65' lebih rancak sikit. Kedua-duanya jazz suka.

Semoga terhibur hendaknya.


Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Dec 9, 2005, 10:58pm

pEMINAT HAMLAU SEKALIAN,

Satu lagi lagu sumbangan jazz oleh Saloma and Fatimah Huri in 1961.

DIKAULAH PUJAAN - SALOMA & FATIMAH HURI

lagu ini pernah diberi versi 70an oleh Sanisah Huri.

Enjoy
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Dec 11, 2005, 12:06am

Dear Hamlauans,

Sempena holiday trip Jazz ke Kuala Lumpur minggu depan, ingin sekali berkongsi lagu 1965 rakaman Saloma ini untuk hiburan semua.

KUALA LUMPUR HERE I COME!

Enjoy all.

Re: Saloma
Post by patihmaya on Dec 11, 2005, 6:53am

..di kl nanti jangan lupa berkunjung ke Saloma Theatre Restaurant.. a must visit for any peminat Saloma.. as well as Memorial P Ramlee..

..bila djoe akan ke kl & brapa lama.. patih will be there 17-22dec ni.. can meet up if keen.. bleh jugak pusing2 tengok kl menjerit.. hehe..



Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Dec 11, 2005, 11:18am

patih, jazz b there between 13th to 15th december. Memorial P.Ramlee tu kat mana? Jauh ke dari bukit bintang?
Re: Saloma
Post by patihmaya on Dec 12, 2005, 6:13am

..dari bukit bintang lebih kurang 20 minit by taxi.. depending on the traffic of course.. sebenarnya patih sendiri pun tak pernah sampai ke memorial P Ramlee tu.. hehe..

..anyway lokasinya kalau tak silap dekat Taman Furlong near Setapak.. rumah terakhir yang dihuni P Ramlee & Saloma sebelum pulangnya ke Rahmatullah..

..djoe will be performing di KL ke?.. bukit bintang nginap di hotel marriot ke.. kawasan tu "happenings".. jangan kena tangkap khalwat sudah ler.. nanti jadi front page story plak.. hehe..

Re: Saloma
Post by patihmaya on Dec 12, 2005, 6:16am

P. RAMLEE MEMORIAL
Kuala Lumpur

No. 22, Jalan Dedap,
Taman P. Ramlee,
Setapak,
53000 Kuala Lumpur.
03-4231131

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Dec 12, 2005, 12:08pm

tak ler performing, cuma relaks relaks kat KL saja. Holiday trip. Kawan jazz kata memorial tu kecik rumahnya. jazz rasa kalau memorial tu dapat di pindah kan ke Muzium di KL pun lagi baik, lebih accessible. Something like P.Ramlee Memorial Hall. but apapun jazz cuba kunjungi tempat tu.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Dec 17, 2005, 2:54am

Untuk hamlau dan semua,

Berikut lagu dari Saloma:

KU KEHILANGAN KANDA (1965)

semoga terhibur
Re: Saloma
Post by miraks on Dec 19, 2005, 6:00pm

SAYA MEMPUNYAI LP ALBUM ANAK RANTAU - LAGUNYA MEMANG BEST - TUNGGU SEKEJAP PUN ADA - PALING BEST DENGAN SUSUNAN MUZUK JOHARI SALLEH DAN PUISI SALMI MANJA
Re: Saloma
Post by patihmaya on Dec 19, 2005, 7:06pm

..apa lagi.. share ler sesama members kat sini.. btw welcome to the club Miraks.. mesti.. sehelai bulu laksana berlian.. lenggok dan gayanya membikin hati tertawan.. hehe

..patih terserempak ngan Abang Johari salleh tempoh hari tapi tak sempat berborak ngan lebih panjang lebar.. menurut Bang Joe.. beliau sekarang attached ngan UKM Bangi..

..kalau tak silap Istana Budaya KL ada membuat special tribute KONSER T ANTOLOGI SIMFONI JOHARI SALLEH..

..sorry dah terlepas ler.. concertnya..

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Dec 19, 2005, 10:57pm

Miraks, Alhamdulillah! sharelah dengan kita, i will be very grateful and really appreciate.

and selamat datang ke kota sri hamlau.
TAMBAHAN LAGU SALOMA
Post by jazzdjoe on Dec 27, 2005, 10:48am

Hamlau dan semua,

Berikut adalah satu lagi lagu 1950an Saloma dan Aziz Sattar dari koleksi jazz.

KU RINDU SELALU - SALOMA & AZIZ SATTAR

Semoga peminat Saloma sekelian terhibur hendaknya.

Jazzdjoe
Re: Saloma
Post by patihmaya on Dec 28, 2005, 5:47pm

..djoe.. mana dapat lagu ni.. patih tak pernah dengar ler.. best.. share ler lagi mana2 lagu yang ada..

..patih memang suka lagu macam ni.. especially yang berubah2 rentak & temponya.. thanks & keep 'em coming..

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Dec 29, 2005, 12:34pm

patih, jazz juga suka dengan rentak musik eksperimental begini, mambo to ethnic..kalau tak silap musik composition by pak ahmad jaafar.

insyaallah, jazz akan sharekan apa jua koleksi yang ada
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Jan 19, 2006, 8:10pm

Untuk Semua Peminat Hamlau.com dan Saloma,

Lagu seterusnya adalah rakaman 1975 Keroncong Jauh Di Mata oleh Biduanita.

JAUH DI MATA - 1975 LP EMI SINGAPORE

Walaupun zaman kegemilangannya telah berlalu setelah akhir tahun 60an (pada pandangan jazz), namun mutu suaranya masih tetap memukau dan soulful. Kagum sekali kerana kalau tak silap jazz rakaman tahun 1975 ini Almarhumah telah menjangkau usia 40 tahun dan suaranya masih maintain.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Jan 20, 2006, 10:41am

[image] [image] [image] [image] [image]

..yang buat syook nya recording ni kan Djoe..
bunyi scratches di awal lagu ni..

..patih dapat bayangkan piring hitam/vinyl tu
berpusing 33 1/2 rpm.. berkilat2 warna hitam
nya sambil stylus/jarumnya dengan sedikit
seasoned.. menuruti grooves rekod Saloma..
nostalgic habis... thanks Djoe..


[image]
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Jan 25, 2006, 4:02am

Dear Hamlau & Saloma fans

Lagu seterusnya:

SENANDUNG KASEH- SALOMA & P.RAMLEE

Lagu filem Seniman Bujang Lapok.

Semoga Terhibur
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 13, 2006, 8:51pm

Lagu Saloma seterusnya,

PULAU SENANDONG
Rakaman 1965.

Semoga terhibur.

Jazzdjoe
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 13, 2006, 8:53pm

Note: Lagu-lagu yang diupload ke savefile.com bertahan hanya untuk tempoh waktu yang ditetapkan oleh savefile.com.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 15, 2006, 11:27pm

Dear Hamlau and Saloma Fans,

Rakaman Saloma Seterusnya adalah dari tahun 1972:

MALAM TAK BERGEMA (1972)

Semoga terhibur

jazzdjoe.


Note: Lagu-lagu yang diupload ke savefile.com bertahan hanya untuk tempoh waktu yang ditetapkan oleh savefile.com.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Feb 16, 2006, 6:54am

..patih rasa lagu ni bunyinya macam Ahmad Nawab punya arrangement aje.. betul tak Djoe..
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 16, 2006, 11:06pm

jazz pon rasa macam tu juga. Ahmad Nawab has this unique kinda sound of arrangements for his songs. Begitu juga komposer seperti Kassim masdor, S.Atan, Zubir Said etc.

Re: Saloma
Post by patihmaya on Feb 19, 2006, 7:24am

..Alhamdulillah.. Tn Hj Hassny telah mula kembali active dalam menyumbang masa & tenaga beliau memeriahkan suasana alam cyber dengan Lagu-Lagu Melayu Klasik..

..patih rasakan birthday patih tiba awal tahun ni dengan koleksi lagu klasik dari laman Tn Hj Hassny.. tambahan pulak terdapat 2 buah lagu Saloma yang patih cari sekian lama..

..Siapa Kanda & Ku Rela Ampun..

..harap bersabar untuk mendengar streamings lagu-lagu Saloma tersebut sebab laman Tn Hj terlalu busy manjang.. kalau tak berjaya.. kembali lagi.. dan cuba dan terus mencuba.. because believe me.. it's worth it!!..

Re: Saloma
Post by patihmaya on Feb 19, 2006, 8:31am

..SIAPA KANDA..

mula ku lihat wajah berseri seri
indah gerak dan geri
mengapa jiwa hamba telah terharu
gelisah dalam kalbu

hanya sekali sudah terpikat hati
ingin bersua lagi
siapa kanda dewa atau pendeta
atau musafir lara

kasih menjelma tiada ku sangkakan
hati telah tertawan
salam ku kirim pada bayu
semoga hilang rindu

duhai jejaka dikau jadi pujaan
hamba kasihkan tuan
siapa kanda ratu atau dewata
atau kelana purba


..patih rasa lagu ni Ahmad Nawab punya.. lagu jazz Melayu yang paling best pada patih.. jangan2 Johari Salleh yang tiup trumpet dalam lagu ni.. perhaps Sdr Kip bleh confirm kan..

~

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 19, 2006, 11:44am

AKHIRNYA!!!!!!! Jazz telahpun dapat Lagu Anak Rantau.

Menerusi Lelaman Encik hassny. terima kasih seribu terima kasih encik hassny kerana mengongsi lagu yang sangat jazz minati oleh Almarhumah Saloma.

Lagu Anak Rantau - Saloma

Alhamdulillah....

LAGU ANAK RANTAU- SALOMA
(C)1981 Indira Records
Senilagu/kata: Kassim Masdor

Wahai Kawan dikau jauh
aku risau kerinduan
tak tertahan kesedihan
berlinang airmata

bila malam keseorangan
ku diteman bintang-bintang
suasana malam ini
berlagu anak rantau

disuatu pinggiran
tak jauh dari sini
tempat berkenalan
tidakkah kau ingati

bila malam kesunyian
kuterkenang peristiwa
pertemuan
perpisahan
yang kini telah terjadi....

Re: Saloma
Post by patihmaya on Feb 19, 2006, 3:00pm

..KU RELA AMPUN..

berilah ampun
segala dosa mu kanda
jangan ulang lagi
perkara yang durjana
intan ku tirana

ku puja kanda
sejak ku terdengar nama mu
pahlawan yang gagah
bersemangat nan waja
aduhai tirana ku

pabila kita bertemu
berpandangan mata
akan ku curah
sgala rahsia cinta

sudah ku ampun
semua dosa dan salah mu
ku harap kekanda
menerima cinta ku
pujaan ku tirana


..Saloma simply at her best!!
..pada humble opinion patih ler..

Re: Saloma
Post by patihmaya on Feb 19, 2006, 7:45pm

..bila patih dengar Lagu Anak Rantau tu kan Djoe.. rasa macam pernah dengar another/different version.. kalau patih tak silap Suhaily Shamsuddin ada menyanyikannya.. harap Sdr Kip bisa confirm kan.. as usual ler.. hehe..
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 20, 2006, 12:30am

Suhaili Shamsuddin pernah membawakannya secara live dengan iringan piano Kassim Masdor di sebuah rancangan RTM tribute untuk Saloma yang berjudul NOSTALGIA BIDUAN NEGARA SALOMA dulu.

Jazz rasa lagu ini merupakan favorite Pak Kassim.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 20, 2006, 12:43am

FOr jazz, Saloma sounded her best on the song 'SUKIYAKI'. But she's always given her very best to every songs. The First Lady of Songs...

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 21, 2006, 4:14pm

Dear Saloma Fans,

Ini adalah re-play.

Bagi mereka yang ingin melihat persembahan terakhir Alharhumah Saloma di Singapura pada tahun 1981, clicklah dibawah ini:

DIMANA KAN KU CARI GANTI

Rancangan Irama Lagu2.

Petikan dari Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC)
Thanks to farahail.com

Enjoy
Re: Saloma
Post by patihmaya on Feb 21, 2006, 7:25pm

..miming ni memang didn't do justice to any artists/singers.. walau pun ianya sebaik Milli Vanilli.. itu ler pasalnya pun patih would rather dengar dari nonton mereka yang miming..

..zaman dulu memang banyak "unplugged" performances cuma tidak diarkibkan aje seperti yang dilakukan artists/media barat..

..Zain Azman Julie Sudiro Ahmad Daud ada banyak rancangan/shows ngan rtm tapi tiada usaha untuk mengembalikan atau menyiarkannya semula.. to make a long story short dia orang not creative/keen ngan "zaman silam" kot..

..patih suka tune to ART saluran Arab di astro kerna banyak persembahan rare & classic Fairouz..

..Djoe kalau u ada Sukiyaki & Lagu Anak Rantau nyanyian Suhaily share ler ngan members kat sini.. thanks..


[image]
Fairouz


Nahna Wil Amar Jeeran


The Moon And I

Malam Persandingan

Puteri Dusun

Dancing Eyes




~



Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 22, 2006, 11:55am

Zaman persembahan dahulu adalah zaman secara langsung atau zaman live. Seseorang penyanyi dan pemuzik itu dilihat dan dinilai dari segi kemampuan mereka meluahkan mutu yang terbaik secara live.

Malah membuat rakaman piring hitam juga tidak ada punch in punch out nya. Kalau satu orang buat salah, harus ulang semula sampai puas. Itulah menurut Biduan SM Salim dan Mak Nona yang pernah ditemuramah di sebuah rancangan TV di Singapura. Kerana waktu itu tidak ada fasilitas canggih yang boleh mengubah atau memperbaiki suara seseorang penyanyi secara digital, jadi suara yang digunakan penyanyi dahulu adalah dari luahan rasa dalaman yang asli, tidak di bantu oleh teknologi, kalau ada pun sedikit echo atau mungkin reverb ke.

Sebab itu mereka boleh jadi evergreen. Evergreen bukanlah sesuatu status yang mudah dicapai. Dan mereka adalah mereka, bukan orang lain, bukan klon, bukan copycat.

Patih, insyaallah jazz akan cuba muatkan lagu itu disini. Kalau versi Suhaili jazz tidak ada.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 25, 2006, 8:09am

lagu Ku rela ampun seperti berentak 'soul'.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Feb 25, 2006, 10:18am

..Djoe kena ler cari vcd filem P Ramlee's Kancan Tirana sebab kedua2 lagu Saloma Ku Rela Ampun & Siapa Kanda adalah dari filem keluaran Merdeka Studio..

..version dalam filem tu berbeza banyak dengan version yang Tn Hj Hassny & Sdr Kip naikkan..

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Mar 5, 2006, 9:40pm

Wahai Saloma fans,

Sebuah lagu duet rakaman 1981 oleh Saloma dan S.Rossley

HARAPAN SILIH BERGANTI

Sumber lagu: Hassny (Thanks)

Siapa yang tidak ingat S.Rossley, beliau membintangi filem 1967 keluaran MFP 'Anak Buluh Betong'. Beliau juga merakamkan LP pada tahun 70an.

Lagu duet ini adalah sountrack bagi filem 1981 'Serampang Tiga' Heronya adalah Seniman Kuswadinata.

Penyanyi latar selain mereka berdua untuk lagu filem tersebut adalah Julie Sudiro.

Penggubah lagu-lagunya adalah Kassim Masdor.

Itulah maklumat yang Jazz dapat tahu.

Jazz.
Re: Saloma, Keratan Akbar
Post by jazzdjoe on Mar 7, 2006, 11:03pm

Salam sejahtera semua peminat Saloma,

Disini jazz sertakan keratan akhbar BERITA HARIAN Singapura tanggal April 1983 yang melaporkan Biduanita Saloma sedang sakit. Ini adalah di tahun akhir Biduanita sebelum pulang ke Rahmatullah.

Dari arkip Berita Harian yang telah jazz buat salinannya:

[image]

Jazz akan sertakan beberapa keratan akbar lagi, insyaallah.

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Mar 15, 2006, 1:10pm

Dear Saloma Fans,

Lagu seterusnya dari 1965:

TIDUR INTAN-SALOMA

sEMOGA ENJOY.

Jazzdjoe

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Mar 26, 2006, 3:32pm

Maaf, lagu 'HARAPAN SILIH BERGANTI' oleh Saloma & S.Rossley itu salah tajuknya.

Tajuk sebetolnya:

KEMBARA KASIH



Quote:
Wahai Saloma fans,

Sebuah lagu duet rakaman 1981 oleh Saloma dan S.Rossley

HARAPAN SILIH BERGANTI

Sumber lagu: Hassny (Thanks)

Siapa yang tidak ingat S.Rossley, beliau membintangi filem 1967 keluaran MFP 'Anak Buluh Betong'. Beliau juga merakamkan LP pada tahun 70an.

Lagu duet ini adalah sountrack bagi filem 1981 'Serampang Tiga' Heronya adalah Seniman Kuswadinata.

Penyanyi latar selain mereka berdua untuk lagu filem tersebut adalah Julie Sudiro.

Penggubah lagu-lagunya adalah Kassim Masdor.

Itulah maklumat yang Jazz dapat tahu.

Jazz.

Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Mar 27, 2006, 7:37am

Hi Jazz!

Saya diberitahu oleh seorang cyberfriend dari Singapura, katanya Saloma pernah merakam lagu English dengan kugiran The Quests. Salah satu dari lagu itu ialah The Wedding, nyanyian asal oleh Julie Andrews.

Selain itu, saya juga minat dengan lagu Bilakah Tuan Kan Datang yang disadur dari sebuah lagu Cina. Saya pernah lihat sampul EP-nya, ada gambar warna Saloma dengan baju kebaya nyonya dan cheongsam. EP ini keluaran EMI/Parlophone tahun 1964.

Ada tak di kalangan kalian menyimpan rekod-rekod ini?

Lagu-lagu lain dari Saloma yang saya suka ialah Darah Muda (1965), Pesta Muda Mudi (1966) dan Bulan Bintang Jadi Saksi (1967).

Kalau rakaman duet, saya paling suka lagu Belo Belo (dengan Ahmad C.B., tahun 50an), serta Waspada (1967) dan Sepuluh Budak Hitam (1967) dengan Aziz Jaafar.

Ghaz
Kuala Lumpur
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Mar 31, 2006, 8:36am

Bilakah Tuan Datang- Saloma 1964
Rentak: Cha Cha

Bila dan bulan mana
ku tunggu sudah lama
tuan junjungan beta
lekas menjelang tiba

burung dua sejoli
nampak riang sekali
tinggal hamba duduk menanti
menantikan tuan lekas kembali
oh pujaan hati

dalam hatiku bimbang
selaluku terkenang
bilakah tuan datang...

Beliau juga pernah merakam lagu Lipstick On Your Collar, dan kalau tak silap lagu itu pernah dipersembahkannya di Australia. Artis-artis dulu beruntung, sampai kemana-mana membuat persembahan.


Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Apr 1, 2006, 3:38am

Oh ya, saya biasa dengar lagu Lipstick On Your Collar tu, tapi versi asal oleh Connie Francis.

Katanya Saloma juga menyanyi lagu Inggeris I Will Follow Him (versi asal oleh Little Peggy March) untuk filem Melancong Ke Tokyo (1963).
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Apr 5, 2006, 8:13am

Rasa-rasaye begitulah, P.Ramlee juga featured in that filem menyanyikan lagu Bengawan Solo
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Apr 5, 2006, 12:47pm

Pernah tak Jazz tengok filem Melancong Ke Tokyo tu di mana-mana saluran TV? Saya belum pernah tengok filem tu lagi sampai sekarang.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Apr 5, 2006, 3:00pm

Filem tu tak pernah jazz nonton, filem warna Melancong Ke Tokyo terbitan 1963 adalah arahan Ramon Estella dari MFP, Shaw. Lokasinya di Jepun dan Singapura. Antara para seniman, seniwatinya adalah, S.Kadarisman, Rahmah rahmat, Saadiah, Aziz Jaafar, Normadiah yang digandingkan dengan pelakon Jepun Asao Mutsumoto dan Motoko Furukawa.

"Di dalam filem ini, terdapat adegan yang menggambarkan satu peraduan pentas. Sebuah pancaragam yang bernama The Fabulous Flamingos telah mengiringi lagu-lagu yang didendangkan oleh P. Ramlee, Ahmad Daud dan Saloma."

P.ramlee menyanyikan lagu- Autumn Leaves

Ahmad Daud- I love Paris

Saloma- I will follow him.

Jazz kalau boleh nak dapatkan filem ini sebab ianya warna dan jazz rasa tentu menarik.
Re: Saloma
Post by hayatz on Apr 5, 2006, 5:38pm

Yelah....boleh di-katakan 80% crita P.Ramlee boleh didapati dlm bentuk VCD.
Hanya segelintir sahaja seperti 'Melancung Ke Tokyo' & 'Si-Tora' yg agak susah di-dapatkan
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Apr 5, 2006, 7:57pm

Satu lagi filem P. Ramlee yang susah nak dapat ialah Gelora (1970). Katanya filem ini diharamkan tayangannya di TV Malaysia kerana unsur-unsur seks yang agak keterlaluan untuk sebuah filem Melayu. Betul ke?
Re: Saloma
Post by hayatz on Apr 7, 2006, 11:58pm

ye ke....filem Dr Rushdi pun pernah di-haramkan atas sebab yg serupa kan?????
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Apr 8, 2006, 6:01am

Sekelian Peminat Saloma,

[image]


Berikut sebuah lagu Keroncong Kemayoran rakaman 1956 oleh Saloma. jazz memang suka pada keroncong.

KERONCONG KEMAYORAN

Lagu keroncong ini banyak versi oleh penyanyi lain, seperti versi 1961 Wahid Satay yang lebih jazzy dan berbentuk jenaka:

OLE LE-WAHID SATAY

Versi 1970an Kartina Dahari berbunyi begini:

KEMAYORAN

Keroncong kemayoran asli ini bak dondang Sayang, melodinya sama tetapi gurindam atau pantunnya pelbagai, mempersembahkan kisah dalam lagu yang juga berbagai, terpulanglah siapa yang menulis senikatanya.


sEMOGA TERHIBUR Semua.

Jazzdjoe
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Apr 8, 2006, 9:17am

Saya rasa filem Dr. Rushdi tak diharamkan, sebab banyak kali juga cerita ni disiarkan dalam TV.

Dalam filem tu, Saloma nyanyi dua lagu - Sam Pek Eng Tai dan Berhutang Jiwa Dibayar Jiwa.

Lagu kedua ni pelik sikit, sebab muziknya seolah-olah tak habis (tergantung di tengah-tengah). Cuba dapatkan versi audio (piring hitam/kaset/CD) jika nak tahu.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Apr 10, 2006, 3:13pm

Dr Rushdi tu filem controversial sebab ada unsur unsur seks.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Apr 10, 2006, 4:20pm

Jazz tengok tak filem Putus Sudah Kasih Sayang (1971) lakonan P. Ramlee, Noor Azizah dan Ismail Mahmud? Dulu saya ada simpan CD filem ini.

Memang ada sedikit adegan *** di antara Ismail dan seorang pelakon pembantu wanita (saya tak pasti namanya). Kalau Jazz tengok di TV, adegan ini memang dipotong. In between the scene, ada nyanyian latar P. Ramlee berjudul Membisu.

Di samping itu, ada juga adegan Noor Azizah bercumbu dengan Sonny Abdullah, ketika mereka sedang berbulan madu. Baru nak mula cium, "ayah"nya P. Ramlee telefon - "Pulang segera, abang kau nak kena hukum gantung pagi ini ..." Potong stim betul!

Dalam filem ini, Saloma ada menyanyikan sebuah lagu di adegan nightclub, diiringi Ben Puteh Orchestra yang diketuai oleh P. Ramlee sendiri. Saya cuma ingat rangkap akhirnya saja, iaitu:

"Ingat di hari minggu, pakai baju tukar fesyen,
Janji nak bawa abang pergi berkelah di Port Dickson,
Tapi apakan daya ker'na abang tak ada lesen,
Marilah kita berdamai hidup sebagai dalam mahligai."


Ghaz
KL
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Apr 16, 2006, 2:18pm

Kalau tak silap bukan filem 'PUTUS SUDAH KASIH SAYANG', filem 'JANGAN TINGGAL DAKU'. Filem Putus sudah kasih sayang lakonan P.ramlee, Mariani, Latifah Omar.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Apr 16, 2006, 4:06pm

Sekelian Peminat Saloma,

Berikut merupakan diantara lagu Biduanita yang sangat jazz gemari, rakaman 1958:

BERILAH HARAPAN

Lagu ini jazz rasa mempunyai style yang agak serupa dengan FUNNY VALENTINE oleh Julie London, walaupun melodi dan musiknya berbeda.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Jul 11, 2006, 10:10am

..Djoe ada 1 lagi lagu kemayoran yang patih rasa you should know.. version Bing Slamet ini pun best jugak..

..Allahyarham Bing diiringi orchestra RTM 60'an.. zaman emas mereka.. sekarang ni orchestra rtm bagai hidup segan mati tak mau..

..thanks a million to Tuan Haji Hassny for Krochong Kemayoran Bing Slamet itu.. siapa lagi kalau bukan Tn Hj.. hehe..

Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Jul 12, 2006, 4:55pm

Pernah tak Patihmaya dengar lagu Inggeris nyanyian Saloma iringan kugiran The Quests dari Singapura bertajuk My Wedding? Lagu ini nyanyian asal oleh Julie Rodgers.

Saya cukup kagum dengan arwah kerana boleh menyanyi dalam bahasa Inggeris dengan baik sekali, walaupun arwah hanya bersekolah Melayu.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by patihmaya on Jul 13, 2006, 12:23am

[image]

..version Saloma tak
pernah dengar ler..

Re: Saloma
Post by yudhie on Jul 19, 2006, 1:01am

Saloma mula membuat rakaman pada akhir tahun 1954 ketika masih menggunakan nama Salmah Ismail. Rekod pertamanya Pathe PTH 143 mengandungi 2 lagu - Jika Tak Berjumpa (berirama joget, saduran lagu Arab/lirik oleh Wanchu - nyanyian bersama dengan S. Hamid yang waktu itu sudah terkenal dan banyak membuat rekod), dan Pandang Kasih ciptaan Rahmat Ali. Orkes pengiring ialah Al Aishu Wal Meleh pim. Omar Bagushir. Pandang Kasih yang berirama rumba dirakamkan semula oleh Saloma pada tahun 1975 dalam LP Keluhan Saloma. Rekod kedua Saloma Pathe PTH 145 hanya mengandungi sebuah lagu - Burung Pungguk ciptaan Omar Bagushir. Lagu berirama masri itu terbahagi kepada dua bahagian - bahagian I pada muka I dan bahagian II pada muka II. Orkes pengiring Al Aishu Wal Meleh. Pada tahun 1965 lagu Burung Pungguk dirakamkan semula oleh Saloma pada rekod Parlophone EGEP 590. Mulai rekod ketiga Saloma berpindah ke label Parlophone.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Jul 20, 2006, 8:35am

Nak tanya sikitlah, Yudhie..

Adakah rekod ketiga Saloma di bawah label Parlophone itu sebuah LP yang berjudul Dendang Saloma (Saloma Sings)? Saya pernah tengok gambar LP tu dari sebuah buku dokumentari filem Melayu.

Sampul rekod tu ada gambar Saloma lengkap berbaju kebaya menghadap mikrofon bulat (memang itu bentuk mikrofon di zaman lampau). Kesemua senarai lagu itu ditulis bersama dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Di antara lagu yang saya perasan ialah Lenggang Kangkong Baru (The New Lenggang Kangkong Dance).

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Jul 20, 2006, 12:22pm

Ghaz, rekod ketiga Saloma (pertama di bawah label Parlophone) masih berbentuk single 78 rpm. Lagu2nya: Madah Pujangga (Rahmat Ali-S.Rahman) (asli) dan Janji (filem Noorma) (paso doble). Orkes pengiring: Orkes Irama Seni pim. Rahmat Ali. Beberapa rekod seterusnya pada tahun 55, 56 dan 57 juga masih berbentuk single 78 rpm. Parlophone mula buat rekod LP lagu2 Melayu sekitar 1958, tetapi merupakan kompilasi lagu2 yang pernah diterbitkan dlm bentuk 78 rpm sebelumnya. LP pertama PMDE 301 - Rayuan Ramlee; PMDE 302 - Irama Pujaan Ramlee; PMDE 303 - Dendang Saloma (mungkin LP ini yg Ghaz maksudkan.) Lagu2nya: Inang Baru, Lenggang Kangkung Baru, Alam Nyata, Kalaulah Kutahu, Putus Harapan, Kalaulah Boleh Kulupa, Kerana Kau Impianku, Kecewa, Menanggung Rasa & Hujan Lebat.
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Jul 30, 2006, 1:19am


Saja nak menyibuk ni Ghaz;

Saya tak banyak menyimpan rekod/EP Saloma, kaset nyanyian P.Ramlee dan Saloma memang banyaklah. Tah boleh main ke tidak pun tak tau kerana dah lama tak memutarkannya. Dipaparkan sampul EP berikut untuk tatapan anda dan member lain, mungkin anda ada EP ni kut?

[image]

Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Jul 30, 2006, 5:16pm

Ha, Effendi .... image EP ini yang saya cari-cari, baru sekarang saya dapat, thanks a lot!

Sebuah lagi lagu yang mungkin ada dalam EP ini ialah "Lain Jalan Ka-Shorga" nyanyian Saloma juga, yang merupakan lagu pembukaan cerita untuk filem itu.

Filem ini saya pernah tonton dua kali di TV. Ia terbitan Studio Merdeka pada tahun 1968 arahan Datuk Jamil Sulong, yang membariskan para pelakon iaitu Hamizon, Rosnani, Noran Noordin, Sony Abdullah, Rosnani dan Karim Latiff.

(Saya dah lupa siapa pelakon lelaki yang berlakon jadi ustaz/murid maahad tu, yang peliknya ustaz/murid maahad pun menyanyi dengan kugiran dalam sebuah parti harijadi, kerana terpaksa kononnya!).

Saya pernah terbaca di sebuah akhbar iaitu almarhum Ed Osmera sepatutnya berlakon dalam filem itu tetapi tak sempat sebab beliau terlantar sakit, lalu peranannya terpaksa diambil alih oleh pelakon lain. Mungkin dia yang sepatutnya menjadi ustaz/budak maahad dalam filem itu barangkali.

Ghaz, KL

Re: Saloma
Post by effendimiharja on Jul 31, 2006, 1:52am


You ni Ghaz, bukan saja minat lagu-lagu Melayu malar tapi peminat setia filem-filem Melayu juga rupanya. Anyway saya rasa gembira kerana anda berjaya menemui imej EP yang anda cari walaupun dengan tak sengaja saya dipaparkan diruangan ini.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Aug 2, 2006, 8:11am

Effendi, semalam lagu Gambar Kenangan oleh Julie Sudiro dari EP soundtrack Lain Jalan Ka-Shorga ada diputarkan dalam rancangan MKI di Klasik FM. Effendi ada dengar tak?

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Aug 3, 2006, 2:54am


Tak pulak Ghaz, sebab sehari suntuk kelmarin saya melayan cucu-cucu di rumah anak perempuan saya Serendah, tak dengar radio pun.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Aug 6, 2006, 8:35pm

..masa kanak kanak dulu patih cukup jealous bila dengar lagu lagu duet Ahmad Daud dengan Saloma.. susah nak explain.. tapi sekarang ni patih appreciate lagu lagu Ahmad Daud..
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 11, 2006, 8:30am

Dua lagu Saloma dari blog orang putih - Chiki Chiki Boom & Lenggang Kangkong Baru (Malayan Flava).

http://recordrobot.blogspot.com/2006_04_01_recordrobot_archive.html

Chiki Chiki Boom (P. Ramlee/S. Sudarmaji) - iringan P. Ramlee Orchestra - filem "Saudagar Minyak Urat" - rakaman awal 1960 - irama Baion. Rekod asal: Parlophone DPE 8104.

Lenggang Kangkong Baru (P. Ramlee/Jamil Sulong) - iringan Osman Ahmad Orchestra - filem "Semerah Padi" - rakaman 1956 - irama: Joget Baru. Rekod asal: Parlophone DPE 8023.


Re: Saloma
Post by patihmaya on Aug 11, 2006, 9:50am

..Alamak Tuan!!.. hehe.. thanks a lot
Bro Yudhie.. an excellent quality of
recordings.. patih rasa gambar petaling
street di KL tu.. banyak ke lagi links yang
begini yang Bro Yudhie ada.. share ler kat sini..


[image]

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 11, 2006, 10:25am

Setakat ini hanya itu saja link yang ada. Kalau ada nanti, tak jadi masalah untuk berkongsi.

Saya sarankan patih bagi komen tentang album "Malaya" atau tentang P. Ramlee dan Saloma atau lagu2 Melayu pada blog itu, kerana setakat ini belum ada komen, masih kosong sedangkan untuk album2 lain sudah banyak komen.
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 12, 2006, 12:51am

Muka Satu LP "Malaya" memuat lagu2 nyanyian P. Ramlee - Bila Mama Pakai
Chelana (Saudagar Minyak Urat), Joget Tari Lenggang (Hang Tuah), Pok Pok Bujang Lapok (Pendekar Bujang Lapok), Anakku Sazali (Anakku Sazali), Sri Bunian (Sumpah Orang Minyak) dan Tudong Periok (Sumpah Orang Minyak).
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Aug 16, 2006, 12:13am

Jazz ada lagu Chik chik Boom rakaman dari album tersebut 1959 oleh saloma.
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 17, 2006, 10:56pm

Armalie Aman Ramlie, anak tunggal Saloma bersama A. R. Tompel meninggal dunia pada 6 Ogos 2006 kerana serangan jantung, di kediamannya di Kpg Batu Belang, Tampin, Negeri Sembilan.

Alfatihah.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Aug 18, 2006, 3:18am

Innalillahiwainnalillahirajiuun...semoga Allah merahmati rohnya beserta kedua arwah ibu dan ayahnya. itulah satu satunya anak Biduanita Saloma...

Jazz pernah menonton dokumentari Saloma dahulu dimana Armalie menceritakan tentang Saloma di saat saat akhirnya..sedih juga..
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 19, 2006, 12:30pm

Dalam filem "Labu dan Labi" (1962) Saloma dan Pancha Sitara diperkenalkan oleh Aziz Sattar untuk menyanyikan lagu "Bila Larut Malam". Dalam EP "Istana Cinta" (1974) Saloma merakamkan semula lagu itu. Dalam rakaman pertama lagu itu (1963) judul yang digunakan ialah "Larut Malam". http://www.collectable-records.ru/labels/O_Z/Parlophone/13s.htm
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 21, 2006, 9:05pm

Lirik lagu nyanyian Saloma dan Aziz Jaafar

KASIH CINTA
ciptaan Osman Ahmad-Yusoff B
lirik H.M. Rohaizad
filem Singapura Dilanggar Todak
(tidak pernah dirakamkan ke piring hitam)

Saloma:
kasih cinta jika sudah mesra sungguh hebat rasanya
suka dan duka ada sentiasa

Saloma & Aziz Jaafar:
oi sayang ai sayang

Aziz Jaafar:
riang ria lebih banyak dirasa dalam masa bercinta
hati serasa jiwa sekata

Saloma & Aziz Jaafar:
oi sayang ai sayang

Saloma:
walaupun ribuan dugaan datang menggoda

Aziz Jaafar:
hatiku tetap setia pada dinda saja
lautan yang luas samalah kita renangi

Saloma:
sebagai bukti menguji ketabahan hati

Saloma & Aziz Jaafar:
kasih cinta jika sudah mesra sungguh hebat rasanya
suka dan duka ada sentiasa
oi sayang ai sayang.



Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 21, 2006, 9:30pm

Lirik lagu nyanyian Saloma & Aziz Jaafar

PUJIAN KASIH
ciptaan Osman Ahmad
filem Korban (1963)
(tidak pernah dirakamkan ke piring hitam)

Saloma:
indahnya wajahmu kurenung sepenuh jiwaku
oh sungguh bah'gia di samping kanda kuterpikat budi bahasa

Aziz Jaafar:
dari pujianmu berdebar di dalam hatiku
sungguh tak kusangka asal bermula
disebabkan budi bahasa

Saloma:
bernyala-nyala digoda tak tentu arah rasanya
tak boleh kucita-cita berperang rasa jiwa merana

Aziz Jaafar:
jangan kau kata begitu sedih rasanya hatiku
kasih perlukan setuju barulah sampai hasil maksudmu

Saloma & Aziz Jaafar:
betulkah katamu berpandukan rasa begitu
kalau hatimu rasa dah setuju lajulah bahteraku laju.
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 27, 2006, 8:43pm

Dalam filem "Tunang Pak Dukun" (1960) Rosyatimah yang berlakon sebagai Tijah menggunakan suara Saloma dalam adegan menyanyi. Antara lagunya ialah "Kaparinyo", "Sampai Hati" dan "Pulang Marantau". Dalam "Pulang Marantau" yang dinyanyikan beramai-ramai di dalam bas dalam perjalanan balik ke Kuala Pilah, Rosyatimah (dengan suara Saloma) hanya menyanyikan bahagian akhir yang berbentuk pantun:

pandanglah padi kuniang, kuniang mangurai
gunuang jo bukik raso malambai-lambai
bakicau-kicau bunyi si buruang murai
hibo hati maliek kampuang nan sansai.
Re: Saloma
Post by admin on Aug 27, 2006, 10:28pm

Yudhie perasan tak "Pulang Merantau" versi NoorKumalasari dalam Pop 70'an Jilid 10?
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 27, 2006, 10:33pm

Tak perasan pulak. Maaf. Kalau tak silap itu lagu ciptaan Zubir Said.

Sebuah lagi lagu dari filem "Tunang Pak Dukun" pernah dirakamkan semula oleh Hetty Koes Endang iaitu "Anak Daro" yang terdapat juga dalam Persembahan Gurindam Jiwa dalam versi asalnya.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Aug 29, 2006, 10:42am

Putus Sudah kaseh Sayang

Video
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Sept 1, 2006, 8:20am

Saya minat lagu-lagu Anak Daro dan Pulang Marantau oleh Umi Kalthum tu meskipun ada rangkap kedua-dua lagu ini yang tak begitu difahami kerana loghat Minang yang terlalu pekat.

Saya ada juga bertanya seorang rakan di tempat kerja saya mengenai filem Tunang Pak Dukun tu. Katanya:

"Cerito tu dibuek shooting kek Kolo Pilah, banyak tompek dio ambik - Seri Menanti. Terachi ... tompek tu tak ubah suasano macam hari ni ... maso tu den kocik laie. Bas yang pelakon-pelakon tu sumo naik tu namonyo Union, hari ini namo company tu dah tukar jadi United Bus."

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 1, 2006, 3:39pm

Dalam filem "Ibu Mertuaku" ada adegan Saloma menyanyikan lagu "Jelingan Mata" (Sheila Majid gunakan tajuk "Jelingan Manja"). Kalau tak silap adegan itu adalah daripada filem "Azimat" lakonan Saloma beberapa tahun sebelumnya.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Sept 1, 2006, 7:59pm

Saloma juga ada berlakon dengan Ahmad Mahmud untuk filem Adek-Ku.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 2, 2006, 7:39pm

Effendi, boleh tak diterangkan makna lirik lagu Pulang Merantau (Persembahan Gurindam Jiwa Pop 70'an Jilid 10) dan Anak Daro (Persembahan Gurindam Jiwa Nostalgia Klasik Jilid Enam)
serta lagu Ikan Kekek nyanyian A.S. Pakih (Persembahan Gurindam Jiwa Kenangan Abadi Indon Jilid 4)? Kalau boleh paparkan liriknya sekali.
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 2, 2006, 7:47pm

Saloma berlakon dalam filem Adekku untuk menggantikan Siput Sarawak yang menarik diri atas sebab tertentu. Sebelum Siput menarik diri banyak adegan yang melibatkannya telah difilemkan.



Re: Saloma
Post by effendimiharja on Sept 3, 2006, 2:15am


Saya bukan orang Minangkabau yudhie, tapi boleh gak kalau nak minta saya translatekan lirik Pulang Marantau tu kerana saya membesar dikelilingi oleh orang Kampar, Minangkabau dan Negeri Sembilan. Lirik dalam Bahasa Melayu ini tidak 100% mengikut suku-kata seperti lirik asal kerana maksudnya akan jadi lain jika berbuat sedemikian.

PULANG MERANTAU

Jauh kita merantau pergi merantau
Kampung halaman selalu terkenang jua
Pulanglah kita pulang marilah pulang
Bersua kawan-kawan nan sama (gadang) sebaya

Berlari anak rusa dua sejoli
Dapat ditangkap dek anak Raja Jawa
Kalau tidak terleka di musim (masa) ini
Dihari tua tentu kan pulang jua

(ulang rangkap 1)
Hei orang muda ai marilah kita pulang

Kalau remuk (rosak) rasanya padi dek (burung) balam
Cuba bawa ke Pulau Si Bilang Bilang
Kalau remuk rasanya hati di dalam
Cuba bawa bergurau (kok) ada kemungkinan hilang

(ulang rangkap 1)
Hei orang muda ai marilah kita pulang

Pandanglah padi kuning-kuning mengurai
Gunung dan bukit rasa melambai lambai
Berkicau-kicau bunyi si burung murai
Hiba hati melihat kampung nan (sangsai) sengsara

(ulang rangkap 1)
Hei orang muda ai marilah kita pulang

Untuk lagu Anak Daro dan Ikan Kekek, Insya Allah akan saya translatekan kemudian kerana saya belum sempat mendengar 2 lagu tersebut hari ini.


Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 3, 2006, 2:53pm

Dalam filem Azimat Saloma melakonkan watak wanita kelab malam penggoda dan mata duitan. Normadiah meminjamkan suaranya untuk seorang pelakon wanita dari filipina...filem tu pada jazz macam pelik sikit. The cinematografi is very different from other filem melayu keluaran Shaw ketika itu. Quite funny bila Daeng Idris jadi Seorang Cina tua misteri milik kedai barangan antik di chinatown.
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Sept 4, 2006, 2:25am


yudhie:

Lagu Ikan Kekek ini memang sukar untuk ditranslatekan kerana sebutannya kurang jelas dan cepat pula, namun begitu saya dapat juga memahami liriknya, mungkin tidak seratus peratus tepat rasanya memadai untuk mengetahui kisah dalam lirik tersebut dalam Bahasa Malaysia.

IKAN KEKEK

Kait berkait rotan saga
Ala berkait di akar bara
Terbang ke langit khabar berita
Tiba di bumi menjadi khabar

Khabar begini kami dirantau
Khabar lama kami sampaikan
Lagu nan lama kami dendangkan
Ha… iyalah

Orang Padang menghela rantai
Rantai dihela tepi muara
Sejak kecil badan (merasai) sengsara
Tiba disini berbagailah pula

Langkah nan Allah dilangkahkan
Malu benar nak berbalik pula
Khabar nan sampai dimuka ku

Lagu Anak Daro lambat sikit ye, mungkin minggu ni saya bz.


Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Sept 4, 2006, 10:27am

Ha ... cakap pasal lagu Minang ni, ada sebuah lagu Minang kegemaran saya nyanyian J. Sham iaitu Denai Nan Pai (Saya Yang Pergi) iringan The Wanderers rakaman MMI/Royal:

[image]

Ghaz, KL


Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 4, 2006, 8:46pm

Terima kasih effendi kerana membantu menerangkan makna yang terkandung dalam lagu Pulang Marantau dan Ikan Kekek.

Untuk memudahkan effendi menterjemahkan lirik lagu Anak Daro saya sertakan liriknya yang saya salin mengikut pendengaran saya. Bahagian2 yang salah dan tidak begitu jelas pada pendengaran saya mohon dibetulkan.

ANAK DARO nyanyian Umi Kalthum

anak musang di ateh pulai, anak tampuo di dalam bania
kainlah usang tidak bapakai oi, awaklah tuo tidak babini

pak dukun batunang pulo, batunang jo anak daro (2x)
anak daro

batang sicirih tumbuah di pasa, puluit2 di rimbo panti
saketek tantu lai manyasa, kok tak di muluit di dalam hati

bahimpun todak di kubangan, buruang barabah lari ka prahu
sungguahpun tidak bakatokan, Allah jo nabi .......... kan tahu

sungai tanang ikannyo jinak, manjunjuang kain ka subarang
awak sanang badan takucak, untuang ba lain jo nasib urang.
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Sept 5, 2006, 2:38am


Yudhie, saya rasa kagum dengan ketajaman pendengaran anda. Ada beberapa perkataan yang kurang jelas, anda dapat mengesannya dengan tepat dan memudahkan saya membuat translation ke Bahasa Malaysia. Anda macam tau jer Bahasa Minang ni… saja nak test saya kot?

ANAK DARO nyanyian Umi Kalthum

Anak musang di atas (pokok) pulai, anak tempua didalam banir (akar besar dipangkal pokok)
Kainlah usang tidak berpakai oi, (Awak) kita yang tua tidak (baduli) di pedulikan orang

Pak dukun bertunang pula, bertunang (jo) dengan anak dara (2x) ... anak dara

Batang (si cere) padi tumbuh di pasar, (pokok) pulut-pulut di taman asuhan
Jika (ta kecek) tercakap lagi menyesal, kalau tidak pun terasa dalam hati

Berhimpun todak di (kubangan) dalam kubang, burung barabah lari ke perahu
Sungguhpun tidak di sebutkan, Allah (jo) dan nabi pastinya tahu

Sungai tenang ikannya jinak, menjunjung kain ke seberang
Bila kita senang jiwa rasa berkocak (takucak), untung yang lain itu nasib orang


p/s:
Barabah tu saya tak pasti burung apa dipanggil orang kita disini. Mungkin ada member Minang Asli yang lebih ariff kat MN ni boleh membantu.
Perkataan jo.. selalunya bermaksud jua atau juga, namun ianya bergantung pada sesuatu ayat itu. Begitu juga dengan “badan takucak” rasanya tidak sesuai dikatakan badan terkocak seperti kocakan air. Ewah terperasan macam pakar bahasa pulak?

Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 5, 2006, 11:57pm

Effendi, terima kasih atas keterangan mengenai lirik lagu Anak Daro. Saya dapat tahu bahawa Rimbo Panti (hutan lindung atau cagar alam) dan Sungai Tanang merupakan nama tempat di Sumatera Barat (Ranah Minang).
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Sept 6, 2006, 11:41pm

yudhie:

Mungkin betul keterangan mengenai Rimbo Panti itu adalah hutan lindung, saya translate berdasarkan apa yang saya tau saja. Begitu juga dengan Sungai Tanang kerana saya tak tahu adanya nama sungai Tanang di Sumatera. Sepertimana yang saya beritahu sebelumnya saya bukan orang Minang dan tau selok belok tanah Minang. Nampaknya anda lebih ariff dari saya mengenai geografi, sejarah dan loghat Minangkabau.

Re: Saloma
Post by effendimiharja on Sept 12, 2006, 2:10am


Bagi tatapan semua peminat Saloma, saya paparkan imej ini yang saya perolehi dari internet.

[image]
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Sept 12, 2006, 12:43pm

Yang itu imej Saloma di tahun 50an. Effendi boleh lihat gaya Saloma sebegitu rupa dalam filem-filem "Adekku" dan "Azimat".

Saya suka gaya Saloma di tahun 60an dan awal 70an. Tapi di tahun 70an, Saloma ada sedikit tembam.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Sept 18, 2006, 10:16pm

Wah nampaknya banyak lagu-lagu Saloma yang dah dipostkan sejak 'last year'. Malang bagi tunasharapan sebab baru jadi member forum ni minggu lepas. Bila nak download lagu-lagu tu semua link dah broken atau no more exist. Harap member-member yang sempat download dapat muat naik semula di lain masa terutamanya Jazz yang banyak pengetahuan tentang Saloma dll.

Tunasharapan amat berbesar hati jika member-member dekat forum ni yang dapat kongsi lagu Saloma yang popular dan sukar dicari seperti
1.Darah Muda
2.Suasana Cinta
3.Teratai.
4.Bunga Tanjung
6.Oh Burung Pungguk Malang Nasibmu

Di kesempatan ni tunasharapan bermurah hati kongsi 6 lagu Saloma, satu darinya nyanyian dengan P.Ramlee

ASMARA BERTEMU
http://www.geocities.com/lagupopular/asmara.wma
BILA TENGAH MALAM
http://www.geocities.com/lagupopular/bilatghmalam.wma
GITAR BERBUNYI(FILEM DO RE MI)
http://www.geocities.com/lagupopular/gitarbunyi.wma
KACA TERHEMPAS KE BATU(FILEM LAKSMANA DO RE MI)
http://www.geocities.com/lagupopular/kacaterhemps.wma
MENGAPA HATI PILU (FILEM NASIB LABU LABI)
http://www.geocities.com/lagupopular/mgphatipilu.wma
PUTERI BERSIRAM (FILEM BATU BELAH BATU BERTANGKUP)
http://www.geocities.com/lagupopular/p-bersiram.wma

Semua lagu ni dalam format wma, so memerlukan Window Media Player untuk Play.

Wassalam
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 19, 2006, 7:15pm

Selamat Datang TunasHarapan,

Memang savefile.com hanya meyimpan setiap fail pada masa yang terhad. Tidak mengapa...sabar ye..jazz akan uploadkan lagi secara progressive.

Disamping itu, tunas boleh juga melawat lelaman hassny untuk mendengar beberapa lagu-lagu Biduanita Saloma.

Dibawah jazz sertakan lagu 1958 Saloma yang tiada di CD:

BERILAH HARAPAN

Rajin-rajinlah masuk forum ni ya.

Selamat.

Jazz
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 22, 2006, 11:42pm

MANUSIA MESTI MATI

ciptaan Mohd Wan Yet/Zainal Abbas
nyanyian Saloma iringan Kenchana Orkest dbp Mohd Wan Yet


tiada tabir untuk kau berlindung, tiada dosa dapat tebus ganti
walau harta tinggi bagai gunung, manusia mesti akan mati

walau gagah tinggi budi bah'sa, bagai haiwan yang hidup melata
amal suci yang paling utama, kendatipun kau hina menderita.




Selamat menunaikan ibadah puasa.

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 24, 2006, 12:58pm

Salam Ramadhan al mubarak pada semua:

Jazz ingin berkongsi sebuah lagu nyanyian Saloma bagi versi filem BATU DURHAKA (1962) keluaran MFP Shaw.

[image]

Terbayang Selalu

Dibawah versi Rahmah Rahmat

Terbayang Selalu

Lain lagu untuk Filem batu Derhaka oleh Rahmah Rahmat

Semoga terhibur.


Re: Saloma
Post by tunasharapan on Sept 24, 2006, 8:49pm

Terima kasih Jazz atas sumbangan. Lagu Terbayang Selalu Petikan Dari Filem BATU DURHAKA - tunasharapan seringkali juga mendengar lagu ni yang dinyanyikan oleh Rahmat Rahmat tapi rasanya tak pernah pula tunasharapan dengar versi yang dinyanyikan oleh Puan Sri Saloma. Terima kasih. Di sini tunasharapan perturunkan dua lagu nyanyian saloma - 1. Mengapa Tak Berkawan (Filem Sitora Harimau Jadian -1964 Duet P.Ramlee) 2. Menangis Tiada Guna - Duet Ahmad Daud

MENAPA TAK BERKAWAN
http://www.geocities.com/lagupopular/mgp_takberkawan.wma

MENANGIS TIADA GUNA
http://www.geocities.com/lagupopular/menangis_tiadaguna.wma

Dan Selamat Berpuasa Untuk Semua - esp Abang Hamlau dan lain-lain members. Wassalam
Re: Saloma
Post by admin on Sept 24, 2006, 10:53pm

Salam Ramadhan, amacam puasa seme so far? Semoga semuanya beres..

Jazz, hamlau rasa pernah nampak EP soundtrack "Batu Derhaka" tu tapi tajuk lagu tu dicitak sebagai "Senyum Mesra" cipt. Yusoff B/Kemat Hassan dan bukan "Terbayang Selalu" - but I could be mistaken..

Nostalgia Klasik Jilid 9

BTW, pautan pada versi Saloma dan "Terbang Burung" Rahmah Rahmat hamlau perolehi "Page not found" - kenapa ye?

kalau message-nya "Exceeded allocated data transfer" tu hamlau faham benar lah.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 25, 2006, 4:56am

Hamlau,

jazz dah test pautan tu boleh pulak...tapi takpe..jazz dah uploadkan di savefile.com cuma biasalah agak terhad masa muat turunnya....so cepat2 downloadlah ye...

Terbayang Selalu-Saloma

Terbang Burung-Rahmah Rahmat

tajuk terbayang selalu tu my mom yang beritahu cuma i think 'senyum mesra' as hamlau mentioned tu betollah kalau ikut info di rekod.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Sept 26, 2006, 12:10pm

Tunas,

Dari mana Tunas dapatkan lagu "Mengapa Tak Berkawan" tu?

Saya cuba cari VCD filem "Si Tora Harimau Jadian" tapi tak jumpa hingga kini. Selain lagu "Mengapa Tak Berkawan", sebuah lagi lagu duet oleh P. Ramlee & Saloma untuk filem ini ialah "Jikalau Ku Tahu". Lagu kedua ini ada dalam CD P. Ramlee/Saloma di pasaran sekarang.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Sept 26, 2006, 10:52pm

Saudara chubbyghaz - Selamat Berkenalan, saya masih baru di sini.

Sebetulnya saya sendiri belum pernah tonton Filem "SiTora Harimau Jadian". Sejak saya kecil zaman penghujung tahun 60-an dulu hinggalah saya ke alam persekolahan, saya selalu berharap (memandangkan ketika itu ibubapa melarang saya ke pangung dan pada masa saya kecil juga tidak muncul lagi zaman VCD,DVD) agar RTM menayangkan filem ini di televisyen tapi tak pernah tersiar. Saya masih ingat lagi - pada tahun 1983 dulu ketika banyak usaha telah dibuat berbagai pihak untuk menonjolkan karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee termasuklah RTM dan media cetak, boleh dikatakan hampir kesemua filem-filemnya di tayangkan di TV termasuklah Drama INTAN lakonan P.Ramlee dengan Fazliyaton, tapi malangnya Filem Si Tora Harimau Jadian tidak disenaraikan dalam siri tayangan pada tahun itu. Beberapa tahun kemudian kalau tak silap saya, suatu hari keluar dalam surat khabar yang TV3 akan menayangkan filem itu pada waktu malam dalam slot "Bintang Lagenda". Saya cukup kecewa bila malam itu filem tersebut tidak jadi ditayangkan.

Saya difahamkan filem tu telah diharamkan untuk tayangan di Malaysia kerana mempunyai unsur-unsur tahyul. Bukan itu saja, Filem Tikam Nombor Ekor dalam Filem Ragam P.Ramlee juga diharamkan.

Saya juga sejak dari dulu lagi sedang dan masih mencari kalau-kalau filem ini ada dijual di pasaran di Malaysia, namun setakat ini belum jumpa. Kalau ada member-member dekat forum ni yang tinggal di Malaysia atau Singapura kalau ada filem tu bolehlah kongsi atau kalau tahu di mana boleh dapatkan tolonglah bagitau ya.

Oh Ya untuk pengetahuan ghaz, lagu Jikalau Ku Tahu dan Mengapa Tak Berkawan memang ada dalam koleksi kaset dan CD saya. Saya juga sedang 'plan' nak uploadkan kesemua lagu-lagu P.Ramlee & Saloma yang saya ada ke website yang akan saya bangunkan nanti.

Untuk Jazz dan Abang Hamlau serta member-member yang minat Saloma di sini saya perturunkan satu link lagi lagu Rahmah Rahmat Dari Filem Batu Derhaka "Kalau Tidak"

http://www.geocities.com/lagupopular/kalau_tidak.wmv
(Streaming sahaja - KLIK UNTUK DENGAR).

Sedikit Sinopsis Filem "SI TORA HARIMAU JADIAN" dari website filemkita.

"Para penduduk Kampung Kiambang hidup terpencil dan mempercayai perkara tahyul di mana perbuatan jahat yang terjadi disangka oleh mereka datangnya dari jin dan syaitan. Oleh itu, Tok Bomoh merupakan orang yang begitu penting dalam kampung tersebut dan dihormati oleh penduduk kampung sebagai orang yang berkuasa. Seorang pendatang bernama Pendekar Amin datang menetap di kampung tersebut untuk mencari rezeki dengan berniaga. Pendekar Amin tinggal bersama isterinya dan anak gadis mereka, Naemah. Pendekar Amin tidak mempercayai perkara tahyul dan tidak memerlukan bantuan Tok Bomoh. Semenjak Pendekar Amin tinggal di situ, penduduk kampung sering diganggu oleh lembaga yang berkepalakan harimau, dikenali sebagai Sitora. Harimau jadian itu dikatakan akan mengganggu penduduk kampung yang tidak 'menunaikan perlindungan'. Kehidupan Keluarga Pendekar Amin juga diancam bahaya. Tuan OCPD yang menguasai kampung tersebut telah mendapat banyak aduan tentang keganasan Sitora, tetapi beliau tidak mempercayainya. Beliau berpendapat, seorang doktor yang berkelulusan diperlukan oleh penduduk kampung untuk mengatasi kekarutan yang yang diamalkan oleh Tok Bomoh. Ketibaan Dr. Affendi disambut dengan gembira oleh Tuan OCPD. Secara kebetulan, anak Pendekar Amin, Naemah telah pengsan kerana diganggu oleh Sitora dan Tok Bomoh sedang cuba mengubatinya. Dr. Affendi segera dibawa kerumah Pendekar Amin dan menghentikan perbuatan Tok Bomoh. Hasil rawatan Dr. Affendi, Naemah telah sembuh dan ini menimbulkan perasaan marah Tok Bomoh. Dr. Affendi kemudiannya mendirikan sebuah klinik di kampung tersebut, namun penduduk kampung masih lagi diganggu oleh Sitora. Apabila Naemah sekali lagi diganggu oleh Sitora, Pendekar Amin dengan bantuan Dr. Affendi cuba menangkap Sitora melalui rahsia-rahsia Sitora yang diketahui oleh Tok Bomoh.

Pengarah:P.Ramlee
Penulis Skrip & Lakon Layar:P.Ramlee
Penerbit:Merdeka Film Production
Tahun Tayangan : 1964

Pelakon:

P. Ramlee ... Dr. Affendi
Mahmud June ... Sitora
Rosmawati ... Naemah
Ali Rahman ... Tuan OCPD
Minah Hashim ...
Fazliyaton ...
Idris Hashim ...
Yusof Surya ...


Lagu: Jikalau Ku Tahu, Mengapa Tak Berkawan
Penyanyi:P.Ramlee & Saloma

Selamat Berterawih.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Sept 28, 2006, 12:07am


Quote:
Dalam filem "Ibu Mertuaku" ada adegan Saloma menyanyikan lagu "Jelingan Mata" (Sheila Majid gunakan tajuk "Jelingan Manja"). Kalau tak silap adegan itu adalah daripada filem "Azimat" lakonan Saloma beberapa tahun sebelumnya.

..bukan Saloma yang nyanyi lagu jelingan manja tu rasa patih..
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 28, 2006, 6:46am


Quote:

Quote:
Dalam filem "Ibu Mertuaku" ada adegan Saloma menyanyikan lagu "Jelingan Mata" (Sheila Majid gunakan tajuk "Jelingan Manja"). Kalau tak silap adegan itu adalah daripada filem "Azimat" lakonan Saloma beberapa tahun sebelumnya.

..bukan Saloma yang nyanyi lagu jelingan manja tu rasa patih..



.... rasa patih siapa yang nyanyi lagu tu?
Re: Saloma
Post by admin on Sept 28, 2006, 8:07am

Lagu Fazidah Joned "Irama Cinta" dalam Nostalgia Klasik Jilid 2 ada bau2 "Jelingan Manja"
Re: Saloma
Post by patihmaya on Sept 28, 2006, 5:15pm


Quote:

Quote:

..bukan Saloma yang nyanyi lagu jelingan manja tu rasa patih..



.... rasa patih siapa yang nyanyi lagu tu?


..sebenarnya patih pun not sure.. hehe.. harap pakar rujuk di laman ni dapat tolong patih.. hehe.. tapi dia dah lama tak muncul ler..

.. Sheila Majid punya rendition lagu Malam Ku Bermimpi ni best.. a great tribute to P Ramlee & Saloma..

..cuma kerenah audiences aje yang "bikin rusak lah ana punya programme".. hehe..

Re: Saloma
Post by aliph on Sept 29, 2006, 8:18am

Maaf saya mencelah!

Pernah dengar lagu Bila Hati Telah Retak nyanyian Saloma?? Lagu tersebut merupakan lagu tema filem Bila Hati Telah Retak keluaran Filem Negara Malaysia tahun 1981 kalau tak silap saya. Filem ini dilakonkan oleh seniwati Rubiah Suparman dan allahyarham Ismail Din sebagai watak utama. saya ada memiliki VCD filem ini dan Insyaallah kalau berkesempatan saya akan cuba untuk merakam lagu tersebut. barangkali kalian semua juga pernah mendengar lagu ini terlebih dahulu
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 29, 2006, 10:20am

pATIH,

Memang Saloma yang menyanyikan lagu itu untuk soundtrak filem AZIMAT.

JELINGAN MATA

aliph,

saya belum pernah dengar lagu tu, mungkin diantara rakaman terakhir Saloma, selain Lagu Anak Rantau.

jAZZ
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Sept 29, 2006, 11:38am

Oh ya ... ada berita baik untuk kalian, para peminat Saloma.

EMI sudah keluarkan semula lagu-lagu almarhumah di bawah tajuk Memori Hit Saloma yang merupakan album kompilasi dua kaset/CD. Meskipun cukup ringkas, sampulnya berwarna kehijauan dengan gambar lama Saloma dalam warna.

Cepat beli sebelum kehabisan!

Ghaz, KL


Re: Saloma
Post by patihmaya on Sept 29, 2006, 1:47pm

..trima kasih banyak banyak Djoe.. when it comes to Saloma.. knew i can always count on you.. tapi pakar rujuk yang 1 lagi di laman ni masih menyepikan diri..

..patih menantikan pengesahan dari beliau dulu.. memang lagu Jelingan Mata yang Djoe upload kan itu nyanyian Saloma tapi dalam filem Ibu Mertua Ku suara biduanita yang kedengaran dalam scene Kassim Slamat & Sabariah sedang ber jolly tu lebih mantap/power..

..cuba Djoe dengar Jelingan Manja versi Sheila Majid.. kalau patih tak silap di akhir lagu ada dimuatkan versi "original".. pada keamatan patih yang tak seberapa ni.. rasanya bukan suara Saloma.. but then again patih could be wrong..

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 29, 2006, 2:51pm

Patih,

Hmm...setelah jazz buat sound research filem adegan Saloma menyanyikan lagu Jelingan Mata dalam filem 'Azimat' dan 'Ibu Mertuaku', memang suaranya sama, iaitu suara Saloma. Cuma P.Ramlee cut and paste klip adegan Azimat ke Ibu Mertuaku.


Mungkin P.Ramlee membuat sound enhancement kepada audio lagu tersebut kerana mungkin juga format Pengarah Roff Bayer (filem Azimat) berlainan dengan P.Ramlee. Jadi mungkin beliau kenalah buat normalization ke..amplification ke..atau apa jua enhancment di studio rekaman untuk dimuatkan ke filem. Lagipun, opening credit bagi filem Ibu Mertuaku meletakkan nama Saloma sebagai diantara Penyanyi.

Kedua filem tersebut ada dalam simpanan Jazz.

Jazz



Re: Saloma
Post by patihmaya on Sept 30, 2006, 9:56pm

..thanks again Djoe.. nanti patih akan kemukakan hujah patih pulak.. tapi patih kena cari lagu Jelingan Manja nyanyian Sheila Majid tu dulu..
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Oct 1, 2006, 5:28am

Kalau kalian perhati dengan teliti, suara Saloma lebih banyak digunakan sebagai nyanyian latar untuk filem-filem P. Ramlee keluaran Studio Merdeka - jika melibatkan adegan pelakon perempuan menyanyi dalam filem itu. Adakalanya Saloma sendiri muncul sebagai bintang undangan.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 1, 2006, 10:44pm

Selain menyanyikan lagu "Jelingan Mata" dalam filem "Azimat" (1958) dengan suara sendiri, Saloma juga merakamkan lagu itu ke piring hitam dengan iringan Malindo Sextet dbp Ahmad Jaafar. Piring hitamnya Parlophone DPE 8113 mencatatkan nama D-i-c-k Abell sebagai pencipta lagu itu. Apabila Sheila Majid membuat cover version lagu itu, nama Ahmad Jaafar dicatatkan sebagai penciptanya. Bahagian akhir pada rakaman Sheila Majid itu merupakan sedutan daripada nyanyian Saloma.

D-i-c-k Abell berhijrah ke Singapura pada 1954 dari Jakarta. Ketika masih di Jakarta dia pernah menganggotai beberapa orkes antaranya Orkes Irama Quartet dbp Nick Mamahit sebagai pemain gitar elektrik dan mengiringi rakaman beberapa penyanyi seperti Bing Slamet dan Sam Saimun. Antara lagu ciptaannya ialah "Cemas" nyanyian Bing Slamet dan "Kasih" - Sam Saimun.

Seharusnya ejaan nama D-i-c-k dirapatkan (tanpa "-" di antara huruf) tetapi jika dirapatkan yang keluar ialah "thingy Abell", mungkin perkataan "d-i-c-k" yang dirapatkan ejaannya dianggap tidak sopan.
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 1, 2006, 11:26pm

Rancangan "Sayang Disayang" (Astro Ria) siaran awal malam ini tadi menyiarkan temu ramah dengan penyanyi popular tahun 50-an, S. Hamid. Antara lain diceritakan bahawa Saloma pernah gagal dalam screen test untuk menjadi artis rakaman piring hitam. S. Hamid yang sedang popular pada waktu itu mempelawa Saloma (waktu itu masih menggunakan nama sebenar, Salmah Ismail) untuk berduet dalam sebuah lagu. "Kalau syarikat tak hendak Saloma, dia hendak S. Hamid", katanya. Saloma yang masih malu kerana pernah gagal screen test, akhirnya setuju. Maka lahirlah rakaman duet lagu "Jika Tak Berjumpa" yang disadur daripada lagu Arab dengan lirik tulisan Wanchu. Sebuah lagi lagu yang dirakamkan ialah "Pandang Kasih" nyanyian Saloma secara solo. Lagu ciptaan Rahmat Ali (ada yang kata liriknya tulisan Ismadi, tetapi tidak ada catatan pada rekodnya.) Orkes pengiring - Al Aishu Wal Meleh pimpinan S. Omar Bagushair. Rakaman pada September 1954.
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Oct 1, 2006, 11:56pm

yudhie:
S.Hamid dalam rancangan Sayang di Sayang tu sama dengan S.Hamid dalam cover EP ini tak? Iras-iras wajahnya seakan sama.

[image]

Dalam EP ini tercatat lagu-lagu ciplak dari lagu hindustan seperti Derita dan di Tinggal Kasih. Manakala 2 lagu lagi ciptaan Hussein Bawafi Cinta Suci dan Bunga Hati.

Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 2, 2006, 12:06am

Saya rasa sama. Menurut S. Hamid beliau sekarang terlibat dalam bidang dakwah yang membawanya ke Malaysia dan Indonesia, selain Singapura.
Re: Saloma
Post by aliph on Oct 2, 2006, 11:21am


Quote:


aliph,

saya belum pernah dengar lagu tu, mungkin diantara rakaman terakhir Saloma, selain Lagu Anak Rantau.

jAZZ


Terimakasih Jazz! Saya dah emailkan lagu Bila Hati Telah Retak pada Ghaz, mintak tolong dia masukkan lagu tu disini. Saya dah mencuba berkali˛ nak memasukkannya namun gagal. Saya perlu banyak belajar dari kalian yang dah 'khatam' disini....heh heh!!

Anyway, ini dia gambar Saloma dalam filem tersebut

[image]
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Oct 3, 2006, 7:53am

aliph,

cool..gambar saloma di awal tahun 80an... tampak kurus tubuh beliau.

Dibawah jazz sertakan lagu dari filem 'NORLELA' lakonan Aziz Jaafar dan Murni Sarawak oleh MFP, 1962. Filem ini diarahkan oleh Diresh Ghosh.

KAsih Sejati- Aziz Jaafar dan Saloma

Lagu diatas mempunyai versi Aziz Jaafar dan Normadiah. Lelaman hamlau ada lagu ini dibawah koleksi Normadiah Bahagian 2

Kasih Sejati- Normadian & Aziz Jaafar

Kedua versi ini mempunyai keistimewaan vokal biduanita tersendiri. Keduanya jazz suka.

Dibawah juga lagu untuk filem Norlela.

Dunia ini untuk Kamu- Saloma
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Oct 3, 2006, 10:06am

Effendi,

Saya ada rekod yang dipegang oleh S. Hamid tu, iaitu A. Ramlie & Times Orchestra rakaman oleh Olympic Records juga.

Lagu S. Hamid yang saya biasa dengar ialah Chenderawaseh rakaman tahun 50an. Lagu ini kemudannya dirakam semula oleh A. Halim & kugiran De Fictions. Ada sebuah lagi lagu 50an oleh S. Hamid (kali ini bersuara remaja) saya tak ingat tajuknya, tapi berentak cha-cha, pun selalu saya dengar di Klasik Nasional FM.

S. Hamid di zaman kanak-kanaknya pernah berlakon filem Putus Harapan (1953) bersama P. Ramlee, memegang watak seniman agung itu semasa kecil. Ketika itu, beliau menggunakan nama penuhnya Syed Hamid.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by patihmaya on Oct 3, 2006, 12:21pm

..patih tumpang thread Saloma ni untuk upload kan lagu S Hamid yang patih ada.. so Bro Hamlau kalau sudi.. boleh ler "bersihkan" & "mersikkan".. in other words.. do the stuff that you know best.. dalam memperbaiki quality & precision muzik melayu supaya ianya in immaculate condition always.. hehe..

..Pilihan Hati..

..Pujaanku..

..style & enunciations S Hamid tidak akan ada siapa yang boleh tiru.. unique skali..

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Oct 3, 2006, 6:23pm

aliph,

boleh tak aliph emailkan juga lagu Saloma 'bila hati telah retak itu kepada saya? email saya
jazzdjoe@yahoo.com.sg
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Oct 3, 2006, 6:28pm

Inilah lagu duet Saloma yang diantaranya yang tiada di CD

Dari filem Dandan Setia lakonan Jins Shamsudin dan Saadiah

Saloma & Jasni

Jazz
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Oct 3, 2006, 7:22pm

Terima Kasih Jazz untuk contribution lagu Kasih Sejati versi Aziz Jaafar & Saloma, Lagu Dunia ini Untuk Kamu dan lagu dari Filem Dandan Setia tu.

Tunasharapan :D
Re: Saloma
Post by aliph on Oct 3, 2006, 8:19pm


Quote:
aliph,

boleh tak aliph emailkan juga lagu Saloma 'bila hati telah retak itu kepada saya? email saya
jazzdjoe@yahoo.com.sg


Boleh Jazz, takde masalah. Nanti saya akan emailkan kepada awak. Harap bersabar ye


Re: Saloma
Post by tunasharapan on Oct 3, 2006, 10:12pm

Hai Jumpa lagi Jazz, lupa nak tanya tentang lagu Petikan Filem Dandan Setia Nyanyian Saloma & Jasni ni tu. Kalau tak silap tunasharapan selain dari gandingan suara Saloma & Jasni ini adalah dari Filem Dandan Setia tu, lagu Mengapa Sang Bunga Di Puja ni telah dirakamkan semula dan dinyanyikan Oleh Aziz Jaafar & Saloma ( ? ) atau Aziz Jaafar dengan Normadiah Ke ? atau Aziz Jaafar dengan Rahmah Rahmat ? tunasharapan dah lupa tapi tunasharapan memang ingat sewaktu zaman sekolah dulu tunasharapan selalu dengar Aziz Jaafar yang menyanyikan lagu tu. Kalau tak silap tunasharapan juga, Aziz Jaafar juga berlakon dalam Filem Dandan Setia tu tetapi sebagai watak pembantu iaitu Putera Raja dari Kayangan. Betul begitu yang tunasharapan ingat.

Kalau Jazz atau lain-lain forumers yang ada lagu tu versi nyanyian Aziz Jaafar boleh kongsi tak?

Wassalam
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Oct 3, 2006, 10:54pm


Ghaz,
Saya memang suka lagu cenderawasih apabila dirakam oleh A.Halim & The Fiction pada tahun 60an dulu, dan tak tau pula penyanyi asalnya adalah S.Hamid hinggalah tertengok TV slot Sayang Di Sayang di Astro minggu lalu.

Jazz,
Lagu dari filem Dandan Setia itu bukan ke tajuknya Mengapa Bunga Di Puja? Terima kasih atas paparan lagu tersebut. Ini menambahkan lagi koleksi lagu-lagu nyanyian Jasni yang saya kumpulkan.


Re: Saloma
Post by admin on Oct 3, 2006, 11:13pm


Quote:
..patih tumpang thread Saloma ni untuk upload kan lagu S Hamid yang patih ada.. so Bro Hamlau kalau sudi.. boleh ler "bersihkan" & "mersikkan".. in other words.. do the stuff that you know best.. dalam memperbaiki quality & precision muzik melayu supaya ianya in immaculate condition always.. hehe..

..Pilihan Hati..

..Pujaanku..

..style & enunciations S Hamid tidak akan ada siapa yang boleh tiru.. unique skali..


Lambatlah Patih.. hamlau dah ada 2 lagu ni.. jalan2 kat geylang dulu ada kedai terceruk kat pasar lama (dah roboh) - dia menjual beberapa salinan cd lagu lama - yang ni dalam cd tajuk "various artist tahun 50'an" - sususannya tak betul tapi selain S. Hamid, ada lagu2 dari Normanam, Zahara Agus, Abdullah Chik dll.. mungkin Patih memiliki cd yang sama - Insya Allah mana yang baik akan dinaikkan nanti ke Jilid Nostalgia Klasik seterusnya. Anyhood... thanks for the upload.
Re: Saloma
Post by admin on Oct 3, 2006, 11:17pm


Quote:

Ghaz,
Saya memang suka lagu cenderawasih apabila dirakam oleh A.Halim & The Fiction pada tahun 60an dulu, dan tak tau pula penyanyi asalnya adalah S.Hamid hinggalah tertengok TV slot Sayang Di Sayang di Astro minggu lalu.


Fendi, kalau belum tahu, "Cenderawasih" A. Halim ada dalam Nostalgia Klasik Jilid 2
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Oct 3, 2006, 11:26pm


bro hamlau:

Lagu tu memang saya dah dengar dalam Nostalgia Klasik Jidid 2, yang saya tak tahu penyanyi asalnya adalah S.Hamid. Versi S.Hamid ada dalam Nostalgia kelasik ke?

Re: Saloma
Post by patihmaya on Oct 4, 2006, 6:56am


Quote:

Quote:
..patih tumpang thread Saloma ni untuk upload kan lagu S Hamid yang patih ada.. so Bro Hamlau kalau sudi.. boleh ler "bersihkan" & "mersikkan".. in other words.. do the stuff that you know best.. dalam memperbaiki quality & precision muzik melayu supaya ianya in immaculate condition always.. hehe..

..Pilihan Hati..

..Pujaanku..

..style & enunciations S Hamid tidak akan ada siapa yang boleh tiru.. unique skali..


Lambatlah Patih.. hamlau dah ada 2 lagu ni.. jalan2 kat geylang dulu ada kedai terceruk kat pasar lama (dah roboh) - dia menjual beberapa salinan cd lagu lama - yang ni dalam cd tajuk "various artist tahun 50'an" - sususannya tak betul tapi selain S. Hamid, ada lagu2 dari Normanam, Zahara Agus, Abdullah Chik dll.. mungkin Patih memiliki cd yang sama - Insya Allah mana yang baik akan dinaikkan nanti ke Jilid Nostalgia Klasik seterusnya. Anyhood... thanks for the upload.


..so.. itu kira marketing strategy Bro Hamlau ler ya.. hehe.. mesti khazanah/collections berlambak lambak.. just a matter of time or mood Bro Hamlau ajer bila nak dinaikkan.. patih sanggup menunggu seperti biasa patih setia menunggu lagu lagu "baru" di laman Tn Hj.. hehe..

..Zahara Agus..

Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 4, 2006, 12:08pm

Pada pendapat saya suara S. Hamid ada iras-iras suara Jeffridin.
Re: Saloma
Post by admin on Oct 4, 2006, 2:36pm

Fendi, minta maaf.. so far belum jumpa lagu Cenderawasih versi S. Hamid tu.

Patih, nampak sah memang sama cd tu.. pasal hamlau punya pun ada lagu Malaya Merdeka tapi tak disenaraikan (handwritten, no less) oleh "tauke" yang buat cd tersebut.

Re: Saloma
Post by patihmaya on Oct 4, 2006, 2:54pm

..obviously towkay cd tu not as articulate & precise macam Bro Hamlau ler.. lagu Zaharah Agus ni hamlau ada?..

..patih rasa lagu ni dah kena banned di rtm.. sensitive ler lirik dia hehe..

Re: Saloma
Post by admin on Oct 4, 2006, 9:21pm

Takde. minta maaf.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Oct 5, 2006, 7:27am

Jazz sertakan sekali lagi video clip Saloma pada rancangan SBC Irama dan Lagu (1981, Singapura)

DIMANAKAN KU CARI GANTI

jAZZ
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 5, 2006, 6:02pm


Quote:
Lirik lagu nyanyian Saloma dan Aziz Jaafar

KASIH CINTA
ciptaan Osman Ahmad-Yusoff B
lirik H.M. Rohaizad
filem Singapura Dilanggar Todak
(tidak pernah dirakamkan ke piring hitam)


Radio Klasik Nasional ada menyiarkan lagu "Kasih Cinta" ini dalam ruangan "Permintaan Hati Ke Hati" petang tadi.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Oct 6, 2006, 11:41am

Ada tak di kalangan kalian yang rakam persembahan terakhir Saloma di RTM sekitar tahun 1983 dulu? Masa tu rupa arwah lebih cengkung dari dalam gambar filem Bila Hati Telah Retak ihsan dari Aliph. Lagu yang dinyanyikan ialah Di Mana Kan Ku Cari Ganti. Saloma juga terpaksa memakai sweater ketika membuat persembahan itu, agaknya studio tu terlampau sejuk untuknya. Khabarnya arwah didatangkan dari hospital untuk merakam lagu itu di TV. Tak lama selepas tu berita kematiannya pun tersebarlah di TV dan radio.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Oct 6, 2006, 10:46pm

Salam buat semua forumers.

Tunasharrapan kongsikan di sini lirin dan lagu KASIH CINTA petikan dari Filem "SINGAPURA DILANGGAR TODAK"
kasih cinta jika sudah mesra / sungguh hebat rasanya / suka dan duka ada sentiasa / hoii sayang hai sayang / riang ria lebih banyak dirasa / dalam masa bercinta hati serasa jiwa sekata / hoii sayang hai sayang / walaupun ribuan dugaan datang menggoda / hatiku tetap setia pada dinda saja / lautan yang luas samalah kita renangi / sebagai bukti menguji ketabahan hati / kasih cinta jika sudah mesra / sungguh hebat rasanya suka dan ada sentiasa / hoii sayang hai sayang /
walaupun ribuan dugaan datang menggoda / hatiku tetap setia pada dinda saja / lautan yang luas samalah kita renangi / sebagai bukti menguji ketabahan hati / kasih cinta jika sudah mesra / sungguh hebat rasanya suka dan ada sentiasa / hoii sayang hai sayang /
Klik http://www.geocities.com/senimanagung/kasih_cinta.wmv Untuk Dengar Lagu KASIH CINTA

Wassalam
tunasharapan.

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Oct 8, 2006, 5:37am

Rata-rata semua peminat lagu-lagu klasik mengetahui akan versi Di Malam Persandingan (The Moon and I-Ron Goodwin) oleh Biduanita Sharifah Aini.

Tahukah anda sekalian bahawa Biduanita Saloma juga pernah merakamkan versinya sendiri. Lagu ini dirakam untuk filem Darah Muda arahan Jamil Sulong keluaran MFP, 1963 lakonan Seniwati Sarimah dan Seniman Jins Samsudin.

JAMBANGAN KASIH MESRA - SALOMA

Seniwati Mariani, kakak Saloma (panjang umur dia) juga merakamkan lagu gubahan Kassim Masdor bertajuk Darah Muda untuk filem itu.

DARAH MUDA - MARIANI

Semoga terhibur
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Oct 8, 2006, 11:04am

Terima kasih Jazz untuk Darah Muda versi Mariani. Saya biasa dengar lagu ini juga tapi versi Saloma, di Klasik Nasional FM.

Tunas,

Terima kasih untuk anda juga bagi lagu Kasih Cinta tu. Satu-satunya lagu dari filem Singapura Dilanggar Todak yang biasa saya dengar dari Klasik Nasional FM ialah Anak Ayam nyanyian arwah M. Zain dan Dua Sahabat nyanyian Ahmad C & M. Zain juga.

Ada sedikit berita yang mengerikan berhubung filem ini.

Menurut temuramah dengan arwah Bat Latiff oleh sebuah majalah, adegan Hang Nadim dibuang ke laut dari bahtera tu terpaksa dibuat di studio. Sebelum tu, MFP Studio cuba mengadakan aksi sebenar di mana bakal ditunjukkan watak kanak-kanak dihumban ke laut dalam (yakni di luar studio). Malangnya, hasil penggambaran didapati tidak memuaskan dan mengundang tragedi bila tiga orang kanak-kanak yang dipilih untuk tujuan itu meninggal dunia kerana lemas. Akhirnya, adegan itu terpaksa dibuat semula hinggalah hasilnya seperti yang kalian dapat lihat dalam filem itu sekarang. Para pelakon dan krew MFP Studio untuk filem itu terpaksa tutup mulut supaya rahsia ini tidak terbongkar!

Tapi nasib tak baik pula menimpa Bat Latiff. Sebaik saja filem itu mula disiarkan, arwah bermimpi bertemu Hang Nadim malam itu - rupanya sangat marah, seolah-olah tidak merestui lakonannya .....

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 8, 2006, 11:27am

Jazz, lagu "Jambangan Kasih Mesra" (nyanyian Saloma untuk Sarimah dalam filem) pernah disiarkan dalam ruangan "Malar Segar" Klasik Nasional tetapi kalau tak silap tajuknya lain. Saloma juga merakamkan lagu itu ke piring hitam tetapi dengan lirik dan tajuk yang berbeza daripada versi filem yang jazz sertakan itu. Versi piring hitam menggunakan tajuk "Jauh di Seberang Lautan", dicatatkan sebagai ciptaan Yusoff B dan lirik oleh S. Sudarmaji. Liriknya antara lain: jauh di seberang lautan, dikau oh permataku intan, wajahmu selalu kurindukan, dalam cahaya bulan, di sebalik gumpalan awan, cahayamu kilau-kilauan, memberi sinar harapan, pada masa hadapan.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Oct 8, 2006, 1:45pm

oh ye ke yudhie,

mungkin senikata disesuaikan mengikut filem, dan versi rekod pula berlainan ye. Kerana sering versi filem dan rakaman berbeza dan penyanyinya pon berbeza. Ini menambahkan 'interesting' factornya.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Oct 8, 2006, 1:51pm

ghaz,

Kesian Bat Latiff,

mungkin Hang Nadim tak happy kerana kisahnya dihumban ke laut itu copyright controlled dan pihak MFP tak bayar royalty atau copyright fee untuknya...hehehe...
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 8, 2006, 1:54pm

jazz, memang interesting. jazz belum pernah dengar ke versi rekod lagu tu? mungkin bro hamlau boleh tolong naikkan dalam laman mn ni kalau lagu tu ada dalam simpanan.
Re: Saloma
Post by saroja on Oct 12, 2006, 7:21pm

Asslamualaikum Tuan Hj.Hassany. Saya sangat berbesar hati untuk mendapatkan lagu Sejakku Bertemu Padamu - Saloma dan Seri Dewi Malam - Normadiah. Sudah bertahun-tahun usahakan namun buntu..Semoga tidak dihampakan sempena bulan ramadan al mubarak ini. Begitu juga kepada sdra sdrai yang lain2...mohon bantuan yang tidak terhingga. email:mas5399@yahoo.com.my
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Oct 13, 2006, 1:56am

Salam perkenalan saroja.

Saroja boleh mendengar lagu Seri Dewi Malam nyanyian normadiah di laman ilham pujangga abang hamlau http://sg.geocities.com/normadiah2/ - terdapat kerosakan ? gangguan bunyi pada lagu penuh tapi ada keratan dari lagu tersebut yang dapat didengar dengan jelas. Untuk pengetahuan Saroja, lagu Seri Dewi Malam juga telah dirakam dan dinyanyikan semula oleh Syarifah Aini - barangkali Abang Hamlau akan uploadkan di ILHAM PUJANGGA - Syarifah Aini nanti.

Untuk Lagu Nyanyian Saloma - Sejakku Bertemu Padamu, tunasharapan poskan link streaming di sini.
SILA KLIK UNTUK DENGAR
http://www.geocities.com/kenangansaloma/sejakku_saloma.wmv

Lagu ini juga telah dirakam dan dinyanyikan semula oleh Sanisah Huri.

Lebih daripada itu tunasharapan kongsikan di sini streaming beberapa versi lagu nyanyian Saloma dan P.Ramlee. SILA KE LAMAN WEB http://www.geocities.com/kenangansaloma/index.htm terdapat satu lagu P.Ramlee yang jarang di dengar SELAMAT BERBAHAGIA WAHAI KEKASIH. Kononnya Lagu ini dicipta dan ditujukan untuk Saloma ketika melangsungkan perkahwinannya sebelum Saloma berkahwin dengan P.Ramlee. Suami pertama Saloma ialah A.R. Tompel

Salam Hormat
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Oct 13, 2006, 6:50am

Dibawah jazz sertakan keratan akbar Berita Harian Singapura 1983 mengenai saloma

[image]
[image]
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Oct 13, 2006, 9:11pm

Wah! Terima kasih Jazz atas sumbangan keratan akhbar ni. Sangat menarik dan berinformasi. Harap-harap kalau ada lagi berita begini tentang P.Ramlee boleh dikongsi.


Salam
Tunasharapan :D
Re: Saloma
Post by saroja on Oct 15, 2006, 10:23am

Salam TuanHarapan
Terima kasih kerana reply... Saya sangat berhajat version ori Lagu Seri Dewi Malam-Normadiah samada keratan atau full; dan satu lagi Sejakku Bertemu Padamu-SaLoma. apa kah tidak ada harapan Langsung untuk saya mendapat/miliki lagu tersebut untuk save dalam pc saya..dan boleh dengar bila2 masa..tanpa masuk internet... mohon bantuan dan pertolongan tuan... Tolonggg......email: mas5399@yahoo.com.my

Re: Saloma
Post by effendimiharja on Oct 16, 2006, 12:28am

Salam kenal saroja:

Kalau nak dengar dan simpan dalam komputer atau dengar lagu dalam kereta lagu-lagu Normadiah, termasuk Seri Dewi Malam... bro hamlau ada sediakan koleksi lagu Allahyarhamah tu kat Ilham Pujangga. Hubungi bro hamlau selesai masalah anda tu dan dapat dengar banyak lagu lagi.

Aik macam salah pos tajuk forum jer ni haha! Forum ni tajuknya Saloma la.


Re: Saloma
Post by admin on Oct 16, 2006, 10:06am

Fendi, sila baca PM from hamlau
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Oct 17, 2006, 12:11am


Its Ok bro hamlau, saya dah baca dah. tq.


Re: Saloma
Post by tunasharapan on Oct 27, 2006, 9:27pm

Salam buat semua peminat Puan Sri Saloma.

Di sini tunasharapan suka untuk berkongsi link lagu KAPARINYO nyanyian Puan Sri Saloma, Abdullah Chik dan Rahmah Ali di petik dari Filem "Tunang Pa' Dukun" ( 1960 ). Filem Lakonan Abdullah Chik sebagai Karim dan Roseyatimah sebagai Tijah. Filem ini terbitan Cathay-Keris dan diarahkan oeh S.Roomai Noor.

http://www.geocities.com/senimanagung/kaparinyo.wmv

Salam Mesra
Tunasharapan
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 4, 2006, 1:56am

Orkes pertama yang mengiringi rakaman Saloma ialah Orkes Al Aishu Wal Meleh di bawah pimpinan Syeikh Omar Bagushair (sebutannya Baksyir). Antara lagunya ialah Pandang Kasih, Jika Tak Berjumpa dan Burung Pungguk (versi asal). Kemudian rakamannya diiringi oleh Pancaragam Irama Seni dbp Rahmat Ali - untuk lagu2 Madah Pujangga (versi asal) dan Bila Kau Datang Padaku. Selepas itu Saloma diiringi oleh A. Jaafar Orchestra untuk lagu2 Janji, Kecewa, Rose Rose Aku Menyinta, Ratapan Sukma, Menanggung Rasa, Selamat Hari Raya (versi 1955), Kuberikan Hatiku, Kalaulah Kutahu, Hanya Ibu, Manusia Sama Saja, Oh Singapura, Sejakku Bertemu Padamu, Nilai Bangsa, Paduan Asmara, Keluhanku dan Mahligai Kayangan.
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 9, 2006, 7:27pm

Dalam segmen "Sumbangsih" subjek yang mendapat view paling banyak ialah:

1. Saloma (dimulakan oleh rudy djoe) - 2855
2. P. Ramlee (jazzdjoe) - 1175
3. Konsert Ismail Haron (hayatz) - 1142
4. A-Go-Go '67 & Irama '69 (chubbyghaz)- 1119
5. Sumbangsih (norhann) - 978
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Nov 10, 2006, 12:02pm

Ini perkembangan yang bagus, Yudhie ... tahniah sekali lagi untuk Hamlau dan sekalian warga penyumbang!

Tinggal sikit aje lagi angka tajuk Saloma mencapai 3000!

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by patihmaya on Nov 10, 2006, 2:11pm

..ada 1 laman web kalau patih
tak silap in Danish menawarkan
lagu lagu P Ramlee & Saloma
untuk download.. 8 kroner untuk
setiap 1 lagu.. excellent audio quality..
rasa macam dalam recording studio..


[image]
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Nov 10, 2006, 11:35pm

YA, Patih!
Tunas pun banyak terjumpa laman-laman web seperti tu yang meminta bayaran (biasanya melalui Card Credit) untuk satu-satu lagu PRamlee tu didengar/dimuat turun.

Lagu MALAM KU BERMIMPI tu sebenarnnya adalah UPDATED daripada lagu asal PRamlee Asmara Bergelora ( tunas tak ingat dari Filem apa - Nilam atau Nasib ?). Lagu Asmara bergelora adalah Nyanyian PRamlee dan Nona Asiah sementara Lagu Malam Ku Bermimpi Nyanyian Beliau dengan Puan Sri Saloma.

Dari Koleksi Tunas -
Asmara Bergelora
Malam Ku Bermimpi - Lagu Dan Lirik.

Wassalam
Re: Saloma
Post by patihmaya on Nov 11, 2006, 12:31pm

..Congrats! Tunasharapan.. cantik lagi menarik laman tunas tu.. patih pun akan memilih gambar P Ramlee & Zaitun tu juga kalau patih ada laman sendiri.. hehe..

..boleh ler patih link kan kat mana mana laman yang appropriate akan lagu lagu Tunas tu..

..tak sabar rasanya menanti koleksi lagu bertambah di situ..

Re: Saloma
Post by admin on Nov 11, 2006, 12:48pm

Syabas sekali lagi Tunas, bertambahlah sumber bagi peminat sejagat.
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Nov 13, 2006, 10:05pm

Ada Satu Artikel Tentang Kenangan Saloma Mengenai Lagu Selamat Hari Raya, petikan dari Wartawan Pesona Bintang, Ruangan Bintang Popular Berita Harian (Malaysia)

Kenangan lagu hari raya Saloma
Oleh Roslen Fadzil | Foto Koleksi NSTP

Lagu ciptaan Ahmad Jaafar dendangan Biduanita Saloma itu menghiasi filem arahan Datuk L Krishnan pada 1955

SABAN tahun, lagu yang ditunggu-tunggu itu akan pasti berkumandang di udara. Sekalipun lagu baru datang dan menghilang, lagu klasik Selamat Hari Raya nyanyian Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma versi rakaman 1973, tetap menjadi pilihan peminat.

Difahamkan, lagu ciptaan Ahmad Jaafar itu mulanya dirakamkan untuk menghiasi filem Selamat Hari Raya arahan Datuk L Krishnan pada 1955. Filem itu dibintangi Datuk Maria Menado bersama Allahyarham Datuk S Roomai Noor.
[image]
Sejak awal lagi lagu itu memang dinyanyikan bersama Saloma, cuma versinya adalah berbeza dari segi susunan muzik dan lirik. Versi asal menyelitkan kemeriahan bermain mercun tetapi tidak lagi dalam versi 1973.

Bintang Popular turut mendapatkan komen Maria sendiri mengenai keistimewaan lagu yang pernah dinyanyikannya secara miming dalam filem terbabit.

“Memang pada mulanya, saya tidak menyangka lagu itu akan menjadi popular dan evergreen sehingga ke hari ini. Saya menghayati lagu Selamat Hari Raya itu sama seperti lagu Saloma lain yang pernah saya miming dalam filem.

“Selain di panggung wayang, lagu itu juga ke udara di Radio Malaya dan Singapura. Mungkin disebabkan dulu tidak ada banyak lagu raya, jadi lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma mudah diterima dan diingat, apatah lagi ia sendiri berkonsepkan ceria dan menggambarkan kemeriahan di hari lebaran,” kata Maria.

Rakan karib Saloma, Aimi Jarr yang juga penulis hiburan veteran berkata, ketika hayatnya dulu, penghibur legenda itu memang suka menyanyikan lagu berkenaan.

“Kadangkala, dia (Saloma) menangis kerana lagu itu mengingatkannya kepada zaman kanak-kanak. Dulu elemen hiburan memang kurang. Yang ada cuma radio dan wayang gambar, jadi lagu mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat.
[image]

“Ketika itu (lewat 1950-an) juga, lagu raya cuma ada berapa kerat saja termasuk Suara Takbir nyanyian P Ramlee. Kemudian pada era 60-an, barulah datang lagu Datuk Ahmad Jais, Allahyarham S Jibeng dan Allahyarham Fazidah Joned,” kata Aimi.

Sementara itu, dapat diperhatikan setiap tahun, EMI Malaysia terus menerbitkan CD lagu klasik hari raya termasuk nyanyian P Ramlee (Dendang Perantau) dan Saloma kerana ia sentiasa mendapat permintaan dan sukar ditandingi album kompilasi lagu raya pada zaman ini.

Selain itu, lagu raya era 1970-an nyanyian Datuk Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir, Sanisah Huri, Allahyarham Datin Rafeah Buang dan D J Dave juga cukup mesra telinga.

INFO SALOMA


Nama sebenarnya ialah Salmah Ismail, dilahirkan pada 22 Januari 1935 di Pasir Panjang, Singapura. Beliau adik Seniwati Mariani Ismail.


Mula menyanyi pada usia tujuh tahun dan menjadi penyanyi profesional pada usia belasan tahun.


Awalnya mengasah bakat bersama Orkes Fajar Murni pimpinan Yusof Osman.


Lagu Pandang Kasih ciptaan Rahmat Ali membawa tuah kejayaan awal sebagai penyanyi. Pernah menyertai Panca Sitara pada 1960-an.


Pernah berkahwin dengan Allahyarham A R Tompel, Kaswan Yusak dan P Ramlee.


Lagu popular, antaranya Mengapa Di Rindu, Kain Songket, Bunga Tanjung, Gelora, Hilang Terang Timbul Gelap, Perwira, Dalam Tiru Macam Saya, Inang Baru, Bila Larut Malam, Joget Malaysia, Lagu Anak Rantau, Bila Hati Telah Retak.


Filem lakonan antaranya, Seniman Bujang Lapok, Ragam P Ramlee, Ahmad Albab, Bila Hati Telah Retak (bintang undangan).


Saloma menghembuskan nafas terakhir pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya kerana menghidap demam kuning.

Selamat Hari Raya

Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Dimasa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan
di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna
perut kosong

(Ulang 1 & 2)

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Ku berdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai
tahun depan

Selamat Hari Raya

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Nov 14, 2006, 4:15am

Check it out.

Videoklip Saloma


http://www.youtube.com/watch?v=r5i2MRNvI3s
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Nov 15, 2006, 8:36pm

Lagu Nyanyian Saloma - Kenek-Kenek Udang ( Filem Gergasi -1958)

Dalam koleksi tunas, ada satu lagu Saloma Kenek-Kenek Udang dalam CD 28 Lagu-Lagu Terbaik Saloma dirakam dalam tahun 1978 EMI - suara 70-an. Lagu ini dicipta oleh Tan Sri P Ramlee dan dan asalnya dinyanyikan oleh Puan Sri Saloma melalui iringan orkestra PRamlee pada tahun 1958 untuk filem Gergasi lakonan Aziz Jaafar dan Hashimah Yon.

Tunas sertakan di sini lagu asal dari filem.

Kenek-Kenek Udang - Saloma.

Wassalam
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Nov 16, 2006, 7:30am

Check it out...

BILA HATI TELAH RETAK 1981

http://www.youtube.com/watch?v=vOEVHSp53yE

Lagu ehsan dari Aliph..thanks bro.

jazzdjoe
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 17, 2006, 9:20pm

Dalam filem "Aladdin" (1951), seniwati Mariam menyanyikan lagu "Kalaulah Boleh Kulupa" dengan menggunakan suara Rubiah. Pada tahun 1956 Salmah Ismail (Saloma) merakamkan lagu ciptaan Ahmad Jaafar itu ke piring hitam.

KALAULAH BOLEH KULUPA

kalaulah boleh kulupa, pada kenangan membawa harapan
yang timbul tenggelam dalam hatiku
kucuba tersenyum dalam tangisan, untuk melipur rasa rindu
kalaulah boleh kulupa, pada air mata di balik senyuman
laksana panas mengandung hujan
kalaulah boleh kulupa, tapi hatiku seakan berkata
pada suatu ketika aku akan ketawa pada tangisku.
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Nov 17, 2006, 10:51pm

Sedang saya membelek-belek buku P.Ramlee Seniman Agung susunan ABI terpandang potret Allahyarhamah Saloma. Wajahnya cengkung kerana sakit. Kalau tak silap gambar ini diambil selepas kematian TS P.Ramlee dan Saloma pula diserang sakit kuning dan menyebabkan kematiannya pada 25 April 1983 .

[image]

Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al Fatihah. :'(

Lagu Kasih Sejati
Post by tunasharapan on Nov 18, 2006, 2:19pm

Abang Hamlau, Salam Sejahtera.

Lagu kasih sejati nyanyian Normadiah (duet dengan Aziz Jaafar) dalam segmen Ilham Pujanga Normadiah, tunas dengar ada macam bunyi rosak pada musiknya. - NORMADIAH - KASIH SEJATI (DUET AZIZ JAAFAR) -. Mungkinkah ini adalah kerosakan pada lagu asal pada EP lagu Normadiah yang Abang Hamalu ada atau terjadi 'error' masa encoding lagu tu. Alangkah eloknya kalau dapat diperelokkan.

Tunas ada versi nyanyian Saloma & Aziz Jaafar - Kasih Sejati.

Salam Hormat, wassalam


Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 18, 2006, 11:43pm

SENYUM MALAM
nyanyian Salmah Ismail
iringan Kencana Orchestra dbp Ahmad Wan Yet
ciptaan Ahmad Wan Yet/Zainal Abbas
rekod Parlophone DPE 8100
tarikh edaran 1959

tersenyum malam sunyi, nan gemilang
segar jiwa terasa, indah nian malam
terbayang cita2 yang cemerlang, hasrat penuh bah'gia
menikmati malam

gema bayu nan merayu, hati rasa terharu
terbayang senyuman, malam nan rindu

terdengar tangis rindu, malam sunyi
sungguh hiba di hati, tiada terperi.
Re: Saloma
Post by admin on Nov 19, 2006, 5:32pm


Quote:
Abang Hamlau, Salam Sejahtera.

Lagu kasih sejati nyanyian Normadiah (duet dengan Aziz Jaafar) dalam segmen Ilham Pujanga Normadiah, tunas dengar ada macam bunyi rosak pada musiknya. - NORMADIAH - KASIH SEJATI (DUET AZIZ JAAFAR) -. Mungkinkah ini adalah kerosakan pada lagu asal pada EP lagu Normadiah yang Abang Hamalu ada atau terjadi 'error' masa encoding lagu tu. Alangkah eloknya kalau dapat diperelokkan.


Lagu2 dalam bahagian 2 Normadiah kebanyakkannya adalah sumbangan dari radio - seperti yang dinyatakan dilelaman tersebut - kualiti bunyinya kurang memuaskan. Better than nothing rite? tapi kalau sesiapa yang ada versi kualiti yang lebih memuaskan, kalau sudi - silalah sumbangkan.
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Dec 2, 2006, 12:36am


Saya sempat menonton Filem Adekku di Astro Ria petang kelmarin yang dilakonkan oleh Haji Mahdi, Ahmad Mahmud, Rosenani dan Salmah Ismail (Saloma). Kebetulan pula dalam PC ada imej Saloma dalam filem tersebut lalu saya paparkan disini untuk suka-suka jer hehe.

[image]

Kalau tak silap saya suara Saloma (dubbing) menggunakan suara orang lain dalam filem tersebut tak? Semacam aje bunyi suaranya.


Re: Saloma
Post by tunasharapan on Dec 6, 2006, 1:07pm

Tunas telah naikkan satu lagu Saloma ke geocities.com dan ditujukan kepada Pak Aziz Sattar sempena majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi

Saloma - Gendang Berbunyi

Peminat-peminat Puan Sri Saloma bolehlah dengar streaming lagi tu. Tunas tak ingat lagu tu dipetik dari filem apa, tapi kalau tak silap dari filem keluaran Cathay Keris - Saloma menjadi penyanyi latar bagi filem tu.
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Jan 5, 2007, 7:33pm

Salam buat semua peminat Puan Sri Saloma!

Lagu Dewi Malam ( Seri Dewi Malam ) dan Dewa-Dewi yang dinyanyikan oleh Seniwati Normadiah melalui Rakaman Piring Hitam adalah lagu asal dari petikan Filem Putera Bertopeng tahun 1957. Dalam Filem tersebut Lagu Dewa-Dewi dinyanyikan oleh Aziz Jaafar berpadu suara dengan Saloma manakla Lagu Seri Dewi Malam pula dinyanyikan oleh Saloma.

Dengarkan Streaming Di Bawah:-
Dewa-Dewi (Aziz Jaafar & Saloma)
Dewi Malam - Saloma

Wassalam
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Jan 6, 2007, 7:18pm

Kebetulan pula ada EP dari Saloma dengan kugiran
The Nawand'os di e-Bay hari ini.

[image]

Lagu Ku Rela Ampun dan Siapa Kanda dipetik dari filem Kanchan Tirana (1969) terbitan Studio Merdeka, manakala lagu Sam Pek Eng Tai dari filem Dr. Rushdi (1970).

Kesemua lagu dalam EP di atas adalah ciptaan P. Ramlee.

Ghaz, KL


Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 9, 2007, 5:24pm


Quote:
Maka lahirlah rakaman duet lagu "Jika Tak Berjumpa" yang disadur daripada lagu Arab dengan lirik tulisan Wanchu. Sebuah lagi lagu yang dirakamkan ialah "Pandang Kasih" nyanyian Saloma secara solo. Lagu ciptaan Rahmat Ali (ada yang kata liriknya tulisan Ismadi, tetapi tidak ada catatan pada rekodnya.) Orkes pengiring - Al Aishu Wal Meleh pimpinan S. Omar Bagushair. Rakaman pada September 1954.

Kalau semalam lagu Pandang Kasih disiarkan dalam rancangan Hati Ke Hati hari ini Jika Tak Berjumpa pula disiarkan. Itulah lagu-lagu awal rakaman Salmah Ismail (Saloma).
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 11, 2007, 11:16pm


Quote:
Rekod kedua Saloma Pathe PTH 145 hanya mengandungi sebuah lagu - Burung Pungguk ciptaan Omar Bagushir. Lagu berirama masri itu terbahagi kepada dua bahagian - bahagian I pada muka I dan bahagian II pada muka II. Orkes pengiring Al Aishu Wal Meleh. Pada tahun 1965 lagu Burung Pungguk dirakamkan semula oleh Saloma pada rekod Parlophone EGEP 590.

Dalam ruangan Malar Segar Klasik Nasional malam ini tadi DJ Adibah Affandy ada menyiarkan lagu Burung Pungguk bahagian I dan II nyanyian Salmah Ismail.
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Jan 12, 2007, 12:46am


Terima kasih ghaz kerana paparkan imej rekod tersebut kerana saya tak pernah tengok rasanya album tersebut. Terfikir pulak bila tengok gambar Saloma tu, apa yang menyebabkan Tan Sri P.Ramlee syok kat Saloma walaupun dah 2 kali janda. Kerana wajahnya ka... atau potongan badannya ka? 8-)

Dengarlah BURUNG PUNGGOK nyanyian Salmah Ismail sambil membayangkan beliau menyanyikan lagu tersebut macam dalam gambar tu hehe ::)


Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 12, 2007, 7:35am

effendi, terima kasih kerana memuat naikkan lagu Burung Pungguk versi asal itu. Tapi iklan yang keluar sebelum lagunya sungguh mengganggu.

Lagu2 lain nyanyian Salmah Ismail yang belum pernah saya dengar disiarkan Klasik Nasional ialah Madah Pujangga (versi 50-an), Janji (filem Noorma), Hanya Ibu (filem Saudaraku), Ibu Permataku, Pahlawanku, Lenggang Biduan dan beberapa lagu lagi.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Jan 21, 2007, 3:26pm

Satu lagi EP Saloma terbitan 1972 oleh EMI:

[image]

Katipang Payong (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
Madah Pujangga (Rahmat Ali)
Sekapor Sireh Seulas Pinang (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
Kuala Sedili (c.c./P. Ramlee)


Namanya Aslirama. Saya teringat akan sebuah rancangan TV RTM dengan tajuk ini - kesemua nyanyiannya lagu-lagu asli.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 22, 2007, 10:34pm

Mengikut catatan pada rekod asalnya lagu Madah Pujangga adalah ciptaan Rahmat Ali dengan lirik susunan S. Rahman (Parlophone DPE 8003). Lagu Sekapor Sireh Seulas Pinang pula ciptaan P. Ramlee dengan Jamil Sulong sebagai penulis liriknya (Parlophone DPE 8023).
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Jan 25, 2007, 12:29am


Quote:
effendi, terima kasih kerana memuat naikkan lagu Burung Pungguk versi asal itu. Tapi iklan yang keluar sebelum lagunya sungguh mengganggu.



Hehe yudhie, nak buat camner File Hosting free yang lain banyak kerenah pula bila nak upoload. Dah banyak saya cuba tak secepat dan mudah seperti FileCargo tu. Sabo ajele buat sementara waktu. Cuba anda acess DISINI dapat masuk dan download beberapa lagu (mp3) yang saya uploadkan kat situ tak? ::)


Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Jan 26, 2007, 8:45am

Dua hari lepas saya sudah dapatkan kaset berkembar Memori Hit Saloma keluaran EMI dari hypermarket Tesco, Mutiara Damansara. Harga EMI ialah RM 16.90 tetapi Tesco mengurangkan RM 1.00 dari harga ini.

Ada lagu-lagunya dari versi asal, tapi terdapat juga rakaman semula sama ada nyanyian asal Saloma sendiri mahupun penyanyi lain.

Di bawah ini saya senaraikan lagu-lagunya:

Kaset 1

Bunga Tanjung (Tradisional)
- Filem: Bunga Tanjung [awal 1960an]

Istana Cinta (P. Ramlee/Jamil Sulong)
- Filem: Anakku Sazali [1956]

Selamat Pengantin Baru (P. Ramlee)
- Filem: Madu Tiga [1964]

Bila Larut Malam (P. Ramlee)
- Filem: Labu Dan Labi [1962]

Mengapa Dirindu (Ahmad Wan Yet/Zain Mahmood)
- Filem: Dua Pendekar [1964]

Madahku (P. Ramlee)
- Filem: Dajal Suci [1965]

Alunan Biola (c.c.)
- Rancangan TV Singapura 'Kalong Senandong' [1963]

Tiru Macam Saya (P. Ramlee/Jamil Sulong)
- Filem: Hujan Panas [1953]

Jari-Jariku Sakit Semua (P. Ramlee)
- Filem: Bumiputera [1965]

Kuala Sedeli (c.c./P. Ramlee)

Hilang Terang Timbul Gelap (P. Ramlee)
- Filem: Masam-Masam Manis [1965]

Pandang Kasih (c.c.)

Sekapur Sirih Seulas Pinang (P. Ramlee)
- Filem: Semerah Padi [1956]

Jangan Tinggal Daku (P. Ramlee)
- Filem: Ibu Mertuaku [1962]

Kaset 2

Kain Songket (M. Sidin)

Kenek-Kenek Udang (P. Ramlee)
- Filem: Gergasi (1958)

Awan Mendung Telah Tiba (P. Ramlee)
- Filem: Sabarudin Tukang Kasut [1966]

Berhutang Jiwa Dibayar Jiwa (P. Ramlee)
- Filem: Dr. Rushdi [1970]

Suasana Cinta (c.c.)

Zapin Budaya (P. Ramlee)
- Filem: Dajal Suci [1965]

Direnjis-renjis (P. Ramlee)
- Filem: Kanchan Tirana [1969]

Ikan Kekek (Tradisional)

Gendang Berbunyi (Ahmad Wan Yet/Ismadi)

Gerimis (P. Ramlee)
- Filem: Gerimis [1968]

Manusia (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
- Filem: Bujang Lapok [1957]

Sesudah Subuh (P. Ramlee)
- Filem: Sesudah Subuh [1967]

Tanjung Katong (Tradisional)

Airmata Di Kuala Lumpur (P. Ramlee)

(P)(C) 1973 - 1975 by EMI
This Compilation: (P) 2006 by EMI

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by imi on Feb 2, 2007, 12:12pm

chubbyghaz, bagaimana nak lihat image EP Saloma terbitan 1972 oleh EMI, tak sempat tengoklah, saya member baru!!!
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Feb 3, 2007, 8:17am

Alamak, dah hilanglah gambar tu Imi, kat laman e-Bay tu pun dah kena padam ... maaf ya Imi!

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by admin on Feb 3, 2007, 6:00pm

Ghaz, lain kali kebas-turun dan uploadkan ke Geocities ke, imageshack.us ke, freeimageshosting.net ke lalu pautkan ke sinilah.. pengunjung boleh tonton lebih lama kan?... like u said.. eBay tayangannya sekejap jer.. dan kalau hotlink dari lelaman lain, kita tak tahu bila2 masa sahaja lelaman tu boleh lesap.
Re: Saloma
Post by cepuk on Feb 3, 2007, 11:50pm

Brader Ghaz,
Haa.. tu la.. kan dah kena sound ngan tokey.. heheh ;D

takpe.. takpe..! saya ada bekap.. tapi tak tau yang mana satu.. ada dua ni. Imi, yang Aslirama tu la kot..

[image] [image]

Re: Saloma
Post by imi on Feb 4, 2007, 2:08pm

Hello Brader Cepuk. terima kasih kerana back up image aslirama Saloma tu. Saya adalah peminat giller Tan sri P.Ramlee dan Saloma, info tentang P.Ramlee memang banyak spt laman web,buku2 dll tapi sedikit info mengenai Saloma. Berdasarkan view forum mengenai Saloma adalah paling banyak Hampir 4000 times, ini menunjukkan ramainya peminat beliau. Tidak adakah cadangan peminat2 Saloma (yg mahir) membuat laman web, biografi atau buku mengenai pencapaian beliau dalam dunia seni untuk tatapan generasi muda hari ini. Apapun tabik dan tahniah kepada brader Hamlau atas usahanya mewujudkan laman web ini utk memertabatkan seni warisan Melayu kita.
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Feb 4, 2007, 4:40pm


Quote:
Dua hari lepas saya sudah dapatkan kaset berkembar Memori Hit Saloma keluaran EMI dari hypermarket Tesco, Mutiara Damansara. Harga EMI ialah RM 16.90 tetapi Tesco mengurangkan RM 1.00 dari harga ini.

Ada lagu-lagunya dari versi asal, tapi terdapat juga rakaman semula sama ada nyanyian asal Saloma sendiri mahupun penyanyi lain.

Di bawah ini saya senaraikan lagu-lagunya:

Kaset 1

Bunga Tanjung (Tradisional)
- Filem: Bunga Tanjung [awal 1960an]

Istana Cinta (P. Ramlee/Jamil Sulong)
- Filem: Anakku Sazali [1956]

Selamat Pengantin Baru (P. Ramlee)
- Filem: Madu Tiga [1964]

Bila Larut Malam (P. Ramlee)
- Filem: Labu Dan Labi [1962]

Mengapa Dirindu (Ahmad Wan Yet/Zain Mahmood)
- Filem: Dua Pendekar [1964]

Madahku (P. Ramlee)
- Filem: Dajal Suci [1965]

Alunan Biola (c.c.)
- Rancangan TV Singapura 'Kalong Senandong' [1963]

Tiru Macam Saya (P. Ramlee/Jamil Sulong)
- Filem: Hujan Panas [1953]

Jari-Jariku Sakit Semua (P. Ramlee)
- Filem: Bumiputera [1965]

Kuala Sedeli (c.c./P. Ramlee)

Hilang Terang Timbul Gelap (P. Ramlee)
- Filem: Masam-Masam Manis [1965]

Pandang Kasih (c.c.)

Sekapur Sirih Seulas Pinang (P. Ramlee)
- Filem: Semerah Padi [1956]

Jangan Tinggal Daku (P. Ramlee)
- Filem: Ibu Mertuaku [1962]

Kaset 2

Kain Songket (M. Sidin)

Kenek-Kenek Udang (P. Ramlee)
- Filem: Gergasi (1958)

Awan Mendung Telah Tiba (P. Ramlee)
- Filem: Sabarudin Tukang Kasut [1966]

Berhutang Jiwa Dibayar Jiwa (P. Ramlee)
- Filem: Dr. Rushdi [1970]

Suasana Cinta (c.c.)

Zapin Budaya (P. Ramlee)
- Filem: Dajal Suci [1965]

Direnjis-renjis (P. Ramlee)
- Filem: Kanchan Tirana [1969]

Ikan Kekek (Tradisional)

Gendang Berbunyi (Ahmad Wan Yet/Ismadi)

Gerimis (P. Ramlee)
- Filem: Gerimis [1968]

Manusia (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
- Filem: Bujang Lapok [1957]

Sesudah Subuh (P. Ramlee)
- Filem: Sesudah Subuh [1967]

Tanjung Katong (Tradisional)

Airmata Di Kuala Lumpur (P. Ramlee)

(P)(C) 1973 - 1975 by EMI
This Compilation: (P) 2006 by EMI

Ghaz, KL


Ghaz, Lagu-lagu ini juga ada dikeluarkan dalam bentuk kompilasi CD ( 2 cd), tunas beli rasanya dah dekat setahun yang lalu dengan harga RM25.90.


By the way selamat berkenalan & selamat datang ke Forum MN diucapkan kepada Imi.

Jika Imi nak dapatkan koleksi lagu-lagu yang ghaz senaraikan tu, tunas rasa kompilasi cd atau kaset ni masih ada lagi di pasaran.

[image]

Wassalam.
Re: Saloma
Post by carmahl on Feb 4, 2007, 5:02pm

Ghaz, memang benarlah apa yang dinyatakan oleh sdr Tunasharapan, album berkembar Memori Hit Saloma ini sebenarnya telah diterbitkan dahulu oleh EMI pada tahun 1997 melalui SIRI PERDANA - SALOMA PRIMADONA (VOL 1 & 2) - CD07243 8231102 6/7. Ia hanya memaparkan tajuk Primadona dengan berlatarkan warna merah bata sahaja. Biasalah EMI suka mengelirukan pembeli (strategi lah tu). Bagaimanapun album yang diedarkan semula ini lebih menarik covernya dan sedikit info berkenaan penyanyinya disertakan.

Carmahl MS
Re: Saloma
Post by admin on Feb 4, 2007, 5:25pm

Betul Carmahl,

Hamlau sudah beli koleksi Primadona tersebut semasa ianya dikeluarkan dulu pada 1997 - hampir kena "trick" kerana hampir2 membeli "edisi baru" tersebut. Begitu juga dengan Siri Perdana Rafeah Buang dulu - diterbitkan semula dengan cover dan tajuk yang berbeza "Dalam Kenangan" setelah beliau meninggal.

Bukan EMI saja, Polygram (sekarang Universal Music) juga suka buat kerja macam ini, terutama setelah mereka bertukar nama.

Kalau lagu2 dalammya berbeza pun, hanya satu dua lagu saja... ini tak adil kepada peminat setia yang memang nak cari yang ori - pasal kalau antara 20 lagu.. cuma nak dapatkan satu atau dua lagu yang belum ada dalam CD - kena beli seluruh CD. Macamne nak sokong beli ori?
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Feb 4, 2007, 7:51pm

Bro Hamlau dan Carmahl, tunaspun setuju dengan perkara ini. Tunas sendiripun pada mula-mula nak mengumpul keoleksi lagu-lagu lama dulu ada beberapa kali terkena jugak. Bukan setakak depo dok keluar balik dengan imej dan cover cd atau kaset dengan gambar yang ditukar, mereka juga mengelirukan pelanggan dengan mengatakan pada kulit album cd tersebut lagu-lagu yang dijual adalah suara original dari penyanyi asal. Padahal yang menyanyi tu entah artis mana pun tunas tak kenal.

Contohnya yang tunas ingat ada satu cd kompilasi paduasuara bintang lagenda terbitan Varia Music Production yang tunas beli mengandungi koleksi lagu-lagu nyanyian R Azmi, A Ramlie, S Roha, Sanisah Huri, M Ramlee, Rokiah Wandah, Rafeah Buang, Muchsen, P Ramlee dan Saloma. Di Kulit Luar Di Catatkan besar besar VOCAL ORIGINAL ARTIS. Tapi bila di pasang cd tu, yang menyanyi bukanlah penyanyi asal. Ada penyanyi dalam tu yang meniru suara P Ramlee tapi depa ingat kita tak kenal dengan suara P Ramlee, depa salah tu, begitu juga dengan R Azmi yang menyanyi langsung jauh dari suara seniman tu.

Itulah salah satu caranya, barangkali, mereka cuba nak kaut keuntungan dengan memutar belitkan kebenaran sebab mereka fikir generasi baru ni tak dapat nak membezakan suara artis asal dengan suara yang ditiru.

Kadang-kadang rasa geram jugakkkkkKKKKKK...Errrr.Errrr...EHMMMMMMMM.. Geram ni Geram...
Re: Saloma
Post by carmahl on Feb 4, 2007, 8:29pm

Untuk rakan-rakan MN

Sekarang ni setelah siri Mat Jimat, Murah Hati, Siri Perdana, Dwi Intan & Memori Hit, EMI tengah aktif mengeluarkan siri TIMELESS yang menampilkan 4CD dengan harga yang agak murah (sekitar RM30-33) - Setakat ini album Black Dog Bone, DJ Dave, Sudirman, Sharifah Aini & Uji Rashid telah diedarkan. Yang menariknya album ini menampilkan album penuh yang pernah diedarkan tanpa membuang sebarang trak (trak asal) tetapi kalau anda peminat setia setiap penyanyi tersebut dan pernah membeli album(CD) mereka sebelumnya, anda hanya akan mendapati hanya beberapa sahaja lagu yang belum pernah di CDkan diselitkan di sini. Jadi fikirkanlah sebelum membelinya.

Tetapi jika anda belum pernah memiliki CD mereka sebelumnya, ternyata album TIMELESS cukup berbaloi untuk dibeli.

Carmahl MS
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Feb 5, 2007, 8:12am

Tunas,

Saya juga pernah lihat CD Saloma dalam label Intan, hampir kesemuanya lagu-lagu yang tak pernah dikeluarkan semula oleh EMI, mungkin rakaman terus dari filem. CD ni saya jumpa di kedai kaset Speedy di kompleks The Mall, KL.

Hamlau,

Bukan tak nak download imej-imej tu ke Geocities cuma masalahnya PC saya terlalu perlahan untuk tujuan ini. Mungkin saya boleh cadangkan mana-mana forumers yang berminat terhadap imej-imej tu save-kan dalam PC masing-masing dan uploadkan semula jika ada permintaan, sebelum imej tu dipadamkan. Faham sajalah ... komputer antik saya berusia hampir 10 tahun dan terhad pula fungsinya.

Ghaz, KL


Re: Saloma
Post by zulqassem on Feb 13, 2007, 12:05pm

Ni gambar Saloma dan lirik "Ku Kehilangan Kanda" yang saya scan dari majalah Filem.
[image]
Re: Saloma
Post by imi on Feb 16, 2007, 11:06am

Terima kasih sdra Zulqassem kerana dah banyak scan gambar2 lama dari majalah filem. Nampaknya sdra Zul banyak memiliki koleksi majalah lama, boleh tak scan gambar/poster Saloma di zaman kegemilangan beliau tahun 50, 60 dan 70an, ramai peminat tak pernah lihat gambar2 tersebut.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Feb 16, 2007, 11:07am

..according to Fazliyaton.. rentak lagu tu Latin Waltz.. ada sesiapa tahu pencipta lagu Assalamualaikum ni?..
Re: Saloma
Post by bigboss on Feb 16, 2007, 2:24pm

Lagu 'Assalamualaikum' yg dinyanyikan oleh Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma itu telah dicipta oleh Tan Sri P.Ramlee sendiri. Lagu tersebut dicipta pada tahun 1971, tahun yang sama P.Ramlee mengarahkan filem Putus Sudah Kasih Sayang.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Feb 16, 2007, 9:44pm

..thanks for the info BigBoss.. rupa rupanya Djoe pernah upload kan lagu Assalamualaikum di laman ni dalam thread P Ramlee.. tapi sayang seribu kali sayang patih terlepas peluang ler.. sekarang ni file tu dah "hilang"..

..apa yang buat patih berkenan sangat dengan lagu ni adalah petikan guitar Kassim Masdor.. rasa patih memang dia ler.. sounded very Joăo Gilberto ler.. class!..

Re: Saloma
Post by tunasharapan on Feb 16, 2007, 10:48pm

Jangan bimbang Patih, tunas naikkan sekali lagi lagu Assalamualaikum ke geocities.

P Ramlee & Saloma - Assalamualaikum

Wassalam
Re: Saloma
Post by patihmaya on Feb 17, 2007, 7:19am

..thanks Doc!.. patih a bit dissapointed though.. hehe.. ingatkan ada guitar solo dalam lagu tu.. sedikit aje rupa rupanya mainan guitar Kassim Masdor.. just to wet one's appetite..

..tu ler yang special nya dengan lagu lagu P Ramlee ni..always leave the listeners wanting more..

Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 20, 2007, 11:26pm

'Assalamualaikum' dalam filem putus sudah kaseh sayang itu mempunyai influence bossa.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 23, 2007, 2:55pm

Salam semua peminat SALOMA,

Disini Jazz sertakan lagu Kembara versi album. Versi Filem Kanchan Tirana sangat berlainan dengan versi rekaman.

KEMBARA

Mr Hamlau, mutu rekamannya agak ok so bolehlah sertakan dalam koleksimu.

Semoga terhibur

Jazz
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Feb 23, 2007, 9:29pm

Terima kasih Jazz atas sumbangan Lagu KEMBARA versi rakaman. Lagu ni ada dimasukkan dalam kaset Saloma keluaran EMI AIR MATA DI KUALA LUMPUR yang tunas beli awal pertengahan 80-an dulu. Kaset yang ada pada tunas tu sudah agak rosak kualiti bunyinya. Lagu 'rare' yang turut dimuatkan dalam album tersebut ialah HANYA ANGAN-ANGAN, antara lagu terakhir nyanyian Allahyarham P Ramlee.

Wassalam
Re: Saloma
Post by yudhie on Feb 23, 2007, 11:35pm

Bunga Tanjung dan lain-lain.

Kain Songket dan lain-lain.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Feb 27, 2007, 8:16am

Hari ini saya ternampak sebuah EP Saloma dengan lagu-lagu Cina yang dinyanyikan dalam Bahasa Melayu:

[image]

Lagu-lagunya:

Sesaat Sekejap (c.c.)
Bila Sang Bulan Menjelang (c.c./Zain Mahmood)
Bilakah Tuan Kan Datang (c.c./Ismadi)
Rindu Hati Rindu (c.c./Zain Mahmood)


Kalau tak silap saya, Zain Mahmood tu salah seorang penerbit rancangan radio/TV di RTS (Radio & TV Singapura), kan?

Yang dipamerkan tu versi cetak rompak. Versi aslinya keluaran EMI/Parlophone tahun 1964.

Lagu-lagu Bila Sang Bulan Menjelang dan Bilakah Tuan Kan Datang seringkali diputarkan di Klasik Nasional FM.

Ghaz, KL

Re: Saloma
Post by rozasakuan on Feb 28, 2007, 1:00pm

Assalamualaikum...saya ni budak baru dalam ni. saya nak join sekali dalam forum ni sebab saya minat sangat dengan Puan Sri Saloma. Boleh letak banyak sikit gambar Puan Sri Saloma tak?

saya nak tanya mana rakan2 dapat majalah2 yang lama tu. kalau boleh saya nak baca isi kandungannya.
Re: Saloma
Post by 5band on Mar 15, 2007, 6:30pm

Video clip lagu2 Saloma & P Ramlee dari filem yang saya sudah uplod ke youtube... saya amat berharap ada yang sudi betulkan kesilapan spt tajuk lagu etc sbb saya pakai bubuh jer tajuk laju nyer ;D Satu lagi... ada yang saya andaikan saja Saloma yang nyanyi sbb suaranya macam suara Saloma ;DS

P Ramlee & Saloma - Masam2 Manis
http://www.youtube.com/watch?v=3nI23T24zI0

Saloma - Tidur Sayang Anakku Sayang
http://www.youtube.com/watch?v=x6oBjw6vmAI

Saloma & P Ramlee - Tudung Periuk
http://www.youtube.com/watch?v=igJ49uCfl7M

Saloma - Tari Tualang Tiga
http://www.youtube.com/watch?v=ANHXqEzYtRo

Saloma - Demi Aku Kata Putus
http://www.youtube.com/watch?v=MEUQiiSOSBs


Re: Saloma
Post by aliph on Mar 16, 2007, 8:49am

satu lagi EP Saloma yang lebih kurang sama konsepnya dengan apa yang Ghaz paparkan tu, tapi yang ni lagu˛ Jepun barangkali. lupa pulak saya nak belek senarai lagu˛nya

[image]
Re: Saloma
Post by rozasakuan on Mar 16, 2007, 10:22am

Assalamualaikum aliph, awak ni ada simpan banyak koleksi EP Saloma ke...awak banyak tunjuk EP dia kat sini. Saya nak tanya kalau awak nak dengar lagu dia awak pasang EP tu ke????sebab zaman sekarang ni susah nak cari lagi pemain piring hitam tu, rasanya bukan susah tapi mungkin tak ada kot.... saya pun teringin nak memiliki EP yang ori macam awak punya tu.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Mar 16, 2007, 10:28am

Thanks, Aliph. Ini kali pertama saya lihat EP lagu Jepun Saloma. Sebelah EP lagu Jepun dalam gambar tu ialah EP ori lagu Cina yang saya tunjukkan tempoh hari. Boleh tak Aliph senaraikan lagu-lagu dan pencipta untuk EP Jepun tu nanti? Thank you!

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by admin on Mar 16, 2007, 1:10pm

Salah satu dari lagu dalam EP saduran lagu Jepun itu adalah Sukiyaki yang boleh didengarkan dalam Nostalgia Klasik Jilid 1

Roza, masih ada syarikat yang membuat, menjual dan mengedarkan turntables atau pemutar rekod tetapi kebanyakkannya untuk high-end market atau audiophiles jadi mungkin orang biasa macam saya takkan mampu.. tapi ada alternatif seperti dari Syarikat Thorens yang masih ada menjual low and mid-range budget turntables yang bermutu atau Roza boleh saja cari 2nd hand pada brand2 lain dalam pasaran eBay.
Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 16, 2007, 1:33pm

Ghaz, oleh sebab Aliph kata lupa nak belek senarai lagu2 dari EP "Sekalong Sakura dari Saloma" dan Bro Hamlau hanya senaraikan satu lagu saja, maka saya senaraikan tajuk2 lagu yang terdapat pada EP Parlophone EGEP 593 keluaran 1965 itu.

Menanti (NANA/Jamil Sulong)
Yoshiko(senikata: Jamil Sulong)
Pesanan (CHOCHOSAN/Jamil Sulong)
Sukiyaki (senikata: Jamil Sulong)

Saloma diiringi John Lee Orchestra.
Re: Saloma
Post by aliph on Mar 16, 2007, 3:09pm


Quote:
Assalamualaikum aliph, awak ni ada simpan banyak koleksi EP Saloma ke...awak banyak tunjuk EP dia kat sini. Saya nak tanya kalau awak nak dengar lagu dia awak pasang EP tu ke????sebab zaman sekarang ni susah nak cari lagi pemain piring hitam tu, rasanya bukan susah tapi mungkin tak ada kot.... saya pun teringin nak memiliki EP yang ori macam awak punya tu.

Waalaikumsalam!

sebenarnya EP Saloma tu bukan saya punya, tapi kepunyaan abang Rahim yang saya ambil gambarnya di Amcorp Mall 2 minggu yang lalu. kata abang Rahim kesemua EP & LP yang ada dalam simpanan beliau akan diCDkan tak lama lagi. so, kalau awak berminat nak mendapatkannya bolehlah turun ke Amcorp Mall pada setiap hari Ahad. tak perlu lagi nak mendapatkan turntable, boleh dengar terus dari CD.

tapi kalau betul˛ nak jadi pure collector macam bro Hamlau, Ghaz tu better awak dapatkan la turntable tu. tak mahal mana pun, tak sampai beribu. kepuasan amat terserlah kalau mendengar rekod˛ lama ni melalui turntable.
Re: Saloma
Post by aliph on Mar 16, 2007, 3:18pm


Quote:
Ghaz, oleh sebab Aliph kata lupa nak belek senarai lagu2 dari EP "Sekalong Sakura dari Saloma" dan Bro Hamlau hanya senaraikan satu lagu saja, maka saya senaraikan tajuk2 lagu yang terdapat pada EP Parlophone EGEP 593 keluaran 1965 itu.

Menanti (NANA/Jamil Sulong)
Yoshiko(senikata: Jamil Sulong)
Pesanan (CHOCHOSAN/Jamil Sulong)
Sukiyaki (senikata: Jamil Sulong)

Saloma diiringi John Lee Orchestra.

thanks Yudhie, you're saving my life..... ;D
Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 16, 2007, 8:53pm


Quote:
Video clip lagu2 Saloma & P Ramlee dari filem yang saya sudah uplod ke youtube... saya amat berharap ada yang sudi betulkan kesilapan spt tajuk lagu etc sbb saya pakai bubuh jer tajuk laju nyer

P Ramlee & Saloma - Masam2 Manis
http://www.youtube.com/watch?v=3nI23T24zI0


5band, Masam2 Manis adalah nama filemnya, lagunya pulak bertajuk Dalam Air Terbayang Wajah.
Re: Saloma
Post by 5band on Mar 16, 2007, 10:41pm

oh.... thanks yudhie... kena panggil tittle Datuk Abu Yudhie ker kat cni??? :)
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Mar 16, 2007, 10:45pm

5band, Yudhie perlu digelar Tun kerana sumbangannya dalam MN. Datuk atau Tan Sri pun belum cukup tinggi lagi ... He!He!He!

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by zulqassem on Mar 19, 2007, 3:30pm

Buah hati P. Ramlee
[image]
Re: Saloma
Post by admin on Mar 20, 2007, 1:26am

Saroja memberikan hamlau lagu Jelingan Matamu untuk dibersihkan dan dinikmati bersama di sini. Rasanya Saroja pernah menaikkan "unedited version" somewhere.

Tajuk yang diberikan oleh Saroja memang Jelingan Matamu tapi jangan kelirukan dengan satu lagi lagu Saloma yang lebih kurang sama tajuknya yakni Jelingan Mata untuk filem Azimat dan Ibu Mertuaku.

Mungkin ada yang boleh konfem tajuk lagu ni.

Terimakasih Saroja.
Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 20, 2007, 9:45am

Bro hamlau dan saroja lagu yang diberikan itu memang bertajuk "Jelingan Matamu", manakala lagu dari filem "Azimat"/"Ibu Mertuaku" bertajuk "Jelingan Mata" dan versi Sheila Majid bertajuk "Jelingan Manja".
Re: Saloma
Post by rozasakuan on Mar 22, 2007, 8:46am

Ye ke tak mahal turntable tu. Nanti saya cuba dapatkan. memang betul kata Aliph tu memang best kalau dapat main piring hitam kalau nak dengar lagu Saloma. Baru dapat feeling klasik menyerap ke dada..hi..hi..hi...
Zulqassem cantiklah gambar Saloma yang awak scan tu. Ayu sungguh dia.

Saya nak tanya ada tak sapa2 yang tahu lagu ciptaan Saloma sebab dalam radio klasik fm ada mengatakan yang Saloma ada mencipta lagu sendiri seperti lagu " Kerana kau " tapi saya tak pernah dengar pun lagu tu. Anyone know about that??
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Mar 27, 2007, 2:34pm


rozasakuan;

Saya pernah membeli turntable baru melalui seorang kawan, 2 tahun lalu, katanya dia beli kat AmCorp Mall dengan harga RM 300.00 jer. Ianya ada dua speed 33 dan 45 rpm, jenama Kenwood. Entah ada lagi atau tidak tak pula saya pasti. Namun begitu saya tak pernah menjejak kaki ke Mall tersebut hehe 8-)

Saloma ada cipta lagu sendiri - Kerana Kau? Tak dengar pula, part ni kena rujuk kat yudhie sapa lagi. ;D



Re: Saloma
Post by menantimalamtiba on Mar 27, 2007, 3:01pm

Tumpang tanya (sambil mengangkat tangan).

1) Siapa tahu album terakhir saloma bersama EMI? Adakah ianya KELOHAN SALOMA atau SESUDAH SUBOH?

2) Album terakhir Saloma, LAGU ANAK RANTAU, terbitan Indra Records, bukan? Kalau tak silap saya, adakah ianya diedarkan juga oleh EMI (sbg authorized distributor.......mcm Life yg kini giat mengedarkan album "bintang" AF)?

3) Mengapa Saloma menolak lagu DI BAWAH RUMPUN BAMBU utk dirakamkan?
Re: Saloma
Post by rozasakuan on Mar 28, 2007, 7:40am

Ye ke... harap2 saya masih lagi berpeluang lagi nak beli turntable tu.
Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 28, 2007, 7:52am


Quote:
Tumpang tanya (sambil mengangkat tangan).

1) Siapa tahu album terakhir saloma bersama EMI? Adakah ianya KELOHAN SALOMA atau SESUDAH SUBOH?

Hai menantimalamtiba,
Mengikut catatan pada rekodnya, LP "Sesudah Suboh" (Regal SREG 9806) diterbitkan lebih dahulu iaitu pada 1974 manakala LP "Kelohan Saloma" (Regal SREG 9842) diterbitkan pada 1975.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Mar 29, 2007, 8:59am

Ada sebuah lagu nyanyian Saloma dan Ahmad Daud yang menarik perhatian saya iaitu Sudah Kahwinkah Belum.

Lagu ini juga kemudiannya dirakam semula oleh Ismail Haron dan Anita Sarawak dengan senikata berbeza.

Di laman e-Bay hari ini, saya ada ternampak sebuah rekod 78 rpm berlabel Pagoda dengan tajuk Suda Kahwin Ka Bulom nyanyian Lim Geok Siang, Ong Guan Bork dan TK Lee - mungkin berketurunan Baba Peranakan. Tak pasti pula kalau ini versi terawal.

[image]

Sampul penuh rekod di atas berupa begini:

[image]

Yang paling melucukan ialah promosinya dalam bahasa Melayu pasar yang berbunyi:

Record Melayu Chop Pagoda

Ini-lah satu record yang terlebih baik sekali yang di perbuat oleh tukang German yang pandai dan meshor (Model Bahru). Yaitu kita mengaku betol bunyi bunyi-an dan suara dari ini record ada chukop terang, dan tiada di perbuat oleh lain tukang, serta boleh tahan lama. Dan lagi orang-orang yang menyani dan bunyi bunyi-an dari ini record semoanya orang yang pandai dan terpilih. Siapa siapa yang hendak membli record Melayu selalu ingat dan mintak chop yang tersebut di atas ini.


(Agaknya kalau begini gaya bahasa pelajar sekolah dalam karangan Bahasa Melayu, guru-guru mereka masing-masing kena darah tinggi .... He!He!He!)

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by aliph on Mar 29, 2007, 11:03am


Quote:
Ada sebuah lagu nyanyian Saloma dan Ahmad Daud yang menarik perhatian saya iaitu Sudah Kahwinkah Belum.




[image]

muka depan album Sudah Kahwinkah Belum. abang Rahim ada jual CD album ini tapi sayang yang ni memang cepat sold out. sampai sekarang saya masih belum mendapatkannya
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Mar 29, 2007, 11:09am

CD Ahmad daud & Saloma yang Aliph tunjukkan tu asalnya dari SP ke EP? Apa lagi lagu yang dimuatkan selain Sudah Kahwinkah Belum dan Kenangan Di Padang Kota?

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by aliph on Mar 29, 2007, 11:17am

tak pasti pulak saya Ghaz tapi rasanya dari SP. lain˛ lagu juga saya tak tau sebab saya tak ambil pun cover belakangnya. barangkali yudhie, fendi dan lain˛ bisa membantu
Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 29, 2007, 11:48am

Aliph dan Ghaz, rekod Saloma dan Ahmad Daud itu mengandungi lagu2:

Sudah Kawin Kah Belom (senikata: S. Sudarmaji)
Kenangan Di-Padang Kota (Kassim Masdor-H.M. Rohaizad)
Nilai Chinta (Kassim Masdor-Yusnor Ef)
Kini Dah Tiba (Kassim Masdor-Zulkifli Ahmad) - daripada filem "Bidasari".

Orkes pengiring - John Lee Orkestra

Lagu Kini Dah Tiba versi filem dinyanyikan oleh R. Ismail dan Rahimah Simin, tajuk asalnya kalau tak silap ialah Bahagia Menjelang.
Re: Saloma
Post by menantimalamtiba on Mar 29, 2007, 11:56am


Quote:

Quote:
Tumpang tanya (sambil mengangkat tangan).

1) Siapa tahu album terakhir saloma bersama EMI? Adakah ianya KELOHAN SALOMA atau SESUDAH SUBOH?

Hai menantimalamtiba,
Mengikut catatan pada rekodnya, LP "Sesudah Suboh" (Regal SREG 9806) diterbitkan lebih dahulu iaitu pada 1974 manakala LP "Kelohan Saloma" (Regal SREG 9842) diterbitkan pada 1975.


Thanx for the info, saudara Yudhie! So between KELOHAN SALOMA dgn LAGU ANAK RANTAU tu, mmg ada gap period di mana saloma tdk merakamkan album langsung ke? Masa ni ke yg dia sakit sampai kena papah ke pentas utk show color pertama RTM?
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Mar 29, 2007, 12:15pm

Dalam tempoh itu, Saloma menjadi penyanyi latar untuk telefilem "Dayang Suhana" dan "Bila Hati Telah Retak". Rakaman terakhir Saloma di TV 1 RTM ialah untuk lagu "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" pada 1983. Masa tu Saloma kelihatan agak sakit juga dan terpaksa memakai baju sejuk. Selang beberapa hari selepas rakaman itu Saloma pun meninggal dunia.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by rozasakuan on Mar 30, 2007, 11:57am

Ini bermakna masa tu dia tengah sakit pun kena nyanyi ke???kasihannya kat dia. Saya nak tanya semua, ada tak sapa2 yang tahu apa reaksi Saloma ketika ramai orang dok pakat mengata P. Ramlee selepas dia meninggal?? Ada tak Saloma buat mana2 kenyataan pasal orang kutuk arwah suami dia.???
Re: Saloma
Post by admin on Apr 4, 2007, 1:32am

Apakah nama lagu nyanyian bersama Saloma dengan Abdullah Chik dan mungkin juga ada suara Rahmah Rahmat ini?

Melodinya sama dengan lagu Indon Kaparinyo

Siapa boleh konfem?
Re: Saloma
Post by saroja on Apr 4, 2007, 2:34am

Assalamualaikum

Kalau tak silap saya, nama lagu kaparinyo nyanyian Saloma,Rahmah Ali dan Abdullah Chik dari filem Tunang Pak Dukun
Re: Saloma
Post by admin on Apr 4, 2007, 6:19pm

Terimakasih kerana maklum balas tersebut Saroja. Saya sering konfius antara Rahmah Rahmat dan Rahmah Ali.. siapa ada gambar mereka berdua ini untuk dibandingkan di sini?
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Apr 4, 2007, 9:38pm

Bro Hamlau, Dalam filem Tunang Pa' Dukun, Lagu Kaparinyo dinyanyikan oleh Saloma meminjamkan suaranya kepada Roseyatimah sementara Abdullah Chik dan Rahmah Ali menggunakan suara sendiri.

Di sini adalah foto 4 orang seniwati Cathay Keris diambil pada tahun 1962 sebelum mereka berlepas ke ke Seoul untuk menyertai Festival Filem Asia.
[image]
Di bawah adalah foto warna Rahmah Rahmat, bintang Malay Film Production, Shaw Brothers Jalan Ampas.
[image]

wassalam

Re: Saloma
Post by admin on Apr 6, 2007, 12:58am

Terimakasih Tunas,

Off-topic dari Saloma tapi ini pula sumbangan Bro Yudhie:

[image]
VCD filem "Gado-Gado" gambar Rahmah Ali bersama Wahid Satay

[image]
Dari sampul rekod Rahmah Ali keluaran LIFE tahun 60'an

[image]
VCD filem Dandan Setia - gambar bahagian atas - kiri: A. Rahim, tengah: Jins Shamsuddin dan Rahmah Rahmat dan kanan: Rahmah Rahmat

[image]
Gambar Rahmah Rahmat dari majalah sekitar 60'an - "Va va vooomm...." but kalau real-life.. Rahmah Ali is more my type of gal.. hehe..

Terimakasih Bro Yudhie

Re: Saloma
Post by tunasharapan on Apr 7, 2007, 7:50pm

Terima kasih Bro Hamlau kerana menaikkan imej foto Rahmah Rahmat yg berwarna dan besau pulak tu, dan credit ini diberikan juga buat Bro Yudhie yg telah menyumbangkan gambar-gambar tersebut.

:D
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Apr 7, 2007, 7:57pm

Lagu LENGGANG PENGHIBUR nyanyian Hashimah Yon dan Ahmad Mahmud yang sering diperdengarkan di Klasik Nasional asalnya adalah nyanyian Saloma dari Filem Singapura Dilanggar Todak. Tunas lebih syok dengar rentak musik lagu ini bagi versi filem.

Rupanya cerewet juga nak cipta klip video dalam bentuk ram. Tapi inilah percubaan pertama tunas.

Wassalam
Re: Saloma
Post by admin on Apr 11, 2007, 11:46pm

Gambar sumbangan Bro Yudhie:

[image]

Thanks bro! Apa lagu2 dalam EP/SP ini bro?
Re: Saloma
Post by yudhie on Apr 12, 2007, 7:12am

Rekod "Bunga Negara" ada 10 lagu: Bunga Negara (Kronchong Tempo), Lenggang2 Kangkong (Twist & Cha Cha), Tepok Amai Amai (Slow Twist), S'ribu Janji Tak Mungkin Jadi [Che' Mamat Parang Tajam] (Twist), Layang Layang (Fox Trot), Ikan Kekek (Twist), Bakti Dialam Seni [Geylang Paku Geylang] (Slow Twist), Sudah Nasib [Katak Lompat] (Twist), Suasana Chinta (Cha Cha) dan Tanjong Katong (Calypso).

Pada belakang sampulnya tertulis: Saloma sings BUNGA NEGARA with Mohd. W. Yet's Orchestra. Chorus: Tiga Serama.

Lagu-lagu terbitan 1963 ini diedarkan kembali pada akhir 1981 dalam bentuk kaset di bawah siri "Koleksi Kenangan Silam" dengan tajuk "Saloma - Bunga Negara".
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Apr 13, 2007, 10:22pm

Patih, ini lagu Jelingan Matamu nyanyian Saloma dari filem Azimat (1958) yang disiarkan dalam ruangan Malar Segar Klasik Nasional malam tadi (12 hb April 2007)

Streaming ( geocities)
Download ( savefile)

Wassalam
Re: Saloma
Post by patihmaya on Apr 15, 2007, 4:49pm


Quote:
Patih, ini lagu Jelingan Matamu nyanyian Saloma dari filem Azimat (1958) yang disiarkan dalam ruangan Malar Segar Klasik Nasional malam tadi (12 hb April 2007)

Streaming ( geocities)
Download ( savefile)

Wassalam



..terima kasih ler banyak banyak pada Sdr Tunasharapan.. memang power ler lagu Jelingan Matamu..

..selain malar segar.. segment nostalgia jam 11-12 pm pun banyak menyiarkan lagu lagu power sebegini with minimum "interruptions"..





Re: Saloma
Post by scintillating on Apr 19, 2007, 9:38am

minggu lepas ada disiarkan lagu Saloma yang saya belum pernah dengar dan teramat jarang sekali diputarkan iaitu Hanya Ibu. mengikut DJ, lagu2 pada malam itu disusun oleh Akbar Nawab. jadi mungkin lagu itu dari koleksi peribadi beliau yang diketahui banyak menyimpan lagu2 lama. saya juga turut hairan, lagu Saloma yang begitu bagus tidak pernah dimainkan. yang hanya dimainkan adalah lagu2 yang telah beribu kali kedengaran di udara. macam lagu Sukma Rindu, entah bila kali terakhir Klasik menyiarkan lagu ini...
Re: Saloma
Post by yudhie on Apr 24, 2007, 12:30am

2 lagu filem nyanyian Saloma:

1. Pesta Muda Mudi dari filem Nasib Do Re Mi. Ciptaan P. Ramlee/Ainul Jamal. Iringan P. Ramlee Orkestra. 1966.

2. Puspa dari filem Yatim Mustapha. Lagu asal: Sri Langkat. Susunan: Zubir Said. Nyanyian bersama Saloma, Rahmah Ali dan Mariani.

Re: Saloma
Post by puteradarultakzim on Apr 25, 2007, 3:08pm


Quote:
Selamat Lebaran.

DUA buah lagi lagu Biduanita Saloma rare. Semoga terhibur

SAYU PILU KALBU MERANA (1961)

DAMAK (1965)

Jazz


bolehkah saudara jazzdjoe upload semula lagu Sayu Pilu Kalbu Merana tue...saya minat sangat...apa2 hal leh email saya di puteradarultakzim@yahoo.com...terima ksih
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Apr 29, 2007, 9:30pm

Sdr. Puteradarultakzim & peminat-peminat Saloma, sebenarnya dah ada beberapa link streaming yg tunas naikkan sebelum ini di beberapa segmen selain Saloma seperti ruangan Rosnani Jamil, P Ramlee, Aziz Jaafar dan Aziz Sattar yang melibatkan nyanyian Saloma.

Untuk memudahkan semua peminat saloma mendengar streaming lagu-lagu yang telah dinaikkan sebelum ini termasuk 5 lagu yang baru dinaikkan, tunas kumpulkan semua link tersebut di sini.

ASMARA BERTEMU
Assalamualaikum ( Filem Putus Sudah Kasih Sayang)
Bahagia (Download)
Berhutang Jiwa Di Bayar Jiwa ( Filem Dr. Rushdi)
Biarlah Aku Pergi - BARU DINAIKKAN ( Ciptaan Kassim Masdor)
Bila Larut Malam (CD)
Bila Larut Malam (Labu-Labi)
Bila Tengah Malam
Damaq ( Filem Ragam P Ramlee/Damaq)
Dewa-Dewi ( Filem Putera Bertopeng)
Dewi Malam ( Filem Putera Bertopeng)
Di Mana Kan Ku Cari Ganti (CD-Saloma)
Gendang Berbunyi ( Filem Pendekar Empat)
Gitar Berbunyi ( Filem Do Re Mi)
Gunung Payung CD (Filem Batu Belah Batu Bertangkup)
Gunung Payung Orkestra
Impian Remaja ( Kasih Tanpa Sayang)
Jelingan Mata ( Filem Azimat)
Lagu Filem Kaki Kuda ( Filem Kaki Kuda)
Kaparinyo - Tunang Pa' Dukun
Kasih Cinta (Filem Singapura Dilanggar Todak)
Kasih Sejati (Filem Norlela)
Kenek-Kenek Udang ( Filem Gergasi)
Lenggang Penghibur ( Filem Singapura Dilanggar Todak)
Mak Inang Melayu ( Filem Sumpitan Racun) - BARU DINAIKKAN
Malam Ku Bermimpi ( Lirik Dan Lagu)
Menangis Tiada Guna
Mengapa Hati Pilu (Sayu Pilu Kalbu Merana) ( Filem Nasib Labu Labi) (Link Window Media Player)
Mengapa Hati Pilu (Link Real Media)
Mengapa Tak Berkawan ( Filem Sitora Harimau Jadian)
Mesra Amboi Mesra (Lubalang daik)
Patah Tumbuh Hilang Berganti ( Filem Empat Isteri)
Pujaanku Pujaanku ( Filem Gerimis)
Pujian Kasih (Korban - 1963)
Puteri Bersiram ( Filem Batu Belah Batu Bertangkup)
Ramalan Mimpi ( Lela Manja)
Sejakku Bertemu Padamu ( Filem Empat Isteri)
Seri Sarawak ( Filem Singapura Dilanggar Todak) - BARU DINAIKKAN
Soriram (Filem Batu Belah Batu Bertangkup)
Suasana Cinta
Tari Rebana ( Filem Lela Manja)
Tepuk Amai-Amai (EP/Album Bunga Negara) - BARU DINAIKKAN
Yang Di Tunggu Tak Tiba - BARU DINAIKKAN

Wassalam.


Re: Saloma
Post by puteradarultakzim on Apr 30, 2007, 9:29am


Quote:
Sdr. Puteradarultakzim & peminat-peminat Saloma, sebenarnya dah ada beberapa link streaming yg tunas naikkan sebelum ini di beberapa segmen selain Saloma seperti ruangan Rosnani Jamil, P Ramlee, Aziz Jaafar dan Aziz Sattar yang melibatkan nyanyian Saloma.

Untuk memudahkan semua peminat saloma mendengar streaming lagu-lagu yang telah dinaikkan sebelum ini termasuk 5 lagu yang baru dinaikkan, tunas kumpulkan semua link tersebut di sini.



terima ksih saudara tunasharapan...jasa anda saya hargai...
Re: Saloma
Post by rozasakuan on Apr 30, 2007, 9:47am

Hebatlah tunas...sebab naikkan lagu-lagu Saloma kat atas ni. Bertambahlah koleksi saya. HI...hi... Terima kasih Tunas. Jasamu amat dihargai bagi peminat-peminat Saloma.
Re: Saloma
Post by miraks on Apr 30, 2007, 8:13pm

ASSALAMUALAIKUM ,

lama saya tidak akyif dlm laman ini sebab masalah kesihatan. Namun saya tetap mengikuti forum saudara-sadura.


saya memang meminati saloma. ada diupkoad madah pujangga, tapi tanpa intro. sesiapa boleh upload versi lain
Re: Saloma
Post by yudhie on Apr 30, 2007, 11:46pm


Quote:

Saja nak menyibuk ni Ghaz;

Dipaparkan sampul EP berikut untuk tatapan anda dan member lain, mungkin anda ada EP ni kut?

[image]


Saloma mempersembahkan lagu Musim A-Go-Go dari filem Lain Jalan Ka-Shorga.

Effendi, boleh tak bagi tau siapa pencipta dan penulis lirik lagu-lagu dalam EP ini? Didahului dengan ucapan terima kasih.
Re: Saloma
Post by patihmaya on May 1, 2007, 7:25am

..Tunas.. terima kasih bebanyak.. lagu Patah Tumbuh Hilang Berganti tu memang tak ada dalam mana mana cd Saloma kan?..



..versi yang diuploadkan sanyup ler bunyinya bila streaming.. ada cover version lagu tu patih lupa pula penyanyinya.. ada tak sesiapa yang ingat?..

Re: Saloma
Post by yudhie on May 1, 2007, 7:30am

Patih, ini cover versionnya .
Re: Saloma
Post by zulqassem on May 1, 2007, 9:21am

Hi.... Apa khabar semua. Saya pun sudah lama tidak aktif di dalam forum ni disebabkan masalah-masalah yang tertentu. Anyway boleh tak saya request lagu "Jangan Pilih Yang Cantik" dan "Rose Rose I Love You" nyanyian Saloma. Sesiapa yang ada tu bolehlah kiranya berkongsi disini ye.
Re: Saloma
Post by bigboss on May 1, 2007, 4:57pm

Boleh tak bagi tau siapa pencipta dan penulis lirik lagu-lagu dalam EP ini? Didahului dengan ucapan terima kasih

Pencipta lagu2 tersebut ialah Datuk Ahmad Nawab & lirik ditulis oleh Datuk Jamil Sulong,yg juga turut mengarahkan filem Lain Jalan Ke Shorga itu..
Re: Saloma
Post by yudhie on May 1, 2007, 7:30pm

Terima kasih Bigboss kerana sudi berkongsi maklumat tentang pencipta dan penulis lirik lagu-lagu dalam EP itu. Semasa saya buat catatan dahulu, saya hanya catatkan tajuk lagu dan nama penyanyi. Mengikut catatan yang ada pada saya, sebuah lagi lagu dalam EP itu ialah Lain Jalan Ke-Shorga nyanyian Norli Ismail. Apakah pula nama orkes pengiring untuk lagu-lagu itu?
Re: Saloma
Post by bigboss on May 1, 2007, 9:06pm

Orkes yang mengiringi lagu lagu untuk filem Lain Jalan Ke Shorga ialah The Hunters. :)
Re: Saloma
Post by yudhie on May 1, 2007, 10:05pm

Terima kasih sekali lagi Bigboss atas infonya. Kalau tak silap Abdullah Chik juga pernah menyanyi dengan kugiran The Hunters.


Re: Saloma
Post by patihmaya on May 3, 2007, 4:49pm

..patih baru saja dengar lagu Sukma Rindu nyanyian Saloma untuk kali pertamanya dalam hidup patih.. hehe.. power ler..

..tambahan pulak lagi ada musical instrument favorite patih.. hehe.. vibraphones..

..harap Tunas ada rakam.. hehe..

Re: Saloma
Post by tunasharapan on May 4, 2007, 2:05am

Malam ini dalam ruangan Malar Segar ada disiarkan lagu duet P Ramlee & Saloma - Rintihan Jiwaku, namun audionya kurang memuaskan. Dalam rancangan melodi emas - Osman Ahmad beberapa minggu lalu ada disiarkan lagu yang sama juga dengan mutu audio yang ada gangguan.

Lagu asal adalah dinyanyikan oleh Aziz Jaafar dan Saloma dalam Filem Batu Belah Batu Bertangkup.

Tunas naikkan lagu ini versi nyanyian P Ramlee & Saloma yang lebih baik mutu audionya.

Saloma & P Ramlee - Rintihan Jiwaku ( Batu Belah Batu Bertangkup)

Wassalam
Re: Saloma
Post by tunasharapan on May 4, 2007, 2:09am


Quote:
..patih baru saja dengar lagu Sukma Rindu nyanyian Saloma untuk kali pertamanya dalam hidup patih.. hehe.. power ler..

..tambahan pulak lagi ada musical instrument favorite patih.. hehe.. vibraphones..

..harap Tunas ada rakam.. hehe..


My Pleasure Patih, ini dia lagunya, kalau nak download sila bagi tau yea.

Saloma - Sukma Rindu - Streaming

Wassalam
Re: Saloma
Post by tunasharapan on May 4, 2007, 2:14am

Tunas ingat-ingat lupa, ada member forum MN yang minta lagu ni dulu.

Pernah di-pm, tapi tunas naikkan semula di sini lagu-lagu yang lebih baik mutu audionya.

Saloma - Inang Baru ( Penarik Beca)

Saloma - Manusia ( Duet P Ramlee - Filem Bujang Lapok , versi filem dinyanyikan oleh Aziz Sattar)

Saloma - Kalaulah Boleh Ku Lupa.

Wassalam.
Re: Saloma
Post by patihmaya on May 4, 2007, 5:56am

..dah naik segan pulak dengan Doctor Tunasharapan.. patih asyik meminta dan terus meminta.. Alhamdulillah.. segala permintaan telah ditunaikan..

..streaming dan down loading pun dah kira lain pulak sekarang.. hehe.. lagi malu ler nak request.. tidak selalu patih dapat online jadi faham faham aje ler.. hehe..

..rupa rupanya banyak lagu lagu P Ramlee & Saloma yang patih tak pernah dengar.. segment Malar Segar malam tadi jugak ada menyiarkan lagu Malam Terakhir nyanyian Rahim Omar kalau tak silap patih..

..kemudian dj siarkan pulak sedikit versi Saloma.. aduh! merdu sungguh.. ada sebuah lagu yang sering dimainkan sebagai promo nyanyian Saloma.. "Samudra meniti gelombang" lebih kurang begitu ler senikatanya.. jugak patih tak pernah dengar keseluruhan lagu tu..

..ada sebuah buku Senandung P Ramlee terbitan Berita Publishing.. mengandungi senikata semua lagu lagu P Ramle tapi lain sedikit covernya dari yang Tunas paparkan.. kalau tak silap cover buku warna hijau berbentuk 4 segi tepat dengan gambar hitam putih di tengah tengah.. P Ramlee mengesek biola dalam filem Anak Ku Sazali.. puas patih cari tapi tak jumpa..

Re: Saloma
Post by yudhie on May 4, 2007, 7:18am

Tuan Patih, lagu Malam Terakhir (Kassim Masdor/S. Sudarmaji) nyanyian Rahim Omar sudah lama dinaikkan dalam laman Tuan Haji Hassny. Versi Rahim Omar dirakamkan pada awal 1960-an iringan Orkes Radio Malaya (kalau tak silap) manakala versi Saloma diterbitkan pada 1967.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on May 4, 2007, 10:11am


Quote:
Terima kasih sekali lagi Bigboss atas infonya. Kalau tak silap Abdullah Chik juga pernah menyanyi dengan kugiran The Hunters.



Saya pun pernah dengar lagu Abdullah Chik & The Hunters - berirama pop yeh yeh, sayangnya saya tak ingat tajuk lagu tu. Kasetnya yang saya guna untuk rakam terus dari Radio 1 RTM 16 tahun dulu pun dah lesap. Tapi saya tak rasa ralat, sebab mutu bunyinya tak berapa memuaskan kerana dirakam terus dari siaran bergelombang MW (AM) - masa tu siaran FM Stereo cuma satu saja.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on May 9, 2007, 9:13am


Quote:
.... boleh tak saya request lagu "Jangan Pilih Yang Cantik" dan "Rose Rose I Love You" nyanyian Saloma. Sesiapa yang ada tu bolehlah kiranya berkongsi disini ye.

Zul, lagu saduran daripada Rose, Rose I Love You baru dinaikkan dalam laman Haji Hassny - Pujaan 60an Vol. 12. Tajuk sebenarnya ialah Rose, Rose Aku Menyinta (susunan: Jose Daroya). Lagu berirama swing itu dirakamkan pada 1955 oleh Saloma ketika masih menggunakan nama Salmah Ismail, iringan A. Jaafar Orchestra. Rekod Parlophone DPE 8009.
Re: Saloma
Post by yudhie on May 12, 2007, 11:47pm

Beberapa rakaman Saloma pada tahun 60-an:


Parlophone DPE 8167 (awal 1964) - Saloma dengan orkestra pim. P. Ramlee AMN
1. Selamat Pengantin Baru (P. Ramlee) - Twist - Filem: Madu Tiga
2. Madu Tiga (P. Ramlee/S. Sudarmaji) - Twist - Filem: Madu Tiga

Parlophone EGEP 577 (akhir 1964) - Saloma dan Ahmad Daud dengan Pancaragam EMI
1. Pujaan Hatiku (Kassim Masdor/S. Sudarmaji)
2. Mambang Biru (Ahmad Wan Yet/S. Sudarmaji)
3. Menangis Tiada Guna (Kassim Masdor/S. Sudarmaji)
4. Siapa Punya (senikata: S. Sudarmaji)

Parlophone DPE 8189 (1965) Saloma dengan EMI Orkestra dbp P. Ramlee AMN
1. Hilang Terang Timbul Gelap (P. Ramlee) - Filem: Masam-masam Manis
2. Apa Guna Berjanji (P. Ramlee/Ainul Jamal) - Filem: Masam-masam Manis

Parlophone EGEP 608 (1966) Saloma dengan P. Ramlee Orkestra
1. Guitar Berbunyi (P. Ramlee/Ainul Jamal)
2. Bintang Hati (P. Ramlee)
3. Bossa Nova (Ahmad Nawab/Ainul Jamal)
4. Bintang Malam (Ahmad Nawab/AR Tompel)
(daripada filem Do Re Mi)

Parlophone EGEP 653 (1968) - Saloma & Dendang Perindu dbp Kassim Masdor
1. Pesta Hati (Kassim Masdor/Yusnor Ef)
2. Sehari Dalam Kenangan (Kassim Masdor/Yusnor Ef)
3. Tangisan Malam (Yusoff B/Yusnor Ef)
4. Aku, Dia dan Lagu (Kassim Masdor/Yusnor Ef)
Re: Saloma
Post by imi on May 13, 2007, 8:36pm

Bro.Yudhie, info mengenai rakaman Saloma cukup menarik, lebih menarik lagi kalau dapat disertakan gambar2 Parlophone tersebut, tentu peminat Saloma hendak melihat gambar Saloma ditahun 60an..... dapat diusahakan?
Re: Saloma
Post by bigboss on May 13, 2007, 8:56pm

Bro yudhie, diantara lagu lagu saloma yg anda senaraikan, adakah anda memiliki 2 lagu berikut: Siapa Punya dan Pesta Hati?

jika anda mempunyai lagu lagu tersebut, bolehkah anda upload ke laman web ini? terima kasih
Re: Saloma
Post by yudhie on May 14, 2007, 12:22am

imi dan bigboss,

Harap maaf kerana tak dapat memuat-naikkan gambar rekod dan lagu2 yang diminta, sebab memang tak ada dalam simpanan saya. Catatan tentang senarai lagu yang disiarkan itu adalah dari rekod yang dipinjam dan lagu2nya diambil dari laman Haji Hassny. Mohon maaf.

Berikut disiarkan tiga lagi lagu Saloma (dari laman Nostalgia Hassny):
Mambang Biru - Saloma & Ahmad Daud iringan Pancaragam EMI (1964).
Kalau Berasmara (senikata: Zain Mahmood) - Saloma & John Lee Orkestra (1965).
Apa Guna Berjanji - Saloma dengan EMI Orkestra dbp P. Ramlee AMN (1965).
Re: Saloma
Post by yudhie on May 15, 2007, 12:20am

[image]

Sekapor Sirih Seulas Pinang (P. Ramlee & Jamil Sulong)
Nyanyian Salmah Ismail dengan Osman Ahmad Orchestra
dari filem "Semerah Padi"
Irama: Zapin
Parlophone DPE 8023.
Lagu muka sebelah: Lenggang Kangkong Baru (P. Ramlee & Jamil Sulong)
Dijual di ebay pada harga US$39.99.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on May 25, 2007, 8:19am

[image]

SALOMA

Selamat Tinggal (Ahmad Wan Yet/Zainal Abbas)
[iringan Kenchana Orkestra]

Pahlawanku (Yusoff B)
[iringan Yusoff B. Orkestra]

Lagu Sanisah Huri juga bertajuk Pahlawanku (rakaman EMI - 1973) sama tak dengan lagu di atas?

Ghaz, KL


Re: Saloma
Post by md0u on Jun 20, 2007, 12:29am

1. Lagu Saloma "Selamat Hari Raya" versi 50an dirakam pada tahun berapa? Apakah nombor rekodnya, dan apakah lagu di sebelahnya?
2. Tahun berapakah Saloma merakam lagu "Belo Belo" bersama Ahmad CB? Adakah beliau ada merakam lagu-lagu lain bersama Ahmad CB?
3. Kalau tak silap, lagu "Belo Belo" pernah dirakam oleh penyanyi baru sekitar tahun 70an atau 80an. Sesiapa tahu nama penyanyinya?
Terimakasih.

Re: Saloma
Post by miraks on Jun 22, 2007, 7:37am

ALBUM Dendang Saloma (Album III) yang ada dalam simpanan saya.
Album LP (Long Playing 33) RPM ini memuatkan 10 lagu - 5 lagu pada setiap bahagian. Dendang Solama (Album III) diterbitkan oleh Parlophone Malay
Kulit album ini cukup simple - sekuntum anggerik berserta nota muzik. Pada kulit belakang disenaraikan tajuk lagu lengkap dengan
terjemahan dalam bahasa Inggeris. Mungkin terjemahan itu penting dan perlu kerana pada zaman itu masih ramai warga British di Tanah Melayu dan lagu Melayu adalah antara hiburan mereka. Terjemahannya dibuat secarang langsung - yang kadang kala lucu tajuknya dalam bahasa Inggeris.
Malangnya tidak dicatatkan nama pencipta melodi dan lirik dalam album ini.
Begitu juga tidak dicatatkan tahun penerbitan album ini. Bagaimanapun berdasarkan lagu dalam album ini yang ada antaranya lagu filem Melayu - dapat diagak ia dirakamkan pada 1959.
Kenek-kenek Udang dipetik daripada filem Gergasi keluaran 1958, Tari tualang Tiga (Sumpah Orang Minyak - 1958), Jelingan Mata (Azimat - 1958) dan Chi-Ki Chi-Ki Boom (Saudagar Minyak Urat - 1959)

[image]

[image]
SENARAI LAGU
Side 1
1. Bunga Tanjung (Cape flower)
2. Senyum Malam (Smiles In The Night)
3. Doa Ibu (Mother"s Prayer)
4. Kenek2 Udang (Playfuk Prawns)
5. Chi-Ki Chi-Ki Boom (Chi-Ki Chi-Ki Boom)

SIDE 2
1. Kopi Susu (Coffee With Milk)
2. Jelingan Mata (A Glance)
3. Mahligaai kayangan (Castles In The Air)
4. Tari tualang Tiga (Dance Of The Tualang Tiga.
5. Kasehnya Ibu (Mother"s Love)
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Jun 22, 2007, 8:05am

Mungkin album Dendang Saloma (Saloma Sings) dibuat secara bersiri, sebab saya pernah lihat sebuah LP arwah dengan tajuk itu juga, tapi dengan gambar Saloma menghadap mikrofon bulat jenis lama tu.

Salah satu lagunya yang saya ingat ialah Lenggang Kangkong Baru (The New Lenggang Kangkong Dance).

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by miraks on Jun 22, 2007, 10:47am

maddu

rosemaria ada rakam semula belo-belo
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Jun 22, 2007, 10:27pm


Quote:
1. Lagu Saloma "Selamat Hari Raya" versi 50an dirakam pada tahun berapa? Apakah nombor rekodnya, dan apakah lagu di sebelahnya?
2. Tahun berapakah Saloma merakam lagu "Belo Belo" bersama Ahmad CB? Adakah beliau ada merakam lagu-lagu lain bersama Ahmad CB?
3. Kalau tak silap, lagu "Belo Belo" pernah dirakam oleh penyanyi baru sekitar tahun 70an atau 80an. Sesiapa tahu nama penyanyinya?
Terimakasih.


MdOu: Dalam koleksi saya ada tiga lagu yang dirakam oleh Ahmad CB dengan Saloma (Salmah Ismail) selain Belo-Belo ialah Mari Menari dan Rentak 106. Mungkin member lain ada maklumat lanjut. ::)


Re: Saloma
Post by md0u on Jun 23, 2007, 10:38pm

1. Saya pernah terbaca yang lagu "Rentak 106" dirakamkan oleh Ahmad CB bersama Sutinah. Tetapi ada juga di tempat lain tertulis nama Saloma sebagai pengganding suara Ahmad CB. Siapakah yang sebenarnya?

2. Bagaimana pula dengan lagu "Saputangan Tanda Kaseh"? Tahun berapa dan apakah tajuk lagu-lagu yang terdapat pada rekod yang sama?

Re: Saloma
Post by miraks on Jun 24, 2007, 2:59pm

SAYA PERANAH MEMILI album saloma yang ada lagu Saputangan Tanda mata - dalam albuini backup singers - Empat Serama. Sayang rekod itu hilang entah ke mana
Re: Saloma
Post by yudhie on Jun 24, 2007, 7:45pm

mdOu,
1. Mengikut rekod His Master's Voice NAM 255 (edaran sekitar 1957) lagu Rentak 106 dinyanyikan oleh Ahmad CB dan Salmah Ismail iringan Ahmad Jaafar Orchestra.

2. Berdasarkan catatan pada rekod Parlophone DPE 8169 lagu Sapu Tangan Tanda Kaseh (Kassim Masdor-HM Rohaizad) nyanyian Saloma dengan Orkestra pimpinan P. Ramlee AMN dirakamkan pada 1964. Dalam rekod yang sama P. Ramlee merakamkan lagu Rindu Hatiku Rindu (P. Ramlee-S. Sudarmaji) iringan Orkestra pimpinan P. Ramlee AMN.

Re: Saloma
Post by md0u on Jun 25, 2007, 3:26am

Soalan seterusnya, ...
1. Tahun berapakah lagu "Permata Bonda" dirakamkan oleh Saloma, dan adakah ia dipetik dari sesebuah filem?

Re: Saloma
Post by yudhie on Jun 25, 2007, 8:05am

mdOu,

Lagu Permata Bonda dirakamkan tahun 1958. Dipetik daripada filem Selendang Delima.
Re: Saloma
Post by yudhie on Jun 25, 2007, 8:31am

miraks,

Kalau boleh mohon diberitahukan nombor siri (PMDE .......) rekod Dendang Saloma Album III itu. Sebelum dan sesudahnya diucapkan terima kasih.
Re: Saloma
Post by yudhie on Jun 26, 2007, 7:20pm


Quote:

2. Berdasarkan catatan pada rekod Parlophone DPE 8169 lagu Sapu Tangan Tanda Kaseh (Kassim Masdor-HM Rohaizad) nyanyian Saloma dengan Orkestra pimpinan P. Ramlee AMN dirakamkan pada 1964. Dalam rekod yang sama P. Ramlee merakamkan lagu Rindu Hatiku Rindu (P. Ramlee-S. Sudarmaji) iringan Orkestra pimpinan P. Ramlee AMN.

Sapu Tangan Tanda Kasih

Rindu Hatiku Rindu

Re: Saloma
Post by md0u on Jun 27, 2007, 6:00pm

Yudhie,

1. Apakah lagu di sebelah "Rentak 106"?

2. Lagu "Darah Muda" nyanyian Saloma dari rekod mana? Apakah lagu-lagu lain dalam rekod itu?

3. Dalam filem "Darah Muda" adeknya Mariani yang menyanyikan lagu tersebut tetapi banyak 'lompat-lompat'. Adakah ia terdapat dalam rekod, untuk rakaman yang sepenuhnya?

Re: Saloma
Post by yudhie on Jun 28, 2007, 12:23pm

mdOu,

1. Lagu Isteri Dua.
2. Parlophone DPE 8159. Kalau Hati Tergoda.
3. Setahu saya tak ada.
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Jul 28, 2007, 12:05am


Imej Saloma dari filem Kaki Kuda berpasangan dengan Aziz Sattar. ;D

[image]

[image]

Normadiah juga turut berlakon dalam Kaki Kuda sebagai rakan Saloma. 8-)

Re: Saloma
Post by rozasakuan on Aug 3, 2007, 3:17pm

Pembetulan sikit effendimiharja, dalam filem Kaki Kuda Normadiah berlakon bukan sebagai rakan Saloma tetapi sebagai sepupu Saloma dan heroin kepada Sudin.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Aug 13, 2007, 8:58am

SALOMA - SESUDAH SUBOH (EMI/Regal, 1974)

[image]

Bila Larut Malam (P. Ramlee)
Istana Cinta (P. Ramlee/Jamil Sulong)
Di Renjis Renjis (Tradisional/S. Sudarmaji)
Pak Malau (Tradisional/S. Sudarmaji)
Joget Pahang (P. Ramlee)
Sesudah Suboh (P. Ramlee)
Madahku (P. Ramlee/Ainol Jamal)
Alunan Biola (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
Selamat Pengantin Baru (P. Ramlee)
Zapin Budaya (P. Ramlee)
Bintang Hati (P. Ramlee)
Kenek Kenek Udang (P. Ramlee)

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Aug 13, 2007, 9:45pm


Quote:
Pembetulan sikit effendimiharja, dalam filem Kaki Kuda Normadiah berlakon bukan sebagai rakan Saloma tetapi sebagai sepupu Saloma dan heroin kepada Sudin.


Terima kasih rozasakuan atas pembetulan tersebut, gara-gara nak scan cepat vcd tu tak meneliti pula hubungan mereka berdua dalam filem tersebut. ;D
Re: Saloma
Post by rozasakuan on Aug 16, 2007, 2:52pm

Ghaz semua lagu dalam piring hitam ni semuanya lagu lama. Saloma recycle balik ke lagu2 tu. Tak ada ke lagu2 ciptaan baru bukan nyanyian semula beliau.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Aug 17, 2007, 7:26am

Kalau dilihat dari pencipta lagu-lagu album Saloma yang saya tunjukkan tu, harus kesemuanya rakaman semula.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 18, 2007, 9:38pm

Lagu-lagu Saloma dalam laman Indonesia. Juga ada lagu-lagu Julie Remie, Sarena Hashim dan Kartina Dahari. Untuk mendengarnya perlu mendaftar dan menjadi contact.

Rasa-rasanya banyak lagu dalam laman ini diambil dari laman Muzik Nusantara dan Nostalgia Hassny.
Re: Saloma
Post by azfar on Aug 19, 2007, 12:42am

Hi Saloma fans, me got something to share

[image]
[image]
[image]
[image]
[image]
[image]
[image]
[image]
[image]
Saya pernah ada buat research tentang Saloma semasa belajar perfileman dulu. Kalau dapat jumpa balik I'll try post it here. By the way does she smoke? Cos dalam beberapa gambar yang pernah saya nampak die ada memegang rokok. Anyway can someone tell me mana saya boleh dapat vcd filem Bila Hati Telah Retak?
Re: Saloma
Post by rozasakuan on Aug 20, 2007, 8:27pm

Bestnya Azfar, thank you very much sebab letak banyak cerita dan akhbar mengenai Saloma. Kalau awak dapat letak research awak mesti lagi gempak. Banyak awak dapat suratkhabar tu dari mana?
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Aug 20, 2007, 9:25pm

Nampaknya keratan yang Azfar tunjukkan tu diambil dari akhbar-akhbar Singapura.

Kalau tak silap saya, Saloma memang merokok. Kata seorang rakan pejabat saya, masa berita kematian P. Ramlee disiar dalam berita TV, ada gambar Saloma kelihatan sugul sambil merokok diambil secara tak sengaja oleh jurukamera terbabit. Ibu kepada Saloma pun merokok juga - gambarnya ada dalam buku P. Ramlee Yang Saya Kenal tulisan Yusnor Ef.

Selain Saloma, seorang lagi pelakon wanita veteran filem Melayu yang juga kaki rokok ialah Siput Sarawak.

Biarpun sedap dihisap - baik tembakau, candu dan ganja - rokok tetap membahayakan kesihatan anda ... He!He!He!

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 20, 2007, 9:59pm

Menurut artikel bertajuk Bintang Filem dan Biduanita "Saloma" tulisan Fatimah Murad dalam majalah Bintang nombor 26, keluaran Januari 1955, Saloma tidak suka makanan pedas untuk menjaga suara, tetapi suka menghisap rokok. Mengikut tulisan itu pada waktu itu Saloma menghisap rokok Lucky Strike.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Aug 21, 2007, 8:46am

Rokok Lucky Strike juga dihisap oleh P. Ramlee. Khabarnya Lucky Strike menaja rokok percuma untuk P. Ramlee dan Saloma hinggalah mereka berhijrah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Di zaman kejatuhan mereka, mereka kena beli rokok sendiri bila Lucky Strike menamatkan tajaannya. Berdasarkan pemerhatian saya, hanya golongan berada saja yang hisap rokok jenis ini.

Jangankan rokok, alat solek artis pun ditaja masa tu. Sekarang ini sudah lain pula caranya. Artis kena jadi duta produk kalau nak dapat bekalan percuma.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by rozasakuan on Aug 22, 2007, 12:04pm

Dahsyat juga artis wanita dulu. Ingatkan P.Ramlee je merokok tp Saloma juga. Apa ke jadahnya merokok tu. Mungkin itu petua Saloma nak jaga suara kot.

Berdasarkan suratkhabar kat atas tu, Norizan bercerai dengan P.Ramlee bukan disebabkan orang ketiga. Boleh caya ker? Takkan sebulan cerai dah kawin. Kawin pulak dengan perempuan yang selalu ada di sisi pulak tu. Lepas tu, saya ada baca yang mengatakan P.Ramlee pernah bertunang dengan kakak Saloma sebelum ni tapi kenapa kawin dengan adiknya pulak...? Pelik sungguhlah kitaran hidup mereka ni.
Re: Saloma
Post by azfar on Aug 22, 2007, 1:59pm

Hi,

Saya dapat articles tu dari National Archive of Singapore. Agaknya her lifestyle is stressful sebabtu dia isap rokok. Thanks for the info! Ada tak sesapa juga tahu yang aside from being a singer, apa lagi pekerjaan Saloma pada zaman 70an?


Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Aug 23, 2007, 6:52pm

Salam,

Almarhumah juga menghisap rokok Salem...menurut seseorang yang kenal dengannya...

alah apa hal nya dengan rokok ni...yang penting jasanya pada negara beb...

orang dulu dulu memang kuat rokok...nenek nenek dulu pon merokok...relaks aje kat ambin rumah hisap rokok gulung...
Re: Saloma
Post by rozasakuan on Aug 29, 2007, 8:47am

Orang dulu2 kuat merokok mungkin sebab tak ada lagi iklan "Tak Nak Merokok" hi..hi..

Dulu Saloma pernah menyanyi kat luar negara kan???? Dia nyanyi lagu apa yea.?? Lagu orang putih ke atau lagu oarang Melayu... Kalau lagu oarng Melayu boleh faham ke orang luar...???
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Aug 30, 2007, 11:10am

Roza,

Yes, Saloma pernah ke negara luar seperti Australia. Salah satu lagu inggeris yang Biduanita nyanyikan di sana adalah 'Lipstick on your Collar'. Artis dulu pun untung juga dapat represent negara ke festival muzik dan filem. Mcm Seniman Ibrahim pendek dapat berlakon ngan rock hudson, Jins shamsuddin dengan style bondnya di hongkong...Menang oscar pun di luar negara. Mcm P.ramlee and bat latiff menang award di tokyo.
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 30, 2007, 10:31pm

Roza,

Dalam buku "P. RAMLEE Erti Yang Sakti" pada halaman 395 antara lain dicatatkan: Di antara beberapa buah lagu Melayu yang dinyanyi oleh biduanita Salmah Ismail (Saloma) di Kelab Malam di Australia ketika dia bertugas di sana, maka lagu Senyum Ta' Berbalas sangat menarik perhatian orang-orang Australia sehingga ada yang bertanyakan siapa pencipta lagu tersebut.
Re: Saloma
Post by azfar on Sept 6, 2007, 9:17am

[image]

Taken in the 70s, I think.

Azfar (Spore)
Re: Saloma
Post by imi on Sept 6, 2007, 1:31pm

Azfar, Terima kasih kerana upload gambar Saloma, boleh tak kecilkan imej kalau upload gambar pada masa akan datang, untuk jimatkan ruang dan supaya imej itu lebih jelas lagi. TQ
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 7, 2007, 4:32pm

Rekod Saloma - Parlophone DPE 8185 - 1963
Muda Manja
Bila Tengah Malam
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 8, 2007, 3:42pm

we should all contribute Saloma's songs kalau ada and mungkin bro hamlau boleh mengarkipkannya ke dalam Ilham Pujangga.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Sept 15, 2007, 10:05am

..hal hal peribadi Allahyarhamah tidak payah ler hendak disibuk-sibukan..

nyanyian Saloma memang tetap segar dan bertenaga.. tidak kira rentak atau jenis lagu.. trima kasih Tuan Hamlau.. untuk Nostalgia15..

..lagu Bunga Tanjung tidak boleh dipaut ler.. maklum ler sejak pulang dari pertapaan.. bertambah banyak serta tinggi ilmu Tuan Hamlau..

Re: Saloma
Post by admin on Sept 15, 2007, 12:09pm

Mungkin Patih yang bertapa.. :)

Boleh pun... Bunga Tanjung
Re: Saloma
Post by scintillating on Sept 17, 2007, 8:42am

Saloma can sing in English. in the 70s, dia pernah menyanyi di sebuah night club di Penang iaitu di Ambassador Hotel. kalau night club masa zaman tu, of course dia kena tau standard repertoire ie. English songs.
in fact, my mother remembered a TV programme on RTM in the late 70s di mana beliau menyanyikan lagu2 Inggeris.
dan dalam filem Dr Rushdi pun ada night club scene di mana Saloma menyanyikan, antara lain, Days of Wine and Roses, sebuah lagu hit Henry Mancini dan sebuah lagu Cuban dalam bahasa Spanish iaitu Guantanamera yang bermaksud the girl from Guantanamo. yup, the same Guantanamo tempat orang2 Islam ditahan di Cuba oleh tentera US!!
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Sept 17, 2007, 9:41am

Bukan lagu Inggeris saja, Saloma juga ada menyanyikan lagu Cina dalam filem Dr. Rushdi, iaitu "Jilted" ("Fu Xin De Ren").

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 18, 2007, 11:15pm

[image]
Re: Saloma
Post by aliph on Sept 22, 2007, 10:59am

dah lama saya nak bertanya mengenai satu lagu Saloma ni tapi seringkali terlupa. tadinya sewaktu dalam perjalanan balik dari pasar saya terdengar lagi lagu yang saya nak tau sangat tajuknya tu tapi cuma dapat dengar separuh dan DJ tak pulak mention nama tajuk lagu tu.

begini lebih kurang...

bila dan bulan mana
kutunggu sudah lama
tuan junjungan beta.....


apa judul lagu ni ye?
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Sept 22, 2007, 8:14pm

Hai Aliph, apa khabar? Sihatkah di bulan ramadhan ni.

Lagu yang Aliph maksudkan tu tajuknya ialah Bilakah Tuan(kan) Datang

Streaming -> Saloma - Bilakah Tuan Datang
Download -> Saloma - Bilakah Tuan Datang

Selamat Berpuasa.

Wassalam
Re: Saloma
Post by azfar on Sept 23, 2007, 12:22am

nice pic!
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 23, 2007, 6:29am

Aliph dan Tunas,
Dinaikkan gambar EP Lagu2 Sukaramai China Dinyanyikan Oleh SALOMA - Parlophone EGEP 575 yang mula beredar sekitar November 1964.

[image]

Muka 1:
1. Sesaat Sekejap (senikata: Zain Mahmood)
2. Bila Sang Bulan Menjelang (senikata: Zain Mahmood)

Muka 2:
1. Bilakah Tuan Kan Datang (senikata: Ismadi)
2. Rindu Hati Rindu (senikata: Zain Mahmood)
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Sept 23, 2007, 7:43am

Terima kasih Bro Yudhie atas perkongsian gambar EP lagu-lagu China tu. Imej pada reply#350 tu, beberapa hari lepas tunas lihat besar sekarang dan mengecil. Foto tu gambar dari LP kah Bro Yudhie.

Apakah EP Parlophone EGEP 575 tu tu sebahagian dari koleksi Saloma Bro Yudhie?

Wassalam
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 23, 2007, 11:28am


Quote:
[image]


yes, very pretty indeed.
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 23, 2007, 6:43pm

Rekod lagu Chiki Chiki Boom
[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 23, 2007, 9:55pm


Quote:
Terima kasih Bro Yudhie atas perkongsian gambar EP lagu-lagu China tu. Imej pada reply#350 tu, beberapa hari lepas tunas lihat besar sekarang dan mengecil. Foto tu gambar dari LP kah Bro Yudhie.

Apakah EP Parlophone EGEP 575 tu tu sebahagian dari koleksi Saloma Bro Yudhie?

Wassalam


Tunas,
Imej itu memang dikecilkan untuk menjimat ruang. Gambar itu diambil dari majalah, tapi saya pernah lihat gambar itu dijadikan kulit album cetak rompak pada tahun 70-an kalau tak silap keluaran Kilat Record.

Gambar EP EGEP 575 itu diambil dari laman eBay.
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 25, 2007, 5:03pm

CD Saloma "Kenangan Biduan Negara" keluaran INTAN. Imej dari internet.
[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 25, 2007, 11:39pm

Saloma pada awal tahun 60-an
[image]
Re: Saloma
Post by patihmaya on Sept 27, 2007, 1:39pm


Quote:
Hai Aliph, apa khabar? Sihatkah di bulan ramadhan ni.

Lagu yang Aliph maksudkan tu tajuknya ialah Bilakah Tuan(kan) Datang

Streaming -> Saloma - Bilakah Tuan Datang
Download -> Saloma - Bilakah Tuan Datang

Selamat Berpuasa.

Wassalam

..terima kasih ler banyak banyak tunas.. dah terlanjur kasi lagu Saloma yang itu bagi ler lagu Bila Sang Bulan Menjelang dari album yang sama..
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Sept 27, 2007, 5:56pm

My pleasure Patih.

Bila Sang Bulan Menjelang - Saloma - Streaming

Bila Sang Bulan Menjelang - Saloma - Download

Streaming lain-lain lagu Saloma & P.Ramlee terdahulu boleh disemak DI SINI

Selamat Berpuasa. Wassalam

Re: Saloma
Post by patihmaya on Sept 28, 2007, 1:19am

..terima kasih daun keladi.. harap share ler lagi.. sebagai balasan patih kasi tunas lagu ni.. itu pun kalau tunas sudi ler..
Re: Saloma
Post by zulqassem on Sept 29, 2007, 10:06am

Gambar Saloma bersama Mariani. Pada ketika gambar ini diambil, Saloma masih bersuamikan Seniman A.R. Tompel.

[image]

Menurut artikel ini lagi, Saloma sudah berlakon dalam beberapa buah filem keluaran Nusantara Film seperti Budi Mulia, Sesal Tak Sudah, Pelangi dan beberapa lagi. Tapi filem "Perkahwinan Rahsia" tidak pula disenaraikan. Mungkin kerana di dalam filem itu Saloma merupakan pelakon sampingan sahaja kot.


Re: Saloma
Post by admin on Sept 30, 2007, 5:08am


Quote:
Aliph dan Tunas,
Dinaikkan gambar EP Lagu2 Sukaramai China Dinyanyikan Oleh SALOMA - Parlophone EGEP 575 yang mula beredar sekitar November 1964.

[image]

Muka 1:
1. Sesaat Sekejap (senikata: Zain Mahmood)
2. Bila Sang Bulan Menjelang (senikata: Zain Mahmood)

Muka 2:
1. Bilakah Tuan Kan Datang (senikata: Ismadi)
2. Rindu Hati Rindu (senikata: Zain Mahmood)


EMI baru mengeluarkan koleksi Saloma pada siri Koleksi Klasik Nasional mereka bertajuk Lagu-Lagu Sukaramai Dan Lagu Cina nyanyian Saloma

Juga baru diedarkan CD Ahmad Daud Mambang Biru dengan Bintang Undangan Saloma tapi ini bukan siri Koleksi Klasik Nasional
Re: Saloma
Post by md0u on Oct 3, 2007, 12:58pm


Quote:
Rekod lagu Chiki Chiki Boom
[image]



Apakah lagu yang di sebelah rekod ini?

Re: Saloma
Post by md0u on Oct 3, 2007, 1:02pm

Minta tolong beri maklumat:
1. Nombor rekod dan tahun dirakam:
Jangan pileh yang cantik
Jelingan Mata
Bunga Tanjung
Asmara Bertemu
Selamat Hari Raya (versi lama)

Terimakasih.

Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 3, 2007, 2:34pm

Lagu di sebelah Chiki Chiki Boom (Parlophone DPE 8104) ialah Gunong Payong (lihat thread P. Ramlee Reply #268).
Re: Saloma
Post by imi on Oct 10, 2007, 11:16am

Apabila mendengar lagu Hari Raya dendangan Saloma (seakan menjadi lagu wajib hari raya dan beberapa lagu raya klasik) mengingatkan keperitan yg ditempuh saat akhir hayat arwah. Arwah terpaksa menanggung keluarga dengan tiada pendapatan tetap dan allahyarham Tan Sri P.Ramlee tidak meninggalkan harta yang banyak(tapi meninggalkan hasil seni yang banyak). Bukan bertujuan mengaibkan arwah, kalaulah arwah Saloma berada di zaman ini tentu beliau mendapat pembelaan daripada banyak pihak seperti yang dinikmati oeh artis veteran sekarang. al-fatihah untuk arwah berdua
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Oct 10, 2007, 12:54pm

Apa nak buat Imi, dah bukan rezeki Saloma di penghujung usianya - tapi sekurang-kurangnya sekarang pelbagai pihak dah terbuka hatinya untuk membantu golongan seni yang susah - hanya Allah jua yang membalas jasa mereka menghiburkan insan yang bersaudara.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 11, 2007, 9:20pm

[image]

Saloma - Irama Kenangan Lama - Regal SREG 9513
Re: Saloma
Post by imi on Oct 14, 2007, 5:53am

Bro. Yudhie, apakah lagu-lagu dalam album Saloma Irama Kenangan Lama dan tahun berapakah diterbitkan? belum ramai yang singgah di MN, agaknya ramai yang pulang kampong dan raya sakan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada bro. Hamlau dan semua ahli MN dan pelawat-pelawat. tq
Re: Saloma
Post by azfar on Oct 16, 2007, 8:50am

WOW lawa lah pic tu. Selamat Hari Raya semua!
Re: Saloma
Post by miraks on Oct 21, 2007, 1:42pm

SAYA KINI MEMAPARKAN BHAN MENGENAI SALOMA DALAM LAMAN SAYA www.miraks.multiply.com

cerita mengenai saloma, albu,.lagu dan video serta gambar saloma turut dipaparkan
Re: Saloma
Post by miraks on Oct 22, 2007, 10:03pm

ALBUM SALOMA - 1974

[image]

[image]
Re: Saloma
Post by miraks on Oct 22, 2007, 10:04pm

[image]

[image]
Re: Saloma
Post by miraks on Oct 22, 2007, 10:06pm

ALBUM KELOHAN SALOMA 1975

[image]


[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 22, 2007, 11:45pm

[image]
[image]
Re: Saloma
Post by miraks on Oct 23, 2007, 10:10pm

ALBUM STUDIO SOLO TERAKHIR SALOMA - 1981

[image]

[image]

DENGAR LAGU ANAK RANTAU, KUKEJAR BAYANGAN, TUNGGU SEKEJAP dan SITI PAYUNG dalam www.miraks.multiply.com
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 24, 2007, 10:41pm


Quote:

Menanti (NANA/Jamil Sulong)
Yoshiko(senikata: Jamil Sulong)
Pesanan (CHOCHOSAN/Jamil Sulong)
Sukiyaki (senikata: Jamil Sulong)

Saloma diiringi John Lee Orchestra.

Menanti
Yoshiko
Pesanan
Sukiyaki
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 24, 2007, 10:54pm


Quote:
Aliph dan Tunas,
Dinaikkan gambar EP Lagu2 Sukaramai China Dinyanyikan Oleh SALOMA - Parlophone EGEP 575 yang mula beredar sekitar November 1964.

[image]

Muka 1:
1. Sesaat Sekejap (senikata: Zain Mahmood)
2. Bila Sang Bulan Menjelang (senikata: Zain Mahmood)

Muka 2:
1. Bilakah Tuan Kan Datang (senikata: Ismadi)
2. Rindu Hati Rindu (senikata: Zain Mahmood)

Sesaat Sekejap
Bila Sang Bulan Menjelang
Bilakah Tuan Kan Datang
Rindu Hati Rindu
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Oct 24, 2007, 11:15pm

Sdr. Miraks, Blog tentang kisah Saloma dalam laman multiply tu sangat menarik dan ekslusif. Tunas tabik 5 bintang dan kalau ada info lagi harap dapat naikkan di masa depan.

Saloma - Di Renjis - Renjis Di Pilis
P.Ramlee - Di Renjis -Renjis Di Pilih
[image]
Saloma & P.Ramlee bergambar ketika menziarahi rumah seorang sahabat - Keluarga Ibrahim Zain di Pulau Pinang pada bulan Julai 1969.
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Oct 24, 2007, 11:19pm

BRO YUDHIE - TERIMA KASIH KERANA MENYERTAKAN LINK KESEMUA LAGU ALBUM TERSEBUT 8-)


Quote:

Quote:

Menanti (NANA/Jamil Sulong)
Yoshiko(senikata: Jamil Sulong)
Pesanan (CHOCHOSAN/Jamil Sulong)
Sukiyaki (senikata: Jamil Sulong)

Saloma diiringi John Lee Orchestra.

Menanti
Yoshiko
Pesanan
Sukiyaki



Quote:

Quote:
Aliph dan Tunas,
Dinaikkan gambar EP Lagu2 Sukaramai China Dinyanyikan Oleh SALOMA - Parlophone EGEP 575 yang mula beredar sekitar November 1964.

[image]

Muka 1:
1. Sesaat Sekejap (senikata: Zain Mahmood)
2. Bila Sang Bulan Menjelang (senikata: Zain Mahmood)

Muka 2:
1. Bilakah Tuan Kan Datang (senikata: Ismadi)
2. Rindu Hati Rindu (senikata: Zain Mahmood)

Sesaat Sekejap
Bila Sang Bulan Menjelang
Bilakah Tuan Kan Datang
Rindu Hati Rindu

Re: Saloma
Post by imi on Oct 25, 2007, 1:58pm

Tq dan tahniah sdra. miraks mengenai Kisah Saloma dlm blog anda. Saya terbaca BH(26/04/01) dalam SALOMA SELAMAYNA... ditulis seorang pengkaji dan penyelidik lagu dan filem Melayu lama en. Mohammad Hashim menyimpan beratus-ratus keratan akhbar, majalah, video dan poster Saloma dan juga koleksi lengkap mengenai karyawan seni tanah air seawal 1930-an. Kalaulah en.Mohammad Hashim ada di MN(atau sudah ada dikalangan kita) tentunya beliau dapat menyumbang koleksi Saloma dan artis lain. Di mana kau En. Mohammad Hashim???
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 25, 2007, 4:52pm


Quote:
Beberapa rakaman Saloma pada tahun 60-an:

Parlophone EGEP 608 (1966) Saloma dengan P. Ramlee Orkestra
1. Guitar Berbunyi (P. Ramlee/Ainul Jamal)
2. Bintang Hati (P. Ramlee)
3. Bossa Nova (Ahmad Nawab/Ainul Jamal)
4. Bintang Malam (Ahmad Nawab/AR Tompel)
(daripada filem Do Re Mi)


[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 25, 2007, 5:00pm

Menangis Tiada Guna (Kassim Masdor/S. Sudarmaji) - Saloma dan Ahmad Daud dengan Pancaragam EMI - Parlophone EGEP 577 (1964)

[image]
Re: Saloma
Post by patihmaya on Oct 25, 2007, 5:34pm

..makin mantap contributions tuan haji yudhie pada muzik nusantara ni..

..keep up the good works Sir!....

Re: Saloma
Post by miraks on Oct 25, 2007, 9:50pm

saya pernah ke rumahnya - koleksi beliau memang menakjubkan
ia dibuat sejak beliau kecil lagi
beliau ceritakan bagaimana beliau kumpul duit untuk beli piring hitam
koleksi album lama memang klasik - rasanya beliau sudah cdkan untuk simpanan
beliau juga seorang yang baik hati - mana ada album yang ada lebih drp satu diberikan kepada saya
Re: Saloma
Post by miraks on Oct 25, 2007, 9:51pm

EN MOHD HASHIM TINGGAL DI SEGAMBUT SEELEPAS PENCEN DNG RTM
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 25, 2007, 10:27pm

[image]

Pujaan Hatiku (Kassim Masdor/S. Sudarmaji) - Saloma & Ahmad Daud dengan Pancaragam EMI - Parlophone EGEP 577 (1964)
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 26, 2007, 10:36pm

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 26, 2007, 10:38pm

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 26, 2007, 10:39pm

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 26, 2007, 11:04pm

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 26, 2007, 11:05pm

[image]
Re: Saloma
Post by imi on Oct 26, 2007, 11:50pm

Wou! banyaknya gambar saloma, TQ sdra. yudhie, agaknya gambar Saloma pakai kebaya itu diambil semasa Saloma menyanyi di Australia?
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 27, 2007, 12:08am

imi, saya tak pasti sama ada di Australia atau di tempat lain, sebab tak ada keterangan pada gambar itu.

[image]
Re: Saloma
Post by imi on Oct 27, 2007, 1:14am

sdra.yudhie, tentu banyak koleksi gambar Saloma, ada tak gambar/poster saloma warna lagi?
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 27, 2007, 1:51pm

imi, koleksi saya dulu banyak, tapi sekarang banyak yang dah hilang, koyak dan rosak. gambar/poster dulu2 tak banyak yang berwarna. imi hanya minat Saloma saja ke, artis2 lain tak minat?
Re: Saloma
Post by imi on Oct 27, 2007, 2:52pm

sdra.yudhie, sayang ya! kalau tak tentu banyak yg boleh di share, tapi tak apa mugkin member lain boleh share sama. Peminat giller katakan, Saloma kata orang mempunyai aura tersendiri,suara, kecantikan,gaya dll, tapi artis lain saya minat juga terutama yg mempunyai bakat tersendiri.
Kalau pelakon spt P. Ramlee, Jins Syamsuddin, Nordin Ahmad, Latifah Omar dan ramai lagi. Bagi penyanyi yg mempunyai vokal yg mantap spt Rafeah buang, Syarifah Aini, Siti Nurhaliza, Ahmad Jais DLL.
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 30, 2007, 8:53am


Quote:

Quote:
Aliph dan Tunas,
Dinaikkan gambar EP Lagu2 Sukaramai China Dinyanyikan Oleh SALOMA - Parlophone EGEP 575 yang mula beredar sekitar November 1964.

[image]

Muka 1:
1. Sesaat Sekejap (senikata: Zain Mahmood)
2. Bila Sang Bulan Menjelang (senikata: Zain Mahmood)

Muka 2:
1. Bilakah Tuan Kan Datang (senikata: Ismadi)
2. Rindu Hati Rindu (senikata: Zain Mahmood)


EMI baru mengeluarkan koleksi Saloma pada siri Koleksi Klasik Nasional mereka bertajuk Lagu-Lagu Sukaramai Dan Lagu Cina nyanyian Saloma

[image]
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Oct 31, 2007, 5:25pm

baguslah kalau lasik nasional keluarkan lagu-lagu Saloma yang sedemikian. Sebab EMI mcm satu punya pemalas....oops...did i say something bad...sorrryyyy....
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Oct 31, 2007, 5:26pm


Quote:
baguslah kalau klasik nasional keluarkan lagu-lagu Saloma yang sedemikian. Sebab EMI ni pun satu mcm besar punya pemalas....oops...did i say something bad...sorrryyyy....
:P
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Oct 31, 2007, 5:28pm

baguslah kalau klasik nasional keluarkan lagu-lagu Saloma yang sedemikian. Sebab EMI ni pun satu mcm besar punya pemalas....oops...did i say something bad...sorrryyyy....by the way Mr Miraks..good job onthe Saloma info on your multiply site. Perhaps u boleh mengarkipkan lagu-lagu Saloma
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Oct 31, 2007, 9:43pm

Takpe Jazz .... malas lawannya? Rajin!

He!He!He!

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by miraks on Nov 5, 2007, 2:42pm

jazz,
emi bukan malas tapi terlalu banyak yang hendak dibuat.
tapi yang buatnya hanya seorang - dialh yang cari lagu, atur strategi, promosi dan macam2 lagi

lagi pun dia orang buat bukan ikut sedap dan ada pertimbangan.
kadang2 kita yang kata lagu itu bagus tapi mungkin tidak pada orang lain
macam tulah - orang yang buat kerja ini bukan setahun dua dari zaman 70-an lagi. dia tahu apa kehendak market
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Nov 5, 2007, 9:11pm

mungkin pihak emi banyak kerja nak buat..well at the end of theday... it['s your job to make sure the appreciation of your classics is well maintained. Kalau bertahun tahun koleksi tu asik muatkan lagu-lagu recycle/sama je, pun menjadi tanda tanya. Setakat kulit album yang berlainan untuk apa sih. Sebagai syarikat besar pastinya mereka mahir tentang delegation of jobs in respective department. Walau experience manapunsatu orang tu kalau dia tak ada dukungan dan sorang aje buat kerja lama lama pun lemau jugak...Inilah management.....anyway....sekadar pandangan jazz saja.

nasib baiklah ada website macam hamlau, hassny dan lain lain. syabas kepada anda-anda yang berkenaan...

semoga webby dan forum ini menjadi bahan research satu hari nanti....




Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Nov 5, 2007, 10:56pm

Biasalah tu Jazz, syarikat rakaman ni hanya buat sesuatu untuk keuntungan saja, dan kalau boleh dengan cara yang sehabis mudah. Kekalkan lagu yang sama, cuma tukar susunan dan gambar sampul album saja. Tapi bila syarikat cetak rompak keluarkan semula lagu yang belum disenaraikan, mereka melenting pulak!

Sebenarnya, laman MN kesayangan kita ni dah dijadikan rujukan akhbar. Buktinya, tulisan saya mengenai arwah R. Azmi sudah di'copy-paste'kan bulat-bulat oleh wartawan Zainuri Misfar untuk salah satu keluaran hujung minggu akhbar Berita Harian (Malaysia). Cuba Jazz semak balik tajuk R. Azmi (1923-1974) di tajuk besar Sumbangsih sebab saya sudah salinkan semula versi Zainuri di situ.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by miraks on Nov 6, 2007, 9:39am

bukan semudah itu kerja dia orang
untung satu hal tetapi nasib baik dia orang nak keluarkan kalau tidak
mungkin bila keluar balik orang lain akan veli - bukan orang sama akan beli benda sama
sebab benda ini kira macam limited edition - habis season habislah kalau siapa tak sempat beli pada masa itu nasiblah
keluar balik orang lain akan beli - mungkin generasi lain
nasib baiklah orang yang dpt miliki album itu apablia kali kedua ketiga dan seterusnya dikeluarkan
mereka juga ada tanggungjawab sosial seni
Re: Saloma
Post by miraks on Nov 6, 2007, 9:40am

satu koleksi klasik nasional tu ambil title aje tapi semua lagu emi punya
hmv dulukan emi
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 6, 2007, 10:31am

Saya rasa nama Koleksi Klasik Nasional digunakan sebab lagu2 itu diambil dari rekod milik Klasik Nasional. Rasanya syarikat rakaman tidak menyimpan rekod atau master recording tahun 50-an dan sebelumnya.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Nov 6, 2007, 10:48am

ghaz,

telah saya baca. interesting.

Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Nov 6, 2007, 11:57am

Iye? 'Bhot bhot shukriya' Jazz Sahab .... He!He!He!

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by admin on Nov 6, 2007, 9:45pm


Quote:

Sebenarnya, laman MN kesayangan kita ni dah dijadikan rujukan akhbar. Buktinya, tulisan saya mengenai arwah R. Azmi sudah di'copy-paste'kan bulat-bulat oleh wartawan Zainuri Misfar untuk salah satu keluaran hujung minggu akhbar Berita Harian (Malaysia). Cuba Jazz semak balik tajuk R. Azmi (1923-1974) di tajuk besar Sumbangsih sebab saya sudah salinkan semula versi Zainuri di situ.
Ghaz, KL


Tahniah sekali lagi buat Ghaz kerana hasil tulisannya telah berjaya memikat perhatian "wartawan" walaupun tiada kredit yang diberikan kepadanya. Ikhlaskanlah saja.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Nov 7, 2007, 10:07am

Takpe Hamlau, janji masuk paper .... He!He!He!

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 7, 2007, 10:10am

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 7, 2007, 10:11am

[image]
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Nov 7, 2007, 7:47pm

Menarik!! Never Seen photos. Terima Kasih Bro Yudhie. Boleh tak kasi info tentang kedua-dua gambar tu. Dan gambar yang kedua, Saloma bersama siapa agaknya?


Wassalam.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Nov 8, 2007, 11:04pm

I got the feeling that's Buccany Davis, matair Saloma sebelum berkahwin dengan Ramlee. But I may be wronglah.
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 8, 2007, 11:11pm

Jazz dan Tunas, saya kurang pasti siapa yang bergambar bersama Saloma itu kerana tidak ada catatan tentangnya. Gambar pertama pula adalah aksi Saloma dalam dalam filem Saudagar Minyak Urat.
Re: Saloma
Post by imi on Nov 11, 2007, 11:43pm

Bro.Yudhie, Dalam blog Bro. Miraks ada artikal Saloma diura2kan bertunang dengan pemuda Irish dari Scotland bernama Kenny Davis Buchanan, kemungkinan lelaki yang bergambar dgn Saloma itu adalah lelaki Irish tersebut. Tak apalah siapa pun dia, itu adalah sejarah... Saya perasan kebanyakan gambar2 Saloma suka menunjukkan tangan, memang diakui Saloma memiliki kuku panjang yang cantik.
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 12, 2007, 11:45pm

Untuk imi dan para peminat Saloma, dinaikkan satu lagi gambar Saloma.
[image]
Re: Saloma
Post by aliph on Nov 13, 2007, 3:21pm

[image]

sebuah LP Saloma koleksi abang Rahim Amcorp Mall. lupa pulak saya nak snap muka belakangnya. sapa˛ yang rajin tu bolehlah listkan senarai lagunya ya....heh heh!!
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Nov 13, 2007, 3:29pm

Kat muka depan tu ada, tulisan warna biru - ini senarainya:

Mengapa Dirindu/Zapin Budaya/Gendang BerbunyiBunga Tanjung/Zapin Malaysia/Seri Mersing
/Mega Mendung/Burung Pungguk/Damak/Bunga Tanjung

(Bunga Tanjung tu ada dua versi - salah satunya nyanyian asal Rubiah, yang kemudiannya dirakam semula oleh Sharifah Aini - yang satu lagi tu rentaknya sangat perlahan.)

Ghaz, KL


Re: Saloma
Post by scintillating on Nov 15, 2007, 8:01am

Bunga Tanjung yang dinyanyikan Saloma ada 3 versi sebenarnya. to be honest, saya pun tak tahu sama ada boleh kita describe sebagai "versi" kerana lagu dan lirik agak berbeza, cuma tajuk lagu sahaja yang sama.
dalam LP Dendang Saloma (Saloma Sings) Album III, ada satu lagi versi yang jarang didengar. dalam filem "Bunga Tanjung" juga ada satu lagi versi, dimana Saloma sebagai penyanyi latar kepada Maria Menado...
Re: Saloma
Post by imi on Nov 27, 2007, 10:00pm

Dikhabarkan Saloma telah merakamkan lebih kurang 500 buah lagu tapi hingga sekarang daripada himpunan EP,LP Kaset dan CD jumlahnya belum mencapai angka tersebut, di manakah lagu Saloma yang lain? Tentunya kewujudan MN dapat menyinkap kenyataan tersebut.
Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 4, 2007, 11:05pm

Jelingan Mata - filem Azimat - Saloma dengan Malindo Sextet pimpinan Ahmad Jaafar
http://www.mediafire.com/?3bzk5y3yomm
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Dec 5, 2007, 7:11am


Quote:
Dikhabarkan Saloma telah merakamkan lebih kurang 500 buah lagu tapi hingga sekarang daripada himpunan EP,LP Kaset dan CD jumlahnya belum mencapai angka tersebut, di manakah lagu Saloma yang lain? Tentunya kewujudan MN dapat menyinkap kenyataan tersebut.


Mungkin angka 500 lagu tu ialah gabungan dari rekod (78, 33,45) dan filem (banyak juga yang tak dirakam semula ke rekod).

Kaset dan CD keluaran EMI di pasaran itu tak payah ceritalah, balik-balik lagu-lagu yang sama saja dikeluarkan semula - sampul saja berbeza.

Kalau nak dengar lagu-lagu yang jarang, kena beli label Intan, Warna, Pancha Alpha dan seumpamanya (iaitu cetak rompak) .... He!He!He!

Nak jarang lagi .... siapkan kaset kosong/CD-R di radio masing-masing, lepas tu rakamlah dari Klasik Nasional FM .... segalanya di sini, menggamit memori!

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 5, 2007, 8:55am

Saya rasa EMI tidak lagi menyimpan master tape lagu-lagu lama (1950-an) Saloma dan penyanyi-penyanyi lain, sebab itu mereka tidak mengedarkannya semula. Sebab itu juga mereka bekerjasama dengan Klasik Nasional sebab Klasik Nasional ada rekod lagu-lagu lama itu.

Ghaz, percaya tak bahawa EMI bekerjasama dengan Intan dalam mengedarkan semula lagu-lagu pop 60-an dalam CD kembar "40 Lagu Hit 60'an - Memori Hit Pop 60'an"? Jika diteliti hanya beberapa lagu sahaja yang asalnya diterbitkan oleh EMI, manakala sebahagian besarnya keluaran Olympic, Suria Record, EAP, Mutiara, TNA, Philips dan lain-lain. Ada stiker Ori lagi! Apa bezanya album ori dengan album cetak rompak?
Re: Saloma
Post by admin on Dec 5, 2007, 1:04pm

Dalam perihal lagu2 lama ni hamlau rasa ori tak ori hanya pada pandangan peribadi kerana misalannya jika tiada master dan mereka mengambil dari sumber "citak rompak" dan me-"remaster"kannya dengan asal boleh lalu menampal sticker ori pada packaging edaran syarikat mereka - maka ertikata "ori" tu sudah menjadi "kelabu" kerana garisan tersebut terlalu tipis antara ori dan tak ori.. apa pendapat yang lain?
Re: Saloma
Post by patihmaya on Dec 22, 2007, 9:45pm


Quote:
Jelingan Mata - filem Azimat - Saloma dengan Malindo Sextet pimpinan Ahmad Jaafar
http://www.mediafire.com/?3bzk5y3yomm

..pernah patih kebasturun ehsan dari sorang hamba Allah di laman hamlau dulu.. tak pasti samada jazzdjoe atau Tuan Yudhie..

..rasanya versi ini ada sedikit perbezaan dalam nyanyian Saloma.. atau telinga patih yang silap.. atau Sextet pimpinan Ahmad Jaafar yang membuat lagu ini lebih bersemangat..

..apa apa pun trima kasih daun keladi ler lagi buat Tuan Yudhie..

Re: Saloma
Post by miraks on Dec 22, 2007, 10:12pm

ori tak ori

senang aje - kalau dpt rights ambil apa saja boieh
kalau syarikat tak wujud - boleh periksa kat roc - boleh ambil aje
kalau ada yang claim - boleh settle luar court
biasanya tak saman pun sbb syarikat tak wujud lagi
jadi sesiapa boleh ambil - katakan ia ori - hingga ada orang lain clain itu hak mereka
emi sendiri pun ada ambil drp keluaran syarikat tak ternama cth intan - macam lagu p ramlee - yang very rare.cth ali baba rock emi ambil drp koleksi p ramlee drp syarikat lain
Re: Saloma
Post by miraks on Dec 22, 2007, 10:15pm

cakap pasal master - zaman kini cd tu dah dikira master

dng teknologi terkini - piring hitam dah boleh diremasteredkan dengan lebih mudah
dah ada alat yang dng mudah boleh bersihka piring hitam utk hsilkan bunyi berkualiti tinggi
begitu juga dengan kaset
tapi khidmatnya mahal - kalau kaset satu lagu Rm50
lp - 1 lagu RM100
Re: Saloma
Post by admin on Dec 23, 2007, 1:13am

Macam ni hamlau boleh charge sebegitu rupalah.. 1 lagu dari LP/EP dah boleh mencapai RM100 dalam pasaran.. kalau buat satu CD 20 lagu dah boleh capai RM2,000.. boleh kaya raya macam ni.. tapi yelah.. hasil yang hamlau buat bukannya "berkualiti tinggi" sangat.. tapi ada yang berkata ianya lebih baik dari yang EMI telah "digitally remastered" seperti pada keluaran mereka bagi Saloma dan Ahmad Daud baru2 ini.. tapi tu kata orang..
Re: Saloma
Post by miraks on Dec 23, 2007, 9:23am

memang betul
kalau hamlau ada syarikat sendiri
boleh dapatkan rights untuk keluarkan semula lagu2 itu
cari syarikat asal minta izin
kalau tak ada lagi senang
macam emi - mereka kini beri rights pada music valley keluarkan kembali album mereka
begitu juga dengan ahmad nawab yang turut beri rights pada music valley untuk edarkan semula album mereka. tapi ahmad nawab tak beri master dia orang ambil drp piring hitam. tapi qualitynya tak begitu baik



Re: Saloma
Post by menantimalamtiba on Dec 23, 2007, 8:51pm

Berita baik untuk pencinta2 lagu LAGU ANAK RANTAU dendangan Biduan Negara pertama Saloma! Anda boleh mendapatkan rakaman lagu ini di dalam album kompilasi tebaru HATI KE HATI terbitan Universal Music. Album ini ada 2 CD, dan mengandungi 2 rakaman terbaru dari Uji Rashid (Cintamu Cintaku) [Pak Miraks yg tercinta pernah menyatakan info ini di dlm bebenang Uji sedikit hari dulu] dan Malek Ridzuan (Cukup Sampai Di Sini). Antara artis2 lain yg turut terdapat di dlm album ini termasuklah:
A. Ramlie (Intanku Liana)
Emilia Contessa (Puteri Dusun)
Sanisah Huri (Ku Jangan Ditinggal-Tinggalkan)
Rafeah Buang (Di Luar Jendela)
Azman Idris
Elaine Kang (Maafkan Diriku)
Suliza Salam (Untuk Sekali Lagi) -- rasa-rasanya abg Zamdeka mesti teruja dgn yg ini
dan sebuah lagu rare dr Uji Rashid - Bersenda (dr album Bisikan Hati)

Malangnya, album ni belum mendapat wide circulation lg, so jgn lah murka kepada saya sekiranya saudara-saudara yg saya kasihi di MN ni tak jumpa di pasaran dlm minggu ni. saya jumpa pun dekat Ampang Park siang tadi di Love Music. Biasalah syarikat rakaman Malaysia. Mana efficient sgt 100%!

Kalau ada sesiapa yg ada lagi LP terakhir Saloma, bolehlah PM saya. Insya Allah saya akan cuba propa pd 2 syarikat rakaman di Malaysia ini, di mana tempat rakan saya bekerja. Dlm issue ni, laluan mungkin sukar, kerana Indra Records sudah berkubur. Apa yg saya perlukan sekiranya saudara tahu siapa pemilik asal Indra Records, atau suku-sakatnya. Personnel drpd syarikat rakaman target saya boleh berbincang dgn waris Indra Records utk re-issue album yg begitu bersejarah ini. Sayang, sudah lama album ini berkubur!

Album ni dulu pengedarnya EMI ke? Indra Records hanya menerbitkan saja bukan?

Insya Allah, saya berharap projek ini akan berjaya, sama-samalah kita usahakan.

P/S Tuan Hamlau, keep up the good work! Such a noble effort!
Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 24, 2007, 10:35pm

Kopi Susu - Saloma dan Malindo Trio dengan Kencana Orchestra pimpinan Ahmad Wan Yet - Parlophone DPE 8095 (akhir 1959)

Re: Saloma
Post by miraks on Dec 25, 2007, 12:34am

beberapa lagu drp alnum anak rantau ada dalam laman saya www.miraks.multiply.com
Re: Saloma
Post by miraks on Dec 25, 2007, 12:34am

arab kat universal kini
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Dec 28, 2007, 4:05pm

[image]

SALOMA & JOHN LEE ORCHESTRA (EMI/Parlophone)
Keluaran 1965

Sayang Sayang
Air Mata Kasih (Lover's Tears)

[tolong cari lagi dua lagu?]

(saduran dari lagu Cina, senikata oleh Zain Mahmood)

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 28, 2007, 7:43pm

Saloma - Parlophone EGEP 596

Side 1

Pulau Menghijau (Green Island Serenade) (Senikata: Zain Mahmood)
Kalau Berasmara (Senikata: Zain Mahmood)
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Dec 29, 2007, 11:10pm

Saloma Cik Cik Keboom ( P.Ramlee, S Sudarmaji. Saudagar Minyak Urat, 1959) - Lirik & Audio. Bandingkan dengan Carmen Miranda - Chica Chic Boom Chic (1941)

Wassalam
Re: Saloma
Post by miraks on Dec 30, 2007, 10:20am

SAYA PERNAH DIBERITAHU OLEH PAK HASHIM - PENGUMPUL DAN PENYELIDIK LAGU LAMA - SALOMA MENIRU GAYA PENAMPILAN CARMEN MIRANDA KETIKA MENYANYIKAN LAGU CIK CIK KE BOM DALAM FILEM ITU
Re: Saloma
Post by patihmaya on Dec 31, 2007, 1:18pm

..bagi menutup tirai 2007 patih pun nak berkongsi ler satu lagu nyanyian Allahyarhamah Puan Sri Saloma.. Pesta Muda Mudi..

..buku baru 2008 bermula esok.. buat semua ahli ahli serta pada Tuan Punya Laman.. semuga tahun hadapan lebih baik daripada tahun lepas..

Re: Saloma
Post by pechot on Jan 1, 2008, 7:12pm

Askum, boleh sapa2 beritahu di mana boleh dapatkan lagu "Sam Pek Eng Tai" nyanyian Puan Sri Saloma dimana kualiti lagunya sedap?..saya ada kaset tapi dah berkulat dan dah tak sedap didengar.
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 1, 2008, 9:26pm

Waalaikum salam Pechot,

Mudah-mudahan kualiti nyanyian Saloma ini tidak mengecewakan.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Jan 2, 2008, 12:30pm

..kualiti nyanyian Saloma ke kualiti link lagu?.. lagu lagu nyanyian Saloma semuanya very high quality..

..minta tolong Tuan Yudhie kasi contoh lagu Saloma yang mengecewakan..


Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 2, 2008, 10:53pm

Rumba Gembira - nyanyian Saloma untuk Latiffah Omar dalam filem Sumpitan Rachun
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Jan 24, 2008, 6:49pm

Ini adalah gambar 'rare' diambil pada 2 Jun 1955. Saloma dan pianist Percy Proctor merakamkan 'Anyone Can Fall in Love' untuk radio Malaya.


[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 27, 2008, 7:55am

Remembering Saloma aka Salmah Ismail (1935-1983)
http://malaysianunplug.blogspot.com/2008/01/remembering-saloma.html
Re: Saloma
Post by patihmaya on Mar 1, 2008, 7:52pm

..memang rare ler gambar Saloma tu.. ada lagi gambar Saloma dalam koleksi djoe?..

..patih minta jasa baik Tuan Haji Hassny dapat naikkan di laman beliau kalau ada rakam lagu Bunga Negara nyanyian Saloma di klasik fm..

..patih masih lagi sabar menanti akan koleksi lagu lagu bakal dinaikkan seperti yang diumumkan.. hehe.. sibuk berkempen pilihanraya agaknya Tuan Haji ni..

Re: Saloma
Post by azfar on Mar 2, 2008, 11:50pm

Hi frens! Here is another interesting fact about our beloved biduanita. Pak Yusnor Ef told me she drive a green Triumph Herald car. Hehe.
Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 3, 2008, 10:20pm

[image]

Saloma & P. Ramlee (akhir 1962)
Re: Saloma
Post by puanseri on Mar 3, 2008, 11:55pm

Seri ni pun peminat Saloma...sayang seri masuk dah lambat..duk kelik kelik dari muko satu ..link link semuo..dok muleh main lagu lagi...tak po lah...yang ado sikit sikit tu pung seri suko doh..
Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 7, 2008, 10:16am


Quote:
Saloma - Parlophone EGEP 596

Side 1

Pulau Menghijau (Green Island Serenade) (Senikata: Zain Mahmood)
Kalau Berasmara (Senikata: Zain Mahmood)

[image]
Re: Saloma
Post by imi on Mar 7, 2008, 2:57pm

Sdra. yudhie, mana muka depan album Saloma tersebut? tungguuuu
Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 7, 2008, 3:43pm

Imi, gambar muka depan EP Saloma itu dapat dilihat di laman ebay. Ia ditawarkan untuk jualan/lelong pada harga permulaan US$24.99 hingga 12 Mac 2008. Lagu-lagunya (sebahagian) juga dapat didengar di laman itu.
Re: Saloma
Post by patihmaya on Mar 13, 2008, 6:08am

..buat pertama kalinya patih dengar lagu Saloma Masuk Istana..

..tidak pasti akan tajuk lagu yang sebenar.. lagu disiarkan tv1 selepas upacara angkat sumpah Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia di Istana Negara Kuala Lumpur..

..kalau tak silap patih bunyinya macam iringan orkestra RTM..

Re: Saloma
Post by puanseri on Mar 13, 2008, 8:57am

...Alahai..iye ke..sayangnya tak dapat dengar sama...kalau sapa sapa yang bernasib baik dan dapat berkongsi dapat lah kiranya di letakkan di sini..

..al maklumlah..yang tak biasa dapat tu lah yang kita terliur liur .....
Re: Saloma
Post by classicguys on Mar 20, 2008, 9:24pm

saloma Xde situasi yg XDE lagu die mjls kahwin ke hr raye ke @ ape2 ajelh beliau sgt flexibel
termasuklh lagu istane
Re: Saloma
Post by streetglow on Apr 7, 2008, 3:00am

assalamualaikum ... saya nk cari lagu bossa nova .. saya xberapa tau pasal benda2 ni tapi xsilap saya saloma yg nyanyi kn?? ade sape2 yg ada mp3 lagu bossa nova?
Re: Saloma
Post by yudhie on Apr 7, 2008, 10:04am

Waalaikum salam streetglow. Selamat datang. Sila nikmati Bossa Nova.

[image]
Re: Saloma
Post by streetglow on Apr 7, 2008, 12:01pm


Quote:
Waalaikum salam streetglow. Selamat datang. Sila nikmati Bossa Nova.

[image]


ade file .mp3 tak?? saya xbleh run file tu ..
Re: Saloma
Post by yudhie on Apr 7, 2008, 2:10pm

maaf, format mp3 tak ada. mungkin rakan2 lain ada yang boleh membantu ...............
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Apr 8, 2008, 9:49am


Quote:

Quote:
Waalaikum salam streetglow. Selamat datang. Sila nikmati Bossa Nova.

[image]


ade file .mp3 tak?? saya xbleh run file tu ..


Kalau tak silap lagu Bintang Malam nyanyian Saloma tu rakaman semula, kan? Saya pernah dengar versi Zahara Agus (kalau bukan dia Nona Asia barangkali) sebelum ini.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by saroja on Apr 8, 2008, 10:33am

Salam

Dengan senang hati di upload lagu Bassanova - Saloma

http://www.4shared.com/file/43395887/ac38ec/Saloma_-_Bassanova.html

Betul Brother Ghazz: lagu Bintang malam adalah versi pertama daripada Zaharah Agus,,,
Re: Saloma
Post by yudhie on Apr 28, 2008, 8:52am

[image]

Saloma - beberapa adegan dari filem "Seniman Bujang Lapok" - (Majallah Filem bil. 14- Mei 1961)
Re: Saloma
Post by rozasakuan on May 13, 2008, 12:39am

Assalamualaikum, saya dah lama nak tanya tapi sering lupa. Saya nak bertanya kepada orang2 lama. Masa Saloma dan P.Ramlee kahwin dulu, perkahwinan mereka ni 'Wedding of the Year ' ke? Iyelah, mcm Siti Nurhaliza dgn Datuk K. Tambahan pulak mereka berdua ni artis popular pada masa tu.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on May 13, 2008, 11:43am

Grand tu tidaklah juga, tapi mendapat liputan luas juga dalam suratkhabar masa tu. Kalau tak silap di bawah tajuk ini juga salah seorang ahli menaikkan artikel dari akhbar The Straits Times tentang pernikahan mereka, tajuknya "Ramlee Weds Saloma".

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by classicguys on May 21, 2008, 3:55pm

lagu melayu asli saloma yg mendayu&merayu memeng tiada tandingannya tp lagu2 yg agak rancak pun x kurang sedapnye banyak lagu saloma yg kurang terkenal (mungkin saye je yg x kenal) x kurang sedapnye
disini saye ingin meminte sesape yg arif memberikan judul lagu2 beliau yg saye minati tp x saye tahu tajuknye

lagu 1
angin malam mendayu
sayup sayu merayu
buana terpegun membisu
melihat diriku termenung selalu
---------------?(lupe)
jiwa tambah tersiksa
fikiran tak tentu belaka kerana sidia
diriku merana
sekarang segala kenangan terbayang menjadi kenangan
semakin hendak ku kupakan semakin mendalam hayalan

lagu2
sudah nasib menimpa pada diri
haaaaaaaa haaaaaaa
meranaku sendiri
(tuje yg sy ingat tp iramanye mcm lagu lompat katak lompat)
Re: Saloma
Post by yudhie on May 21, 2008, 9:56pm

Classicguys,

Lagu 1 bertajuk "Merana Diri" ciptaan Kassim Masdor, lirik oleh H.M. Rohaizad, rakaman 1962.
[image]

Lagu 2 - "Sudah Nasib" saduran daripada lagu tradisional Katak Lompat, rakaman 1963.
Re: Saloma
Post by shawndhunter on Jun 3, 2008, 9:52am

Kalau tak silap lagu Anak Rantau ade di mainkan dlm filem Setinggan mase scene radio dlm kereta ibrahim pendek terpasang sendiri.... kedengaran lagu Anak Rantau nie...
Re: Saloma
Post by classicguys on Jun 13, 2008, 2:46pm

Soseh Soseh: Giliran teater muzikal Saloma
Rap
KALAU betullah berita yang SS dengar ini, biarlah SS menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada seniman Datuk Aziz Sattar yang akan menjadi penggerak utama mementaskan teater muzikal mengenai biduanita negara, Saloma.
Kalau sekarang pencinta seni kita kagum dan teruja dengan persembahan P Ramlee The Musical di Istana Budaya, maka tidak lama lagi kita akan saksikan pula pementasan pasangan Seniman Agung Negara ini.

Kata rakan SS, seniman yang lebih mesra dengan panggilan Pak Aziz ini hanya mengambil masa dua hari untuk me nyiapkan draf awal mengenai Saloma. Apa yang membuatkan SS teruja lagi, khabarnya pementasan ini akan diarahkan pengarah dan pelakon berkaliber, Ahmad Tamimi Siregar.

Namun begitu, Pak Aziz belum memberikan kata putus dan dalam peringkat mencari maklumat serta perbincangan sama ada untuk mementaskan naskhah ini dalam bentuk teater muzikal atau dibukukan.

Bagi SS, kalau betul khabar ini, pasti sejarah baru akan tercipta lagi dalam memartabatkan karya tempatan terutama artis veteran yang pernah mewarnai persada seni tanah air. Tidak mustahil kehadiran Saloma ke pentas bertaraf dunia akan menjadi fenomena baru selepas kejayaan P Ramlee The Musical.

Cuma timbul pertanyaan di hati SS, siapakah artis wanita yang layak membawakan watak biduanita negara itu? Kalau boleh, undanglah sekali beberapa rakan Allahyarham yang masih hidup untuk membintangi sendiri watak mereka seperti Pak Aziz, S Shamsudin, Mariani dan ramai lagi.




Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Jun 16, 2008, 3:21pm

[image]

SALMAH ISMAIL a.k.a. SALOMA & AHMAD JAAFAR QUINTET (Parlophone)

Manusia Sama Saja (dari filem Saudaraku)
Hanya Ibu

[image]

KELOHAN SALOMA (EMI/Regal, 1975)

Kelohan Saloma (Ahmad Nawab/P. Ramlee)
Dendang Perantau (P. Ramlee)
Pandang Kasih (Rahmat Ali)
Gerimis (P. Ramlee/Saloma)
Jari-Jariku Sakit Semua (P. Ramlee)
Manusia (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
Tiru Macam Saya (P. Ramlee/S. Sudarmaji)
Merana (P. Ramlee/HM Rohaizad)
Kain Songket (M. Sidin)
Jauh Di Mata (c.c./S. Sudarmaji)
Makan Sirih (Tradisional/S. Sudarmaji)
Kenangan Abadi (P. Ramlee/S. Sudarmaji)

Ghaz, KL

Re: Saloma
Post by yudhie on Jun 16, 2008, 9:23pm


Jun 16, 2008, 3:21pm, chubbyghaz wrote:

...............
SALMAH ISMAIL a.k.a. SALOMA & AHMAD JAAFAR QUINTET (Parlophone)

Manusia Sama Saja (dari filem Saudaraku)
Hanya Ibu
............................................

Ghaz, KL


Pada rekod Salmah Ismail (Saloma) yang Ghaz naikkan itu, lagu Manusia Sama Saja tidak ada nama penciptanya, tetapi apabila Rafeah Buang membuat cover version lagu itu pada 1972, nama Ahmad Jaafar sebagai penciptanya turut dicatatkan.

Lagu pada muka sebelah, Hanya Ibu, mengikut nota muzik yang disiarkan dalam sebuah majalah lama, juga dicipta oleh Ahmad Jaafar dan dipetik dari filem yang sama - Saudaraku.

[image]
Re: Saloma
Post by classicguys on Jun 17, 2008, 7:59am

HIP
Kisah hidup Saloma dibukukan
Oleh Zaidi Mohamad


SIMBOLIK: Pak Ajis dan beberapa rakan artis turut menderma dalam projek Sebutir Nasi Sejuta Keinsafan.



LUPAKAN saja kekalutan yang pernah melanda Datuk Aziz Sattar dan beberapa orang rakannya sewaktu bergelumang dalam kancah Karyawan sebelum ini. Dengan nafas baru, Aziz Sattar yang mesra disapa Pak Ajis bangkit menubuhkan sebuah syarikat yang baru saja ditubuhkan dan diberi nama Produksi Aziz Sattar.

Dalam nada penuh semangat, Pak Ajis sedang merencana beberapa projek selepas ini. Tatkala ramai pihak begitu mengagumi pementasan kali kedua teater P Ramlee..The Musical, beliau dalam diam sedang sibuk mengumpul maklumat bagi menghasilkan sebuah buku mengenai sejarah Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang dikenalinya. Pada masa yang sama, Pak Ajis juga menyiapkan profil dan portfolio mengenai Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma.

“Saya sudah serahkan bahan mengenai Saloma kepada Ahmad Tarmimi Siregar, mungkin juga selepas ini bahan itu akan diterjemahkan dalam medium pentas teater ataupun melalui penghasilan buku. Semuanya masih dalam proses perancangan. Saya siapkan fakta dan perihal Saloma dalam masa dua hari, kita tunggu saja perkembangan mengenainya kelak.



“Ketika ini juga saya dalam proses menulis sebuah buku mengenai sejarah Tan Sri P Ramlee dari perspektif kaca mata saya. Insya-Allah 14 Jun ini, saya akan ke Sabah untuk bertemu dengan rakan karibnya iaitu Sukardi. Saya belum pasti lagi bila waktunya buku ini akan siap, sukar diagak. Saya masih mencari dan mengumpul maklumat mengenainya,” katanya ketika ditemui pada program Sebutir Nasi Sejuta Keinsafan.

Berbalik kepada projek sulungnya, Sebutir Nasi Sejuta Keinsafan ia adalah paduan kerjasama melalui syarikatnya dibantu dengan usaha sama Menara Kuala Lumpur dan Restoran Seri Melayu. Program selama dua hari yang bertujuan mengumpul dana ini berlangsung pada 7 hingga 8 Jun lalu diadakan di Tower Teracce, Menara Kuala Lumpur.

Inti pati program dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk jualan makanan dan pelbagai produk, demonstrasi masakan, lelongan makanan masakan selebriti, lelongan barang milik artis, pertandingan dan persembahan golongan artis.

Kata Pak Ajis, projek sebegini yang dilihat murni mampu menolak tanggapan skeptikal dan sinis sesetengah masyarakat yang mengandaikan artis hanya sekadar mahu berada di dalam majlis penuh glamor.

“Projek ini tercetus apabila saya dan beberapa orang kawan mula memikirkan idea demi menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membantu mereka yang berada dalam masalah atau diuji dengan pelbagai malapetaka bencana. Kami sebagai golongan artis dan penggiat seni tanah air terpanggil untuk menyumbang dalam aktiviti sebegini.

“Segala hasil kutipan dan pendapatan akan diserahkan kepada Kementerian Penerangan, RTM dan segala-gala terserah kepada mereka untuk menyalurkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan. Ini projek pertama di bawah syarikat saya dan simbolik kepada apa jua yang saya depani selama ini di dalam Karyawan. Dengan adanya aktiviti sebegini kita boleh menepis tanggapan masyarakat yang hanya memikirkan artis hanya layak berada di dalam majlis-majlis penuh bergaya. Harapnya selepas ini akan lebih ramai lagi artis baru terutamanya untuk sama-sama tampil membuat kebajikan atau amal,” kata Aziz Sattar penuh makna.




Re: Saloma
Post by classicguys on Jun 17, 2008, 8:05am

akhirnye impian saye terlaksane jugak syukur walau bukan dari tangan Seniwati Mariani yg tentunye lebih close dng Saloma setidak2nye dari Tangan Datuk Aziz Satar yg juge kenalan&rakan sekerja beliau dari zaman kanak2 membawe ke zaman kegemilangan beliau di Era Jalan Ampas dulu
Re: Saloma
Post by yudhie on Jun 30, 2008, 8:27pm

Mari Jalan Bersama - Salmah Ismail - Parlophone DPE 8051 (1957)
Jalan Bersama - Rozita - LP "Kau Yang Ku Nantikan" - EMI EMGS 5515 (awal 1978)

Sejak Ku Bertemu Padamu - Salmah Ismail & Ahmad Jaafar Orchestra - Parlophone DPE 8066 (1958)
Sejak Ku Bertemu Padamu - Sanisah Huri - EP "Sejak Ku Bertemu Padamu" - Parlophone S-EGEP 770 (1974)

Rentak 106 (Ahmad C.B.) - Salmah Ismail & Ahmad C.B. - A. Jaafar Orchestra - His Master's Voice NAM 255 (1957)
Serampang Delapan - Lilis Suryani & Zaenal Combo - Philips (1968)
Re: Saloma
Post by pechot on Jun 30, 2008, 10:14pm

Bila tengok yudhie tayangkan keratan gambar Ep Saloma yang ada lagu2 filem Do Re Mi...baru saya tahu rupanya ada lagu2 Saloma dari filem Do Re Mi dirakamkan ke EP...saya mencari lagu2 tersebut terutama lagu bintang malam, gitar berbunyi(versi Ep, bukan filem), dan 1 lagi lagu dlm filem tu masa Saloma nyanyi atas pentas cabaret tu...lagu slow, tak tahu tajuknya...kalau yudhie ada dlm simpanan lagu2 tersebut...boleh tak tolong naikkan?...terima kasih.
Re: Saloma
Post by yudhie on Jul 3, 2008, 2:28am

pechot, sayang lagunya tidak ada dalam simpanan - harap maaf.
Re: Saloma
Post by zulqassem on Jul 5, 2008, 4:55pm

Salam Pechot & Yudhie,

Lagu inikah?
Saloma - Bintang Hati
http://www.mediafire.com/?htxaiubthdw
Re: Saloma
Post by pechot on Jul 6, 2008, 1:18am

ya betul zul..terima kasih keran berkongsi...awak takde lagu "Bintang Malam" dgn "Gitar Berbunyi " Ke?
Re: Saloma
Post by pechot on Jul 6, 2008, 1:35am

lagu "Kuala Lumpur" yg dinyanyikan oleh Saloma dlm filem 'ragam P ramlee' pernah masuk rekod ke?
Re: Saloma
Post by yudhie on Jul 9, 2008, 11:10pm

Pechot, lagu Kuala Lumpur dirakamkan pada rekod Parlophone DPE 8179 bersama lagu Ku Kehilangan Kanda pada awal tahun 1965.
Re: Saloma
Post by yudhie on Jul 9, 2008, 11:19pm

[image]

Kaparinyo dari filem "Bomo's Bride" ("Tunang Pak Dukun") dicatatkan sebagai nyanyian Rahmah Ali dan Dolah Chik.

Sebetulnya Rahmah Ali hanya menyanyikan pantun kedua (belum tersurat dalam hikayat .......) dan baris terakhir (langit dan bumi ada di dalam) dalam lagu ini. Penyanyi utama ialah Abdullah Chik (untuk Abdullah Chik sendiri dalam filem) dan Saloma (untuk Rosyatimah). Rahmah Ali pula menggunakan nyanyiannya sendiri dalam filem ini. Nama Saloma tidak dicatat pada rekod terbitan Life Records ini kerana Allahyarham mengikat kontrak dengan syarikat rakaman lain.
Re: Saloma
Post by yudhie on Jul 11, 2008, 10:41pm


Sept 23, 2007, 6:43pm, yudhie wrote:
Rekod lagu Chiki Chiki Boom
[image]


Chiki Chiki Boom
Cik Cik Boom - Rozita
Re: Saloma
Post by pechot on Jul 14, 2008, 11:19pm

ada ke lagu"Kuala Lumpur" tu Yudhie...lagi satu lagu "Tiga Abdul" pun dirakam ke EP kan?
Re: Saloma
Post by yudhie on Jul 14, 2008, 11:28pm

Lagu "Tiga Abdul" juga dirakam ke EP - Parlophone EGEP 586 pada 1965 bersama lagu2 Jikalau Ku Tahu, Mengapa Tak Berkawan dan Sedangkan Lidah Lagi Tergigit. Sayang saya tak ada lagu2nya.
Re: Saloma
Post by classicguys on Jul 15, 2008, 4:51pm

myMetro » Rap
Rozita kembali ke persada seni

saya lambat buat teater, kalau tidak mungkin Datin Seri Tiara Jacquelina (Tiara) akan panggil saya berlakon dalam berkenaan?

“Bagaimanapun, Saloma yang digambarkan Liza Hanim dalam muzikal berkenaan bukanlah watak Saloma yang sebenarnya kerana secara peribadinya dia pendiam, tidak gedik, tidak agresif, sangat bersopan santun serta karakternya sangat feminin.

“Malah, saya juga tidak suka babak Saloma menghisap rokok dalam muzikal itu.

Saya tidak kata lakonan Liza tidak bagus kerana dia memang penyanyi yang bagus,” katanya.

Justeru, kata Rozita, dia memang menanti peluang untuk beraksi dalam pementasan muzikal Saloma yang disebut- sebut bakal dipentaskan tidak lama lagi.

“Saya difahamkan pementasan muzikal Saloma bakal di arahkan Ahmad Tamimi Siregar. Beliau (Tamimi) sudah meminta kebenaran ibu saya, Mariani untuk mengambil saya berlakon dalam muzikal itu tapi belum ada kepastian lagi,” katanya.

Sebagai anak saudara, Rozita mengakui hubungannya begitu akrab dengan arwah ibu saudaranya itu.

“Saya memang rapat dengan arwah dan selalu ikut Saloma menyanyi tetapi saya banyak menyanyi lagu jazz.

“Saya juga pernah tinggal bersamanya sehinggalah saya berangkat ke Las Vegas, Amerika Syarikat menjadi ‘back up’ Anita Sarawak dulu.

“Tapi hubungan kami tidak terputus kerana saya sering menghubungi arwah (Saloma) dan bertanyakan khabarnya dari sana. Malah, setiap, kali kembali ke tanah air saya tinggal di rumahnya kerana saya memang tidak duduk setempat saja. Tidak cukup dengan itu, saya berada di sisinya hinggalah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir,” katanya.



Re: Saloma
Post by zulqassem on Jul 30, 2008, 3:06pm

Salam,

Boleh tak sesiapa yang memiliki lagu-lagu Saloma seperti
i. Kerana Kau Impianku
ii. From Malaysia With Love
iii. Mengapa Membisu
iv. Putus Sudah Kaseh Sayang
v. Dendang Perantau (1975)
vi. Jauh Dimata
vii. Pulau Senandong
viii. Keroncong Kemayoran
ix. Berilah Harapan (1958)
x. Asmara Bertemu
xi. Kaca Terhempas Ke Batu
xii. Kalaulah Boleh Ku Lupa
diharapkan tidak keberatan untuk mengkongsikan lagu-lagu tersebut disini. Sebahagian daripada lagu-lagu ini pernah dikongsikan sebelum ini pada forum ini namun begitu pada masa itu saya belum menjadi ahli/mengetahui kewujudan forum ini lagi. Terima kasih.
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Aug 2, 2008, 12:07am

[image]

AIRMATA DI KUALA LUMPUR (EMI/Regal, 1974)

Nyanyian solo Saloma:

Airmata Di Kuala Lumpur - Anakku Sazali - Jeritan Batinku
- Jangan Tinggal Daku - Di Mana Kan Ku Cari Ganti
- Nasibnya Manusia - Ku Kehilangan Kanda

Duet Saloma & P. Ramlee:

Uda Dan Dara - Hanya Angan-Angan - Gelora

Keluaran sempena setahun kematian P. Ramlee ......

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by bigboss on Aug 6, 2008, 7:43pm

saya ingin mencari beberapa lagu nyanyian Puan Sri Saloma

Antara lagu2 yg saya cari adalah:

1. Bila Larut Malam
(rakaman tahun 1963 bersama Pancha Sitara dgn P.Ramlee Orkestra)
(Piring hitam Parlophone DPE 8163

2. Ku Kehilangan Kanda
( dari piring hitam Parlophone DPE 8179, Filem Ragam P.Ramlee)

3. Senyum Malam

4. Jangan Masam Muka

5.Layang-Layang
(dari album Bunga Negara)

6. Seruan Takdir
(dari Filem Gadis Langkawi, piring hitam EGEP 603)

Jika ada sesiapa memiliki lagu2 yg saya cari ni, saya berharap supaya dapat upload di laman web ini utk smua ahli forum ni. Terima Kasih
Re: Saloma
Post by pechot on Aug 6, 2008, 9:54pm

Saya pulak mencari lagu2 saloma dari piring hitam - "Bintang Malam" ( filem Do Re Mi), "Gitar Berbunyi" ( filem Do Re Mi) dan "Kuala Lumpur" (filem Ragam P ramlee)
Re: Saloma
Post by classicguys on Aug 31, 2008, 11:41pm

Lagu saloma banyak gak yg bertajukkan MALAM ye antareny
malam tak bergema
bila tengah malam
malam terakhir
yg paling populer tentunye bila larut malam
tp bila tengah malam & malam tak bergema x pernah sy dengar lagi cume tau tajuk je
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 2, 2008, 12:55pm


Aug 2, 2008, 12:07am, chubbyghaz wrote:
[image]

AIRMATA DI KUALA LUMPUR (EMI/Regal, 1974)

Nyanyian solo Saloma:

Airmata Di Kuala Lumpur - Anakku Sazali - Jeritan Batinku
- Jangan Tinggal Daku - Di Mana Kan Ku Cari Ganti
- Nasibnya Manusia - Ku Kehilangan Kanda

Duet Saloma & P. Ramlee:

Uda Dan Dara - Hanya Angan-Angan - Gelora

Keluaran sempena setahun kematian P. Ramlee ......

Ghaz, KL


Bukankah lagu ciptaan terakhirnya adalah Bawah Rumpun bambu dibawah GUO?


Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Sept 3, 2008, 7:28am

Mungkin maksud EMI ialah lagu terakhir P. Ramlee untuk rakaman Saloma di syarikat itu barangkali.

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 17, 2008, 10:20pm

[image]

Aci-aci Buka Pintu (dengan ihsan Tunasharapan)
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 17, 2008, 11:11pm


Aug 6, 2008, 7:43pm, bigboss wrote:
saya ingin mencari beberapa lagu nyanyian Puan Sri Saloma

Antara lagu2 yg saya cari adalah:

3. Senyum Malam


Senyum Malam (Ahmad Wan Yet/Zainal Abbas) - dengan Kenchana Orchestra pimpinan Ahmad Wan Yet (1959)

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 18, 2008, 10:37am


Aug 31, 2008, 11:41pm, classicguys wrote:
Lagu saloma banyak gak yg bertajukkan MALAM ye antareny
malam tak bergema
bila tengah malam
malam terakhir
yg paling populer tentunye bila larut malam
tp bila tengah malam & malam tak bergema x pernah sy dengar lagi cume tau tajuk je


Bila Tengah Malam (Kassim Masdor/S. Sudarmaji) - dengan Orkestra Mohd Wan Yet (1963) (dengan ihsan Tunasharapan)

[image]
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Sept 18, 2008, 3:07pm


Sept 17, 2008, 10:20pm, yudhie wrote:
[image]

Aci-aci Buka Pintu (dengan ihsan Tunasharapan)


Pada sebelah lagi muka rekod ini ada lagu apa, Yudhie?

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Sept 18, 2008, 3:09pm


Sept 18, 2008, 10:37am, yudhie wrote:

Aug 31, 2008, 11:41pm, classicguys wrote:
Lagu saloma banyak gak yg bertajukkan MALAM ye antareny
malam tak bergema
bila tengah malam
malam terakhir
yg paling populer tentunye bila larut malam
tp bila tengah malam & malam tak bergema x pernah sy dengar lagi cume tau tajuk je


Bila Tengah Malam (Kassim Masdor/S. Sudarmaji) - dengan Orkestra Mohd Wan Yet (1963) (dengan ihsan Tunasharapan)

[image]


Di muka sebelah ada lagu apa?

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 19, 2008, 6:59am

Ghaz, ini tajuk lagu muka sebelah yang ditanyakan:

DPE 8152 - Barang Yang Lepas Jangan Dikenang
DPE 8158 - Muda Manja - dengan Orkestra P. Ramlee AMN.
Re: Saloma
Post by classicguys on Sept 19, 2008, 2:38pm

10q yudhie tp lagu bile tengah mlm x dp bukak lh ape pun terime kasih atas kemurahan hati anda baru2 ni sy dpt lagu Tangisan Malam pehhhhhh sedap na lirik pn mendalam siratanny
lagu malam terakhir idpt dari blog ni gak tp bukan nyanyian Puan Sri Saloma yg nyanyian Saloma pernah sy dengar 1 kali kt klasik Nasional jelas berganda2 sedapnye beliau memang tiade tandingny utk lagu2 hiba cam tu

Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 19, 2008, 4:43pm

Classicguys,

Tak boleh bukak? Sedihnya. Mungkin lagu berikut ini boleh - Biarlah Aku Pergi (dari laman Tunasharapan)

[image]
Re: Saloma
Post by pechot on Sept 23, 2008, 6:16am

Sesiapa ada tak lagu "Bintang Malam" ( dipetik dari film Do Re Mi)versi EP yang bagus kualitinya? dan juga lagu "Kuala Lumpur" versi Ep...sudi2 lah naikkan di sini
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 27, 2008, 11:00am

[image]

[image]

Selamat Hari Raya (Ahmad Jaafar) - Saloma & Ahmad Jaafar Orchestra (1955)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua rakan dan pengunjung MN.
Re: Saloma
Post by classicguys on Oct 6, 2008, 12:19pm

myMetro » Rap
Menangis 10 tahun
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Rap

SEKALIPUN rela dengan ketentuan Ilahi yang 'menjemput' adik kesayangannya pada usia 48 tahun, seniwati Mariam Ismail atau Mariani mengakui 10 tahun bersedih kerana terlalu mengingati Allahyarham Puan Sri Saloma yang meninggal dunia akibat penyakit kuning.
Hubungan paling rapat dengan adiknya itu membuatkan Mariani, 75, gagal mengawal emosi dan asyik menangis. Hinggakan, dalam tempoh itu dia langsung tidak boleh mendengar radio. Katanya, dia mahu mengelak daripada mendengar lagu dendangan Allahyarham.

“Sampai ke hari ini, saya tidak boleh melupakan dia (Allahyarham Saloma). Ini kerana, kami berdua terlalu rapat dan selalu berkongsi apa saja. Malah, apabila hendak raya saja Allahyarham mesti minta saya belikan baju dan kasut untuknya.

“Malah, Allahyarham tidak cerewet memilih. Asalkan saya yang beli, apa warnanya dia tidak kisah. Bahkan, ukuran kasut kami pun sama, 5. Jadi, memang tiada masalah dan saya senang membelikan untuknya kerana kami juga tidak pernah bergaduh.

“Hubungan antara kami baik hinggalah dia meninggal dunia. Malah, ketika Allahyarham sakit saya yang menjaganya termasuk selalu menemani dia mengadakan persembahan. Justeru, saya sentiasa sebak setiap kali terkenangkan diri Saloma,” katanya.

Ditanya apakah makanan kesukaan Saloma atau Salmah Ismail setiap kali Aidilfitri, pelakon yang memulakan kerjaya lakonan pada usia 17 tahun itu berkata Allahyarham sangat menggemari serunding daging yang dimasak ibu, Umi Kalsum.

“Kalau ada serunding itu, setiap masa dia akan makan. Kini, semuanya menjadi kenangan buat saya untuk terus mengingatinya. Hendak menangis sangat, tiada guna kerana sampai keluar air mata darah sekalipun dia tidak akan kembali.

“Oleh itu, bagi mengubat rindu saya padanya banyakkan mengaji dan membaca Yassin untuknya. Hanya dengan doa, diharapkan Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan umat Islam yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Mengimbas semula zaman kanak-kanak mereka, Mariani berkata ketika kecil dulu pernah sekali dia dan Saloma bergaduh kerana berebut permainan. Untuk menghentikan pergaduhan bapa, Ismail Othman mengikat mereka di pokok dan meletakkan kerengga.

“Apa lagi menangis sakanlah kami disebabkan tidak tahan digigit kerengga. Sejak itu, saya dan Saloma tidak pernah bergaduh sampai kami dewasa. Pengajaran yang diberikan ayah sangat hebat hingga tidak boleh dilupakan sampai bila-bila,” katanya.






Kata ibu kepada dramatis Melissa Saila ini, pernah satu ketika dia sibuk dan tidak dapat bertemu Saloma, adiknya itu pasti akan mencari. Bahkan, dia pun sama sanggup mencari pondok telefon semata-mata mahu menghubunginya untuk bertanya khabar.




“Kami saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi, apabila dia sudah tiada saya cukup terasa. Namun, saya harus tabah dan kuatkan diri. Berbanding dulu, sekarang saya sudah makin kuat untuk menerima dugaan Yang Maha Esa,” katanya.


Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 15, 2008, 11:26pm


Jun 16, 2008, 9:23pm, yudhie wrote:

Jun 16, 2008, 3:21pm, chubbyghaz wrote:

...............
SALMAH ISMAIL a.k.a. SALOMA & AHMAD JAAFAR QUINTET (Parlophone)

Manusia Sama Saja (dari filem Saudaraku)
Hanya Ibu
............................................

Ghaz, KL


Pada rekod Salmah Ismail (Saloma) yang Ghaz naikkan itu, lagu Manusia Sama Saja tidak ada nama penciptanya, tetapi apabila Rafeah Buang membuat cover version lagu itu pada 1972, nama Ahmad Jaafar sebagai penciptanya turut dicatatkan.

Lagu pada muka sebelah, Hanya Ibu, mengikut nota muzik yang disiarkan dalam sebuah majalah lama, juga dicipta oleh Ahmad Jaafar dan dipetik dari filem yang sama - Saudaraku.

[image]


Hanya Ibu
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 20, 2008, 4:43pm

[image] [image]

SALOMA - rekod cetak rompak (rakaman asal keluaran Parlophone pada 1969)

Side One:
1. Entah Di-Mana (Kassim Masdor/S. Sudarmaji)
2. Chari Sayang (Kassim Masdor/S. Sudarmaji)

Side Two:
1. Jangan Di-kenang Kesah Lama (Ahmad Nawab/Daud Hamzah)
2. Angin Malam Membawa Berita (Ahmad Nawab/Hamidon Zain)
Re: Saloma
Post by classicguys on Nov 7, 2008, 12:12am

Baru lps tengok flm Jangan Tinggal Daku dlm slo tLayar P Ramlee kat tv9
sy nak tanye tajuk & sebarang info ttg lagu nyanyian saloma ni

Janganlah masam muka wahai cik abang ku sayang
Maafkanlah terlambat kerna pergi menonton wayang
Janganlah bang cemburu hamba tidak membawa mambang

marilah kita berdamai hidup sebagai dalam mahligai

Secara kebetulan malam ini malam minggu
ditengah bandar raya penuh dengan lampu-lampu
ayuhlah berbelanja pasar minggu di kampung baru

marilah kita berdamai hidup sebagai dalam mahligai

jangan abang cubit badan ku sakit
nanti aku gigit abang menjerit
Aduh aduh aduh aduh aduh aduh

Esokkan hari minggu ganti baju tukar fesyen
mari pergi berkelah mandi manda di Port Dickson
biar ku bawa kereta kerna abang tak ada lesen

marilah kita berdamai hidup sebagai dalam mahligai

maaflah kalau ade yg Xtepat sbb saye dengarpun sekali lalu je
mulenye saye x menyangke yg mempersembahkan lagu ni ielah Biduanita Saloma sendiri walau yakin beliau yg menyanyikannye sebagaimane lazim dlm Flm2 P Ramlee terutame setelah mereka menikah P Ramlee akan menggunekan suare Saloma utk babak nyanyian pelakon wanita
ini kerane susuk tubuh , solekkan,gaye rambut dan fesyen yg beliau kenekan same sekali berbeza dng penampilan beliau yg lazim saye tengok dlm flm2 populer P Ramlee atau time era Jalan Ampas di Singapure dulu
bersungguh2 ibu saudare saye yg turut menonton bersame meyakinkan bahawe yg mempersembahkan lagu tu ielah Saloma yg sebenar bile saye perhatikan betul2 gerak gaye dan memek muke beliau waktu menyangikan lagu yg rancak dan menarik tu baru saye perasan memperakui yg itu ialah saloma
apepun bagi saye lagu saloma tetap terbaik bile dipersembahkan oleh beliau sendiri

sepekare lagi siape yg melakonkan watak Isteri P Ramlee dlm flm tu ye mukenye akan-akan Sharifah Aini
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Nov 7, 2008, 5:06pm

Classicguys,

Di awal tahun 1970an memang Saloma berisi sikit.

Lagu dalam filem Jangan Tinggal Daku yang Classicguys tulis tu memang nyanyian Saloma dalam filem. Lagu ini juga ada versi rekodnya.

Satu lagi lagu yang saya main agak saja tajuknya dari filem ini nyanyian P. Ramlee ialah Membisu, tapi digayakan oleh seorang pemain keyboard (bercermin mata Ray-Ben) dalam adegan kelab malam juga. Seingat saya lagu tu tak pernah dirakam ke rekod, kan?

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by classicguys on Nov 9, 2008, 12:56pm

chubbyghaz

terime kasih

ade sesiape yg tau tajuk lagu tu? ingat nak buat pemintaan hati ke hati lah kat Klasik Nasional
Re: Saloma
Post by shawndhunter on Nov 10, 2008, 7:19am

Saudara classicguys,

Yg berlakon sebagai isteri P.Ramlee adalah NorSiati, Isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal Omar Rojik. Beliau banyak berlakon dalam filem keluaran Studio merdeka sekitar tahun lewat 60-an dan awal 70-an. Antara lakonan beliau yg lain ialah :

Keranda Jingga (1969 )
Durjana (1972)
Satu Penentuan (1973)
Sayang Anakku Sayang (1976)


Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Nov 24, 2008, 1:50pm

[image]

[image]

Lagu-lagu nyanyian Saloma dari filem Ragam P. Ramlee (1965):

Kuala Lumpur / Ku Kehilangan Kanda

(ciptaan P. Ramlee, iringan P. Ramlee Orchestra)

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by terangbulan on Dec 12, 2008, 8:03am

[image]

and
[image]

Lagu Anak Rantau dari nyanyian Saloma (1981) download kat bawah ni.

http://www.mediafire.com/?cjpdalmljx2



[image]




Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 22, 2008, 10:28pm

[image]

DENDANG SALOMA (SALOMA SINGS) - PARLOPHONE PMDE 303

Inang Baru, Lenggang Kangkong Baru, Alam Nyata, Kalaulah Ku Tahu, Putus Harapan,
Kalaulah Boleh Kulupa, Kerana Kau Impianku, Kechewa, Menanggong Rasa & Hujan Lebat.
Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 28, 2008, 4:18pm

[image] [image]

SALOMA DENGAN THE NAWAND'OS - BIMBANG - EMI COLUMBIA S33ESX 613 (1969)
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 5, 2009, 12:59am

Keluhanku (Ismadi) - Saloma dengan Ahmad Jaafar Orchestra (1959)
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 7, 2009, 9:42pm

Kecewa (Ahmad Jaafar/S. Rahman) - Saloma dengan A. Jaafar Orchestra (1955) Filem: Insaf
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 8, 2009, 8:21pm

Getaran Mambo - Salmah Ismail dengan Kenchana Orchestra dbp Ahmad Wan Yet (1957)
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 10, 2009, 12:53pm

Hujan Lebat (Ahmad Jaafar) - Salmah Ismail (1957)

Versi Rafeah Buang
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 10, 2009, 8:09pm

Lagu nyanyian Saloma dari filem Jeritan Batin
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 12, 2009, 9:58pm

Oh Singapura - Salmah Ismail dengan A. Jaafar Orchestra (1957) - Filem: Chinta Abadi (1955)
Re: Saloma
Post by zulqassem on Jan 17, 2009, 3:20pm

Salam,

Nak tanya sket, itu pun kalau tahulah. Di awal penglibatan Saloma di dalam bidang nyanyian, siapakah pasangan duet beliau selain S. Hamid?
Re: Saloma
Post by scintillating on Jan 18, 2009, 7:29pm

mungkin Ahmad CB,selain dari P. Ramlee dan Aziz Jaafar sendiri. Saloma jika dilihat pada output beliau pada ketika mula menyanyi banyak merakamkan lagu secara solo. mungkin kerana suara beliau yang begitu unik,syarikat piring hitam merasakan bahawa tidak ramai penyanyi lelaki pada masa itu yg dirasakan compatible enough untuk berduet dgn beliau. dan sememangnya suara beliau pada ketika mula menyanyi seperti ada suatu innocent quality,yg jika digandingkan dgn penyanyi lain,akan hilang keunikannya...
just my two cents worth...
Re: Saloma
Post by zulqassem on Jan 24, 2009, 4:06pm

Ada betulnya juga pendapat awak tu scintillating. Suara Saloma tu sememangnya ada sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Bila dengar lagu nyanyian beliau pasti tangkap masyuk punyer....
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 25, 2009, 10:01pm

[image]

SALOMA DAN PANCHA SITARA DENGAN P. RAMLEE ORCHESTRA - PARLOPHONE 45-DPE 8163 (1963)

Lama Sudah Ku Tunggu (P. Ramlee AMN-Sudarmaji)
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 27, 2009, 8:34pm

[image]

Suria Hidup (Ahmad Nawab-Malik Hussain) - Saloma - Parlophone EGEP 603 (1966) - Filem: Gadis Langkawi
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 27, 2009, 9:00pm

[image]

Embun Menitik (Ahmad Patek) - Saloma - Parlophone 45-DPE 8137 (1961) - Filem: Seniman Bujang Lapok
Re: Saloma
Post by zulqassem on Jan 31, 2009, 4:50pm

Salam,

Layankan.
Saloma - Kafilah
Re: Saloma
Post by classicguys on Jan 31, 2009, 10:04pm

Menurut Seniwati Mariani penglibatan Primadona Antagonis Siput Sarawak dlm mogok kpd pihak MFP secara x langsung membuka peluang utk dia dan Saloma bertapak dlm bidang lakonan
(tp time tu name Salmah Ismail dh top sbagai Penyanyi)
watak2 perempuan jahat yg sepatut nye dibawa oleh Siput Sarawak diberi kpd Saloma & Mariani
sehingga Mariani terkenal dng watak perempuan jahat sampai sekarang,
die boleh bawak semue watak dng baik
tp lakonan watak jahatnye sangat2 berkesan dan bg saye ie x dpt ditiru oleh pelakon2 lain antara watak jahat terkini beliau dlm Syurga Dimana yg menggandingkan beliau dng Wan Maimunah saye x fikir ade pelakon lain dpt bawak watak( org tue nyayok x sedar diri asyik meracau dan memaki2 org) Sebaik dan seberkesan lakonan beliau
antara watak jahat yg dibawa oleh Saloma pula dlm flm Azimat& Adik Saya sebelum berubah ke watak2 baik terutamanya dlm flm arahan P Ramlee lakonan beliau tak kalah berbanding seniwati2 zaman tu sebab beliau sgt tersendiri dlm gaye bercakap berjalan bahase tubuh yg manje dan lain2 bak kate Mariani Saloma sangat istimewa pesonalitinye dan beliau x jumpe sesiape yg same karektornye dng adik kesayangannye itu selama hidupnya
Oleh kerana P Ramlee x berape suke pasangan hidupnya berlakon Saloma lebih menumpukan perhatian kepada bidang Nyanyian walaupun beliau mempunyai peluang cerah utk mengukir name sebagai perimadona Flm Melayu sebaris dng Saadiah , Sarimah dan Normdiah dan fakta ini disokong oleh sebuah Majalah Inggris yg mengiktiraf keunggulan lakonan beliau
Demi P Ramlee beliau lebih fokus pd Nyanyian yg sememangnye beliau lah paling unggul dlm bidang itu dizamannye
pun begitu sesekali beliau turut berlakon di samping Suaminya dlm Flm2 Arahan suaminya yg tercinte itu kalau muncul dlm flm pun kebanyakannye sebagai Penyanyi
Hasilnye Name Saloma terpatri sebagai satu2nya Biduanita Lagenda Negara yg tiada tolok bandingnya
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Feb 3, 2009, 8:09am

cool. very cool.
Re: Saloma
Post by terangbulan on Feb 3, 2009, 9:10am

sedang mendengar laugu kalifah ni

[image]
Re: Saloma
Post by zulqassem on Feb 7, 2009, 1:43pm


Quote:
Posted by terangbulan on Feb 3, 2009, 9:10am
sedang mendengar laugu kalifah ni


Hehe...... Asyik sungguh mendengar ye, sampaikan lagu
Kafilah
pun dah tertukar jadi
Kalifah

Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Mar 5, 2009, 5:48pm

[image]

SALOMA (Parlophone)

KUNYANYIKAN LAGU ( Ahmad Jaafar )
dengan Malindo Sextet pimpinan Ahmad Jaafar

MANUSIA MUSTI MATI ( Wan Yeet-Z. Abbas )
dengan Kenchana Orkest pimpinan Mohd Wan Yeet

Copy terus dari e-Bay, lagi senang ... Hehehehe!

Ghaz, KL

Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 12, 2009, 9:53pm


Mar 5, 2009, 5:48pm, chubbyghaz wrote:

MANUSIA MUSTI MATI ( Wan Yeet-Z. Abbas )
dengan Kenchana Orkest pimpinan Mohd Wan Yeet

Ghaz, KL


Manusia Mesti Mati ciptaan Mohd/Ahmad Wan Yet dengan lirik susunan Zainal S. Abbas.
Re: Saloma
Post by abdaziz on Mar 17, 2009, 1:44pm



Sedutan persembahan Saloma di Festival Filem Asia Pasifik ke-27 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Re: Saloma
Post by classicguys on Mar 25, 2009, 11:36am

[image]
Pic Biduanita Lagenda Saloma yg terdapat di Restoren Saloma saloma masih sgt mude time ni tp dah memiliki tubuh badan yg menarik kalau x silap imeg sebegini adelah sewaktu beliau berlakon Flm Kaki Kuda disisi Aziz Satar,Normadiah&S Shamsudin
Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 26, 2009, 5:02pm

Classicguy,

Tahniah kerana berjaya menaikkan imej ke MN. Diharap akan terus sudi untuk berkongsi maklumat, gambar dan lagu.
Re: Saloma
Post by classicguys on Mar 28, 2009, 12:11pm

[image]
Pic Biduanita Lagenda Nusantara Saloma sedang menyanyi dng suaranye yg merdu bak buluh perindu
Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 29, 2009, 11:19pm

[image]
Re: Saloma
Post by classicguys on Mar 30, 2009, 11:07am

IBU SALOMA-Umi Kalsom
kalau pic ibu-bapa P Ramlee besepah dimane2 sy rase pic ibu Saloma&Mariani ni x ramai yg pernah lihatjd sy naikkan disini pic beliau yg saye scan dari buku Bapa ku P Ramlee tulisan Nasir P Ramlee dulu
sayang pic Pak Ismail bapak Saloma yg juga kawan rapat Pak Sattar bapak seniman Aziz Sattar saye sendiri belum pernah jumpe
[image]

Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 30, 2009, 9:00pm

Antara aksi Saloma dalam persembahan P. Ramlee & Saloma filem Ragam P. Ramlee keluaran tahun 1964.

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Mar 30, 2009, 10:31pm

[image]

Lenggang Kangkong Baru (P. Ramlee/Jamil Sulong) - Salmah Ismail dan Beramai dgn Osman Ahmad Orch. - 1956 - Filem: Semerah Padi - Parlophone DPE 8023
Re: Saloma
Post by classicguys on Mar 31, 2009, 11:08pm

[image]

Gambar saloma ni saye dpt dari member saye Suhaimi Muis, gambar Saloma dgn Tauke MFP, gambar tahun 1958 diambil sebelum Saloma dan Run Run Shaw berdua bertolak Ke Manila utk Festival Filem Asia, Time ni saloma berstatus miss-J-. waktu itu Saloma belum khawin dgn P.Ramlee.TQ Suhaimi Muis .
Re: Saloma
Post by yudhie on Apr 2, 2009, 9:41pm


Jun 16, 2008, 3:21pm, chubbyghaz wrote:
[image]

SALMAH ISMAIL a.k.a. SALOMA & AHMAD JAAFAR QUINTET (Parlophone)

Manusia Sama Saja (dari filem Saudaraku)
Hanya Ibu

Ghaz, KL


Manusia Sama Saja
Re: Saloma
Post by yudhie on Apr 3, 2009, 9:32pm

Ibu Permataku - Salmah Ismail dgn Kenchana Orch. pimpinan Ahmad Wan Yet - Parlophone DPE 8046 (1957)

Perhatian: Terdapat gangguan/kerosakan pada beberapa bahagian lagu ini.
Re: Saloma
Post by yudhie on Apr 9, 2009, 9:56pm

[image]

Saloma di studio rakaman HMV
Re: Saloma
Post by classicguys on Apr 11, 2009, 8:57pm

Saloma50-an
Penampilan Saloma dlm flm Kali Kude
dng potongan rambut ala-ala marilyn monroe gitu
well marilyn monroe of Singapore lh katekan
[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Apr 20, 2009, 4:37pm

[image]

Jangan Pileh Yang Chantek (Yusof B) - Saloma dengan Yusof B Orchestra - Parlophone DPE. 8130 (1961)
Re: Saloma
Post by yudhie on May 2, 2009, 10:22pm

Aku Tetap Menyinta - Saloma & Abdullah Chik - Filem: Orang Minyak

Versi filem dinyanyikan oleh Saloma dan Jasni.
Re: Saloma
Post by tunasharapan on May 4, 2009, 10:48am

Salah satu lagu dalam LP Bunga Negara, Tepok Amai Amai

Saloma Tepok Amai Amai
Re: Saloma
Post by classicguys on May 4, 2009, 3:28pm

[image]

ade sesape yg ade menyimpan lagu yang ku tunggu X tiba versi Saloma
Sharifah Aini&Siti pun pernah mendendangkan semule lagu tu
tp bg saye versi Saloma tetap yg terbaik
Re: Saloma
Post by yudhie on May 5, 2009, 11:09am


May 4, 2009, 10:48am, tunasharapan wrote:
Salah satu lagu dalam LP Bunga Negara, Tepok Amai Amai

Saloma Tepok Amai Amai

Salam tunas,

Terima kasih kerana menaikkan lagu Tepok Amai Amai.

Lama sungguh tunas tak kelihatan di MN. Apa khabar?

Berikut ini dinaikkan pula lagu Sampai Hati nyanyian Saloma (namanya tak dicatat pada rekod Life 7M-18) dan Abdullah Chik. Lagu filem "Tunang Pak Dukun" keluaran 1960.

[image]

Re: Saloma
Post by yudhie on May 16, 2009, 10:41pm

Jauh Malam (Ahmad Jaafar) - Salmah Ismail - Parlophone DPE 8019 (1956)
Re: Saloma
Post by yudhie on May 26, 2009, 9:05pm

[image]

Sapu Tangan Tanda Kaseh (Kassim Masdor/H.M. Rohaizad) - Saloma dgn Orkestra pimpinan P. Ramlee AMN - Parlophone 45-DPE.8169 (1964)
Re: Saloma
Post by yudhie on May 27, 2009, 9:20pm

[image]

Saloma menyanyikan lagu Bila Larut Malam ciptaan P. Ramlee/S. Sudarmaji dalam filem Labu dan Labi keluaran 1962
Re: Saloma
Post by yudhie on May 27, 2009, 10:17pm

[image]
Re: Saloma
Post by tunasharapan on May 28, 2009, 12:32am


May 27, 2009, 9:20pm, yudhie wrote:
[image]

Saloma menyanyikan lagu Bila Larut Malam ciptaan P. Ramlee/S. Sudarmaji dalam filem Labu dan Labi keluaran 1962


Terima kasih Bro Yudhie.

Bila dirakamkan ke piring hitam, lagu ini diberi jodol LARUT MALAM dengan iringan orkestra P.Ramlee

Dengar Lagu Ini Versi Piring Hitam DISINI
Re: Saloma
Post by classicguys on May 28, 2009, 9:59am

[image]
penampilan Saloma utk Flm Ahmad Albab
Re: Saloma
Post by classicguys on May 28, 2009, 10:26am

[image]
Kalau Penampilan Khas beliau sebagai Penyanyi dlm Flm Penampilan ini mungkin antare yg paling diingati
Re: Saloma
Post by zulqassem on May 28, 2009, 8:23pm

Saya pernah terbaca dalam satu artikel yang mengatakan penampilan Saloma di dalam filem "Saudagar Minyak Urat" itu mengikut gaya Carmen Miranda.
Re: Saloma
Post by classicguys on Jun 1, 2009, 1:31am

[image]
[image]
[image]

Baru-baru ini ketika saya menyelongkar library rumah saya untuk cari bahan rujukan esaimen saya terjumpa majalah Dewan Budaya keluaran 1 Jun 1984/1 Ramadan1404 yg memuatkan etikal yg dipercayai wawancara terakhir bersama Biduanita Saloma Sebelum beliau Kembali ke rahmatullah. Oleh kerana saya beranggapan ianya satu info yang berharga untuk dikongsikan bersama Peminat2 Saloma yg lain jadi saya mentaipkan semula petikan tersebut dan paste kan di sini.
_______________________________________________________________________________________________________

Saloma Dalam Kenangan
Oleh Asiah Sarji
Tiba 25 April 1984 yang lalu, genaplah setahun Saloma meninggalkan kita ketika kita sedang berhiba mengenang sepuluh tahun kematian P. Ramlee (29 Mei 1937). Saloma yang mula menyanyi dalam usia belasan tahun, meninggalkan kepada kita suara merdunya yang terakam dalam lebih lima ratus buah lagu yang berkumandang hingga ke saat ini. Bertepatan sungguhlah gelaran “Biduanita Negara “ yang diterimanya pada tahun 1978 itu
Kira-kira seminggu sebelum Saloma Kembali ke rahmatullah,Asiah Sarjan berkesempatan menemuinya dikediamannya di Petaling Jaya.
Inilah rakaman perbualan terakhirnya dengan Saloma.
-Editor


SUARANYA yang terdengar melalui telefon pada petang 17April 1983 itu begitu lemah sekali. “Kak Mah sakit,” jelasnya. Hasrat saya untuk berbincang-bincang dengannya sebelum ditemuramah dan rakaman televisyen khas mengenang 10 tahun kematian Allahyarham P . Ramlee tiba-tiba saja saya padamkan . Namun dia tetap mendesak agar saya berjumpa juga dengannya.
Petang itu paling memeranjatkan. Petang itu dia tersenyum . Petang itu dia cuba ketawa, petang itu dia geram,marah,mengeluh,mengerang,berzikir … tapi lemah, terlalu lemah dan sayu cemas. Saya cuba ketawa,saya cuba senyum, saya cuba ketawa tapi air mata tidak dapat saya takung lagi . Dalam keadaan begitu dia mendesak saya untuk memulakan perbualan mengenai P .Ramlee . Dia sakit, dia lemah, dia pucat dan saya tidak mahu dia bercerita.Beberapa kali saya cuba menghentikannya dari terus berbual, saya gagal. Sekejap-sekejap dia duduk sekejap-sekejap dia baring, tapi dia terus bercakap.
Bagi Salmah binti Ismail atau Saloma, Allahyarham P . Ramlee adalah segala-galanya di dunia ini. Pulih tenaganya apabila mulutnya menyebut nama P . Ramlee . “Kak Mah tak tahu mengapa Kak Mah terlalu sangat bergantung hidup kepada Abang Ramlee, tapi dia adalah segalanya.” Jari-jari kirinya semakin ketat meramas-ramas tangan saya. Jari-jari kanannya terus memetik alat untuk berzikir. Mulutnya kumat-kamit. Sunyi seketika petang itu. Matanya terus memandang tingkap senja yang kian tertutup. Sesekali dia memandang ibunya yang sedang berdukacita di hujung katil. Saya memandang tepat ke wajahnya. Wanita ini istimewa. Hatinya berlian, tidak lokek senyum , tidak suka mengecewakan hati orang. Pemurah. Sangat pemurah, bertanggungjawab, pengasih, penyayang. Suaranya tidak perlu diperdebatkan lagi. Terlalu merdu. Seorang artis evergreen Malaysia yang Berjaya menembusi benteng umur, jantina dan zaman sehingga akhir hayatnya, pada 25 April 1983 yang lalu.
“Susah menjadi artis, terlalu susah,” dia mengeluh lemah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Saya terus diam.
“Hidup Kak Mah rasanya benar-benar menderita disebabkan setengah-setengah orang , lebih-lebih lagi setengah-setengah penulis akhbar.” Tiba-tiba saja suaranya menjadi jelas.
“Mengapa?” tiba-tiba saja soalan itu keluar dari mulut saya. Saya kurang pasti sama ada saya ingin mengetahui cerita selanjutnya atau tidak.
“Tak tahulah, tapi mereka terlalu suka menyelak kisah-kisah peribadi orang lain, kisah-kisah peribadi artis.” Hatinya begitu tersentuh.
“Bukan tak boleh … boleh. Tapi janganlah melampau-lampau sangat.” Kemudian dia menamakan sebuah majalah hiburan yang cuba memburuk-burukkannya dangan mengatakan suaranya merdu sebab dia ada pemakai dan sebagainya.
“Kalau ikutkan hati I nak saman majalah itu.” Dia terdiam lagi.Kesal. Jari kanannya masih terus memetik alat berzikir itu. Mulutnya terkumat-kamit lagi.
Ketika itu terfikirlah saya penderitaan hidup yang harus dihadapi oleh orang-orang seni yang terkenal. Mereka berkecimpung dalam bidang itu kerana mempunyai bakat yang besar, mereka berupaya, mereka berminat dan yang lebih besar dari itu mereka diperlukan oleh masyarakat bagi menghiburkan suasana sepi yang menakutkan.Menjadi teman ketika keseorangan, memenuhi suasana dan rasa yang kosong. Begitulah Allahyarham Saloma. Semua orang kata dia milik Malaysia. Tidak ada siapa yang mempertikaikan. Kalau adapun orang itu semacam diperkecilkan oleh orang lain. Saloma tidak tahu orang itu diperkecilkan. Begitu rapat sekali huhungan orang ramai dengan artis-artis kesayangan mereka. Kerana itu orang ramai berkata mereka berhak mengetahui apa yang berlaku kepada orang-orang seni kesayangan mereka itu.
“Kak Mah tahu seniman itu kepunyaan masyarakat. Kak Mah bukan hendak menidakkan. Tapi tidaklah sampai kepada perkara-perkara yang paling peribadi pada Kak Mah pun perlu dihebahkan juga di akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Takkanlah seorang seniman itu tidak mempunyai hak langsung terhadap dirinya sendiri.Ini tidak adil.”
Entah mengapa tiba-tiba saja dia begitu lancar berbicara. Tapi yang pasti badannya lemah. Matanya kuyu.Bibirnya kering. Ternyata juga dia menggagahkan dirinya untuk terus bercerita. Saya sendiri sudah tidak berdaya untuk menghentikannya berkata-kata terlalu banyak.
Seorang seniman menggendong jiwa yang halus. Terbayang betapa ranapnya jiwa yang sehalus sutera itu dicarik-carik oleh ruangan-ruangan gossip. Lebih-lebihlagi wanita seperti dia. Kerana dia (terutama ditahun-tahun kebelakangan sebelum berangkat) seorang yang penyayang, ramah dengan budi, merendahkan diri … bersedia sahaja menaburkan bakti dengan mengalunkan beberapa lagu di acara-acara tertentu tanpa sibuk-sibukmemperkatakan tentang ganjaran. Tapi orang tidak mahu kisahkan cerita itu. Ada penulis kata kisah-kisah begitu orang tidak suka baca. Bila orang tidak suka baca. Orang tidak berminat membeli majalah atau akhbar berkenaan. Orang mahu dengar kisah-kisah yang peribadi sifatnya, betulkah suaranya ada susuk buluh perindu? Saloma ada teman laki-laki baru. Saloma ada itu ,ada ini,buat itu,buat ini.
Betul juga kata Allahyarham Saloma “Tidak adil.” Mahu saja saya menghuraikan panjang lebar tentang nilai keadilan pada manusia hari ini pada penyanyi kesayangan itu.Mahu saja saya katakan padanya tentang betapa tidak berfaedahnya kita sakit-sakit memikirkan ketidakadilan, lebih-lebih lagi menderita kerananya. Paling terdaya saya memintanya bersabar dan melupakan saja soal itu.
Senja kian rapat, azan mula beralun di udara.Walaupun malam masih terlalu muda kebeningan ruang masih terus menggigit rasa. Ibunya seperti kucing jatuh anak,sekejap-sekejap duduk memicit-micit kaki anaknya , sekejap-sekejap bangun.
Dian masuk membawa beberapa keping roti untuk ibunya. Allahyarham cuba menelan roti yang disuapkan oleh anaknya itu.Tapi terlalu sedikit. “Tak ada selera nak makan,”katanya. Dia baring semula. Begitu payah sekali dia bergerak di katilnya itu. Dia masih mahu terus berbual-bual .Macam-macam perkara. Tapi suaranya kian lemah wajahnya kian pucat.” Kalau sihat , insya-Allah bulan depan Kak Mah nak buat kenduri doa selamat untuk Abang Ramlee.Mesti datang tahu.”
Saya Mengangguk. Saya mula gelisah , beberapa ketika selepas itu wajahnya tiba-tiba menjadi lebih pucat.Dia termuntah. Begitu derita sekali nampaknya. Kemudian dia tenang kembali. Jari-jari kanannya terus memicit alat untuk berzikir itu. Tiba-tiba dia menoleh kepada saya sambil menunjukkan penunjuk alat zikir itu.Jam tepat pukul 8.45 malam.”Hei, tengok ni .Cukup saja 6666.I suka nombor ni”
Allahyarham telah muntah-muntah beberapa kali.Dia kelihatan semakin tidak bermaya,walaupun dia terus cuba membuktikan yang dia tidak lemah, dia tidak sakit,dia berani,dia gagah … tapi tubuhnya tidak lagi mampu menanggung segala penderitaan yang dialaminya. Separuh dari jiwanya telah dibawa pergi oleh suaminya. Dia mengakui hakikat ini pada petang itu. Yang separuh lagi telah begitu luluh di ruang-ruang gosip.Walaupun ada kata pujian diberikan oleh orang ramai tapi gosip buruk yang tersiar tidak dapat menampung segala keindahan yang dicurahkan.
Sempat juga dia memuji ketokohan artis-artis baru sama ada dalam bidang lakonan mahupun dalam bidang seni suara.Walaupun begitu beliau kurang berpuas hati dengan sikap setengah-setengah dari mereka yang baru menghasilkan satu dua rakaman lagu ke rekod, telah mula bersikap sombong “Sifat yang begini jarang sekali berlaku kepada artis-artis dahulu.”Tegasnya lagi.Beliau tidak pula menjelaskan apa yang beliau maksudkan dengan sombong itu.
Demikianlah antara perbualan kami sehari sebelum Saloma dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.Dalam perbualan terakhir kami Saloma berkali-kali menekankan persoalan yang selalu mengganggu jiwa seninya – tentang hak peribadi seorang seniman, tegasnya, terutama yang bergantung hidup kepada suara, tidak wajar dilayan sebagai alat , semata-mata untuk tujuan memungut derma dan sebagainya tanpa mempertimbangkan ganjaran yang munasabah bagi profesion mereka.Mereka juga perlu hidup. Sudahlah begitu, katanya lagi, mereka pula begitu kerap dijadikan alat gossip oleh pihak-pihak tertentu , lebih-lebih lagi untuk tujuan komersial. Namun begitu Saloma kurang pula menyenangi sikap segolongan seniman yang terlalu jual mahal, sehingga membelakangkan nilai kemanusiaan dan tatatertib manusia timur.
Ketika kematiannya diumumkan pada malam 25 April 1983, serasa satu-satu kekosongan berlaku di bumi Malaysia ini.Terdengar-dengar di telinga kata-katanya yang memegaskan, ”Saya akui artis adalah milik masyarakat.Tapi biarlah soal-soal peribadi terus-menerus menjadi hak artis. Kalau tidak artis tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal untuk diri mereka.”
Beliau juga ada menjelaskan bahawa kita hidup di Malaysia , di tengah-tengah kelompok adat dan tata susila, kita seharusnya tidak terlalu mengikut cara orang-orang Barat, terutama para penulis ruangan-ruangan gosip yang terlampau bebas mencungkil kisah-kisah peribadi orang lain. Sama ada hal hal peribadi itu betul atau tidak seolah-olah bukan lagi persoalannya.Yang perlu diambil kira ialah hal-hal peribadi itu adalah hak milik si empunya diri.Berkali-kali diulangnya kenyataan ini.Setiap kali kenyataan ini diulang setiap kali air mukanya menjadi serius.
Begitulah Allahyarham Salmah binti Ismail. Di sepanjang hayatnya dia hidup seperti sebutir bintang kejora, tidak henti-henti memberikan sinarnya kepada manusia di sini .Jeritan batinnya, hasrat dan perinsip hidupnya sedikit sangat yang diketahui kecuali di kalangan teman-teman rapatnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya Al-fatihah.
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Jun 3, 2009, 8:26am

LP Saloma tahun 1969 EMI: BIMBANG

[image]

Muka Satu
Bimbang
Sam Pek Eng Tai
Abang Ku Rindu
Siapa Kanda
Ku Rela Ampun
Bukan salah Ibu Mengandong

Muka Dua
Kembara
Masa Bercinta
Siapa Dia
Dikaulah Harapanku
Hujan Panas
Impian Musnah
Re: Saloma
Post by md0u on Jun 6, 2009, 11:42am

Lagu Saloma "Bukan Salah Ibu Mengandong" dalam album "Bimbang" itu sama dengan lagu yang dinyanyikan oleh Rafeah Buangkah?

Re: Saloma
Post by classicguys on Jul 6, 2009, 10:55am

[image]
Re: Saloma
Post by classicguys on Aug 5, 2009, 7:02am

[image]
Re: Saloma
Post by classicguys on Aug 7, 2009, 7:53pm

[image]
Re: Saloma
Post by classicguys on Aug 7, 2009, 8:16pm

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 16, 2009, 8:15pm

[image]

Alam Nyata (Ahmad Jaafar/Sharif Rahman) - Salmah Ismail dgn Pancha Irama Orchestra dbp Jose Daroya - Parlophone DPE. 8016 (1956)

Bro Hamlau dan rakan-rakan semua,

Sekiranya ada lagu Pahlawanku nyanyian Salmah Ismail ciptaan Yusof B., mohon apalah kiranya dikongsikan di sini. Didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 16, 2009, 9:34pm

[image]

Tari Silat Melayu (P. Ramlee/S. Sudarmaji) - Saloma dgn Orkestra pimpinan P. Ramlee A.M.N. Filem: Nasib Si Labu Labi - Parlophone DPE 8151 (1963)
Re: Saloma
Post by admin on Aug 17, 2009, 8:28am


Aug 16, 2009, 8:15pm, yudhie wrote:


Alam Nyata (Ahmad Jaafar/Sharif Rahman) - Salmah Ismail dgn Pancha Irama Orchestra dbp Jose Daroya - Parlophone DPE. 8016 (1956)

Bro Hamlau dan rakan-rakan semua,

Sekiranya ada lagu Pahlawanku nyanyian Salmah Ismail ciptaan Yusof B., mohon apalah kiranya dikongsikan di sini. Didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Salam bro Yudhie, terimakasih kerana sumbangan yang tanpa serik, minta maaf buat masa ini Hamlau belum dapatkan lagu tersebut.
Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 17, 2009, 11:21am

Salam bro Hamlau, tak mengapa kalau belum ada.

Berikut ini dinaikkan lagu berirama slow twist dari album Bunga Negara keluaran 1963.

[image]

Bakti Di Alam Seni - Saloma dgn Mohd. W. Yet's Orchestra - Parlophone PMDE 315

hari dah menjelang petang pulang jalan permatang
luas menguning tenang bak samudera nan terbentang .........

Re: Saloma
Post by yudhie on Aug 18, 2009, 2:56pm


Aug 16, 2009, 8:15pm, yudhie wrote:

Bro Hamlau dan rakan-rakan semua,

Sekiranya ada lagu Pahlawanku nyanyian Salmah Ismail ciptaan Yusof B., mohon apalah kiranya dikongsikan di sini. Didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Bro Saroja yang menghantar lagu Pahlawanku nyanyian Saloma. Kalau tak silap ini versi tahun 70-an. Bro Saroja menyatakan bahawa beliau berusaha untuk mencari versi asal keluaran tahun 50-an pula. Mudah-mudahan ada dalam koleksi. Terima kasih daun keladi.
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 1, 2009, 7:38am



Roziana baharudin, Adlin Adnan (anak kartina dahari), kahar hamid (p.ramlee sound alike) and SALOMA
Re: Saloma
Post by classicguys on Sept 7, 2009, 9:11am

[image]
pic BiduanitaSaloma yg keluar Paper Kosmo smlm
Re: Saloma
Post by jazzdjoe on Sept 8, 2009, 8:04am

Anyone has the unedited 70s version of selamat hari raya by saloma?
Re: Saloma
Post by aliph on Sept 9, 2009, 7:47am

hehe... bro jazz usaha jugak nak cari

yaa.... barang siapa yang ada memiliki lagu selamat hari raya nyanyian saloma versi tahun 70'an yang belum diedit (masih terdapat lirik dam dam dum bunyi mercun), sudi˛kanlah berkongsi disini. dah lama sangat saya mencarinya
Re: Saloma
Post by classicguys on Sept 12, 2009, 9:03am

bukan encik aliph je yg cari

Hampir semue rakan2 saye yg tau saye suke simpan lagu2 lame bertanyekan ttg lagu tu
maklumlah Lagu Raye Salomakan diangap Ratu segale lagu Raye sbg mane Saloma yg Jd Ratu dlm seni nyanyian

rayepun dah makin dekat ni sudi2kanlah kongsi pd sesiape yg menyimpannye
Re: Saloma
Post by rizalshah on Sept 13, 2009, 7:04am

ramai yg ada
Re: Saloma
Post by rizalshah on Sept 13, 2009, 7:05am

saaya ada tp tak tau mcm mana nak upload kat sini
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Sept 16, 2009, 4:26am


Sept 13, 2009, 7:05am, rizalshah wrote:
saaya ada tp tak tau mcm mana nak upload kat sini


Bro saroja dah naikkan lagu tersebut kat thread Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H. Jika nak upload lagu atau imej pergi ke Perbincangan/ Cara Cemara Teknikal. KLIK SINI :o
Re: Saloma
Post by aliph on Sept 16, 2009, 8:37am

saya dah pegi kat thread tu tapi takde pulak lagu saloma yang dimaksudkan. makin teruja pulak rasanya
Re: Saloma
Post by saroja on Sept 16, 2009, 10:11am

Salam

Maaf...sebenar nya update website sebentar... lagi pon hormat brther Hamlau tuan punya MN... tak mau berat2kan link..hehehe...

ok.. ini dia lagu nya... semoga gembira

p/s;
ok... saya juga minta maaf .. boleh saya delete....

Re: Saloma
Post by aliph on Sept 16, 2009, 8:51pm

hmmm.... timakasih bro saroja dengan lagu yang dinaikkan.

namun begitu bukan versi 50'an ini yang saya cari tapi versi 70'an. lagu versi 70'an yang biasa kita dengar di radio tu adalah lagu yang dah diedit (dibuang rangkap 'dam dam dum') saya nak cari versi asal 70'an yang belum diedit

nampaknya perbincangan kat sini serupa dengan perbincangan saya dengan beberapa kenalan di facebook. ada yang masih keliru lagi...hahaha!! pun begitu, saya masih berharap agar ada dikalangan kita yang boleh mendapatkan lagu versi 70'an yang asal tu
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 29, 2009, 7:55pm


Jan 7, 2009, 9:42pm, yudhie wrote:
Kecewa (Ahmad Jaafar/S. Rahman) - Saloma dengan A. Jaafar Orchestra (1955) Filem: Insaf


[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 29, 2009, 8:00pm

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 29, 2009, 9:20pm

Saloma menjadi model iklan minuman Red Lion pada 1961

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Sept 29, 2009, 10:16pm

[image]

Mari Jalan Bersama - Cha Cha - Salmah Ismail dengan Yusof B. Orchestra - Parlophone DPE. 8051 (1957)
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 1, 2009, 9:51pm

[image]

Malam Terakhir (Kassim Masdor/S. Sudarmaji) - Saloma dgn Puspawarna dbp John Lee - Parlophone DPE. 627 (1967)
Re: Saloma
Post by classicguys on Oct 3, 2009, 7:55pm

[image]
Gambar Kenangan
Norlia @Joyah 2 dari kiri makan malam bersama PRamlee&Saloma dan rakan2
Norlia nampak simpel&sweet Saloma tampak Glamor & Cun

takziah buat Mama Norlia sekeluarge atas kehilangan anak bujang kesayangannye dlm usahe murni Allahyarham menangkap pencuri baru2 ini


kite sume akan meninggalkan dunie yg fana ini
tp kalau perginye kite dlm usehe melakukan sebuah kebaikan bg saye ie sesuatu yg mulie
Semoge Allah menempatkan Allahyarhan disisi mereke yg dikasihiNye

Al-Fatihah utk Allahyarham juge utk Allahyarham/Allahyarhamah PRamlee&Saloma yg telah mendahului kite
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 4, 2009, 9:49am

[image]

Kasih Sayang (Osman Ahmad/Jamil Sulong) - Saloma - OST filem "Kaseh Sayang" keluaran 1957.

Dalam filem arahan Phani Majumdar/Jamil Sulong ini suara Saloma digunakan oleh Neng Yatimah yang berlakon sebagai Halimah, orang gaji keluarga Sudanto (Haji Mahadi) dan Kartini (Saadiah). Lagu ini dinyanyikan dua kali. Pertama ketika mendodoikan Sudartini (Hasimah Yon), anak Sudanto dan Kartini sewaktu masih kecil dan kali kedua ketika Halimah di dalam penjara.

Versi piring hitam dinyanyikan oleh Normadiah (1957)
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 5, 2009, 9:12pm

[image]

Lirik Inang Baru diterbitkan di Indonesia dalam buku lagu Malaya Populer susunan Djelita N, keluaran Suara Emas Publisher pada tahun 50-an.

Inang Baru (P. Ramlee/Jamil Sulong) - Saloma - OST filem Penarek Becha terbitan 1955.
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 7, 2009, 9:05pm

Menanti Bahagia - OST filem Salah Sangka (1956) - Saloma

Nyanyian Saloma adalah untuk Mislia, yang menjadi heroin dalam filem arahan B.N. Rao ini.

Versi rekod yang juga dinyanyikan oleh Saloma diedarkan pada 1957. Pencipta lagu: Yusof B.
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 8, 2009, 10:37pm

[image]

Tangisan Malam (Yusoff B/Yusnor Ef) - Saloma dgn Dendang Perindu dbp Kassim Masdor - Parlophone EGEP 653 (1968)
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 13, 2009, 1:42pm

OST filem "Seruan Darah" (1957) - Saloma
Re: Saloma
Post by yudhie on Oct 18, 2009, 9:20pm

Entah Dia Entah Bukan (Ahmad Jaafar) - Saloma
Re: Saloma
Post by terangbulan on Oct 25, 2009, 5:09pm

Sebuah Lagu Keroncong dari alunan Saloma. Lagu ini sangat merdu dan enak didengar waktu2 petang begini sambil minum2 dengan keluarga atau waktu malam sedang berbaring di atas kadil sebelum memelapkan maata.

Lagu asal Alonan Biola ini di nyanyikan oleh P. Ramlee dalam cerita Antara Dua Darjat. Nyanyian semula Saloma ini dibuat pada tahun 1974.

Dengarkan betapa merdunya lagu ini. Pasti anda akan terpesona

http://www.4shared.com/file/143465661/70e30c12/Alonan_Biola_-_Saloma.html
Re: Saloma
Post by classicguys on Oct 27, 2009, 2:31pm

[image]


Memang sedap sesangat , waktu P Ramlee sendiri yg nyanyikan dlm Antare Due Darjat time hujan tu bg aku ok lah tp bile dah sampai ke tangan Biduanita Saloma ie jd sangat2 sedap kerane sesuai benar dng ton suare dan gaye nyanyian saloma ,
sampai sekarang utk lagu irama keroncong gitu saloma yg telah berpuluh tahun meninggalkan kite tetap antare yg terbaik

beze dng penyanyi2 skg yg makin meminggirkan irama warisan

banding dng lagenda2 seperti Saloma, P Ramlee, Sudirman& lain2 walau boleh menyanyi dng baik dlm ape jue irama yg up tudate dizaman masing2 mereke tetap x pinggirkan irama warisan yg menjadi identiti bangse kite

ade sesape yg ade simpan sebuah lagu rancak nyanyian saloma duet dng P Ramlee ke Ahmad Daud saye pun dah lupe, tajuknye PUJAAN HATI KU
dah lame x dengar iramanye masih jelas dlm ingatan tp lirik& penyanyi Lelakinye saye dah lupe
tp bg saye ie salah sebuah lagu rancak saloma yg sgt sedap didengar

Re: Saloma
Post by terangbulan on Oct 27, 2009, 3:04pm

Ini Dia Lagunya classicguys Nyanyian Puan Sri Saloma dan Datuk Ahmad Daud

Pujaan Hatiku
http://www.4shared.com/file/144001127/a6....Ahmad_Daud.html


Re: Saloma
Post by classicguys on Oct 27, 2009, 5:16pm

terime kasih encik Terang Bulan x sampai beberape minit saye buat permintaan ie telah ditunaikan
Re: Saloma
Post by classicguys on Oct 30, 2009, 10:03pm

Kemerduan suare emas Biduanta Saloma yg tiada tolok bandingnye disokong pule oleh kebolehan beliau berbahasa Inggris dengan baik serta boleh pulak menyanyikan lagu Inggris dng baik dilengkapkan lagi dengan kejelitaan yg dimiliki oleh Beliau membuatkan kehadirannye ketika menyertai rombongan ke festival2 filem diluar negara mampu mencuri perhatian pelbagai pihak ,
situasi ini membuka peluang utk beliau mencipta sejarah sebagai Anak Melayu Pertama
:o diundang utk buat show di luar negara& juga di hotel2 ternama dunie
ketika membuat persembahan di Australia beliau mendapat liputan meluas pihak media negara itu yg menggelarkan beliau Marilyn Monroe Of Singapore

[image]
Gambar kenangan Biduanita Saloma bersama beberapa org peminatnya diluar negara

oleh kerana kemampuan luar biasa beliau mencipta sejarah ini ditambah pengaruh &sumbangan beliau yg sangat besar kepada pembinaan industri muzik melayu moden ini membuat kan beliau dikenang sebagai LAGENDA yg belum ada galang gantinye dlm lipatan sejarah dunie hiburan kite
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 1, 2009, 10:12am

[image]

Dengan Air Mata (Ahmad Jaafar) - Saloma dgn Malindo Sextet pim. Ahmad Jaafar - Parlophone DPE 8108 - 1960
Re: Saloma
Post by rossman on Nov 5, 2009, 7:56pm

Terima Kasih, Classicguys,
Gambar tu memang klasik !
Ingat tak lagu " JELINGAN MATA " ? Pernah menimbulkan kontroversi. Ramai yang menganggap lagu itu adalah ciptaan Ahmad Jaafar. Tajuknya juga ditukar menjadi " Jelingan Manja " !
Mungkin classicguys dah tahu siapa penciptanya. Beliau bernama DICK ABEL . Saya hanya tahu latar belakang sepenuhnya manusia bernama DICK ABEL ini tetapi saya masih belum ada peluang untuk melihat wajah sebenarnya. Kalau classicguys ada foto dia, tolong lah tunjukkan kepada saya. Mengikut pada sumber yang saya perolehi, DICK ABEL seorang yang kacak dan tinggi lampai . Berkuturunan Belanda. Tu pasal bila saya lihat gambar Saloma bersama budak-budak Mat Salleh tu, saya ingatkan Dick Abel !

Saya pun belum pernah melihat rekod lagu itu. Kalau bro Yudhie ada, boleh tunjukkan tak ?
Re: Saloma
Post by classicguys on Nov 6, 2009, 10:42am


Nov 11, 2007, 11:43pm, imi wrote:
Bro.Yudhie, Dalam blog Bro. Miraks ada artikal Saloma diura2kan bertunang dengan pemuda Irish dari Scotland bernama Kenny Davis Buchanan, kemungkinan lelaki yang bergambar dgn Saloma itu adalah lelaki Irish tersebut. Tak apalah siapa pun dia, itu adalah sejarah... Saya perasan kebanyakan gambar2 Saloma suka menunjukkan tangan, memang diakui Saloma memiliki kuku panjang yang cantik.


diatas ni lagi satu tulisan yg mengaitkan Saloma dng Mat Salleh
tak silap time tu diorg bincang pasal gambar ni
[image]

sejujurnya saye rase Encik Rossman tahu lebih banyak dari saye
saye lahir 1986 3tahun lps Arwah meninggal

kerje saye kat sini tukang kutip
kutip lagu kutip pic kutip info2 yg x pernah saye dengar sebelum ni
dah banyak sgt mengutip segan pulak
so ape2 bahan yg saye jumpe kat luar mcm artikal berkaitan ke
@gambar2 yg belum ade kat sini saye muat kan
kekadang tu saye edit saye warnekan gambar hitam putih kalau rase cun saye naikkan kat sini
tu je yg mampu saye bg

[image]

pic saloma dlm flm AZIMAT sebelum menyanyikan lagu Jelingan Mata

babak tengah menyanyikan lagu ini juge dimuatkan semule dlm flm Ibu Mertue kt time Kasim Selamat&Sabariah tgh joli duit yg diberikan Nyonya Mansor
Re: Saloma
Post by rossman on Nov 6, 2009, 9:57pm

Terima kasih dan tahniah classicguys,
Dalam usia yang muda, awak mampu memiliki bahan yang luar biasa !
Kalau rasa2 nak tukar-menukar memorabilia, ingat nama Rossman ! Hehehe...
Re: Saloma
Post by rossman on Nov 7, 2009, 10:03pm

SALAM IMI,

Saya dah tunaikan permintaan imi mengenai Saloma.
Jangan lupa buka mail.
Re: Saloma
Post by scintillating on Nov 8, 2009, 5:35am

apa thingy2 abell nie?

saya rasa pernah tengok nama dia di piring hitam. takda pulak syarikat piring hitam guna Thingy Abell, yang ada cuma Dick Abell.

jgnlah kita terlampau ghairah dan malu tak bertempat,sedangkan nama Dick adalah nama yang common di Barat, contohnya Dick Whittington - datuk bandar London yang namanya diabadikan dalam fairy tale dan familiar dikalangan kanak2 di England satu masa dulu; Dick Turpin - penjenayah dan perompak jalanan di England satu masa dulu.

saya harap bagi tujuan historical accuracy, perkara sebegini tidak harus diulangi lagi. kalau sudah namanya Dick Abell,tulis saja begitu...senang untuk org buat kajian kerana tak ramai yg familiar dgn nama ini.

harap jgn ada yg tersinggung dgn teguran ini....
Re: Saloma
Post by taruna on Nov 8, 2009, 3:26pm

Assalamualaikum semua,
saya baru saja menjadi ahli. saya seorang pensyarah di sebuah institusi kerajaan mengajar Malay Studies termasuk sejarah filem dan muzik melayu dan antarabangsa.
laman ini sungguh menarik dan informatif. walaupun saya mempunyai pengalaman membuat kajian tentang perfileman melayu, setelah melawat web ini, rupa-rupanya saya masih perlu belajar lebih banyak lagi tentang subjek ini. saya sentiasa menggalakkan students saya melawati web ini untuk mendalami ilmu sejarah filem melayu.
mengapa saya menjadi ahli pada hari ini ?
sebenarnya saya dah terpaksa sebab hendak membetulkan sedikit kekeliruan yang timbul mengenai perkataan ' thingy ' yang dimaksudkan oleh sdr scintillating.
saya sendiri pernah mengalami perkara atau kesilapan teknik yang sama ketika sedang mencari maklumat mengenai filem " D.I. C. K TRACY ". Tiba-tiba yang terkeluar dalam laman adalah perkataan ' thingy '. pening kepala saya sebentar ! saya sendiri tidak tahu mengapa perkara ini boleh berlaku kepada perkataan itu. jadi saya terpaksa mengikut peraturan yang dikemukakan dalam web tentang perkataan itu.
setiap huruf perkataan ' D.I.C.K. ' perlu dijauhkan, baru anda akan dapat perkataan yang dingini.

saya harap ini akan menjawab segala kekeliruan.

akhir sekali, kepada semua terutama chubbyghaz, yudhie, effendimiharja, terangbulan, zulqassem dan yang lain-lain yang saya terlupa nama - teruskan perjuangan anda kerana ramai students-students saya telah mendapat faedah dari melayari web ini.

taruna, selangor
Re: Saloma
Post by admin on Nov 8, 2009, 10:04pm

orite.. jangan ragu2 tentang hal "thingy" ni lagi.. benar kata bro taruna.. memang perkataan atau nama "dick" secara atomatik ditukarkan pada "thingy" oleh sistem forum ini. Perkataan/nama tersebut adalah antara "sensored words" mereka.

Hamlau telah pun mengambil langkah untuk membenarkan perkataan tersebut.. sebagai bukti -- Dick Abell & Dick Tracy..

Bro Scintillating dan Bro taruna.. syukran kerana maklum balasnya..
Re: Saloma
Post by classicguys on Nov 10, 2009, 2:38pm

Saloma tampil dng penampilan yg sedikit berbeze dari fesyen yg lazim kite lihat
[image]
ala2 Marilyn Monroe @ Elizabeth Taylor gitu


saye ade 1 permintaan
ade sesape yg simpan lagu Inggris nyanyian Saloma
seumur hidup saye sekalipun belum pernah saye mendengarnye
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 13, 2009, 11:19pm

[image]

Bila Kau Datang Padaku - Salmah Ismail dgn Orkes Irama Seni dbp Rahmat Ali. Lagu gubahan Dick Abell. Rakaman: 1955
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 15, 2009, 8:35pm

[image]

Hati Muda (P. Ramlee/Ainul Jamal) - Saloma dgn P. Ramlee Orkestra - daripada filem "Nasib Do-Re-Mi" - Parlophone DPE 8201 - 1966
Re: Saloma
Post by terangbulan on Nov 16, 2009, 7:30am

Tonton Video ini sampai habis



Nak Gelak pun ada
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 18, 2009, 9:30am

[image]

Menanggung Rasa - Salmah Ismail dgn A. Jaafar Orchestra - 1955 (sebahagian lagu).

Versi Kartina Dahari - Masa Berganti Masa
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 20, 2009, 7:32am

[image]

Gelisah - Salmah Ismail
Re: Saloma
Post by classicguys on Nov 20, 2009, 4:27pm

makin meriah sumbangan pic utk ruang saloma ni
saye pon x nk ketinggalan
[image]
Kamariah Noor&Saloma
Re: Saloma
Post by terangbulan on Nov 20, 2009, 5:32pm

Gambar ini tersangatlah cantik bagi saya tetapi ia nya senget sedikit jadi saya luruskan gambar ini. Harap classicguy tidak marah dan berkecil hati. Kalau saudara marah saya akan padamkan.

[image]
Re: Saloma
Post by taruna on Nov 20, 2009, 7:05pm

Wah....hari ni semua berlumba-lumba untuk mengeluarkan harta karun masing-masing !
Alhamdulillah....banyak-banyak sedekah pada hari Jumaat.

Classicguys......patutlah you pakai nama itu. Apa you bagi semuanya CLASSIC !!

Yang untung kita jugak ! Buat apalah nak sorok-sorok semua barang khazanah warisan Melayu.
Keluarkan apa yang ada ! ( tapi... kena jugak sorok sikit2...takut dah habis modal...hehehe )

Syukran, classicguys !
Syukran juga kepada terangbulan kerana membuat sikit adjustment !
Re: Saloma
Post by classicguys on Nov 20, 2009, 9:20pm

saye x kesah
sbb setiap 1 pic @ artikel sy letak kt sini
dekat 10 dari member2 lain saye kutip
ape yg nk berkire sgt
pic tu sebenarnye pon khazanah member MN yg lain
saye amik pakai kamera handset N96-5MB je
sbb tu senget sikit
tp saye letak sini dng izin beliau lh
cume die ckp x yah sebut name die jd saye akur
[image]
Saloma memang terkenal dng imeg wanita Moden yg sentiase akan mendahului zamanyer, bg saye itu lh salah satu ciri yg melayakkan beliau utk dianggap sbg seorang LAGENDA
di zaman kebanyakan org melayu masih naik basikal@motor dan wanita melayu x ramai yg keluar jauh dari rumah beliau telah memiliki kerete sport sendiri

SM5131


SM-mungkin SaloMa 53 saloma mule bergiat kat MFP kalau terbalikkan 35 tahun kelahiran beliau
1 1 tu tak tau lah melambangkan ape

Re: Saloma
Post by classicguys on Nov 20, 2009, 9:51pm

yg ni lak
asalnyer dari Poster Filem Seniman Bujang Lapok
flm yg merakamkan kehangatan kembara cinta Saloma&PRamlee
saloma dari awal2 lagi dh minat gile2 kt P Ramlee tp mcm2 trpakse ditempuhi sebelum impiannye menjadi kenyataan, termasuklah P Ramlee pernah sangkut kat kakak nye sendiri haiiii.....
"aku merasa malu kerna ku wanita, walaupun ku cinta ku pendam saja"
"ku hanya pandang dari jauh sambil hati mengeloh"

antare lirik2 lagu gendangan beliau yg sebenarnye pernah dialami sendiri oleh beliau
bile dh dpt tu umpame musafir haus bertemu air
"alang kah puas hati ku, bertemu wajah kasih ku"
hehehehe
sy edit sikit supaye beliau kelihatan lebih cun
hehehehe
[image]

bile P Ramlee dh takde lagi banyak lagu2 beliau yg sebenarnye mewakili cinte&rindunye pd PRamlee
sampaikan lagu Di Mana Kan ku Cari Ganti yg asalnye dicipte utk flm Ibu Mertuaku tu pun
bukan main TOUCHING lagi bile didendangkan semule oleh beliau

seolah2 lagu itu juge dicipte utk melahirkan lare jiwe yg ditanggung nye ketike itu

selain saloma sudirman juge banyak mendendangkan lagu2 yg membuatkan jiwe kite x keruan bile mendengarnye&mengenangkan kisah hidup penyanyinye

bile mendengar semule lagu2 tu kite seolah2 dapat berkongsi rase dng ape yg diluahkan dari suare hati penyanyi itu melalui lagunye dan secare tak langsung membuatkan mereke sangat dekat dihati kite

walaupun pade hakikitnye mereke telah lame dijemput pergi meninggalkan kite

lagu2& Artis2 skg dh x de bende2 camtu
kalau nyanyi lagu yg kononnye sedih pon plastik sesangat
mcm buat2&terpakse je...
ape yg penting glomer&kaye
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 21, 2009, 8:10am

[image]

Kenangan Rindu
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 21, 2009, 12:13pm

[image]

Bayangan Tinggi
Re: Saloma
Post by tigaabdul on Nov 21, 2009, 2:36pm

Wah makin panas SALOMA di MN ye ! Semua gambar yang pelik-pelik muncul macam cendawan tumbuh ! Terima kasih kpd Yudhie dan classicguys kerana sumbangan bro.

Without doubt, SALOMA adalah penyanyi wanita Melayu terbaik dalam dekad ini !! Tak usah nak pertikaikan lagi. Kita hanya ada satu BIDUAN NEGARA ! Jangan cuba nak merampas takhta itu !

Without fear or favour, standard penyanyi sekarang dari segi kawalan vokal, teknik menyanyi di atas pentas, penjiwaan senikata, belum dapat menghampiri kehebatan idola kita ini !
Jangan kata nak lawan Saloma, nak lawan penyanyi2 lain seperti Normadiah, Nona Asiah, Lena pun belum tentu !

Penyanyi dulu menyanyi dengan penuh jiwa raga. Recording di studio dengan satu nafas atau satu take ! Pitching mereka sangat perfect. Penjiwaan mereka menyusuk kalbu. Sebab apa ?
Sebab mereka adalah ' CROONERS ' atau BIDUANITA dalam ertikata sebenarnya. Ada penyanyi sekarang masuk studio recording dari siang hingga larut malam untuk perfectkan satu lagu !! Bila lagu dah siap, masih tak perfect lagi !! Salah siapa tu ?

Cuba kita selidik berapakah bayaran penyanyi2 tahun 50an bila membuat recording attau show !! Agaknya nilai yang mereka dapat dalam satu show, jika digunakan sekarang, nak beli kasut ADIDAS ciplak di Uptown PUN TAK CUKUP !!

Tapi penyanyi sekarang, tanya harga dulu, baru dia nak buat show. Ada yang dapat sehingga 40 ribu satu show, tapi masih belum sedar bahawa kualiti nyanyian mereka belum tentu boleh menjadi back-up singer di zaman P.Ramlee !

Saya harap mereka yang terasa pedas bila membaca ini akan mengambil iktibar dari kritikan kami. Bukan kami mahu anda jatuh dan terus melarat. Kami mahu anda ambil contoh dari kejujuran dan keikhlasan yang ditaburkan oleh penyanyi-penyanyi 50an.
Semoga anda boleh membela maruah warisan filem dan muzik bangsa ! Manalah tahu...
30 tahun akan datang...anda juga boleh menjadi legenda !

Kata Bujang Lapok .....' jangan maraaaah..'
Re: Saloma
Post by classic on Nov 22, 2009, 1:42pm

Semua orang dah banyak kali mendengar lagu lama yg nyanyikan oleh sesiapa saja mahupun artis kita sendiri... tapi lagu yang saya nak postkan ini bertajuk(tak tahu betul ke tidak) pesta Malam muda mudi dan ada kelainan sedikit, kerana di buat balik dengan mixing dan sound yg terbaru. lagu ini dinyanyikan oleh(Tak Boleh Bagitau sape:) ) penyanyi ni juga meminati semua seniwati-seniwati seperti Asiah,Lena,Rubiah,Normadiah,Momo, dan banyak lagi penyanyi dizaman tu... termasuk laa Biduanita tanahair kita Saloma... sila dengar di.

------------>> ( http://www.box.net/shared/evymf5g9e4 )
Re: Saloma
Post by classic on Nov 22, 2009, 1:43pm

rokok sekotak pon tak cukup nak beli... itu yang sedih tu...
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 23, 2009, 3:28pm


Nov 21, 2009, 2:36pm, tigaabdul wrote:
Wah makin panas SALOMA di MN ye ! Semua gambar yang pelik-pelik muncul macam cendawan tumbuh ! Terima kasih kpd Yudhie dan classicguys kerana sumbangan bro.

Salam tigaabdul,

Memang panas. Tigaabdul pun boleh menambah kemeriahan MN dengan menaikkan gambar, lagu dan bahan2 lain. Katanya ada majalah jawi. Sudilah kiranya menaikkan gambar dan artikel dari majalah2 itu untuk dihayati bersama di sini. Sumbangannya ditunggu .....................................................
Re: Saloma
Post by misskiah on Nov 24, 2009, 12:23am

brader classic,

Mana kau dapat lagu tu ? Dahsyat jugak budak ni !!
Aku rasa aku dah tahu sape dia. Ni mesti budak pompuan yang pakai nama saloma hujung dia. Tu hari dia ada keluar kat suratkhabar. Dia masih budak lagi. Tak silap aku, umur dia 14 tahun. Dia orang puji dia habis.
Tapi kalau lagu ini budak tu yang nyanyi, gua respek habis ! Rupa-rupanya ada juga budak yang boleh ‘ feel ‘ macam saloma.
Betul tak brader classic ? Mesti budak tu kan ? Cakaplah nama dia ! Orang lain nak tahu jugak .

Re: Saloma
Post by tigaabdul on Nov 24, 2009, 12:18pm

pertama, saya nak ucapkan tahniah kepada budak saloma tu yang mampu membawa lagu yang saya anggap berat untuk dihayati oleh seorang penyanyi muda ( betul ke 14 tahun ? ). kalau classic ada lagi, saya nak dengar. jangan setakat satu lagu je dia ' terror '. ( gambar dia takde ke?

kepada yudhie, bukannya saya tak sudi nak sedekahkan gambar2 di MN, tapi..sebenarnya... saya tak tahu cara dan bagaimana. kalau yudhie nak ajar saya cara yang ringkas, takpayah nak peling kepala, memang saya nak. kadang2 jealous jugak saya tengok you all begitu senang tampal gambar.

Tolonglah ajar saya, Tok Guru !
Re: Saloma
Post by puanseri on Nov 24, 2009, 1:42pm

1) 3 Abdul mesti ada website untuk download semua gambar

2) Bila dah di save (simpan) ada url dia untuk di tampal di dalam sini.

3) Baru boleh jadi.

4) Photobuckets yang paling terkenal lah.

http://photobucket.com/

5) cuba click saudara terangbulan punya photo right click dan dia akan beri properties di mana gambar itu tersimpan. begitu lah ceritanya.

6) cuba lihat dia simpan di mana

7) boleh juga lihat contoh dari simpanan Seri

http://s54.photobucket.com/albums/g91/x466077/
Re: Saloma
Post by classicguys on Nov 24, 2009, 5:15pm


suare&ton saloma memang dah sebati dng alam seni melayu
jd ramai yg cube&dpt menirunye tp bukan sepenuhnye
saloma yg asli tetap yg terbaik
[image]
Re: Saloma
Post by terangbulan on Nov 24, 2009, 5:23pm

Assalamualaikum puan seri dan tigaabdul. Bukan nak memperkecilkan kan puan sri, tetapi saya nak tunjukan saudara tigaabdul cara cara bagaimana nak tampal gambar atau menaikan lagu kat sini dengan cara yang mudah. (Tak Keliru)

Pertama sekali saudara Kena ada gambar atau lagu yang tersimpan didalam cekara padat saudara atau kena ada printer, lepas itu anda kena berdaftar dengan mana mana website yang memberi "free photo atau image hosting" untuk menampal gambar (Dikenali juga sebagai Perkongsian Fail Percuma).

Banyak website yang memberi khidmat ini seperti
1. www.photobucket.com
2. www.4shared.com

dan berpuluh puluh lagi. Ada satu website yang memberi secara percuma tanpa berdaftar ia itu

1. www.photolava.com

untuk permulaan cuba saudara tigaabdul pergi ke www.photobucket.com (website yg top sekali) dan berdaftar.

Setelah diterima pendaftaran anda, untuk menampal gambar klik upload images and video dan ikut arahan
[image]

untuk permulaan tak payah tulis title atau tag. Skip dan klik return to album.
[image]

Kemudian bila dah keluar gambar yang diupload kat photo bucket. acukan mouse anda kegambar nanti akan keluar popup untuk mendapatkan url nya.

seterusnya klik dalam kotak IMG code yang mengandongi url itu dan righthand klik url tersebut dan klik copy
[image]

kemudian pergi balik ke halam ini dan klik paste. Akan keluar nanti url itu seperti di bawah

[image]

Kedua dua perkataan dalam Kurungan adalah dalam huruf besar. Pastikan anda menukarkannya ke huruf kecil. Pastikan juga huruf slash dibelakang perkataan img itu tidak dibuang. Kalau semuanya ini tidak dilakukan, gambar tak akan menjadi

[image]

Selamat mencuba
Re: Saloma
Post by tigaabdul on Nov 24, 2009, 5:37pm

[image]

Yabababadoo !...saya dah pandai sekarang !
Terima kasih yudhie kerana mencetuskan idea untuk saya menimba ilmu. Terima kasih Puan Seri kerana memberi semangat.
Akhir sekali terima kasih Tuan Guru terangbulan kerana menunjukkan cara yang simple.
Janji mesti dikota. Terima lah sekeping gambar Saloma yang dipetik dari sebuah majalah Jawi. ( malam ni baru nyenyak tido...)
Re: Saloma
Post by yudhie on Nov 24, 2009, 10:22pm

Tahniah!!! Kerjasama antara Puan Seri, terangbulan dan tigaabdul telah membolehkan tigaabdul menaikkan gambar "Saloma - penyanyi profesional Melayu" ke MN. Semoga kejayaan ini merintis jalan bagi tigaabdul untuk terus menyumbangkan gambar dan sebagainya ke MN.

Semoga rakan-rakan lain juga dapat mempelajari cara yang dipaparkan terangbulan dan dapat memberi sumbangan apa saja ke MN.

Oleh sebab saya tak pernah melihat gambar yang dinaikkan tigaabdul itu sebelum ini, maka saya ingin menanyakan dari majalah apakah gambar itu diambil dan keluaran tahun berapa?

[image]

Saloma - OST filem "Adek-ku" terbitan 1956. Dalam filem arahan B.N. Rao ini, Saloma memegang watak Rosnah, yang sebelumnya diserahkan kepada Siput Sarawak.
Re: Saloma
Post by terangbulan on Nov 25, 2009, 9:00am

[image]

Re: Saloma
Post by classicguys on Nov 25, 2009, 11:23am


Nov 24, 2009, 10:22pm, yudhie wrote:
Tahniah!!! Kerjasama antara Puan Seri, terangbulan dan tigaabdul telah membolehkan tigaabdul menaikkan gambar "Saloma - penyanyi profesional Melayu" ke MN. Semoga kejayaan ini merintis jalan bagi tigaabdul untuk terus menyumbangkan gambar dan sebagainya ke MN.

Semoga rakan-rakan lain juga dapat mempelajari cara yang dipaparkan terangbulan dan dapat memberi sumbangan apa saja ke MN.

Oleh sebab saya tak pernah melihat gambar yang dinaikkan tigaabdul itu sebelum ini, maka saya ingin menanyakan dari majalah apakah gambar itu diambil dan keluaran tahun berapa?

[image]

Saloma - OST filem "Adek-ku" terbitan 1956. Dalam filem arahan B.N. Rao ini, Saloma memegang watak Rosnah, yang sebelumnya diserahkan kepada Siput Sarawak.


TQ encik Yudhie
kerana menaikkan lagu itu kesini
saye sukekan lagu itu sejak kali pertame mendengarnye&
ade 1 lagi lagu dari flm yg same yg juge bg saye x kurang enak didengar ,sekali dengar lirik&melodinye terus melekat dlm hati sy, lirik lagu yg satu lg tu lebih kurang begini

Mengapa
Selalu
Dalam hati terasa sangat rindu
Apakah
Asmara
Telah bertempat di dalam jiwa ku
Sebagai
Pengembara
tersesat tengah hutan rimba
Meminta
Pertolongan
Kepada siapa saja


kedua2 lagu berkenaan disampaikan oleh biduanita Saloma sendiri dipentas nyanyian sambil seniwati Hasimah Yon/Rosiah Chik dan lain2 mengambil peranan sebagai penari tp saye x pulak tahu tajuk@ name lagu2 itu utk memudahkan saye mencarinye@membuat permintaan hati he hati di Klasik nasional

menyentuh berkenaan Saloma menggantikan Sipot Sarawak dlm flm ini memanggil saye utk menaikkan pic ini

[image]

pic yg tengah tu adelah babal dari flm Pencuri dimane Sipot Sarawak selaku Sri Panggung utama sedang memarahi S.Karadisman yg cube mengaibkan&menyingkirkan suaminye lakonan Yusuf Latiff dng menuduhnye sbg pencuri sambil diperhatikan oleh Siti Tanjung Perak, S.Shamsudin dan Seniwati Mariani, Ini antare flm terakhir lakonan Primadona Antigonis Sipot Sarawakdi MFP yg juge penampilan pertame utk anaknyer Anita Sarawak di Layar Perak,

dlm flm ini 1 dialog pun x dierikan kpd watak yg dibawa oleh Mariani yg hanye memainkan peranan sbg penari@tukang ramaikan babak2 tertentu (pak pacak)mcm dlm pic itu
sebaliknye semue lagu2 dlm flm ini telahpun menggunekan suare Saloma,-samelah halnye dng P Ramlee di awal pembabitannye dimane suare merdunye lebih dahulu diterime&digune pakai dari peluang melakonkan watak yg lebih besar
Setelah Sipot Sarawak menyertai Mogok dan akhirnye Berhijrah ke Keris make terbuke lah peluang utk 2 beradik Lagenda ini merebut watak2 yg ditinggalkan oleh Siput Sarawak sekaligus mengukuhkan name mereke pule dlm bidang lakonan

pun begitu hubungan mereke dng Sipot Sarawak amat baik
bak kate Mariani dlm ketike ditemuramah Anita Sarawak dlm rancangan Anita semperne hari Raye tahun sudah

" i very close with your mother ,dulu time anita lagi kecik i yg tukarkan lampin u tau!" merah padam muke anita mendengarnye sbb segan hehehehe

pic2 sekelilingnyer tu pulak pic Saloma menjayekan watak yg ditinggalkan oleh Siput Sarawak dlm flm Adik saye, tp pic2 ni dari cd 1 sbb cd 2 dh patah dikerjekan anak buah saye,
budak2 nk marah sgt pun x gune
tp dlm flm ini beliau lebih jelite dlm cd 2 setelah berjaye mengikis harte keluarge Ahmad Mahmud
lain kali lah yg edit yg baru




Re: Saloma
Post by puanseri on Nov 25, 2009, 11:38am

[quote author=tigaabdul board=sumbangsih thread=85 Yabababadoo !...saya dah pandai sekarang !
Terima kasih yudhie kerana mencetuskan idea untuk saya menimba ilmu. Terima kasih Puan Seri kerana memberi semangat.
Akhir sekali terima kasih Tuan Guru terangbulan kerana menunjukkan cara yang simple.
Janji mesti dikota. Terima lah sekeping gambar Saloma yang dipetik dari sebuah majalah Jawi. ( malam ni baru nyenyak tido...)[/quote]

Alhamdulillah, 3abdul, saya juga dapat penerangan yang panjang lebar dari terangbulan, saya juga dapat belajar dari sana.

Di sini sama sama kita berkongsi, sama sama mendengar, sama sama beruntung hendaknya.

Seri sendiri tak banyak simpanan gambar atau lagu, banyak menimba dari memberi.


p/s lagu terangbulan ni pun sedap di dengar. ;D
Re: Saloma
Post by puanseri on Nov 25, 2009, 12:15pm

ini sahaja yang Seri ada..

[image]

saya beli tahun lepas..walaupun rasanya semua lagu tu dah ada dalam mp3...tapi sebab nak juga simpan yang kerasnya..

.. harga pun tak mahal...RM30 sahaja..kedainya pulak bukan lah besar..di KL Sentral..
Re: Saloma
Post by terangbulan on Nov 25, 2009, 12:45pm

[image]

004. lagu2 Cina Saloma
Re: Saloma
Post by puanseri on Nov 25, 2009, 1:04pm

Laman Hasri..

atau pun laman Abang Hassny yang dah tinggal nama tu .? sedih kan..

Sayang lagu lagu A Razak kat laman Abang Hassny tak sempat saya menyimpan..terang bulan ada simpan ke..kalau ada kongsi ler ye..4shared.. ;D

jangan lah suruh saya beli macam cakap kat Miss Kiah tu..seriau saya.. ;D

Re: Saloma
Post by terangbulan on Nov 25, 2009, 1:31pm

[image]
Re: Saloma
Post by classicguys on Nov 25, 2009, 7:59pm

[image]
POST CLASSIC BIDUANITANEGARA SALOMA
Re: Saloma
Post by misskiah on Nov 26, 2009, 2:17am

amboi....classic ,macam dah nak lari topik aje...!! bila dah sibuk belajar tampal tampal gambar ni macam dah lupa pulak dia nak bagitahu kita pasal budak yang nyanyi macam saloma tu....apa nama dia ? orangnya macamana ? kau bukan tak tahu sudah berapa kali aku mintak kau cerita pasal budak tu...ni pun rasa macam nak terkucil tapi ku tahan jebat...hehehe tolong ya....

aku tak kira aku nak malam ni jugak,maklum lah aku ni peminat p.ramlee...bila dah minat dengan p.ramlee sudah semestinya aku ni peminat bini dia....biduanita negara yang tersohor tu...bila dengar budak tu nyanyi bagus,mesti lah aku nak tahu....agar ada lah orang yang akan memperjuangkan lagu lagu saloma pulak....


Re: Saloma
Post by mrcupan on Nov 26, 2009, 8:33am

search di google...jumpa blogspot Anissaloma atau nama sebenarnya Nuriana Anis ;D

http://anissaloma.blogspot.com/2009/05/anis-saloma.html
Re: Saloma
Post by tigaabdul on Nov 26, 2009, 12:38pm

[image]

Maaf kepada terangbulan dan yudhie kerana saya menyepi selama 2 hari. Saya kena flu. Agaknya badan ni terus terperanjat bila dah pandai menampal gambar.

Terima kasih sekali lagi kepada terangbulan kerana membantu saya.

Tentang gambar Saloma yang yudhie ingin nak tahu, saya terserempak dengan gambar itu semasa kawan saya menjual majalah itu di Amcorp. Saya hanya sempat scan gambar itu disitu jugak. Kalau tak silap saya, gambar itu diambil dari majalah Mutiara ( jawi ) yang dikeluarkan pada tahun 1957. Saya dengar minggu depan ada majalah nak dijual lagi. Kali ini dalam bahasa jawi. Saya rasa saya orang pertama yang akan rembat majalah itu. Kalau tak cukup duit, saya tahu lah pinjam kat mana. Janji boleh dapat majalah tu sebelum orang lain kebas !

Kepada ahli yang nak balik kampung raya ni, janganlah drive gila-gila ! Ada banyak lagi gambar yang saya nak tampal pada masa depan. Nanti rugi pulak tak dapat tengok !!
Re: Saloma
Post by terangbulan on Nov 26, 2009, 9:39pm

[image]
Re: Saloma
Post by filemklasik on Nov 26, 2009, 9:47pm

Utk pengetahuan semua,saya baru join dan ternampak isu Saloma mengenai filem adikku..di youtube ada beberapa lagu petikan filem itu..
ini urlnya: http://www.youtube.com/user/filemklasik
Re: Saloma
Post by classic on Nov 27, 2009, 5:41am

agu anis saloma yang saya postkan untuk membuat perbezaan antara mereka berdua uhuk uhuk... Dalam album anis saloma takder lagu pesta muda mudi jadi saya letak lagu 'Perwira' Enjoy!


----->>> ( http://www.box.net/shared/qixbnp3a7f )<<<-----
Re: Saloma
Post by terangbulan on Nov 27, 2009, 3:22pm

classic dengar lagu ini malam pesta muda mudi dari nyanyian Ayu Cendana. Ko tentu kenal benar dengan dia...he..hee.

http://www.4shared.com/file/160683449/eb...._-_Ayu_Cen.html

[image]
Re: Saloma
Post by classicguys on Nov 27, 2009, 7:39pm

S e L a M a T H a R i R a Y e H a J i
[image]
SALOMA

kekadang saye ter fikir gak
yg menghiasi kepale biduanita kite ni
lebih layak disebut Rambut Palsu@ Topi???


ape pun saloma tetap stailo & x pernah kalah dlm bab Bergaye


sindrum meniru saloma ni dah bermule sejak beliau masih ade lagi

tp saloma tetap saloma
die 1 dlm sejuta

dtg berape ramai lg pun
tetap x dpt menggugat tahta utama yg telah sekian lama dimiliki oleh saloma yg sejati
di hati ini
hahahaha


tp bagos gak

sbb kalau kite tengok klon Marilyn Monroe & Elvis Presley bersepah2 kat muke bumi ni

secare x langsung kewujudan klon2 ini berpuluh2 tahun setelah individu yg sejatinye tiade lagi membuktikan yg aura mereke x pernah mati
Re: Saloma
Post by classic on Nov 27, 2009, 11:44pm

kantoi plak... tak sangka ada org jumpa lagu ni kat youtube....
Re: Saloma
Post by classicguys on Dec 4, 2009, 3:27pm

[image]
BIDUANITA NEGARA SALOMA dng Feysan 60an yg memang simonim dng nye
Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 5, 2009, 12:16pm

[image]

Doa Ibu - Saloma dengan Kenchana Orkest pimpinan Ahmad Wan Yet
Re: Saloma
Post by classicguys on Dec 5, 2009, 6:04pm

TQ Encik Yudhie
cantik betul gambar saloma kamu tu
saye pernah lihat sebelum ni dlm URTV edisi 756 1-15 nov 2009
[image]
gambar ini pd kulit piring hitam kepunyaan Jaffar Onn
tp pic tu kecil sgt(yg saye naikkan ni dh saye besarkan sikit)
x jelas tp saye kenallah tu pic saloma
Terime Kasih sekali lg kerane sudi berkongsi disini
Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 5, 2009, 9:35pm

Sama-sama classicguy. Gambar itu memang dari LP "Dendang Saloma (Saloma Sings) Album II" - Parlophone PMDE. 303 yang merupakan kompilasi lagu-lagu yang sebelumnya pernah dirakamkan ke piring hitam 78 rpm.


Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 9, 2009, 10:15am


Jan 31, 2009, 4:50pm, zulqassem wrote:
Salam,

Layankan.
Saloma - Kafilah

[image]

Khafila (Ahmad Nawab) - Saloma - Merdeka Film Productions Film Soundtrack "Asmara Kirana" - Parlophone DPE-8223 - 1971
Re: Saloma
Post by classicguys on Dec 13, 2009, 8:19pm

Hubungan baik
[image]
copel Lagenda Saloma & P Ramlee bertandang ke kediaman Tengku Abdul Rahman Putra Al - Haj
Re: Saloma
Post by terangbulan on Dec 16, 2009, 9:24am

[image]


[image]

Re: Saloma
Post by misskiah on Dec 17, 2009, 4:56am

[image]


walau pun tak kiah punya ni tak secantik terangbulan punya ( tapi bak kata ibrahim din dalam filem anak bapak...bukan coat yang nak sembahyang tapi hati yang ikhlas mengadap tuhan...) hehehe...

mahu tak susah buat benda ni...kiah kan baru tahu nak tampal tampal gambar ni,itu pun ada hati nak buat benda ni...apa apa pun kiah buat benda ni ada lah dalam 3 ke 4 jam...kesian KIAH.. ;)
Re: Saloma
Post by misskiah on Dec 17, 2009, 5:22am

[image]



[image]
Re: Saloma
Post by effendimiharja on Dec 17, 2009, 8:17am


Salam missKIAH 8-)

Pada pengamatan mata saya yang semakin kabur ini foto Disember adalah Mariani bukan Saloma. Ada yang setuju dengan saya? ::)


Re: Saloma
Post by terangbulan on Dec 17, 2009, 8:46am

Mungkin jugaklah effendi. Yang July pun bukan macam saloma, tapi aku suka gambar posting August
Re: Saloma
Post by misskiah on Dec 17, 2009, 5:27pm

salam effendi....

ya ke mariani..??..bukan mata awak yang kabur kut....jangan jangan kiah pun dah nak kabur tak.....hehehe

awak pasti ke itu mariani..??
kalau ada sapa sapa yang boleh pastikan kiah yang gambar DECEMBER tu mariani kan bagus...

effendi kata DECEMBER tu mariani...yang terangbulan pulak kata yang JULY tu bukan saloma....ini baru best, SAPE LAGI BOLEH CARI YANG MANA BUKAN GAMBAR SALOMA..??

( TAPI ADA ORANG CAKAP MUKA KIAH MACAM YANG AUGUST TU LAH...hehehe )
Re: Saloma
Post by filemklasik on Dec 17, 2009, 9:11pm

Tidaklah,semuanya Saloma.Saya pasti. :)
Re: Saloma
Post by misskiah on Dec 17, 2009, 10:34pm

ok...filemklasik kata semua saloma....ada tak sapa sapa nak argue lagi.....
Re: Saloma
Post by classicguys on Dec 17, 2009, 11:17pm

Yg JULY tu memang gambar saloma
saye pernah lihat gambar itu ditayangkan dlm salah1 episot Gemilang filem melayu beberape tahun sudah di astro
malah Imude dlm banyak2 gambar saloma yg cun2 Imude memilih utk melukis gambar ini sbg mewakili saloma dlm senarai 40 wanita yg ternama berjasa&diminati oleh imuda

[image]
potret Saloma yg dilukis Imuda
(kalau gambar asalpun Encik terangBulan dh mushkil saloma@org lain pic yg saye lampirkan ni tah dpt diterime@X tak taulah)

Bagi saye gambar June tu yg plg cantik huhu
tp mungkin sbb ie terlalu Sexy
jd kang dah penat2 lukis x dibenarkan utk dipamirkan pulak jd ie x terpilih utk dilukis@ imude sendiri x pernah lihat lg gambar tu

ape pun semue 12 gambar saloma tu cantik2 belake
terime kasih Miss Kiah kerane membuatkan saye tersenyum sepanjang hari sbb dpt melihat pic cun tu

Re: Saloma
Post by misskiah on Dec 19, 2009, 3:35am

[image]
Re: Saloma
Post by misskiah on Dec 19, 2009, 3:38am

[image]

waaaa....sekarang baru aliph nampak smart sikit.....geram pulak Kiah tengok....hehehe ;)
Re: Saloma
Post by terangbulan on Dec 19, 2009, 7:01am

[image] [image]

Dalam Photo yg pertama aku tak nampak wajah saloma tetapi pada photo yang kedua (sketch) aku nampak saloma. Perhatikan matanya didalam photo kedua jelas terbayang wajah saloma.

Ada sesiapa yang bersetujua dengan aku, kalau tidak kena pakai cermin macam aliph
Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 19, 2009, 10:20am

Salam semua,

Dinaikkan gambar yang lebih besar supaya lebih mudah untuk memastikan apakah ini gambar Saloma atau bukan.

[image]
Re: Saloma
Post by classicguys on Dec 19, 2009, 3:27pm

tQ yudhie berseri betul muke saloma time ni
Re: Saloma
Post by classic on Dec 20, 2009, 8:27am

kalau Aliph tak nampak jugak... kasi cermin mata yang ada power lebih.. rabun lagi tu... cari bingkai cermin mata yang ceria skit... baru la hensem encik Aliph kita
Re: Saloma
Post by aliph on Dec 20, 2009, 1:32pm

nampaknya kat sini pun ada kontroversi juga ekoran post saya yang terdahulu. saya dah deletekan post tersebut

mohon maaf kepada semua
Re: Saloma
Post by misskiah on Dec 20, 2009, 8:46pm

terangbulan, jangan risau...kiah memang tak boleh bagi terangbulan pakai cermin mata pun...sebab terangbulan asyik naik kuda aje..hehehe

halloooo....aliph, jangan lah marah ya... kiah gurau aje...kan gurau tu tanda kasih sayang..hehehe
kan kiah dah cakap, kontroversi tu bagus, jangan lah main delete delete post tu....tak baik, nanti orang yang baca MN tak faham apa citer pulak...hahaha...hensem apa pakai cermin mata..!! tu budak classic dah tegur tu...!!

hai classic...kau pun nak pakai cermin mata ke..?? nanti kau taruk gambar kau kat sini, buang gambar api tu...hehehe.
Re: Saloma
Post by admin on Dec 21, 2009, 5:17pm


Dec 19, 2009, 3:38am, misskiah wrote:
[image]

waaaa....sekarang baru aliph nampak smart sikit.....geram pulak Kiah tengok....hehehe ;)


Haha bro Aliph.. apa nak marah.. gurau2 jer.. kiut aper... haha
Re: Saloma
Post by aliph on Dec 22, 2009, 7:41am

saya tak marah la bro hamlau. cumaa....

aku tak mau namaku dipermain˛kan lagi <---- kassim selamat & sabariah mansor ;D
Re: Saloma
Post by md0u on Dec 23, 2009, 2:04pm


Dec 5, 2009, 6:04pm, classicguys wrote:
TQ Encik Yudhie
cantik betul gambar saloma kamu tu
saye pernah lihat sebelum ni dlm URTV edisi 756 1-15 nov 2009
gambar ini pd kulit piring hitam kepunyaan Jaffar Onn
tp pic tu kecil sgt(yg saye naikkan ni dh saye besarkan sikit)
x jelas tp saye kenallah tu pic saloma
Terime Kasih sekali lg kerane sudi berkongsi disini


Apakah lagu-lagu yang terdapat dalam album itu?

Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 25, 2009, 1:28pm

Untuk mdOu dan semua peminat Saloma, dinaikkan gambar belakang sampul rekod "Dendang Saloma - Album II":

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Dec 27, 2009, 12:57am

[image]

Saloma dalam filem "Perkahwinan Rahsia" keluaran 1951 - menyanyi menggunakan suara penyanyi lain:

mari kita bersuka ria
ini hari yang sangat bah'gia
merayakan bersama-sama
ibu bapa yang sentosa

Re: Saloma
Post by tunasharapan on Dec 27, 2009, 10:48pm


Dec 25, 2009, 1:28pm, yudhie wrote:
Untuk mdOu dan semua peminat Saloma, dinaikkan gambar belakang sampul rekod "Dendang Saloma - Album II":

[image]


Dari album yg sama senarai lagu bersama gambar

[image]



wassalam
Re: Saloma
Post by classicguys on Dec 31, 2009, 7:52am

[image]
Biduanita Lagenda Saloma menggayekan kemeje belang2
Re: Saloma
Post by classicguys on Jan 3, 2010, 11:29pm

[image]
ni lak pic saloma utk bulan April dlm kelander Miss Kiah tu
S e L a M a T T a H u N B a R u
Re: Saloma
Post by misskiah on Jan 8, 2010, 4:36pm

salam...classicguys,

cantik betul gambar saloma yang baju belang belang tu...apa apa pun TQ lah boleh lah kiah ambik gambar tu...tapi gambar awak yang hensem tu takde lak kat situ...amboi dah macam s kadarisman pulak, memang klasik..tu pasal mana awak pun classicguys ya..!! ;)
Re: Saloma
Post by terangbulan on Jan 8, 2010, 8:12pm

Sebuah Lagu Dari Saloma dari Filem Azimat

Video Clip
http://www.4shared.com/file/191359147/b2102c08/Azimat_CD_1_CUT.html

mp3
http://www.4shared.com/file/191368695/13e33859/Azimat_CD_1_CUT_CUT.html

Re: Saloma
Post by rossman on Jan 20, 2010, 2:38pm

Saya yang sibuk2 dengan poster gempak filem " MOGOK " itu, sampai lupa pulak nak luahkan perkataan in ...

SELAMAT BERJUANG LAGI, missKIAH !!

Saya sedang mencari idea lagi untuk kacau kiah ! ( mungkin besok kut ? )

Didalam thread Jins Shamsuddin, kiah ada berbincang dengan TIGERLUKE tentang rokok apa yang dihisap oleh SALOMA. Malangnya tigerluke pun tak tahu, walaupun dia kaki merokok sehingga terangbulan terpaksa keluarkan WARNING SIGN !!

Insyaallah malam ni saya akan keluarkan foto Saloma sedang merokok ! Pandai2lah kita tengok brand apa yang dia hisap !!







Re: Saloma
Post by classicguys on Jan 20, 2010, 6:29pm

Bukan susah nk jumpe pic Saloma sedang merokok
dh die memang perokok
[image]
X jd isu lah
zaman hayat beliau rokok tu hukumnye cume makruh je
pak2 lebai borak2 kat serambi mesjid pun merokok
sampai ke hari ni kat kampung aku bersepah nenek2 tue isap rokok daun sambil menoreh@mengail
inikan pulak Saloma


ape2 pun sejarah memang x boleh diubah
& kite semue manusie biase memang x sempurne
Rasullah je yg maksun utk jd tauladan mutlak pd umat manusie keseluruhannye
yg lain2 tu
yg baik jdkan tauladan
yg buruk jdkan sempadan
Re: Saloma
Post by saroja on Jan 20, 2010, 8:50pm

iya dah...
tapi kan... yang kat bawah tu memang class lah..buat dek ja ;)...siap gaya dengan paip beb...tapi yang pasti berasap tak bersap je..
Re: Saloma
Post by misskiah on Jan 20, 2010, 9:10pm

TERIMA KASIH BRO ROSSMAN....

wah....dah ada gambar kat sebelah tu nampak nya ya..!! bukan calang calang orang tu 'OBAMA' SIAP PAKAI BAJU MELAYU PULAK TU....HEHEHE

Tu lah, semua orang tahu rokok apa p.ramlee hisap kan....
kiah cuma nak sesangat tahu saloma hisap rokok apa..., ?? tak sabar nak tahu lah bro rossman...



Re: Saloma
Post by azfar on Jan 20, 2010, 11:06pm

Hi,
Pak Yusnor Ef pernah beritahu saya yang Saloma hisap rokok brand Salem. Something about die suke rokok 'sejuk'. Agaknye die refer to rokok menthol gaknye.
Re: Saloma
Post by misskiah on Jan 20, 2010, 11:43pm

hi...azfar_rykel
tq sebab bagitahu kiah yg saloma hisap rokok salem...!!
Re: Saloma
Post by azfar on Jan 21, 2010, 12:00am

no pobem chek kiah
Re: Saloma
Post by rossman on Jan 21, 2010, 12:16am

[image]

memang benar kata azfar.
Mama hisap rokok SALEM ( bukan SALIM, rokok seludup buatan terangbulan )
Tetapi selepas Mama berhijrah ke Kuala Lumpur, dia telah menukar brand kepada rokok PETER STUYVESANT. Masa tahun 70an, rokok Peter dah kira CLASS !
Re: Saloma
Post by azfar on Jan 21, 2010, 12:51am

kelass betul arwah mama nie
Re: Saloma
Post by terangbulan on Jan 21, 2010, 10:16am

Dah ramai wanita kita hisap rokok sekarang. missKIAH kita hisap rokok apa pulak.

Aku rasa boleh teka...hisap rokok Salim kan.
Re: Saloma
Post by misskiah on Jan 22, 2010, 12:01am

kiah dah lama merokok....sejak dari baby lagi !!! hehehehe....

[image]
Re: Saloma
Post by chubbyghaz on Jan 22, 2010, 7:52am

Kalau tak silap saya, selain Saloma, antara seniwati filem Melayu yang merokok ialah Siput Sarawak, Mak Dara dan Habsah Buang. Kalau kalian tengok gigi mereka bila diambil gambar filem dari jarak dekat, karatnya satu macam ... Hehehehe!

Ghaz, KL
Re: Saloma
Post by classicguys on Jan 22, 2010, 2:51pm

kan bagos kalau kite mencontohi Seniwati Sarimah
yg sentiase mengamalkan dan mementingkan gaye hidup sihat
nk muke berseri rajin perbaharui air wuduk selain zikir@mengaji Al Quran
bersih&cantik luar dalam barulah serinye tak luntur dimamah usie

apepun keikhlasan bakti Saloma & lain2 dlm dlm bidang seni juge sesuatu yg terpuji&juge wajar dicontohi

yg baik itu lah yg selayaknye kite kagumi
yg x berape sihat@baik tu biar lah ie berlalu dlm lipatan sejarah
adat hidup memang ade hitam putihnye
Re: Saloma
Post by misskiah on Jan 23, 2010, 1:24am

hi...azfar_rykel

gambar hensem yang kat sebelah tu gambar u ke..?? kalau betul lah itu u...ish..ish..ish...CUBAAN.....hehe

tapi apa yang azfar cakap tu memang betul , mama memang ada kelasss....relax jerrr tak peduli apa orang nak kata...walau pun seorang yang kuat merokok....suara dia, masyaallah...( lu pikir lah sendiri ) :)
Re: Saloma
Post by azfar on Jan 23, 2010, 5:43pm

hi chek kiah~

err..pic tu memang lah fa. hensem tu tidak lar tapi sederhana jer. fa tengah cari video mama nyanyi 'bila hati telah retak' dari filem tajuk yg sama. kengkawan mana yang ada sila lah upload kan di-sini. dah lama cari klip ni tapi yang di -tunggu tak tiba pulak. dah jaoh fa merantau ke jb dan kl cari tak ada pulak vcd nye.
Re: Saloma
Post by misskiah on Jan 24, 2010, 1:44am

ooo....itu bukan sederhana tu fa ooi....itu dah kira macho dah...hehehe

tentang video mama nyanyi lagu 'bila hati telah retak' tu, kiah pun takde...tapi kiah rasa, bro yudhie atau terangbulan mungkin ada lagu tu....cuba cuba lah goda diaorang tu...hahaha
Re: Saloma
Post by tunasharapan on Jan 24, 2010, 7:05am


Jan 23, 2010, 5:43pm, azfar wrote:
hi chek kiah~

err..pic tu memang lah fa. hensem tu tidak lar tapi sederhana jer. fa tengah cari video mama nyanyi 'bila hati telah retak' dari filem tajuk yg sama. kengkawan mana yang ada sila lah upload kan di-sini. dah lama cari klip ni tapi yang di -tunggu tak tiba pulak. dah jaoh fa merantau ke jb dan kl cari tak ada pulak vcd nye.


Sdr. Azfar. Selamat Datang ke Forum MN.

Tunas rasa filem Bila Hati Telah Retak belum divcd atau di dvdkan di pasaran. Barangkali ada dalam koleksi peribadi peminat filem melayu tahun 80-an. Sdr. Amat, ahli forum ni pun banyak menyimpan koleksi filem melayu lama, cuba-cubalah 'berkawan' dengannya.

Setakat nak dengar lagu tak jadi masalah sebab dalam youtube pun memang dah ada dinaikkan lagu itu, tetapi dengan image mama la, bukan dari klip cerita Bila Hati Telah Retak.



wassalam
Re: Saloma
Post by aliph on Jan 24, 2010, 10:20am

bro tunas!

filem bila hati telah retak pernah divcdkan sekitar 5, 6 tahun yang lalu. tapi anehnya bila saya cari balik vcd tu dipasaran, dah tak ada lagi. barangkali dah ditarik balik penjualannya. mujurlah saya ada membelinya waktu itu & masih menyimpannya lagi. kalau tak silap saya pernah emailkan imej saloma ketika menyanyikan lagu itu beserta dengan lagunya kepada salah seorang forumer kat sini. saya dah tak ingat samada yudhie atau jazzjoe. cuba rujuk balik posting˛ diawalan topik ini
Re: Saloma
Post by aliph on Jan 24, 2010, 10:44am

ahhh... saya dah jumpa imej tersebut, ada kat page 8.

[image]


Re: Saloma
Post by tunasharapan on Jan 24, 2010, 3:50pm

Oh begitu Bro Aliph. Tunas pun rasa-rasa memang klip tu dah dibincangkan dulu tapi dah lama - ingat-ingat lupa dan malas nak search. Kalau begitu baguslah. Terima kasih atas maklumat.

So Azfar, apa lagi? kalau betul betul minat 'bisik-bisik' le kat bro Aliph nie.

By the way Bro Aliph ke mana perginya otai-otai dan veteren kita kat sini yang dah lama tak menjelma spt. Jazz, Effendi, Patih, Seroja, Ghaz, Malaya, Cepuk, Pechot, 5Band, Tn Hj Hassny, Sdr Kamal dan lainnya selain Pak Cik Miraks yg setahu tunas baru pulang dari Mekah. Dah merajukkah mereka tuuuu ?
Re: Saloma
Post by misskiah on Jan 24, 2010, 9:24pm

wah....dasyat lah tunasharapan ni...semua dia ada, memang boleh memberi harapan pada kita ;)

ewah....abg aliph kita dah tukar gambar ya....tapi songkok tetep kena tinggi ya ;) ...baru rasa aura lama tu kan.??...hehehe

tapi satu lah , abg aliph kita ni, bagi gambar dia yang pandang kat tepi lah pulak....susah lah nak kacau dia....
Re: Saloma
Post by aliph on Jan 25, 2010, 7:32am

apa˛ ajelah hang ni kiah. hat tu gambaq aku paling hensem dok ada. tapi takpa, aku berani gak boh gambaq sendiri. hang bila nak boh gambaq hang?? heh heh!!

jangan marah kiah, satgi kena juai kat pajak gantung
Re: Saloma
Post by aliph on Jan 25, 2010, 7:39am


Jan 24, 2010, 3:50pm, tunasharapan wrote:


By the way Bro Aliph ke mana perginya otai-otai dan veteren kita kat sini yang dah lama tak menjelma spt. Jazz, Effendi, Patih, Seroja, Ghaz, Malaya, Cepuk, Pechot, 5Band, Tn Hj Hassny, Sdr Kamal dan lainnya selain Pak Cik Miraks yg setahu tunas baru pulang dari Mekah. Dah merajukkah mereka tuuuu ?


saya pun kurang periksa jugak la bro tunas. satu masa dulu nama˛ yang disebutkan ini la yang pernah memeriahkan MN ni. agaknya masing˛ ada komitmen yang lebih penting. bagi saya pulak, saya tetap akan menjengan MN ni setiap hari walaupun tak posting. just nak menambahkan info

oh ya (ayat standard drama gerak khas) ghaz ada jugak sekali sekala posting tapi tak la sekerap dulu & belum ada lagi yang dapat menandingi kuantiti posting beliau... hehe! dalam banyak˛ members kat MN ni cuma ghaz, bro fendi & bro saroja saja yang pernah saya hubungi menerusi telefon. yang lain˛ belum ada kesempatan lagi. nampaknya kita kena jumpa jugak la kat luar sekali sekala.. kan??

sorry, off topik!!
Re: Saloma
Post by azfar on Jan 25, 2010, 12:05pm

hi !

terima kaseh abg tunas & abg alip untuk lagu & image mama dari filem 'bila hati telah retak'. sebenarnya fa dah dengar lagu tuh, dah masuk kan dalam handphone pun buat ringtone. bestnya la kalau betul cerita tu dah ada dalam bentuk vcd, masih ada harapan untuk fa cari. asyik selalu bayangkan macam mana lenggang lenggok mama bila nyanyikan lagu tu. fa memang suka style bile mama perform. dan kepada chek kiah, kalau nak goda dorang main main mata tuh fa tak pandai lah. agaknya setakat siapkan kopi saje boleh tak..? hehehe
Re: Saloma
Post by misskiah on Jan 26, 2010, 2:54am

oops...sorry...itu lah yang kiah maksud kan....fa boleh siapkan kopi atau belanja minum kopi untuk diaorang tu semua....tapi rasa rasa dah tak payah buat dah sebab dah boleh dengar lagu tu kan....? .hehehe
Re: Saloma
Post by misskiah on Jan 26, 2010, 3:04am


Jan 25, 2010, 7:32am, aliph wrote:
apa˛ ajelah hang ni kiah. hat tu gambaq aku paling hensem dok ada. tapi takpa, aku berani gak boh gambaq sendiri. hang bila nak boh gambaq hang?? heh heh!!

jangan marah kiah, satgi kena juai kat pajak gantung


;D

mana boleh marah...betul la tu...kira bagus lah,letak gambaq sendiri...tapi kiah takde gambaq yang cun lah....bayang kan saja lah yang gambaq tu kiah ya...hehehe, lagipun sikit lebih kurang aje kiah ngan saloma tu....hehehee...
Re: Saloma
Post by tigaabdul on Jan 26, 2010, 10:10am

gambar aliph kali ni lebih smart dari yang dulu....macam YB tahun 50an ! very classic !
kalau nak smart lagi, kena pakai cermin mata !! hehehehe...

( di MN ni kalau takde gurau senda....nanti boring.....umpama DUNIA HANYA PALSU ! )
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 26, 2010, 9:18pm

Gambar ini pernah saya naikkan dahulu tapi sudah kena padam. Sekarang dinaikkan semula.

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 26, 2010, 9:25pm

[image]
Re: Saloma
Post by yudhie on Jan 26, 2010, 9:59pm

[image]
Re: Saloma
Post by azfar on Jan 27, 2010, 12:14am

fa suka lah mama punya sunglasses!
Re: Saloma
Post by misskiah on Jan 28, 2010, 2:09pm

kalau fa suka sunglass mama...kiah suka baju yang mama bergambar dengan p.ramlee tu...cantik betul...rasa rasa macam nak buat pulak....hehe
Re: Saloma
Post by azfar on Jan 31, 2010, 12:59pm

hmm...baju kebaya moden mama tu memang first kelass! tapi kalau chek kiah nak bikin satu, kain kembang payung tu mesti kena ada meleret panjang sikit. tapi jaga jaga kalau nak kejar bas tu , nanti tersandong , jatuh pulak rambut sipot beehive tuh. oh ya, jangan lupa aksesori klasik seperti beg kampit, kipas lace serta rokok dan manchis-nye!
Re: Saloma
Post by taruna on Feb 5, 2010, 12:16pm

Saya sedang mencari gambar KASWAN, suami Saloma yang kedua.
Kalau sesape ada, bolehlah kita share kat sini !!
Saya dengar dia seorang yang handsome, playboy Melayu No:1 di Singapura, pernah berkahwin denganbeberapa orang pelakon sebelum Saloma termasuk Fatimah Osman. Dia juga pernah ada affair dengan Hashimah Yon !!
Mungkin kita boleh calonkan dia sebagai lelaki paling laku pada zaman itu !! hehehehe...

Re: Saloma
Post by misskiah on Feb 6, 2010, 5:00am


Jan 31, 2010, 12:59pm, azfar wrote:
hmm...baju kebaya moden mama tu memang first kelass! tapi kalau chek kiah nak bikin satu, kain kembang payung tu mesti kena ada meleret panjang sikit. tapi jaga jaga kalau nak kejar bas tu , nanti tersandong , jatuh pulak rambut sipot beehive tuh. oh ya, jangan lupa aksesori klasik seperti beg kampit, kipas lace serta rokok dan manchis-nye!



HEHE....bila suruh buat gitu rasa macam diri tu dah nak jadi saloma aje...fa siap bagi pakej dengan prop sekali tu...anyway tq , kelakar la u ni..!!
Re: Saloma
Post by misskiah on Feb 6, 2010, 5:05am


Feb 5, 2010, 12:16pm, taruna wrote:
Saya sedang mencari gambar KASWAN, suami Saloma yang kedua.
Kalau sesape ada, bolehlah kita share kat sini !!
Saya dengar dia seorang yang handsome, playboy Melayu No:1 di Singapura, pernah berkahwin denganbeberapa orang pelakon sebelum Saloma termasuk Fatimah Osman. Dia juga pernah ada affair dengan Hashimah Yon !!
Mungkin kita boleh calonkan dia sebagai lelaki paling laku pada zaman itu !! hehehehe...


ya ke...?? kiah tak tahu pun yang mama ada kahwin dengan orang lain selain p.ramlee n tompel...

mesti org tu kacak giler tu, sebab dia boleh dapat banyak artis pada masa tu...!!

kiah rasa kalau kita tanya bro rossman mesti dia tahu sedikit sebanyak pasal KASWAN tu...silap2 haribulan, bro tu ada gambar sekali....kita tunggu aje lah teruna ya..!!
Re: Saloma
Post by filemklasik on Feb 8, 2010, 8:29pm

Lagu Bila Larut Malam ini berlainan dari yg pernah saya dengar.Sesiapa yang punya lebih maklumat atau mempunyai lagu ini secara lengkap,tolonglah uploadkan.

http://www.4shared.com/file/217581540/49b80c7e/Saloma_-_Bila_Larut_Malam_fm.html